Anda di halaman 1dari 6

Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.06.

03(A) Page 1 of 6

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS KERJA

KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK


TAHAP A1
DUTI 13 : TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH
TASK 13.06 : PENGALIR BERTEBAT DI UDARA (A.B.C)
OBJEKTIF MEMPELAJARI DAN MENGETAHUI SAIZ DAN KEUPAYAAN
PENCAPAIAN PIAWAI PENGALIR BERTEBAT, KELENGKAPAN PEPASANGAN
SERTA MELAKUKAN RENTANGAN DENGAN TEKNIK YANG
BETUL
TAJUK 13.06.03 :MELARI DAN MERENTANG PENGALIR BERTEBAT
UDARA
TUJUAN MELAKUKAN RENTANGAN PENGALIR BERTEBAT DIUDARA
PADA KELENGKAPAN PEPASANGAN TIANG ELEKTRIK
DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK RENTANGAN PENGALIR
YANG BETUL UNTUK SISTEM TALIAN ATAS VOLTAN
RENDAH.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.06.03(A) Page 2 of 6

Arahan :-
Anda dikehendaki melakukan kerja-kerja melari dan merentang pengalir bertebat diudara
untuk talian atas voltan rendah dengan merujuk pada langkah kerja yang diberikan.

1.0. Peralatan dan bahan kerja yang digunakan.

Bil Peralatan. Kuantiti.


i Jek Drum 1
ii Bar Keluli 1
iii Papan / Kayu 3” x 2” x 1.5 m
iv Come Along Clamp / Dawai andoh 1
v Tangga 1
vi Tali pinggan keselamatan 1
Bil Bahan Kuantiti
i Pengalir ABC
Secukupnya
Saiz 3 x 95 mm2 + 16 mm2 + 70 mm2
ii Tiup Pemati Secukupnya
iii Dead End Clamp Secukupnya
iv J-Hook Secukupnya.

1.2 Keselamatan kerja.

Pastikan keselamatan semasa melakukan kerja yang berkaitan dengan melari dan merentang
pengalir tak bertebat diberi perhatian.

i. Keselamatan bahan kerja (Pengalir ABC) perlu diberi perhatian supaya ianya
tidak mengalami kesan luka semasa ditarik melalui pendakap D atau pada
permukaan yang kasar seperti jalan raya, kekuli dan sebagainya lagi.
ii. Pastikan keselamatan diri semasa melarikan pengalir ABC di atas tiang dengan
menggunakan tali pinggan keselamatan.
iii. Pastikan pakaian keselamatan digunakan.

1.3 Langkah-langkah Kerja

Melari dan merentang kabel bertebat diudara.

i. Arah Menggolek Drum


Drum kabel perlu digolek mengikut arah yang ditunjukkan pada drum kabel.
Sekiranya drum kabel digolek mengikut arah yang bertentangan, kabel didalam
drum mungkin akan terombak daripada gelungnya.

Tanda pada
drum pengalir.

Arah
Menggolek
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum Drum. 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.06.03(A) Page 3 of 6

ii. Persediaan kedudukan drum kabel.

a. Drum kabel ditempatkan samada ditiang tamatan atau tiang pembahagian


(tiang yang mana kabel boleh ditamatkan) Kedudukan ini lebih kurang dengan
arah kabel yang akan direntang.
b. Untuk menyenangkan perjalanan drum kabel semasa drum dilarikan, drum
tersebut hendaklah dibiarkan di dalam keadaan tergantung dengan cara
memasukkan satu bar keluli ke dalam lubang drum dan dinaikan dengan
menggunakan jek drum.
c. Kabel perlu dikeluarkan dibahagian atas drum dan kelajuan drum boleh
dikawal dengan satu besi bar sebagai penahan kelajuan drum ketika kerja-kerja
melari dan merentang pengalir dilakukan.

iii. Melari dan merentang kabel.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.06.03(A) Page 4 of 6

a. Perhatian pada kabel bertebat.


