Anda di halaman 1dari 7

Logam Bukan Ferus

Logam bukan ferus merupakan logam yang lain daripada logam besi dan keluli. Logam ini
digunakan untuk keperluan kejuruteraan samada sebagai logam tulen ataupun aloi. Logam
bukan ferus lebih mudah berubah sifat berbanding logam ferus apabila dilakukan kerja-kerja
mekanikal, ia tidak begitu terpengaruh oleh tindakan haba dan tidak mudah berkarat.

Selain itu, logam bukan ferus juga mudah untuk difabrikasikan, ringan dan mempunyai warna.
Kuprum dan aluminium digunakan sebagai konduktor elektrik dan bersama-sama dengan
kepingan besi zink dan kepingan besi plumbum, digunakan sebagai bahan-bahan membuat
bumbung. Kuprum dan aluminium digunakan sebagai bahan utama apabila aloi dan logam-logam
lain digunakan untuk meningkatkan kekuatan bahan tersebut.

Berikut adalah klasifikasi logam-logam bukan ferus:

Logam – Logam
Bukan Ferus

Logam – Logam
Aloi - Aloi
Tulen

Aluminium
 Loyang (tembaga dan zink)
Kromium
 Timah Gangsa:
Tembaga  Fosfur Gangsa dan Senjata Api logam
 Aluminium Gangsa:
Emas
 Tembaga dan Aluminium
Plumbum  Aloi Tembaga-nikel:
 Tembaga dan Nikel
Magnesium  Aloi Aluminium:
Nikel  Haba Boleh Rawat (Tempa)
 Haba Boleh Rawat (Tuang)
Platinum  Haba Tidak Boleh Rawat (Tempa)
Perak  Haba Tidak Boleh Rawat (Tuang)
 Aloi Magnesium
Timah  Aloi tuangan beracuan asas zink
Titanium  Aloi plumbum timah
 Pateri Lembut
Tungsten  Logam Galas
Zink
Merujuk logam-logam bukan ferus kepada lebihan logam-logam yang tidak dinyatakan. Logam-
logam tulin jarang digunakan sebagai struktur bahan kerana kekurangan kekuatan mekanikal.
Namun begitu, logam tersebut akan digunakan apabila ciri-ciri istimewanya seperti rintangan
kakisan, keberaliran elektrik dan keberaliran haba diperlukan.

Selain itu, ia juga mudah untuk difabrikasikan, ringan dan mempunyai warna. Untuk kuprum dan
aluminium ia digunakan sebagai konduktor elektrik dan bersama-sama dengan kepingan besi
zink dan kepingan besi plumbum. Selain itu, ia digunakan sebagai bahan-bahan membuat
bumbung. Bahan utama apabila aloi dan logam-logam lain digunakan untuk meningkatkan
kekuatan bahan tersebut adalah kuprum dan aluminium.

Tembaga juga bergantung kepada penambahan tembaga oksida (tembaga nada keras) atau
kesan-kesan arsenik (tembaga arsenik) untuk meningkatkan kekuatannya apabila digunakan
untuk loji kimia dan untuk kerja memasang paip tempatan. Antara semua logam bukan ferus,
kuprum yang paling mudah untuk disambung secara pematerian.

Pembentukan Aloi

Kebiasaannya, proses campuran unsur pengaloian ke dalam logam kebanyakannya adalah


dalam bentuk larutan pepejal. Akan tetapi ianya juga bergantung pada sifat unsur tersebut seperti
tahap kebolehlarutannya antara satu sama lain. Antara faktor utama yang memberi kesan
terhadap tahap kebolehlarutan ini ialah

i. Jenis Hablur

Kebolehlarutan pepejal yang lengkap berkemungkinan akan berlaku sekiranya dua


logam tersebut mempunyai jenis struktur hablur yang sama, mempunyai perbezaan
jejari atom tidak melebihi daripada 7% dan semua ciri-ciri yang lain adalah
bersesuaian.
ii. Valensi relatif

Logam yang mempunyai valensi yang tinggi boleh melarutkan sebilangan kecil logam
yang bervalensi rendah namun logam yang mempunyai valensi rendah boleh
melarutkan sebilangan besar logam valensi lebih tinggi. Inilah yang akan
menyebabkan struktur hablur peka terhadap penurunan nisbah elektron valensi
terhadap atom-atomnya.

iii. Saiz atom

Saiz atom juga memainkan peranan yang penting di mana larutan pepejal celahan
akan berlaku sekiranya saiz atom bahan larut terlalu kecil jika dibandingkan dengan
saiz atom pelarut. Manakala, jika saiz relatif atom logam ialah dalam lingkungan 14%
jika dibandingkan dengan saiz atom logam yang lain, hanya sedikit kebarangkalian
kebolehlarutan pepejal akan berlaku. Kebolehlarutan adalah terhad sekiranya
perbezaan saiz relatif lebih daripada 14%.

iv. Keelektronegatifan

Terdapat faktor lain ialah keelektronegatifan sesuatu bahan. Sebatian antara logam
akan berlaku dan kebolehlarutan pepejal adalah terhad sekiranya terdapat banyak
perbezaan dalam darjah keelektronegatifan dua unsur itu.

