Anda di halaman 1dari 13

HELAIAN PENERANGAN

(Information Sheet)

NAMA KURSUS TAJUK MODUL

SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK


MEMBUAT PENDAWAIAN PELBAGAI SUIS DAN KAWALAN AUTOMATIK

TAJUK SUB MODUL

OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO)

Mendawai Satu (1) Photocell, Satu (1) Suis Satu (1) Hala Dan Satu (1) Punatekan Loceng Mengawal Dua(2) Lampu Pijar, Satu (1) Lampu Kalimantang Dan Satu (1) Loceng Elektrik (Kawalan Individu) Membuat kerja-kerja pendawaian satu (1) fasa jenis permukaan dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan dan bahanbahan yang sesuai seperti photocell, punatekan, suis satu hala, lampu kalimantang, lampu pijar supaya kerja-kerja pendawaian tersebut berfungsi serta mengikut standard ST, IEE dan MS IEC 60364. MUKA: NO. K/P 1 DRP: 13

KOD RUJUKAN NAMA

TAJUK : TUJUAN :

Lampu Kalimantang

Helaian ini menerangkan kepada pelatih mengenai jenis-jenis Lampu Kalimatang mengikut kadaran watt serta komponen-komponen lampu dan kefungsian. PENERANGAN : Lampu Kalimatang juga dikenali sebagai Lampu Pendaflour, merupakan satu daripada jenis lampu yang popular digunakan untuk menghasilkan cahaya pada pengguna samada bagi domestik atau industri. Lampu kalimatang boleh didapati 10 watt, 18/20 watt dan 36/40 watt.

KOD RUJUKAN

MUKA:

DRP:

13

Lampu Kalimantang /Pendarfluor. Lampu ini mengandungi tiub panjang yang diisikan dengan gas argon dan sedikit wap raksa. Terdapat dua filamen di kedua hujung tiub yang menjadi elektrod(gelung pemanas) dan menjadi panas apabila arus dialirkan. Pada dinding dalam tiub disalutkan dengan bahan pendarfluor yang bertindak menukarkan cahaya dan menghalang kepanasan pada bahagian luar tiub.

Binaan Lampu Kalimatang

Rajah 7.1: Menunjukkan Lampu Pendarflour

Binaan tiub Katod panas lampu pendaflour

Komponen komponen lampu Kalimatang/Pendafluor

a. b.

Body/rumah lampu Dibina dengan bahan Logam. semua komponen lampu kalimantang di pasang dalamnya.

Terdapat didalamnya

Pemegang metol/Tiub Pemegang tiub dipasangkan dikedua-dua hujung body lampu. Memegang tiub kalimatang dan sebagai punca penyambungan bekalan diantara litar lampu dengan punca di kedua-dua hujung tiub. Terdapat pelbagai jenis pemegang lampu, jenis tekan masuk atau berskru yang menggunakan sistem rotorlaluan udara yang boleh memberi aliran udara suhu rendah. Pemasangan braket untuk pemegang lampu tekan masuk juga dari bahan mild steel.

c.

Metol Pendafluor / Kalimantang Mengeluarkan cahaya semasa arus dialirkan hasil tindak balas pengaliran elektron dan gas. Ion-ion itu, atau atom bercas, kemudiannya boleh lalu menerusi wap pada laju yang kuat dengan membebaskan tenaganya dalam bentuk sinaran ultra-ungu. Sinaran ultra-ungu tidak boleh nampak oleh mata kasar, tetapi kesannya pada salut pendaflour ialah ia menyebabkan fosfor itu menyala dan nyala inilah yang menghasilkan cahaya yang boleh nampak.

Rajah 7.2 : Menunjukkan tindak balas didalam tiub/metol lampu Kalimatang

KOD RUJUKAN

MUKA:

DRP: 13

Mentol Lampu Kalimatang boleh didapati dalam berbagai bentuk seperti lurus, membulat gelang dan padat Compact. Mentol lampu compact sangat popular kerana ia dapat menjimatkan tenaga dengan pencahayaan yang sama berbanding lampu lain. Kebaikkan Lampu jenis compact : oleh menjimat tenaga sehingga 80% dibanding lampu biasa. emberi jangka hayat ketahanan sehingga lapan kali ganda. isahkan dari ujian gangguan elektromegnat. oleh diganti terus dengan lampu biasa. Contoh perbandingan keupayaan kadaran kuasa lampu kalimatang. Kadar Kuasa Lampu Compact 7 watt 11 watt 16 watt 20 watt Persamaan Kadaran Lampu biasa 40 watt 60 watt 75 watt 100 watt B M D B

Lampu Kalimatang Lurus

Lampu Compact

Lampu Kalimatang Bulat

Lampu Bentuk pelbagai

Rajah 7.3 : Menunjukkan jenis-jenis Metol Kalimatang

KOD RUJUKAN

MUKA:

DRP:

13

d.

