Anda di halaman 1dari 44

DPP C2 ( b) - 1

Institut Kemahiran MARA


Kuching, Sarawak.

INFOMATION SHEET

PROGRAMME DIPLOMA OF COMPETENCY IN ELECTRICAL (WIREMAN PW4)


SESSION SEMESTER 3A
CODE &COURSE MES 20044 / ELECT. MOTOR CONTROL SHEET NO IS.NO.09
LECTURER WEEK 10,12

5.0 : MOTOR STARTERS FOR SINGLE PHASE AND THREE


TOPIC :
PHASE A.C MOTORS.
5.4 Star delta Forward reversed starter.
SUB-TOPIC :
5.5 Auto Transformer starters.

Student should be able to:-


COURSE
LEARNING 1. Explain how star delta forward reversed starter function.
OUTCOME : 2. Define Auto transformer starter function, main and control circuit and
also their advantage and disadvantage.

CONTENT
5.4 Star Delta forward reversed starter.
Prinsip Pengoperasian Penghidup Star Delta Mara Songsang
Keadaan 1 ( Mara)

1. Apabila punatekan mula (F) di tekan, arus akan mengalir dan melengkapkan litar gegelung
penyentuh F.

2. Dengan ini penyentuh F akan berkendali iaitu sesentuh buka F akan tertutup.

Page 1 of 11
DPP C2 ( b) - 1

3. Motor masih belum boleh berputar kerana arus R, Y dan B tidak dapat melalui penyentuh
S dan D.

4. Apabila punatekan di lepaskan, penyentuh F masih berkendali kerana bantuan litar


sesentuh buka F dalam masa yang sama.

5. Di waktu ini, motor berputar arah mara dalam sambungan bintang. Arus bekalan akan
masuk melalui A1, B1 dan C1 dan tertumpu pada titik bintang A2, B2 DAN C2 yang
dicantumkan oleh penyentuh S.

6. Dalam beberapa saat mengikut masa yang dilaraskan, gegelung geganti TDR dan
sesentuh tutup TDR akan terbuka sementara sesentuh buka TDR akan tertutup. Ini
bermakna gegelung penyentuh S terputus litarnya dan semua sesentuh berbalik ke
kedudukan asal. Dalam masa yang sama juga gegelung penyentuh D mula bertenaga
kerana litarnya telah lengkap oleh sambungan sesentuh buka TDR dan sesentuh tutup D.
Ini bermakna semua sesentuh D akan berkendali dan motor ini akan berputar arah mara
dalam sambungan delta. Semua sesentuh S dan sesentuh TDR dalam keadaan terbuka.

Keadaan 2 ( Songsang)

1. Apabila punatekan mula (R) di tekan, arus akan mengalir dan melengkapkan litar gegelung
penyentuh R.

2. Dengan ini penyentuh R akan berkendali iaitu sesentuh buka R akan tertutup.

3. Motor masih belum boleh berputar kerana arus R, Y dan B tidak dapat melalui penyentuh
S dan D.

4. Apabila punatekan di lepaskan, penyentuh R masih berkendali kerana bantuan litar


sesentuh buka R dalam masa yang sama.

Page 2 of 11
DPP C2 ( b) - 1

5. Di waktu ini, motor berputar arah songsang dalam sambungan bintang. Arus bekalan akan
masuk melalui A1, B1 dan C1 dan tertumpu pada titik bintang A2, B2 DAN C2 yang
dicantumkan oleh penyentuh S.

6. Dalam beberapa saat mengikut masa yang dilaraskan, gegelung geganti TDR dan
sesentuh tutup TDR akan terbuka sementara sesentuh buka TDR akan tertutup. Ini
bermakna gegelung penyentuh S terputus litarnya dan semua sesentuh berbalik ke
kedudukan asal. Dalam masa yang sama juga gegelung penyentuh D mula bertenaga
kerana litarnya telah lengkap oleh sambungan sesentuh buka TDR dan sesentuh tutup D.
Ini bermakna semua sesentuh D akan berkendali dan motor ini akan berputar arah
songsang dalam sambungan delta. Semua sesentuh S dan sesentuh TDR dalam keadaan
terbuka.

Page 3 of 11
DPP C2 ( b) - 1

LITAR KAWALAN

Rajah 5.17: Litar kawalan penghidup bintang delta mara songsang

Page 4 of 11
DPP C2 ( b) - 1

LITAR UTAMA

Rajah 5.18: Litar utama penghidup bintang delta mara songsang

Page 5 of 11
DPP C2 ( b) - 1

5.5 Auto Transformer Starter


Penghidup motor secara alatubah auto ialah dengan mengurangkan voltan supaya
semasa ia mula dihidupkan mengalir ke motor pada tatah 70 % dengan memperbaiki
daya kilas supaya lebih tinggi.

Rajah 5.19: Rajah tapping pada transformer

Contohnya: Sekiranya menggunakan tapping pada transformer 290 V.

