Anda di halaman 1dari 45

WTP 1012 SITE PREPARATION

PENGENALAN

• Sebelum kerja-kerja pembinaan sesebuah pembinaan


dapat dijalankan, tapaknya mestilah dikenalpasti,
sempadannya ditentukan dan kawasannya dibersihkan.
Kerja menanda kedudukan bangunan dikenali sebagai
merancang tanda tapak.
DEFINISI MERANCANG TANDA

• sebagai Penandaan garisan bangunan yang menjajarkan


posisi dan aras elemen bagi kerja pembinaan supaya
kedudukan bahagian-bahagian bangunan dapat dibina
dengan rujukan penandaan yang diperolehi .
KERJA-KERJA SURVEY KAWASAN TAPAK

• Kerja survey merupakan proses mengukur dalam


menentukan ketepatan posisi, ketepatan aras tapak
supaya kerja-kerja penambakan dan pemarasan tanah,
penempatan struktur dapat dilakukan dengan tepat
dalam sempadan yang betul.
MENGENALPASTI DAN PENENTUAN SEMPADAN

• Langkah pertama dalam


mengenalpasti sempadan tapak adalah
memeriksa maklumat ruangan tajuk dan
maklumat hartanah bagi memastikan
posisi sempadan.
• Bagaimanapun garisan yang
membentuk persempadanan yang tercatat
pada pelan berdaftar hanya
mempamerkan sempadan secara umum.
Ia tidak dapat mengenalpasti posisi
sempadan tanah yang sebenar secara
tepat.
MENGENALPASTI DAN PENENTUAN SEMPADAN
• Ia perlu melalui proses mengukur /survey
bagi menentukan batu lot dan memastikan
sempadannya tepat mengikut pelan tapak
Kerja-kerja pengukuran ini dilakukan
berpandukan kepada 3 elemen iaitu
bearing, jarak dan koordinat.
JARAK (LEVELLING)
• Jarak adalah garisan mendatar dari satu
titik ke satu titik. Pengukuran jarak
langsung dapat dilakukan dengan
menggunakan peralatan seperti pita ukur.
Pengukuran dengan alat-alat ini biasanya
digunakan untuk mengukur kawasan yang
tidak begitu luas.
• Bagi Kawasan yang lebih luas,
pengukuran jaraknya perlu menggunakan
peralatan seperti theodolith dan waterpass.
JENIS-JENIS PERALATAN SURVEY

i. Kompas
• Kompas merupakan alat
navigasi penunjuk arah
sesuai dengan magnetik
bumi secara tepat.
JENIS-JENIS PERALATAN SURVEY
ii. Tiodolit
• Tiodolit adalah suatu alat piawai yang
digunakan bagi membuat pengukuran
sudut ufuk dan sudut memugak di antara
titik-titik cerapan.
• Secara umum tiodolit boleh dibahagikan
kepada tiga jenis berdasarkan
• cara bacaan sudut dibuat iaitu:
a. Tiodolit Vernier
b. Tiodolit Optik
c. Tiodolit Elektronik
JENIS-JENIS PERALATAN SURVEY
iii. Setaf
Staf aras ialah alat untuk memberi bacaan dalam
kerja mengukur jarak menegak di atas atau di
bawah garis kolimatan
Setaf yang digunakan adalah setaf metrik yang
boleh dipanjang dan dipendekkan.
Panjangnya adalah 4 atau 5meter yang
bersambung-sambung.
JENIS-JENIS PERALATAN SURVEY
iv.Kakitiga Alat Aras/Tripod
• Digunakan untuk memegang alat aras
dalam tempoh kerja ukur. Terdapat dua
jenis kaki tiga bagi kegunaan alat aras.
Bagi alat aras dompot dan jongkit,
kebiasaannya permukaan tapak kaki tiga
adalah rata. Manakala bagi alat aras
automatik, permukaan tapak kaki tiga
adalah berbentuk melengkung bagi
memudahkan lagi kerja-kerja pengarasan.
JENIS-JENIS PERALATAN SURVEY
v.Alat aras Dompot (Dumpy Level)
• Terdiri daripada tiub gelembung yang
diletak pada teleskop dan teleskop ini
ditampung oleh plat atas. Teleskop alat
aras ini hanya boleh berputar pada satah
mengufuk sahaja. Untuk kerja ukur aras
yang tepat menggunakan alat aras dompot
ini, dua perkara berikut perlu diberi
perhatian iaitu:
i) Paksi tiub gelembung aras mestilah selari
dengan garis kolimatan
ii) Kedua-dua yang tersebut ini mestilah
bersudut tepat kepada paksi pugak pelan
JENIS-JENIS PERALATAN SURVEY
vi.Prisma
• Prisma tunggal digunakan bagi merancang
sudut tepat dan garisan serenjang. Alat ini
dipasang diatas tripod bagi membolehkan
penglihatan dibuat pada sudut tepat
apabila melihat melaluinya
JENIS-JENIS PERALATAN SURVEY
vii.Range Pole
• Rod yang bergaris pusat 30mm,
panjangnya antara 4m-6m (2m - 3m
dipanggil ranging rod), dicat merah dan
putih atau hitam dan putih berselang seli di
buat daripada gentian kaca, kayu atau
keluli. Ia digunakan untuk melihat dan
menanda titik pada garisan ukur yang
sangat panjang.
JENIS-JENIS PERALATAN SURVEY
viii.Pita Pengukur/ Meter Laser
• Pita Ukur Pita ukur terdiri dari pita invar,
pita keluli, pita linen, atau pita sintetik.
Panjang setiap satu biasanya adalah 20m,
30m, 50m atau 100m. Ia digunakan untuk
mendapatkan jarak di antara stesen-
stesen, garisan ofset dan mengukur
dimensi butiran.

