Anda di halaman 1dari 32

KEMASAN LANTAI WTP 3022

DAN DINDING JUBIN @ TILES


PENDAHULUAN
Terdapat banyak jenis kemasan yang boleh digunakan untuk kemasan lantai. Ini
boleh dipasangkan sama ada sebagai suatu lapisan jubin yang disusun atas lantai
konkrit dan kemudian dilekatkan dengan turapan simen kepadanya. Untuk memilih
lantai dan dinding yang betul – betul sesuai, beberapa faktor perlu dipertimbangkan,
iaitu jenis lantai, lantai atas atau bawah, jenis dinding, cuaca, penyaman udara,
keperluan, untuk menghindarkan dari keadaan berhabuk, beban, lalulintas di atas
nya, dan belanja penyelenggaraan. Juga perhitungan mestilah dibuat mengenai
keselesaan, harga, warna dan kualiti bahan kemasan itu sendiri.
Penjubinan digunakan sejak lama dahulu, tetapi hanya di bangunan-bangunan
tertentu sahaja mungkin kerana kosnya tinggi dan ianya merupakan bahan import
dari luar. Berbagai ukuran, bentuk dan rekabentuk serta warna yang dibekalkan dan
kini lebih unik keluarannya. Dulu bahan ini lebih dikenali sebagai marmar.
Perubahan pada masa kini berlaku dengan taraf hidup turut bertambah maju. Kini
terdapat berbagai jenis jubin di pasaran untuk memudahkan pelbagai kehendak.
Selain itu juga, jubin bukan lagi di kategorikan sebagai bahan mewah kerana
harganya begitu kompetetif, hasil dari persaingan harga pengilang.
Kemahiran memasang jubin adalah perlu untuk memenuhi matlamat utama untuk
menampakkan permukaan kemasan yang cantik. Begitu juga dengan kemahiran
memilih bahan dan alatan untuk memastikan kerja pemasangan jubin dilakukan
secara berkualiti. Dalam proses pembinaan bangunan,kemasan merupakan kerja-
kerja terakhir yang menentukan kecantikannya. Terdapat beberapa kemasan
mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ada beberapa jenis kemasan yang boleh
dilakukan pada setiap bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan.
Pemilihan jenis kemasan hendaklah dilakukan dengan cermat supaya mutu kemasan
terjamin dan dapat menjimatkan kos.
FAKTOR PEMILIHAN
KEMASAN
Pemilihan kemasan dinding bergantung kepada beberapa faktor tertentu antaranya
ialah :-
1)Keselamatan
Kemasan yang dipilih mestilah dapat menyerap bunyi, tidak licin, rata dan pastikan ianya merupakan penebat haba
yang baik.

2) Ekonomi
Kemasan yang dipilih mestilah merupakan bahan yang tidak mahal tetapi mempunyai mutu yang tinggi.

3) Mudah didapati
Kemasan tersebut mestilah mudah untuk diperolehi bagi memudahkan kerja pemasangan dilakukan

4) Kecantikan
Pemilihan rupa bentuk yang sesuai memainkan peranan penting dalam menentukan kemasan lantai dan dinding. Ini
bertujuan supaya rekabentuk kemasan dapat dipilih bersesuaian dengan tempat yang hendak dipasang.

5) Ketahanan
Kemasan yang dipilih mestilah tahan lama iaitu tidak mengalami kecacatan pada permukaannya. Ia juga mestilah tahan
lasak terhadap kelembapan, suhu, dan tidak mudah reput.