Nilai voltan yang masuk ke beban:

( Mula / Kendalian ) = ( 290/415 )


= 0.698
= 69 % @ 70 %
Nilai daya kilas, di mana :

T V2 = ( 290/415 )2 x 100 %
= 49 %

Page 6 of 11
DPP C2 ( b) - 1

Dengan ini hanya 70 % dari voltan penuh di kenakan pada motor tersebut di mana arus mula
telah dapat dikurangkan kepada nilai yang berpatutan.
Ketika ini, perhatian hendaklah diberikan kepada alatubah auto, di mana ia hendaklah berada
dalam sambungan bintang dan tidak berlakunya litar terbuka di bahagian sambungan bintangnya.
Jika terdapat litar terbuka di sambungkan bintangnya pada ketika mula dihidupkan alatubah auto
akan mengalami kesan voltan tinggi yang merbahaya.
Mengikut peraturan 17 akta dan peraturan elektrik, penghidup cara ini hanya digunakan bagi
motor yang mempunyai keupayaan 10 K.K. hingga 25 K.K.
Alat ubah auto yang digunakan boleh terdiri dari tiga alatubah auto satu fasa atau satu alatubah
auto tiga fasa.
Bagi penghidup jenis ini, alatubah auto boleh ditatahkan kepada nilai nperatus yang berlainan dan
boleh diadakan lebih dari satu tatah bergantung kepada jenis beban.
KEBAIKAN
1. Boleh mengandungi beberapa tatah dimana ia sesuai untuk motor yang berlainan kuasa
menggunakan voltan-voltan yang tertentu.
2. Kehilangan kuasa dialat-alat bantu adalah sangat kecil.
3. Sesuai untuk motor samada dalam sambungan delta atau bintang.

KELEMAHAN
1. Di sebabkan tiada dawai neutral jika sekiranya beban tidak seimbang, gangguan bekalan
akan berlaku.
2. Jika berlakunya litar terbuka pada sambungan bintang di alatubah auto, kemungkinan
voltan tinggi akan teraruh pada alatubah auto.
3. Di bandingkan dengan penghidup bintang delta cara ini mempunyai alat tambahan iaitu
alatubah auto dan kosnya lebih tinggi.
4. Daya kilas yang tidak sepatutnya semasa permulaan, dengan itu tidak sesuai untuk kerja
yang memerlukan daya kilas yang tinggi pada masa permulaan. Dengan itu penghidup ini
terhad kepada motor-motor berkeupayaan sederhana sahaja.

Page 7 of 11
DPP C2 ( b) - 1

PRINSIP KENDALIAN.

1. Apabila punatekan mula ditekan lilar kawalan adalah lengkap dan memberi tenaga kepada
gegelung pegangan sesentuh SP (star point) dan sesentuh SP dalam litar kuasa tertutup
serta sesentuh tambahan SP 1 dan SP 2 juga turut tertutup.

2. Apabila sesentuh tambahan SP1 dan SP2 tertutup ia akan membenarkan arus masuk ke
penyentuh gegelung TDR dan TC (auto transfomer contactor) bertenaga dan menutup
sesentuh utama TC dalam litar kuasa, seterusnya menyambungkan bekalan kemotor pada
voltan kurang melalui alat ubah auto.

3. Apabila masa tatahan tiba pada TDR sesentuh TDR1 terbuka menyebabkan gegelung TC
hilang tenaga.

4. Dalarn masa yang sama sesentuh TDR2 tertutup memberi bekalan kepada penyentuh
gegelung LC (line contactor} yang bertenaga dan menutup sesentuh utama LC dalam litar
kuasa dan sesentuh tambahan tertutup akan terbuka menyebabkan gegelung penyentuh
SP hilang tenaga.

5. Pada ketika ini motor akan berkendali melalui penyentuh LC.

6. Apabila punatekan henti (STOP) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh LC


diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik lazim terbuka ke kedudukan
asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.

Page 8 of 11
DPP C2 ( b) - 1

LITAR KAWALAN

Rajah 5.20: Litar kawalan penghidup alatubah auto

Page 9 of 11
DPP C2 ( b) - 1

LITAR UTAMA

Rajah 5.21: Litar utama penghidup alatubah auto

Page 10 of 11
DPP C2 ( b) - 1

EXERCISE

1. Nyatakan 2 kebaikan penghidup motor Star Delta?

2. Nyatakan 2 kekurangan penghidup motor Star Delta?

3. Nyatakan arus permulaan penghidup motor star delta?

4. Nyatakan voltan penghidup motor alatubah auto?

5. Nyatakan daya kilas penghidup motor alatubah auto.?

6. Nyatakan 3 kebaikan penghidup alatubah auto.

7. Nyatakan 3 kelemahan penghidup alatubah auto.

REFERENCE
1. Information sheet – “ Motor starter for single phase and three phase A.C motors”
Code subject : CEV 2032
IKM Lumut Perak.

Page 11 of 11
DPP C2 ( b) - 1

Institut Kemahiran MARA


Kuching, Sarawak.