• Selain menggunakan pita ukur, ukuran


juga boleh diambil menggunakan meter
Laser. Ia mengukur jarak menggunakan
laser beam dimana jarak ditentukan
sehingga ke objek
KOORDINASI KERJA ARAS
• Adalah satu cara untuk menentukan atau
menempatkan sesuatu titik dalam sesuatu
grafik. Kaedah penentuan titik-titik tersebut
dilakukan mengikut jenis kordinat iaitu
kordinat Cartesius dan kordinat kutub.
• Kordinat Cartesius diguna untuk
menentukan setiap titik dalam bidang
dengan dengan menggunakan 2 bilangan
yang yang disebut kordinat X dan kordinat
Y.
KAEDAH MEMANCANG
• Kerja–kerja merancang tanda melibatkan
pemacangan pacang-pacang kayu untuk
menentukan kedudukan struktur di atas
tanah sebelum bermulanya pembinaan Ini
bermakna memacang merupakan
sebahagian dari kerja merancang tanda
dimana pacang –pacang ditanam bagi
tujuan menanda keempat-empat penjuru
bangunan.
PERKAKASAN MERANCANG TANDA TAPAK
• Perkakasan yang digunakan berdasarkan
kaedah yang digunakan. Kaedah Survey
akan menggunakan peralatan Theodolite
atau dumpy level, tripod dan staff. Kaedah
Garisan tengah akan menggunakan alat-
alat seperti alat aras spirit sesiku
bangunan, tukul dan batu ladung. Bahan-
bahan yang digunakan terdiri dari kayu
untuk membina pacang, paku, tali cat dan
konkrit.
• Samada Kaedah survey atau Kaedah
Garisan tengah , keduanya menggunakan
Pancang ukur Tapak dan Pacang-Pacang
Tanda.
PERKAKASAN MERANCANG TANDA TAPAK
i)Pacang Tanda (kayu)
• Ialah kayu runcing dihujungnya dengan
saiz standard 50mm x50mm x 600mm.
Diguna untuk memegang tali yang
direntang bagi menanda lokasi atau poin-
poin dalam kerja merancang tanda.
PERKAKASAN MERANCANG TANDA TAPAK
ii)Pancang Ukur Tapak
• Terdiri daripada dua bahagian iaitu kayu
tegak dan kayu lintang. Dibina dalam dua
bentuk/jenis iaitu berasingan dan
berterusan mengikut bentuk bangunan
• Binaannya dibuat dalam dua bentuk iaitu
kayu lintang dipaku pada bahagian atas
hujung kayu tegak dipanggil “Saddle” dan Rajah 2.17: Hurdle
hujung sisi kayu tegak dipanggil “Hurdle” Rajah 2.18:
Saddle

