Anda di halaman 1dari 13

KOLEJ VOKASIONAL BETONG

PROGRAM: TEKNOLOGI PEMBINAAN

TAJUK: Steel Frame System (Sistem kerangka keluli)

KOD MODUL: DCA 4133 IBS

NAMA PELAJAR : ALEXZANDER HILLARY SAGA ANAK JOHNNADY

ANGKA GILIRAN : K841FWTP002

SEMESTER / TAHUN : 2 DVM WTP 2020

NAMA PENSYARAH: PUAN SITI AISHAH BINTI HUSSAIN


TAJUK : STEEL FRAME SYSTEM

OBJEKTIF
Sistem kerangka keluli digunakan untuk membina dan memasang elemen-elemen kerangka
keluli yang melibatkan kerja penggerudian dan pemotongan. Faedah yang boleh didapat melalui
sistem kerangka keluli ini ialah pengurangan tenaga pekerja dan bahan di tapak, pembaziran
minimum, alam sekitar lebih baik, produktiviti lebih tinggi, kualiti terkawal, penyiapan projek lebih
cepat, pengurangan kos keseluruhan pembinaan dan tapak pembinaan lebih tersusun dan selamat.

PERALATAN / MESIN / BAHAN

Bil Peralatan / Mesin / Bahan Gambar

1 Alat aras spirit

Bracket (penyambung kerangka


2 bumbung)
3 Batten

4 C- channel

5 Grinder Machine

6 Gerudi
7 Skru, nat dan bolt

8 Sesiku L

9 Pita pengukur

10 Mesin pemotong besi


PANDUAN KESELAMATAN

1. Memastikan peralatan dan bahan dalam keadaan baik sebelum ia digunakan


2. Memakai pelindung mata ketika melakukan kerja
3. Menanggalkan cincin, jam tangan dan aksesori lain sebelum memulakan kerja
4. Menggunakan pakaian yang bersesuaian dengan kerja yang dilakukan
5. Menggunakan kasut keselamatan
6. Mematuhi S.O.P yang ditetapkan
7. Mengendalikan mesin atau peralatan dalam keadaan yang sihat
8. Menggunakan sarung tangan keselamatan

KAEDAH / PROSEDUR

Bil Langkah kerja Gambar


1
Membina kerangka bumbung
menggunakan batten dan C-
channel. Saiz yang diperlukan
adalah mengikut pada gambarajah
yang dilampirkan.

2
Mengukur C-channel yang hendak
dipotong dan tandakan panjang
yang dikehendaki menggunakan
marker.
3
C-channel diletakkan di grinder dan
diselaraskan mengikut ukuran yang
ditanda. Mata cutter diturunkan
secara perlahan. Jika menekan
terlalu kuat akan menyebabkan c-
channel menjadi bengkok.

4
Anggota yang telah dipotong akan
dilabel bagi memudahkan semasa
kerja-kerja pemasangan.

5 Memasang rangka struktur keluli


besi menggunakan kaedah
pemasangan bolt dan nut. Pastikan
jarak pemasangan adalah betul dan
pastikan penjajaran pemasangan
seimbang. Kemudian , diaras
leveling, align dan balance yang
betul.
6

Gunakan sesiku L bagi memastikan


rangka yang dipasang lebih tepat
mengikut ukuran yang dirancang.
PEMERHATIAN

Mendirikan dinding untuk sistem rangka keluli

Memasang kerangka untuk lantai tingkat satu


Melakukan kerja pemasangan dinding kerangka keluli

Pemasangan dinding kerangka keluli tingkat bawah yang telah diselesaikan


Membuat pemasangan kerangka dinding keluli untuk tingkat pertama

Membuat pemasangan dinding dalam dan lantai untuk tingkat pertama


Memasang kerangka keluli untuk bumbung

Pemasangan kerangka keluli untuk bumbung yang telah siap


Melakukan pemasangan dinding di bahagian luar

Projek yang telah siap dibina meggunakan Sistem Kerangka Keluli


RUMUSAN

Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merupakan sistem pembinaan yang menggunakan


komponen – komponen prasiap yang disediakan di kilang berdasarkan pesanan oleh pihak
kontraktor. Kelebihan sistem ini adalah untuk penggunaan proses kerja yang optimum dan
meminimumkan penggunaan kos buruh terutama bangunan yang memerlukan masa yang
singkat seiring dengan kemajuan industri pembinaan negara yang mementingkan yang
produktiviti, berkualiti dan keselamatan di tapak projek. Di samping itu, dapat mengurangkan
pembaziran bahan binaan, dapat mengurangkan bahan binaan di tapak, alam sekitar dan bahan
binaan yang lebih teratur dan selamat. Akhir sekali , penggunaan sistem kerangka keluli ini dapat
menyingkatkan tempoh pembinaan sesuatu bangunan.

Anda mungkin juga menyukai