Anda di halaman 1dari 11

4.0 METER ELEKTRONIK 4.0 Meter Elektronik Analog.

Pengenalan Meter Elektronik Analog mempunyai tugas yang sama dengan meter elektrik lazim iaitu untuk pengukuran arus, voltan dan rintangan. Ianya dapat digunakan untuk pengukuran yang memerlukan ketepatan yang tinggi. Meter Elektronik Analog biasanya menggunakan penguat (amplifier), penerus (rectifier) dan litar tambahan lain untuk menghasilkan arus atau voltan yang berkadaran dengan kuantiti arus atau voltan yang sedang diukur. Arus atau voltan ini kemudian akan memicu pergerakan meter. Meter ini dapat digunakan untuk pengukuran a.t. dan a.u.

Kebaikan meter elektronik jenis analog : Peka- boleh mengukur arus dan voltan yang kecil Mempunyai galangan masukan yang tinggi Menggunakan kuasa bateri rendah mudah alih Mempunyai julat yang luas Berkeupayaan mengukur voltan sangat rendah Tidak membebankan litar yang sedang diuji. Ralat kesan beban dapat dikurangkan.

4.1

Meter elektronik analog VOM (Volt-ohm-miliammeter) jenis BJT dan FET. jenis BJT

Rajah 4.1 menunjukkan litar skimatik untuk sebuah meter elektronik analog dan FET.

Rajah 4.1 : Litar skimatik meter elektronik analog. Prinsip kendalian litar Sebelum voltan yang hendak diukur disambungkan, Q1 dan Q2 sedang bekerja dimana arus dari bekalan Vcc mengalir melalui R1 dan tapak Q1. Arus pengeluar Q1 pula akan melalui R2 dan R3 dan membekalkan arus tapak kepada transistor Q2. Apabila voltan yang hendak diukur disambungkan, voltan positif dikenakan ke gate FET , arus akan mengalir melalui FET. Jika voltan positif yang dikenakan ke gate FET adalah rendah, arus drain (Id) akan meningkat kerana FET yang digunakan adalah dari jenis saluran N (N-channel). Bila arus drain meningkat , arus pemungut Q2 (IC2) juga akan meningkat membuatkan arus tapak Q1, Ib1 akan berkurang. Arus pemancar Q1, IE1 juga berkurang, jadi arus akan mengalirkan ke meter dan memesung pada nilai yang berkadaran dengan voltan masukan.

Jika voltan positif yang dikenakan ke gate FET tinggi, arus drain Id akan berkurangan, jadi arus IC2 juga berkurangan membuatkan arus Ib1 bertambah. Arus Ic1 akan bertambah juga. Arus yang mengalir ke meter meningkat, pesongan semakin besar iaitu berkadaran dengan voltan masukan.

4.2

Pengukuran Voltan dengan VOM jenis BJT dan FET 4.2.1 Pengukuran voltan A.U Voltan AU perlu ditukar menjadi Voltan AT , kemudian voltan AT ini dimasukkan ke bahagian amplifier AT dan meter penunjuk.

Rajah 4.2 : Litar Pengesan voltan A.U Biasanya meter penunjuk ditentukurkan dalam nilai voltan r.m.s. Pesongan jarum penunjuk adalah berkadaran dengan nilai purata gelombang masukan. Skala pada meter penunjuk membaca nilai r.m.s, tetapi jarum penunjuk beroperasi pada nilai purata.

4.2.2

Pengukuran Voltan Puncak ke Puncak. Jika isyarat yang hendak diukur tidak simetri, contohnya isyarat berayun dari 20 V ke 50 V, Litar pengesan puncak ke puncak diperlukan. Litar pengesan puncak ke puncak diperlukan untuk menukarkan voltan isyarat yang diukur kepada nilai puncak ke puncak sebelum dihantar ke bahagian amplifier AT dan meter penunjuk.

Litar pengesan puncak ke puncak Rajah 4.3 menunjukkan litar pengesan puncak ke puncak

Rajah 4.3 : Litar pengesan puncak ke puncak Pengesan ini terdiri dari sebuah litar pencengkam positif iaitu D1 dan C1 seperti yang ditunjukkan oleh rajah 4.4 dan rajah 4.5.

Pada setengah kitar negatif, arus akan melalui D1 dan C1, jadi C1 akan mengecas hingga Vp

Rajah 4.4 :

Pada setengah kitar positif voltan yang merentasi AB adalah 2Vp dimana C1 dan bekalan seolah-olah 2 bateri diletakkan sesiri.

