Anda di halaman 1dari 9

SEMESTER 1 DIPLOMA

TEKNOLOGI PEMBINAAN
DCA 1022 CONSTRUCTION SAFETY AND HEALTH

LAPORAN
OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (OSH)
HAZARD IDENTIFICATION RISK ASSESSMENT AND RISK (HAZARD)

NAMA : MUHAMMAD ISKANDAR SHAH BIN ABD HAMID


NO. KAD PENGENALAN : 040723-01-0023
TAHUN : 1 DIPLOMA
PROGRAM : TEKNOLOGI PEMBINAAN
NAMA PENSYARAH : MOHAMMAD KHAIRIL IBRAQ BIN MOHAMAD BADI
ISI KANDUNGAN

NO. ISI KADUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN 1


PEKERJAAN (OSH)

2 NAMA DAN FUNGSI ORGANISASI-ORGANISASI


KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH) 1-2
DI MALAYSIA

3 PRINSIP PERANGKAAN AKTA KESIHATAN DAN 2


KESELAMATAN PEKERJAAN 1994

4 PENGENALAN KEMALANGAN DAN BAHAYA DI TAPAK 3


BINA

5 JENIS-JENIS KEMALANGAN 4

6 JENIS-JENIS BAHAYA 5

7 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN 6

8 KEPENTINGAN LANGKAH-LANGKAH KEMALANGAN 7


TERHADAP PENGURUS DI TAPAK BINA.

9 RUJUKAN 7
1.0 PENGENALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH)

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan


melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat
kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia
merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan
keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini
dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian
Sumber Manusia.

2.0 NAMA DAN FUNGSI ORGANISASI-ORGANISASI KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN (OSH) DI MALAYSIA

2.1 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

I. Membantu melaksanakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta


menyemak Dasar KKP mengikut keperluan semasa.

II. Melaporkan kemalangan dan penyakit pekerjaan kepada pihak jabatan dan
JKKP.

III. Mengenalpasti dan menyediakan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang


sesuai kepada pekerja dan merekodkannya.

IV. Membantu dalam mengurus hal-hal berkaitan kebajikan pekerja.

V. Menjalankan pemeriksaan tempat kerja untuk mengenalpasti bahaya yang


ada dan direkod.

VI. Melaksanakan penambahbaikan dari laporan audit JKKP.

2.2 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

I. Membangun dan meransang pembangunan, pembaikan dan pengembangan


industri pembinaan.

II. Memberi khidmat nasihat kepada semua pelanggan dan pihak-pihak


berkepentingan yang berkaitan dengan bahan dan produk pembinaan.

III. Mendaftar dan mengaktrediatasi kontraktor, mengenakan apa-apa syarat


pendaftaran, mengenakan apa-apa syarat pendaftaran dan akreditasi dan
membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran
akreditasi kontraktor itu.

IV. Untuk menyediakan platform bagi perundingan industri berkaitan bahan dan
produk pembinaan.

1
2.3 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan


tanggungannya menerusi Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.
PERKESO juga menjalankan aktiviti pencegahan kemalangan melalui program
kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan pekerja dan
majikan.

2.4 National Institute Of Safety And Health (NIOSH)

I. Membincangkan perihal dan sebab musabab sesuatu kemalangan serta


penyakit.

II. Mengemukakan cadangan serta syor bagi mencegah atau menghindarkan


berulangnya kejadian yang serupa/sama.

III. Membuat pemeriksaan di tempat kerja serta peralatan.

IV. Menjalankan kajian statistik kemalangan, syor bagi mempertingkatkan tahap


keselamatan dan menilai keberkesanan langkah-langkah kawalan.

3.0 PRINSIP PERANGKAAN AKTA KESIHATAN DAN KESELAMATAN


PEKERJAAN 1994

I. Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan


dan kemahiran yang baik.

II. Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat
kerja bebas daripada sebarang kemalangan.

III. Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan


keselamatan di tempat kerja.

IV. Dasar/polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan


diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja.

V. Organisasi sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong
ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

2
4.0 PENGENALAN KEMALANGAN DAN BAHAYA DI TAPAK BINA

Rajah 1 : Statistik kemalangan pekerjaan mengikut sektor sehingga Jun 2022


Sumber : laman web JKKP

Industri pembinaan kekal sebagai industri yang berbahaya dan telah menyumbang
sebanyak 31.4% kepada jumlah keseluruhan pekerja maut semasa bekerja. Angka ini telah
dikeluarkan oleh pihak JKKP dari tempoh Januari sehingga Jun 2022 dan ramai lagi pekerja
di sektor pembinaan yang mengalami kecederaan dan kemalangan semasa bekerja.

