Anda di halaman 1dari 51

PRAKATA

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, buku manual berjudul Manual
Talian Hidup Voltan Rendah (LV Liveline Manual) Edisi ke-2 (Ogos 2013) ini berjaya diterbitkan.
Penerbitan manual ini menambah satu lagi koleksi buku manual keluaran Jabatan Pengurusan Aset,
Bahagian Pembahagian, TNB yang sebelum ini telah menerbitkan beberapa buku manual seperti
Underground Cable System Design Manual dan Substation Design Manual.

Kandungan buku berjudul Manual Talian Hidup Voltan Rendah (LV Liveline Manual) ini
mengandungi topik-topik seperti peraturan keselamatan, peralatan perlindungan diri, organisasi kerja,
perlaksanaan kerja, kaedah kerja talian hidup dan panduan penggunaan dan senggaraan peralatan
talian hidup.

Dalam kesempatan ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penerbitan manual ini. Kami titipkan ucapan
penghargaan kepada Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset), Yang Bhg. Dato’ Ir. Abdul Aziz Bin
Jaafar yang banyak memberi bimbingan sepanjang penyediaan buku manual ini. Ucapan terima kasih
juga diucapkan kepada En. Mispani B Sakijo, Ir. Mohd Faris Ariffin, Ir. Hairil Azli Bin Abdul Satar,
Cik Nurul Asyiqin binti Sobri, Hj. Muhamad Zafir Bin Ahmad, En. Mohammad Anuar Hj. Mohd
Zahar, En. Mohd Zamrisham Mohd Zain, En. Faisal Abood Hareez (ILSAS), Hj. Hosni Bin Kardi
(ILSAS), En. Othman Ismail (ILSAS), En. Mohd. Nasir Itam Ahmad (ILSAS), En. Suhaili Ismail
dan En. Mohd Azrol bin Talip. Tanpa sumbangan idea dan komitmen mereka yang tersenarai
pastinya buku manual ini tidak mampu disiapkan secara teratur dan menepati waktunya.

Kami berharap panduan ini boleh menjadi sumber rujukan penting khususnya kepada Jurutera,
Pembantu Kejuruteraan, Juruteknik, Pemasang Talian yang bertanggungjawab ke atas kerja-kerja
talian hidup voltan rendah. Semoga buku manual ini dapat menyumbang ke arah konsep “Do It Right
The First Time” dan seterusnya boleh mempertingkatkan tahap keselamatan semasa bekerja di talian
hidup.

Sekian, terima kasih.

WAN NAZMY BIN WAN MAHMOOD


PENGURUS BESAR (PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN)
JABATAN PENGURUSAN ASET
BAHAGIAN PEMBAHAGIAN
TENAGA NASIONAL BERHAD

OGOS 2013
MANUAL TALIAN HIDUP VOLTAN RENDAH
(LV LIVE LINE MANUAL)

TOPIK 1: PENGENALAN 1
1.1 Skop Aplikasi 1
1.2 Definisi 2
1.2.1 Radas/Sistem Voltan Rendah 2
1.2.2 Jarak Hampiri Minima 2
1.2.3 Limit Zon Evolusi Pekerja Talian Hidup 2
1.2.4 Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah 3
1.2.5 Pembantu 3
1.2.6 Pasukan Kerja Talian Hidup Voltan Rendah 3
1.2.7 Ketua Pasukan 3
1.2.8 Kaedah Sarung Tangan Getah 3

TOPIK 2: PERATURAN-PERATURAN AWAM 4


2.1 Peraturan-peraturan Am 4
2.2 Peraturan Kerja 4

TOPIK 3: PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI 7

TOPIK 4: ORGANISASI KERJA 8


4.1 Prosedur Berkaitan Ketua Pasukan dengan Pegawai Atasan 8
4.2 Keadaan Atmosfera dan Penglihatan di Tempat Kerja 10
4.2.1 Keadaan Cuaca 10
4.2.1.1 Hujan Rintik/Renyai-renyai 10
4.2.1.2 Kabus tebal/ Asap Tebal/Jerebu Tebal 10
4.2.1.3 Hujan Lebat 10
4.2.1.4 Angin Kencang 10
4.2.1.5 Ribut Petir 10
4.2.2 Penglihatan di Tempat Kerja 11
4.3 Persediaan di Tapak Kerja Talian Hidup 11
4.4 Pemeriksaan Alatan Sebelum Memulakan Kerja 12
4.5 Penjagaan Peralatan yang Diluluskan 13
4.5.1 Am 13
4.5.2 Pemeriksaan Berkala 13
4.5.3 Penyimpanan 14
4.5.4 Modifikasi 14

TOPIK 5: PERLAKSANAAN KERJA 15


5.1 Prosedur Am 15
5.2 Perlaksanaan /Penyempurnaan Kerja 15
5.3 Penggunaan Tower Wagon 16

TOPIK 6: KAEDAH KERJA TALIAN HIDUP 17


6.1 Teknik Kerja Menggunakan Sarung Getah 17
6.1.1 Pengenalan 17
6.1.2 Sarung Tangan Getah 17
6.1.3 Pembalut 17
6.2 Melakukan Kerja pada Talian 18

TOPIK 7: PANDUAN PENGGUNAAN & SENGGARAAN PERALATAN


7.1 Plier 21
7.2 Plier Boleh Laras 22
7.3 Spanar Pepulas 23
7.4 Pemutar Skru Elektrik 24
7.5 Sarung Tangan Getah 25
7.6 Sarung Tangan Kapas 29
7.7 Sarung Tangan Kulit 30
7.8 Kotak Plastik 31
7.9 Beg untuk Alat-alat 32
7.10 Beg untuk Pembalut Getah Belah 33
7.11 Pembalut Poket Kecil beserta Lubang Kekunci 34
7.12 Pembalut Poket Kecil 35
7.13 Pembalut Poket Besar 36
7.14 Pembalut Getah Belah 37
7.15 Penutup Hujung Mati 38
7.16 Dawai Lompatan Pirau 39
7.17 Beg Peralatan Kerja 40
7.18 Headlamp 41
7.19 Goggles 42
7.20 Pemutar Skru Elektrik (Phillips Type) 43
7.21 Rachet Cable Cutter 44
7.22 Pisau Lengkung 45
7.23 Cable Stripper 46
1.0 PENDAHULUAN

1.1 SKOP APLIKASI

1.1.1 Semua anggota kerja yang terlibat dengan kerja pada pepasangan hidup
voltan rendah perlu mematuhi peraturan dan kehendak am Prosedur
Kerja Talian Hidup Voltan Rendah dan mengikut keperluan penggunaan
alat dan perkakas seperti yang dinyatakan dalam Panduan Penggunaan
dan Senggaraan Peralatan Talian Hidup Voltan Rendah.

1.1.2 Segala peraturan di dalam Prosedur Kerja Talian Hidup Voltan Rendah
ini perlu digunapakai apabila melakukan kerja talian hidup pada voltan
tidak melebihi 600V fasa ke bumi /neutral atau 1000V fasa ke fasa.

1.1.3 Prosedur kerja talian hidup voltan rendah ini hanya merangkumi teknik
kerja menggunakan cara “Sarung Tangan Getah” sahaja.

1.1.4 Dokumen ini perlu digunapakai oleh anggota kerja yang telah menjalani
latihan kerja talian hidup voltan rendah di ILSAS.

1.1.5 Perlu ditegaskan setiap anggota kerja perlu mematuhi segala kandungan
yang terdapat dalam Arahan, Pekeliling, Panduan dan Edaran
Kejuruteraan TNB Bahagian Pembahgian yang berkaitan dengan
Prosedur Kerja Talian Hidup Voltan Rendah ini.