Rajah 4.5.

Oleh itu Vp akan diterusuai oleh D2. C2 akan mengecas sehingga 2Vp. Syarat litar berfungsi adalah tempoh buang cas R1C2 mestilah lebih besar daripada masa isyarat voltan masukan melengkapkan satu tempoh pusingan T (1 cycle)

4.3 Pengukuran rintangan Apabila suis fungsi diletakkan pada skala ohm, perintang yang hendak diukur ini disambungkan sesiri dengan bateri dalaman, jadi meter ini sebenarnya mengukur voltan susut rintangan tersebut. Rajah 4.7 adalah litar yang berasingan , digunakan hanya untuk pengukuran rintangan dengan julat-julat yang dikehendaki.

Rajah 4.7 : Litar pengukuran rintangan dengan julat-julat yang berasingan

Kendalian litar: Bila perintang yang hendak diukur disambungkan ke terminal ohm, bateri 1.5 V akan mengalirkan arus melalui perintang julat yang dipilih dan melalui perintang Rx ke bumi. Voltan susut Vx yang merentasi Rx akan dikenakan ke bahagian amplifier AT dan meter penunjuk. Voltan susut Vx pada Rx adalah berkadaran terus dengan Rx, jadi meter dapat ditentukurkan dalam nilai-nilai rintangan.

Soalan Latihan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan meter. 2. Nyatakan 4 kebaikan meter elektronik analog.

3. Nyatakan fungsi asas amplifier

4. Dengan bantuan gambarajah terangkan perbezaan di antara pengukuran voltan a.u dengan pengukuran voltan puncak ke puncak. 5. Lukiskan litar pencengkam positif yang diperolehi daripada litar pengukuran voltan puncak ke puncak. Nyatakan perbezaan keluaran di antara setengah kitar positif dan setengah kitar negatif.

6.

Lukiskan litar ringkas untuk pengukuran voltan puncak ke puncak.

7. Terangkan teknik yang digunakan untuk mengukur rintangan 8. Nyatakan bahagian utama meter elektronik analog

4.4 Meter Digit-pelbagai (Digital Multimeter) Pengenalan Meter Digit Pelbagai mempamerkan bacaan dalam bentuk nombor. Kebanyakkan dibina berasaskan kepada `logic building blocks seperti gate, register, counter encoder dll. Meter digital adalah litar penukar (conversion circuit) seperti voltage to time beserta dengan electronic counter dan unit paparan. Kebaikan menggunakan meter digit pelbagai: Mempunyai galangan masukan yang tinggi, tiada kesan beban berlaku Julat yang Luas Ralat bacaan boleh dikurangkan Nilai yang dibaca adalah tepat serta mempercepatkan bacaan.

Rajah blok meter digit pelbagai. Rajah 4.8 menunjukkan binaan asas meter digit pelbagai

Rajah 4.8 : Binaan asas meter digit pelbagai Penyesuian Masukan Perlu untuk menukarkan nilai masukannya kepada peringkat voltan arus terus yang memenuhi syarat nilai masukan penukar analog ke digital. Penukar analog ke digital Adalah alat yang menukarkan isyarat analog kepada isyarat yang berbentuk digit. Pamiran maklumat Bahagian yang menunjukkan bacaan dalam bentuk digit dipamerkan di LCD

Kendalian litar Isyarat masukan contohnya isyarat voltan AT akan melalui litar pelemah atau suis penjulatan dan terus ke A-D converter dan display drive. Bacaan yang dipaparkan adalah dalam bentuk digit di paparan LCD. Begitu juga dengan isyarat voltan AU dikenakan pada input terminal, ia akan melalui litar pelemah (suis julat) kemudian ditukarkan ke DC voltan melalui AU/AT converter, dan disuapkan ke A-D converter.

Untuk pengukuran arus (AT atau AU) isyarat ini akan ditukarkan ke AT atau AU voltan melalui pengesan litar arus. Dan ia akan disuapkan ke A-D converter. Untuk pengukuran rintangan, rintangan yang hendak diukur disambungkan secara bersiri dengan rintangan rujukan dan isyarat arus dikenakan. Jadi voltan yang merentasi perintang yang hendak diukur disuapkan ke A-D converter. Isyarat yang masuk ke A-D converter adalah DC analaog data.