P encekik / Cok Menghasilkan voltan tinggi semasa lampu mula dihidupkan, bagi membantu tindakkan nyahcas di dalam tiub pendafluor dan mengelakkan dari berlaku litar pintas. Ia dikenali juga sebagai Ballast. Pencekik adalah juga diperlukan untuk mengawal aliran arus melalui metol. Komponen ini mempunyai impedans yang tinggi dalam kaitannya dengan rintangannya dan menghalang pengaliran arus melalui litar tanpa membuang kuasa yang banyak. Tindakan pencekik dalam litar itu menghasilkan suatu kesan yang mengakibatkan lebih banyak arus dikeluarkan dari bekalan daripada yang diperlukan bagi pengendalian sistem lampu itu. Terdapat dua jenis pencekik seperti rajah 7.4.

Pencekik Coil

Pencekik Electronic

Rajah 7.4 :- Menunjukkan 2 jenis Pencekik/Cok

e.

P emuat / Kapasitor - Membetulkan faktor kuasa bekalan di dalam litar lampu serta menyimpan cas elektrik. Kapasitor di sambung secara selari dengan punca bekalan.

Rajah 7.5 :- Menunjukkan Pemuat/Kapasitor

KOD RUJUKAN

MUKA:

DRP: 13

f.

Starter atau Suis Pemula Lampu Kalimatang memerlukan starter menghidupkan lampu. Starter mengandungi suis bara dua pin berkualiti tinggi, kelongsong dibuat dari bahan polycarbonate tahan hentakan dan kapasitor penindas gangguan isyarat radio. Terdapat juga starter jenis elektronik yang sesuai pemasangan sehingga 125 watt. Starter ini dapat memberi ketahanan tiub dengan pemanasan pada katod terlebih dahulu sebelum kendalian sepenuhnya.

Rajah 7.6 : Starter / Suis Pemula Terdapat dua jenis suis pemula iaitu:i. Suis pemula Jenis Nyalaan Suis pemula Jenis Terma/Haba i - Suis Pemula Jenis Nyalaan / Bebara Pemula jenis ini mempunyai satu balang kecil kaca (mentol) yang diisi dengan gas helium dan hidrogen serta mempunyai dua sesentuh dan salah satu daripadanya dipasangkan pada penyentuh dwilogam. Sesentuh biasanya dalam keadaan terbuka bagi membolehkan voltan penuh dibekalkan kepada sesentuh pemula semasa ia mula dihidupkan. Proses nyahcas berbara yang memanaskan penyentuh dwilogam akan menyebabkan melengkung dan menutup sesentuh tersebut dan litar akan menjadi lengkap. Arus pemanas penuh mengalir melalui elektrod lampu dan memadamkan nyalaan atau bebara pemula. Kemasukan suatu kapasitor pembetulan faktor kuasa bertindak lawan kesan ini dan mengurangkan arus yang dikeluarkan daripada bekalan kepada suatu aras lebih kepada pelarasan dengan kadar kuasa sistem lampu. Pemula jenis bara boleh digantikan dengan suatu pencucuh elektronik. Ia boleh didapati sebagai pengganti terus pemula bara atau ia boleh digabungkan dalam sistem lampu.

Rajah 7.7 : Menunjukkan litar lampu pendarflour dengan penghidup Nyalaan berbara

KOD RUJUKAN

MUKA:

DRP:

13

ii- Pemula Jenis Terma/ Haba Mempunyai dua sesentuh yang dipasangkan pada penyentuh dwilogam (dalam keadaan tertutup). Satu gelung pemanas diletakkan berhampiran dengan dwilogam dan tidak bersentuhan. Semasa lampu mula di hidupkan sesentuh berkeadaan tertutup bagi mengalirkan arus pemanas melalui elektrod. Semasa proses nyahcas penuh penyentuh dwilogam menjadi panas dan melengkung dan litar akan terbuka bagi menyalakan lampu.

