Anda di halaman 1dari 122

PENYEDIAAN TAPAK

PENDAHULUAN Dalam usaha melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan awam, kerja tanah merupakan salah satu operasi terpenting dan perlu diberi perhatian utama untuk menjamin kestabilan sesebuah struktur binaan. Pembinaan yang dibuat tanpa mengambilkira ciri-ciri kerja tanah tertentu dapat menimbulkan beberapa masalah seperti keretakan pada bahagian lantai konkrit, keretakan pada dinding dan bahagian struktur lain akibat enapan tanah yang tidak sekata. Kerja tanah merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan tapak, pemotongan dan pemadatan, pemeringkatan serta pembentukan teres.

PENYEDIAAN TAPAK Penyediaan tapak dilakukan dengan membersihkan kawasan pembinaan daripada tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan jentolak atau jentera-jentera lain yang sesuai. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan lapisan tanah atas yang kebiasaanya lembut dan tidak diperlukan di dalam pembinaan. Tebal lapisan yang dipotong terletak diantara 150mm hingga 300mm dan ianya bergantung kepada keadaan tapak dan jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan tapak pembinaan. Pembersihan Tapak Pembersihan tapak dilakukan sebaik saja kerja ukur lokasi selesai dijalankan. Peringkat permulaan pembersihan tapak melibatkan kerja-kerja membuang tumbuh-tumbuhan dari bumi asal dan bahan tambahan. Ini bertujuan untuk mengelakkan tumbuhan yang reput meninggalkan rongga-rongga yang boleh mengakibatkan mendapan. Di samping itu, ia juga dapat mengelakkan gangguan ke atas proses pemadatan subgred yang akan dijalankan. Pembersihan tapak bergantung pada lokasi pembinaan jalan. Kerja-kerja pembersihan tapak biasanya akan melibatkan beberapa perkara seperti membuang rumput rampai, belukar kecil dan pokok tanaman yang terdapat pada tapak projek. Selain itu ia juga melibatkan proses menebang pokok dan menugal tunggul kayu. Dan akhir sekali membuang akar kayu sehingga 1m di bawah subgred. Manakala bagi kawasan bandar, pembersihan tapak lebih rumit kerana melibatkan pemindahan dan penempatan sementara orang ramai, tempat perniagaan, kemudahan awam dan kemudahan infrastuktur dalam tanah. Faktor dijalankan Operasi Pembersihan Tapak Kos untuk melakukan pembersihan tapak adalah bergantung pada kawasan yang hendak dibersihkan. Biasanya pemaju akan mengupah pihak tertentu untuk membersihkan kawasan tapak pembinaan. Bagi pemaju yang melakukan pembersihan sendiri ianya dapat mengurangkan kos mengupah orang lain. Untuk kawasan hutan memerlukan jentera untuk menumbangkan pokokpokok besar. Bagi kawasan berbukit pulak beberapa langkah pemotongan, penambakan perlu dilakukan dan ini memerlukan kos yang lagi besar.

Selain itu juga ia disebabkan oleh kesan daripada pokok dan stuktur lain. Sekiranya suatu tapak pembinaan tidak melakukan pembersihan tapak ia amat menyukarkan ketika kerja pembinaan dilakukan. Struktur pokok dan bangunan sedia ada menganggu projek pembinaan. Keselamatan juga kurang terjamin kerana kebarangkalian pokok akan tumbang adalah tinggi yang membawa risiko kepada para pekerja. Disamping itu, pemaju dapat menggunakan semula bahan yang sedia ada pada tapak projek dengan menjalankan Operasi Pembesihan Tapak Penggunaan. Kerja pembersihan tanah ini tidak semestinya membersihkan keseluruhan kawasan tapak. Pokok-pokok yang tidak menganggu boleh dibiarkan untuk dibuat hiasan di kawasan pembinaan setelah siap nanti. Faktor yang terakhir sekali ialah bagi menjamin keselamatan orang ramai dan persekitaran. Sebelum suatu pembinaan itu dilakukan perlulah membuat kerja pembersihan tapak kerana dikhuatiri terdapat tumbuhan yang berbahaya kepada orang awam terutama pekerja. Unsur ini sangat penting untuk menjaga keselamatan orang ramai, pekerja dan persekitaran. PEMBERSIHAN TAPAK DAN KERJA TANAH Pembersihan tapak Pembersihan tapak dilakukan sebaik sahaj ukur lokasi selesai dijalankan. Peringkat permulaan pembersihan tapak melibatkan kerja-kerja membuang tumbuh-tumbuhan daripada bumi asal dan bahan tambakan. Ini bertujuan untuk mengelakkan tumbuhan yang reput meninggalkan rongga-ronga yang boleh mengakibatkan mendapan. Di samping itu, ia juga dapat mengelakkan ganguan ke atas proses pemadatan subgred yang akan dijalankan. Pembersihan tapak bergantung pada lokasi pembinaan. Kerja ini melibatkan perkara seperti berikut : Membuang rumput-rampai, belukar kecil dan pokok-pokok tanaman. Menebang dan menugal kayu Membuang akar kayu sehingga 1 m dibawah subgred.

