Anda di halaman 1dari 31

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

BAB 4

PENYELENGGARAAN JALAN

4.1

Pengenalan

Penyelenggaraan Jalan merupakan salah satu tugas yang


diutamakan di Bahagian Unit Jalan JKR Batang Padang.
Penyelenggaraan jalan ialah kerja-kerja yang terlibat dengan
menyelenggara dan memperelokkan jalan dan bahagian-bahagian jalan
yang telah di bina. Jalan juga mengalami kadar kerosakan setelah ia

POLIMAS

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

siap di bina dan mula di gunakan seperti struktur binaan yang lain. Oleh
itu, kerja-kerja penyelenggaraan di jalankan untuk mengawal kadar
kerosakan dan untuk memastikan perkhidmatan jalan tidak berada pada
paras yang menyulitkan kepada pengguna. Kerja penyelenggaraan akan
dapat menjamin jalan yang di bina itu boleh menampung ketahanan jalan,
sesuai untuk keupayaan isipadu trafik yang dikenakan serta dapat
menjaga dan memperbaiki perjalanan sistem traffik jalan tersebut.

JKR Batang Padang telah menjalankan langkah pembaikan di


Jalan Negeri dan juga Jalan Persekutuan bagi memberi keselesaan
kepada pengguna jalan raya. Aktiviti penyelenggaraan tersebut dapat
saya ikuti dengan melibatkan diri dalam projek pembaikan jalan.

4.2

Pembinaan Jalan

Secara asasnya, pembinaan jalan raya adalah proses pembukaan


ruangan traffik yang mengatasi pelbagai rintangan geogarafi. Proses ini
melibatkan pengalihan muka bumi, pembinaan jambatan dan terowong,
dan juga pengalihan tumbuh-tumbuhan mungkin berlaku jika melibatkan
pengnyahhutanan. Pelbagai jenis jentera bina digunakan untuk proses
ini.

POLIMAS

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Sebelum kerja membina jalan dilakukan, muka bumi harus diuji


untuk melihat sama ada ia mampu menampung keberatan kenderaan.
Jika perlu tanah yang lembut digantikan dengan tanah yang lebih keras.
Lapisan tanah ini adalah lapisan asas. Di atas lapisan asas akan
mempunyai beberapa lapisan yang berfungsi memberi ketahanan kepada
lapisan asas.

Pengaliran air merupakan salah satu faktor yang harus diambilkira


dalam pembinaan jalan raya. Air yang bertakung di atas jalan raya
selepas hujan bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya, malah
menghakis dan merosakan struktur jalan raya. Oleh itu, pembinaan
pemukaan jalan sebenarnya tidak rata, sebaliknya mempunyai landaian
yang berarah kelongkang ditepi jalan (kamber). Dengan adanya kamber,
air akan mengalir kelongkang secara semulajadi.

Lazimnya untuk JKR daerah Batang Padang terdapat tiga kategori


utama jalan iaitu jalan yang diturap, jalan yang tidak diturap (jalan gravel)
dan jalan-jalan tanah. Untuk jalan berturap, ianya dipecahkan lagi
kepada jalan boleh lentur (flexible) dan jalan tegar (rigid).

POLIMAS

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

4.2.1 Turapan Lentur

Turapan boleh lentur ialah sebarang turapan yang bukan diperbuat


daripada konkrit dan tidak mempunyai kekuatan papak, sebarang ubah
bentuk dilapisan bawah akan diikuti oleh lapisan-lapisan asas. Hampir
keseluruhan turapan jalan di Malaysia adalah dari jenis ini .

Struktur turapan lentur mengandungi beberapa lapisan yang


diperbuat daripada bahan yang kualitinya berbeza-beza dan dibina di
atas lapisan subgred , dimana ia terdiri daripada lapisan subgred
(subgrade ) , lapisan subtapak ( subbase ) , lapisan tapak (roadbase )
dan lapisan permukaan (surfacing ) yang terdiri daripada dua bahagian
iaitu lapisan lapik ( binder course ) dan lapisan haus ( wearing course ) .
jenis turapan adalah turapan berbitumen. Setiap lapisan struktur turapan
lentur ini mempunyai fungsi yang berbeza seperti Rajah 4.1.