1
1.2 DEFINISI

1.2.1 Radas/Sistem Voltan Rendah


Sebarang radas, perkakas dan pengalir yang biasanya dikendalikan pada
voltan tidak melebihi 600V fasa ke bumi/neutral atau 1000V fasa ke
fasa.

1.2.2 Jarak Hampiri Minima (JHM)


Jika terdapat mana-mana bahagian sistem voltan rendah tidak bertebat
yang hidup (iaitu samada pengalir yang aktif atau struktur yang
mempunyai pengaliran elektrik) maka jarak hampiri minima (JHM)
ialah 0.3 meter.

1.2.3 Limit Zon Evolusi Pekerja Talian Hidup


a) Zon evolusi pekerja talian hidup meliputi kawasan yang
dihasilkan daripada pergerakan anggota badan yang tidak
dilindungi oleh peralatan bertebat atau perkakas bertebat.
b) Zon ini adalah termasuk peralatan kerja yang tidak bertebat yang
bersentuhan dengan anggota badan yang tidak dilindungi semasa
beliau melaksanakan kerja.
c) Dua zon evolusi yang terbentuk adalah dikira sebagai satu zon
evolusi yang saiznya terhasil daripada gabungan di antara kedua-
duanya.

2
1.2.4 Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah
Anggota kerja yang telah lulus latihan kerja talian hidup voltan rendah
dan telah mendapat sijil kebenaran untuk menjalankan kerja talian hidup
voltan rendah dari Jabatan Pengurusan Aset, TNB Bahagian
Pembahagian.

1.2.5 Pembantu
Anggota kerja TNB yang bertugas membantu pekerja talian hidup
menjalankan kerja.

1.2.6 Pasukan Kerja Talian Hidup Voltan Rendah


Satu kumpulan kerja talian hidup voltan rendah yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya seorang Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah dan
seorang Pembantu.

1.2.7 Ketua Pasukan


Ketua Pasukan ialah Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah yang
ditugaskan sebagai ketua pasukan oleh Pegawai Atasan beliau. Bagi
pasukan yang terdiri dari dua anggota kerja sahaja iaitu Pekerja Talian
Hidup Voltan Rendah dan Pembantu maka pekerja talian hidup voltan
rendah adalah merupakan Ketua Pasukan.

1.2.8 Kaedah Sarung Tangan Getah (Rubber Glove Method)


Kaedah ini membolehkan Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah berada
kurang daripada Jarak Hampiri Minima dengan pengalir hidup.
Walaubagaimanapun beliau mestilah dilindungi sepenuhnya oleh sarung
tangan getah bertebat dan juga penebat tambahan yang dipasang dengan
betul.

3
2.0 PERATURAN KESELAMATAN

2.1 PERATURAN-PERATURAN AM
2.1.1 Kerja pada talian hidup voltan rendah hendaklah dilakukan hanya oleh
Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah.

2.1.2 Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah mesti memenuhi syarat-syarat di


bawah sebelum diberi kebenaran menjalankan kerja talian hidup voltan
rendah:-

a) Lulus latihan kerja talian hidup voltan rendah


b) Memegang Sijil Kebenaran Kerja Talian Hidup Voltan Rendah yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Aset, TNB Bahagian
Pembahagian.

2.1.3 Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah perlu mengulangkaji prosedur dan
kaedah bekerja sebelum beliau menjalankan kerja talian hidup voltan
rendah.

2.1.4 Seorang Pembantu mesti berada di dalam jarak penglihatan dengan


pekerja talian hidup yang menjalankan kerja talian hidup.

2.2 PERATURAN KERJA


2.2.1 Peraturan keselamatan utama terhadap kerja talian hidup voltan rendah
ialah seperti berikut:-

a) Limit Zon Evolusi pekerja daripada pengalir hidup dan aksesori


yang mengandungi bahan berlogam MESTILAH sekurang-
kurangnya 0.3 meter. Sekiranya jarak ini tidak dapat dicapai

4
maka semua pengalir dan aksesori tersebut perlu dibalut dengan
penebat.

b) Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah perlu memakai sarung


tangan getah bertebat pada kedua-dua belah tangannya untuk
menjalankan kerja talian hidup voltan rendah.
* Sarung tangan getah bertebat ialah sarung tangan getah yang
diluluskan untuk kegunaan kerja talian hidup voltan rendah oleh
Jabatan Pengurusan Aset TNB Bahagian Pembahagian seperti
yang dinyatakan dalam Panduan Penggunaan dan Senggaraan
Peralatan Talian Hidup Voltan Rendah.

2.2.2 Sambungan di antara dua pengalir


Sambungan di antara dua pengalir yang berada pada fasa yang berlainan
atau fasa ke bumi/neutral boleh menyebabkan kes-kes kemalangan
elektrik.
Pastikan bahawa:-
a) Badan anggota kerja tidak menjadi laluan di antara dua pengalir
yang berada pada potensi di atas.
b) Pemeriksaan fasa pengalir dilakukan dengan penunjuk voltan
supaya sambungan tidak dibuat di antara pengalir yang
mempunyai fasa yang berbeza.
c) Pengalir fasa hidup tidak disambungkan ke neutral.

2.2.3 Kaedah penyambungan dan pengasingan pengalir adalah seperti berikut:


a) Apabila membuat sambungan pastikan neutral disambungkan
terlebih dahulu kemudian diikuti dengan pengalir fasa.
b) Apabila membuat pengasingan (membuka sambungan) didahului
dengan pengalir fasa dan diakhiri dengan neutral.

5
Kedua-dua kaedah di atas bertujuan untuk mengelak berlakunya
percikan arka kepada Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah sekiranya
penyambungan dan pengasingan dilakukan secara terus.

2.2.4 Penyambungan dan pengasingan beban melebihi 60A


Penyambungan dan pengasingan bekalan melebihi 60A mesti dilakukan
melalui pemasangan fius sementara.

* Tujuan diadakan untuk mengelakkan berlakunya percikan arka kepada


Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah sekiranya penyambungan dan
pengasingan dilakukan secara terus.

2.2.5 Pengalir dan litar kawalan lampu jalan


Semua pengalir dan litar kawalan lampu jalan mesti dianggap hidup
kecuali ianya telah dimatikan, diasingkan dan dibumikan.

2.2.6 Dawai neutral


Semua dawai neutral mesti dianggap hidup.

6
3.0 PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI

3.1 Peralatan keselamatan seperti topi keselamatan, tali pinggang keselamatan dan
abah-abah keselamatan (harnesses), tali, sarung tangan, kasut keselamatan dan
lain-lain yang mana disediakan oleh TNB untuk perlindungan dan digunakan
oleh orang yang perlu bekerja pada sistem elektrik TNB, mesti diperiksa oleh
orang yang menggunakannya dan memastikannya ia berada dalam keadaan
yang baik sebelum dan selepas digunakan.

3.2 Peralatan yang didapati tidak berada dalam keadaan baik hendaklah di tanda
“ROSAK” dan dikembalikan ke gudang simpanan TNB.

3.3 Sarung tangan getah mesti dijalankan ujian kebocoran udara sebelum dipakai di
setiap tapak kerja.

3.4 Topi keselamatan perlu dipakai sepanjang masa di tapak kerja.

7
4.0 ORGANISASI KERJA

4.1 PROSEDUR BERKAITAN KETUA PASUKAN DAN PEGAWAI ATASAN

4.1.1 Ketua pasukan perlu mempunyai sijil kebenaran kerja talian hidup
voltan rendah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Aset TNB
Bahagian Pembahagian.