Bagi kawasan Bandar, pem bersihan tapak lebih rumit kerana melibatkan pemindahan dan penempatan sementara orang ramai, tempat perniagaan dan kemudahan infrastruktr dalam tanah. Kerja tanah

Kerja tanah melibatkan proses menyediakan aras formasi seperti yang di kehendaki dalam lukisan kerja tapak, bedasarkan aras garisan dasar dan dantum yang telah dipancang tanda, kerja pemotongan dan penambakan tanah dilakukan, manakal kerja penambakan tanah dilakukan bagi kawasan yang mempunyai aras tanah yang lebih rendah daripada aras formasi. Sebelum kerja pemotongan dan penambakan tanah dilakukan, kolam takungan banjir dan perangkap mendap di bina terlebih dahulu yang bertujuan mengawal hakisan dan mengelakkan banjir dikawasan hilir. Selepas pembersihan tapak selesai dilakukan, kerja tanah boleh dimulakan. Ia melibatkan kerja berikut: i. ii. iii. Pengorekan Pemunggahan (pengangkutan) Pelonggokan

Kerja penempatan untuk saliran, longkang dan pembinaan jambatan dibuat semasa operasi kerja tanah ini. PEMOTONGAN, PEMERINGKATAN DAN ENAMBAKAN

Rajah: Operasi pemotongan dan penambakan tanah Operasi pemotongan dan penambakan Operasi ini melibatkan kerja memindahkan tanah daripada kedudukan asalnya. Kerja pemotongan tanah dilakukan jika aras formasi tapak binaan lebih rendah daripada tanah asal, manakala kerja penambakan dilakukan jika aras formasi tapak binaan lebih tinggi daripada tanah asal. Kerja penambakan perlu dilakukan dengan menggunakan tanah daripada hasilkan pemotongan atau daripada kawasan lain. Tanah yang ditambak perlulah dipadatkan dengan betul.

Keratan membujur formasi tapak binaan

Faktor berikut perlu diberi perhatian semasa melakukan pemadatan tambak:a) Kandungan lembapan tanah Kandungan lembapan yang terdapat dalam tanah tambak perlu diketahui terlebih dahulu bagi menetukan jentera yang sesuai digunakan dan kaedah pemadatan yang perlu dilakukan ke atas tanah tersebut. Bagi tanah tambak yang terlalu kering, ia perlu dibasahkan bagi memudahkan proses pemadatan. b) Jentera pemadatan Penggunaan jentera pemadat yang berat dapat mempercepatkan proses pemadatan. Kelajuan dan jumlah bilangan larian jentera yang juga mempengaruhi proses pemadatan tanah. c) Ketebalan setiap lapisan yang dimampatkan Lapisan yang tebal adalah sukar untuk dimampatkan. Oleh itu, proses pemadatan dilakukan secara berperingkat-peringakat dengan membuat lapisan mampatan yang nipis. CERUN Pembentukan cerun adalah disebabkan oleh lereng semula jadi atau lereng buatan manusia. Cerun yang curam ialah cerun yang tidak stabil. Ketidakstabilan ini boleh menyebabakan pergerakan tanah ke bawah lereng yang dikenali sebagai kegagalan cerun. Kegagalan cerun boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

Jenis cerun Cerun terbahagi kepada dua jenis, iaitu cerun terhingga dan cerun tek terhingga. a) Cerun terhingga

Cerun terhingga juga dikenali sebagai cerun pendek kerana kedalaman lengkung gelinciran agak relatif dengan panjang permukaan kegagalan cerun. Permukaan cerun ini mengalami kegagalan dalam bentuk arca atau lengkung bulat dan lengkung tidak bulat. Ketidakstabilan cerun terhingga mungkin disebabkan oleh jumlah berat jisim tanah yang terdapat di atas permukaan kegagalan. Untuk tanah homogen, bentuk kegagalan yang berlaku didapati berbentuk lengkung bulat, manakala bagi tanah yang tidak homogen, permukaan gelongsornya tidak berbentuk bulat. b) Cerun tak terhimgga

Cerun ini juga dikenali sebagai cerun panjang dan kegagalan permukaannya selari dengan permukaan bumi. Kegagalan permukaan berbentuk gelinciran peralihan dan gelinciran majmuk. Ia dipengarhi oleh kehadiran stsrum bersebelahan yang mempunyai kekuatan yang berbeza. Gelinciran peralihan berlaku apabila stratum bersebelahan berada pada kedalaman yang besar, iaitu pada permukaan kegagalannya terdapat keratin yang berbentuk lengkung.

PEMADATAN Di dalam proses pemadatan, agregat-agregat tanah akan dipadatkan dan ruang rongga yang kasar akan hilang. Agregat tanah akan pecah dan struktur tanah menjadi MASIF (tidak berstruktur). Selain itu, ketelapan air terganggu di antara zarah-zarah tanah. Jadual di bawah menunjukkan kesan pemadatan tanah terhadap kandungan ruang rongga dan ketumpatan pukal tanah. Kesan pemadatan terhadap isipadu tanah

Tekanan (kPa)

-------- isipadu ruang rongga (%) ------ Saiz ruang rongga (mm)
> 150 15-150 1-15 <1

5.8 14.8 45.0 113.8

21.1 12.5 9.4 6.2

35.7 33.9 22.7 12.2

10.9 13.6 19.2 16.9

32.3 40.0 47.7 64.9

Tekanan disebabkan oleh penggunaan jentera berat. Pemadatan tanah akan menyebabkan ketumpatan pukal bertambah dengan kata lainnya ialah low oxygen diffusion rate. Selain itu, rintangan untuk akar-akar mengembang. Berlakunya kekurangan kadar infiltrasi di antara zarah-zarah tanah serta jumlah air masuk dan tersimpan akan berkurang. Pemadatan merupakan satu proses untuk meningkatkan ketumpatan tanah dengan merapatkan zarah-zarah tanah secara mekanikal. Proses ini akan melibatkan proses pengubahsuaian kandungan air tanah termasuk penggredan tanah itu sendiri. Selain itu proses ini juga akan menyebabkan pengurangan isipadu udara tanpa mengubah kandungan air dalam tanah. Di dalam pembinaan tambakan tanah untuk asas jalanraya, lebuhraya ,asas bangunan dan struktur kejuruteraan awam yang lain, pemadatan dilakukan secara mekanikal dalam lapisanlapisan tertentu yang selalunya berubahubah mengikut pemilihan jentera pemadat antara 75mm hingga 400mm bergantung kepada keperluan sesuatu projek itu sendiri. Untuk tanah berzarah kasar (tidak jelekit) pemadatan selalunya dijalankan menggunakan kaedah getaran (vibrator). Untuk tanah berzarah halus (tidak jelekit) kaedah yang sesuai digunakan ialah menggunakan jentera pemadat yang biasa iaitu penggelek (roller) dan pelantak (tampers).

