Anda di halaman 1dari 49

PERATURAN KESELAMATAN

Oleh
RAIS BIN MAAT Ketua Program Kejuruteraan Elektrik Institut Latihan dan Pembangunan Infrastruktur Ikram (ITiDi)

TUJUAN
1. Melindungi nyawa manusia 2. Menghindarkan dari kecederaan 3. Melindungi bangunan, harta benda, peralatan atau mesen-mesen elektrik dari kebakaran atau kerosakan 4. Menjadikan mesen & peralatan tahan lama 5. Mengurangkan kerugian akibat kebakaran

TUJUAN (samb.)
6. Menguntungkan majikan & pekerja 7. Memberikan keselesaan dan keseronokan ditempat kerja 8. Memberikan keyakinan semasa kerja

LANGKAH KESELAMATAN
Hanya orang kompeten sahaja boleh mengendali dan mengerjakan pemasangan elektrik. Orang yang selain dari orang kompeten hendaklah berada dibawah seliaan langsong orang kompeten. Anggapkan semua pemasangan elektrik masih hidup kecuali telah dibuktikan dengan ujian ianya adalah sebaliknya.

LANGKAH KESELAMATAN
Langkah-langkah awasan hendaklah diambil untuk mengelakkan pepasangan yang telah dimatikan menjadi hidup kembali secara tidak senghaja. Caranya ialah dengan mengunci, menanggal fius, memasang/menggantung tanda AWAS, BAHAYA, Amaran dan sebagainya.

LABEL
Pastikan setiap suisgear, papan suis dsb. terdapat label yang menerangkan litar yang dikawalnya supaya kerja pembaikan /senggaraan mudah dan selamat dilaksanakan.

KUNCI
Kunci mana-mana bilik suis atau peralatan elektrik dan anak kunci hendaklah dipegang/disimpan oleh orang yang membuat kerja dan pastikan orang lain tidak mempunyai kunci simpanan yang sama.

BAHAGIAN BERGERAK
Hendaklah dipasang pelindung/penutup yang sesuai dan boleh menghindarkan bahaya tersentuh bahagian tersebut

PEMBANTU
Seorang pembantu hendaklah diperolehi apabila berkerja pada konduktor hidup supaya apabila berlaku kecemasan pertolongan segera boleh diperolehi

PAKAIAN
Jangan memakai barang-barang kemas seperti cincin, jam tangan, kalong, rantai dan sebagainya semasa bekerja dengan litar elektrik hidup

PAKAIAN KESELAMATAN
Pakai pakaian keselamatan seperti sarung tangan penebat, kasut keselamatan, topi keselamatan, penghadang muka dsb. hendaklah dipakai dimana perlu. Jangan pakai pakaian labuh dan terjuntai seperti tali leher yang boleh mengganggu dan membahayakan

SEBELUM ON SUIS
Sebelum ON suis atau pemutus litar ketahuilah akibatnya jika terdapat sebarang kerosakan kepada pemasangan atau mesen tersebut terutama apabila terdapat litar pintas pada litar.

KERJA-KERJA PADA TALIAN AERIAL VOLTAN RENDAH


Kerja-kerja pada alat Voltan Rendah yang MATI hendaklah dijalankan oleh orang berkelayakan dengan kebenaran oleh orang yang diberi kuasa (authorised person).

PENGALIR LAMPU JALAN


Apabila mengasingkan sesalur talian aerial, pengalir Lampu Jalan mestilah diasingkan juga dan dibumikan dengan sempurna supaya ia tidak hidup kembali secara tibatiba atau secara tak senghaja disebabkan kerosakan suis masa atau ujian yang dijalankan dibahagian lain.

UJIAN BEKALAN
Sebelum menjalankan kerja-kerja, orang yang berkelayakan atau orang yang diberi kuasa mestilah melakukan satu ujian voltan bagi mengesahkan bahawa litar yang telah diasingkan itu telah MATI dan mestilah membumikan dengan sempurna litar tersebut

MEMBERI SEMULA BEKALAN


Setelah kerja siap janganlah dihidupkan semula litar sehingga orang yang diberi kuasa itu sendiri berpuashati bahawa semua pekerja telah meninggalkan tempat itu dan telah diberitahu bahawa litar hendak dihidupkan

JARAK DENGAN TALIAN


Kerja-kerja diatas tiang pada talian hidup tidak berpenebat tidak boleh dilakukan jika kepala mana-mana pekerja berada ke atas daripada paras pengalir NEUTRAL kecuali dibawah penyeliaan peribadi orang yang diberi kuasa.

TANDA AWAS
Apabila melakukan kerja-kerja di litar yang telah dimatikan, peringatan AWAS hendaklah diletakkan pada setiap tempat yang boleh menyebabkan litar yang mati boleh dihidupkan semula.

RIBUT DAN KILAT


Apabila berlaku ribut dan kilat, kerja-kerja pada talian aerial hendaklah diberhentikan dengan serta merta.