4.1.2 Sebelum memulakan kerja talian hidup voltan rendah, ketua pasukan
mestilah menerima arahan kerja talian hidup voltan rendah daripada
pegawai atasan beliau.
* Pegawai atasan beliau adalah termasuk:-
a) Pegawai yang lebih tinggi gred kerja daripadanya atau;
b) Pegawai yang sama gred kerja tetapi dilantik oleh pihak
pengurusan sebagai penyelia kerja atau;
c) Pomen/Juruteknik/Eksekutif
Dalam konteks TNB selalunya Ketua Pasukan adalah juga Pemasang
Talian atau Pembaik Kerosakan. (Rujuk Rajah 4.1)

4.1.3 Apabila tiba di tapak kerja, ketua pasukan mesti memastikan bahawa
semua operasi kerja adalah di dalam jarak pemerhatian pembantu
pekerja talian hidup voltan rendah.

8
Rajah 4.1 Carta aliran organisasi kerja

Mengeluarkan arahan
PEGAWAI ATASAN kerja
talian hidup VR
dikeluarkan

KETUA PASUKAN Menerima arahan


kerja talian
hidup VR

Menjalankan kerja
talian hidup VR

PASUKAN KERJA

Kerja secara talian


hidup VR siap

Memaklumkan kerja
KETUA PASUKAN
talian hidup siap kepada
pegawai atasan

9
4.2 KEADAAN ATMOSFERA DAN PENGLIHATAN DI TAPAK KERJA

4.2.1 KEADAAN CUACA


a) Hujan Rintik/ Renyai-renyai
Kerja talian hidup voltan rendah boleh dijalankan. Operasi kerja
boleh diteruskan dan disiapkan.

b) Kabus tebal/ Asap Tebal/Jerebu tebal


Kerja talian hidup voltan rendah tidak boleh dijalankan. Operasi
kerja hendaklah dihentikan.
* Penglihatan adalah terhalang.

c) Hujan Lebat
Kerja talian hidup voltan rendah tidak boleh dijalankan. Operasi
kerja hendaklah dihentikan.
* Penglihatan adalah terhalang.

d) Angin kencang
Kerja talian hidup voltan rendah tidak boleh dijalankan. Operasi
kerja hendaklah dihentikan.
* Apabila keadaan ini berlaku Pekerja Talian Hidup Voltan
Rendah yang bekerja tidak dapat menjalankannya dengan
ketepatan yang dikehendaki.

e) Ribut petir
Kerja talian hidup voltan rendah tidak boleh dijalankan
langsung.

10
* Samada kemunculan panahan kilat yang dapat dilihat oleh mata
kasar atau apabila nampak ribut akan berlaku.

4.2.2 PENGLIHATAN DI TAPAK KERJA

Semasa melaksanakan kerja, tidak kira keadaan cuaca apa yang terjadi,
penglihatan mestilah didalam keadaan yang memuaskan supaya:
a) Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah dapat menggunakan alat
dan perkakas dengan ketepatan yang dikehendaki.
b) Pembantu dapat melihat perlakuan Pekerja Talian Hidup Voltan
Rendah dengan jelas.

4.3 PERSEDIAAN DI TAPAK KERJA TALIAN HIDUP

4.3.1 Sebelum memulakan kerja, pekerja talian hidup perlu diberikan


maklumat berikut:-
a) Tempat bekerja
b) Lokasi kerja/Nombor tiang sekiranya ada
c) Skop kerja yang perlu dilaksanakan

4.3.2 Apabila tiba di tapak kerja, sebagai tambahan daripada persediaan kerja,
Ketua Pasukan perlu membuat analisa kerja yang akan dilaksanakan
dengan mengambil kira perkara berikut :-
a) Operasi dan skop kerja
b) Pepasangan
c) Keadaan cuaca
d) Langkah-langkah keselamatan dan kemudahan kerja yang perlu
diberi pertimbangan oleh beliau.

11
* Ketua pasukan perlu memeriksa zon kerja dan pepasangan serta
menentukan perkara-perkara berikut diambil perhatian:
a) Untuk sambungan serbis, hujung pengalir yang terdedah di
premis pengguna hendaklah dimasukkan terlebih dahulu ke Cut-
Out dan Neutral Link. Kemudian semua hujung pengalir yang
terdedah di tiang hendaklah dipasangkan penutup hujung (End
Cap).
e) Kawalan lalu lintas di tapak kerja dijalankan dengan
menghalang secara fizikal dan memasang tanda-tanda amaran
yang secukupnya pada kawasan bekerja untuk menghindarkan
bahaya kepada pekerja, orang awam atau orang-orang yang
tidak berkenaan.

4.4 MEMERIKSA PERALATAN SEBELUM MEMULAKAN KERJA

Di dalam manual ini, alat perkakas dimaksudkan merangkumi set peralatan


kerja, aksesori dan tower wagon yang digunakan untuk kerja talian hidup.

4.4.1 Sebelum melaksanakan sebarang kerja, Pekerja Talian Hidup Voltan


Rendah perlu memastikan alat perkakas dalam keadaan bersih.

4.4.2 Sebelum melaksanakan sebarang kerja, semua alat perkakas mesti


diperiksa secara visual di tapak kerja.

4.4.3 Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah adalah bertanggungjawab untuk


memeriksa semua perkakas kerja mereka sendiri.

4.4.4 Pemeriksaan perkakas kolektif mestilah dijalankan dibawah


tanggungjawab Ketua Pasukan. (contoh Tower Wagon).

12
4.4.5 Pemeriksaan terhadap peralatan berkenaan adalah seperti berikut:-
a) Memeriksa keadaan penebatan
 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat perkakas
dalam keadaan yang baik. Ianya dilakukan secara
penglihatan (visual).
 Periksa samada terdapat tanda-tanda rekahan.

b) Memeriksa keadaan mekanikal


Memeriksa supaya tidak terdapat masalah mekanikal pada
peralatan.

* Contoh:-
 Pada tali, cari lembar yang mengalami haus/terputus.
 Peralatan agak ketat untuk beroperasi.
 Pastikan tangga dalam keadaan baik.

4.4.6 Alat perkakas yang telah dikenalpasti tidak berada di dalam keadaan
baik mestilah:
a) Serta merta dikeluarkan daripada kegunaan.
b) Ditanda “ROSAK“.
c) Dikembalikan ke gudang simpanan.

4.5 PENJAGAAN PERALATAN YANG DILULUSKAN

4.5.1 Am
Alat perkakas mesti sentiasa berada dalam keadaan bersih dan dalam
keadaan yang baik untuk digunakan.
4.5.2 Pemeriksaan berkala
Alat perkakas yang diluluskan mestilah menjalani pemeriksaaan berkala
seperti berikut :

13
 Sarung Tangan Getah - Ujian kebocoran udara
 Alat Perkakas Lain - Secara penglihatan/visual

 Pemeriksaaan ini dinyatakan seperti dalam Panduan


Pengunaan dan Senggaraan Peralatan Talian Hidup
Voltan Rendah.

Alat perkakas yang telah dikenalpasti tidak berada di dalam keadaan baik
mestilah:
a) Serta merta dikeluarkan daripada kegunaan.
b) Ditanda “ROSAK“.
c) Dikembalikan ke gudang simpanan.