Darjah pemadatan sesuatu tanah diukur dalam sebutan ketumpatan kering ,iaitu jisim pepejal per unit isipadu tanah .Pemadatan yang sesuai hanya berlaku pada kandungan air yang optimum . Antara faktor yang mempengaruhi pemadatan tanah ialah kandungan kelembapan tanah yang digunakan, tenaga mampatan yang dikenakan ke atas tanah dan sifat-sifat tanah. Berdasarkan graf yang diplotkan, kita mendapati graf yang di plot akan membentuk satu lengkung dimana ia akan meningkat pada awal sehingga satu takat maksima iaitu lebih kurang 1.8Mg/m3 iaitu pada ketika nilai kandungan lembapan adalah optimum iaitu 23%. Akan tetapi nilai ketumpatan tanah ini turun kembali. Jadi kita boleh katakan disini bahawa didapati ketumpatan kering tanah meningkat apabila kandungan air meningkat, ini adalah kerana selaput air yang terhasil semakin membesar di sekeliling zarah tersebut yang bertindak sebagai pelincir dan ia membolehkan pergerakkan zarah yang lebih mudah dan zarah-zarah itu menyusun semula dalam satu susunan yang lebih padat. Walau bagaimanapun ,kita akan mencapai satu tahap peratusan kandungan air yang mana ketumpatannya tidak akan meningkat lagi. Pada takat ini, air akan mula menggantikan zarah tanah di dalam acuan. Tetapi apabila kandungan air melebihi nilai optimum air yang hadir akan memisahkan zarah-zarah tanah. Jadi tanah yang di padatkan akan mempunyai ketumpatan kering yang rendah dan nisbah lompang yang tinggi. Secara umumnya, semakin tinggi darjah pemadatan sesuatu tanah semakin tinggi kekuatan ricihnya dan semakin kurang pula kebolehmampatanya serta semakin rendah kebolehtelapannya. Apabila berada di lapangan pula, pemadatan dijalankan dengan menggunakan penggilik. Terdapat 4 jenis penggilik yang umum digunakan, iaitu penggelek beroda licin (smooth-wheel roller). Penggelek roda licin bersama penggetar lebih sesuai digunakan untuk memadatkan lapisan tanah berbutir. Pemadat jenis ini dapat memberikan tekanan statik dan dinamik serta membolehkan penyusunan semula butir-butir tanah dengan lebih padat dan mampat. Penggelek kaki kambing pula sangat sesuai digunakan untuk memadatkan lapisan tanah liat. Pemadat jenis ini dapat memberikan dua jenis tekanan, iaitu tekanan statik dan tekanan uli.Tekanan uli mengakibatkan butir-butir tanah digemburkan semula dan diikuti oleh daya tegak dari hujung kaki kambing yang terdapat pada permukaan penggelek. Oleh kerana luas permukaan kaki kambing adalah jenis lebih kecil berbanding dengan luas penggelek, maka untuk berat penggelek yang sama, tekanan statik yang dihasilkan adalah cukup tinggi.Kesan pemadatan terhadap tanah berjeleket menunjukkan penggelek jenis ini dapat memberikan ketumpatan kering tanah yan agak tinggi berbanding dengan jentera-jentera pemadat yang lain. Tanah berbutir seperti pasir tidak sesuai dipadatkan dengan menggunakan penggelek jenis ini oleh kerana bentuk permukaannya yang bulat dan licin itu dapat mengakibatkan kegelinciran di antara butir pasir dengan permukaan kaki kambing.Di samping itu, pasir tersebut juga mudah terpisah apabila daya statik dikenakan dan akibatnya tekanan penggelek tidak dapat memadatkan lapisan tanah dengan berkesan. Penggelek bertayar pneumatik pula dapat digunakan untuk memadatkan tanah pada semua peringkat. Keistimewaan penggelek jenis ini adalah tekanan tayarnya boleh diubahsuai mengikut keperluan tekanan yang dikehendaki. Pada tahap awal pemadatan, tekanan tayar adalah rendah. Apabila tanah mula padat, tekanan tayar dinaikkan dengan cara menaikkan tekanan udara di dalam tayar sehingga ke paras maksimum. Pemadat jenis ini dapat digunakan untuk memadatkan sebarang jenis tanah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi hasil pemadatan bagi penggelek jenis ini adalah berat penggelek, bilangan tayar dan gandar, tekanan udara di dalam tayar, lebar dan garis pusat tayar serta lebar gelekan. Secara keseluruhannya,pemilihan penggelek yang sesuai adalah sangat penting kerana setiap penggelek adalah direkabentuk khas untuk keadaan yang tertentu. MERANCANG TANDA TAPAK Sebelum kerja-kerja pembinaan sesebuah bangunan dapat di jalankan, tapaknya mestilah di kenal pasti, sempadannya di tentukan dan kawasannya di bersihkan. Kerja menandakan kedudukan bangunan dikenali sebagai merancang tanda tapak. Istilah-istilah yang berikut sering di gunakan dalam kerja merancang tanda tapak. Garisan bangunan ialah garisan luar yang meliputi bangunan.Aras datum dapat diertikan sebagai satu aras yang di ambil sebagai panduan untuk menandakan aras yang lain bagi bangunan yang akan didirikan. Di tapak bina, datum ini boleh di buat dengan membina satu tiang bata yang sementara ataupun menandakan pada binaan berdekatan yang sedia ada. Batu sempadan ialah tiang kecil diperbuat daripada konkrit yang di tanam oleh Jabatan Ukur untuk menentukan sempadan sesuatu lot tanah. Nombor lot ialah tiap-tiap satu lot yang telah diukur oleh jabatan ukur diberikan satu nombor untuk rujukan. Garisan asas ialah garisan yang menunjukkan di mana asas bangunan yang di kehendaki. Garisan ini membolehkan lubang asas di korek.