POLIMAS

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

PERMUKAAN

LAPISAN PENGHAUSAN ( WEARING COURSE - 40 mm 1 )


LAPISAN
PERMUKAAN
(SURFACING )

TURAPAN

LAPISAN PENGIKAT
( BINDER COURSE , 60 80 mm 2 - 3 )

LAPISAN TAPAK
( ROAD BASE, 225 300 mm 9 12 )

LAPISAN SUBTAPAK
( SUBBASE, 50 150 mm 2- 6 )

LAPISAN ASAS
( SUBGRADE )

ARAS BENTUKAN

Rajah 4.1 : Lakaran struktur turapan boleh lentur.

a)

Lapisan permukaan

Lapisan teratas yang menjadi permukaan jalan raya dinamai


lapisan permukaan. Lapisan ini dibuat daripada jenis bahan yang paling

POLIMAS

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

kuat. Permukaan ini terdiri daripada lapisan lapik (binder course) dan
lapisan haus ( wearing course ). Bagi pemandu lapisan ini merupakan
lapisan yang terpenting kerana lapisan inilah yang dilihat olehnya.

Fungsi utama lapisan ini ialah menawarkan satu permukaan yang


selamat dan selesa untuk semua aktiviti memandu dan melindungi
lapisan-lapisan yang terletak dibawahnya daripada dipengaruhi oleh
sumber semulajadi (cuaca) dan mengelakan tercerai-berai disebabkan
oleh kegiatan membrek dan kenderaan tergelincir diatas jalan raya.

Bahan yang digunakan untuk lapisan permukaan ialah Premix.


Premix adalah bahan yang disediakan di loji bancuhan di mana bahanbahan adunannya di campur dan digaul di dalam kada yang ditentukan.
Premix yang biasa digunakan oleh JKR ialah Premix bitumen macadam
Premix konkrit asfal ( asphaltic concerete ) -ACWC / ACBC.

b)

Lapisan tapak

Lapisan tapak adalah tapak jalan atau asas jalan yang merupakan
lapisan penyebar beban yang utama dan yang paling tebal. Istilah lain
untuk tapak jalan ialah asas jalan di mana ia merupakan lapisan yang
utama untuk menanggung bebanan permukaan secara terus dan
mengagihkan beban ke lapisan yang seterusnya yang terletak di bawah

POLIMAS

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

lapisan tapak. Oleh sebab itu, lapisan ini merupakan lapisan yang paling
tebal.

Terdapat pelbagai jenis tapak jalan dalam pembinaan seperti


crusher run , macadam serikat kering (dry bound macadam), macadam
serikat basah (wet bound macadam) dan lain lain lagi. Bahan yang
digunakan untuk membina lapisan tapak jalan (roadbase) mestilah dari
batu pecahan / batu baur yang keras dan tahan lama, bersih, tidak
mengandungi ketulan tanah liat atau kandungan organik.

c)

Lapisan subtapak

Subtapak merupakan lapisan yang terletak diantara lapisan tapak


jalan dan subgred. Subtapak dibuat daripada bahan tempatan yang
berkualiti rendah, tebalnya bergantung kepada kekuatan subgred dan
beban lalui lintas. Selain itu subtapak boleh juga berperanan
menghalang penyusupan bahan subgred ke dalam turapan dan sebagai
pelantar untuk membina lapisan lain diatasnya.

Bahan yang digunakan untuk membina lapisan subtapak mestilah


jenis batu keras, tahan lama dan bersih. Ia mestilah merupakan bahan
berbutir (ketul kecil) seperti batu pecah, batu kelikir, batu merah (leterite)
atau pasir. Bahan-bahan ini hendaklah bebas dari bahan organic, ketulan

POLIMAS

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

tanah liat dan sebarang jisim yang boleh merosakkan atau yang mudah
rosak.

d)

Subgred

Subgred adalah lapisan bawah sekali bagi satu turapan lentur dan
selalunya subgred dibuat daripada tanah asal. Biasanya subgred adalah
faktor asas untuk menentukan tebal turapan. Istilah subgred juga
merujuk kepada tanah asal yang terdedah disebabkan oleh aktiviti
pengorekan dan juga tanah asal yang dikorek dan kemudian ditambak
serta dipadatkan menjadi benteng.