Rajah 2.19: Pacang Ukur


Pepenjuru
ISTILAH DALAM MERANCANG TANDA
i.Garisan bangunan iii. Batu sempadan
• Garisan luar yang meliputi sesuatu • Tiang kecil yang diperbuat daripada konkrit
bangunan. yang ditanam oleh Jabatan Ukur untuk
ii.Aras datum menentukan sempadan sesuatu lot tanah.
• Satu aras yang diambil sebagai panduan
untuk menandakan aras yang lain bagi iv. Nombor lot
bangunan yang akan didirikan. Di tapak • Tiap-tiap satu lot yang telah diukur oleh
bina, datum ini boleh dibuat dengan Jabatan Ukur diberikan satu nombor untuk
membina satu tiang bata yang sementara rujukan
ataupun menandakan pada binaan
berdekatan yang sedia ada.
v. Garisan asas dan tembok v. e)Garisan dasar
Garisan hadapan yang menjadi garisan rujukan untuk
• Garisan yang mewakili posisi dan lebar semua garisan
asas serta tembok. Tujuannya bagi Garisan dasar biasanya akan menjadi garisan bangunan.
membentuk garisan penggalian peparit. Jaraknya ditentukan oleh pihak berkuasa. Bagaimana
pun ia adalah dua garisan yang berbeza. Maknanya
Garisan dasar boleh berada di atas garisan bangunan,
boleh juga berada dibelakangnya tetapi bukan di
hadapan garisan bangunan.
Garisan ini akan menjadi garisan rujukan yang
menghubungkan semua garisan.
MENTAFSIR PELAN TAPAK
• Pelan tapak bangunan hendaklah diteliti • e. Kemudahan-kemudahan – paip air,
untuk mengetahui kehendak-kehendak bekalan elektrik, telefon, paip gas,
arkitek sebelum kerja merancang tanda pembetungan awam dan lain-lain.
dimulakan. Pengetahuan ini memberi • f. Kedudukan sungai, paya, lombong
bantuan dalam perancangan yang lebih dan lain-lain lagi yang berdekatan.
berkesan dan menguntungkan. Pentafsiran • g. Kontur dan kecerunan tanah tapak.
hendaklah mengambil kira perkara-perkara
yang berikut : a. Skala, anak panah
utara (north arrow), aras datum, tarikh ukur
tanah.
• b. Garisan sempadan
• c. Kedudukan bangunan dan struktur
lain seperti asas, tembok, pagar, tangga
dan sebagainya.
• d. Keadaan jiran – bangunan, jalan,
saliran air dan sebagainya.
MENGARAS TAPAK

• Tapak bangunan perlu diaraskan terlebih


dahulu untuk mengetahui berapa banyak
tanah yang hendak dipotong atau
ditambah dan juga menentukan
pemandangan daratan. Pengarasan ini
biasanya dilakukan oleh juru ukur
menggunakan alat aras dan stafnya
KAEDAH MERANCANG TANDA TAPAK

