Anda di halaman 1dari 10

BAB 1 SIMEN

Objektif Bab 1

Pada akhir sesi pembelajaran, anda diharapkan boleh;


1. Mengenalpasti jenis-jenis simen
2. Menentukan komposisi kimia di dalam simen Portland
3. Mengenalpasti ujian-ujian piawai simen
4. Memahami proses-proses pengilangan simen
5. Mengetahui cara-cara penyimpanan simen

LO 1 Mengenalpasti jenis-jenis simen


PENGENALAN SIMEN

Simen adalah bahan yang dihasilkan dengan membakar campuran batu kapur dan tanah liat.
Simen mempunyai sifat lekitan (cohesive) dan lekatan (adhesive), yang membolehkannya
mengikat bahan-bahan komponennya; pasir dan batu baur supaya menjadi konkrit yang padat

Berikut ada lah beberapa definasi yang menyatakan perbezaan simen dengan bahan campuran
yang menggunakan simen sebagai bahan perekat:

1. (Cement Paste) Simen lembut = simen + air


simen merupakan pengikat yang mengikat agregat dalam campuran konkrit

2. Mortar = simen + pasir


digunakan sebagai bahan lepaan

3. Konkrit = simen + air + pasir + agregat


bahan utama pembinaan

4. Konkrit Bertetulang = simen + air + pasir + agregat + keluli

Konkrit mengandungi pecahan bahan berikut

i. Portland cement (7.5% - 15% of volume)


ii. Water
iii. Aggregates (60% - 75% volume)
iv. Air voids (1% - 15% of volume)
v. Sometimes admixtures
LO 2 MENENTUKAN KOMPOSISI KIMIA DALAM SIMEN PORTLAND BIASA.

JENIS SIMEN

1. Simen Portland Biasa – Ordinary Portland Cement (OPC)


Bahan mentah yang digunakan adalah kalsium karbonat (batu kapur) manakala silica,
aluminium & besi oksida dalam tanah liat. Paling banyak digunakan dalam
pembinaan. Mempunyai kadar pengerasan yang sederhana. Kegunaannya ialah untuk struktur
atas tanah yang tidak bersulfur & tidak berair. Didibuat berdasarkan piawaian British BS
12:1979.

2. Simen Portland Mengeras Cepat- Rapid Hardening Portland Cement (RHPC)


Komposisinya sama dengan simen Portland biasa tetapi ianya dikisar lebih halus. Serbuk halus
ini menyebabkan proses penghidariatan & masa membeku awal. Kekuatan yang dicapai dengan
simen Portland pada umur 4 hari adalah sama dengan yang dicapai dengan simen portland untuk
merbina struktur yang kekuatannya perlu dicapai dengan cpt untuk bancuhan konkrit pd musim
sejuk.

3. Simen Portland Haba Rendah/

Komposisinya adalah berbeza dengan simen prtland biasa dan Simen Portland Mengeras Cepat
di mana ianya kurang mengandungi trikalsium silikat & lebih dilaksium silikat daripada simen
Portland biasa. Jarang digunakan & ianya memerlukan haba yang rendah untuk mengeras.
Pengeluaran haba 28 hari simen ini adalah sama dengan 7 hari simen Portland biasa Ianya
digunakan untuk pembinaan jasad @ konkrit yang saiz besar seperti empangan, tembok penahan,
tembok landasan .

4. Simen Portland Penahan Sulfat/ Sulphate Resistant Portland Cement (SRPC)

Komposisinya ialah tetrakalsium aluminoferat & sedikit kalsium aluminat.


Digunakan dalam pembinaan struktur konkrit bawah tanah & dalam air
Ianya juga digunakan untuk mengelakkan tetulang daripada rosak di mana ianya menahan
serangan daripada sebatian sulfat yang kerap terdapat dalam larutan bwh tanah & air laut.