Rajah 1 adalah statistik tentang kemalangan di tapak bina. Jadi, apa itu kemalangan di
tapak bina? Kemalangan di tempat kerja adalah satu perkara yang mesti diambil berat
keselamatan semasa menjalankan tugas. Kemalangan bermaksud sesuatu kejadian
yang tidak dirancang dan mengganggu kesempurnaan sesuatu aktiviti secara langsung
atau tidak ia melibatkan kecederaan atau kerosakan harta benda. Industri pembinaan
masih mengamalkan proses kerja yang berintensifkan buruh berdasarkan tred-tred kerja
basah. Kejadian kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian
dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program
program kesedaran dan latihan, tiadanya disiplin, kurangnya komunikasi serta lain-lain
lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan
yang semakin meningkat hari ini. Kemalangan yang tinggi dalam sektor binaan boleh
menyebabkan negara kehilangan tenaga kerja dan kerugian harta benda yang bernilai
beribu juta ringgit pada setiap tahun. Dalam industri pembinaan, kebanyakan kes
kecederaan berlaku di tempat kerja adalah disebabkan oleh pekerja tidak diberi latihan
keselamatan yang mencukupi atau langsung tidak diberi latihan.
Bahaya di tempat di tapak bina maksudnya pula lebih menerangkan dedahan
relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini lebih bersifat perkataan yang
menerangkan atau, menunjukan sesuatu keadaan, risiko. Misalnya, seseorang, yang
sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan. lebih berbahaya berbanding,
dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazard. Jadi berikut adalah jenis-jenis
hazard yang ada di tapak pembinaan.

3
5.0 JENIS-JENIS KEMALANGAN

Berdasarkan sifat kerja dan aturan tempat kerja yang pelbagai, jenis-jenis kemalangan
yang berlaku di tapak pembinaan yangjuga mempunyai variasi. Antara jenis-jenis
kemalangan yang mungkin berlaku ialah :

1. Kemalangan yang menyebabkan persekitaran tempat.

Kemalangan ini berlaku disebabkan kawasan tempat kerja yang tidak di beri perhatian
seperti di bersihkan, licin dan berselerak. Selain itu, pencahayaan di tempat kerja tidak
mencukupi dan menyukarkan para pekerja untuk bekerja di keadaan yang gelap. Sistem
pengudaraan yang tidak kondusif, mengganggu kecerdasan minda dan tumpuan individu
ketika melakukan pekerjaan yang boleh menyebabkan kemalangan.

2. Kemalangan yang disebabkan peratan dan mesin.

Kemalangan ini terjadi apabila peralatan dan mesin di tapak bina dalam keadaan yang
tidak diselenggara dengan baik. Selain itu, susun atur peralatan dan mesin juga menjadi
punca kemalangan di tapak bina. Setiap pekerja juga perlu mahir dalam menggunakan
peralatan dan mesin supaya dapat berlakunya kemalangan.

3. Kemalangan yang disebabkan oleh faktor pekerja.

Kemalangan ini terjadi apabila beberapa faktor keadaan pekerja. Pertama, kecuaian
pekerja di tapak bina itu sendiri. Pekerja tersebut kurang memberi tumpuan kepada
pekerjaan yang dilakukannya. Selain itu, pekerja yang kurang berpengetahuan mengenai
pekerjaan yang dilakukan, mengenai langkah-langkah keselamatan dan sikap pekerja
tersebut tidak ambil tahu mengenai sesuatu yang diperlukan dalam melaksanakan tugas
dengan betul.

4
6.0 JENIS-JENIS BAHAYA

1. Hazard Fizikal
Berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan. Sesuatu mesin dan peralatan
dianggap merbahaya jika :

i. Direka tidak selamat dan tidak sempurna.


ii. Tidak diselenggara dengan baik.
iii. Digunakan oleh pekerja yang tidak terlatih.
iv. Digunakan bukan untuk kerja sebenar atau menggunakan peralatan yang tidak
sesuai.
v. Digunakan dalam keadaan yang berbeza.
vi. Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa bekerja.

2. Hazard Kimia
Kecederaan akibat sentuhan dan terhidu bahan kimia. Contohnya bahan-bahan
kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat.
Bahan-bahan kimia tersebut merbahaya dan perlu diambil langkah - langkah
keselamatan apabila mengendalinya. Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan
minyak semulajadi dari haiwan boleh menyebabkan tindak balas pada kulit. Antara
kesannya ialah kulit akan melecur, melepuh, terbakar dan akan meninggalkan kesan
parut. Bahagian lain yang mudah terdedah pada bahan kimia ialah mata, hidung,
kerongkong serta bahagian atas saluran pernafasan. Kesan bahan kimia adalah
bergantung kepada nilai pH, kepekatan, tempoh dedahan dan sifat tindak balas
sesuatu bahan kimia.