b. Semasa kerja merentang dilakukan, kabel bertebat ini akan dilakukan didalam
takal yang digantung pada setiap tiang.Perhatian perlu diambil supaya kabel
tidak bergesel dengan permukaan bumi atau sebarang objek yang kasar atau
keras bagi menjamin penebat pada kabel tidak dirosaki.

iv. Melari dan merentang kabel.

a. Kabel ditarik dan dilalukan di dalam takal di tiang pertama.


b. Kabel tersebut akan ditarik dan dilalukan pada takal yang digantung pada
setiap tiang dengan menggunakan tenaga manusia.
c. Apabila kabel ini telah ditarik sehingga tiang penghabisan ( tiang tamatan atau
tiang pembahagian ).Penebat Tamatan – Dead End Clamp hendaklah dipasang
pada kabel penggantung atau neutral. Ia diguanakan untuk menahan tegangan
kabel pada tiang tamatan dan seterusnya ditempatkan pada Penyangkok
Gantung di bahagian kepala tiang.Penyangkok Gantung – J Hook ini
digunakan untuk menahan dan menyokong Penebat Tamatan.

Penebat Tamatan – Dead End Clamp

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.06.03(A) Page 5 of 6

d. Seteh pemasangan PenetapTamatan dibuat drum kabel dipusingkan semula


mengikut arah pusinganya untuk menggulung kembali kabel sehingga kabel
tersebut lebih kurang tegang dan pemasangan Come Along Clamp pull-Lift
dan dawai andoh dipasang pada kabel tersebut.

e. Sebelum kabel dipotong hujung setiap kabel hendaklah dipasang dengan Tiup
Pemati hujung – End Cap Tube untuk menunup kabel yang terdedah bahagian
hujungnya. Tiub ini dapat dipasang dengan menggunakan tangan tanpa perlu
dihangatkan atau menggunakan peralatan khas.

Tiub Pemati

2.0 Menegang Dan Kenduran Kabel.

2.1 Tegangan Bina.

i. Lakukan tegangan Bina pada kabel dan dibiarkan dalam pembinaan selama-
lamanya. Ia merupakan tegangan selamat yang mengesahkan kabel tersebut tidak

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.S6.13.06.03(A) Page 6 of 6

akan mengalami kerosakan atau terputus dengan sendirinya walaupun dalam


cuaca yang buruk.
ii. Tegangan pada kabel dibuat sehingga kelegaan kabel ke paras tanah seperti mana
yang diperlukan didalam kehendak peraturan dan diperolehi dengan cara
membuat pengukuran ditapak kerja dan tidak perlu menggunakan Dynamometer
atau Papan kenduran.

2.2 Kelegaan Talian Kebumi adalah seperti berikut :-

a. Merentangi Jalan Raya. 5.49 M


b. Merentangi Kawasan Tanah Lapang 5.18 M
c. Merentangi Kawasan Dimana Kenderaan 4.75 M
Tidak Mungkin Boleh Masuk

2.3 Semasa kerja-kerja menegang ini, tegangan bunuh tidak perlu dilakukan pada dawai
pengantungan / neutral.

2.4 Perlu Melakukan Tegangan dengan betul.

Kabel perlu dibuat tegangan dengan betul supaya :-

i. Sekiranya tegangan kurang, boleh menyebabkan labuhan yang berlebihan


sehingga kelegaan minima diperolehi.
ii. Sekiranya lebih tegangan, daya-daya yang terjadi akan melebihi beban kerja
selamat yang direkabentuk pada tiang, umbang dan lain-lain.
Nota :-

i. Walau bagaimanapun didalam pemasangan kabel bertebat diudara,kadar fius-fius yang


dipasang perlu ditentukan pada kadar yang betul bagi mengelak berlakunya kerosakan pada
bahan penebat.

ii. Semua sambungan sesalur servis bagi tujuan pengimbangan beban pada setiap fasa perlu
dibuat dengan berhati-hati.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 13 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)

Anda mungkin juga menyukai