Anda di halaman 1dari 15

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN

KEMAHIRAN LANJUTAN ( CIAST )


PETI SURAT 7012 , JALAN PETANI 19/1
SEKSYEN 19, 40900 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA PROGRAM C259-006-2:2020 OPERASI PEMESINAN

TAHAP 2

KOD DAN TAJUK UNIT C259-006-2:2020-C05 MACHINED COMPONENT


KOMPETENSI
ASSEMBLY OPERATION

1. INTERPRET COMPONENT ASSEMBLY TECHNICAL


DRAWING
2. PREPARE COMPONENT ASSEMBLY HAND TOOLS
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA AND ACCESSORIES
3. PERFORM COMPONENT ASSEMBLY
4. INSPECT FINISHED ASSEMBLED PRODUCT

NO. KOD C259-006-2:2020-C05/KP(3/5) Muka Surat: 1/15

TAJUK:
PENGENALAN JENIS ALATAN TANGAN, AKSESORI DAN FUNGSI

TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang jenis-jenis alatan tangan dan fungsi yang biasa digunakan di dalam bengkel
kejuruteraan.

1
PENERANGAN :
Alat tangan merupakan peralatan yang dikendalikan secara manual semasa menjalankan
kerja-kerja bengkel seperti memotong, memahat, gergaji atau mengikir. Alat pelengkap, yang
sering diperlukan sebagai alat bantu untuk membentuk sesuatu kerja. Penggunaan alatan
tangan yang betul akan menghasilkan kerja yang cepat, kemas dan selamat.

1) ALAT MENGUKUR DAN MENANDA


Alat mengukur dan menanda ialah alat yang digunakan untuk membuat penandaan dan
pengukuran sebelum membuat pemotongan .
1.1) Angkup vernier (vernier calipers )
Angkup caliper adalah satu alat pengukur yang penting di dalam kerja-kerja
kejuruteraan. Ia digunakan untuk mengukur atau menyukat ukuran panjang, lebar,
tebal serta kedalam sesuatu lubang benda kerja. Inside and outside vernier
calipers dilengkapi dengan skala 0.02 mm, 0.05mm atau 0.001 inci. Skala ini
digunakan untuk mencari perbezaan ukuran diantara yang terdekat bagi
mendapatkan ukuran yang tepat. Alat ini lazimnya digunakan di dalam bengkel
mesin.

Rajah 1 : Angkup vernier (vernier calipers)

2
1.2) Micrometer
Micrometer adalah alat pengukuran jitu, alat ini lazimnya digunakan dalam bengkel
pemesinan, kerana micrometer dapat mengukur ukuran yang kecil dengan tepat.
Micrometer boleh didapati dalam unit metrik dan inci. Ukuran paling kecil yang
boleh dibaca oleh micrometer adalah 1/100 mm (0.001 mm). Terdapat juga
micrometer yang dilengkapi dengan skala vernier dan ia boleh membaca 1/1000
mm (0.001 mm).

Micrometer boleh didapati dalam beberapa jenis dan penggunaan yang berbeza
antaranya:
a) Depth micrometer
Digunakan untuk mengukur kedalam lubang.

Rajah 2 : depth micrometer

b) Internal micrometer
Digunakan untuk mengukur diameter lubang

Rajah 3 : Internal micrometer

3
c) External micrometer
Digunakan untuk mengukur ketebalan atau diameter benda kerja.

Rajah 4 : External micrometer

1.3) Pembaris keluli (steel rule)


Pembaris keluli digunakan untuk menyukat bahagian tertentu dan Menguji
kerataan benda kerja, pembaris keluli mempunyai tepi yang rata dan ini
membolehkan ia digunakan bagi menguji kerataan permukaan benda kerja.
Pembaris keluli digunakan bersama-sama penggarik (scriber) atau pensel apabila
hendak membuat garisan.

Rajah 5 : Pembaris keluli

4
1.4) Sesiku L (engineers try square)
Sesiku L adalah alat yang digunakan untuk menada atau mengukur sudut 90°
sama ada bahagian luar atau dalam. Sudut sesiku L mestilah lurus selari serta
serata rata untuk memastikan kerja penandaan sentiasa tepat.

Rajah 6 : Sesiku L (engineers try square)

1.5) Penggarit ( scriber )


Penggarit adalah alat menanda atau membuat garisan di atas permukaan benda
kerja. Penggarit diperbuat daripada keluli yang keras dan mempunyai mata yang
halus dan tajam, pada bahagian hujungnya pula di bengkok 90°. Mata penggarit
sentiasa tajam supaya garisan yang dibuat diatas permukaan benda kerja terang
dan jelas.

