Anda di halaman 1dari 25

5.

0 KERJA TANAH
5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 PENGENALAN AKTIVITI KERJA TANAH PEMBERSIHAN PENGOREKAN PEMUNGGAHAN, PENGANGKUTAN, DAN PENUANGAN 5.6 PEMADATAN 5.7 PENCERUNAN

5.1 PENGENALAN

Kerja tanah bermaksud penyediaan aras pembentukan (formation level) seperti yang dikehendaki dalam lukisan tapak. Aras pembentukan ialah aras yang dibentuk sama ada dengan memotong atau menambun tapak bagi menempatkan bangunan yang dicadangkan . Kerja tanah bergantung sepenuhnya pada keadaan tapak jika dibandingkan dengan aras pembentukan.

Sambungan.

Sekiranya tapak tersebut telah mempunyai aras yang sama seperti aras pembentukan, maka kerja tanah tidak diperlukan. Sekiranya tapak tersebut mempunyai aras yang lebih tinggi daripada aras pembentukan, kerja pemotongan tanah diperlukan. Sebaliknya jika aras tapak tersebut lebih rendah daripada aras pembentukan, kerja penambunan pula yang diperlukan.

Sambungan.

Ada juga kemungkinan kedua-dua kerja pemotongan dan penambakan ini diperlukan bagi sesuatu tapak. Tapak yang telah dipotong biasanya telah sedia padat. Tapak yang ditambun perlu dipadatkan terlebih dahulu. Kerja tanah melibatkan penggunaan loji atau jentera secara intensif.

Kerja pemotongan dan penambakan


Aras formasi atau pembentukan yang diperlukan

Pemotongan

Pemotongan Penambakan

Aras permukaan tanah

Bahagian tapak yang perlu dipotong

Aras pembentukan

PEMBERSIHAN

AKTIVITI KERJA TANAH

PENGOREKAN

PEMUNGGAHAN

PENGANGKUTAN

PENUANGAN

PEMADATAN PENCERUNAN

AKTIVITI KERJA TANAH DAN LOJI YANG DICADANGKAN


AKTIVITI
Pembersihan Pengorekan Pemunggahan Pengangkutan Penuangan Pemadatan Pencerunan

LOJI
Jentolak Jentolak, Jenangkut Jenangkut Trak Trak Penggelek Pencerun

PEMBERSIHAN

Tapak perlu dibersihkan daripada semak samun dan pokok. Semak samun guna jentolak Pokok-pokok juga guna jentolak - ditumbangkan dengan memotong akar pada arah yang bertentangan dengan arah pokok akan tumbang. - selepas itu potong pula akar pada keduadua sisi pokok tersebut yang bersudut tepat dengan potongan yang pertama.

Antara aktiviti yang terlibat dalam pembersihan pokok di tapak.

Sambungan.

Selepas semak samun dan pokok-pokok besar dibuang daripada tapak, lapisan tanah atas pada keseluruhan tapak perlu dikikis (strip) sedalam antara 150mm hingga 300mm. Tanah yang dikikis dilonggokkan di tepi tapak untuk digunakan kemudian. Ini adalah lapisan yang subur yang boleh digunakan untuk penanaman rumput.

Sambungan.

Selain semak samun dan pokok besar, terdapat perkara lain seperti tinggalan bangunan lama dan batu besar. Kerja perobohan bangunan dan pembersihan tapak perlu dilakukan diserahkan pada kontraktor kecil. Batu besar di tapak perlu dikeluarkan samada guna jentolak atau letupan diserahkan kepada kontraktor kecil.

