Anda di halaman 1dari 29

PERATURAN PERATURAN ELEKTRIK BAHAGIAN II

PENGENALAN:
Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat mengetahuai syarat-syarat bagi permohonan pendaftaran pepasangan, bayaran fee pendaftran pepasangan, pemeriksaan dan pengujian pepasangan, fi pemeriksaan dan ujian pepasangan serta istilah daftar, pembatalan perakuan pendaftaran, lesen yang diperlukan untuk pepasangan awam, lesen yang diperlukan untuk pepasangan persendirian, fi yang diperlukan untuk pepasangan awam atau persendirian serta penyeliaan dan ujian pepasangan.

LEARNING OBJECTIVES:
Pelatih-pelatih mesti boleh: Huraikan permohonan bagi pendaftaran pepasangan Huraikan Fee bagi pendaftaran pepasangan Huraikan Pemerikasaan dan ujian pepasangan Huraikan bagi Fee pemeriksaan dan ujian pepasangan serta Daftar Mengetahui cara Pembatalan Perakuan Pendaftaran Megetahui lesen yang diperlukan untuk pepasangan awam Megetahui lesen yang diperlukan untuk pepasangan persendirian Megetahui fi yang diperlukan untuk pepasangan awam atau persendirian Megetahui mengenai Penyeliaan dan Ujian Pepasangan

LEARNING OUTCOMES:
Di akhir pembelajaran pelatih-pelatih berkemampuan: Pelatih boleh menghuraikan maksud-maksud dalam Akta dan Peraturan ini Pelatih boleh merujuk dalam akta dan peraturan ini berkaitan dengan kes-kes elektrik yang berlaku

65

SUB TOPIC:
7.0 BAHAGIAN II PEPASANGAN

PENDAFTARAN PEPASANGAN SUB SUB TOPIC: 7.0.1 Peraturan 3 Penerangan:


Permohonan bagi pendaftaran pepasangan

3. (1) Melainkan jika dikecualikan oleh Menteri. permohonan bagi pendaftaran pepasangan hendaklah dalam Borang A yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

(2) Perakuan Pendaftaran hendaklah masing-masing dalam Borang B yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

(3) Perakuan Pendaftaran hendaklah sah bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun dari tarikh ia dikeluarkan.

(4) (Dibatalkan).

66

Soalan

Tempoh sah bagi perakuan pendaftaran pepasangan yang dibuat dalam borang B ialah tidak kurang daripada 1 tahun dan tidak melebihi daripada. dari tarikh ia dikeluarkan

Jawapan A. 2 tahun B. 3 tahun C. 5 tahun D. 10 tahun

67

SUB SUB TOPIC: 7.0.2 Peraturan4

Penerangan:
Fi bagi pendaftaran pepasangan

4. Fi hendaklah dibayar bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran mana-mana pepasangan pada kadar yang ditetapkan dalam bahagian I Jadual Kedua.

Soalan Jika suatu pepasangan berkeupayaan tidak lebih 50 kilowatt, berapakah Fi mengikut Jadual kedua jika pemohonan dibuat untuk tempoh 1 tahun sahaja Jawapan A. RM 20 B. RM 150 C. RM 500 D. RM 1000

68

SUB SUB TOPIC: 7.0.3 Peraturan 5: Penerangan:


Pemeriksaan dan ujian pepasangan

5. (1) Pemeriksaan dan ujian suatu pepasangan baru bagi tujuan pendaftaran hendaklah dibuat tidak lewat daripada dua puluh satu hari selepas diterima Borang A yang disebut datam peraturan 3 dan notis munasabah bagi pemeriksaan dan ujian itu hendaklah diberikan secara bertulis kepada pemunya atau pengurusan pepasangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Apabila menerima notis yang dikeluarkan di bawah subperaturan (1), pemunya atau pengurusan pepasangan hendaklah menyebabkan persediaan bagi pemeriksaan dan ujian itu dibuat dan hendaklah hadir pada masa pemeriksaan dan ujian itu.

(3) Notis pemeriksaan dan ujian permulaan dan susulan hendaklah dibuat masingmasing dalam Borang D dan E yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disampaikan sama ada secara sendiri kepada orang yang notis itu dialamatkan atau mengirimkan kepadanya secara pos berdaftar atau ditampalkan dengan jelas di bangunan di mana pepasangan yang hendak diperiksa atau diuji itu terletak.

