Anda di halaman 1dari 4

BBW40204

KEMAHIRAN KIMPALAN ARKA DAN GAS


MAKMAL KIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM

Nama

: MOHAMAD HELMI HAQIM BIN ABDUL MALIK

No. Matrix

: DB140102

Tajuk

: KIMPAL SAMBUNGAN KEMBI T KELULI LEMBUT


KEDUDUKAN 2F

Objektif Am :
i.

Mengetahui kemahiran kimpalan serta teknik mengimpal, pergerakan elektrod dan


penyambungan bagi kimpalan sambungan kembi T (2F) mengikut spesifikasi dan
langkah

kerja

yang

betul

mengikut

kehendak

WPS

(Welding

Procedure

Specification).
Objektif Khusus;
i.

Mengenal dan kemudian memahami peraturan keselamatan bengkel, alat-alat

ii.
iii.

mengukur, menguji serta menanda.


Mengenal pasti penggunaan kelengkapan kimpalan arka.
Mengaplikasikan kemahiran kimpalan serta teknik mengimpal, dengan melakukan
pergerakan serta penyambungan bagi kimpalan sambungan kembi T untuk

iv.

kedudukan 2F yang betul.


Mengenal pasti jenis kecacatan yang berlaku pada hasil kimpalan.

Langkah
1. Penyediaan
Bahan kerja

Keterangan

Peralatan/Mesin/Rajah

a) Kepingan logam dipotong


mengikut ukuran yang
ditetapkan dengan
mengunakan mesin gergaji
berkuasa.
b) Bahan kerja dibersihkan
dari segala kotoran dan

Peralatan dan bahan


1. Pakaian keselamatan.
2. Berus dawai.
3. Tukul runcing.
4. Kikir.
5. 2 Kepingan keluli lembut
berukuran 200 mm x 70 mm.

karat.
c) Kepingan diikatkan pada
ragum (vice) dan dikikir
atau dicanai sehingga rata,
bagi memudahkan kerja
mengimpal semula
dilakukan dan
mendapatkan pertaupan
(Fusion).

6. Mesin dan alat kelengkapan


SMAW.
7. E6013 SWG RB26

Rajah 1: Tukul, Berus Dawai

Rajah 2: Mesin Kimpalan

Rajah 3: Welding Mask


2. Proses kimpalan
kembi T

a) Menyediakan mesin
kimpalan.
b) Memastikan semua
pemasangan kabel pada
mesin kimpalan dalam
keadaan baik.
c) Mesin kimpalan di ON.
Arus dilaraskan pada julat
90 ampere hingga 130
ampere.
d) Plat kedua diletak di
garisan tengah plat pertama
pada kedudukan tegak.
Besi sudut digunakan
sebagai jig penetap dan
playar cengkam atau
pengapit G untuk

Rajah 3: Kimpal paku

mendapatkan logam pada


kedudukan tegak 90 .
e) Kimpal paku sambungan di
kedua-dua tepi logam.
f) Sambungan kembi T yang
telah dikimpal paku
diletakkan pada kedudukan
rata.
g) Mulakan arka dengan
mengores atau mengetuk.
Rajah 4: Sudut elektrod arah
h) Kimpalan dimulakan dari
kiri ke kanan, sudut
perjalanan kimpalan
elektrod ditetapkan antara
70 hingga 80 arah
perjalanan kimpalan dan 45
sudut terhadap sisi
plat logam.
i) Sudut elektrod dan
kelajuan kimpalan dikawal
untuk mendapatkan
keseragaman kaki kumai.
j) Hujung elektrod
digerakkan dengan teknik
seretan. Jarak arka 2mm
hingga 3mm sentiasa
dipastikan tetap dan
seragam sepanjang
perjalanan kimpalan.
k) Kimpal sambungan
sehingga selesai.
l) Sanga serta kumai dibuang
dan dibersihkan. Langkah (
f) hingga (k) diulang bagi
mengimpal bahagian
sebelah.
m) Kerak yang terhasil pada
kumai dibuang dan
dibersihkan dengan
menggunakan berus dawai
dan tukul.
n) Mesin kimpalan di off
dan meja kerja dibersihkan.

Perbincangan:

Rajah 5: Kimpal yang telah


dibersihkan

1) Sebelum
2) Semasa

: Membuat latihan memulakan arka untuk menghasilkan permulaan yang


seragam.
: Sudut kimpalan dan kelajuan kimpalan adalah penting bagi memastikan

kumai
3) Selepas

yang dihasilkan sekata dan cacat.


: Memastikan kebersihan hasil kimpalan yang dilakukan.

Cadangan:
Bagi mendapatkan hasil kimpal arka yang baik kumai perlulah dibersihkan dengan
sempurna dari segala kekotoran sangga. Selain itu, menggunakan jig dan playar cengkam
bagi mendapatkan sudut 90 tepat sebelum memaku kimpal.

Kesimpulan:
Selain daripada pemilihan arus yang sesuai, kebersihan kumai selepas dikimpal juga
merupakan faktor utama untuk menghasilkan kimpalan yang baik dan kemas. Pengimpal juga
perlu memastikan segala sangga dapat dibersihkan sebelum larian kimpal dilakukan. Sudut
dan kelajuan ketika mengimpal juga memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan
kumai yang baik. Teknik mengimpal juga dapat membantu mendapat kumaian yang baik.

Gambar rajah projek yang telah disiapkan:

Anda mungkin juga menyukai