Anda di halaman 1dari 6

Mengikut piawaian antarabangsa, hanya sistem konvensional atau ‘Franklin System’

yang memenuhi kriteria ditetapkan untuk pemasangan sistem perlindungan kilat iaitu
terdiri daripada komponen Rod Franklin, konduktor penghubung antara Rod Franklin
dan terminal pembumian dan rod pembumian

“Alat perlindungan pusuan (Surge Protective Device) juga komponen penting bagi
perlindungan dalaman seperti barang elektrik di dalam bangunan. Ini bertepatan
dengan prosedur digariskan dalam piawaian oleh SIRIM (MS-IEC 62305) dan
Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC). Surge Protection Device ( Alat
Pelindung Arus Pusuan)
aslm...
30 hb Julai 2010 - aku telah meghadiri taklimat kursus mengenai Surge Protection
Device (SPD) bertempat di opis JKR dan aku adalah salah seorang staf yg handle bhgn
latihan & kursus di unit aku.Presenter taklimat tersebut adalah seorang pegawai (
wanita berpangkat Ir.) yang berpengalaman dan mahir dengan spesifikasi JKR(LS-1).
Jam 10.00a.m, presenter sampai dan sepatutnya mula pkul 9.30a.m. Alaaa...biasa lah
janji melayu...anak murid tunggu cikgu dtg xper, jgn, cikgu tunggu anak murid dah ler,itu
kuang ajo namanyer...Kesemua pegawai unit aku hadir iaitu seramai 17 org termasuk
my big boss( lady boss).

Surge Protection Device (SPD)

Ape itu SPD?


- SPD merupakan peralatan elektrik bagi sistem pemasangan elektrik shj dan tidak
dipasang pada sistem pemasangan telephone.
- SPD adalah merupakan satu peralatan yang dipasang bagi melindungi peralatan
elektronik daripada mengalami kerosakan/terbakar daripada akibat surge lightning (arus
pusuan).

Apa itu arus pusuan ( surge lightning)?


mengikut pemahaman saya..
Adalah satu kejadian ciptaan Allah swt..iaitu:
1) Sebelum lightning berlaku, negara kita merupakan negara yang mempunyai awan
yang tebal dan apabila berlaku pergeseran di antara awan lalu meghasilkan cas -
cas.Pergeseran cas akan menyebabkan berlaku lightning (kilat).
2) Setelah lightning berlaku, maka terhasil satu arus yang tinggi dlm jangkamasa yang
amat pantas, mikro saat..dengan frekuensi yang berlainan iaitu multi frekuensi dan akan
melalui kabel bwh tanah dan terus ke MSB, SBB, DB (harap dah tahu singkatan
tersebut) dan "PPPAANNNGGG"!!!!! terkene peralatan elektronik,lalu rosak dan
terbakar...dan itulah sebab dicipta SPD nih.

Kenapa kite pasang SPD?


- Melindungi drp. arus lebihan dlm jangka masa yang sgt singkat.
- Untuk melidungi peralatan elektronik daripada rosak.
Perkara yang menyebabkan surge/over voltage ialah Lightning & Swicthing.

Fungsi SPD?
- Mengalihkan surge tersebut ke bumi (earth) dengan seberapa pantas yang boleh.
- Sekarang, peralatan elektronik yg sensitif yang dilindungi SPD seperti komputer,
modem, kamera sebagainya dilindungi.

Kesan kepada peralatan elektronik ,jika tidak pasang SPD atau silap design SPD
- Akan menurunkan kualiti peralatan elektronik
-Terbakar

brand yang biasa pakai ialah marsa (sila kllik utk maklumat lanjut)..pilih barangan
buatan malaysia...mengikut kata - kata pengilang dan org berpengalaman
menyatakan...SPD buatan malaysia adalah bagus kerana..kite test product tersebut dlm
iklim malaysia yang kadar ligthning tahunan lebih kerap berbanding produk luar negara
yg kadar lightning tahunan yg rendah.
" so pilih buatan malaysia.."

" semua terjemaah di atas adalah berdasarkan pemahaman saya semata - mata, jika
terdapat salah dan silap sila betul pemahaman saya......belajar sampai liang lahat."
METER ELEKTRIK

Meter elektrik merupakan alat bagi mengukur penggunaan tenaga elektrik oleh
penggunakediaman domestik, premis perniagaan, bangunan kerajaan, dsb. Meter
elektrik ditentukurkan mengikut unit bil rasmi, yang paling lazim ialah dalam kilowatt
jam. Meter elektrik dibaca secara berkala mengikut kitaran bil elektrik (biasanya sebulan
sekali); oleh itu, bil elektrik mencatatkan penggunaan elektrik pada kitar bil tersebut
(seperti pada bulan sebelumnya).
Sesetengah negara mempunyai tarif elektrik yang berbeza bagi waktu siang dan
malam. Oleh itu, meter elektrik di negara tersebut akan mencatat penggunaan tenaga
pada waktu kemuncak di mana tarif elektrik adalah lebih mahal. Sesetengah meter
elektrik mempunyai geganti yang berupaya mematikan peralatan elektrik yang tidak
diperlukan.[1]