69

Soalan Pemeriksaan dan ujian sesuatu pepasangan baru bagi tujuan pendaftaran hendaklah dibuat tidak lewat daripada .. hari selepas diterima Borang . Jawapan A. tujuh B. dua puluh satu C. empat belas D. tiga

70

SUB SUB TOPIC: 7.0.4 Peraturan 6

Penerangan:
Fi bagi pemeriksaan dan ujian pepasangan

6. Fi

hendaklah

dikenakan

bagi

pemeriksaan

dan

ujian

mana-mana;

pepasangan pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian II Jadual Kedua.

Daftar

6A. (1) Suruhanjaya hendaklah menyimpan suatu Daftar yang dalamnya hendaklah dimasukkkan nama dan butir-butir lain bagi tiap-tiap orang yang Perakuan

Pendaftarannya dikeluarkan di bawah peraturan 4.

(2) Maka hendaklah dikeluarkan daripada daftar nama dan butir-butir lain bagi tiaptiap orang yang Perakuan Pendaftarannya telah dibatalkan di bawah peraturan 7.

71

Soalan Fee hendaklah dikenakan bagi pemeriksaan dan ujian mana-mana pepasangan pada kadar yang ditetapkan dalam Jawapan A. Bahagian II Jadual Kedua B. Bahagian II C. Jadual Kedua D. Bahagian III Jadual Kedua

72

SUB SUB TOPIC: 7.0.5 Peraturan 7 Penerangan:


Pembatalan Perakuan Pendaftaran pepasangan

7. (1) Suruhanjaya boleh membatalkan Perakuan Pendaftaran pepasangan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini jika -

(a) pepasangan itu tidak lagi dikehendaki untuk digunakan; (b) pepasangan itu didapati tak selamat untuk digunakan; (c) orang yang padanya Perakuan itu dikeluarkan menggunakannya bagi tujuan yang berlainan dengan tujuan Perakuan itu dikeluarkan; atau (d) orang itu telah rnelanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan-Peraturan ini.

(2) Apabila Perakuan Pendaftaran suatu pepasangan dibatalkan oleh Suruhanjaya menurut subperaturan (1) orang yang kepadanya Perakuan itu telah dikeluarkan hendaklah memulangkannya kepada Suruhanjaya dalam masa empat belas hari selepas diberitahu secara bertulis tentang pembatalan itu.

73

Soalan Apabila . suatu pepasangan dibatalkan oleh Suruhanjaya menurut subperaturan (1) orang yang kepadanya Perakuan itu telah dikeluarkan hendaklah memulangkannya kepada Pengarah. Jawapan A. Pendaftaran Syarikat B. Perakuan kekompetenan C. Perakuan Pendaftaran D. Perakuan Syarikat

74

SUB TOPIC: 7.1 LICENCE FOR INSTALLATION

SUB SUB TOPIC: 7.1.1 Peraturan 8

Peneranagan:
Lesen bagi pepasangan awam

8. Suatu lesen bagi pepasangan awam hendaklah dalam borang yang Suruhanjaya fikirkan patut dan sesuai bagi pepasangan awam.

75

Soalan Suatu lesen bagi .. hendaklah dalam borang yang Suruhanjaya fikirkan patut dan sesuai bagi Jawapan A. pepasangan awam , pepasangan persendirian B. pepasangan persendirian, kenderaan awam C. kenderaan awam , pepasangan awam D. pepasangan awam , pepasangan awam

76

SUB SUB TOPIC: 7.1.2 Peraturan 9 Penerangan:


Lesen bagi pepasangan persendirian

9. Suatu lesen bagi pepasangan persendirian hendaklah dalam Borang F yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

77

Soalan Sesuatu lesen bagi pepasangan persendirian hendaklah dalam Borang F yang ditetapkan dalam .. Jawapan A. Jadual pertama B. Jadual kedua C. Jadual ketiga D. Jadual keempat

78

SUB SUB TOPIC: 7.1.3 Peraturan 10:

Penerangan:
Fi bagi pepasangan awam atau persendirian

10. (1) Fi yang kena dibayar bagi pengeluaran lesen bagi pepasangan awam, selain penjanaan yang disebut dalam subperaturan (2), hendaklah kadar hendaklah pada kadar yang ditetapkan dalam bahagian III Jadual Kedua. tahunan dan

(2) Fi yang kena dibayar bagi pengeluaran lesen bagi pepasangan awam untuk penjanaan elektrik menggunakan tenaga bio jisim, kuasa hidro, kuasa suria, kuasa haba bumi, kuasa angin, sumber ombak dan air pasang surut dengan kuasa agregat tidak melebihi 10 MW hendaklah dibayar secara tahunan dan hendaklah pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian IIIA Jadual Kedua.