Antara aktiviti pembersihan tinggalan bangunan lama di tapak

PENGOREKAN
Aktiviti pengorekan bermaksud pemotongan tanah di tapak untuk mendapatkan aras pembentukan. Loji yang digunakan adalah jentolak dan jenangkaut, juga tali seret dan pengorek-kaut. Jentolak dilengkapi dengan bilah pada bahagian depannya. - menolak tanah dengan merendahkan bilah dan memotong tanah sehingga bilah tersebut penuh. - tanah di dalam bilah ditolak dan dilonggokan di tepi tapak sebelum diangkut ke tempat lain. - turut dilengkapi dengan alat pemecah di bahagian belakang, untuk pecahkan tanah yang keras.

Sambungan.

Dua jenis jentolak roda getah dan trek keluli. Jentolak trek keluli mempunyai tekanan tanah yang rendah iaitu 0.4 0.7 kg/cm persegi ;dapat digunakan pada tanah yang lembut dan sukar dilalui. Trek keluli juga mempunyai cengkaman yang lebih kuat dan boleh beroperasi pada kawasan yang curam dan lebih tinggi. Jentolak roda getah mempunyai tekanan tanah yang lebih tinggi iaitu 1.7 2.4 kg/cm persegi. Ia dapat bergerak dengan lebih laju dan dapat diguna untuk memadatkan tanah.

Sambungan.
Jenangkaut dilengkapi bilah pengaut di hadapannya. - terdapat dua jenis : roda getah dan trek keluli. - perbezaan dengan jentolak adalah alat tambahan yang dipasang di hadapannya. - digunakan untuk korek bahan yang lembut hingga sederhana keras dan memunggahnya ke loji pengangkut. - Loji-loji lain turut digunakan bagi membantu kerja pengorekan; tali seret, pengorek kaut, dan penyodok.

Jenangkut roda getah

Pengorek-kaut

PEMUNGGAHAN, PENGANGKUTAN DAN PENUANGAN

Aktiviti pemunggahan dan pengangkutan diperlukan sekiranya tanah yang dikorek perlu dikeluarkan daripada tapak. Tanah tersebut mungkin dipindahkan ke tapak lain yang perlu ditambun atau dibuang di tempat buangan yang ditentukan. Loji untuk memunggah jenangkaut Loji untuk mengangkut lori dan trak Pemilihan loji pengangkut berdasarkan muatan yang dapat diangkut dan kelajuan bergerak di tapak.

Antara aktiviti pemunggahan dan pengangkutan ;

PEMADATAN

Kawasan yang ditambun perlu dipadatkan. Tujuan untuk meningkatkan ketumpatan tanah yang longgar. Proses pemadatan dapat memaksa butiran tanah menjadi rapat seterusnya mengeluarkan udara dan air daripada tanah tersebut. Seterusnya dapat meningkatkan keupayaan galas tanah, mengurangkan kebolehmampatan, mengurangkan kebolehtelapan dan hakisan.

Sambungan.

Proses pemadatan dilakukan secara berperingkat mengikut lapisan demi lapisan. Tanah yang longgar akan dituang dan direbakkan dalam lapisan setebal 150 250mm. Perebakan dilakukan dengan jentolak. Sebelum dipadatkan, tanah perlu diberi kelembapan yang optimum sebagai bahan pelincir dalam proses pemadatan.

Sambungan.

Loji yang digunakan : - Penghentak atau pemadat getar - Penggelek getar - Penggelek roda keluli licin

PENCERUNAN

Pencerunan merupakan proses untuk mendapatkan permukaan mengikut bentuk dan kecerunan yang dikehendaki dalam pelan. Melibatkan proses merata dan melicinkan permukaan. Setelah tanah dicerun dan dilicinkan biasanya akan ditanam dengan rumput untuk elak hakisan. Alat yang digunakan : -pencerun bermotor

LATIHAN
1)

Terdapat dua jenis jentolak yang digunakan dalam aktiviti pengorekan iaitu jentolak roda getah dan jentolak trek keluli. Terangkan perbezaan antara kedua-dua jenis jentolak ini. Mengapakah kerja pemadatan diperlukan di tapak bina?

2)

Anda mungkin juga menyukai