Rajah 7.8 : Menunjukkan litar lampu Kalimatang suis pemula terma.

Jenis Litar Lampu Kalimatang Arus Ulang Alik (a.u) 1. Litar Lampu Kalimatang hidup secara terus (mudah). Lampu Kalimatang dapat dihidupkan dengan dua cara, iaitu jenis hidup terus dan jenis hidup secara cepat. Cara ini memerlukan Voltan tinggi, ini autopengubah diperlukan. Tiub katod panas boleh digunakan tetapi tidak sesuai kerana arus dalam litar ini tinggi. Jadi katod sejuk sesuai digunakan kerana proses nyahcas mudah berlaku, disamping itu juga lampu jenis ini dapat bertahan lama dan pemasangan mudah. Walaubagaimanapun ia merugikan bagi jangka masa yang pendek.

Rajah 7.9 : Menunjukkan Litar Lampu Kalimatang Hidup secara Terus.

KOD RUJUKAN 2. Litar Lampu Kalimatang Hidup Secara Cepat

MUKA:

DRP: 13

Lampu Kalimatang hidup cepat ini terus nyala sebaik sahaja bekalan diberikan. Cara ini cok masih di perlukan dan lampu jenis tiub katod sejuk sahaja diperlukan. Cok khas mesti digunakan untuk mengawal kecerahan lampu jenis ini seperti rajah 7.11.

Rajah 7.10 : Menunjukkan Litar Lampu Kalimatang Hidup cara Mudah

Rajah 7.11 : Menunjukkan Litar Mamalapkan Litar Lampu Kalimatang.

KOD RUJUKAN Jenis Litar Lampu Kalimatang Arus Terus (a.t)

MUKA:

DRP: 13

Lampu Kalimatang katod panas dapat juga dihidupkan dengan bekalan Arus terus(a.t) dengan cok diganti dengan Perintang. Peranti elektronik dapat mengubah kekutuban bekalan arus terus menjadi aqrus ulang alik. Litar ini dinamakan suis pemula penukaran kutub(pentarbalik).

Rajah 7.12 : Menunjukkan Lampu Kalimatang menggunakan suis penukar kutub Lampu Kalimatang Katod sejuk banyak digunakan kerana tahan lama berbanding dengan lampu pijar. Tiga tiub boleh disambung terus ke pengubah secara siri. Kebaikan ia tidak dipengaruhi dengan kekerapan kefungsian.

Rajah 7.13 : Menunjukkan lampu kalimatang bekalan a.t menggunkan komponen elektronik dan mengawal kecerahan lampu.

KOD RUJUKAN

MUKA:

DRP:

13

Rajah 7.14 : Menunjukkan Lampu Kalimatang bekalan a.t Menggunakan komponen elektronik. JADUAL PERBANDINGAN LAMPU KALIMATANG DENGAN LAMPU JENIS LAIN. Kelebihan Mempunyai kecekapan yang tinggi Dapat memberi banyak warna Penyinarannya sejuk Kurang silauan Tahan lama penggunaannya kelemahan Kos mahal Menghasilkan kelippadam setiap kitaran frekuensi 50Hz Menyebabkan faktor rendah Suhu sekeliling mempengaruhi penghidupannya dan mengurangkan cahaya pada suhu sejuk Banyak gangguan atau kerosakan

KOD RUJUKAN

MUKA:

10

DRP: 13

Kendalian Lampu Kalimatang. Apabila bekalan elektrik dialirkan, pencekik(cok) akan terarus dan menghasilkan voltan tinggi. Katod atau elektrod akan menjadi panas dan bertindak ke atas gas argn dan wap raksa yang akan menyebabkan pengaliran elektrod dalam tiub. Pergerakan elektron dari punca hujung tiub ke punca hujung tiub satu lagi menyebabkan proses nyahcas. Semasa proses nyahcas penuh berlaku, campuran gas argn dan wap raksa akan menghasilkan cahaya ultra ungu (tidak kelihatan). Gas yang terdapat dalam lampu kalimatang berperanan sebagai vahan pengaliran elektron dan penentu warna cahaya yang dapat dikeluarkan. Apabila cahaya ultra ungu terpantul pada lapisan pendarflour (satu lapisan dinding tiub), cahaya cerah akan terpancar keluar (cahaya sebenar lampu kalimatang). Lapisan pendarflour ini juga dikenali sebagai vahan penyerapan yang mengurangkan kepanasan lampu. Penyentuh dwilogam akan menjadi sejuk dan membuka sesentuhannya. Proses nyahcas didalam tiub akan berlaku. Sesentuh dalam keadaan terbuka semasa tiub lampu menyala. Penyerapan gangguan radio(Radio intrupted supresor) dipasangkan pada pemula bagi mengelakkan gangguan pada frequansi radio semasa permulaan lampu kalimatang dihidupkan. Litar pemasangan Lampu Kalimatang. 1. Pemasangan Lampu Kalimatang dengan satu tiub(single Tiub)
S t a rt e r