INFOMATION SHEET

PROGRAMME DIPLOMA OF COMPETENCY IN ELECTRICAL (WIREMAN PW4)


SESSION SEMESTER 3A
CODE & COURSE MES 20044 / ELECT. MOTOR CONTROL SHEET NO IS.NO.10
LECTURER WEEK 13

5.0 : MOTOR STARTERS FOR SINGLE PHASE AND THREE


TOPIC :
PHASE A.C MOTORS.
SUB-TOPIC : 5.6 Auto transformer forward reverse starter.

COURSE Student should be able to:-


LEARNING
1. Explain the operation of auto transformer starter in forward and
OUTCOME :
reverse direction.

CONTENT
5.6 Auto transformer forward reversed starter.
PRINSIP KENDALIAN.

Keadaan 1 (Mara)
1. Apabila punatekan mula F ditekan litar penyentuh F akan menjadi lengkap dan memberi
tenaga kepada sesentuh tambahan N/O penyentuh F tertutup untuk memberi tenaga
atau mengalirkan arus ke gegelung penyentuh SP (star point) dan sesentuh SP dalam
litar kuasa tertutup.

2. Apabila sesentuh tambahan SP tertutup ia akan membenarkan arus masuk ke


penyentuh gegelung TDR dan TC (auto transfomer contactor) bertenaga dan menutup

Page 1 of 6
DPP C2 ( b) - 1

sesentuh utama TC dalam litar kuasa, seterusnya menyambungkan bekalan kemotor


pada voltan kurang melalui alat ubah auto dan motor mula beroperasi dalam arah
putaran mara.

3. Apabila masa tatahan tiba pada TDR sesentuh TDR1 terbuka menyebabkan gegelung
TC hilang tenaga.

4. Dalarn masa yang sama sesentuh TDR2 tertutup memberi bekalan kepada gegelung LC
(line contactor} yang bertenaga dan menutup sesentuh utama LC dalam litar kuasa dan
sesentuh tambahan tertutup akan terbuka menyebabkan gegelung penyentuh SP hilang
tenaga.

5. Pada ketika ini motor akan berkendali melalui penyentuh LC.

6. Apabila punatekan henti (STOP) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh LC dan F
diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka ke
kedudukan asal. Motor akan berhenti beroperasi kerana litar bekalan telah terbuka.

Keadaan 2 (Songsang)

1. Apabila punatekan R ditekan litar penyentuh R akan menjadi lengkap dan memberi
tenaga kepada sesentuh tambahan N/O penyentuh R tertutup untuk memberi tenaga
atau mengalirkan arus ke gegelung penyentuh SP (star point) dan sesentuh SP dalam
litar kuasa tertutup serta sesentuhan tambahan SP juga turut tertutup.

2. Apabila sesentuh tambahan SP tertutup ia akan membenarkan arus masuk ke


penyentuh gegelung TDR dan TC (auto transfomer contactor) bertenaga dan menutup
sesentuh utama TC dalam litar kuasa, seterusnya menyambungkan bekalan kemotor
pada voltan kurang melalui alat ubah auto dan motor mula beroperasi dalam arah
putaran songsang.

3. Apabila masa tatahan tiba pada TDR sesentuh TDR1 terbuka menyebabkan gegelung
TC hilang tenaga.

Page 2 of 6
DPP C2 ( b) - 1

4. Dalarn masa yang sama sesentuh TDR2 tertutup memberi bekalan kepada gegelung LC
(line contactor} yang bertenaga dan menutup sesentuh utama LC dalam litar kuasa dan
sesentuh tambahan tertutup akan terbuka menyebabkan gegelung penyentuh SP hilang
tenaga.

5. Pada ketika ini motor akan beroperasi melalui penyentuh LC.

6. Apabila punat tekan henti (STOP) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh LC dan
R diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka ke
kedudukan asal. Motor akan berhenti beroperasi kerana litar bekalan telah terbuka.

Page 3 of 6
DPP C2 ( b) - 1

LITAR KAWALAN

Rajah 5.22: Litar kawalan penghidup alatubah auto mara songsang

Page 4 of 6
DPP C2 ( b) - 1

LITAR UTAMA

Rajah 5.23: Litar utama penghidup alatubah auto mara songsang

Page 5 of 6
DPP C2 ( b) - 1

EXERCISE

1. Terangkan prinsip kendalian bagi penghidup Auto transformer starter untuk mara dan
songsang?
2. Berapakah bilangan sesentuh (contactor) yang digunakan pada penghidup ini?
3. Apakah fungsi pengubah yang digunakan?
4. Apakah yang dimaksudkn dengan istilah LC, TC dan SP ?

REFERENCE
1. Information sheet – “ Motor starter for single phase and three phase A.C motors”
Code subject : CEV 2032
IKM Lumut Perak.

Page 6 of 6
Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak.