Rajah: Garisan bangunan

MENTAFSIR PELAN TAPAK Pelan tapak bangunan mestilah di teliti untuk mengetahui kehendak-kehendak arkitek sebelum merancang tanda dimulakan. Pengetahuan ini memberi bantuan dalam perancangan yang lebih berkesan dan menguntungkan. Pentafsiran hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut. Pertama, skala, anak panah utara (North arrow), aras datum, tarikh ukurtanah. Seterusnya garisan sempadan, kedudukan bangunan dan struktur lain seperti asas, tembok, pagar, tangga dan lain-lain. Keadaan jiran serta kemudahan-kemudahan infrastruktur seperti paip air, bekalan elektrrik, telefon, paip gas dan sebagainya juga di ambil kira. Seterusnya ialah, kedudukan sungai,paya, lombong dan akhir lagi ialah kontur dan kecerunan tanah tapak. MENGARAS Tapak bangunan perlu di araskan terlebih dahulu untuk mengetahui berapa banyak tanah yang hendak di potong atau di tambah dan juga menentukan pemandangan daratan. Pengarasan ini biasanya di lakukan oleh juruukur menggunakan alat aras bersama stafnya.

Rajah: Pengukuran tanah

10

KAEDAH MERANCANG TANDA TAPAK BANGUNAN Setelah pelan kedudukan bangunan di tafsirkan, kedudukan ini handaklah di tandakan pada tapak bina dengan pancang mengikut langkah-langkah seperti berikut. Pertama ialah menentukan kedudukan batu sempadan dan memastikan arah bangunan. Menetapkan kedudukan garisan bangunan pertama dengan mengukur dari batu sempadan. Garisan ini mestilah sekurang-kurangnya 6 meter dari sempadan yang menghadapi jalan. Kemudian kedudukan kedua-dua sudut bagi bangunan tersebut iaitu titik A dan B ditandakan pada garisan pertama ini dengan menggunakan pancang kayu berukuran 50mm x 50mm x 30mm. Langkah kedua ialah kedudukan yang tepat bagi sudut-sudut bangunan ini dipakukan pada pancang-pancang tersebut di titik A dan B.Seterusnya di atas garisan AB tanamkan pancang pada F dengan jarak 3m dari A, dan pakukan pada pancang ini kedudukan tepat 3m dari A. Ketiga ialah dapatkan kedudukan E dengan menarik pita pengukur dari A dan F supaya jaraknya tepat 4m dari A dan 5m dari F. Sudut EAF adalah sudut tepat 90 darjah. Langkah keempat ialah kedudukan titik D didapati dengan menyusul AE dan di ukur dengan pita pengukur. Langkah yang seterusnya ialah kedudkan titk C boleh di didapati dengan menarik pita ukur dari D dan B mengikut ukuran DC dan CB. Pancang di tanamkan dan kedudukan C yang tepat di pakukan. Langkah terakhir ialah denagn menguji kejituan kerja merancang tanda dengan mengukur jarak pepenjuru AC dan BD. AC = BD menunjukkan sudut-sudut dalam segiempat ABCD adalah sudut tepat.Cara ini adalah lazim diamalkan. Cara lain ialah dengan menggunakan alat aras dan sesiku binaan. Sesiku binaan adalah sesiku yang besar diperbuat daripada kayu dengan sudut tepat. Alat ini khas dibuat untuk mendapatkan sudut tepat dalam merancang tanda tapak.

11

Rajah: Langkah-langkah memancang tanda tapak bangunan. Nombor-nombor dalam kurungan menunjukkan langkah-langkah berturut memancang tanda tapak PANCANG UKUR TANAH Selepas kedudukan tembok bangunan ditandakan, tindakan hendaklah diambil untuk mengekalkan tanda-tanda ini. Kaedah yang diamalkan ialah menggunakan pancang ukur tapak seperti yang dtunjukkan dalam Rajah 12.4. Kaedah ini membolehkan tanda-tanda kedudukan bangunan dipindahkan kepada pancang ukur tapak semasa kerja-kerja menggali peparit untuk asas dilakukan. Pancang ini didirikan di sekeliling garisan bangunan dengan jarak sekurang-kurangnya 1.2 m dari garisan tersebut. Jarak ini diperlukan supaya pancang yang didirikan itu tidak menjadi halangan semasa kerja pembinaan dijalankan. Tanda-tanda kedudukan bangunan dipindahkan ke pancang ukur tapak ini dan juga ditambahkan tanda-tanda ukuran asas, tembok-tembok sekatan dan sebagainya yang tidak ditandakan di atas tapak tadi. Tanda-tanda ini hendaklah dibuat secara kekal dengan memaku ataupun digergaji supaya tidak mudah hilang. Tanda-tanda kedudukan tembok boleh dibuat mengikut cara garisan tengah ataupun garisan tepi bergantung pada amalan yang digunakan. Pancang ukur tapak boleh dibuat di sekeliling bangunan ataupun pada penjuru-penjuru bangunan sahaja. Bahan yang digunakan tidak semestinya kayu tetapi tembok bata sementara juga boleh digunakan.Pancang ukur tapak ini hendaklah rata untuk memastikan ukurannya tepat. Apabila peparit siap digali, kedudukan yang telah ditandakan itu boleh dipindahkan ke tapak dengan menggunakan benang yang disangkutkan pada pancang ukur tapak mengikut tandatandanya supaya bersilang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 12.5. kedudukan ditandakan dengan bantuan batu ladung. Aras yang diperlukan adalah berpandu pada aras datum yang telah ditetapkan. Pemindahan aras dari datum ke bangunan boleh diikat dengan menggunakan alat aras atau menggunakan hos air dan ditandakan pada pancang yang ditanamkan ke dalam tanah.

