Anda di halaman 1dari 6

Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.05.

6(A) Page 1 of 6

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK


TAHAP A1
DUTI 13 : TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH
TASK 13.05 PENGALIR TAK BERTEBAT
OBJEKTIF MEMPELAJARI DAN MENGETAUI SAIZ DAN KEUPAYAAN
PENCAPAIAN PIAWAI PENGALIR TAK BERTEBAT SERTA MELAKUKAN SIMPAIAN
YANG BERKAITAN DAN TEKNIK RENTANGAN PENGALIR
DENGAN BETUL.
TAJUK 13.05.06 MERENTANG PENGALIR TAK BERTEBAT
TUJUAN MELAKUKAN RENTANGAN PENGALIR TAK BERTEBAT PADA
KELENGKAPAN PEPASANGAN TIANG ELEKTRIK DENGAN
MENGGUNAKAN TEKNIK RENTANGAN PENGALIR YANG
BETUL UNTUK SISTEM TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.05.6(A) Page 2 of 6

Arahan :-
Anda dikehendaki melakukan kerja-kerja melari dan merentang pengalir tak bertebat untuk
talian atas voltan rendah dengan merujuk pada langkah kerja yang diberikan.

1.0. Peralatan dan bahan kerja yang digunakan.

Bil
Peralatan. Kuantiti.
.
i Jek Drum 1
ii Bar Keluli 1
iii Papan / Kayu 1
iv Bongkah kayu pelari 3” x 2” x 1.5 m
v Come Along Clamp / Dawai andoh 1
vi Tangga 1
vii Tali pinggan keselamatan 1
Bil Bahan Kuantiti
i Pengalir Aluminium
Secukupnya
Saiz 7 / 4.39 mm

1.2 Keselamatan kerja.

Pastikan keselamatan semasa melakukan kerja yang berkaitan dengan melari dan merentang
pengalir tak bertebat diberi perhatian.

i. Keselamatan bahan kerja (Pengalir Alunimium) perlu diberi perhatian supaya


ianya tidak mengalami kesan luka semasa ditarik melalui pendakap D atau pada
permukaan yang kasar seperti jalan raya, kekuli dan sebagainya lagi.
ii. Pastikan keselamatan diri semasa melarikan pengalir aluminium di atas tiang
dengan menggunakan tali pinggan keselamatan.
iii. Pastikan pakaian keselamatan digunakan.

1.3 Langkah-langkah Kerja

i. Pastikan arah menggolekan drum pengalir mengikut arah yang terdapat pada
drum bagi mengelakan pengalir dari terombak dari gulungannya.

Tanda pada
drum pengalir.

Arah
Menggolek
Drum.

ii. Kedudukan drum pengalir hendaklah diletakan lurus selari dengan tiang (tamatan
atau pembahagian) dan digantung pada jek drum oleh bar keluli melalui lubnag
pada drum tersebut.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.05.6(A) Page 3 of 6

iii. Keluarkan pengalir melalui bahagian atas drum dan kelajuan pusingan drum boleh
dikawal dengan menggunakan papan/kayu semasa kerja-kerja melari dan
merentang pengalir dilakukan.

iv. Larikan pengalir aluminium pada tiang mula (tamatan/pembahagian) melalui


pendakap D diantara penebat belenggu dan bingkah kayu pelari supaya penagalir
aluminium tidak terluka semasa proses melarikan pengalir tersebut.

v. Lakukan kerja-kerja merentang pengalir dimana pengalir akan ditarik pada tiang
mula ke tiang-tiang berikutnya melalui bingkah kayu pelari dan penebat belenggu
sehingga ke tiang penghabisan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.05.6(A) Page 4 of 6

vi. Apabila pengalir aluminium telah ditarik sehingga tiang penghabisan, lakukan
simpai tamatan pada pendakap D pada bahagian kepala tiang.

Simpai tamatan dibuat

Arah
pengalir
ditarik.

vii. Lakukan gulungan pada pengalir aluminium dengan mengubah arah pusingan
pada drum setelah hujung pengalir pada tiang penghabisan selesai dilakukan
simpai tamatan. Gulungan pengalir dibuat lebih kurang tegang dengan
menggunakan Come Along Clamp dan dawai andoh pada pengalir tersebut.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.05.6(A) Page 5 of 6

viii. Pemasangan dawai pengalir yang lain juga dilarikan dan direntang mengikut cara
yang sama sehingga kesemua dawai siap tergantung di tiang sebelum kerja-kerja
menegangkan dawai pengalir dilakukan.

Dipasang dengan Bahagian yang


‘come along clamp’ dibuat simpai
untuk ditegangkan. tamatan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.05.6(A) Page 6 of 6

ix. Buatkan Tegangan Bunuh pada pengalir tersebut selama 1 jam dan sebelum
pengalir tersebut dipotong , anggaran tertentu perlu dibuat untuk simpai tamatan
dan dawai lompatan (iaitu dalam 2 meter).

x. Setelah tegangan bunuh selesai dilakukan, potong pengalir tersebut dan simpai
tamatan bolehlah dibuat pada tiang tersebut. Setelah simpaian tamatan dibuat,
barulah simpaian yang lain seperti simpai sesalur terus, bersudut dan belenggu U
dibuat.
xi. Setelah simpaian dibuat laraskan bebusar umbang supaya berada di dalam
keadaan kukuh.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Anda mungkin juga menyukai