• Pada peringkat ini kaedah merancang tanda dibahagi


kepada dua iaitu:
• i)Kaedah survey - menggunakan theodolite dan
dumpy level
• ii)Kaedah Garisan tengah- Menjajar menggunakan
sesiku keluli bangunan
KAEDAH SURVEY
• Kaedah survey digunakan bagi • i)Kepentingan Kaedah Survey
merancang tanda posisi tepat struktur • Membolehkan pembinaan dilakukan
dalam sempadan sah mengikut undang- dalam sempadan yang sah. Ia penting bagi
undang. Ia amat penting dan berguna memastikan tiada berlaku pertikaian
apabila menyediakan sebarang kerja-kerja dikemudian hari.
pembinaan. • Membolehkan pasukan pembinaan
• Secara asasnya merancang tanda membina dengan tepat mengikut pelan
survey melibatkan pemindahan bangunan • ii) Bila Rancang tanda Survey diperlukan?
yang direkabentuk kepada tapak bina.
• Apabila membina sebarang bangunan
• Diguna bagi projek bersekala besar dari kecil ke bangunan komersial yang
seperti pembinaan bangunan tinggi besar atau pencakar langit
• Apabila membina
jalan,jambatan,terowong dan sebagainya
• Melakukan pembesaran kepada
bangunan sedia ada
KEDAH GARISAN TENGAH
• Kaedah ini menggunakan pacang ukur
tapak ,pacang dan tali yang diguna bagi
merancang tanda garisan tengah untuk
membahagi ruang-ruang. . Tali diguna
bagi merentang antara pacang tanda ke
pacang tanda yang lain untuk bertindak
sebagai garisan tengah bangunan. Tali
yang direntang dilaras dengan
menempatkan pada tengah ketebalan
tembok
KAEDAH GARISAN TITIK TENGAH
i)Tentukan saiz bangunan yang dirancang,
Guna pita pengukur dan pacang tanda untuk ix)Tanda tebal tembok dan lebar asas
penandaan. berpandukan titik tengah.
ii)Rentang tali antara dua poin, misalnya BC Garisan penggalian boleh ditentukan
berpandukan garisan asas
iii)Rentang tali pada penjuru pertama BA
iv) Tentukan kepersegian dengan kaedah
3:4:5
v)Lengkapkan rentangi tali bagi membentuk
garisan tengah petak ABCD.
vi)Tentukan kepersegian sekali lagi dengan
mengukur secara menyerong/ diagonal bagi
keseluruhan petak AC dab BD
vii)Pacak pacang ukur tapak disetiap penjuru
viii)Panjangkan garisan tengah ke pacang
ukur tapak
KAEDAH GARISAN TITK TENGAH
• i)Bila Rancang tanda Garisan tengah
diperlukan?
• Lazimnya kaedah ini lebih praktikal dan
sesuai apabila membina bangunan bersaiz
kecil dan sederhana
PROSES MERANCANG TANDA TAPAK
a)Langkah pertama merancang tanda
bermula dengan mengenalpasti garisan
bangunan dan tandakan posisinya. Jarak
posisinya dengan sempadan rujukan
ditentukan melalui 3 cara iaitu
• Garis tengah jalan raya
• Garisan bendul jalan
• Bangunan sedia ada

Jarak garisan
dasar/garisan
bangunan dengan
sempadan
Rujukan ditentukan
oleh pihak berkuasa
PROSES MERANCANG TANDA TAPAK
• b)Disusuli dengan membuat jajaran
garisan dasar (base line) yang diplot pada
garisan bangunan. Jajaran garisan dibina
menggunakan tali yang direntang dengan
bantuan pacang-pacang tanda.

Pacang tanda
kedua di
tempatkan pada
jarak mengikut Pacang tanda
lebar bangunan pertama di
bagi membentuk tempatkan
garisan hadapan pada jarak “D”
daripada
sempadan
PROSES MERANCANG TANDA
• Kemudian kedudukan kedua-dua sudut
bagi bangunan tersebut, iaitu titik A & B,
ditandakan pada garisan pertama ini
dengan menggunakan pancang kayu
berukuran 50mm x 50mm x 300mm
• Kedudukan yang tepat bagi sudut-sudut
bangunan ini dipakukan pada pancang-
pancang tersebut di titik A dan B.

A B

JALAN
PROSES MERANCANG TANDA
• Di atas garisan AB tanamkan pancang
pada F dengan jarak 3m dari A, dan
pakukan pada pancang ini kedudukan
tepat 3 m dari A.

• Dapatkan kedudukan E dengan menarik


pita pengukur dari A dan F supaya
jaraknya tepat 4m dari A dan 5m dari F.
Sudut EAF adalah sudut tepat 90º
E
(berdasarkan 3,4,5 bagi segitiga bersudut
tegak).
F

4 5

3
PROSES MERANCANG TANDA
PROSES MERANCANG TANDA
• Kedudukan titik D didapati dengan
menyusul AE dan diukur dengan pita
pengukur.