4.5.3 Penyimpanan
a) Alat perkakas yang sentiasa bersih mesti diletakkan pada
tempatnya secara betul dan teratur.
b) Sarung tangan getah mesti disimpan di dalam kotak plastik khas.
c) Pelaya (Plier) boleh laras, spanar pepulas (adjustable spannar),
pandu skru elektrik (screw driver), gergaji kecil perlu disimpan
di dalam beg alat-alat.

4.5.4 Modifikasi
Sebarang modifikasi yang dibuat pada setiap alat perkakas yang
diluluskan untuk kerja hidup voltan rendah mestilah mendapat
persetujuan awal daripada Jabatan Pengurusan Aset TNB Bahagian
Pembahagian.

14
5.0 PERLAKSANAAN KERJA

5.1 PROSEDUR AM
5.1.1 Setiap Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah mesti;
a) Memastikan keselamatan diri sendiri.
b) Menggunakan alat perkakas dan bahan yang bersesuaian dengan
kerja yang akan dijalankan.
c) Memenuhi kehendak Prosedur Kerja Talian Hidup Voltan
Rendah serta Panduan Penggunaan Dan Senggaraan Peralatan
Kerja Talian Hidup Voltan Rendah.

5.2 PERLAKSANAAN/PENYEMPURNAAN KERJA

5.2.1 Ketua Pasukan adalah bertanggungjawab terhadap kerja yang dijalankan


di tapak kerja sepanjang masa dan beliau mesti memenuhi tuntutan
berikut di dalam penyediaan kerja:-
a) Memastikan semua kerja yang akan dilaksanakan menepati
dengan Prosedur Bekerja Secara Hidup Voltan Rendah, serta
Panduan Kendalian Dan Senggaraan Peralatan Kerja Talian
Hidup Voltan Rendah.
b) Memastikan seberapa banyak yang boleh operasi kerja-kerja
peringkat awal dilaksanakan di paras bumi.
* Sebagai contoh, penyediaan dawai lompatan mesti dibuat di
paras bumi.

5.2.2 Pembantu perlu sentiasa mengawasi Pekerja Talian Hidup Voltan


Rendah yang bekerja.

5.2.3 Apabila operasi menimbulkan kesusahan untuk dilaksanakan ditapak


kerja tersebut, pekerja talian hidup mestilah :-
a) Menghentikan perjalanan kerja tersebut
15
b) Seterusnya membuat analisa dan penilaian yang baru.
c) Menetapkan keputusan operasi kerja yang baru.
d) Merujuk kepada Ketua Pasukan, jika ada.

5.3 PENGGUNAAN TOWER WAGON

5.3.1 Pergerakan “ Bucket “ hanya dibenarkan selepas persetujuan diantara


Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah dan Pembantunya.

5.3.2 Operasi pergerakan bucket dan lengan pengangkat mesti dikendalikan


daripada “bucket “ oleh Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah sahaja.

5.3.3 Apabila menggerakkan “bucket” dan lengan kren pengangkat tower


wagon;
a) Pembantu mesti menyatakan segala halangan yang ada.
b) Pergerakan “bucket” dan lengan kren pengangkat tower wagon
perlu dibuat sekiranya perlu sahaja.
c) Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah perlu mengelak daripada
sebarang sentuhan di antara bucket atau lengan kren pengangkat
dengan pembalut di pengalir. Ayunan “bucket” dan ketepatan
pergerakan lengan kren pengangkat hendaklah diambil kira.

5.3.4 Pembantu mesti memeriksa sebarang pergerakan pengalir supaya tidak


akan mengakibatkan risiko dari segi elektrikal dan mekanikal terhadap
Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah yang bekerja.

16
6.0 KAEDAH KERJA TALIAN HIDUP

6.1 TEKNIK KERJA MENGGUNAKAN SARUNG TANGAN GETAH


6.1.1 Pengenalan
Kerja-kerja menggunakan teknik ini memerlukan Pekerja Talian Hidup
Voltan Rendah menggunakan sarung tangan getah bertebat, pembalut dan
peralatan yang bertebat.

6.1.2 Sarung Tangan Getah


a) Sarung tangan getah adalah bahan pelindung yang diperbuat dari
bahan berpenebat. Ianya adalah penebat elektrik sepenuhnya ke
tahap 1000V.

b) Ianya mesti dipakai pada kedua-dua belah tangan bagi sebarang


kerja talian hidup voltan rendah yang menggunakan teknik
“Sarung Tangan Getah”.

* Ujian kebocoran udara mengikut Panduan Penggunaan dan


Senggaraan Peralatan Talian Hidup Voltan Rendah mesti
dijalankan sebelum sarung tangan getah dipakai.
* “Under glove” yang diperbuat dari kapas adalah dibenarkan
untuk dipakai di bahagian dalam sarung tangan getah bertebat.
“Mechanical glove” yang diperbuat dari kulit (sarung tangan
kulit) adalah digalakkan untuk dipakai di bahagian luar sarung
getah bertebat bagi mengelakkan sarung getah bertebat cepat
rosak/terkoyak.

6.1.3 Pembalut
a) Kerja-kerja yang dilakukan oleh Pekerja Talian Hidup Voltan
Rendah menggunakan kaedah “ Sarung Tangan Getah“ adalah juga

17
memerlukan beliau meletakkan pembalut pada pengalir dan
aksesori yang berlogam.

* Pembalut adalah merupakan bahan berpenebat yang terdiri dari


berbagai bentuk dan saiz seperti dalam Panduan Penggunaan dan
Senggaraan Peralatan Talian Hidup Voltan Rendah.

6.2 MELAKUKAN KERJA PADA TALIAN


6.2.1 Sebelum memulakan kerja, Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah perlu
memastikan bahawa limit Zon Evolusi beliau tidak kurang dari 0.3 meter.

6.2.2 Sekiranya posisi kerja tidak sesuai dan beliau perlu berada dalam Zon
Evolusi yang kurang dari 0.3 meter dari bahan berlogam; maka Pekerja
Talian Hidup Voltan Rendah perlu memasang pembalut pada pengalir dan
aksesori* di bawah bagi membolehkan beliau menghampiri pengalir dan
aksesori tersebut. Kerja-kerja pemasangan pembalut perlu dijalankan pada
semua bahan berlogam yang paling hampir dengan Zon Evolusi Pekerja
Talian Hidup Voltan Rendah dahulu.
* Contoh aksesori adalah seperti Pendakap D, penebat belenggu, simpai
pengalir, bahan-bahan logam seperti braket lampu jalan dan pengalir.

6.2.3 Kerja hanya boleh dilakukan pada bahagian pepasangan yang dijalankan
kerja sahaja sehingga siap sebelum berubah ke bahagian pepasangan yang
lain.
* Pembalut perlu ditanggalkan pada bahagian pepasangan yang dijalankan
kerja ke atasnya.

6.2.4 Semasa bekerja, Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah pada setiap ketika
perlu memastikan bahawa anggota badan beliau (termasuk kepala) yang
tidak bertebat berada pada jarak 0.3 meter atau lebih dari pepasangan
hidup yang tidak bertebat.

18
6.2.5 Setelah semua kerja-kerja telah selesai dibuat, kesemua pembalut yang
telah dipasang perlu ditanggalkan.
* Pembalut-pembalut yang terdapat di bahagian jauh perlu dikeluarkan
terlebih dahulu dan diikuti dengan pembalut yang hampir dengan Zon
Evolusi Pekerja Talian Hidup Voltan Rendah.