Rajah 7 : Penggarit (scriber)

5
1.6) Surface plate
Surface plate adalah permukaan rata yang digunakan sebagai ruang untuk
menanda pada bahan kerja. Mempunyai permukaan yang rata dan tepat
dibahagian tepinya dimesin supaya menpunyai sudut 90° dan mempunyai sokogan
diatas meja yang kuat dan teguh. Ia diperbuat daripada kerangka cast iron yang
kuat dan kukuh.

Rajah 8 : Surface plate

1.7) Angle plate


Angle plate digunakan untuk memegang benda kerja yang bersudut 90° tepat dan
diletakan diatas surface plate. Benda kerja yang diletakkan pada angle plate boleh
diikat dengan menggunakan bolt & nut semasa kerja-kerja menanda. Ia diperbuat
daripada besi tuang atau keluli yang dikeraskan.

Rajah 9 : Angle plate

6
1.8) Angkup (caliper)
Angkup adalah alat untuk memindahkan ukuran dari satu tempat ketempat yang
lain. Angkup ini tidak dapat dibaca terus tetapi terpaksa dipindahkan kepada alat
pengukuran yang lain. Kaki angkup yang dicantumkan pada bahagian pangkalnya
boleh dilaraskan bukaanya. Angkup terbahagi kepada dua jenis cantuman ia itu
angkup bercantum ketat dan angkup bercantum pegas.

a) Angkup becantum ketat.


Kakinya dicantumkan dengan ketat dengan menggunakan skru segi empat
dan nut. Untuk melaraskan kaki angkup ini, ia dibuka dengan manual ditarik
dengan kuat supaya ia terbuka.

b) Angkup bercantum pegas


Angkup ini terdapat satu pencengkam pegas yang boleh memberi tekanan
pada nut pelaras, ini membolehkan pelaras boleh dibuka dengan mudah
hanya memutarkan nut pelaras.

Rajah 10 : Angkup (caliper)

7
2) ALAT MEMOTONG
Alat memotong ialah alat ketukangan kerja yang digunakan untuk membuat pemotongan
dan untuk membentuk sesuatu benda kerja dalam kerja-kerja kejuruteraan.
2.1) Kikir (files)
Kikir atau files adalah sejenis alat pemotong yang selalu digunakan dalam bengkel
pemesinan untuk proses mengeges. Ia digunakan untuk kerja merata serta
melincinkan permukaan, membesarkan lubang, membentuk sudut dan pelbagai
jenis bentuk kerja. Proses kerja yang dilakukan dengan menggunakan kikir
dinamakan mengikir.
Terdapat beberapa jenis kikir mengikut hasil kerja dengan tepat, cepat dan
permukaan yang licin, berikut kikir yang biasa digunakan dibengkel kejuruteraan:
a) Flat files
Digunakan untuk mengikir permukaan yang kasar selepas proses
pemotogan. Kikir ini dikelaskan kepada gred kasar hingga halus.
Permukaan gigi kikir dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus pada
kedua-kedua belah tepi.

Rajah 11 : flat files

b) Straight flat files


Digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata. Salah satu daripada tepi file
tersebut tidak ada gigi dan tepi disebut tepi selamat. Kikir ini dikelaskan dari
gred kasar hingga sangat halus.

Rajah 12 : Straight flat files

8
c) Round files
Digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang
yang melengkung. Giginya berbentuk lurus dan bersilang, gred kikir ini
dikelaskan dari kasar hingga sangat halus.

Rajah 13 : Round files

d) Triangular files
Digunakan untuk mengkir sudut dalam yang tajam dan ia juga digunakan
untuk membersihkan penjuru yang bersudut. Giginya bersilang dan
dikelaskan gred dari kasar sehingga sangat halus.

Rajah 14 : Triangular files

2.2) Pahat
Pahat ialah alat ketukangan tangan yang selalu digunakan untuk kerja-kerja
memotong logam, contohnya seperti membuat lurah seperti key way, membuang
bahan dari permukaan benda kerja, memotong kepala rivet, nut dan lain-lain.

Rajah 15 : Pahat

9
2.3) Taps thread
Taps alat yang digunakan untuk membuat benang skru, yang dipanggil benang
atau thread. Taps mempunyai tiga atau empat lurah pemotong dibahagian batang
hingga kehujung. Taps mempunyai lurah yang berfungsi sebagai lorong untuk chip
keluar dengan mudah. Batang tap berbentuk lurus dan kepalanya berbentuk segi
empat sama, ia boleh diputarkan dengan menggunakan alat perengkuh ( tap
wrench ).
Satu tap set terdiri daripada :
a) Taper tap
Fungsi taper tap ini ialah supaya mudah dimasukkan kedalam lubang untuk
memulakan pemotogan thread. Bentuknya yang tirus juga memudahkan
tap dilaras tegak 90°
b) Plug tap
Fungsi plug tap digunakan selepas taper tap. Ia mempunyai tiga atau empat
gigi ulirnya sahaja yang dibuat tirus.
c) Bottoming tap
Bottoming tap boleh memotong thread hingga kedasar lubang. Ia hanya
mempunyai dua ulir yang ditiruskan dihujungnya.