Ia merupakan paras muka tanah yang telah dikerjakan di bawah


turapan jalan dan dirujuk sebagai aras formasi. Subgred ini dipadatkan
mengikut kamber yang ditentukan sebelum lapisan-lapisan seterusnya
dibina diatasnya. Keupayaan galas subgred adalah faktor asas untuk
menentukan tebal turapan, biasanya ditentukan dengan ujian makmal
seperti Ujian California Bearing Ratio ( CBR ). Ciri-ciri tanah yang baik
untuk dijadikan subgred ialah tanah yang mempunyai kekuatan yang
tinggi dan mempunyai nilai indeks plastik yang tinggi.

Bahan Subgred adalah terdiri dari samada tanah asal atau


tanah tambakan. Ia menanggung beban dari turapan di atasnya.
Bahagian ini dibersihkan terlebih dahulu dari semua benda asing

POLIMAS

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

seperti akar pokok dan sampah sarap. Sebarang kecacatan kepada


bentuk akhir aras formasi perlu dirawat segera.

4.2.2 Turapan tegar

Turapan tegar merupakan turapan konkrit. Lapisan subtapak bagi


turapan tegar mungkin diletakkan diantara papak (konkrit) dan subgred.
Di Malaysia penggunaan turapan jenis ini sangat baru, tetapi mendapat
sambutan yang sangat menggalakkan di negara Barat. Jangka hayat
rekabentuk turapan tegar lebih lama iaitu 40 tahun, sementara hayat
rakabentuk turapan boleh lentur hanyalah 20 tahun. Rajah 4.2
menunjukkan struktur turapan tegar.

PERMUKAAN

SELAPUT
PENGASING

PAPAK KONKRIT

SUBTAPAK
SUBGRED

Rajah 4.2 : Struktur turapan tegar.

POLIMAS

ARAS BENTUKAN

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

a)

Papak konkrit

Papak konkrit bertindak menyebarkan beban ke subgred secara


sekata. Campuran konkrit direkabentuk berdasarkan kepada panduan
yang telah ditetapkan. Secara amnya campuran konkrit adalah simen,
agregat dan air, campuran tersebut haruslah dapat melahirkan konkrit
yang kuat lagi tahan lasak.

b)

Subtapak

Subtapak adalah lapisan untuk menyokong papak dengan sekata.


Subtapak juga meningkatkan lagi keseragaman sokongan subgred. Jika
lapisan subtapak tidak dibina, subgred mestilah dipadat secukupnya dan
hendaklah seragam.

c)

Subgred

Kekuatan subgred tidak begitu mempengaruhi ketebalan papak.


Namun begitu subgred mestilah mampu menyediakan mutu sokongan
yang seragam. Walaubagaimanapun, tebal subtapak bergantung kepada
kekuatan subgred. Jika subgred kuat dan dapat memikul peranan
subtapak, maka lapisan subtapak tidak diperlukan.

POLIMAS

10

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

d)

Selaput pengasingan

Selaput pengasing adalah untuk memisahkan bahagian bawah


papak dari permukaan subtapak.

4.2.3 Rekabentuk turapan

Ketebalan turapan mestilah mencukupi untuk mengagihkan beban


tayar di permukaan sehingga lapisan subgred mempu
menampungnya tanpa berubah bentuk.
Kekuatan turapan sendiri mestilah sepadan untuk menampung
tegasan yang dibebankan ke atasnya.
Turapan jalan raya mestilah kalis terhadap air permukaan. Jika
tidak penyusupan air akan melemahkan subgred dan seterusnya
memusnahkan turapan.
Tekstur permukaan turapan mestilah memiliki cirri-ciri tahan
kelincir yang memuaskan.