GAMBARAJAH MELAKUKAN KERJA PADA TALIAN

Sila pastikan:
Fasa Merah D1  0.3 meter
Pengalir tid
ak bertebat D2  0.3 meter
Fasa Kuning D3  0.3 meter

Sila pastikan bahawa anggota badan


Fasa Biru pekerja talian hidup (termasuk kepala)
yang tidak bertebat sentiasa berada 0.3
meter atau lebih dari pepasangan hidup
D1
yang tidak bertebat
Pembalut
Neutral
D2

D3

Gambarajah 6.1 Bekerja Di Bawah Pengalir Hidup Tidak Bertebat (Fasa Biru)

Sila pastikan
Fasa Merah D1  0.3 meter
Pengalir tid
ak bertebat D2  0.3 meter
Fasa Kunin D3  0.3 meter
g
Sila pastikan bahawa anggota badan
D1 pekerja talian hidup (termasuk
Fasa Biru
kepala) yang tidak bertebat sentiasa
berada 0.3 meter atau lebih dari
Neutral pepasangan hidup yang tidak
D2 bertebat
Pembalut

D3

19
Gambarajah 6.2 Bekerja Di Bawah Pengalir Hidup Tidak Bertebat (Fasa Kuning )
Sila pastikan:
Fasa Merah D1  0.3 meter
Pengalir tid
ak bertebat
D2  0.3 meter
D3  0.3 meter
D1
Fasa Kunin
g

D2
Fasa Biru
Sila pastikan bahawa anggota badan
pekerja talian hidup (termasuk
Pembalut kepala) yang tidak bertebat sentiasa
Neutral berada 0.3 meter atau lebih dari
pepasangan hidup yang tidak
bertebat
D3

Gambarajah 6.3 Bekerja Di Bawah Pengalir Hidup Tidak Bertebat (Fasa Merah )

Fasa Merah
Pengalir tid Sila pastikan:
ak b ertebat
D1 D1  0.3 meter
Fasa Kunin D2  0.3 meter
g
D3  0.3 meter
D2 D4  0.3 meter

Fasa Biru Sila pastikan bahawa anggota badan


pekerja talian hidup (termasuk
kepala) yang tidak bertebat sentiasa
D3 Pembalut berada 0.3 meter atau lebih dari
Neutral pepasangan hidup yang tidak
bertebat

D4

Gambarah 6.4 Bekerja Pada Kedudukan Melebihi Pengalir Hidup Tidak Bertebat (Fasa
Kuning)

20
7.0 PANDUAN PENGGUNAAN DAN SENGGARAAN PERALATAN

7.1 PLIER

1. REKABENTUK
Panjang : 250mm, 200mm, 150mm
Bahan bertebat : PVC/bahan synthetic berwarna Orange (Dua Lapisan)
Tahap tebatan : 1000 V

2. KEGUNAAN
Untuk memotong, memegang atau menegang dawai-dawai/bahan yang kecil dan halus. Ianya juga
digunakan untuk memotong penebat pengalir.
3. PEMERIKSAAN :Ujian penglihatan/ visual keadaan penebatan
 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat perkakas dalam keadaan yang baik. Ianya dilakukan
secara penglihatan (visual).
 Periksa samada terdapat tanda-tanda rekahan yang akan memungkinkan kewujudan aliran
elektrik.
 Pastikan operasi mekanikal berada didalam keadaan yang baik.
Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah
4. PENYIMPANAN
Plier hendaklah sentiasa disimpan dalam beg peralatan.
5. SENGGARAAN
Permukaan mestilah dibersihkan tanpa sebarang calar yang dalam. Sekiranya “elastomer “ atau selaput
alat perkakas “synthetic” terpotong atau retak disebabkan jangkahayatnya maka ianya tidak boleh
digunakan.

21
7.2 PLIER BOLEH LARAS

1. REKABENTUK
Panjang : 240mm, 250mm
Bahan bertebat : PVC/bahan synthetic berwarna Orange (Dua Lapisan)
Tahap tebatan : 1000 V

2. KEGUNAAN
Untuk memegang, mengetat atau melonggarkan nat daripada bahan penyambung seperti tap talian
dan penyambung dua logam.

3. PEMERIKSAAN :Ujian penglihatan/ visual keadaan penebatan


 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat perkakas dalam keadaan yang baik. Ianya dilakukan
secara penglihatan (visual)
 Periksa samada terdapat tanda-tanda rekahan yang akan memungkinkan kewujudan aliran
elektrik.
 Pastikan operasi mekanikal berada didalam keadaan yang baik
Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah
4. PENYIMPANAN
Plier boleh laras hendaklah sentiasa disimpan dalam beg alat-alat
5. SENGGARAAN
Permukaan mestilah dibersihkan tanpa sebarang calar yang dalam. Sekiranya “elastomer “ atau selaput
alat perkakas “synthetic” terpotong atau retak disebabkan jangkahayatnya maka ianya tidak boleh
digunakan.

22
7.3 SPANAR PEPULAS

1. REKABENTUK
Panjang : 300mm
Bahan bertebat : PVC/bahan synthetic berwarna Orange (Dua Lapisan)
Tahap tebatan : 1000 V

2. KEGUNAAN
Untuk memulas masuk atau keluar nat dari bolt yang bersesuaian.

3. PEMERIKSAAN :Ujian penglihatan/ visual keadaan penebatan


 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat perkakas dalam keadaan yang baik. Ianya dilakukan
secara penglihatan (visual).
 Periksa samada terdapat tanda-tanda rekahan yang akan memungkinkan kewujudan aliran
elektrik.
 Pastikan operasi mekanikal berada dalam keadaan yang baik.
Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah.

4. PENYIMPANAN
Spanar pepulas hendaklah sentiasa disimpan dalam beg peralatan.

5. SENGGARAAN
Permukaan mestilah dibersihkan tanpa sebarang calar yang dalam. Sekiranya “elastomer “ atau selaput
alat perkakas “synthetic” terpotong atau retak disebabkan jangkahayatnya maka ianya tidak boleh
digunakan.

23
7.4 PEMUTAR SKRU ELEKTRIK

1. REKABENTUK
Panjang : 250mm, 200mm, 150mm
Bahan bertebat : PVC/bahan synthetic berwarna Orange (Dua Lapisan)
Tahap tebatan : 1000 V

2. KEGUNAAN
Untuk memandu masuk dan keluar skru yang bersesuaian.

3. PEMERIKSAAN :Ujian penglihatan/ visual keadaan penebatan


 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat perkakas dalam keadaan yang baik. Ianya dilakukan
secara penglihatan (visual)
 Periksa samada terdapat tanda-tanda rekahan yang akan memungkinkan kewujudan aliran
elektrik.
 Pastikan operasi mekanikal berada dalam keadaan yang baik
Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

4. PENYIMPANAN
Pemutar skru elektrik hendaklah sentiasa disimpan dalam beg peralatan.
5. SENGGARAAN
Permukaan mestilah dibersihkan tanpa sebarang calar yang dalam. Sekiranya “elastomer “ atau selaput
alat perkakas “synthetic” terpotong atau retak disebabkan jangkahayatnya maka ianya tidak boleh
digunakan.

24
7.5 SARUNG TANGAN GETAH

1. BINAAN
Sarung tangan getah boleh didapati samada dalam bentuk jari melengkung atau jari lurus.

2. KEUPAYAAN
Sarung tangan getah yang dibekalkan hanya sesuai digunakan untuk kerja talian hidup sehingga 1000
volts sahaja.

3. SAIZ
 Terdapat tiga saiz yang sering digunakan iaitu No. 9, No. 10 dan No.11 (Ukuran keliling tapak tangan
bermula daripada sendi ibu jari samada berukuran 9 inchi, 10 inchi atau 11 inchi.
 Panjang sarung tangan getah boleh didapati di antara 350mm (14inci) hingga 480mm (19inci) iaitu
ukuran daripada hujung jari tengah hingga ke bahagian pangkal sarung tangan getah.

