Anda di halaman 1dari 16

KERJA TANAH

8.5.1 PENGENALAN
 Untuk mendapatkan aras pembentukan
sebagaimana dikehendaki di dalam lukisan
dan juga untuk kerja-kerja pengorekan.
 Penggunaan jentera adalah digalakkan kerana
ia dapat mengurangkan kos dan
mempercepatkan kerja.
 Kerja berkaitan pemotongan dan tambakan
tanah dari aras bumi sedia ada kepada aras
bangunan sesuatu projek.
ELEMEN YANG DIPERTIMBANGKAN

i. Aras cadangan yang menentukan isipadu


potongan atau tambakan.
ii. Kecerunan potongan atau tambakan dari
aspek kestabilan tanah.
iii. Sistem saliran air sementara untuk
mengalurkan air larian permukaan kepada
saliran sedia ada.
SYARAT-SYARAT AM KERJA TANAH

1. Bentuk asal muka bumi hendaklah dikekalkan


dan tiada penebangan pokok dengan
sewenang-wenangnya.
2. Semua pemotongan dan tambakan perlu
diselenggara dengan baik dan pemulihan
cerun yang terhakis perlu disegerakan.
3. Bentuk muka bumi yang bercerun lebih
daripada 20˚ atau berisiko tinggi hendaklah
dikekalkan.
4. Permukaan terdedah hendaklah dipelihara
dengan penanaman penutup bumi.
5. Pembukaan tanah hendaklah mengikut fasa
atau selepas fasa terdahulu siap dibina
dengan kaedah kawalan kerja tanah.
6. Kolam perangkap mendap dan sistem saliran
air hendaklah disediakan sebelum kerja
pembukaan tanah pada setiap fasa.
7. Sebarang pelepasan dari kolam perangkap
mendap hendaklah mengandungi tidak
melebihi 50mg/l pepejal terampai.
8. Halaju kenderaan berat pengangkutan tanah
di kawasan tapak dihadkan 20km/j.
9. Roda-roda jentera tanah hendaklah sentiasa
dibersihkan terlebih dahulu.
10. Bahagian muatan lori hendaklah di tutup
sepanjang pangangkutan dijalankan.
11. Pihak Majlis berhak menggunakan sebarang
syarat tambahan dan kegagalan mematuhi
syarat tersebut boleh diambil tindakan
sewajarnya tanpa sebarang notis.
8.5.2 KAWASAN SENSITIF

i. Cerun melebihi 30˚ dan kawasan rendah


kurang dari 3.5˚.
ii. Kawasan yang terlindung di dalam zon
pemeliharaan dataran tinggi dan “Mangrove
conservation area”.
iii. Penyediaan pelan topo dan cadangan potong
dan tambak perlu dikemukakan sebelum
kerja dilaksanakan.
8.5.3 KESAN KERJA TANAH YANG TIDAK
SEMPURNA
i. Tanah runtuh,hakisan tanah dan banjir.
ii. Pemendapan di kawasan rendah disekitar lot
atau tanah yang dimajukan.
iii. Sistem saliran terganggu.
iv. Sistem lalulintas tergendala.
v. Kerosakan harta benda dan tanaman.
8.5.4 SEBELUM KERJA TANAH DILAKSANAKAN

i. Patuh dan faham syarat yang dikenakan.


ii. Pastikan had dan kedudukan sempadan.
iii. Memasang papan tanda bagi memaklumkan
kepada orang ramai.
iv. Memastikan pemborong, permit dan pemaju
adalah berkelayakan.
v. Pengawas memahami kerja yang akan
dilaksanakan.
8.5.5 POTONG DAN TAMBAK

i. Penyediaan aras pembentukan : aras yang


dibentuk samada dengan menambun dan
menambak bagi menempatkan pembinaan
yang hendak dijalankan.
ii. Kerja tanah perlu dijalankan sekiranya
terdapat perbezaan aras sedia ada dengan
aras pembentukan.
8.5.6 AKTIVITI-AKTIVITI KERJA TANAH
1. KERJA TANAH
 Penyediaan aras pembentukan seperti yang
dikehendaki dan melibatkan pemotongan dan
penimbusan tanah.
 Tanah berbukit dipotong dan dibawa ke kawasan
berluruh yang ditimbus dan dipadatkan.
 Aktiviti : pembersihan,pengorekan,pemunggahan,
pengangkutan,penuangan,pemadatan dan
pencerunan.
2. PEMBERSIHAN
 Pokok-pokok perlu dibersihkan dengan
menggunakan kombinasi tenaga manusi, gergaji
elektrik, jentolak, dll.
 Lapisan atas tanah (top soil) sedalam antara 150-
300mm perlu dibuang (strip) dan dilonggokkan
untuk digunakan semula semasa menanam
rumput (turfing).
3. PENGGOREKAN
 Dilakukan untuk mendapatkan aras pembentukan
yang dikehendaki.
 Berbagai loji dapat digunakan bergantung kepada
jenis tanah di tapak bina.

4. PEMUNGGAHAN,PENGANGKUTAN & PENUANGAN


 Tanah yang dikorek perlu dibawa ke tempat lain
samada di kawasan tapak atau luar tapak.
 Keberkesanan pemunggahan memerlukan loji
pengangkutan yang sesuai dengan
lori,trak,pelonggok dengan kapasiti tertentu.
5. PEMADATAN
 Kawasan yang ditimbus perlu dipadatkan untuk
mempertingkatkan keupayaan galas,
mengurangkan kebolehan mampatan,
kebolehtelapan, hakisan, dll.
 Pemadatan dilakukan berperingkat dengan setiap
lapisan setebal 150-250mm.
 Tanah disebarkan dengan jentolak dan air disiram
untuk memberikan kelembapan yang sesuai dan
tanah dipadatkan dengan jentera pemadat.
6. PENCERUNAN
 Pencerunan bertindak mencerun,melicin,mengikis,
memotong, merebak dan membina permukaan
tebing.
 Aras yang telah siap di cerun di tanam dengan
rumput untuk menghalang hakisan.
REKABENTUK KERJA TANAH
Menentukan / mencadangkan
aras cadangan

Sediakan keratan memanjang & melintang


Mengira isipadu korekan & tambakan
Semak kestabilan cerun

Sediakan tembok penahan tanah jika diperlukan


Semak & rekabentuk keperluannya

Cadangan peparitan sementara /


Perangkap mendak ketika kerja tanah diperlukan

Anda mungkin juga menyukai