12

Rajah: Cara mendirikan pancang. Ditunjukkan bahagian penjuru pancang ukur tapak

Rajah: Pelan separa menunjukkan cara mencancang tanda garisan tembok dan asasnya CARA MEMINDAH ARAS DENGAN HOS AIR Kegunaan hos air sebagai alat aras adalah berdasarkan prinsip bahawa air mencapai aras yang sama di mana-mana dalam sesuatu kandungan yang sama. Hos air yang lutsinar berisi air merupakan alat yang senang digunakan untuk memindahkan aras dari satu tempat ke tempat yang lain di tapak bina.

13

Saiz hos yang sesuai digunakan berubah dari 5mm diamaeter hingga 20mm diameter diperbuat daripada getah atau plastik yang lutsinar. Hos itu diisikan dengan air terlebih dahulu dan satu penghujungnya diletakkan pada tanda A( Rajah 12.6) yang merupakan aras asal sebagai aras rujukan. Hujung yang satu lagi ditempatkan pada tempat yang hendak disearaskan, misalnya pada titik B, apabila aliran air dalam hos berhenti, didapati aras B adalah sama tingginya dengan aras A. Tempat-tempat yang lain bolej juga ditandakan dengan cara yang sama untuk mendapatkan aras yang sama. Perhatian hendaklah diambil untuk memastikan bahawa ruang udara tidak berlaku dalam hos selepas diisikan air. Kehadiran ruang udara dalam hos mungkin akan mengakibatkan aras yang ditanda tidak tepat.

Fresno Scraper

Fresno Scraper Antara jentera pembinaan terawal yang pernah dicipta ialah fresno scraper. Fresno scraper telah dicipta oleh james porteous pada 1883 yang sedar akan kepentingan suatu sistem pengaliran yang lebih efisyen bagi tujuan pembinaan parit dan longkang di tanah berpasir di sepanjang lembah Fresno. Rekabentuk jentera ini telah menjadi asas kepada kebanyakan jentera moden pada hari ini. Jentera ini bukan sahaja digunakan untuk mengaut tanah tetapi juga untuk mengawal kedalaman tanah yang dikorek dan pada kuantiti yang boleh ditentukan secara manual.

14

Bilah hadapan akan mengaut tanah dan menolak sepanjang mangkuk berbentuk `C` yang boleh dilaraskan bagi mendapatkan sudut yang dikehendaki dalam kerja-kerja mendalamkan tanah mahupun membersihkan kawasan. Traktor-scraper bertayar

Military Scraper

Caterpillar scraper

Dalam bidang kejuruteraan awam, wheel tractor-scraper adalah anatara jentera berat yang digunakan dalam operasi kerja tanah. Bahagian hadapan jentera ini terdiri daripada sebuah mangkuk (hopper) yang diletakkan secara menegak. Bahagian ini boleh dinaikkan dan diturunkan secara hidraulik. Bucu hadapan digunakan untuk memotong tanah pada satu satah dan memenuhi ruang mangkuk. Apabila telah penuh (8 hingga 34 m3), ia akan dinaikkan dan ditutup dengan satu bilah menegak (apron). Jentera ini kemudiannya akan membawa tanah tadi ke tempat yang perlu ditambak dan panel belakang akan dibuka dan ditolak secara hidraulik hingga semua kandungan tanah dalam hopper dikeluarkan. Jentera yang telah penuh itu pula akan pulang ke kawasan pemotongan tanah dan memulakan proses yang sama berulang kali. Jentera ini sesuai digunakan pada kawasan potong dan isi yang berdekatan dan mempunyai panjang yang cukup untuk jentera ini bergerak dan bekerja. Jentera ini selalunya mempunyai dua jenis enjin iaitu untuk mengawal tayar hadapan dan untuk mengawal tayar belakang. Jentolak

15

Jentolak hadapan

Jentolak hadapan

Jentolak Jentera berat jentolak hadapan

Jentolak dengan pemegang khas

Jentolak secara umumnya merangkumi jentolak hadapan, jentolak hujung hadapan, jentolak timba, jentolak pengaut (traktor), selalunya mempunyai tayar, dan pengaut boleh laras di bahagian hujung yang digunakan untuk mengaut bahan. Pengaut jentolak selalunya boleh ditukar ganti atau dipasang secara kekal. Kebiasaannya, pengaut boleh ditukar ganti dengan alatan lain. Contohnya, dengan lengan berbentuk cakar bagi mengangkut barangan berat atau barangan dagangan. Pengaut pembuka hidraulik "clamshell" mampu mengangkat jentera yang ringan ataupun scraper. Jentolak besar seperti Caterpillar 950G, Volvo L120E, Caterpillar 966G, atau Hitachi ZW310 selalunya hanya mempunyai pengaut hadapan yang dipanggil Front Loaders, manakala jentolak traktor kecil selaluya dilengkapi backhoe yang kecil backhoe loaders atau loader backhoes. Kegunaan utama jentolak adalah untuk mengangkut bahan ke dalam trak atau lori pengangkut, mengankat paip, membersihkan kawasan dan untuk kerja-kerja mengorek. Tetapi, jentolak tidak sesuai untuk kerja-kerja mengorek yang dalam nya lebih rendah dari paras

16

tayarnya. Pengaut hadapan jentolak selalunya hanya boleh diisikan dengan 3-6 m 3 tanah sahaja (begantung pada model jentolak).