4. PENGGUNAAN
Sarung tangan yang telah lulus ujian-ujian akan disahkan dengan dicapkan bulan dan tahun di tepi
permukaan sarung tangan getah tersebut.

5. PEMERIKSAAN: Ujian Kebocoran Udara


Kekerapan: Sarung tangan getah perlu diperiksa dan dijalankan ujian kebocoran udara setiap kali
sebelum ianya digunakan.
JANGKAHAYAT: Selagi sarung tangan getah lulus ujian kebocoran udara dan tidak melekit.

25
7.5 SARUNG TANGAN GETAH
6. PEMERIKSAAN DAN UJIAN KEBOCORAN UDARA
Pengguna sarung tangan getah perlu membuat pemeriksaan dan ujian kebocoran udara pada setiap
sarung tangan sebelum menggunakannya.

Cara pemeriksaan dan ujian udara adalah seperti berikut: -


i. Terbalik sarung tangan supaya bahagian dalamnya berada di luar untuk tujuan pemeriksaan secara
fizikal.

ii. Periksa pada keseluruhan sarung tangan tersebut samada terdapat kesan-kesan penggunaan yang
melampau, koyak, terguris atau kesan corona. Perhatian yang lebih perlu diberi di sekeliling
hujung jari, ibu jari sarung tangan dan kawasan di sekeliling tempat pemakaian jam tangan dan
cincin.

iii. Tegang dan lepaskan bahagian pangkal sarung tangan untuk mengisi udara dan seterusnya
pusingkan bahagian pangkal sarung tangan untuk memerangkap udara di dalam sarung tangan
tersebut.

iv. Pegang sarung tangan tersebut dan seterusnya dekatkan ke bahagian muka . Picitkan sarung
tangan tersebut keseluruhannya dengan menggunakan jari tangan yang lagi satu. Semasa picitan
dibuat cuba rasa dan dengar sekiranya terdapat udara yang keluar.

Nota : Kesan daripada udara yang keluar ini menunjukkan adanya kebocoran pada sarung
tangan disebabkan oleh koyak yang kecil yang tidak dapat dikesan dengan cara penglihatan mata
dan sarung tangan tersebut tidak boleh digunakan.

v. Balikkan sarung tangan ke bahagian asal dan periksa bahagian luar sepertimana yang dilakukan
pada bahagian dalam sarung tangan getah.
Perhatian : Sarung tangan getah yang gagal dalam ujian kebocoran udara tidak boleh
digunakan.

26
7.5 SARUNG TANGAN GETAH
7. SENGGARAAN:

i. Sarung tangan getah hanya boleh digunakan bagi maksud kerja pada radas hidup sehingga 1000 V.
Ia tidak boleh dipakai semasa memanjat tangga, merentang kabel atau membuat kerja-kerja selain
dari kerja talian hidup kerana ini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada sarung tangan
getah.

ii. Pengguna dikehendaki membasuh sarung tangan tersebut setiap kali selepas ianya digunakan di
dalam air sabun suam dan seterusnya dibasuh pula dengan air bersih.

iii. Sarung tangan hendaklah disidai di dalam pancang-pancang untuk pengeringan di kawasan bebas
udara dan tidak boleh terdedah sama sekali kepada sinaran matahari bagi tujuan pengeringan.

iv. Setelah ianya kering, sarung tangan tersebut perlu ditaburi dengan kapur “French” di bahagian
dalam dan juga luarnya.

27
7.5 SARUNG TANGAN GETAH
8. PENYIMPANAN

i. Sarung tangan getah tidak boleh disimpan di dalam peti peralatan perkakas kecuali terdapat
tempat penyimpanan berasingan atau peti yang dapat melindungi sarung tangan getah daripada
alatan yang tajam, perca kain yang berminyak atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan
berlakunya kesan-kesan kelapokan pada sarung tangan.

ii. Tempat yang dipilih untuk menyimpan sarung tangan getah mestilah kering dan sekiranya boleh
suhunya di dalam 150C hingga 240C. Tempat tersebut tidak terdedah kepada berlakunya kerosakan
samada secara mekanikal atau kimia.

iii. Penerima tetap yang menerima sarung tangan getah, bertanggungjawab menjaga dan melindungi
sarung tangan tersebut. Apabila ianya tidak digunakan, sarung tangan perlu disimpan secepat
mungkin di dalam bekas plastik yang dibekalkan untuk melindungi daripada sinaran cahaya
matahari yang terik.

28
7.6 SARUNG TANGAN KAPAS

1. KEGUNAAN

Sarung tangan kapas atau jenis kain adalah dipakai terlebih dahulu sebelum memakai sarung tangan
getah. Sarung tangan ini dipakai untuk menyerap peluh yang keluar supaya tidak mengalir ke bahagian
luar sarung tangan.

2. SAIZ

Terdapat tiga saiz yang sering digunakan iaitu No.9, No.10 dan No.11 (ukuran keliling tapak tangan
bermula daripada sendi ibu jari samada berukuran 9 inchi, 10 inchi atau 11 inchi.

29
7.7 SARUNG TANGAN KULIT

1. KEGUNAAN
Sarung tangan kulit adalah dipakai di atas sarung tangan getah. Sarung tangan ini dipakai sebagai
perlindungan mekanikal terhadap sarung tangan getah.

Perhatian : Penggunaan sarung tangan kulit di atas sarung tangan getah akan meningkatkan
jangkahayat sarung tangan getah.

2. SAIZ
Terdapat tiga saiz yang sering digunakan iaitu No. 10, No.11 dan No.12 (ukuran keliling tapak tangan
bermula daripada sendi ibu jari samada berukuran 10 inchi, 11 inchi atau 12 inchi.

30
7.8 KOTAK PLASTIK

1. REKABENTUK
Bahan buatan : Bahan bertebat dan tahan hentakan
Warna : Kuning/Oren

2. KEGUNAAN
Kotak untuk menyimpan sarung tangan getah. Tetingkap yang lutsinar membolehkan pekerja melihat
samada terdapat sarung tangan getah di dalamnya.

3. PEMERIKSAAN :Ujian penglihatan/ visual keadaan kotak


 Memastikan keadaan luar kotak dalam keadaan yang baik. Ianya dilakukan secara penglihatan
(visual).
 Periksa samada terdapat tanda-tanda retakan/pecah.
 Pastikan semua ensel dalam keadaan yang baik bagi membolehkan ianya ditutup.
Kekerapan: Sebelum dan selepas menjalankan kerja talian hidup voltan rendah.

4. PENYIMPANAN:
Di dalam kenderaan dan di tempat yang selamat (tidak terpijak oleh pekerja)

5. SENGGARAAN:
Permukaan luar dan dalam mestilah sentiasa bersih dan kering. Lapkan dengan kain kapas sekiranya
terdapat kotoran atau lembapan.

31
7.9 BEG UNTUK ALAT-ALAT

1. REKABENTUK
Bahan buatan : Kulit dan tahan hentakan
Warna : Perang

2. KEGUNAAN
Untuk menyimpan peralatan-peralatan kerja talian hidup voltan rendah seperti playa boleh laras, spana
pepulas, pemutar skru elektrik dan sebagainya. Ianya disangkut pada tali pinggang keselamatan pada
pinggang pekerja talian hidup voltan rendah.