POLIMAS

11

BAB 6

4.3

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Jenis-jenis Kerosakan Jalan

Jenis jenis kerosakan jalan yang terdapat di dalam kerja-kerja


penyelenggaraan jalan adalah seperti berikut:

Keretakan

Permukaan ubahbentuk

Permukaan cacat

Potholes

Cacat tepi

Penurunan

Permukaan terkupas

4.3.1 Keretakan

Keretakan merupakan rekahan paduan daripada separa patah


sempurna permukaan turapan. Keretakan bagi turapan permukaan jalan
boleh berlaku diatas lebar ubah bentuk banjaran daripada pemencilan
keretakan pertama. Keretakan pada bentuk saling berhubung akan
memanjang ke semua permukaan turapan. Kesan daripada kerosakan
keretakan yang timbul akan menyebabkan lapisan turapan kehilangan
kalis air dan kehilangan daya beban bagi bahan rekahan tersebut.

POLIMAS

12

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Terdapat beberapa bentuk keretakan yang biasanya terdapat pada


permukaan jalan iaitu :

I. Keratan Buaya (Crocodile Cracks)

Keretakan buaya berbentuk seperti kulit buaya. Saiz rangkaian


keretakan adalah di antara 100mm-300mm. keretakan buaya
disebabkan kelembapan air dalam kandunag tanah yang dikenakan untuk
membentuk kulit buaya. Kejadian keretakan buaya adalah disebabkan
tidak keupayaan struktur jalan disebabkan beban yang dikenakan
berulang-ulang kali dan juga pelembutan bahan tersebut berpunca
peningkatan kandungan lembapan. Keretakan pada lapisan ketapak dan
subgred disebabkan penyerapan air yang banyak dan dibentuk di atas
permukaan jalan seperti Rajah 4.3.

POLIMAS

13

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Rajah 4.3 : Keretakan buaya di Jalan kampung Baru Tanah Mas.


Tanda tanda Keretakan Buaya
o Chicken wire, fish net,polygonal dan fatique.
Punca punca Kerosakan Dan Penyelenggaraan Dilakukan
PUNCA KEROSAKAN
Ketebalan turapan tidak sesuai.

PENYELENGGARAAN
Memperkuatkan turapan dan

Modulus tapak rendah

membina semula
Memperkuatkan tapak atau

Tapak rapuh
Tapak penyaliran tidak baik

membina semula
Pembinaan semula
Memperbaiki sistem penyaliran dan
membina semula

POLIMAS

14

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

II. Keratan Blok (Blok Cracks)

Keretakan ini bersambung untuk membentuk beberapa siri blok pada


permukaan dalam bentuk empat segi, saiz keretakan blok sebenar di
antara 300mm 3000mm seperti Rajah 4.4.

Rajah 4.4 : keretakan blok dihampakan cusher run.


Tanda tanda Keretakan Blok
o Keretakan seperti tangga.
Pengukuran

POLIMAS

15

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Keutamaan lebar keretakan.

Keutamaan lebar sel.

Punca Punca Kerosakan Dan Penyelenggaraan Jalan


PUNCA KEROSAKAN
Sambungan pada bawah lapisan

PENYELENGGARAAN
Hancur aggregate pada tindihan

Keretakan pengecutan pada

atas.
Gantikan permukaan asphalt.

permukaan asphalt.
Keretakan lesu pada kerapuhan

Potong dan tampal atau hancurkan

asphalt dalam lapisan haus.

aggregate tindihan atas.

III. Keretakan Melintang (Longitudinal Cracks)

Keretakan melintang adalah keretakan di mana ia adalah lurus dan


selari pada garisan tengah. Bentuknya adalah satu atau banyak
keretakan yang berselari dan membawa sedikit had cabang keretakan
yang disebabkan pemendapan atau lapisanpemix tidak kukuh seperti
Rajah 4.5.

POLIMAS

16

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Rajah 4.5 : Keretakan melintang disebabkan pemendapan.