INFOMATION SHEET

PROGRAMME DIPLOMA OF COMPETENCY IN ELECTRICAL (WIREMAN PW4)


SESSION SEMESTER 3A
CODE & COURSE MES 20044 / ELECT. MOTOR CONTROL SHEET NO IS.NO.10
LECTURER WEEK 13

5.0 : MOTOR STARTERS FOR SINGLE PHASE AND THREE


TOPIC :
PHASE A.C MOTORS.
SUB-TOPIC : 5.6 Rotor Resistance Starter

COURSE Student should be able to:-


LEARNING
1. Explain the operation Rotor Resistance Starter
OUTCOME :

PENERANGAN :

Pemula jenis ini hanya sesuai untuk motor gelang arus (slip ring motor) di mana dayakilas
hidupannya adalah tinggi. Penghidup jenis ini biasanya digunakan untuk motor bersaiz besar.
Bagi kendalian penghidup ini, perintang disambungkan ke punca lilitan rotor yang
tersambung dalam sambungan bintang.
Fungsi perintang tambahan ini akan membantu mengurangkan nilai arus hidupan dan
mengawal kelajuan motor disamping daya kilas sebagairnana yang diperlukan dapat dicapai
hingga keperingkat dayakilas maksima.
Perintang dikurangkan sedikit demi sedikit dalam tempoh hidupan semasa motor mencapai
kelajuan.
Akhirnya perintang ini diasingkan terus dari lilitan rotor yang telah dilitarpintaskan dan motor
pada ketika ini bergerak sebagai motor sangkar tupai.
Dimasa yang sama motor telah mencapai kelajuan maksima beban penuh.
Mengikut kaedah elektrik 1949, penghidup ini boleh digunakan untuk motor yang melebihi 25
k.k.
Ia biasanya digunakan di rumah pam, pemampat udara, penghawa dingin (kerja berat).
Mukasurat: 2 / 2
KOD SUBJEK : MEV 3034 No. Kertas Penerangan :KP.NO. 11

Daya kilas bagi rotor berperintang mencapai 100 %


Contoh:
T V2 = ( 415/415 )2 x 100 %
= 100 %

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN


KEBAIKAN
1. Sesuai untuk kerja yang memerlukan daya kilas yang tinggi semasa
menghidup
2. Gelung stator memperolehi voltan bekalan yang sepenuhnya.
3. Sesuai untuk motor-motor yang disambungkan secara bintang atau delta di
stator.
KELEMAHAN
1. Hanya terhad kepada motor jenis rotor berlilitan.
2. Memerlukan penyenggaraan yang lebih.

PERBEZAAN CIRI ANTARA CARA HIDUPAN

Jadual di bawah menjelaskan sendiri perbezaan - perbezaanya.

Ciri Talian Terus Bintang Delta Alatubah Oto Perintang Rotor

Voltan Fasa V 0.58V kV kV

Arus Hidupan Is 0.33Is k'2ls kls

Daya Kilas HidupanTs 0.33TS k'2Ts k'2Ts

k = 0.5, 0.65 atau 0.8 ontuk hidupan alatubah oto.


k = kurang dari 1 bagi hidupan berperintang.

RAK/IKM-JB
Mukasurat: 3 / 3
KOD SUBJEK : MEV 3034 No. Kertas Penerangan :KP.NO. 11

PEMULA RINTANGAN PRIMARY

Selain dari 4 jenis pernuia yang dijelaskan terlebih dahulu satu lagi jenis pemula yang
biasa digunakan adalah pemula rinlangan primary.

Pemula ini adalah dari jenis pemula voltan kurang menggunakan perintang tetap
dibahagian stator litar kuasa untuk motor. Dengan menambah perintang bekalan
masukkan motor semasa hidupan, voltan yang diterima oleh motor adalah kurang
daripada sistem bekalan. Dengan ilu arus hidupan yang terbit adalah terkawal.

OPERASI

Dengan menekan butang S (start/mula) sesentuh utama C1 tertutup apabila saja


gegelung C1 memperoleh bekalan dan menjadi bertenaga.

Pada masa yang sama sesentuh kecil C1 tertutup dan bertindak memegang litar
walaupun butang tekan Stop telah dilepaskan. sementara geganti lewat masa TDR juga
memperoleh bekalan dan bertenaga.

Pada masa ini motor mendapat bekalan pada voltan kurang melalui perintang tetap dan
mula berputar. Setelah rnasa yang ditatahkan sampai penyetuh TDR (biasa terbuka)
akan tertutup dan memberi bekalan kepada gegelung C2 menyebabkan penyetuh
utama dan penyetuh kecil C2 tertutup memberi bekalan kepada motor pada voltan
penuh dengan melitar pintaskan perintang.

PERALIHAN PEMULA

RAK/IKM-JB
Mukasurat: 4 / 4
KOD SUBJEK : MEV 3034 No. Kertas Penerangan :KP.NO. 11

Bagi pemula bintang delta satu lagi ciri yang perlu diambil perhatian adalah ciri
peralihan pemula dari sambungan bintang kesambungan delta.

Semasa peralihan sambungan. ini terjadi terdapat satu jurang lewat masa antsra
penutupan penyentuh delta dan pembukaan penyetuh bintang, dimana tiada bekalan
yang masuk ke motor semasa peralihan ini.