Perbezaan pandangan hadapan jentolak

Jentolak semi bulatan

Jentolak dengan pengaut hadapan yang berbeza

Jentolak yang menunjukkan dua aras pengangkutan bahan

17

Jentera kejuruteraan lain

Jengkaut Pengaut bahagian atas adalah tetap kedudukannya manakala rahang bahagian bawah memainkan peranan untuk memindah dan mengangkut barang. Kebanyakan jengkaut mempunyai ciri dan kegunaan yang sama kerana hanya rahang bawah sahaja yang boleh bergerak dan rahang atas yang tetap.

Jentolak hadapan bertayar sedang melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan.

18

Caterpillar D9 armoured bulldozer Heavy bulldozers adalah antara jentera yang berkuasa tinggi. Dilengkapi dengan bilah besi yang lebar di bahagian hadapan membuatkan ianya sesuai untuk kerja-kerja membersih dan meratakan tanah dalam projek-projek yang besar.

Jentera pengorek Rajah di atas menunjukkan sebuah jentera pengorek dengan pengepam konkrit. Manakala di belakangnya terlindung sebuah trak mixer-konkrit. Bahagian atas tapak asas telah ditanam dengan dengan konkrit bertetulang.

19

Bulldozer

Caterpillar D10N bulldozer di kawasan kerja

Bulldozer adalah antara jebtera berkuasa tinggi yang dilengkapi dengan bilah besi di bahagian hadapan. Ia sering digunakan dalam kerja-kerja menolak tanah dalam kuantiti yang besar, pasir, dan pelbagai bahan lain.

LAMPIRAN

20

Mod Gelinciran Translasi

Gelinciran Translasi

21

Daya Yang Diambil Kira Dalam Analisis Kestabilan Cerun

Profil Cerun

22

Mod Gelinciran Majmuk

Pengaliran Air Hujan dan Resipan Pada Cerun

23

Tekanan Air Liang

Hakisan Cerun

Pelapisan Tanah Pada Cerun

24

ASAS

25

SEJARAH ASAS Walaupun kepentingan utk membina asas yang baik unruk sebarang binaan sudah di kenal pasti beribu tahun lamanya, namun disiplin kejuruteraan asas seperti mana yang kita ketahui sekarang ini tidak mula di bangunkan sehinggalah pada awal abad kesembilan puluhan. Rekabentuk awal asas adalah semata-matanya berdasarkan pengalaman yang lepas serta pengatahuan am. Contohnya dinding batu yang dibina di bandar New Yorkpada awal tahun sembilan puluhan disokong diatas asas yang lebarnya 1.5 kali lebar dinding tersebut dan dibina diatas kerikil yang di mampat. Menara Eiffel di Paris (Rajah 1.1) adalah contoh terbaik struktur baru yang dibina dengan prinsip kejuruteraan asas moden. Menara ini dibina oleh Alexandre Gustave Eiffil pada tahun 1889. Beliau menyedari pentingnya asas yang baik untuk menara ini untuk mengelakkan nasib yang sama seperti Menara Condong di Pisa, Itali. Sebelum menara tersebut dibina, Eiffel telah mencipta kaedah baru untuk menjelajah tanah. Kaedah ini terdiri daripada memacu ke dalam tanah paip bergaris pusat 200mm yang diisi dengan udara termampat. Udara ini menghalang air bumi daripada masuk ke dalam tiub dan membolehkan sampel tanah berkualiti tinggi diambil. Berdasarkan kajian ke atas keadaan tanah ini, Eiffil telah berjaya mengenal pasti kawasan tanah lembut yang boleh mendatangkan masalah kepada menara yang hendak dibina, dan telah berjaya menempatkan keempat-empat kaki menara di atas asas yang sesuai di atas tanah yang kukuh. Kini pengatahuan kita mengenai rekabentuk dan pembinaan asas adalah jauh lebih baik daripada apa yang ada seratus tahun dahulu. Kini kita boleh membina asas yang reliabel dengan penjimatan kos da kapasiti yang tinggi untuk pelbagai jenis struktur moden. Kejuruteraan asas moden bolehlah dikatakan sebagai pelbagai disiplin. Ianya merangkumi Kejuruteraan Struktur, Kejuruteraan Geoteknik dan Kejurutreraan Pembinaan.