Jenis-jenis penukar analog digital. Terdapat empat jenis penukar analog ke digital yang biasa digunakan pada meter digit pelbagai iaitu :Tanjakan Kamilan Penghampiran berturutan Imbangan berterusan

Penukar analog ke digit (Analouge to Digital Converter-ADC) jenis tanjakan (ramp) Rajah 4.9 menunjukkan rajah blok penukar jenis Tanjakan

Rajah 4.9 : Rajah blok penukar jenis Tanjakan

Prinsip Kendalian o Voltan tanjakan (ramp voltage) dijana oleh ramp generator yang mana ia dipicu oleh sample rate oscillator. Oscillator berfungsi sebagai time base dan mengeluarkan denyut pada kadar 2 atau 3Hz . Denyut ini juga dihantar ke litar counter untuk `clear bacaan pada kadar yang sama. o Voltan tanjakan ini dibandingkan secara berterusan dengan input voltage dan voltan kosong (zero voltage). o Bila voltan tanjakan sama dengan voltan masukan pembanding masukan akan menjana denyut yang akan membuka get. o Pada ketika voltan tanjakan sama dengan kosong volt ,pembanding kosong akan menjana denyut yang akan menutup gate. o Pengayun akan menjana denyut jam, dimana denyut ini akan dibenarkan lalu pada `gate semasa ia terbuka dan seterusnya ke counter untuk di `count o Panjangnya masa gate terbuka ialah berkadaran dengan voltan masukan, oleh itu bilangan denyut yang di`count oleh counter sama dengan voltan masukan. o Voltan AU perlu diterusuai ( melalui litar penerus diod. o Selepas diterusuai, dimasukkan ke bahagian amplifier AT penunjuk. dan meter

o Rajah 4.10 menunjukkan voltan tanjakan dalam penukar analog digit jenis tanjakan.

Rajah 4.10 : Voltan tanjakan

ADC Jenis Bandingan (Secara Serentak) ADC jenis bandingan boleh dibina menggunakan tiga litar pembanding. Setiap daripada tiga litar pembanding ini mempunyai masukan voltan rujukan yang diperolehi daripada satu sumber penunjuk ketetapan voltan. Satu rangkaian pembahagi voltan disambung merentangi bekalan voltan rujukan dan dilengkapi dengan voltan keluaran. Bagi terminal masukan lain pula ia dipacu oleh voltan analog yang tidak diketahui nilainya.

Kebaikan ADC Jenis Bandingan Secara Serentak Ialah :1. Kesederhanaan dan operasi yang laju terutama bila keputusan diperolehi. 2. Bagi suatu sistem mepunyai keputusan yang tinggi dan bernilai, keadaan ini memerlukan lebih banyak pembanding. 3. Penukar analog ke digital jenis bandingan. Rajah 4.11 menunjukkan rajah blok jenis bandingan dalam meter elektronik.

Rajah 4.11: Rajah blok ADC jenis bandingan.

Prinsip Kendalian. Bila masukan dikenakan, voltan itu dibandingkan melalui OpAmp Pembanding. Aras voltan ditentukan oleh keluaran pembanding. Bila keluaran pembanding tinggi, logik 1 akan dimasukkan ke encoder. Bila keluaran pembanding rendah, logik o pula dimasukkan ke encoder. Seterusnya keluaran pembanding ini masuk ke encoder untuk kod desimal binari. Kod desimal ini seterusnya dihantar ke electronic counter.

Kebaikan Multimeter Digital 1. Mempunyai beberapa jenis pengukuran iaitu voltan a.t, voltan a.u, arus a.u, arus a.t dan rintangan. 2. Dapat membaca sehingga dua titik perpuluhan, ketepatan yang lebih baik. 3. Julat pelbagai bagi setiap pengukuran. 4. Gelombang masukan adalah tinggi.

LATIHAN a. Apakah yang dimaksudkan dengan meter digit pelbagai. b. Nyatakan tiga kebaikan meter tersebut c. Berikan tiga komponen asas meter digit pelbagai d. Nyatakan jenis penukar analog digital e. Apakah yang dimaksudkan dengan penyesuaian masukan f. Terangkan secara ringkas kaedah pengukuran rintangan. g. Lukiskan rajah blok penukar jenis tanjakan h. Nyatakan kendalian penukar jenis tanjakan i. Senaraikan kebaikan multimeter Digital.

Anda mungkin juga menyukai