Tanda tanda Keretakan Melintang

Berbentuk garisan

Pengukuran

Lebar keretakan perusa

Panjang keretakan perusa

Keruangan

Luas kawasan

POLIMAS

17

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Punca punca Kerosakan Dan Penyelenggaraan Dilakukan

PUNCA KEROSAKAN
Pemantulan pada keretakan

PENYELENGGARAAN
Potong dan tampal.

pengecutan.
Kelemahan lapisan aggregate

Gantikan permukaan bitumen.

dalam permukaan berbitumen.


Sambungan anjakan di dalam

Pembinaan semula keatas

kelebaran turapan.
Perbezaan enapan antara potong

sambungan.
Pembinaan semula.

dan mengisi.
Pemantalan sambungan di dalam

Hancurkan aggregate pada tindihan

lapisan bawah tapak.

atas atau pembinaan semula


sambungan.

IV. Keretakan Tepi (Edge Cracks)

Keretakan tepi berbentuk melengkung atau keretakan sambungan


kecil (cetek). Biasanya panjangnya antara 300mm-600mm. Rajah 4.5
menunjukkan keretakan tepi pada jalan yang baru diturap disebabkan
tiada sokongan pada tanah asal.

POLIMAS

18

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Rajah 4.6 : keretakan tepi di laluan A121.

Kadar Pendedahan
a. Rendah keretakan tidak pecah
b. Sederhana keretakan mempunyai sedikit pecah
c. Tinggi keretakan dalam lingkungan pecah
Punca punca Kerosakan Dan Penyelenggaraan Dilakukan

PUNCA KEROSAKAN
Berlebihan beban lalulintas pada

PENYELENGGARAAN
Melebarkan turapan atau

tepi turapan.
Penyaliran tidak baik pada turapan.
Kelebaran jalan tidak sesuai dan

memperkukuhkan tepi turapan.


Memperbaiki penyaliran.
Melebarkan tepi turapan.

beban trafik terlalu banyak pada

POLIMAS

19

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

tepi turapan.
Sokongan bearing tidak cukup.

Pembinaan semula.

V. Keretakan Bulan Sabit (Crescent Shaped Cracks)

Bentuk keretakan ini adalah separuh bulatan atau keretakan bulatan


yang melengkung ke permukaan luar.
Tanda tanda Keretakan Bulan Sabit
Berbentuk parabola dan gelinciran
Pendedahan
a. Rendah keretakan tidak pecah
b. Sederhana keretakan yang mempunyai sedikit pecah atau
melengkung ke luar permukaan turapan
c. Tinggi keretakan dalam lingkungan pecah atau melengkung
ke luar permukaan turapan
Pengukuran

Keutamaan lebar keretakan

Luas berkesan

Punca punca Kerosakan Dan Penyelenggaraan Dilakukan

POLIMAS

20

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

PUNCA KEROSAKAN
Ikatan yang kurang antara lapisan

PENYELENGGARAAN
Potong dan tampal.

haus dengan lapisan bawah.


Modulus tapak jalan rendah.
Pembinaan semula tapak.
Lapisan haus yang nipis.
Bitumen tindahan atas overlay.
Tegasan tinggi semasa menekan
brek dan pecutan pergerakan.

4.4

Membaru muka jalan (Resurfacing)

Membaru muka jalan perlu dilakukan bagi membolehkan jalan


tersebut menampung ketahanan jalan, sesuai untuk keupayaan
isipadu trafik yang dikenakan serta dapat memberikan keselesaan
kepada pemanduan. Semasa saya menjalani latihan industri di
Jabatan Kerja Raya Daerah Batang Padang, saya berpeluang
mengikuti kerja-kerja membaru muka jalan di Jalan Paku, Kampung
Baru Tanah Mas dan jalan Kampung Jawa, Batu Masjid, Ayer Kuning.

4.4.1 Cara kerja membaru muka jalan (resurfacing)

POLIMAS

21

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Aktiviti membaru muka jalan ini di mulakan dengan kerja-kerja


mencakar permukaan jalan lama mengikut kehendak piawaian JKR
atau spesifikasi atau arahan Pegawai Penguasa. Kerja mencakar ini
dilakukan dengan bantuan jentera pengikis untuk mendapatkan satu
permukaan yang dapat memberi cengkaman antara muka jalan lama
dengan muka jalan baru.