3. Hazard Ergonomik
Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran
kerjanya. Ia selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan reka bentuk
kejuruteraan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia.
Misalnya pekerjaan menaip dalam keadaan yang baik tidak ergonomik telah
dibuktikan mampu mengakibatkan ‘Tunnel Carpel Syndrome’ dan sakit belakang.

5
7.0 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN

Setiap individu di tapak pembinaan perlu mengamalkan langkah-langkah


pencegagahan sebelum berlakunya kemalangan terhadap diri sendiri atau orang lain.
Jadi berikut adalah langkah-langkah yang boleh diamalkan di tapak pembinaan :

1. Merancang terlebin dahulu kerja yang akan dilaksanakan.

 Setiap pekerja perlu merancang setiap pekerjaan yang dilakukan oleh mereka
supaya dapat mengelakkan kemalangan dan kecedaraan. Selain itu, setiap
perancangan itu juga mampu mengelakkan daripada kelewatan proses kerja di tapak
bina. Ia juga mampu menjimatkan kos pembinaan dan tiada pembaziran akibat
kelewatan proses kerja.

2. Pastikan mesin yang digunakan memenuhi piawaian keselamatan yang


ditetapkan.

 Penyelia tapak atau pekerja perlu memastikan untuk penggunaan mesin adalah
secara selamat dan tidak berbahaya. Setiap mesin atau jentera di tapak bina
diselenggara dan akan sentiasa selamat. Selain itu, piawaian keselamatan perlu ada
pada setiap mesin dan jentera supaya kekal selamat dan mudah untuk meminta
selanggara.

3. Kawasan kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik dan laluan berjalan
tidak dihalang oleh objek lain.

 Setiap tempat bekerja para pekerja buruh perlu dipastikan selamat. Kawasan
tersebut juga perlu dipastikan tiada apa-apa halangan oleh sebarang objek. Seperti
contoh, jentera-jentera yang masuk ke dalam tapak binaan perlu dipastikan tiada
objek yang menghalang jentera tersebut agar tiada kemalangan atau kelewatan
proses kerja berlaku.

6
8.0 KEPENTINGAN LANGKAH-LANGKAH KEMALANGAN TERHADAP
PENGURUS DI TAPAK BINA.

Majikan atau pihak pengurusan mengenal past i hazard di tempat kerja


yang terlibat, mereka wajib mengambil langkah-langkah perlu bagi
mengawal risiko yang berkaitan rapat dengan hazard tersebut. Kawalan
risiko merupakan proses mengenal pasti langkah-langkah yang prakt ikal
bagi menghapuskan atau mengurangkan kemungkinan kecederaan atau
penyakit di tempat kerja. Langkah-langkah kawalan risiko ini juga perlu
sent iasa disemak secara berterusan bagi memastikan keberkesanannya
mengikut keadaan semasa. Segala perancangan atau strategi bagi
melaksanakan kawalan risiko terbabit , perlu melibatkan perbincangan dan
perundingan dengan wakil-wakil pekerja. Umumnya, langkah-langkah
kawalan risiko melibatkan kaedah penghapusan, penggantian,
pengasingan, kawalan kejurut eraan, kawalan pentadbiran, dan peralatan
perlindungan diri (P PE).

9.0 RUJUKAN

Sumber Internet.

1. http://oshpolimas.blogspot.com/2010/12/keselamatan-dan-kesihatan-
dalam.html?m=1

2. https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/list-of-documents/artikel-
pilihan/2439-cegah-kemalangan-pekerjaan-di-tapak-pembinaan-
tanggungjawab-siapa/file

3. http://sasukeikanlaga.blogspot.com/2012/09/jenis-jenis-hazard.html?m=1

4. https://iab.moe.edu.my/index.php/ms/fungsi-jkkp

5. https://www.majalahsains.com/kepentingan-keselamatan-dan-kesihatan-
pekerjaan/

6. https://www.slideshare.net/fnurizdian/langkah-langkah-pencegahan-
kemalangan-di-tempat-kerja

7. http://keselamatandankesihatanpekerja.blogspot.com/2010/07/bab-4-hazard-
dan-risiko.html

8. https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/list-of-documents/artikel-
pilihan/2439-cegah-kemalangan-pekerjaan-di-tapak-pembinaan-
tanggungjawab-siapa/file

9. http://atazry.com/bm/mida/

10. https://www.slideshare.net/aloya_84/pengenalan-jkkp-dosh-safety-and-
health-commitee

Anda mungkin juga menyukai