D
PROSES MERANCANG TANDA
• Kedudukan titik C boleh didapati dengan
menarik pita pengukur dari D dan B
mengikut ukuran DC dan CB. Pancang
ditanamkan dan kedudukan C yang tepat
dipakukan.
• Menguji kejituan kerja merancang tanda
dengan mengukur jarak pepenjuru AC dan C
BD. AC = BD menunjukkan sudut-sudut
dalam segiempat ABCD adalah sudut tepat.
Cara ini adalah lazim diamalkan. Kaedah
lain ialah dengan menggunakan alat aras
dan sesiku binaan. Sesiku binaan adalah
sesiku yang besar (1.8m x 2.4m, saiznya
tidak tetap dan dibuat mengikut keadaan
yang memerlukannya). Diperbuat daripada
kayu dengan sudut tepat. Alat ini khas
dibuat untuk mendapatkan sudut tepat
dalam merancang tanda tapak.
PROSES MERANCANG TANDA
PANCANG UKUR TAPAK
• Selepas kedudukan tembok bangunan • Tanda-tanda kedudukan bangunan
ditandakan, tindakan hendaklah diambil dipindahkan ke pancang ukur tapak ini dan
untuk mengekalkan tanda-tanda ini. juga ditambahkan tanda-tanda kedudukan
asas, tembok-tembok sekatan dan
• Kaedah ini membolehkan tanda-tanda sebagainya yang tidak ditanda di atas
kedudukan bangunan dipindahkan kepada tapak tadi.
pancang ukur tapak semasa kerja-kerja
menggali peparit untuk asas dilakukan. • Tanda-tanda ini hendaklah dibuat secara
Pancang ini didirikan di sekeliling garisan kekal dengan memaku ataupun digergaji
bangunan dengan jarak sekurang- supaya tidak mudah hilang. Tanda-tanda
kurangnya 1.2 m dari garisan tersebut. kedudukan tembok boleh dibuat mengikut
Jarak ini diperlukan supaya pancang yang cara garisan tengah ataupun garisan tepi
didirikan itu tidak mengganggu kerja-kerja bergantung kepada kehendak spesifikasi.
pembinaaan yang akan dijalankan.
PANCANG UKUR TAPAK

m
1.2
PANCANG UKUR TAPAK
• Pancang ukur tapak boleh dibuat di
sekeliling bangunan ataupun pada
penjuru-penjuru bangunan sahaja. Bahan
yang digunakan tidak semestinya kayu
tetapi tembok bata sementara juga boleh
digunakan. Pancang ukur tapak ini
hendaklah rata untuk memastikan ukuran
yang tepat.
• Aras yang diperlukan adalah berpandu
pada aras datum yang telah ditetapkan.
Pemindahan aras dari datum ke bangunan
boleh dibuat dengan menggunakan alat
aras atau menggunakan hos air dan
tandakan kepada pancang yang ditanam
ke dalam tanah.
KAEDAH MEMINDAH ARAS DENGAN HOS AIR
• Kegunaan hos air sebagai alat aras adalah
berdasarkan kepada prinsip bahawa air
mencapai aras yang sama di mana-mana
dalam sesuatu kandungan yang sama.
Hos air yang lutsinar berisi air merupakan
alat yang senang digunakan untuk
memindahkan aras dari satu tempat ke
satu tempat yang lain di tapak bina.

• Saiz hos yang sesuai digunakan berubah


dari 5mm diameter hingga 20mm diameter
diperbuat daripada getah atau plastik yang
lutsinar.
KAEDAH MEMINDAH ARAS DENGAN HOS AIR
• Hos itu hendaklah diisi dengan air terlebih
dahulu dan hendaklah dipastikan tiada
buih atau ruang-ruang udara yang terdapat
di dalamnya. Satu hujungnya diletak
dengan tanda A (lihat rajah) yang
merupakan aras asal sebagai aras rujukan.
Hujung yang satu lagi ditempatkan pada
tempat yang hendak disearaskan,
misalnya pada titik B. Apabila aliran air di
dalam hos berhenti, didapati aras B adalah
sama tingginya dengan aras A. Tempat-
tempat yang lain boleh juga ditandakan
dengan cara yang sama untuk
mendapatkan aras yang sama.

Anda mungkin juga menyukai