3. PEMERIKSAAN :Ujian penglihatan/ visual keadaan jahitan


 Memastikan keadaan jahitan dalam keadaan yang baik. Ianya dilakukan secara penglihatan (visual)
 Periksa samada terdapat tanda-tanda terkoyak.
 Pastikan sebarang kulit yang digam tidak lekang.
Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

4. SENGGARAAN:
Permukaan beg mestilah sentiasa bersih. Lap dengan kain lembap sekiranya terdapat kotoran.

32
7.10 BEG UNTUK PEMBALUT GETAH BELAH

1. KEGUNAAN
Untuk menyimpan pembalut getah belah serta mengelakkan dari kotor. Ianya digunakan bagi
mengangkat pembalut getah ke atas tiang menggunakan tali.

2. PEMERIKSAAN :Ujian penglihatan/ visual keadaan jahitan


 Memastikan keadaan jahitan dalam keadaan yang baik. Ianya dilakukan secara penglihatan (visual)
 Periksa samada terdapat tanda-tanda terkoyak.
Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

3. SENGGARAAN:
Permukaan mestilah sentiasa bersih. Lap dengan kain lembap sekiranya terdapat kotoran. Sebarang
tempat yang terkoyak perlu dijahit kembali.

33
7.11 PEMBALUT POKET KECIL BESERTA LUBANG KEKUNCI

1. REKABENTUK
Saiz : 230mm x 460mm
Bahan bertebat : Polyvinyil/plastolene 964.
Pelekat : Jenis Velcro tape berwarna oren
Tahap tebatan : 1000 V

2. KEGUNAAN
Untuk membalut pendakap D beserta simpai terus, simpai sudut dan belenggu U. Velcro tape berfungsi
untuk melekatkan pembalut.

3. PEMERIKSAAN :Ujian penglihatan/ visual keadaan penebatan


 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat perkakas didalam keadaan yang baik. Ianya
dilakukan secara penglihatan (visual)
 Periksa samada terdapat tanda-tanda rekahan pada pelipat.
 Pastikan Velcro tape masih berfungsi (dapat melekatkan pembalut)
Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

4. SENGGARAAN
Permukaan mestilah sentiasa bersih dan kering. Sekiranya penebat pembalut terpotong/retak/carik
maka ianya tidak boleh digunakan.

34
7.12 PEMBALUT POKET KECIL

1. REKABENTUK
Saiz : 360mm x 660mm
Bahan bertebat : Polyvinyil/plastolene 964.
Pelekat : Jenis Velcro tape berwarna oren
Tahap tebatan : 1000V

2. KEGUNAAN
Untuk membalut bahan logam dan penyambung-penyambung yang terdapat pada talian mengikut
kesesuaiannya.

3. PEMERIKSAAN :Ujian penglihatan/ visual keadaan penebatan


 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat perkakas didalam keadaan yang baik. Ianya
dilakukan secara penglihatan (visual)
 Periksa samada terdapat tanda-tanda rekahan pada pelipat.
 Pastikan Velcro tape masih berfungsi (dapat melekatkan pembalut)
Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

4. SENGGARAAN
Permukaan mestilah sentiasa bersih dan kering. Sekiranya penebat pembalut terpotong/retak/carik
maka ianya tidak boleh digunakan.

35
7.13 PEMBALUT POKET BESAR

1. REKABENTUK
Saiz : 530mm x 610mm
Bahan bertebat : Polyvinyil/plastolene 964
Pelekat : Jenis Velcro tape berwarna oren
Tahap tebatan : 1000 V

2. KEGUNAAN
Untuk membalut pendakap D beserta simpai tamatan atau lain-lain bahan logam yang terdapat pada
talian mengikut kesesuaiannya.

3. PEMERIKSAAN :Ujian penglihatan/ visual keadaan penebatan


 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat perkakas didalam keadaan yang baik. Ianya
dilakukan secara penglihatan (visual)
 Periksa samada terdapat tanda-tanda rekahan pada pelipat.
 Pastikan Velcro tape masih berfungsi (dapat melekatkan pembalut)
Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

4. SENGGARAAN
Permukaan mestilah sentiasa bersih dan kering. Sekiranya penebat pembalut terpotong/retak/carik
maka ianya tidak boleh digunakan.

36
7.14 PEMBALUT GETAH BELAH

1. REKABENTUK
Saiz : panjang - 900mm; garispusat dalam - 19mm; garispusat luar - 38mm
Bahan bertebat : getah bertebat.
Warna : Hitam
Tahap tebatan : 1000 V

2. KEGUNAAN
Untuk membalut pengalir-pengalir atau bahan logam yang berbentuk seperti dawai yang tidak
bertebat, contohnya dawai umbang.

3. PEMERIKSAAN :Ujian penglihatan/ visual keadaan penebatan


 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat perkakas didalam keadaan yang baik. Ianya
dilakukan secara penglihatan (visual)
 Periksa samada terdapat tanda-tanda rekahan pada pembalut.
Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

4. PENYIMPANAN
Pembalut getah belah sentiasa disimpan di dalam beg pembalut getah.

5. SENGGARAAN
Permukaan mestilah sentiasa bersih dan kering. Sekiranya penebat pembalut terpotong/retak/carik
maka ianya tidak boleh digunakan.

37
7.15 PENUTUP HUJUNG MATI

1. REKABENTUK
Saiz : Panjang 120mm utk saiz: 185mmp, 120mmp, 95mmp dan 70mmp
: Panjang 60mm untuk saiz: 16mp dan 25mmp
Bahan bertebat : getah bertebat.
Warna : Hitam
Tahap tebatan : 1000 V

2. KEGUNAAN
Untuk menutup hujung pengalir talian bertebat yang telah dikupas penebatnya.

3. PEMERIKSAAN :Ujian penglihatan/ visual keadaan penebatan


 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat perkakas didalam keadaan yang baik. Ianya
dilakukan secara penglihatan (visual)
 Periksa samada terdapat tanda-tanda rekahan pada penutup hujung mati.
Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

4. SENGGARAAN
Permukaan luar mestilah sentiasa bersih. Sekiranya terdapat kesan retak atau berlubang maka ianya
tidak boleh digunakan.

38
7.16 DAWAI LOMPATAN PIRAU

1. REKABENTUK
Saiz dawai lompatan pirau : 35mm2 Kabel PVC Cu. (2 meter)
Saiz terminal clamp : 110mm x 70mm x 23mm
Bahan bertebat : PVC
Keupayaan maksima arus : 200 A
Tahap tebatan : 1000 V

2. KEGUNAAN
Digunakan sebagai dawai lompatan sementara bagi pengalir yang bersaiz 16 – 100mm²

3. PEMERIKSAAN :Ujian penglihatan/ visual keadaan penebatan


 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat perkakas didalam keadaan yang baik. Ianya
dilakukan secara penglihatan (visual)
 Memastikan dengan visual penyambung pengaliran arus (terminal clamp) dapat beroperasi
dengan betul.
Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

4. PENYIMPANAN
Dawai lompatan pirau hendaklah disimpan di dalam kenderaan dan dalam bekas plastik.

5. SENGGARAAN
Permukaan luar mestilah sentiasa bersih. Sekiranya terdapat kesan retak atau berlubang pada penebat
atau penyambung, maka ianya tidak boleh digunakan.

39
7.17 BEG PERALATAN KERJA (TOOLS BAG)
21.0 BEG PERALATAN KERJA (TOOLS BAG)

1. REKABENTUK
Saiz : 440mmX330mmX160mm

Bahan buatan: Kanvas /bahan kalis air

2. KEGUNAAN
Untuk menyimpan peralatan-peralatan loose tools bagi kerja talian hidup voltan rendah seperti playa
boleh laras, spana pepulas, pemutar skru elektrik dan sebagainya di dalam kenderaan atau di tapak
kerja.

