Anda di halaman 1dari 24

TEKNOLOGI ELEKTRIK

BBP 10203
Bab 2

PENGALIR DAN PENEBAT


Pengenalan

Elektron Nukleas :
+1
- Proton
- Nuetron

Nota:
Lapisan yang paling luar bagi satu atom dinamakan lapisan valens
dan elektron pada lapisan ini dikenali sebagai elektron valens.
Samb…. Pengenalan
Kandungan Sifat Bahan Catatan

1 - 3 elektron Pengalir - Boleh mengalirkan arus elektrik.


valens - Mempunyai rintangan yang rendah untuk
memudahkan pengaliran arus
- Atomnya cenderung untuk melepaskan elektron
valensnya dan menjadi elektron-elektron yang bebas
bergerak dari satu atom ke atom yang lain.
5–8 Penebat - Tidak boleh mengalirkan arus elektrik.
elektron - Mempunyai kerintangan yang tinggi .
valens - Atomnya cenderung untuk menerima elektron vales
daripada atom yang lain bagi memenuhkan lapisan
valens dan menjadikan ia sebagai atom stabil dan
mampu menghindar dari sebarang aktiviti elektrik
atau kimia.
4 elektron Separuh - Keadaannya adalah di antara perantaraan Pengalir
valens pengalir dan Penebat.
- Tidak mudah untuk membuang / menerima elektron
valens daripada atom yang lain.
Pengalir
• Litar elektrik hanya boleh mengalir di dalam suatu litar
tertutup yang ada perbezaan keupayaan.

• Litar yang menjadi laluan aliran arus ini dipanggil


sebagai pengalir.

• Pengalir ialah bahan yang membenarkan arus


mengalir melaluinya.

• Jika ia membenarkan hanya sedikit arus mengalir


melaluinya ia dianggap pengalir yang kurang baik
berbanding dengan yang membenarkan banyak arus
mengalir melaluinya.
Jenis-Jenis Pengalir
1) Perak
Merupakan pengalir yang terbaik tetapi oleh kerana
harganya yang mahal ia jarang digunakan.

2) Kuprum

Merupakan pengalir kedua terbaik, ia boleh ditemui dalam


dua bentuk iaitu lembut dan keras. Pengalir yang keras
biasanya digunakan untuk pemasangan yang memerlukan
ketegangan misalnya pengalir talian atas. Bentuk lembut
pula biasanya digunakakan untuk kabel-kabel pendawaian
atau pengalir untuk belitanelektromagnet.

Diantara keistemewaannya ialah: rintangannya rendah, liat


dan mudah dibentuk menjadi dawai dan mudah dipateri.
3) Emas
• Merupakan pengalir yang baik tetapi ia tidak
digunakan dengan meluas seperti kuprum ini
disebabkan kerana harganya yang mahal.

• Namum begitu ia masih digunakan ditempat-tempat


khusus misalnya dalam sambungan sebahagian litar-
litar bersepadu.

4) Aluminium
• Penggunaannya semakin meluas walaupun pengalir ini tidak
sebaik kuprum. Tetapi dari segi berat, harga dan kesan
pengoksidaannya ternyata aluminium mengatasi kuprum.
5) Tungsten
• Memberi tentangan kepada aliran arus dan sukar
melebur. Oleh itu ia sesuai digunakan untuk
menghasilkan kepanasan, misalnya filamen lampu,
filamen tiubelektronik dan sebagainya.