Kerja-kerja pembersihan muka jalan dilakukan dengan


semburan pembersih air compressor sebelum kerja penyemburan
lapisan bitumen emulsi atau lebih di kenali sebagai lapisan tack coat
di lakukan. Lapisan tack coat ini di semburkan dengan
menggunakan penyembur pada kadar semburan 0.23 l/m dan di
biarkan mengering selama 30 minit seperti Rajah 4.6.

POLIMAS

22

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Rajah 4.6 : pekerja sedang menyembur tack coat.

Proses penurapan premix di mana bahan premix yang biasa di


gunakan oleh JKR ialah Premix Konkrit Asfal . Kerja penurapan
premix ini di lakukan dengan jentera penghampar premix (paver)
seperti Rajah 4.7. Ketebalan premix pula adalah seperti dalam
spesifikasi dan piawaian JKR. Dalam kerja penurapan, kawalan suhu
premix adalah sangat penting. Suhu yang sesuai untuk kerja
penurapan ialah antara 135 C hingga 165 C. Jika suhu premix
terlalu tinggi, bahan pengikatnya bitumen akan kehilangan daya
pengikatnya dan akhirnya ia mudah merekah. Alat yang digunakan
untuk mengukur suhu premix seperti Rajah 4.8.

POLIMAS

23

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Rajah 4.7 : Paver digunakan untuk menghampakan premix.

Rajah 4.8 : suhu premix disukat dengan menggunakan fisometer.


Proses pemadatan turapan di lakukan dengan jentera pemadat
iaitu penggelek beroda keluli dan penggelek tayar pneumatik secara
selang-seli seperti Rajah 4.9a dan Rajah 4.9b. Turapan premix di
gelek dalam arah memanjang, mengikut corak gelekan dari tepi ke
tengah, bertindih pada setiap laluan dengan sekurang-kurangnya satu
setengah kali lebar tayar belakang untuk bahagian jalan yang lurus .
Jentera penggelek tidak di benarkan berhenti di atas premix yang
telah di padatkan dengan ketebalan yang di tentukan. Muka jalan

POLIMAS

24

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

baru tidak di buka kepada laluan trafik sehingga permukaan jalan


tersebut betul-betul mampat dan kuat.

Rajah 4.9a : Penggelek beroda keluli sedang mengelek premix.

POLIMAS

25

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Rajah 4.9b : Penggelek tayar pneumatik.

4.4.2 Masalah yang memerlukan tindakan

Masalah yang sering berlaku selepas membaru muka jalan


ialah masalah terhadap keselamatan pengguna yang berhubungkait
dengan tiang TNB dan tiang Telekom.

Masalah tersebut telah berlaku diJalan Paku. Keadaan jalan


yang telah diturap semula dan menjadi lebih lebar telah menyebabkan
tiang TNB dan tiang Telekom berada dalam keadaan yang
membahayakan kepada pemandu yang melalui jalan tersebut seperti
Rajah 4.10.

POLIMAS

26

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Rajah 4.10 : Keadaan tiang TNB dan Telekom.

Langkah keselamatan sementara dilakukan dengan


menghadang tiang tersebut dengan menggunakan barierdan
tindakan susulan akan dilakukan dengan menghantar surat kepada
pihak TNB dan pihak Telekom untuk tindakan mengalihkan tiang
tersebut dalam kadar yang segera bagi keselesaan pengguna jalan
raya.

4.5

Penyelenggaraan Bahu Jalan

Kerja-kerja penyelenggaraan bahu jalan melibatkan kerja


memotong rumput, kerja pembersihan longkang dan kerja-kerja yang
berkaitan dengan bahu jalan. Kerja-kerja penyelenggaraan ini mestilah

POLIMAS

27

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

diselia oleh seorang wakil dari JKR, bagi memantau kerja-kerja yang
dilakukan oleh kontraktor yang dipilih.

