Anda di halaman 1dari 2

UJIAN KEBOCORAN PAIP DAN METER AIR

Ujian 1 - Untuk Memastikan Meter Air Berfungsi Atau Tidak


Proses:
Catatkan bacaan miter air yang berkenaan.
Buka tap air di dapur ( bekalan terus ) dan biarkan air mengalir.
Perhatikan kaunter miter air samada bergerak atau tidak.

Pemerhatian:
Apabila Kaunter air bergerak atau meningkat, itu menandakan miter air itu berfungsi.

Ujian 2 - Untuk Memastika Kebocoran Pada Paip Perkhidmatan Di Bawah Tanah.


Proses:
Lakukan Ujian 1 untuk memastikan yang miser air itu berfungsi. Jika tidak, lakukan Ujian 3.
Tutup tap air di dapur dan pastikan semua tap atau lain-lain punca bekalan air ditutup rapat.
Pastikan tiada pengaliran air ke dalam tangki simpanan.
Catatkan bacaan miter.
Tunggu sehingga 10 minit dan perhatikan pergerakan bacaan miter.

Pemerhatian:
Apabila bacaan miter air meningkat, itu menandakan terdapat kebocoran pada paip
perkhidmatan sebelum diagihkan ke tangki simpanan.

Ujian 3 - Menentukan Kebocoran Pada Paip Perkhidmatan Di Bawah Tanah


Proses:
Sambungkan hos getah pada pili dapur atau pili air terus.
Gunakan sebiji gelas dan buka pili tersebut sehingga air di dalam gelas melimpah.
Pastikan hos getah ditenggelami air di dalam gelas.
Tutup injap sesekat sebelum miter air dan pastikan tidak ada air yang melaluinya.
Tunggu sehingga 10 - 15 minit. Perhatikan paras air dalam gelas, samada menurun atau tidak.

Pemerhatian:
Paras air dalam gelas akan menurun jika terdapat kebocoran pada paip perkhidmatan di
bawah tanah.

Ujian 4 - Menentukan Kebocoran Pada Paip Agihan Selepas Tangki Simpanan Air
Proses:
Perhatikan kesan basah di lantai atau dinding pada laluan paip air.
Pastikan semua punca air dari tangki simpanan ditutup dan tidak digunakan semasa kajian
sedang dijalankan.
Tutup injap sesekat pada aliran masuk dan pastikan tiada air yang mengalir melaluinya.
Tandakan paras air di dalam tangki simpanan air.
Nota:Biasanya tangki simpanan terletak di atas siling rumah. Gunakan lampu suluh apabila
berada di atas siling. Berhati - hati dan jaga keselamatan semasa di atas siling.
Pastikan tiada penggunaan air yang berpunca dari tangki simpanan.
Tunggu selama 1 - 2 jam dan pastikan paras air dalam tangki semula samada paras air
menurun atau tidak

Pemerhatian:
Jika paras air berada dibawah paras asal, ini menandakan terdapat kebocoran pada paip
agihan selepas tangki simpanan.
Tindakan pengguna:
a. Hubungi tukang paip yang berdaftar / berlesen dengan JANS untuk kerja- kerja pembaikan.
b.Kos pembiayaan pembaikan adalah di atas tanggungan pengguna.

Sumber : Buku Panduan Pelanggan, Jabatan Air Negeri Sabah, Julai 1997