Anda di halaman 1dari 6

1.0.

TAJUK EKSPERIMEN
PENGHIDUP TERUS KE TALIAN MARA -SONGSANG SATU FASA

2.0. TUJUAN
Untuk melukis, mendawai dan menyambung penghidup terus ke talian kepada motor
penghidup terus ke talianmara-songsang satu fasa

3.0. OBJEKTIF

i. Melukis dan menyambung motor hidup terus ke talian mara - songsang satu fasa
ii. Memahami dan membaca litar utama dan litar kawalan
iii. Melukis litar utama, kawalan dan penawaian penghidup terus ke talian mara -
songsang satu fasa
iv. Mendawai dan menyambung penghidup terus ke talian mara - songsang satu fasa
v. Menyambung penghidup terus ke talian mara - songsang kepada motor hidup
kapasitor
vi. Menguji litar utama dan litar kawalan
vii. Menyambung projek yang siap diuji kepada bekalan satu fasa mara - songsang

4.0. SENARAI PERALATAN

4.1. Geganti 2 Unit


4.2. Geganti Beban Lampau (TOR) 1 Unit
4.3. Suis tekan hidup 2 Unit
4.4. Suis Tekan Henti 1 Unit
4.5. Pemutus Litar Elektrik (MCB) 1 Unit
4.6. Molded Case Circuit Breaker (MCCB) 1 Unit
4.7. Lampu pandu 3 Unit
4.8. Motor Ulang Alik tiga fasa (3/4 3 hp ) 1 Unit
4.9. Alatan tangan Ikut keperluan
4.10. Kabel Ikut Keperluan
5.0. LANGKAH KERJA

i. Baca dan semak (teliti) litar utama dan litar kawalan yang telah dilukis
ii. Sediakan peralatan dan bahan sebagaimana keperluan untuk litar utama da litar
kawalan
iii. Letakkan atas papan latihan
iv. Sambungkan litar utama mengunakan kabel 2.5mm PVC (Merah Hidup, Hitam
Neutral)
v. Sambungkan litar utama mengikut litar yang telah di berikan
vi. Sambungkan sistem perlindungan iaitu kabel pembumian pada litar.
vii. Uji litar utama mengunakan meter pelbagai
viii. Sambungkan litar untuk hidup kapasitor
ix. Sambungkan penghidup DOL kepada motor 1 fasa dan bekalan utama 1 fasa. (Sila
rujuk kepada pensyarah atau pembantu jurutera sebelum bekalan di sambungkan)
x. Gabungkan litar daripada Motor Ulang Alik selepas geganti beban lampau (TOR)
xi. Uji litar dengan memberikan bekalan untuk operasi secara menyeluruh bagi litar
utama yang telah disambung dengan litar kawalan Motor Ulang alik.
xii. Lihat operasi pada Pemula Mara-Songsang.
6.0. PRINSIP KENDALIAN

i. PRINSIP KENDALIAN MARA

Apabila bekalan disambungkan kepada litar lampu penunjuk stop (L2) akan
menyala.
Apabila punat tekan forward ditekan (START-F), gegelung geganti forward (F)
akan mendapat bekalan maka sesentuh sedia buka (N/O F) akan tertutup dan
dalam masa yang sama interlock iaitu sesentuh sedia tutup (N/C-F) yang
disambungkan kepada gegelung kontektor reverse (R), akan terbuka dan gegelung
(R ) tidak mendapat bekalan.
Manakala interlock sesentuh sedia tutup (N/C-R) akan menghubungkan bekalan
ke gegelung (F).
Litar menjadi lengkap dan motor akan mendapat bekalan dari litar utama serta
memutar mengikut arah jam manakala lampu penunjuk mara (L1) akan menyala.
Sekiranya terdapat lebihan arus pada motor GBL akan berfungsi memutuskan
bekalan, lampu TRIP akan menyala (L4)

ii. PRINSIP KENDALIAN SONGSANG

Untuk menukar operasi dari mara ke songsang, punat tekan stop memainkan
peranan untuk memutuskan bekalan dari operasi mara.
Setelah litar operasi mara diputuskan bekalan, punat tekan start songsang
(START-R) ditekan untuk memulakan operasi songsang.
Gegelung kontektor reverse (R ) akan tertutup dan dalam masa yang sama
sesentuh sedia tutup (N/C R) yang bertindak sebagai interlock yang
disambungkan pada gegelung kontektor reverse (F), akan terbuka dan gegelung
(F) tidak mendapat bekalan.
Manakala interlock sesentuh sedia tutup (N/C- F) akan menghubungkan bekalan
terus ke gegelung (R).
Litar menjadi lengkap dan motor akan mendapat bekalan dari litar utama serta
memutar mengikut lawan jam manakala lampu penunjuk songsang (L3) akan
menyala.
Sekiranya terdapat lebihan arus pada motor GBL akan berfungsi memutuskan
bekalan, lampu TRIP akan menyala ( L4).

7.0. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya saya dapat belajar tentang bagaimana untuk mentafsirkan


litar skematik kepada litar pendawaian pemula mara-songsang. Selain itu, saya dapat
memasang peralatan atau komponen pemula mara-songsang dengan sistematik dan
betul. Motor dihidupkan secara membekalkan voltan penuh terus ke motor dan boleh
dikendalikan dalam dua keadaan iaitu secara mara dan secara songsang maka pemula
ini dipanggil pemula mara-songsang. Disamping itu, semua komponen yang
digunakan di dalam litar kawalan motor dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu litar
utama dan litar kawalan. Litar ini mempunyai daya kilas. Daya kilas yang tinggi
membolehkan motor memecut dengan cepat. Jesteru itu, saya dapat mengendalikan
litar kawalan pemula talian terus dengan betul dan memahami prinsip kendalian
pemula talian terus.
8.0. HASIL SAMBUNGAN LITAR

Gambar rajah 1 : Lampu Pandu Mara menyala

Gambar rajah 2 : Lampu Pandu Songsang Menyala

Gambar rajah 3 : Lampu menyala apabila Trip


9.0. SOALAN

1. Apakah fungsi sesentuh pemegang dalam litar kawalan?


- Sejenis sesentuh sedia buka yang di ganti untuk mengambil tugas punat tekan.

2. Nyatakan fungsi perlindungan kait punca elektrik


- Kait punca pemegang ialah satu sesentuh tambahan sedia buka, ianya memberikan
litar pemegang untuk penghidup selepas punat tekan hidup dilepaskan. Bagi
penyentuh jenisyang kecil, kait punca pemegangadalah sama seperti sesentuh
kuasa.

3. Lukiskan dan labelkan geganti beban lampau jenis haba

BEBAN

Pemanas SUIS

Logam dua
KK

Anda mungkin juga menyukai