SAMBUNGAN SESALUR
Sambungan sesalur bekalan tidak boleh dilakukan pada sesalur talian aerial yang hidup kecuali oleh sesiapa yang mempunyai atau memegang SIJIL KELAYAKAN UNTUK BEKERJA PADA TALIAN HIDUP.

SESALUR KAKI LIMA


Sambungan hidup pada sesalur bekalan untuk sesalur kaki-lima bolehlah dilakukan oleh sesiapa juga orang yang berkelayakan dan dibawah penyeliaan orang yang diberi kuasa yang hadir.

PEGAWAI YANG BERKUASA


Umur melebehi 21 tahun Mempunyai pengetahuan teknik tentang alat-alat voltan tinggi & rendah Mempunyai pengetahuan yang baik tentang semua atau sebahagian daripada sistem Mempunyai sijil akuan kuasa yang sah yang menyatakan pengklasan kerja dan bahagian perbekalan dibawah mana-mana sistem

PEGAWAI YANG BERKELAYAKAN


Umur melebehi 21 tahun Telah mempunyai tahun pengalaman kerja yang mencukupi Mempunyai sijil kelayakan

SURAT KEBENARAN KERJA (PTO)


Sebelum kerja-kerja dijalankan orang yang berkuasa mestilah mengeluarkan Surat Kebenaran Kerja kepada orang yang berkelayakan didalam kerja-kerja tersebut yang mana harus menyimpannya semasa melakukan kerja sehingga selesai kerja yang dilakukan atau diberhentikan oleh orang yang berkuasa

PTO
Setelah Surat Kebenaran Kerja dikeluarkan orang yang berkuasa mestilah menyelia dan memberi sepenuh perhatian dan menjelaskan dengan tepat bersangkut paut dengan kerja yang akan dijalankan. Orang yang berkelayakan hendaklah mengetahui bahawa penerimaan Surat Kebenaran Kerja menandakan bahawa semua alat-alatan didalam keadaan selamat.

PENGEMBALIAN PTO
Pengembalian semua Surat Kebenaran Kerja bermakna beliau telah mengeluarkan semua pembumian sementara dan mengesahkan semua pekerja-pekerja tidak lagi melanjutkan kerja tersebut.

PENGECUALIAN
Surat Kebenaran Kerja adalah dikecualikan apabila orang yang berkuasa memotong bekalan, beliau sendiri menyelia ujian-ujian dan membumikan segala alat-alatan, menyelia sendiri, memeriksa dan megesahkan kerja-kerja yang telah disiapkan, mengeluarkan pembumian dan memberi arahan kepada pekerja-pekerja menjalankan kerja yang tidak melebehi lengkongan kuasanya

TANDATANGAN DAN PEMBATALAN


Apabila kerja-kerja yang dilindungi dengan Surat Kebenaran Kerja telah siap atau diberhentikan sebelum alat-alatan dihidupkan kembali, Surat Kebenaran Kerja mestilah ditandatangani oleh orang yang berkelayakan dan mestilah dikembalikan kepada yang berkuasa untuk membatalkannya

PEMBATALAN PTO
Pembatalan Surat Kebenaran Kerja dijalankan oleh orang yang berkuasa dengan menulis perkataan DIBATALKAN atau CANCELLED melintangi permukaan surat tersebut dan menandatanganinya.

Jika orang yang berkelayakan yang mempunyai surat kebenaran kerja akan menangguhkan kerja sebelum kerja siap dibuat dan akan digantikan oleh orang berkelayakan yang lain sokongan pengesahan mestilah didapati daripada orang yang berkuasa. Pengganti itu hendaklah menandatangani dengan nama beliau dibawah tandatangan orang berkelayakan yang asal. Pengganti ini hendaklah menyimpan surat tersebut, semasa kerja-kerja disiapkan, orang berkelayakan yang terakhir yang menjaga kerja mestilah menandatangani surat dan dipulangkan kembali kepada orang yang berkuasa.

ORANG KOMPETEN
Peraturan 111 - Tiada seorang pun kecuali orang kompeten atau yang bertindak dibawah kawalan orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pembaikan, penggantian, penservisan atau pembersihan apa-apa kelengkapan

LANGKAH AWASAN
Peraturan 112 (1) Orang kompeten hendaklah mengambil langkah awasan yang mencukupi untuk mencegah mana-mana pepasangan atau kelengkapan daripada terhidup secara tidak sengaja semasa orang sedang bekerja. Beliau hendaklah mengawasi sendiri sepanjang masa akan kerja-kerja yang dijalankan

ARAHAN BERTULIS
Peraturan 113 tiada kerja atau pengendalian dibawah kawalan orang kompeten boleh dimulakan sehingga ARAHAN BERTULIS telah dikeluarkan oleh orang kompeten itu kepada orang dibawah kawalannya

TIANG REPUT
Untuk tiang kayu yang telah lama pastikan pangkalnya tidak reput sebelum kerja memanjat tiang dijalankan. Bahagian pangkal tiang hendaklah diketuk dengan tukul yang sesuai untuk mengetahui ianya reput atau tidak.