Rajah : Menara Eiffel di Paris, Perancis

26

PENGENALAN KEPADA ASAS


Bangunan adalah salah satu struktur yang terdiri daripada dua bahagian yang dipanggil super-struktur dan sub-struktur. Super-struktur biasanya didefinasikan sebagai bahagian struktur yang berada di atas permukaan tanah seperti tiang, dinding, rasuk dan sebagainya. Manakala substruktur pula ialah bahagian yang berada di dalam permukaan tanah yang dinamakan sebagai asas yang mana akan bertindak sebagai tapak untuk kedudukan super-struktur tadi. Oleh sebab ia terletak di dalam tanah, ia perlu kukuh dan dapat berfungsi selagi bangunan yang di galasnya masih berguna. Ini bermakna, asas diandai agar tidak memerlukan sebarang pembaikan di sepanjang hayatnya. Oleh yang demikian, asas perlu dibina dengan kukuh dan tahan lama walaupun berkemungkinan mengalami sebarang tindak balas dari sekeliling. Sebarang kegagalan asas akan memberi kesan terhadap struktur bangunan dan seterusnya bahagianbahagian yang lain. Asas adalah bahagian yang paling penting dan paling bawah bagi sesuatu binaan terutamanya binaan bangunan. Asas bagi bangunan biasanya melibatkan samada struktur bangunan bawah tanah, penapak, cerucuk atau gabungan di antaranya. Selain daripada memindahkan beban ke lapisan tanah di bawahnya, asas juga berfungsi bagi mengawal enapan dan mengekalkan bangunan. Beban dan keadaan galas tanah yang berbeza-beza melibatkan penggunaan teknologi dan kos yang tinggi. Oleh sebab itu, para penyelidik masa kini, kian memperkenalkan cara dan kaedah terbaru dan ekonomik untuk memperbaiki asas dari semasa ke semasa. Asas merupakan salah satu elemen yang penting untuk sesebuah struktur bangunan, jambatan dan lain-lain lagi. Oleh itu, sejak dulu lagi, manusia sudah mula membina bangunan. Kaedah pembinaan asas terdahulu menggunakan cara cuba dan ralat yang berdasarkan panduan empirikal bagi membendung enapan supaya berada dalam had (limit) yang dibenarkan. Dalam tahun 20-an, bapa Mekanik Tanah, Karl Terzaghi memperkenalkan pengajaran teori mekanik tanah dan kejuruteraan asas yang menjadi panduan rekabentuk asas di beberapa universiti. Teori Terzaghi ini kemudiannya diperkembangkan sehingga kini. Asas sesebuah struktur adalah sebahagian dari anggota struktur yang memindahkan beban dari struktur ke tanah. Konsep asas untuk pembinaan seperti bangunan, jambatan, jalan dan sebagainya adalah untuk membenarkan beban dapat dipindahkan dengan sempurna ke tanah. Bahan untuk asas ini lazimnya adalah dari konkrit bertetulang. Terdapat pelbagai jenis asas pada masa kini termasuklah asas cetek dan asas dalam. Bagi asas cerucuk, contohnya, kayu bakau pernah digunakan sebagai asas untuk pembinaan jeti. Berbagai-bagai jenis asas diperkenalkan seperti asas kayu bakau, asas spun, asas mikro dan lain-lain lagi di rekabentuk mengikut kehendak pasaran. Pada masa kini, ramai penyelidik telah menyelidik dan menyelesaikan masalah-masalah seperti paras air bumi di dalam tanah yang menyebabkan kerosakan pada struktur asas, asas yang berada di dalam tanah yang berbeza-beza sama ada berjelekit atau tak berjelekit dan keadaan persekitaran yang sering kali menimbulkan masalah kepada struktur asas. Pelbagai asas baru diperkenalkan seperti asas`spun digunakan di kawasan yang berpasir dan tepi pantai, asas kaison digunakan dalam pembinaan dalam air dan pembinaan marin. Manakala asas cerucuk, asas cetek dan lain-lain lagi digunakan dalam industri pembinaan bangunan. Pada akhir 1970-an, para penyelidik telah menjalankan banyak penyelidikan terhadap asas untuk memperbaiki serta memajukan rekabentuk dan panduan pembinaan bangunan yang

27

lebih selamat serta kos yang efektif. Bagi memajukan teknologi dan meningkatkan pengetahuan tentang asas, banyak kos telah dibelanjakan untuk menjalankan penyelidikan memandangkan hampir kesemua struktur pembinaan memerlukan asas untuk menyokong sesebuah struktur.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI REKABENTUK DAN SAIZ ASAS Antara faktor-faktor yang mempengaruhi rekabentuk dan saiz asas ialah keadaan fizikal tanah,beban bangunan, dan juga ekonomi. 1)Keadaan fizikal tanah Keadaan tanah bagi sesuatu tapak binaan diperoleh daripada penyiasatan tanah yang dilakukan.Hasil penyiasatan tanah menunjukkan keupayaan tanah dan kandungan lembapan dalam tanah mempengaruhi kekuatan tanah.Untuk tujuan reka bentuk awal memberikan anggaran nilai keupayaan galas seperti dalam rajah 2: 2)Beban bangunan Beban yang diambil kira termasuklah beban mati.beban hidup,beban hujan,beban cecair,beban angin dan beban hentaman.Berikut merupakan jenis-jenis beban dan definisinya. JENIS BEBAN Beban Mati Beban Hidup Beban Hujan Beban Cecair Beban Angin Beban Hentaman DEFINISI Adalah beban struktur termasuk alatan-alatan yang kekal Adalah beban oleh penggunaan serta pengguna bangunan tersebut, alatan yang bergerak, dan kenderaan Beban oleh hujan Beban yang disebabkan oleh cecair dengan tekanan serta ketinggian tertentu, contohnya tangki penyimpanan Beban akibat daripada hembusan angin pada struktur Beban hasil daripada kesan-kesan khas seperti getaran, dinamik dan hemtaman RAJAH 1

3)Ekonomi Dari sudut ekonomi pula bermaksud perbandingan kos diantara jenis-jenis asas yang boleh digunakan.

28

JENIS TANAH Kerikil tumpat atau pasir tumpat dan kerikil Kerikil sederhana tumpat atau pasir sederhana tumpat dan kerikil Kerikil longgar atau pasir longgar dan kerikil Pasir padat Pasir sederhana tumpat Pasir longgar Tanah liat tongkol yang sangat kaku dan tanah liat keras Tanah liat kaku Tanah liat kukuh Tanah liat lembut dan kelodak Tanah liat yang sangat lembut dan kelodak

NILAI KEUPAYAAN GALAS (kN/m) >600

CATATAN

Lebar asas(B) yang diambil tidak kurang daripada 1m (B1m) 200-600

<200

Aras air bumi sekurangkurangnya berada dibawah dasar asas.

>300 100-300 <100

300 600 150 300 75 150 <75 Tertakluk pada enapan pengukuhan jangka panjang.