Sepanjang kerja penyelenggaraan ini dilakukan pihak kontraktor


perlu mengambil gambar sebelum kerja dan selepas kerja dilakukan bagi
memudahkan pihak JKR menilai kerja yang dilakukan oleh pihak
kontraktor tersebut.

Semasa kerja-kerja memotong rumput dilakukan di Jalan-Jalan


Negeri, kawasan Chenderiang, Kampung Jambai dan Sungai Gading di
daerah Batang Padang, saya berpeluang memantau kerja-kerja yang
dilakukan bersama dengan Juruteknik Jalan (Selenggaraan).

4.5.1 Kerja Pemotongan Rumput.

Sepanjang kerja memotong rumput serta kerja-kerja berkaitan di


Jalan-Jalan Negeri kawasan Chenderiang, Kampung Jambai dan Sungai
Gading di daerah Batang Padang dijalankan. Program kerja 11 pusingan
dilakukan bagi memudahkan kerja. Butiran program kerja yang akan
dijalankan pada setiap pusingan mestilah disediakan. Program kerja ini
hendaklah selaras dengan tempoh siap kerja.

POLIMAS

28

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Bayaran program kerja 11 pusingan akan dibayar sekali pada


bayaran pusingan pertama sahaja. Laporan siap kerja bagi setiap
pusingan mestilah mengandungi laporan bergambar bertarikh seperti
berikut :
a) Gambar sebelum mula.
-sekurang-kurangnya 5 bilangan.
b) Gambar semasa kerja pemotongan.
- sekurang-kurangnya 5 bilangan.
c) Gambar siap dan pungutan sampah dalam plastik hitam.
-sekurang-kurangnya 5 bilangan.

Langkah keselamatan semasa kerja mestilah disediakan dengan


mengadakan papan tanda sementara bagi kerja-kerja atas bahu jalan
pada setiap pusingan seperti berikut:
a) Jenis T1 ( Road Works - Pandu Perlahan )
b) Jenis WD17 ( Awas )
c) Jenis WD16 ( Caution - Berjaga-jaga )
d) Kon Plastik

Hendaklah dipasang lengkap sepanjang kawasan kerja dan masa


kerja bagi menjamin keselamatan pekerja.

POLIMAS

29

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Kontraktor yang dipilih mesti menjalankan dan menyiapkan kerjakerja memotong rumput, lalang dan lain-lain tumbuhan atas bahu jalan
dengan syarat-syarat seperti berikut :
1. Pemotongan rumput, tidak kurang 4.0 meter lebar x 2 belah x
panjang setiap laluan pada laluan seperti yang dinyatakan.
2. Pemotongan hendaklah rapat kebumi tidak kurang siap 2'' ( 50mm)
dari permukaan tanah.
3. Luas permukaan yang hendak dipotong sila rujuk lukisan
perincian, (kiri / kanan).
4. Pemotongan rumput juga perlu dilakukan disepanjang longkanglongkang yang dibina seperti longkang tanah, road side drain, dan
lain-lain longkang yang dibina di tepi jalan ( kiri / kanan ).

Setelah kerja memotong rumput siap, kerja-kerja memungut dan


membungkus sampah perlu dilakukan. Pekerja mestilah dibekalkan
dengan plastik hitam serta lain-lain peralatan kerja untuk memudahkan
kerja-kerja mengutip sampah ke dalam plastik hitam, angkut dan buang
keluar kekawasan pelupusan sampah yang diluluskan oleh Pihak
BerkuasaTempatan. Kerja pemotongan ini dilakukan sepanjang jalan
seperti berikut :

a) Jalan Chenderiang Baru ( Laluan A118 ) 5.5km


b) Jalan Chenderiang Lama ( Laluan A119 )9.0km
c) Jalan Kg. Jambai / Kg. Sg. Gading ( Laluan A135 )3.5km

POLIMAS

30

BAB 6

ATURCARA TAWARAN DAN KONTRAK

Rajah 4.11 : Kerja memotong rumput.

POLIMAS

31

Anda mungkin juga menyukai