Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan
Menservis peralatan elektrik domestik merupakan salah satu topik yang terkandung di
dalam subjek Pendawaian Elektrik Dan Peralatan Elektrik Domestik . Di dalam subjek ini
pelajar dibawah seliaan Tn Hj Abd Samad Hanif akan didedahkan dengan perkembanagan
teknologi semasa, keperluan tenaga mahir, keselamatan dan sebagainya. Kami diberi pendedahan
untuk menggunakan peralatan ujian, mengendalikan litar asas elektrik seperti bekalan kuasa,
bahagian kawalan dan beban litar. Seterusnya, kemahiran ini dipertingkatkan kepada kemahiran
kemahiran menservis peralatan elektrik domestik yang meliputi mengendali, mengesan dan
menggantikan komponen yang rosak. Jenis peralatan yang dibaik pulih adalah seperti seterika,
kipas, jug pemanas air dan sebagainya.

2.0 Objektif
I. Menyenggara peralatan elektrik domestic
II. Mencari dan mengesan kerosakan peralaatn eletrik domestik.
III. Melakukan kerja pengujian peralatan elektrik domestik
IV. Menganti komponen dan membaik pulih peralatan elektrik domestik.
V. Mengenal pasti litar bekalan kuasa dan sistem kawalan peralatan elektrik
domestik.
VI. Menggunakan alatan tangan dan peralatan ujian dengan cara yang betul.

3.0 Baik Pulih Peralatan Elektrik


3.1 Pengenalan
Penggunaan langkah yang sistematik dapat menjimat masa sewaktu menjalankan
baik pulih peralatan elektrik. Baik pulih peralatan elektrik adalah berdasarkan kepada
kerosakan mekanikal dan kerosakan elektrik. Kerosakan mekanikal boleh dikesan melalui
deria yang ada kepada manusia iaitu deria bunyi iaitu dengar mendengar operasi
peralatan, deria mata iaitu dengan melihatda deria bau aitu dapat mengesan bau seperti
terbakar, busuk dan sebagainya.
Seterusnya kerosakan elektrik boleh diuji dengan 2 cara iaitu ujian rintagan
penebatan dan ujian keterusan pengalir pelindung. Ujian penebatan bermaksud,ujian
untuk mengukur ketahanan penebatan kabel, litar dan kelengkapan elektrik agar mampu

1
membendung arus yang dibawanya. Jika rintagan ini rendah bererti arus akan mengalir
keluar dari kabel yang menyebabkan arus yang diterima oleh beban berkurangan secara
tidak lansung ia akan membahayakan pengguna. Selanjutnya, ujian keterusan pengalir ini
bermaksud ujian yang bertujuan untuk memastikan pengalir perlindung tidak putus dan
tersalah sambungan. Sekiranya berlakunya ralat, ujian galangan gelung bumi menjadi
tinggi kesannya, keseluruhan galangan gelung rosak ke bumi menjadi tinggi.

3.2 Peralatan Baik Pulih


Cerek elektrik merupakan peralatan elektrik domestic yang sangat penting. Ianya
digunakan secara rutin oleh suri rumah untuk merebus air. Prinsip kerja cerek elektrik ini
ialah dari tenaga elektrik menjadi tenaga haba. Apabila bekalan kuasa elektrik
disambung, tenaga elektrik akan menghasilkan haba dan memanaskan besi didalam cerek
akhirnya air dapat dipanaskan.

Litar skematik kettel

2
4.0 Langkah Kerja
4.1 Ujian Keterusan Pengalir Perlindung
Gambar langkah
1) mengira jumlah arus

R= V/P
R= 240/1850
= 31.14
2) Tekan suis cerek pemanas air elektrik.
3) Letakkan kuar dikaki pin plug neutral (N )
dan kaki pin plug life (L)
4) Dapat bacaan, dan samakan dengan nilai
pengiraan.
5) Jika hampir sama, tiada masalah untuk

3
4.2 Langkah Pembaikkan ( Kerosakkan Mekanikal)
gambar langkah
1) Bukakan penutup cerek
2) Tanggalkan skru penutup
3) Tanggalkan skru tapak bawah
4) Setelah kesemua skru dibuka tarik
penutup mengikut anak panah yang
telah disediakan.

5) Setelah tapak bawah dibuka, ia


menampakkan thermostat. Buka ketiga-
tiga skru thermostat .

6) Setelah skru ditanggalkan, maka


terpisah thermostat dengan besi
pemanas.
7) Uji besi pemanas menggunakan
multimeter. Jika jarum bergerak naik
maka besi pemanans dalam keadaan
baik.

4
8) Buka thermostat, didapati trigger patah,
9) Gantikan trigger yang baru.

5.0 Kesimpulan
Pada amali kali ini, kami ditugaskan untuk menyiapkan satu tugasan secara individu.
Tugasan yang diberikan membaiki peralatan elektrik yang rosak. Saya memilih untuk membaiki
pemanas air yang telah rosak. Saya diberi penerangan oleh Tuan Haji Abd Samad cara-cara
untuk membaiki peralatan elektrik tersebut. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang
proses membaiki pemanas air.
Dengan bantuan Tuan Haji Abd Samad, dan rakan-rakan saya dapat menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya. Pelbagai masalah yang dihadapi sepanjang pemprosesan membaiki peralatan
elektrik.

Anda mungkin juga menyukai