5. Simen Portland Ubahsuai

Kadar pencapaian kekuatan adalah sama dengan kadar kekuatan simen Portland biasa.
Pengeluaran habanya lebih tinggi daripada simen Portland biasa & penahan terhadap serangan
sulfat adalah sederhana. Digunakan untuk pembinaan yang sederhana pengeluaran haba.
6. Simen Portland Relau Bagas

Komposisinya adalah campuran clinker, sangga & batu relau bagas


Ianya dpt mengelakkan daripada ancaman sulfat & ancaman tindak/balas penghidariatan yang
cepat. Digunakan untuk kerja penahan sulfat spt pembinaan tebing laut, kerja jisim konkrit yang
besar jg sebagai pengganti simen Portland haba rendah. Ianya lambat mengeras jika
dibandingkan dengan simen simen Portland biasa
Ianya tiada masalah keretakan semasa mengeras.

7. Simen Portland Alumina Tinggi

Komposisinya adalah alumina 40%, silica & bahan2 lain sebanyak 8%.Simen ini membeku
berbeza dengan simen Portland biasa di mana masa membeku lambat .

KOMPOSISI KIIA SIMEN

Table 1 menunjukkan kompun utama dalam simen.

1. Trikalsium Silikat 3CaO. SiO2 (C3S)


Bertindak dengan air merjd seakan agar2 & merberi kesan bsr terhdp kekuatan konkrit
pd peringkat awal
Peratusan yang tinggi dalam simen merhasilkan kekuatan & haba perhidariatan yang
tinggi.

2. Dikalsium Silikat 2CaO. SiO2 (C2S)


Bertindak dengan air secara perlahan2 & mengeluarkan haba.
Berfungsi untuk menambah kekuatan simen dalam masa 14 sehingga 28 hari

3. Trikalsium Alumnat 3CaO.A1203 (C3 A)


Bertindak dengan air & mengeluarkan haba secara perlahan2 dengan banyak.
Bahan ini akan menyebabkan kekuatan awal yang tinggi ttpi kesannya ke atas kekuatan
maksimum konkrit adalah kecil.

4. Tetrakalsium aluminoferat 4CaO. A 1203 fe 203 (C4AF)


Bahan ini merpunyai kesan yang sedikit ke atas kekuatan & pemejalan.

Rumusan

Main compounds:
i. tricalcium silicate (C3S)
ii. dicalcium silicate (C2S)
iii. tricalcium aluminate (C3A)
iv. tetracalcium aluminoferrite (C4AF)
Minor compounds: small percent but can have strong influences:
i. magnesium oxide
ii. titanium oxide
iii. manganese oxide
iv. sodium oxide
v. potassium oxide
i. Alkalis (Na2O, K2O) react with silica causing disintegration & expansion

LO 3. MENGENALPASTI UJIAN PIAWAI SIMEN


Ujian Kehalusan( Finese Test) (alat Ridgen)

Untuk menentukan kadar haba penghidariatan yang terhasil.

Pemmukaan tentu ialah luas ukuran halus serbuk simen/unit jisim ditentukan jg
dengan memgunakan alat Ridgen

Semakin halus serbuk simen semakin bsr pemmukaan tentunya.

Ujian Kekuatan
Terdapat dua jenis;
1. Ujian mampatan (Kiub mortar simen)

Bancuhan motar simen dengan nisbah 1:3 digunakan & kandungan air dalam bancuhan
ialah 10% dari jumlah berat simen.

Bancuhan motar simen ini kemudiannya dimasukkan ke dalam acuan kuib 70.7mm
pemsegi & acuan ini kemudiannya dipsg di atas mesin getaran yang bemgetar.

Pengujian dilakukan semasa kiub itu masih basah lagi. Tiga kiub hendaklah diuji untuk
kekuatan mampatan selama 3 hari & tiga kiub lagi untuk 7 hari. Strsnya kekuatan
mampatan hendaklah diambil dari nilai2 purata ketiga-tiga kiub itu.