(3) Fi yang kena dibayar bagi pengeluaran lesen bagi pepasangan persendirian hendaklah dibayar secara penuh mengikut tempoh sah sesuatu lesen dan hendaklah pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian 1A Jadual Kedua.

(4) Semua fi yang kena dibayar di bawah subperaturan (1), (2) dan (3) hendaklah dibayar pada permulaan tahun setiap lesen.

(5) Apa-apa fi yang tetah dibayar sebelum berkuatkuasanya Bahagian 1A, III Dan IIlA Jadual Kedua tidak boleh dibayar balik.

79

Soalan Fi yang kena dibayar bagi pengeluaran lesen bagi pepasangan persendirian hendaklah dibayar secara penuh mengikut tempoh sah sesuatu lesen dan hendaklah pada kadar yang ditetapkan dalam ..

Jawapan A. Bahagian 1A Jadual pertama B. Bahagian 1A Jadual kedua C. Bahagian 1A Jadual ketiga D. Bahagian 1A Jadual keempat

80

SUB TOPIC: 7.2


BAHAGIAN II (PEPASANGAN) Penyelian dan Ujian Pepasangan SUB SUB TOPIC: 7.2.1 Penerangan 11 : Penerangan:
Kelulusan bagi memulakan pendawaian

11. (1) Tiada pendawaian atau pendawaian semula sesuatu pepasangan atau tambahan pada pepasangan yang sedia ada boleh dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Persendirian tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan:

Dengan syarat bahawa tiada kelulusan diperlukan bagi tambahan pada pendawaian yang sedia ada bagi pepasangan domestik jika jumlah arus yang digunakan pada satu-satu masa oleh pepasangan itu, disebabkan tambahan itu, tidak melebihi permintaan arus maksimum seperti yang dipersetujui dalam kontrak bekalan antara pemunya dengan pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan.

(2) Cara menghitung permintaan arus maksimum bagi pepasangan domestik dalam subperaturan (1) hendaklah seperti yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga.

81

Soalan Tiada seorang pun boleh memasang apa-apa pendawaian atau persambungan elektrik pada pendawaian yang ada pada mana-mana premis tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusandaripada suatu pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen. Jawapan A. Menteri. B. Pengarah. C. Bertulis D. Suruhanjaya

82

SUB SUB TOPIC 7.2.2 Peraturan 12 :

Penyeliaan dan penyiapan pepasangan

Penerangan.

12. (1) Mana-mana pendawaian elektrik dalam sesuatu pepasangan yang menerima bekalan fasa tunggal daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah di bawah penyeliaan langsung Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga, dan apabila siap pepasangan itu, Pendawai tersebut hendaklah memperakukan suatu Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan.

(2) Mana-mana pendawaian elektrik dalam sesuatu pepasangan, dikendalikan pada voltan rendah yang menerima bekalan tiga fasa daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah di bawah penyeliaan langsung Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga, dan apabila siap pepasangan itu, Pendawai itu hendaklah memperakukan Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan.

(3) Bagi maksud peraturan ini dan subperaturan 13(1) dan (2), Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diambil kerja sepenuh masa oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Persendirian.

83

Soalan Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga, mengikut manamana yang berkenaan, hendaklah diambil kerja sepenuh masa oleh . atau Unit Pendawaian Persendirian. Jawapan A. Tenaga Nasional B. Menteri C. Suruhanjaya D. Kontraktor Elektrik

84

SUB SUB TOPIC

7.2.3 Peraturan13 Penerangan


Ujian pepasangan

13. (1) Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula sesuatu pepasangan atau tambahan pada pepasangan yang sedia ada seperti dalam subperaturan 12 (1) itu, pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan, dan yang hendaklah rnengesahkan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.

(2) Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula pepasangan atau tambahan kepada pepasangan yang sedia ada seperti dalam subperaturan 12 (2), pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan, dan yang hendaklah memperakukan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.

(3) Apabila siap pepasangan atau tambahan kepada pepasangan yang sedia ada yang dikendalikan pada voltan yang lebih tinggi daripada voltan rendah itu, pepasangan itu hendaklah diuji oleh Jurutera Perkhidmatan Elektrik, yang diambil kerja sepenuh masa oleh Kontraktor Perkhidmatan Elektrik dan yang hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.