MEMATIKAN BEKALAN
Bekalan hendaklah dimatikan, kecuali dalam keadaan yang membenarkan, dengan mengeluarkan fius atau OFF kan alatan suis, sebelum kerja-kerja pada talian aerial boleh dilakukan. Fius hendaklah dibawa bersama. Untuk kabel bertebat di udara sepenuhnya mungkin bekalan tidak perlu dimatikan untuk kerja-kerja tersebut.

KUNCI
Setelah bekalan diasingkan, bilik suis, feeder pillar atau peralatan suis hendaklah dikunci dengan kunci yang tak standard dan digantung padanya tanda AWAS atau KERJA-KERJA SEDANG DIJALANKAN pada alat tersebut. Anak kunci hendaklah dibawa bersama.

SAHKAN TIADA BEKALAN


Sebelum membuat apa-apa kerja pada tiang, sahkan bekalan telah betul-betul dimatikan dengan membuat ujian bekalan dengan menggunakan alat yang selamat dan sesuai dan menggunakan teknik yang telah teruji keberkesanannya.

DISCHARGE KABEL
Setelah sah tiada bekalan, kesemua kabel hendaklah di discharge ke bumi untuk memastikan tiada bahaya dari kesan-kesan charge yang mungkin masih ada didalam kabel.

BUMIKAN KABEL
Selepas discharge, semua kabel tak bertebat hendaklah dibumikan secara sementara tetapi mestilah sempurna untuk mengelakkan bahaya bekalan datang semula secara tak senghaja atau terkena panahan kilat. Kabel bumi yang digunakan mestilah sesuai jenis dan saiznya. Elektrod bumi sementara jika perlu hendaklah digunakan.

TANGGA KAYU
Seboleh-bolehnya tangga kayu yang sesuai panjangnya (double ladder 30 kaki) hendaklah digunakan untuk kerja-kerja memanjat tiang. Tangga logam boleh digunakan jika ianya ditebat secukupnya dan dibumikan dengan berkesan semasa menggunakannya.

ALAT KESELAMATAN
Sebelum membuat kerja-kerja talian aerial alat-alat keselamatan berikut hendaklah digunakan: Topi Keselamatan, Kasut Keselamatan, Tali Pinggang Keselamatan, Tali Jut, Sarung Tangan, Tangga Kayu atau Tangga Bertebat

PEGANG TANGGA
Setelah tangga disandarkan pada tiang, seorang pekerja hendaklah memegang tangga tersebut sebelum dan semasa pekerja lain menaiki tangga dan sehinggalah tangga itu diikat kepada tiang dengan selamat. Pekerja yang memegang tangga hendaklah berdiri dibelakang tangga diantara tangga dan tiang.

IKAT TALI PINGGANG


Pekerja yang naik keatas tiang hendaklah mengikat dahulu tali pinggang keselamatan kepada tiang sebagai langkah keselamatan sebelum membuat sebarang kerja diatas tiang dan hendaklah melepasi besi D supaya ia dapat ditahan oleh besi D tersebut untuk mengelakkan ianya tergelongsor kebawah.

IKAT TANGGA
Setelah pekerja mengikat tali pinggang keselamatan beliau hendaklah mengikat tangga dengan kemas kepada tiang dengan menggunakan tali jut supaya tangga tidak tergelincir. Tali jut hendaklah cukup panjang untuk digunakan mengikat dan menaikkan bahan dan alatan dari bawah ke atas tiang.

BUKA PEMBUMIAN
Setelah kerja-kerja selesai dan sebelum bekalan diberikan pastikan tiada bahan atau alatan tertinggal di atas tiang dan pastikan juga pembumian sementara telah dibuka dan dialihkan terlebih dahulu.

UJIAN PENEBATAN
Lakukan ujian penebatan sekiranya dirasakan perlu sebelum bekalan diberikan

SEBELUM BEKALAN DIBERIKAN SEMULA


Pastikan tiada bahan dan peralatan tertinggal di atas tiang. Pastikan tiada lagi pekerja berada di atas tiang. Pembumian sementara telah dialihkan Semua pekerja hendaklah diberitahu dengan jelas bahawa bekalan hendak disambung semula.

PERATURAN 112 (5)


Tiada orang kompeten atau orang dibawah kawalan orang kompeten boleh menghidupkan semula mana-mana suis sehingga dia pasti bahawa semua orang sudah tiada pada litar berkenaan dan telah diberi amaran bahawa litar itu akan dihidupkan

BERIKAN BEKALAN
Setelah keadaan disahkan selamat bekalan bolehlah diberikan semula dengan memasukkan semula fius atau ON kan semula alatan suis. Pastikan voltan dan bekalan tidak mengalami apaapa masaalah. Kunci bilik suis atau feeder pillar. Alihkan tanda AWAS, BAHAYA, dsb. Tulis dalam buku log.

Anda mungkin juga menyukai