6) Penyerapan bunyi
Kemasan yang dipilih juga seharusnya dapat menyerap bunyi supaya dapat memberikan keselesaan kepada pemilik dan
penghuni
TUJUAN PEMASANGAN
Mendapatkan kemasan yang cantik dan bersih serta mudah untuk dicuci
Dengan warna dan corak yang menarik ia lebih kemas dan dengan permukaan yang
licin,mudah dicuci atau dibersihkan. Contohnya pada bahagian dapur, bilik mandi, dan lain
tempat yang berair.
Ø Memberi perlindungan kepada perubahan cuaca
Sebagai perlindungan pada bahagian luar bangunan yang terdedah pada tindakan cuaca ini
membuatkan permukaannya kekal dan tidak mudah dilekati dengan bahan kotoran.
Ø Bertindak sebagai bahan kalis air dan menahan dari kebocoran dan kelembapan
Disebabkan permukaannya yang licin atau bergerlis maka ianya menjadi bahan kalis air, lebih
terjamin sekiranya dipasang pada tempat seperti kolam takungan dan sebagainya.
LEPA
SIMEN
KEMASAN LEPA SIMEN PORTLAND BIASA ATAUPUN SIMEN BERWARNA
PADA DASAR KONKRIT MERUPAKAN SEJENIS KEMASAN LANTAI YANG
BIASA DIGUNAKAN DALAM PEMBINAAN BANGUNAN PERUSAHAAN
DAN RUMAH-RUMAH KEDIAMAN KOS RENDAH.
JENIS KEMASAN INI BOLEH DIBUAT SECARA “MONOLITHIC” IAITU
DIBUAT SEKALIGUS SEMASA LAPISAN KONKRIT DITEMPATKAN ATAUPUN
SEBAGAI LAPISAN KEMASAN YANG BERASINGAN.
PERMUKAANNYA DILICINKAN DENGAN MENGGUNAKAN PEMARAS KELULI
SEBELUM SIMEN MENGERAS.
JALUR
KAYU
KEMASAN INI TERDIRI DARIPADA PAPAN JALUR SAMA ADA DIPAKUKAN PADA BELOTI KAYU
YANG DITANAM DI DALAM LAPISAN KONKRIT ATAUPUN PADA GELEGAR LANTAI KAYU. PAPAN
JALUR HENDAKLAH BERTANGGAM LIDAH DAN LURAH ATAUPUN BERTANGGAM LEKAP.

SEBOLEH-BOLEHNYA LEBAR PAPAN JALUR MESTILAH TIDAK MELEBIHI 100MM KERANA


PAPAN YANG LEBIH LEBAR AKAN MENGECUT BERLEBIHAN DALAM PROSES
PENGERINGANNYA. PAPAN JALUR SELEBAR 75MM LAZIM DIBEKALKAN DALAM PASARAN
TEMPATAN. LANTAI JALUR KAYU BOLEH DIKEMASKAN DENGAN SAMPANG ATAU LEKAR.
JENIS KAYU KERAS SEPERTI KAYU JATI, CENGGAL DAN KEMPAS MENGHASILKAN LANTAI
KAYU YANG BERMUTU TINGGI.
PARKET
KEMASAN PARKET DIBUAT DENGAN KEPINGAN KAYU BEROTI DISUSUNKAN
MENGIKUT CORAK SEPERTI YANG DITUNJUKAN DI DALAM GAMBAR.

KAYU INI DILEKATKAN PADA KERTAS SELEBAR 300MM X 300MM SUPAYA


SENANG DILEKATKAN KEPADA DASAR KONKRIT DENGAN MENGGUNAKAN
SEJENIS GLU KHAS, PERMUKAAN PARKET PERLU DIASAH DENGAN MESIN
CANAI SEHINGGA RATA DAN LICIN. PERMUKAAN PARKET YANG LICIN DAN
BERSIH BOLEH DIKEMASKAN DENGAN SAMPANG, LEKAR ATAU LILIN. JENIS
KAYU YANG BIASA DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT LANTAI PARKET IALAH
KAYU JATI DAN KEMPAS.
JUBIN
BANYAK JENIS JUBIN BOLEH DIDAPATI DARIPADA PASARAN TEMPATAN UNTUK BERBAGAI-
BAGAI KEGUNAAN. JUBIN-JUBIN INI DIPERBUAT DARIPADA TANAH LIAT, PASIR DAN BAHAN-
BAHAN TAMBAHAN MELALUI PROSES PEMBAKARAN.
IA ADALAH KERAS DAN KALIS AIR SERTA MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT YANG TERTENTU UNTUK
KEGUNAAN KHAS, CONTOHNYA IALAH JUBIN RINTANGAN GELINCIR, JUBIN TAHAN LASAK DAN
SEBAGAINYA. JUBIN INI DIHASILKAN DALAM BEBERAPA SAIZ DAN WARNA SECARA HOMOGEN
ATAUPUN BERGRIS PADA PERMUKAANYA SAHAJA. DI CELAH-CELAH SAMBUNGAN DI ANTARA
JUBIN-JUBIN INI DIISIKAN DENGAN SIMEN PUTIH ATAUPUN SIMEN BERWARNA.
BATU
MARMAR
KEPINGAN BATU MARMAR YANG BERUPA PAPAK SEKATA ATAUPUN PAPAK TAK
SEBENTUK DILEKATKAN DI DASAR KONKRIT DENGAN MENGGUNAKAN
ADUNAN SIMEN.
PERMUKAAN LANTAI PERLU DIASAH DENGAN MESIN CANAI MENGGUNAKAN
BATU ASAH GRED KASAR (NO.24) KE GRED HALUS (NO.350) SEHINGGA RATA
DAN LICIN, KEMUDIAN DIKEMASKAN DENGAN LILIN. BATU MARMAR SUKAR
DIPEROLEHI DAN MEMERLUKAN KOS PENGHASILAN KEMASAN YANG TINGGI.
SELAIN ITU, IA MEMERLUKAN TAHAP KEPAKARAN YANG TINGGI BAGI
MENGHASILKAN KEMASAN TERSEBUT.
MOZEK
MOZEK DIPERBUAT DARIPADA TANAH LIAT DAN BAHAN-BAHAN
TAMBAHAN MELALUI PROSES PEMBAKARAN. IA MERUPAKAN
KEPINGAN JUBIN KECIL DISUSUN DENGAN BERBAGAI-BAGAI
REKABENTUK.