6) Besi
• Ia tidak digunakan sebagai kabel tetapi ia sering
digunakan sebagai pengalir untuk litar bocor ke bumi,
seperti pembuluh besi, salur, penyaluran besi dan
elektrod bumi.
• Logam ini mudah berkarat dan sambungan
elektriknya tidak baik. Oleh itu ia sering dicampurkan
dengan kromium (Cr) sebelum boleh digunakan bagi
tujuan tersebut.
7) Nikel
• Pengalir ini keras, liat, tidak mudah haus atau melebur.
Oleh itu ia sesuai digunakan sebagai elemen pemanas
alat-alat elektrik seperti pemanas air, dapur seterika,
pemateri dan sebagainya.
• Logam ini perlu dicampurkan dengan kromium (Cr)
sebelum boleh digunakan

8) Nikrom
• Logam ini biasanya digunakan sebagai dawai
perintang untuk nilai rintangan tetap atau bileh ubah.
Ia boleh juga digunakan sebagai elemen pemanas
untuk dijadikan alat pemotong polisterin dan
sebagainya.
9) Karbon
• Walaupun karbon bukan dalam kumpulan logam ia tetap
mempunyai ciri-ciri pengalir yang baik. Bentuknya yang
keras, rapuh dan licin menjadikan ia amat sesuai
digunakan sebagai berus pada mesin-mesin elektrik. Jika
bahan ini dicampurkan dengan tanah liat atau bahan-
bahan tertentu rintanganya akan bertambah walaupun
ukurannya kecil, ini menyebabkan ia sesuai digunakan
sebagai perintang dalam litar-litar elektronik.

10) Raksa
• Pada suhu biasa raksa adalah cecair dan mudah sejat.
Bahan ini digunakan untuk saduran sentuhan-sentuhan
tertentu atau digunakan dalam bentuk wap untuk lampu-
lampu nyahcas.
Penebat
• Sebarang bahan yang tidak membenarkan pengaliran arus
elektrik mengalir melaluinya atau menghalang perjalanan
arus dipanggil penebat.

• Fungsi penebat bertentangan dengan fungsi pengalir. Jika


pengalir ialah laluan arus, penebat pula berperanan
sebagai penghalang arus agar tidak mengalir pada
bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki. Bagi
membolehkan penebat menghalang pengaliran arus ia
mestilah mempunyai rintangan yang tinggi.

• Sama seperti pengalir, penebat juga ada berbagai-bagai


jenis. Sebahagian besar penebat adalah dalam bentuk
pepejal.
Jenis-Jenis Penebat
1) Getah
• Getah mempunyai daya tebatan yang baik. Oleh kerana ia kalis
air, mudah lentur dan mudah beku(dibentuk), ia sesuai
digunakan sebagai penebat kabel. Tetapi ia akan mencair
apabila terkena matahari dan tidak tahan nyalaan. Pada masa
ini penebat getah asli tidak lagi digunakan. Penggunaan getah
sekarang telah diubahsuai menjadi getah tiruan atau getah yang
lebih teguh daripada getah asli.
2) Polivinil Klorida (PVK)
• Polivinil klorida merupakan bahan gantian getah.
Bahan asasnya ialah termopalastik. Penebat jenis ini
tahan tindakan kimia dan sinaran matahari terus,
tidak mudah terbakar, kalis air dan mempunyai
beberapa keistemewaan yang sama dengan penebat
getah. Tetapi ia tidak tahan kepada tekanan mekanik,
misalnya terhimpit. Suhu maksimum 0-56 darjah
celcius dan harga lebih mahal daripada getah.
Kebanyakan kabel hari ini diperbuat daripada
penebat bahan jenis ini dengan beberapa lapis
sarung dan warna.
3) Kertas
• Kertas yang digunakan sebagai penebat kabel biasanya telah terisi
tepu. Kabel yang biasa menggunkan penebat jenis ialah kabel
pemasangan bawah tanah. OLeh sebab kertas jenis ini mudah
meresapi air ianya hendaklah dilindungi daripada semua jenis
kelembapan. Ketahanan dan daya penebatannya akan berkurangan
jika ianya terdedah kepada kesan-kesan tersebut, misalnya sewaktu
membuat pemasangan dan kerja penyambungan kabel yang
menggunakan penebat ini.