Rajah 16 : Tap set

10
2.4) Tap wrench
Tap wrench atau perengkuh (tap) digunakan untuk memutar masuk dan keluar
tap. Dipusingkan mengikut pusingan arah dan lawan jam. Tap wrench boleh
didapati dalam dua rupa bentuk iaitu :
i. Ordinary tap wrench
Ordinary tap wrench atau perengkuh tap terbahagi kepada dua jenis, iaitu
fix tap wrench dan adjustable tap wrench .

Rajah 17 : Ordinary tap wrench

ii. Chuck type tap wrench


Chuck type tap wrench atau perengkuh jenis cuk berbentuk seperti drill
chuck pada drilling machine tetapi bersaiz kecil. Ia sesuai digunakan untuk
memegang tap yang bersaiz kecil.

Rajah 18 : Chuck type tap wrench

11
2.5) Gergaji besi (hacksaw)
Gergaji besi digunakan didalam kerja gegas untuk memotong logam-logam kecil
seperti plate mild steel, copper rod dan lain-lain lagi. Bingkai gergaji besi mestilah
teguh dan kuat untuk memegang dan menahan mata gergaji semasa dalam
keadaan tegang. Adjustable nut digunakan untuk melaras ketegangan mata
gergaji, ketegangan mata gergaji boleh menyebabkan mata gergaji tahan lama jika
ia kendur mudah patah.

Rajah 19 : gergaji besi

3) ALAT MENUKUL DAN MEMUTAR


Alat menukul dan memutar ialah alat yang digunakan untuk membuat penambahan pada
bahan kerja.
3.1) Tukul besi (hammer)
Tukul besi digunakan untuk mengetuk sesuatu benda kerja didalam bengkel
kejuruteraan. Muka dan bongkol kepala tukul dkeraskan dengan baik supaya tidak
mudah sumbing. Ia terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz bergantung mengikut
kegunaan. Terdapat beberapa jenis tukul yang digunakan di bengkel seperti :
a) Ball peen hammer
Ball peen hammer ini berbentuk separuh bulat dibahagian kepala. Bahagian
permukaan yang rata digunakan untuk menukul dan membuat kerja am,
seperti menukul kepala pahat.

Rajah 20 : Ball peen hammer

12
b) Cross peen hammer
Cross peen hammer digunakan untuk menukul kerja seperti mengetuk
bahan supaya menjadi panjang. Kepalanya berebntuk tirus bersudut tepat
dengan paksi hulunya.

Rajah 21 : Cross peen hammer

c) Mallet
Mallet atau tukul lembut digunakan untuk menukul benda kerja yang hampir
siap dibuat dan tidak merosakkan permukaan benda kerja apabila diketuk.

Rajah 21 : Mallet

d) Plastic mallet
Plastic mallet atau tukul bongkol plastik digunakan pada logam biasa yang
digunakan didalam bengkel seperti mild steel. Tetapi jika menggunakan
plastic mallet untuk logam yang lebih lembut hendaklah berhati-hati supaya
tidak meninggalkan kesan.

Rajah 22 : plastic mallet

13
3.2) Pemutar skru (screw driver)
Pemutar skru digunakan untuk memutar atau memulas pada luruh kepala skru. Ia
terdapat dalam berbagai bentuk dan saiz. Saiznya ditentukan dengan mengikut
lebar mata skru tersebut.

Rajah 23 : pemutar skru

3.3) Sepana (wrench)


Sepana diguakan untuk kerja membuka atau mengikat bolt and nut. Terdapat
pelbagai rupa bentuk dan sepana yang digunakan dalam kerja senggaraan dan
sebagainya. Setiap jenis sepana tersebut mempunyai kegunaanya yang
tersendiri.

Rajah 24 : pemutar skru

14
SOALAN :

1. Terangkan fungsi Gergaji besi ( hacksaw ).


_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

2. Senaraikan empat (4) jenis tukul besi.


a) _______________________________________
b) _______________________________________
c) _______________________________________
d) _______________________________________

3. Terangkan fungsi pahat?


_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

RUJUKAN :

1. Jaafar Bin Haji Yahya. B. (2018). WORKSHOP PRATICE. Bahagian kemahiran


dan teknikal MARA.

15

Anda mungkin juga menyukai