Kekuatan mampatan yang diperolehi :

Kekuatan mampatan = Beban maksima / Luas pemmukaan sampel.

2. Ujian tegangan ( Briket mortar simen)

Dalam ujian ini, 1:3 nisbah mortar simen pasir dengan kandungan air 8% dari berat
simen dicampur dengannya & dibtk di dalam acuan briquettes.

Pasir yang biasa digunakan ialah mempunyai saiz yang sama iaitu 0.0336 & 0.0236
dalam garispusat.

Mortar yang dimasukkan ke dalam acuan disimpan selama 24 jam pd suhu antara 64 oF
& 62oF & kemudiannya diuji dengan memgunakan mesin tegangan.

Briquette ini dikepilkan dikedua-dua hjgnya dengan penyepit & kemudiannya


ditegangkan dengan bbn dalam kdari 2.67 kN/minit.

Biasanya 6 briquette digunakan & diambil puratanya.

Kekuatan tegangan minima untuk 1 hari bg simen portland mengeras cepat ialah
kira2 300lb/in (2N/mm2) & diambil nilai purata bg 6 ujian briquette

Ujian masa pembekuan awal & akhir (alat vikat)

1. Ujian Pembekuan Awal

1 jarum pelucuk yang mempunyai luas pemmukaan keratan seluas 1 mm digunakan


(dalam btk bulat @ segiempat). Apbl penurunan jarum pelucuk ialah 5 mm dari bwh
acuan, pembekuan awal tlh temcapai & masa pembekuannya ialah masa yang diambil
dari masa memcampurkan air bancuhan simen sehingga penurunan jarum pelucuknya
ialah 5 mm dari bwh acuan.
Mengikut piawaian, masa pembekuan awal simen Portland biasa hendaklah
sekurang2nya 45 minit.

2. Ujian Pembekuan Akhir

Bg menentukan masa pembekuan akhir, 1 jarum pelucuk khas digunakan. Ia dipsg


dengan 1 logam yang bemgaris pusat 5 mm dari hjg jarum.

Masa pembekuan akhir adlh masa yang diambil dari waktu memcampurkan simen
sehingga jarum diturunkan ke pasta simen & meninggalkan kesan.

Masa yang diambil untuk pembekuan akhir ialah tdk lbh darip 10 jam bg simen portland
biasa.

Ujian kepaduan

Acuan silinder diletakkan di suatu plat & di isikan dengan simen yang kental.

Silinder itu kemudiannya ditutup dengan plat lain & direndam kesemuanya ke dalam
air yang bemsuhu 18 hingga 20oC selama 24 jam.

LO 4. MEMAHAMI PROSES-PROSES PENGILANGAN SIMEN


PROSES PENGILANGAN SIMEN

Simen portland ialah keluaran yang diperolehi daripada batu hangus yang terhasil dari
proses mengkapur tohorkan suatu campuran bahan-bahan argilasius dan kalsarius
dihancur lumatkan.

Terdapat empat (4) proses utama dalam pengilangan simen:-

i. Menghancurkan bahan-bahan mentah supaya 95% akan lulus ayak No. 100

ii. Menggaul bahan-bahan mentah mengikut kadar campuran yang sesuai.

iii. Memanaskan campuran menjadi paduan awal berupa batu kerikil.

iv. Mengisar batu hangus yang terhasil menjadi debu halus.


Rajah 1 menunjukkan Ringkasan proses pengilangan simen

Rajah 1

Rajah 2 Bahan mentah dalam klinker ,pengilangan simen


LO 5 MENGETAHUI CARA-CARA PENYIMPANAN SIMEN

PENGANGKUTAN DAN PENYIMPANAN SIMEN


Simen merupakan bahan yang sensitif kepada cecair seperti air. Simen yang disimpan
terlalu lama mungkin telah rosak. Ini berlaku jika simen melalui proses penghidariatan
atau setting jika terkena air atau lembapan. Simen yang telah menghidariat menjadi
keras kerana tindakbalas kimia telah berlaku. Simen keras tidak sesuai digunakan
dalam bancuhan konkrit untuk pembinaan.