3. PEMERIKSAAN : Ujian penglihatan/ visual keadaan jahitan.


 Memastikan keadaan jahitan di dalam keadaan yang baik. Ianya dilakukan secara penglihatan
(visual)

 Periksa samada terdapat tanda-tanda terkoyak.

Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

4. SENGGARAAN
Permukaan mestilah sentiasa bersih. Sila lap dengan kain lembap sekiranya terdapat kekotoran.

40
7.18 HEADLAMP
21.0 BEG PERALATAN KERJA (TOOLS BAG)

1. REKABENTUK
Terdiri daripada headlamp, kekotak bateri/wayar, bulb halogen dan penyangkut
boleh ubah.

Bateri : 3 x 1.5 V

2. KEGUNAAN
Untuk dipakai di kepala atau di topi keselamatan semasa bekerja di waktu malam. Sinaran lampu dan
sudut cahaya dapat dikawal (focus) menggunakan tangan semasa bekerja.

3. PEMERIKSAAN : Ujian penglihatan dan ujian fungsi.


 Memastikan keadaan fizikal di dalam keadaan yang baik. Ianya dilakukan secara penglihatan
(visual) dan menggunakan tangan.

 Periksa samada terdapat tanda-tanda calar atau kekotoran pada cermin.

 Pastikan bateri tidak lemah dan pendawaian tidak longgar.

 Hidupkan lampu untuk menguji samada ianya berfungsi.

Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

4. SENGGARAAN

 Permukaan mestilah sentiasa bersih. Sila lap dengan kain lembap sekiranya terdapat
kekotoran.
 Pastikan bateri dikeluarkan selepas penggunaan.

41
7.19 GOGGLES
21.0 BEG PERALATAN KERJA (TOOLS BAG)

1. REKABENTUK
Saiz : 58X48mm

Bahan buatan: Bahan polycarbonate dan jenis tinted glass

Optical Class: Class 1, kalis sinar U.V

2. KEGUNAAN
Untuk perlindungan mata daripada cahaya matahari dan percikan arka semasa
menjalankan kerja talian hidup

3. PEMERIKSAAN : Ujian penglihatan.

 Memastikan keadaan fizikal di dalam keadaan yang baik. Ianya dilakukan secara
penglihatan (visual) dan menggunakan tangan.

 Periksa samada terdapat tanda-tanda calar pada cermin.

 Bersihkan kanta dengan kain bila ianya kabur.

Kekerapan: Sebelum mula memakainya

4. SENGGARAAN
Permukaan mestilah sentiasa bersih. Sila lap dengan kain lembap sekiranya terdapat
kekotoran.

42
7.20 PEMUTAR SKRU ELEKTRIK (PHILLIPS TYPE)
21.0 BEG PERALATAN KERJA (TOOLS BAG)

1. REKABENTUK
Saiz (W x L) : 4.5mmx180mm, 6mmx200mm

Bahan bertebat : PVC/bahan synthetic berwarna Oren

Tahap tebatan : 1000 V

2. KEGUNAAN
Untuk memandu masuk dan keluar skru yang bersesuaian.

3. PEMERIKSAAN : Ujian penglihatan/ visual keadaan penebatan

 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat di dalam keadaan yang baik. Ianya dilakukan secara
penglihatan (visual).

 Periksa samada terdapat tanda-tanda rekahan yang akan memungkinkan kewujudan aliran
elektrik.

 Pastikan operasi mekanikal berada di dalam keadaan yang baik.

Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

4. PENYIMPANAN:

Pemutar skru elektrik (Phillips type) hendahlah sentiasa disimpan dalam beg peralatan

5. SENGGARAAN

Permukaan mestilah dibersihkan tanpa sebarang calar yang dalam. Sekiranya “ elastomer “ atau selaput
alat perkakas “synthetic” terpotong atau retak disebabkan jangkahayat maka ianya tidak boleh digunakan.

43
7.21 RACHET CABLE CUTTER
21.0 BEG PERALATAN KERJA (TOOLS BAG)

1. REKABENTUK
Berkeupayaan memotong pengalir saiz : 16mm2 - 185mm2

Bahan bertebat : PVC/bahan synthetic berwarna Oren

Tahap tebatan 1000 V

2. KEGUNAAN
Untuk memotong pengalir.

3. PEMERIKSAAN : Ujian penglihatan/ visual keadaan penebatan

 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat perkakasan di dalam keadaan yang baik. Ianya
dilakukan secara penglihatan (visual).

 Periksa samada terdapat tanda-tanda rekahan yang akan memungkinkan kewujudan aliran
elektrik.

 Pastikan operasi mekanikal berada di dalam keadaan yang baik.

Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

4. PENYIMPANAN:

Rachet cable cutter hendaklah sentiasa disimpan dalam beg peralatan

5. SENGGARAAN:

Permukaan mestilah dibersihkan tanpa sebarang calar yang dalam. Sekiranya “ elastomer “ atau selaput
alat perkakas “synthetic” terpotong atau retak, maka ianya tidak boleh digunakan.

44
7.22 PISAU LENGKUNG
21.0 BEG PERALATAN KERJA (TOOLS BAG)

1. REKABENTUK
Bahan bertebat : PVC/bahan synthetic berwarna Oren

Tahap tebatan 1000 V

2. KEGUNAAN
Untuk memotong /kemasan penebat/pengalir.

3. PEMERIKSAAN : Ujian penglihatan/ visual keadaan penebatan

 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat perkakasan di dalam keadaan yang baik. Ianya
dilakukan secara penglihatan (visual).

 Periksa samada terdapat tanda-tanda rekahan yang akan memungkinkan kewujudan aliran
elektrik.

 Pastikan operasi mekanikal berada di dalam keadaan yang baik.

Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

4. PENYIMPANAN:

Pisau lengkung hendaklah sentiasa disimpan dalam beg peralatan.

5. SENGGARAAN:

Permukaan mestilah dibersihkan tanpa sebarang calar yang dalam. Sekiranya “ elastomer “ atau selaput
alat perkakas “synthetic” terpotong atau retak, maka ianya tidak boleh digunakan.

45
7.23 CABLE STRIPPER
21.0 BEG PERALATAN KERJA (TOOLS BAG)

1. REKABENTUK
Saiz : 16mm2 - 185mm2

Bahan bertebat : PVC/bahan synthetic berwarna Oren

Tahap tebatan 1000 V

2. KEGUNAAN
Untuk mengupas penebat pengalir ABC/PVC.

3. PEMERIKSAAN : Ujian penglihatan/ visual keadaan penebatan

 Memastikan keadaan tebatan permukaan alat perkakasan di dalam keadaan yang baik. Ianya
dilakukan secara penglihatan (visual).

 Periksa samada terdapat tanda-tanda rekahan yang akan memungkinkan kewujudan aliran
elektrik.

 Pastikan operasi mekanikal berada di dalam keadaan yang baik.

Kekerapan: Sebelum mula menjalankan kerja talian hidup voltan rendah

4. PENYIMPANAN:

Rachet cable cutter hendaklah sentiasa disimpan dalam beg peralatan

5. SENGGARAAN:

Permukaan mestilah dibersihkan tanpa sebarang calar yang dalam. Sekiranya “ elastomer “ atau selaput
alat perkakas “synthetic” terpotong atau retak, maka ianya tidak boleh digunakan.

46

Anda mungkin juga menyukai