Anda di halaman 1dari 9

BAB 7 : KERJA-KERJA MENGIKAT BATA

7.1 : Pengenalan

Bata adalah komponen bahan bina yang amat penting dalam industri pembinaan. Bata
digunakan untuk membina dinding sesebuah bangunan untuk menghalang kelembapan
atau panas luar dari memasuki sesebuah bangunan. Bata diperbuat dari bahan yang tahan
lasak,keras dan kalis cuaca. Bangunan perlu menggunakan bata untuk lebih kukuh
kerana bata berfungsi sebagai penahan untuk struktur bangunan.

Kebiasaannya bata bersaiz 215mmX102.5mmX65mm. dilapisi oleh mortar setebal


10mm. jika dicampurkan dengan mortar akan menjadi 225mmX112.5mmX765mm.
60

7.2: Ikatan bata

Susunan bata untuk menghasilkan dinding memerlukan medium untuk melekat kukuh
antara satu sama lain. Justeru itu, motar digunakan untuk mengikat bata. Motar ialah
bahan yang terdiri daripada campuran simen,pasir,batu baur dan air mengikut nisbah
yang telah ditetapkan. Penggunaan motar dalam ikatan bata dapat membolehkan bata
yang tidak sama saiz dan bentuk disusun dan diikat dengan padu dan kukuh. Terdapat
beberapa jenis mortar yang sering digunakan iaitu :

1) Mortar simen
2) Mortar kapur
3) Motar kapur-simen

7.3: Prinsip ikatan bata

1 1
i. Mengadakan lekap bata atau bata untuk mengelakkan sambungan tegak
4 2
yang terus-menerus.
ii. Ikatan mengikut jenis ikatan yang telah ditetapkan oleh perekabentuk. Prinsip
yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip
61

yang kedua adalah mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok.


Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan tegak yang beterusan,
kekuatan kurang kestabilann. Justeru itu, sambungan yang berterusan haruslah
dielakkan dalam kerja-kerja mengikat bata.

7.4 : Alat-alat untuk kerja mengikat bata

a) Pembenang
 Pembenang digunakan untuk panduan semasa proses mengikat bata.
Pembenang atau tali akan diikat pada kedua-dua hujung bersama-sama
paku. Dengan adanya pembenang, setiap lapisan dinding bata akan
selanjar dan lebih stabil.

b) Sudip
 Sudip digunakan untuk mencedok meratakan mortar ketika kerja megikat
bata. Dengan menggunakan sudip kerja-kerja mengikat bata lebih teratur.
62

Rajah 7.4.1: Sudip

c) Baldi
 Baldi digunakan untuk mengankut mortar ke tempat kerja-kerja mengikat
bata.

Rajah 7.4.2: Baldi

d) Penukul
 Digunakan untuk mengetuk bata untuk mendapatkan bata kerat setengah
yang biasa digunakan dalam ikatan sisi bata.
63

Rajah 7.4.3: Penukul

e) Penimbang air
 Digunakan untuk menentukan lapisan bata itu rata atau tidak. Untuk
memastikan ianya rata, gelembung udara air perlulah berada ditengah-
tengah.

Rajah 7.4.4: Penimbang air

7.5: Prosedur kerja-kerja mengikat bata

a) Tali atau pembenang digunakan untuk menanda kawasan untuk


mengikat bata.
b) Pembenang akan diikat pada paku di dua-dua hujung .
c) Seterusnya, gunakan sudip tangan untuk meratakan mortar dan
bata akan diletakkan diatas mortar tersebut.
d) Bata akan disusun memanjang dan secara pugak untuk
memastikan ikatan pada kukuh.
64

e) Sambungan antara bata akan ditempelkan sedikit mortar sebagai


pengikat antara bata.

7.6: ikatan sisi bata ( stretcher bond)

Susunan sisi bata sering digunapakai dalam pembinaan kini. Hal ini demikian kerana,
susunan jenis mudah dilaksanakan,kemas dan senang dikendalikan. Ikatan ini digunakan
pada tembok yang mempunyai ketebalan 112.5mm iaitu setengah bata.Susunan jenis ini,
setiap lapisan bata terdiri daripada sisi batu yang mana bata disusun dalam arah
memanjang.

Lapisan ini dinamakan lapisan sisi bata dan jarak sambungan tegak lapisan bertindihan
ialah setengah bata. Dinding hendaklah dimulai atau diakhiri dengan satu barat yang
dipotong setengah atau satu sisi bata berselang-seli bagi lapisan-lapisan dinding itu

Rajah
7.6.1: ikatan sisi bata
65

Rajah 7.6.2: Meratakan


mortar dengan sudip

Rajah 7.6.3: Meletakkan


bata atas lapisan mortar
66

Rajah 7.6.4: Kerja-kerja bata yang telah siap

7.7:Memplaster atau melepa dinding bata

Selepas kerja-kerja mengikat bata siap sepenuhnya, kerja-kerja melepa bata akan dijalankan.
Tujuan kerja ini dilakukan ialah untuk melicinkan dan mengemaskan permukaan dinding bata.
Untuk memastikan ikatan melekat kuat pada dinding, ikatan dan permukaannya hendaklah
dicakar- cakarkan dengan menggunakan pencakar sebelum dijalankan kerja memplaster.

7.8:Kesimpulan

Kerja-kerja mengikat bata perlulah dilakukan dengan teliti untuk memastikan struktur dinding
kukuh. Sebelum mengikat bata, pembenang perlu digunakan untuk meastikan iktan bata yang
dibuat lurus dan teratur. Selain itu, bancuhan mortar juga mestilah mengikut nisbah yang betul.
Hal ini demikian kerana, jika bancuhan mortar tidak kental maka ikatan bata akan mudah runtuh
dan rosak.
67

Penimbang air juga perlu digunakan untuk memastikan ikatan bata stabil. Seterusnya, pekerja-
pekerja yang mengikat bata perlulah menggunakan sarung tangan ketika mengendalikan kerja-
kerja ikat bata bagi memenuhi keperluan keselamatan di tempat kerja.

Anda mungkin juga menyukai