85

Soalan Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula pepasangan atau tambahan kepada pepasangan yang sedia ada seperti dalam subperaturan 12(2), pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan, dan hendaklah memperakukan bagi pepasangan itu. Jawapan A. Perakuan Pendaftaran B. Perakuan kekompetenan C. Perakuan Ujian D. Perakuan Syarikat

86

SUB SUB TOPIC 7.2.4 Peraturan 14:

Penerangan
Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian

14. (1) Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

(2) Tiada pepasangan, selain daripada dalam peraturan 11, boleh menerima bekalan elektrik daripada atau diberi bekalan elektrik oleh pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan sehingga Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dikemukakan oleh pemunya atau pengurusan pepasangan itu kepada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

87

Soalan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam Jadual Pertama. Jawapan A. Perakuan Penyeliaan B. Perakuan Pendaftaran C. Perakuan kekompetenan D. Perakuan Ujian

88

SUB TOPC 7.3 RADAS MUDAH ALIH


SUB SUB TOPIC 7.3.1 Peraturan 24.
Radas mudah alih secara am

24. (1) Suatu kabel fleksibel bagi radas mudah alih hendaklah disambungkan kepada sistem dengan cantuman kekal atau palam dan soket yang dibina dengan sempura.

(2) Suatu radas mudah alih dan kabel fleksibelnya hendaklah dikawal dengan cara yang berkesan yang diletakkan pada tempat yang sesuai dan berupaya mematikan radas. (3) Suatu bahagian logam radas mudah alih yang terdedah hendaklah dibumikan secara berasingan dan mana-mana penutup logam konduktor hendaklah dibumikan.

(4) Suatu radas mudah alih yang terdedah pada cuaca, atau yang boleh dicapai oleh mana-mana orang yang biasanya bekerja berhampiran dengan lantai berkonduksi, hendaklah daripada pembinaan bertebat sepenuhnya atau dibumikan, dan apabila ia mudah rosak dengan tak sengaja, radas itu hendaklah dilindungi selanjutnya dengan suatu pengadang yang dibumikan.

(5) Tiada pemegang lampu mudah alih boleh bersambung logam dengan pengadang lampu atau dengan mana-mana bahagian logam terdedah lain pada lampu mudah alih yang tidak dibumikan dengan berkesan.

89

Soalan Mengikut peraturan bagaimankah cara penyambungan antara alat mudahalih dengan punca bekalan?

Jawapan A. Menggunakan kabel pendawaian biasa B. Menggunakan kabel boleh lentur C. Menggunakan kabel berperisai D. Menggunakan kabel PVC

90

SUB SUB TOPIC

7.3.2 Peraturan 25

Radas mudah alih di atas kapal korek atau struktur terapung.

25. (1) Suatu lampu pemeriksaan mudah alih yang digunakan di atas kapal korek atau struktur terapung lain, di ternpat yang biasanya terdedah pada cuaca yang lantainya boleh menjadi basah, di mana-mana tempat di bawah tanah atau di dalam ruang yang terkurung seperti di dalam dandang, tangki atau paip, atau di dalam keadaan serupa itu yang lain, hendaklah dikendalikan pada voltan yang tidak melebihi 50 volt di antara konduktor-konduktor. (2) Suatu radas mudah alih yang digunakan dalam apa-apa keadaan yang diperihalkan dalam subperaturan (1) hendaklah disambungkan pada sesalur mengikut apa-apa cara supaya voltan ke bumi mana-mana bahagian radas itu tidak melebihi 50 volt. (3) Suatu radas mudah alih yang sesuai digunakan pada 100 volt boleh digunakan dan dibekalkan elektrik daripada pengubah yang mempunyai lilitan 100 volt dengan poin tengah atau poin neutral lilitannya disambungkan ke bumi.

91

Soalan:

Voltan kendalian bagi radas mudah alih diatas kapal korek atau struktur terapung hendaklah dikendalikan pada voltan . diantara konduktor-konduktor. Jawapan: A. 25 volt B. 45 volt C. 50 volt D. 110 volt

92

SUMMARY
Di dalam modul ini pelatih telah mempelajari:

Permohonan bagi pendaftaran pepasangan, Peraturan 3 Peraturan Fee bagi pendaftaran pepasangan, Peraturan 4 Pemeriksaan dan ujian pepasangan, Peraturan 5 Fee pemeriksaan dan ujian pepasangan, Peraturan 6 serta Daftar, Peraturan 6A Cara Pembatalan Perakuan Pendaftaran, Peraturan 7 lesen yang diperlukan untuk pepasangan awam, Peraturan 8 lesen yang diperlukan untuk pepasangan persendirian, Peraturan 9 Fi yang diperlukan untuk pepasangan awam atau persendirian, Peraturan 10 Mengetahui mengenai Penyeliaan dan Ujian Pepasangan, Peraturan 11

REFERENCES
1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (MDC Publisher Sdn Bhd)

93

Anda mungkin juga menyukai