Walaupun keadaan ini terjadi hanya seketika dan tidak dapat dikesan pada putaran
motor iaitu motor masih berputar disebabkan lajakan.

Bagi motor motor berkuasa besar keadaan ini memberi kesan yang serius dalam bentuk
pusuan arus dan dayakilas dan kepada motor itu sendiri.

Memandangkan keadaan ini akan memberi kesan kepada motor, beban dan sistem
bekalan satu cara telah diperolehi untuk mengimbangi keadaan ini dengan apa yang
ditakrifkan sebagai peralihan tertutup pemula motor.

PERALIHAN TERBUKA

Peralihan terbuka adalah terdapat pada kebanyakan pemula bintang delta yang biasa
pada hari ini.

Dalam peralihan jenis ini, motor tidak rnendapat bekalan semasa peralihan berlaku
dari sambungan bintang ke sambungan delta. Oleh sebab masa tersebut terlalu
pantas (kurang dari satu saat) dan motor mempunyai lajakan momentum, kita dapati
motor tersebut tidak terhenti seketika walau pun ketiadaan voltan.

Namun begitu unluk motor besar kesan pusuan arus (inrush current) akan
memberikan kesan negatif kepada motor dan kestabilan bekalan.

RAK/IKM-JB
Mukasurat: 5 / 5
KOD SUBJEK : MEV 3034 No. Kertas Penerangan :KP.NO. 11

Apabila penyetuh sesentuh tambahan dan sesentuh utama terbuka terdapat satu
lewat masa dan jurang perbezaan voltan sebelum sesentuh penyentuh tertutup
dimana bekalan yang diterima oleh motor jatuh kepada nilai sifar sehinggalah
sesentuh penyetuh tertutup.

Walaupun lewat masa ini adalah secara seketika, apabila motor rnenerima bekalan
dalam sambungan delta selepas itu, dari nilai sifar bekalan terjadi satu kesan pusuan
pada arus motor yang juga akan melibatkan pusuan daya kilas motor dimana kesan
ini adalah serius bagi motor yang besar.

Keadaan ini adalah lebih serius lagi dalam pemula kendalian manual dimana lewat
masa peralihan adalah tidak menentu dan bergantung kepada kecekapan pengendali.

PERALIHAN TERTUTUP

Keadaan pusuan dan jurang perbezaan voltan yang terjadi semasa peralihan bintang
delta dalam peralihan terbuka boleh diperbaiki dan diimbangi dengan menggunakan
peralihan tertutup.

Sesentuh Penyentuh disambung satu lagi dengan perintang R1 ,R2 dan R3 yang
disambung sesiri dan selari dengan penyentuh tersebut.

Dengan menggunakan sambungan ini ketika lewat masa peralihan bintang delta satu
nilai rintangan dimasukkan dalam lilar menyebabkan nilai voltan peralihan adalah
terkawal i.e lebih dari nilai sifar dimana apabila motor disambungkan dalam sambungan
delta kesan/pusuan arus (inrush current) dan daya kilas yang disebabkan oleh lewat
masa dan jurang perbezaan voltan adalah seimbang.

RAK/IKM-JB
Mukasurat: 6 / 6
KOD SUBJEK : MEV 3034 No. Kertas Penerangan :KP.NO. 11

LATIHAN / SOALAN :

1. Nyatakan tujuan perintang dalam penghidup rintangan rotor?

2. Nyatakan daya kilas penghidup motor rintangan rotor.?

3. Nyatakan 2 kebaikan penghidup rintangan rotor.

4. Nyatakan 2 kelemahan penghidup rintangan rotor.

RUJUKAN :

1. PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK


Abd. Samad Hanif
Terbitan : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. NOTA PANDUAN CEV 2062 ELECTRICAL MOTOR CONTROL


Bahagian Kemahiran Mara

RAK/IKM-JB
DPP C2 (b) - 1

Institut Kemahiran MARA


Kuching, Sarawak.

INFOMATION SHEET
DIPLOMA OF COMPETENCY IN ELECTRICAL
PROGRAMME
(WIREMAN PW4)
SESSION SEMESTER : 3A
MES 20044 /
CODE & COURSE SHEET NO : IS.NO. 12
ELECT. MOTOR
CONTROL
LECTURER WEEK : 13

UNIT 5.0 MOTOR STARTERS FOR SINGLE PHASE AND


TOPIC :
THREE PHASE A.C MOTOR
SUB-TOPIC : 5.8 Gear Ratio

Pelajar-pelajar mesti boleh:


1. Terangkan apakah maksud nisbah gear dalam
COURSE LEARNING
OUTCOME : motor elektrik.
2. Nyatakan formula bagi mendapatkan nisbah gear.

CONTENT
Nisbah gear menerangkan pertukaran kelajuan dimana ia bergantung kepada saiz dan
jumlah gigi satu-satu gear. Sebagai kesimpulannya kadar kelajuan adalah bergantung
kepada garis pusat sentuhan gigi bertukar secara berterusan di mana kelajuan hampir
sama.