4) Mineral (Galian)
• Bahan galian yang digunakan pada sesetengah jenis kabel ialah
magnesium oksida. Bahan penebat ini mampu menahan
kepanasan yang tinggi, tetapi mestilah dilindungi daripada
sebarang bentuk kelembapan. Kabel yang menggunakan
penebat ini biasanya mempunyai sarung logam. Kabel penebat
mineral sarung kuprum adalah contoh kabel yang menggunakan
penebat ini.
5) Mika
• Penebat ini sesuai digunakan pada pengalir yang panas,
misalnya pada elemen pemanas pembakar roti, seterika,
dapur elektrik dan sebagainya. Penebat ini biasanya
digunakan untuk penebatan diantara tembereng-
tembereng penukar tertib mesin-mesin elektrik. Satu
keburukan penebat ini ialah ianya mudah terbakar.

6) Asbestos
• Penebat ini biasanya digunakan untuk sarung kabel di
punca-punca sambungan peralatan yang menggunkan
suhu tinggi misalnya sambungan ke punca elemen
pemanas dapur dan kabel bekalan.
7) Tembikar
• Bentuk tembikar seakan-akan kaca. Oleh kerana ia
tahan kepada perubahan cuaca, tembikar sering
digunakan sebagai belengu pengalir atas. Disamping
itu ia juga digunakan sebagai pemisah diantara
kumpulan sambungan-sambungan, badan suis yang
berkadaran tinggi dan sebagainya.

8) Bakelit
• Kebanyakan alat tambah pemasangan elektrik hari ini
menggunakan penebat bakelit. Ia bukan saja murah
tetapi tahan lama. Penebat ini tidak digunakan pada
kabel kerana ia tidak boleh lentur seperti getah.
9) Elastomer
• Ialah sebutan bagi kumpulan penebat-penebat kabel yang mapu
menahan suhu yang lebih tinggi berbanding dengan penebat
getah atau pvk. DIanataranya ialah:
• Getah vulkan (gv)
• Getah butil(gb)
• Etilena propilena(ep)
• Getah silikon(gs)

• Kabel yang menggunakan penebat jenis ini biasanya


digunakan untuk sambungan bagi peralatan mudah alih,
misalnya kabel seterika, periuk elektrik dan sebagainya
atau untuk penebatan bagi pengalir sambungan diantara
elemen pemanas dalam ketuhar.
Faktor-faktor Mempengaruhi
Rintangan
Faktor Simbol Unit
Jenis bahan yang  Ohm meter
digunakan (Kerintangan (Rho) (Ωm)
Bahan)
Panjang Pengalir l meter (m)
Luas keratan rentas A meter persegi
pengalir (m2)
Suhu pada pengalir T darjah celcius
(C)
Contoh

• Kirakan kerintangan bagi satu pengalir kuprum yang


panjangnya 1.5km dan bergarispusat 10mm serta rintangannya
ialah 0.477ohm.
Penyelesaian

 = RA / l
= 0.477(π x 0.005 2) / 1500
= 2.498 x 10 -8 Ωm
Latihan

Seutas dawai 50cm panjang terdiri daripada


satu teras besi yang diameternya 2mm
dikelilingi kuprum yang diameter luarnya 3mm.
Cari rintangan dawai. (kerintangan: besi = 1.0 x
10-7 Ωm; kuprum = 1.7 x 10-8 Ωm)

kuprum Teras besi


Rintangan bagi teras besi dawai,
R1 = ρ1∫/A1
= (1.0 x 10-7) x (0.5) / π(1.0 x 10-3)2
= 0.01592Ω

Rintangan bagi bahagian kuprum dawai, R2


=(1.7 x 10-8) x (0.5) / π[(1.5 x 10-3)2 - (1.0 x 10-3)2]
= 0.002165Ω

Dua bahagian dawai itu boleh dianggap disusun secara selari, R = R1R2 /
R1+R2
= 1.91 x 10-3Ω
2. Di dalam sesetengah kenderaan bermotor, panjang kabel
kuprum motor (stater motor) ialah 1.1m. Rintangan kabel
ialah 0.002Ω. Kira nilai garis pusat kabel, kerintangan
kuprum ialah 1.72 x 10-8 Ωm.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai