Anda di halaman 1dari 12

PENGURUSAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN INDUSTRI

MARYAM NABIHAH RAMLI

HUBUNGAN INDUSTRI

PENULISAN AKADEMIK UNTUK SAINS SOSIAL

KOD KURSUS: AT10403

NAMA PENSYARAH

PROF. MADYA DR. ROSAZMAN HUSSIN

NAMA TUTOR

NUR AZNIZAH AB LASUHUL

NAMA

MARYAM NABIHAH BINTI RAMLI - BA 15110264

TAJUK ESSEI

PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN


DAN PEMBUATAN.

1
1.0 PENDAHULUAN

Industri pembinaan memainkan peranan yang sangat penting dalam aktiviti pembangunan
dan kemajuan negara. Tenaga profesional mahir diperlukan untuk memastikan industri ini
terus membangun dan berkembang pesat (Lee Lam Thye,2013). Industri pembuatan pula
merupakan sektor utama negara yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
dan perkembangan pekerjaan. Disamping itu, kedua-dua sektor ini juga mempunyai pekerja
yang begitu ramai berbanding sektor-sektor lain yang ada di negara kita. Umum mengetahui
bahawa penggerak utama dalam peningkatan produktiviti negara ialah para pekerja. Tetapi
sejauhmanakah mereka mengetahui betapa pentingnya keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di tempat kerja? Statistik pekerjaan dan perburuhan 2014 yang dikeluarkan oleh
Jabatan Tenaga Kerja menunjukkan seramai 2.2 juta pekerja yang terlibat dalam sektor
pembuatan dan 1.2 juta dalam bidang pembuatan.

Graf 1: Kemalangan pekerjaan mengikut sektor sehingga Februari 2016.

(Sumber: Laman web DOSH, http://www.dosh.gov.my/index.php/en/occupational-accident-


statistics/by-sector, 4 mei 2016)

Seperti yang kita lihat di dada akhbar, boleh dikatakan saban hari ada berita
mengenai kemalangan di tempat kerja atau sewaktu pergi dan pulang dari kerja. Hal ini
telah memberi kesan kepada pembangunan negara apabila produktiviti tidak dapat
dihasilkan kerana terdapat pelbagai risiko yang perlu dihadapi oleh tenaga kerja,
terutamanya pekerja dalam sektor pembinaan dan pembuatan. Menurut Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), statistik kemalangan pekerjaan mengikut

2
sektor sehingga Februari 2016 telah menunjukkan sebanyak 340 kes kemalangan dalam
sektor pembuatan dan 36 kes dalam sektor pembinaan. Hal ini menunjukkan masih ramai
majikan atau organisasi yang memandang remeh mengenai perihal keselamatan &
kesihatan pekerjaan di Malaysia sehingga sebegitu banyak berlaku kes kemalangan di
tempat kerja.

Justeru itu, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Jabatan


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pada tahun 1994 satu akta telah
dikuatkuasakan oleh kerajaan iaitu Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
(AKKP1994). Akta ini dikeluarkan adalah untuk memastikan setiap organisasi mematuhi
undang-undang dalam menyediakan persekitaran pekerjaan yang selamat untuk para
pekerja. Terdapat tiga prinsip utama perlaksanaan AKKP 1994. Pertama ialah kawalan
kendiri, yang bererti tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja terletak pada mereka yang mewujudkan risiko dan mereka yang berkerja
dengan risiko. Seterusnya ialah perundingan antara tiga pihak dimana majikan, pekerja dan
kerajaan perlu berunding bagi menyelesaikan masalah-masalah dan isu-isu yang berkaitan
dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Ketiga-tiga pihak tersebut
perlulah berkerjasama dalam menjaga keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat
kerja. Ketiga pula adalah kerjasama dan penglibatan pekerja di dalam organisasi itu sendiri
dalam membantu mengurangkan kemalangan di tempat kerja.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pula bertindak dengan


menjalankan kajian, penyelidikan dan pembangunan dan analisis teknikal ke atas isu-isu
keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang wujud di tempat kerja. JKKP juga berperanan
sebagai pemberi khidmat nasihat kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta mengenai
aspek-aspek pengurusan dan teknikal yang berhubung kait dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan ini. JKKP turut memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya tiga bulan
sekali serta turut membuat penyiasatan aduan dari pekerja. Setelah penyiasatan dibuat dan
dibincang bersama pekerja, pihak JKKP akan mengemukakan cadangan kepada pihak
majikan yang terbabit. Seterusnya JKKP berperanan menjalankan siasatan kemalangan,
kejadian bahaya dan keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan dengan beberapa segera
setelah berlakunya kes tersebut.

2.0 DEFINISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Keselamatan membawa maksud perbuatan atau peristiwa tidak dirancang yang


menyebabkan kecederaan atau kematian kepada individu atau kerosakan kepada harta

3
benda (Strasser, Aron & Bohn, 1981). Menurut Colling 1990 pula, keselamatan merujuk
kepada peristiwa yang tidak dirancang atau dikawal yang disebabkan oleh faktor manusia,
faktor keadaan persekitaran ataupun kombinasi mana-mana faktor. Keadaan ini akan
mengganggu proses kerja, mungkin menyebabkan kecederaan, kesakitan, kematian,
kerosakan harta benda ataupun peristiwa lain yang tak dikehendaki. Menurut World Health
Organization (WHO), kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi mental dan fizikal.
Kesihatan adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan
kecergasan biologi individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran (Dubos R,
1968).

3.0 FAKTOR-FAKTOR KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Umum mengetahui setiap kemalangan yang terjadi adalah disebabkan faktor-faktor yang
tersendiri sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Sesetengah pihak sentiasa
menunding jari tanpa mengetahui bahawa kadang-kadang penyebab yang berlaku itu
datang dari diri sendiri.

3.1 KEGAGALAN ORGANISASI

Kemalangan yang berlaku di tempat kerja adalah kebanyakkannya berlaku disebabkan oleh
kegagalan pengurusan daripada pihak organisasi itu sendiri. Seperti yang diketahui, setiap
organisasi seharusnya menyediakan tempat kerja yang selamat buat para pekerja mereka.
Akan tetapi, masih banyak organisasi yang tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan
oleh JKKP. Pihak organisasi, contohnya pegawai atau kontraktor yang bertugas tidak
mengambil endah akan para pekerjanya yang terdedah kepada hazard. Dalam sektor
pembuatan, terutamanya para pekerja, yang kebanyakkannya mereka semua bekerja
dengan menggunakan mesin. Dalam erti kata lain, kerja harian mereka bergantung kepada
penggunaan mesin di tempat kerja mereka itu. Pihak pengurusan hanya memikirkan
keuntungan tanpa berfikir panjang mengenai hazard di tempat kerja. Kebanyakkan pihak
pengurusan mereka tidak memberikan kursus yang secukupnya mengenai cara
pengendalian mesin.

Selain itu, pihak pengurusan gagal menyediakan perkara asas keselamatan di tempat
kerja dimana mereka tidak menyediakan polisi keselamatan, tidak menubuhkan
jawatankuasa kecil bagi sesuatu projek dan tidak meletakkan sebarang papan tanda
keselamatan pada tempat yang sepatutnya. Contohnya, di tapak pembinaan, pihak
pengurusan sepatutnya meletakkan papan tanda safety first yang membawa maksud para
pekerja haruslah mengutamakan keselamatan terlebih dahulu ketika masuk ke kawasan

4
tapak pembinaan. Seterusnya adalah pengawalan pembinaan. Pihak pengurusan tidak
mengawal perkara penting di tapak pembinaan seperti kawalan bahan kimia yang
merbahaya, kawalan kemudahan keselamatan, kawalan operasi jentera dan loji, kawalan
kemudahan kesihatan dan perlindungan pekerja serta kawalan terhadap sistem kerja di
mana kurangnya seliaan daripada pihak atasan sewaktu kerja-kerja operasi projek
pembinaan dijalankan. Kelemahan pihak pengurusan dalam kerja-kerja operasi juga boleh
dilihat pada penggunaan mesin atau loji serta peralatan yang sudah lama dan berkarat yang
berpotensi kepada bahaya. Perkara seperti berikut boleh mengundang kemalangan ketika
berkerja. Masalah komunikasi turut menjadi salah satu faktor kemalangan ditempat kerja
kerana maklumat yang disampaikan itu mungkin kurang jelas ataupun bahasa yang kurang
difahami menyebabkan berlakunya salah faham ketika membuat kerja.

3.2 KELEMAHAN PEKERJA

Faktor-faktor kemalangan juga berlaku disebabkan oleh kelemahan pekerja itu sendiri.
Kebanyakkan sebab yang berlaku juga adalah termasuk masalah peribadi pekerja tersebut.
Contohnya, masalah penglihatan dan masalah kesihatan. Ada sesetengah pekerja
mengabaikan masalah kesihatan semata-mata untuk mencari rezeki. Namun begitu, mereka
tidak pula fikir mengenai bahayanya akibat yang bakal tiba. Seterusnya, mereka turut
mengabaikan pemakaian Personal Protective Equipment sewaktu berada di tapak
pembinaan dan di dalam kilang yang mana keselamatan adalah paling penting.

Selain itu, sesetengah pekerja yang kurang mempunyai sifat bertanya pada penyelia
turut mengundang risiko untuk berlakunya kemalangan. Pekerja tidak bertanya mengenai
sesuatu yang tidak difahami tetapi hanya mengikuti kata-kata orang sahaja tanpa menyiasat
kebenarannya. Ada juga pekerja yang kelayakan akademiknya rendah ataupun bidang yang
dipelajari itu berlainan menyebabkan berlakunya ketidakcekapan dalam pemahaman dan
menerima arahan mahupun dalam membuat kerja. Tambahan lagi, sesetengah pekerja tidak
gemar bekerja secara berpasukan dan lebih suka membuat kerja secara sendiri tanpa
bantuan orang. Sikap begini adalah tidak elok kerana jika ada kerja yang tersalah buat
tanpa disedari, ia akan menimbulkan masalah pada orang lain dan melambatkan proses
kerja serta penghasilan produktiviti akan berkurang. Kadang-kadang ada sesetengah pekerja
gemar mengambil jalan pintas ketika membuat kerja tanpa mengetahui baik buruknya kesan
daripada itu. Tidak berdisiplin ketika membuat kerja juga boleh mengundang kepada
berlakunya kemalangan contohnya bergurau kasar ketika membuat kerja.

Seterusnya, pekerja kurang kesedaran tentang kepentingan keselamatan dan


kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Kurangnya daya tumpuan ketika bekerja boleh
mengundang bahaya terutamanya bila pekerja tersebut cepat panik apabila berlaku sesuatu

5
yang tidak diigini. Hal ini boleh menyebabkan berlaku kemalangan dan melibatkan orang di
sekeliling tempat kejadian. Keadaan emosi yang kurang stabil dan panas baran juga boleh
mempengaruhi faktor kemalangan di tempat kerja. Contohnya, seorang pekerja yang
mempunyai masalah keluarga dan terbawa-bawa masalah tersebut ke tempat kerja
sehingga hilang fokus sewaktu bekerja. Sesetengah pekerja yang suka bersosial seperti ke
kelab malam selepas pulang dari kerja turut menjejaskan keadaan persekitaran di tempat
kerja. Apabila pekerja tidak mendapat rehat yang cukup, mereka pasti mengantuk ketika
melakukan kerja pada keesokan hari. Hal ini boleh menjejaskan prestasi kerja dan
mengganggu orang lain meneruskan tugasan mereka jika ada kerja yang perlu dibuat
bersama pekerja lain.

4.0 KESAN-KESAN KEMALANGAN

Setiap kemalangan yang berlaku pasti meninggalkan kesan kepada individu itu sendiri
mahupun persekitaran tempat kejadian kemalangan atau orang yang berada di sekeliling.
Apabila berlakunya kemalangan ditempat kerja, organisasi dan mutu kerja para pekerja
turut terjejas dan menyebabkan proses pekerjaan terganggu atau terhenti.

4.1 ORGANISASI

Kemalangan yang berlaku di tempat kerja akan memberikan kesan kepada organisasi
apabila melibatkan para pekerja dari organisasi tersebut. Apabila kemalangan berlaku,
organisasi akan menanggung kerugian dengan membiayai kos perubatan jika ada yang
melibatkan kecederaan anggota dan organisasi juga perlu membayar pampasan terhadap
kemalangan yang berlaku. Seterusnya, jika kemalangan berlaku di dalam kilang dan
menyebabkan kerosakan berlaku kepada alatan dan mesin, organisasi terpaksa membeli
alatan baru dengan menggunakan wang syarikat yang sepatutnya dibelanjakan untuk
barangan lain.

Kemalangan yang berlaku di tempat kerja juga akan memperlahankan produktiviti


syarikat. Jika berlaku kemalangan yang melibatkan kecederaan dan kematian, ia akan
membawa masalah kepada organisasi. Hal ini kerana jika pekerja terlibat kemalangan,
mereka tidak dapat membuat kerja dan ini menyebabkan proses kerja menjadi perlahan
kerana kekurangan tenaga kerja. Organisasi terpaksa mencari pengganti bagi menggantikan
tempat pekerja yang tercedera itu. Akan tetapi, ia akan mengambil masa yang lama untuk
mencari dan mengajar orang baru untuk bekerja. Jika berlaku kebakaran di bangunan
pejabat, pihak pengurusan perlu berpindah pusat dan dokumen-dokumen penting organisasi
berkemungkinan akan hangus terbakar. Hal ini memberi kesan kepada pengurusan dan
penangguhan proses kerja.

6
4.2 PEKERJA

Sesetengah pekerja tidak menghiraukan keselamatan diri ketika bekerja sehingga terkena
kemalangan. Pekerja yang bekerja di kilang-kilang, mereka terdedah dengan penggunaan
mesin setiap hari. Hal ini membahayakan pekerja kerana selalu terdedah dengan elektrik
dan akan menyebabkan mudahnya terkena renjatan elektrik. Mesin-mesin di kilang
kebiasaanya mempunyai kuasa elektrik yang tinggi. Begitu juga dengan penggunaan
peralatan yang panas atau besi panas yang boleh menyebabkan kecederaan pada kulit dan
tubuh akan melecur jika tidak berhati-hati ketika bekerja. Pekerja yang bekerja dengan
bahan kimia juga berpotensi untuk mendapat kemalangan jika pemakaian sarung tangan
tidak digunakan. Bahan-bahan kimia merupakan bahan yang paling bahaya kerana ia boleh
menghakis jika terkena pada badan.

Penyakit berjangkit adalah paling bahaya jika ada salah seorang pekerja membawa
virus penyakit ke tempat kerja. Hal ini boleh menyebabkan pekerja lain turut berjangkit
penyakit tersebut. Contohnya pekerja yang sedang mengalami chicken pox. Bagi pekerja
yang mengalami penyakit chicken pox, mereka sepatutnya cuti rehat sehingga penyakit itu
betul-betul sembuh. Hal ini adalah bagi mengelakkan memberi kesan kepada pekerja lain.
Jika pekerja lain terkena jangkitan, kemungkinan pekerja yang akan cuti rehat itu akan
bertambah. Maka, produktiviti yang dapat dihasilkan adalah berkurang dan kerja yang
bertangguh juga akan bertambah banyak.

5.0 LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGURANGKAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Setiap masalah yang berlaku mestilah ditangani dengan membuat analisis atau kajian
terhadap faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan. Justeru itu,
beberapa langkah perlulah diambil bagi mengatasi masalah yang berlaku.

5.1 PENGURUSAN

Pihak pengurusan adalah penggerak utama yang penting dalam memastikan pengurangan
kemalangan di tempat kerja dapat dikurangkan. Hal ini kerana pihak pengurusan yang
menyediakan tempat kerja untuk para pekerja membuat kerja maka mereka perlulah
menyediakan tempat kerja yang selamat buat mereka. Majikan perlulah meletakkan papan
tanda keselamatan ketika berada di tapak pembinaan atau di dalam kilang-kilang.

7
Berdasarkan apa yang dinyatakan dalam AKKP 1994 majikan haruslah melindungi
keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pekerja dengan menyelenggara mesin dan
menyediakan sistem kerja yang selamat. Pihak pengurusan seharusnya menghantar para
pekerja untuk mendapatkan latihan pengendalian mesin yang secukupnya. Hal ini adalah
bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini sewaktu
pengendalian mesin berkenaan.

Seterusnya pihak pengurusan perlu menyediakan Personal Protective Equipment


(PPE) dan menguatkuasakan penggunaannya kepada para pekerja ketika di dalam kilang
mahupun di tapak pembinaan. Pihak pengurusan juga memberikan latihan komunikasi
terutamanya untuk pekerja asing yang tidak fasih berbahasa Malaysia. Para penyelia juga
perlu didedahkan teknik mengawalselia pekerja ketika membuat kerja terutamanya yang
melibatkan pemakaian PPE dan pengendalian mesin serta penggunaan alatan yang betul
ketika bekerja. Dalam AKKP 1994 turut menyatakan bahawa majikan perlu menubuhkan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) jika di tempat kerja terdapat
kakitangan melebihi daripada 40 orang pekerja. Sekiranya pekerja kurang daripada 40
orang, Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya jawatankuasa ditubuhkan jika wujud
keperluan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja tersebut.

Bagi memastikan kemalangan ditempat kerja sifar, pengurusan wajar mengadakan


program keselamatan dan kesihatan yang sesuai dengan tempat kerja dan perlu dilakukan
secara sistematik. Misalnya, pengurusan perlu menentukan dasar keselamatan dan
kesihatan yang ingin dicapai mengikut tahunan atau bulanan. Kemudian, pengurusan perlu
mengenalpasti dan menubuhkan organisasi pengurusan bagi program tersebut. Setelah itu
risiko perlu ditaksir bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku atau berulang
lagi. Pengurusan haruslah melaksanakan kawalan risiko dan sentiasa menyemak, menilai
dan menambahbaik cara kerja secara berperingkat.

5.2 PEKERJA

Menurut seksyen 24(1) AKKP 1994, pekerja perlu memberi perhatian yang munasabah bagi
keselamatan dan kesihatan terhadap dirinya dan orang lain yang berkemungkinan akan
terjejas oleh disebabkan tindakan atau peninggalannya semasa bekerja. Maka, pekerja itu
sendiri wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan. Para
pekerja perlu cakna dengan peraturan terutama apabila berada di tapak pembinaan dan di
dalam kilang serta mematuhi segala papan tanda yang ada. Bekerjasama dengan majikan
atau orang lain dalam membuat kerja berdasarkan akta dan peraturan-peraturan yang telah
dibuat. Pemahaman terhadap cara pengendalian mesin haruslah jelas supaya sewaktu

8
proses penggunaannya itu berjalan lancar dan selamat. Seterusnya pekerja perlu
menggunakan PPE supaya risiko untuk menghadapi kemalangan itu berkurang.

Selain itu, pekerja juga perlu sentiasa bersedia untuk menambah ilmu dengan
memohon untuk menyertai kursus-kursus mengenai bidang tugas memasing. Hal ini
bertujuan untuk melahirkan pekerja yang mahir dan cekap ketika bekerja supaya kerja yang
dilakukan itu berjalan lancar dan dapat mengelakkan berlakunya kemalangan di tempat
kerja. Para pekerja perlulah berterus terang jika ada masalah kesihatan yang boleh
memudaratkan kerja dan pekerja lain. Bagi yang mengalami masalah penglihatan, haruslah
berjumpa optometrist untuk membuat cermin mata bagi memudahkan untuk membuat
kerja. Tambahan lagi, pekerja seharusnya melaporkan kepada penyelia jika terdapat
kemalangan kecil atau sebarang masalah. Jika pun ada kerja yang tersalah buat, perkara
tersebut mesti juga diberitahu kepada penyelia kerana bagi mengelakkan berlakunya
kemudaratan kepada pekerja lain. Malahan itu, kemungkinan syarikat akan mengalami
kerugian jika terdapat produk yang tidak berkualiti dihasilkan dan pihak syarikat akan
terpaksa menanggung malu.

6.0 KESIMPULAN

Sektor perindustrian dan pembinaan memainkan peranan penting dalam memajukan dan
meningkatkan pembangunan negara.Pekerja-pekerja dalam sektor berkenaan perlu
dilindungi dengan perlindungan yang sewajarnya. Terlalu banyak kes kemalangan berlaku di
dalam kedua-dua sektor ini menyebabkan berlakunya pelbagai campurtangan dalam usaha
menangani masalah ini. Namun begitu, ada sesetengah pihak tidak mengendahkan dengan
tidak menitikberatkan perihal keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Lantaran itu,
kerjasama dari semua pihak majikan, pekerja, kerajaan dan bukan kerajaan amatlah
diperlukan dalam memastikan pengurangan dalam kes kemalangan dan kesihatan di tempat
kerja.

Pelbagai faktor telah dikenalpasti sebagai punca utama berlakunya kemalangan yang
tidak diingini di tempat kerja. Kelemahan pihak pengurusan dalam mengurus pekerja dan
tempat kerja menjadi penyebab kepada kemalangan. Pihak pengurusan perlu
membuatpemantauan terhadap budaya atau cara kerja pekerja bekerja serta keselamatan

9
ketika bekerja. Supervisor di tempat kerja perlu memberikan arahan yang jelas kepada
pekerja supaya tidak berlaku salah faham ketika melakukan tugasan kerja. Selain itu,
kebanyakkan majikan tidak membuat siasatan terhadap tapak pembinaan terlebih dahulu
sebelum memulakan sebarang projek pembinaan. Penggunaan alatan yang lama dan
berkarat turut menjadi salah satu faktor kepada kemalangan.

Setiap kemalangan yang berlaku telah meninggalkan kesan kepada keadaan


sekeliling dan pihak organisasi. Antara kesan yang terpaksa dihadapi oleh setiap organisasi
adalah kerugian pada barang-barang dan alatan yang sedia ada. Disebabkan berlakunya
kemalangan, pihak pengurusan terpaksa membeli barangan baru bagi menggantikan alat
yang rosak. Kesan kesihatan yang diabaikan pula adalah memberi kesan kepada pekerja
lain. Apabila ramai yang mengambil cuti sakit, hasil produktiviti yang dapat dihasilkan adalah
sedikit berbanding yang sepatutnya dihasilkan. Seterusnya penggunaan PPE bagi pekerja
yang berada dalam sektor pembinaan. Kawasan yang berdebu dan tidak selamat itu adalah
amat berbahaya kepada pekerja. Terdedah pada kawasan itu boleh menyebabkan pekerja
mendapat batuk kering seiiring dengan cuaca panas yang sedang melanda.

Langkah yang perlu diambil oleh pihak JKKPadalah dengan memastikan polisi OSHA
1994 itu digunapakai di dalam organisasi dan memberikan penerangan kepada para majikan
mengenai kepentingan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
JKKP perlu membuat pemantauan terhadap aduan-aduan yang dibuat oleh pekerja dan
menyiasat kes yang berlaku. Pihak pengurusan juga perlu membuat pemantauan dari
semasa ke semasa terhadap mesin-mesin dan peralatan yang digunakan oleh pekerja bagi
mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Menubuhkan satu bahagian keselamatan
dan kesihatan pekerjaan di dalam organisasi dan melantik atau menggaji seorang pegawai
kompetan untuk mengetuai bahagian tersebut. Para pekerja pula merupakan pelaku paling
penting dalam organisasi dan seharusnya mereka mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan dalam melindungi para pekerja.

Semua pihak seharusnya berganding bahu dalam mengurangkan kes kemalangan


yang berlaku di tempat kerja. Pelbagai agensi badan kerajaan telah ditubuhkan dalam
membantu JKKP menguruskan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.
Contohnya, National Institute of Safety and Health (NIOSH). Hal ini adalah untuk
memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di Malaysia adalah terjamin. NIOSH
berperanan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan pihak industri berhubung
keperluan mematuhi dan mengamalkan amalan keselamatan di tempat kerja. (Lee Lam
Thye, 2015) .

10
RUJUKAN

Buku

Datuk Dr. Hj Mohd Ismail Merican. 2008. Garis Panduan Pencegahan Kemalangan di
Tempat Kerja. Putrajaya: Unit Kesihatan Pekerjaan. Hal. 20.

Ismail Bahari. 2006. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi Kedua.
Universiti Kebangsaan Malaysia: Mc Graw Hill. Hal. 87.

Ismail Bahari. 2002. Pengaturan Sendiri di Dalam Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Hal. 69.

Kamal Halili Hassan. 2001. Undang-undang Keselamatan Industri di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 112.

Maimunah Aminuddin. 2013. Malaysian Industrial Relations & Employment Law. 8th Ed. Shah
Alam: Mc Graw Hill. Hal. 86.

Artikel

Hapriza Binti Ashari 2004. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: Tanggungjawab siapa?
Jurnal kemanusiaan bil, (99)

11
Internet

Herney Aqilah Kay. 2012. Maksud Keselamatan, Kesihatan dan Kemalangan


http://www.slideshare.net/herneyaqilah/maksud-keselamatan-kesihatan-dan-
kemalangan Diakses pada 1 Mei 2016.

Zakaria M Yusof. 2015. Isu-Isu Semasa Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Dalam Industri Pembinaan Malaysia https://www.researchgate.net/publication
/265315355_ISUISU_SEMASA_PENGURUSAN_KESELAMATAN_DAN_KESIHATAN
PEKERJAAN_DALAM INDUSTRI_PEMBINAAN_MALAYSIA Diakses pada 4 April 2016.

Tan Sri Lee Lam Thye. 2013. Pastikan sistem pengurusan keselamtan dilaksanakan di
tempat kerja http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130613/
re_03/Pastikan-sistem-pengurusan-keselamatan-dilaksanakan-di-tempat-kerja
Diakses pada 1 Mei 2016.

Borneo Post October 6, 2015. Usaha Kurangkan Kemalangan di Tempat Kerja Kepada 2.58
Kes Bagi Setiap 1,000 Pekerja Tahun Depan http://www.theborneopost.com /2015
/10/06 /usaha kurangkan-kemalangan-di-tempat-kerja-kepada-2-58-kes-bagi-setiap-
1000-pekerja-tahun- depan/ Diakses pada 15 Mei 2016.

Sinar Harian Online mei 4, 2016. Tidak Patuhi SOP Punca Kemalangan Tempat Kerja
http://www.dosh.gov.my/index.php/en/resources/in-the-news/1699-tidak-patuhi-
sop-punca-kemalangan-tempat-kerja-sinar-harian-online. Diakses pada 8 Mei 2016.

Idris, R. Z., Bala, B., & Morshidi, A. H. (2016). Sabah (Malaysia)Australia Relations: An Historical
Observation. TAWARIKH, 4(2).

Idris, R. Z., Bala, B., & Morshidi, A. H. Sabah (Malaysia)Australia Relations: An Historical
Observation.

12

Anda mungkin juga menyukai