MOZEK BIASANYA DILEKATKAN PADA KERTAS DENGAN SAIZ SEBESAR


300MM X 300MM. PEMBINAANNYA DILAKUKAN DENGAN
MENGGUNAKAN ADUNAN SIMEN UNTUK MELEKATKAN MOZEK DI
DASAR KONKRIT. DI CELAH-CELAH INI DIISIKAN DENGAN BANCUHAN
SIMEN DAN PASIR HALUS.
PEMASANGAN KEMASAN
LANTAI
Sebelum membuat kemasan, pastikan lantai sama rata.

2. Untuk bancuhan pastikan menggunakan ratio yang betul supaya bancuhan tidak terlalu cair atau pekat (1:2)(1 – Simen 2 – Pasir)

3. Setelah siap bancuhan, susuna jubin dari hujung dinding kanan ke kiri dan atas ke bawah menjadi satu barisan sebagai ukuran

4. Untuk melekat jubin, pertama sekali letakkan hujung tali yang bertemu iaitu sebaris tali melintang dan sebaris tali memanjang

5. Kemudian ambil bancuhan simen, letakkan pada lantai seterusnya tarik simen dengan menggunakan “perata simen bergerigi” untuk meratakan sambil menjadikan
simen itu berombak

6. Letakkan jubin diatas simen berombak, seterusnya ketuk dengan menggunakan kepala tukul bagi meratakan jubin tersebut

7. Bagi memastikan keseimbangan jubin tersebut, gunakan penimbang air bagi mengetahui kecerunan jubin tersebut. Kemudian ulang proses yang sama sehingga
selesai

8. Untuk perhatian, pastikan kotoran diatas jubin dicuci dengan air menggunakan span sebelum ia menjadi keras.
CARA KEMASAN JUBIN
Langkah 1 : Apabila siap setiap jubin yang dipasang, pastikan jubin dicuci sebelum
kotoran diatas jubin menjadi keras
Langkah 2 : Selepas itu, bancuh simen grout (simen putih) dan penuhkan ruang –
ruang yang terdapat diantara jubin dan bersihkan permukaan jubin selepas simen
grout dirakam pada ruang - ruang jubin
Langkah 3 : Biarkan sehingga kering supaya jubin lebih kuat dan tahan lasak.
JENIS KEMASAN DINDING
Kebanyakan bangunan kini dibina daripada batu-bata yang dikemaskan dengan simen lepa
sebelum diturap pula dengan kemasan kedua. Antara kemasan biasa ditonjolkan adalah:
Kemasan keras membabitkan jubin seramik, jubin batu seperti marmar dan granit, tanah liat
(terracotta), simen dan batu pasir serta panel kayu. Kemasan keras dan semula jadi
sesuai bagi dinding luar kerana tahan cuaca.
kemasan lembut meliputi cat air dan minyak, kertas dinding dan panel fabrik.

Peranan dinding bukan setakat melindungi pandangan luar tetapi berfungsi pembahagi ruang
dalam rumah. Dinding dalam rumah menjurus kepada kemasan serta nilai estetika berbanding
di bahagian luar yang bertindak sebagai pelindung kesan cuaca seperti hujan, angin dan sinar
matahari.
KEMASAN
KERAS
Panel Kayu

Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang
telah sedia ada pada permukaan dinding.Papan yang digunakan mesti bertanggam
lidah atau lurah ataupun lekap.Lebar papan tidak melebihi 100mm. Jenis ini boleh
dikemaskan dengan sempang atau lekar. Jenis kayu yang digunakan adalah kayu
keras seperti jati,cengal,dan kempas.
MOZEK
Dibuat daripada tanah liat dan bahan campuran seperti serami,kaca dan marmar
melalui proses pembakaran. Terdapat pelbagai bentuk seperti segiempat sama dan
tepat dan juga segi enam. Pembinaan dilakukan dengan adunan simen 1:3 untuk
meletakkan mozek didasar konkrit. Di celah-celah sambungan diletakkan simen dan
pasir halus. Digunakan pada dinding dapur,tangga dan tandas.
JUBIN MARMAR
Kepingan jubin marmar yang berupa papak sekata ataupun papak tidak sebentuk
dilekatkan didasar konkrit denagn menggunkan adunan simen.
Permukaan dinding perlu diasah dengan menggunakan mesin canai dengan batu asah
gred kasar (No.24) ke gred halus (No.350) sehingga rata dan licin kemudian
dikemaskan dengan lilin
JUBIN
GRANIT
Terdiri daripada simen Portland dan batu serpihan granit halus atau bahan keras lain,di
campur dengan air yang cukup supaya mempunyai keplastikan yan sesuai untuk diratakan
diatas lapisan alas setebal 25mm hingga 38mm menjadi panel berukuran 3.6m. Batu
serpihan hendaklah bergred daripada 6.4mm hingga kepada ayak no. 200 (75µm).Contoh
campuran 2 simen dengan 5 granit atau 1 simen,1 pasir dan 2 batu baur.
KEMASAN
LEMBUT
Kertas Binaan ( Wallpaper )
Kini pemilik rumah kediaman lebih meminati kertas dinding iaitu salah satu alternatif
mengantikan kemasan dinding lain seperti cat. Walaupun pemasangannya agak sukar
kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan ini menjadi pilihan kerana
keunikan warna, tekstur dan corak yang menarik. Kertas dinding kebanyakannya
diperbuat dari bahan seperti vinil dan tekstil dan juga bahan daripada fabrik. Pilihan
terhadap jenis bahan kertas dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuaian dinding,
GIPSUM
BOARD
Gipsum board ialah sejenis papan yang biasa digunakan untuk sekatan pada
ruang-ruang yang luas seperti didalam pejabat,dewan,surau atau masjid. Ia
boleh dialih-alihkan dimana-mana tempat yang dikehendaki.Ia diperbuatkan
daripada bahan-bahan gypsum yang sesuai iaitu bahan kapur dan gypsum serta
berbentuk kepingan.
Sifatnya tidak terlalu keras tetapi ringan.
CA
T
Cat merupakan medium kemasan dinding yang paling mudah dan murah. Kini terdapat
pelbagai pilihan jenama cat di pasaran. Terdapat juga pelbagai jenis cat setiap satunya. Cat
terdiri dari campuran bahan air dan minyak. Cat yang berasaskan air lebih kepada 'matte
effect' berbanding cat yang berasaskan minyak yang lebih licin dan berkilat. Warna dan
pemilihan cat juga dapat membantu menaiktarafkan dekorasi ruang. Cat bewarna terang
dapat meluaskan ruang, meninggikan siling dan menjauhkan jarak, manakala cat yang
bewarna gelap akan menyempitkan ruang, merendahkan siling dan mendekatkan jarak.
Namun cat yang berwarna terang lazimnya membawa mood panas dan ringan berbanding
cat yang berwarna gelap lebih cenderung membawa mood sejuk, ekslusif dan tenang.
PEMASANGAN
KEMASAN DINDING
Terdapat beberapa kaedah kemasan dinding yang boleh dilakukan selepas kerja –
kerja lepaan antaranya adalah kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan
skim, kemasan shanghai dan kemasan kerutu. Kemasan ini dikenali sebagai lapisan
ketiga selepas kerja – kerja lepaan iaitu lapisan asas dan lapisan pertengahan.

Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing)

Langkah 1 : Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge


Trowel) yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan
permukaan pasir.

Langkah 2 : Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir


kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan
memudahkan kerja-kerja merata dengan span.
KEMASAN KERUTU (ROUGH
CAST FINISHING)
Langkah 1 : Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan dilepa.
Langkah 2 : Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di masukkan ke dalam
mesin penyembur ( Rough Cast Machine).
Langkah 3 : Kemudian di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak yang
dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding hiasan sama di dalam
atau di luar sesuatu binaan.
KEMASAN SHANGHAI
Langkah 1 : Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai).

Langkah 2 : Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan
permukaan yang sama dan rata.

Langkah 3 : Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray)
untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles.

Langkah 4 : Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan
batu tersebut.

Langkah 5 : Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih.

Langkah 6 : Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering, sapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya kelihatan
berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.
KEMASAN LICIN (CEMENT
FACE)
Langkah 1 : Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang pekat
(Cement Slurry)
Langkah 2 : Kemudian bancuhan simen itu di ratakan pada permukaan lepaan dengan
menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan permukaan yang
licin.
Langkah 3 : Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh
ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata
pada keseluruhannya.
Langkah 4 : Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering.
KEMASAN
SIMEN
KEBAIKAN
KEBURUKAN

Anda mungkin juga menyukai