Beberapa bahan bukan ferus digunakan dalam keadaan tulen namun kebiasaannya logam
tersebut akan dialoikan terlebih dahulu. Antara sebab-sebab pengaloian ini perlu dilakukan
adalah kerana:

 Dapat meningkatkan kekuatan logam menerusi pembentukan larutan pepejal


 Untuk menghasilkan aloi yang boleh dikuatkan melalui proses rawatan haba
 Dapat meningkatkan kebolehtuangan dan menurunkan suhu takat lebur
 Supaya dapat membaiki sifat ketahanan kakisan
Aloi Bukan Ferus

i. Aloi Tembaga

Aloi tembaga seperti gangsa (campuran tembaga dan timah) mempunyai rintangan
kakisan yang tinggi, kukuh, mudah dimesin dan mempunyai takat lebur yang tinggi.
Tetapi, aloi tembaga ini sangat berat dan lebih mahal daripada logam ferus dan aloi.
Aloi gangsa digunakan secara meluas untuk dandang dan komponen injap hidraulik
dan aplikasi di laut.

Aloi loyang (campuran tembaga dan zink) lebih murah daripada gangsa tetapi lebih
lemah dan kurang rintangan kakisan. Aloi loyang mudah dibentuk apabila panas dan
mudah dimesin. Ianya juga digunakan secara meluas di dalam pembuatan komponen
elektrik dan kelengkapan air tempatan.
ii. Aloi Aluminium

Aloi aluminium kurang kukuh jika dibandingkan dengan aloi yang berasaskan ferus
dan tembaga tetapi ianya ringan. Mempunyai rintangan kakisan yang tinggi jika
dibandingkan dengan logam ferus dan aloi kecuali keluli tahan karat. Ianya juga
digunakan secara meluas di dalam pembinaan pesawat di mana beratnya yang ringan
adalah sangat penting.

Tetapi kekuatan aloi aluminium ini akan jatuh mendadak apabila suhu meningkat.
Oleh sebab itu juga, pesawat supersonik diperbuat daripada aloi titanium. Titanium
juga merupakan logam bukan ferus yang ringan seperti aluminium.

iii. Aloi Magnesium

Sifat-sifat umum bagi aloi magnesium ini ialah:


 Suhu takat lebur yang rendah iaitu 615°C
 Mempunyai modulus keanjalan yang rendah iaitu 45GPa
 Ketumpatan yang rendah iaitu 1.7g/cm3 pada keadaan tulin
 Strukturnya yang agak lembut
 Kakisan mudah berlaku dalam persekitaran
iv. Aloi Titanium

Sifat-sifat umum bagi aloi titanium ini ialah:


 Memiliki sifat gabungan yang menarik
 Dalam bentuk tulin, ketumpatannya 4.5g/cm3
 Takat lebur yang tinggi iaitu 1668°C
 Modulus keanjalan 107 GPa (15.5 x 106 psi)
 Sangat kuat, kekuatan tegangan 1400 MPa dapat dicapai pada suhu bilik
 Mulur, mudah dibentuk dan boleh ditempa
 Bertindakbalas kimia pada suhu yang tinggi
 Aloi ini tidak bertindakbalas pada semua keadaan semasa berada dalam suhu bilik
 Biasanya digunakan dalam pembuatan struktur kapal terbang, struktur
penerbangan angkasa lepas, dalam industri kimia dan petroleum.

v. Superaloi

Gabungan sifat-sifat mekanikal yang terlalu bagus adalah superaloi. Antara unsur-unsur
superaloi yang berasaskan pengaloian ialah nikel, kobalt dan besi nikel. Kebanyakan
digunakan dalam komponen turbin kapal terbang di mana ianya harus bertahan dalam
keadaan suhu tinggi dan persekitaran yang boleh menyebabkan pengoksidaan dalam
jangkamasa yang tertentu. Ianya juga digunakan dalam reaktor nuklear dan peralatan
petrokimia

vi. Logam Berharga

Terdapat beberapa contoh logam berharga ialah emas, iridium, osmium, palladium,
platinum, rhodium, rhutenium dan perak. Bagi rintangan kakisan yang tinggi, digabungkan
dengan pelbagai ciri semulajadi, sesuai untuk aplikasi yang melibatkan kos tinggi untuk
logam-logam dan aloi-aloi ini. Logam berharga ini selalunya digunakan dalam pelitaran
emas dalam industri elektronik, aloi pergigian yang pelbagai dan salutan platinum untuk
penukaran bermangkin
vii. Logam Refraktori

Antara contoh-contoh logam refraktori ialah molibdenum, niobium, rhenium, tantalum dan
tungsten. Ketahanannya terhadap suhu tinggi lebih daripada ketahanan superaloi. Walau
bagaimanapun, kereaktifan umum dengan oksigen memerlukan servis suhu tinggi untuk
mengekalkannya dalam keadaan atmosfera yang terkawal atau dengan salutan
perlindungan

Anda mungkin juga menyukai