Tiada kawalan gigi gear menghasilkan nisbah tetap pada kelajuan pusingan.
Contoh 1:
Gear A yang mempunyai 60 gigi dan ia membuat satu pusingan besar di mana ia
memandu gear B yang mempunyai 30 gigi. Kesimpulanya 60 gigi bahagi 30 gigi untuk
mendapatkan putaran gear yang dipandu.

Page 1 of 3
DPP C2 (b) - 1

Nisbah gear:

Jarak pergerakan daya = 60T (Gear A)


Jarak pergerakan beban 30T (Gear B)

= 1 = Pergerakan kemasukan
2 Pergerakan keluaran

= Gear A : Gear B = 1 :2

Contoh 2:

Gear A yang mempunyai 25 gigi dan ia membuat satu pusingan besar di mana ia
memandu gear B yang mempunyai 75 gigi. Kesimpulanya 60 gigi bahagi 30 gigi untuk
mendapatkan putaran gear yang dipandu.

Nisbah gear:

Jarak pergerakan daya = 25T (Gear A)


Jarak pergerakan beban 75T (Gear B)

= 3 = Pergerakan kemasukan
1 Pergerakan keluaran

= Gear A : Gear B = 3 :1

Page 2 of 3
DPP C2 (b) - 1

EXERCISE

1. Apakah yang dimaksudkan dengan nisbah gear?

2. Nyatakan formula bagi mencari nisbah gear

3. Bagaimanakah pertukaran kelajuan bagi sesebuah gear ditentukan?

REFERENCE
1. Pemasangan dan Penyenggaraan elektrik – edisi kedua Abd. Samad Hanif
2. Kawalan Motor Elektrik Hj. Yahya Bin Emat.

Page 3 of 3
DPP C2 ( b) - 1

Institut Kemahiran MARA


Kuching, Sarawak.

INFOMATION SHEET

PROGRAMME DIPLOMA OF COMPETENCY IN ELECTRICAL (WIREMAN PW4)


SESSION SEMESTER 3A
MES 20044 / ELECT.
CODE & COURSE SHEET NO IS.NO.07
MOTOR CONTROL
LECTURER WEEK 9

UNIT 5.0 : MOTOR STARTERS FOR SINGLE PHASE AND


TOPIC :
THREE PHASE A.C MOTORS
SUB-TOPIC : 5.1 Direct on line starters

Student should be able to:-


COURSE
LEARNING 1. Understand about the direct on line starter.
OUTCOME :
2. Design the schematic diagram of direct on line starter.

CONTENT
MOTOR STARTERS FOR SINGLE PHASE AND THREE PHASE A.C MOTORS.
Direct-on-line (DOL) starters.

PENERANGAN
Penghidup Motor Secara Talian Terus (D.O.L Starter)
Arus mula (starting current) adalah enam hingga lapan kali dari arus kendalian
normal. Jika sesuatu motor mempunyai arus kendalian normal 8 Amp, arus mula yang
akan wujud pada motor ialah 48 Amp sehingga 64 Amp dan ini berlaku cuma beberapa
saat sahaja.

Penghidup Motor Secara Talian Terus ini biasanya digunakan untuk beban-beban

Page 1 of 5
DPP C2 ( b) - 1

seperti penghawa dingin ( 3 k.k ), penghembus udara, pemampat udara dan


sebagainya. Penghidup ini juga adalah diantara sistem bekalan yang dibekalkan terus
kepada motor tanpa apa-apa alat perantaraan untuk mengurangkan arus atau voltan ke
motor.
Penghidup ini menggunakan motor tiga fasa berkuasa rendah iaitu 0.37kW
(0.5KK) sehingga 2.2kW (3KK) iaitu motor jenis sangkar tupai (squirrel cage motor).

Prinsip kendalian Penghidup Talian Terus


Apabila punat tekan ditekan, gelung magnet menerima bekalan, menarik
keempat empat suis utama dan bekalan akan sampai ke motor melalui litar utama.
Apabila suis dilepaskan, arus mengalir melalui penyentuh tambahan (Holding
Contact) yang diselarikan dengan punat tekan hidup. Punat tekan henti disambug siri
dengan gelung magnet (No. Volt Coil). Apabila punat tekan ini ditekan bekalan akan
putus. Kuasa menarik magnet akan hilang dan keempat-empat penyentuh balik ke
tempat asal.

KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN PENGHIDUP TALIAN TERUS

KEBAIKAN

a) Daya kilas permulaan yang tinggi dan juga mencapai kadar kelajuan maksima
dengan singkat.
b) Binaanya ringkas dan harganya lebih murah serta kerja penyenggaraan yang
mudah dan murah.

KEBURUKKAN

Arus mulanya adalah tinggi yang menyebabkan pusuan did lam sistem adalah
amat tinggi dan menggangu sistem bekalan yang lain.
Untuk menanggung arus mula yang tinggi pengalir-pengalir dan alat-alat
perlindungan perlu dilebihkan kadarnya.Dengan itu perlindungannya kurang
sensitive.

Page 2 of 5
DPP C2 ( b) - 1

LITAR KAWALAN PENGHIDUP TALIAN TERUS

Page 3 of 5
DPP C2 ( b) - 1

LITAR KUASA PENGHIDUP TALIAN TERUS

Page 4 of 5
DPP C2 ( b) - 1

EXERCISE
1. Dalam penghidup TALIAN TERUS , nyatakan saiz motor yang digunakan.

2. Apakah yang anda faham dengan sambungan Talian Terus di dalam penyambungan
penghidup motor 1 fasa. Terangkan dengan jelas dan berikan salah satu contoh
penghidup lengkap dengan litar kawalan dan litar kuasa.

3. Nyatakan dengan terperinci kebaikan dan keburukannya DOL.

REFERENCE
1. Information sheet – “ Motor starter for single phase A.C motors”
Code subject : CEV 2062
IKM Lumut, Perak.

Page 5 of 5
DPP C2 ( b) - 1

Institut Kemahiran MARA


Kuching, Sarawak.

INFOMATION SHEET

DIPLOMA OF COMPETENCY IN ELECTRICAL


PROGRAMME
(WIREMAN PW4)
SESSION SEMESTER 3A
MES 20044 / ELECT. MOTOR
CODE & COURSE SHEET NO IS.NO.08
CONTROL
LECTURER WEEK 9-10

5.0 MOTOR STARTERS FOR SINGLE PHASE AND THREE


TOPIC :
PHASE A.C MOTORS.
5.2 Direct On Line Forward Reverse.
SUB-TOPIC :
5.3 Star Delta Starter.

Student should be able to:-


1. Explain the function and application of forward Reversed DOL
COURSE
LEARNING starter.
OUTCOME : 2. Explain the Star Delta operation and application.

CONTENT
MOTOR STARTERS FOR SINGLE PHASE A.C MOTORS.
Forward-Reversed DOL starters

Pengenalan:
Bangunan tinggi hari ini tidak lagi perlu tangga untuk naik ke atas. Kebanyakkannya telah
menggunakan lif sebagai alat kenaikan.Malah kereta elektrik elevator dan lat lainya
manggunkan motor yang boleh diubah arah putarannya iaitu dari arah mara ke sonsang.
Motor aruhan 3 fasa boleh diubah putaranya dengan menukar mana-mana dari tiga

Page 1 of 13
DPP C2 ( b) - 1

punca motor tersebut. Selalunya motor yang digunakan untuk dua rah putaran ini dibekalkan
dengan satu penghidup yang sesuai iaitu penghidup Mara Songsang.
Berpandukan rajah di bawah, AF menunjukan tidak ada pertukaran berlaku pada mana-mana
punca. Motor akan berpusing kearah mara bila dihidupkan.

BR menunjukan dua punca iaitu R dan T disambung kepda W dan U. Dua pertukaran punca
telah berlaku, motor akan berpusing ke arah sonsang bila di hidupkan.

Rajah 9c

Page 2 of 13
DPP C2 ( b) - 1

FUNGSI PENGHIDUP MOTOR MARA SONSANG

Penghidup ini kebiasaanya diserta dengan alat yang dipanggil Sebagai kait punca. KAit
punca ini bermaksud satu penghalang dari kedua gelung bagi satu litar mendapatkan tenaga
elektrik sekali gus.Misalnya bila gelung F mendapat tenaga elektrik, gelung R mesti dihalang
daripada mendapat tenaga elektrik.
Kait punca pesawat biasanya menggunkaan alat sawat seperti punat tekan yang memepunyai
du apsang sesentuh. Manakala Kaitpunca elektrik pula menggunakan sesentuh tambhan dari
penyentuh magnet.

OPERASI PENGHIDUP MARA SONSANG

Penerangan tentang operasi penghidup MARA SONSANG merujuk kepada gambarajah di


Rajah 1.
Apabila punat tekan PB On F ditekan, gelung F akan mendapat tenaga elektrik. Sesentuh F
sedia buka akan menutup manakala sesentuh F sedia tutup akan membuka. Motor akan
memutar kea rah hadapan.
Apabila punat tekan OFF ditekan, gelung F akan kehilangan tenaga elektrik. Motor berhenti
memutar.
Apabila punat tekan PB On R ditekan, gelung R akan mendapat tenaga elektrik . Sesentuh R
sedia buka akan menutup manakala sesentuh R sedia tutup akan membuka. Motor akan
mendapat tenaga elektrik dan akan memutar kea rah sonsang.
Untuk menghentikan perjalanan motor punat tekan OFF hendaklah ditekan.