UNIT UKURAN
Unit ukuran yang paling lazim ialah kilowatt jam, bersamaan dengan penggunaan bebal
satukilowatt selama satu jam. Sesetengah syarikat bekalan elektrik pula
menggunakan unit SI megajoule.
Permintaan biasanya diukur dalam unit watt, tetapi mengikut nilai purata dalam satu
jangka masa tertentu, biasanya suku atau setengah jam.
Kuasa reaktif diukur dengan menggunakan unit "Volt-ampere reaktif", (varj) dalam
kilovar-jam. Mengikut kebiasaan, beban "melengah" atau aruhan, seperti motor, akan
mempunyai kuasa reaktif positif. Beban "mendahulu", atau beban kapasitif, akan
mempunyai kuasa reaktif negatif.
Volt-ampere mengukur kesemua kuasa elektrik yang melalui rangkaian pengagihan,
termasuklah kuasa reaktif dan sebenar. Ia bersamaan dengan hasil darab voltan punca
min kuasa dua dengan ampere.

JENIS – JENIS METER


Meter elektrik berfungsi dengan mengukur voltan dan arus secara berterusan dan
seterusnya mencari hasil darab kedua-duanya untuk memberi nilai kuasa yang
seterusnya dikamirkandengan masa untuk memberi bacaan tenaga dalam unit kilowatt
jam.
Meter Elektromekanikal

Meter elektrik jenis elektromekanikal.

Jenis meter yang paling banyak digunakan ialah jenis elektromekanikal.


Meter sebegini berfungsi dengan mengira putaran cakera aluminium yang berputar
mengikut kuasa elektrik yang digunakan. Semakin laju cakera tersebut berputar,
bermakna semakin tinggi jugalah tenaga elektrik yang digunakan pada waktu tersebut.
Ia hanya memakan kuasa sekecil 2 watt sahaja.
Cakera tersebut berputar hasil tindak balas dua gelung peraruh; satu untuk voltan dan
satu lagi untuk arus. Medan magnet gelung voltan dilengahkan 90 darjah menggunakan
gelung pelengah. Ia menghasilkan arus pusar pada cakera dan daya yang dikenakan
pada cakera adalah mengikut hasil darab arus dan voltan. Satu magnet
kekal mengenakan daya berlawanan mengikut kelajuan putaran cakera. Keseimbangan
antara dua daya berlawanan ini mengakibatkan cakera berputar pada kelajuan yang
berkadaran dengan kuasa yang digunakan. Cakera tersebut menggerakkan mekanisme
pendaftaran yang mengkamirkan kelajuan cakera mengikut waktu dengan mengira
putaran, sebagaimana odometer kereta, bagi mendapatkan bacaan penggunaan
tenaga mengikut masa.
Jenis meter di atas adalah untuk bekalan AC fasa tunggal. Sistem tiga
fasa memerlukan tambahan dua set gelung voltan dan arus.
Meter Elektronik

Meter elektrik keadaan pepejal di Belanda.

METER PRABAYAR
Meter elektronik memaparkan penggunaan tenaga pada paparan LCD atau LED, serta
berupaya memindahkan bacaan ke kawasan terpencil. Selain penggunaan tenaga,
meter elektronik juga boleh membaca pekali lain bagi beban dan bekalan seperti
permintaan maksimum, faktor kuasa dan kuasa reaktif. Meter sebegini juga menyokong
sistem tarif berasaskan waktu harian, contohnya, penggunaan tenaga pada waktu
puncak dan waktu bukan puncak.
Amalan perniagaan yang biasa digunakan oleh syarikat pembekal tenaga elektrik ialah
mengeluarkan bil pasca bayar yang mengukur penggunaan elektrik pada kitar bil yang
lepas, misalnya sepanjang bulan lalu sebelum bil terkini dikeluarkan. Namun demikian,
ada juga syarikat pembekal tenaga elektrik yang memperkenalkan sistem meter
prabayar, di mana pengguna perlu membeli nilai kredit sebelum menggunakan bekalan
elektrik, sebagai mana sistem prabayar telefon bimbit. Nilai kredit mesti ditambah
apabila nilai sedia ada hampir habis untuk mengelakkan bekalan elektrik tiba-tiba
terputus apabila baki kredit habis. Sistem terawal menggunakan peti wang tunai yang
ditempatkan pada meter, tetapi pemasangannya berisiko kerana pengguna terdedah
kepada risiko kecurian peti wang meter yang seterusnya menyebabkan gangguan
bekalan elektrik. Sistem sekarang pula menggunakan pelbagai pendekatan seperti kad
pintar dan token yang boleh ditambah nilai di pusat pembayaran yang dilantik.

LOKASI
Lokasi pemasangan meter biasanya di kawasan luar premis, terutamanya berhampiran
pintu masuk. Namun demikian, sesetengah premis serta fasiliti seperti lampu
jalan menempatkan meter di dalam perumah bertutup serta mempunyai tetingkap bagi
membolehkan pekerja syarikat bekalan elektrik membaca meter tersebut serta dalam
masa yang sama melindungi meter daripada laku musnah atau curi elektrik.

Anda mungkin juga menyukai