T iu b

L a

B a

lla

s t

L
S t a r t e r

2.

Pemasangan Lampu Kalimatang dengan dua tiub(Double Tiub)

T iu b

L a

N L

B a

lla

s t

/ L a

B a m

lla p u

s t

T iu b

S t a

r t e

KOD RUJUKAN

MUKA:

11

DRP:

13

Rajah 7.15 : Menunjukkan cara pemasangan lampu kalimatang.

KOD RUJUKAN

MUKA:

12

DRP:

13

Kesan Stroboskop keatas Lampu Kalimatang Kesan ini merupakan satu daripada kelemahan lampu kalimatang. Lampu ini akan menyala dan padam mengikut frekuensi voltan bekalan. Jika frekuensi bekalan itu 50 Hz, lampu yang menyala itu akan kelip-padam sebanyak 100 kali dalam masa sesaat. Menyala Padam

90

180

1 kitar 1/50Hz Rajah 7.16 : Menunjukkan gelombang mendahulu dan menyusul mengikut frekuensi bekalan

Meskipun kelip-padam dan menyala lampu ini tidak begitu ketara pada mata kasar,tetapi keadaan ini amat bahaya pada penggunaan di tempat-tempat perusahaan. Mesin-mesin yang dibekalkan dengan frekuensi yang sama akan kelihatan tidak bergerak disebabkan oleh pancaran kelipan lampu-lampu pendaflour itu itu.Masalah ini akan dapat diatasi dengan dua cara iaitu: a) Memasang dua tiub lampu supaya dapat berkendali secara mendahulu dan menyusul. Katakan lampu pertama menyala dahulu. Apabila lampu ini hampir padam disebabkan voltan bekalan menurun, lampu kedua akan menyala pula. Dengan cara ini kecerahan keseluruhan lampu itu akan menjadi malar. Untuk membolehkan lampu yang pertama menyala lebih dahulu daripada lampu yang kedua. Pemuat perlu dipasang sesiri dengan litar lampu yang pertama.Dengan berbuat demikian bermakna arus pada litar lampu yang berpemuat didahulukan.Perkara ini terjadi disebabkan oleh ciri pemuat sesiri akan menyala mendahului lampu kedua.

KOD RUJUKAN

MUKA:

13

DRP:

13

Rajah 7.17 : Litar mendahulu dan menyusul bagi lampuKalimatangr b) Cara yang kedua ialah dengan memasang tiub-tiub itu kedalam fasa-fasa yang berlainan kerana fasa-fasa ini memberikan kadar voltan,sifar pada sesuatu ketika,hasilnya lampu itu terus menerus menyala berselang seli,tidak ada yang padam kerana dua lampu lain akan sentiasa membantu setiap kali satu daripada lampu itu padam oleh perubahan frekuensi bekalan.

Rajah 7.18: Mengurangkan kesan stroboskop di pemasangan bekalan 3 fasa

Rajah 7.19 : menunjukakan gelombang tiga lampu Hasil nyalaan ketiga-tiga lampu RUJUKAN : 1. ABD. SAMAD HANIF - Pemasangan dan Penyenggaraan Elektrik / Abdul Samad Hanif. Ed. Ke-2. Bibliografi: hlm. 749 Mengandungi indeks ISBN 983-62-4063-2 1. Electric power syestems. 2. Electric wiring. 3. Electric power transmission. I. Jadual 621.31 2. Md. Nasir Haji Abd. Manan - Panduan pendawaian elektrik domestik/Md. Nasir Haji Abd. Manan. I.E.E. Edisi 16BS7671:1992 pindaan 2, 1997 ISBN 967-950-181-7 1. Electric wiring,InteriorAmatuers manuals 2. Electric wiringHandbook,manuals, etc. I.Judul 621.31924

Anda mungkin juga menyukai