Page 3 of 13
DPP C2 ( b) - 1

LITAR KAWALAN PENGHIDUP MARA SONSANG 1 Fasa

Rajah 9(d)

Page 4 of 13
DPP C2 ( b) - 1

LITAR KUASA PENGHIDUP MARA SONSANG 1 Fasa

Rajah 9(e)

Page 5 of 13
DPP C2 ( b) - 1

Rajah 9 (f)
Litar kawalan DOL Mara Songsang 3 Fasa

Page 6 of 13
DPP C2 ( b) - 1

Rajah 9 (g)
Litar Utama DOL Mara Songsang 3 Fasa

Page 7 of 13
DPP C2 ( b) - 1

PENGHIDUP BINTANG DELTA (STAR DELTA STARTER)

Penghidup motor amat penting dalam operasi sistem mesin elektrik. Dalarn penggunaan
teknologi moden khususnya yang berkaitan dengan mesin elektrik, adalah amat penting bagi
pencipta dan penyelenggara rnesin elektrik untuk menyediakan penghidup elektrik tanpa
gangguan kepada semua mesin. Untuk menyediakan perkhidmatan ini, adalah penting bagi
anda selaku orang teknikal, mengetahui dan memahami perbezaan asas di antara setiap
penghidup serta cara operasinya.

Page 8 of 13
DPP C2 ( b) - 1

Penghidup jenis ini hanya boleh digunakan untuk motor sangkar tupai yang mempunyai
enam terminal, di mana hujung gelung stator yang lagi satu tidak disambungkan didalam motor
letapi disambungkan secara manual dengan mencantum ketiga-tiga terminal tersebut diluar
motor.

Hanya motor yang mempunyai enam terminal sambungan sesuai digunakan untuk
penghidup jenis ini. Penghidup ini selalunya digunakan dalam pam elektrik, injap motor,
conveyor belt dan sistem penghawa dingin.

Mengikut peraturan 25 kaedah Elektrik 1949 penghidup cara ini hanya digunakan bagi
motor yang mempunyai keupayaan 3 k.k – 10 k.k. (kuasa kuda).
Arus permulaan bagi penghidup bintang delta adalah 2.5 – 3 kali ganda.

Semasa motor bergerak kepada kelajuan biasa sambungan gelung stator bertukar alih
kepada sambungan delta dimana seliap fasa menerima vollan penuh bekalan.

Penghidup motor secara bintang delta, kendalian bermula dengan bintang dan kemudian
bertukar ke delta semasa kendalian. Dalam sambungan bintang lilitan setiap fasa
menerima satu per punca ganda dua tiga (1/√3) atau 58 % dari voltan bekalan. Arus juga
berkurangan sebanyak 58 % dan daya kilas (T) juga berkurangan kerana T V2.

T V2 = ( 240/415 )2 x 100 %
= 33.4 %

Page 9 of 13
DPP C2 ( b) - 1

Contoh:

Sebuah motor 3 fasa menerima voltan bekalan VP = 415 V dan nilai galanganya ialah 24 .

Dalam keadaan BINTANG

I = ( VP/ZP )
= ( 240/24 )
= 10 Amp = IL
Dalam keadaan DELTA

I = ( VP/ZP )
= ( 415/24 )
= 17.32 Amp

Keadaan VOLTAN
( Mula / Kendalian ) = ( 240/415 )
= 0.58
= 58 %
= 1/1.732
= 1/√3
Keadaan ARUS
( Mula / Kendalian ) = ( 10/17.32 )
= 1/1.732
= 1/√3
= 0.58
= 58 %

Page 10 of 13
DPP C2 ( b) - 1

Perubahan daripada bintang kepada delta di antara 5 – 10 saat. Apabila penghidup


bertukar menjadi delta, arus akan mencapai tahap yang minima arus talian ( IL ).

Kebaikan penghidup Star – Delta


Arus permulaan yang rendah.
Boleh dihidupkan dan dimatikan beberapa kali pada bila-bila masa.
Senggaraan serta kos pemasangan adalah kurang jika dibandingkan dengan
penghidup ubah auto.

Kekurangan penghidup star - delta


Daya kilas permulaan yang rendah.
Berlaku enjutan (jerking) ketika penukaran dari bintang ke delta.
Keupayaan motor yang digunakan adalah terhad kepada 3 k.k - 10 k.k.
Menggunakan punca motor yang lebih iaitu 6 punca.

Page 11 of 13
DPP C2 ( b) - 1

EXERCISE
1. Dalam penghidup TALIAN TERUS , nyatakan saiz motor yang digunakan.

2. Apakah yang anda faham dengan sambungan Talian Terus di dalam penyambungan
penghidup motor 1 fasa. Terangkan dengan jelas dan berikan salah satu contoh
penghidup lengkap dengan litar kawalan dan litar kuasa.

3. Nyatakan dengan terperinci kebaikan dan keburukannya DOL.

4 Senaraikan 4 kegunaan bagi penghidup Mara Sonsang.


a) _.
b) .
c) .
d) .

5. Nyatakan 2 kebaikan penghidup motor Star Delta?

Page 12 of 13
DPP C2 ( b) - 1

6. Nyatakan 2 kekurangan penghidup motor Star Delta?

7. Nyatakan arus permulaan penghidup motor star delta?

REFERENCE
1. Information sheet – “ Motor starter for single phase and three phase A.C motors”
Code subject : CEV 2062
IKM Lumut, Perak.

Page 13 of 13

Anda mungkin juga menyukai