Perhatian perlu diberi kepada masa penghantaran, tarikh simen di keluarkan daripada
kilang, dan kaedah simpanan yang boleh melindungi simen daripada air hujan dan air
takungan atas tanah.
Rajah 1 menunjukkan stor tempat simpanan simen di tapak bina.

Rajah1 menunjukkan stor tempat simpanan simen di tapak bina.

Kaedah-kaedah penyimpanan simen

a) Penyimpanan kampit simen di dalam Stor

Disimpan di dalam stor yang kalis air, keluasan yang sesuai untuk pengedaran udara
yang baik, permukaan lantai yang kering dan semua pembukaan mempunyai
penutup dan boleh ditutup rapat.
Kampit simen disusun pugak tidak lebih daripada 1 ½ meter (5 kaki) tinggi dan
diletakkan di atas pelapik yang tingginya daripada permukaan lantai sekurang-
kurangnya 23 cm dan 30 cm dari dinding. Simen disusun mengikut peringkat masa ia
diterima supaya dapat mengelakkan dari tersimpan lama.

Susunan hendaklah dibuat serapat yang boleh untuk menghadkan peredaran udara
antara kampit-kampit simen dan tidak menumpu ke dinding.

Jika simen disusun dan disimpan di tempat yang terbuka/lapang, ianya hendaklah
diletakkan di atas pelapik yang tinggi dan rata. Ia juga perlu ditutup dengan penutup
kalis air yang disambung secara berlapis dan ditindih dengan benda yang berat (Rujuk
Gambar 2.1).

Gambar 2.1 : Kaedah Penyimpanan Simen

a) Penyimpanan simen di dalam Silo

i. Disimpan dalam keadaan kering untuk mengelakkan berlakunya pembekuan


udara (air setting) untuk membentuk butir-butir simen separuh membeku.

ii. Silo perlu berada dalam keadaan kalis air.


iii. Pemeriksaan hendaklah sentiasa dilakukan untuk mengesan supaya ianya
sentiasa kalis air dan kalis udara.

iv. Penyimpanan dengan kaedah ini lebih baik keranatenaga buruh digunakan
dengan minimum. Tidak perlu mengangkut untuk penyimpanan.

v. Mengelakkan berlakunya pembaziran jika kampit simen bocor atau pecah

vi. Kerja penyimpanan yang terkawal dan berkesan.

vii. Silo merupakan tempat yang sesuai untuk menyimpan simen di loji penggaulan
konkrit (batching plant).

LATIHAN

1. Smaller cement particles have more surface area to react with water
a. fineness controls the rate of hydariation (heat & strength gain)
b. too fine is more expensive and can be harmful

1. Zarah simen yang lebih kecil mempunyai luas permukaan yang lebih untuk
bertindak balas dengan air
a. kehalusan mengawal kadar penghidariatan (haba & kekuatan keuntungan)
b. terlalu halus adalah lebih mahal dan boleh menjadi berbahaya

1 Nyatakan 7 (Tujuh jenis simen yang digunakan dalam


industri pembinaan. (7markah)

2. Namakan 2 (Dua) kaedah penyimpanan simen di tapak bina. (2markah)

3. Nyatakan ciri-ciri kegunaan yang bersesuaian bagi simen-simen


berikut:
a) Simen Portland Cepat Mengeras
b) Simen Portland Penahan Sulfat
c) Simen Portland Haba Rendah (9 markah)

4. Nyatakan fungsi simen dalam bancuhan konkrit bila dicampurkan dengan air.
(2 markah)
Jumlah (20 markah)

Anda mungkin juga menyukai