RAJAH 2: Jenis keupayaan galas tanah berdasarkan CP 2004: 1972 (BS 8004;1986)

29

JENIS-JENIS ASAS Terdapat beberapa jenis asas yang lazim digunakan didalam kerja-kerja pembinaan antaranya ialah: a. Asas hampar b. Asas jalur c. Asas pad / alas tiang d. Asas rakit e. Asas cerucuk

a. Asas hampar T T T

. ; ; ;.:; ; ; ;.:; . ;..; :; . ; . ;..; :;


3T (a)

. ; ; ;.:; ; ; ; . ;..; :; . ; . ;..; :;


200+3T (b) RAJAH 3

45

(c)

Asas hampar digunakan secara meluas kerana kelebihannya dari segi ekonomi dan pembinaan.Asas ini sesuai digunakan pada tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang sederhana tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan yang ringan .Pada dasarnya , asas ini dibina sekurang kurangnya 600 mm di bawah aras tanah (bagi jenis tanah liat ) dengan lebarnya 3 kali tebal tembok (Rajah 3a) atau 2 kali tebal tembok + 300 mm untuk tembok yang mempunyai penapak atau unjuran (Rajah 3b).Manakala tebal konkritnya adalah sama dengan tebal tembok atau ditentukan seperti yang ditunjukkan dalam (Rajah 3c)

30

b. Asas jalur Asas jalur digunakan untuk menyokong dua tiang di mana satu daripadanya terletak berhampiran dengan garisan sempadan atau bersebelahan dengan bangunan lain yang sedia ada .Asas jalur direkabentuk untuk menerima beban yang seragam dari dinding .Ia juga merupakan satu jalur selanjar konkrit dengan nisbah 1:3:6 mengikut letaknya dinding pada dalam dan lebar yang tertentu mengikut jenis jenis tanah . Biasanya ia digunakan untuk menanggung dinding galas beban .Ia digunakan bagi tanah yang mempunyai daya keupayaan galas yang baik .Terdapat pelbagai jenis asas jalur iaitu :

i.

Asas jalur biasa

Aras bumi
150mm min
150mm

Lapisan kalis lembab

Tembok bata
450 mm min

. ; ; ;.:; ; ; ;.:; . ;..; :; . ; . ;..; :;

450mm min (Pandangan hadapan) RAJAH 4

(rajah 3 dimensi )

Asas ini digunakan untuk bangunan kediaman 1 atau 2 tingkat ,tebalnya (T)150 mm ,lebarnya bergantung pada keupayaan galas tanah dan beban yang akan ditanggung Jenis tanah yang digunakan ialah tanah yang baik , kukuh dan tidak mudah mengecut contohnya tanah berbatu kerikil .

Lebar =

beban

31

Keupayaan galas

ii.

Asas jalur dalam

Lapisan kalis lembab Aras bumi


150mm min

Tembok bata

900mm

. ; ; ;.:; ; ; ; .:; . ;..; :; . ; . ;..; :; .;.;..;;.;..;..;.; ;; . ; ; ;.:; ; ; ; .:; . ;..; :; . ; . ;..; :; . ; ; ;.:; ; ; ; .:;
450mm min RAJAH 5

Tetulang

Digunakan untuk mengurangkan belanja membina asas jalur biasa hingga ukur dalam 900mm atau lebih.Asas ini dapat mengawal keadaan turun naik tanah ,selain itu ia juga lebih ekonomi dan menjimatkan masa.Asas ini juga lebih kuat dan teguh selain itu ia dapat mengurangkan lebar peparit dengan tambakan dan buangan tanah yang minima.Jenis tanah yang digunakan untuk asas jenis ini ialah tanah yang mengandungi kelodak dan tanah liat yang mengecut dalam keadaan masa yang berubah-ubah. iii. Asas jalur lebar

Asas jalur lebar digunakan supaya beban dapat diagihkan kepada kawasan tanah yang lebih luas .Ukur dalamnya dari aras bumi sama seperti asas jalur biasa .Biasanya tetulang diletakkan bagi menahan tegangan ,jika dikhuatiri ia akan gagal ,maka jalur rasuk T sonsang bertetulang digunakan .Jenis tanah yang digunakan ialah tanah yang mempunyai

32

keupayaan galas yang rendah contohnya tanah liat lembut ,tanah paya dan tanah tambakan .

Lapisan kalis lembab


Aras bumi
150mm min

600-750mm

. ; ; ;.:; ; ; ;.:;;.,.;.;,.;,.;;;;;;;;;;;' . ;..; :; . ; . ;..; :;;;,.;.;;.,.;;,.;;;;;;;;;; :;;;,.;.;,;;;;;;;;;..; :;;;,.;.;,;;;;;


Tetulang membujur tetulang melintang RAJAH 6 iv. Asas jalur bertangga

225mm 50mm lapisan kedap

Asas ini dibina berupa tangga untuk menyesuaikan kedudukan tapak yang curam disamping mengawal kos pembinaan bangunan Digunakan untuk mengelakkan pengorekan tanah yang luas,biasanya dibina mengikut cerun tanah.Tebalnya(T) anak tangga=150-225,lekap (L) tebal asas konkrit L 300mm.Digunakan pada tanah yang bercerun. Aras bumi L L T

RAJAH 7

33

c. Asas pad / alas tiang Asas pad dibina berasingan untuk menerima beban daripada struktur bangunan dan memindahkannya ke tanah bawah.Asas pad diletakkan tidak berapa jauh kedalam tanah iaitu pada kedalaman 0.5m-2.5m.Biasanya ia direka khas untuk menampung beban dari tiang dan menyebarkannya terus ke dalam tanah.Untuk tujuan itu keadaan tanah mestilah mempunyai keupayaan galas yang cukup tinggi.Luas bagi asas ini boleh didapati melalui rumus di bawah: Luas asas = Jumlah beban Keupayaan galas tanah

Tebal asas (T)= unjuran sekeliling tiang T 150mm,saiz asas biasanya besar untuk mengimbangi tekanan dari tiang yang dikenakan keatasnya,.Saiz asas ini boleh dikurangkan dengan membina asas pad bertetulang.

Pencekak

Tetulang

U Tetulang membujur

34

RAJAH 8 Tetulang melintang d. Asas rakit Apabila sesebuah bangunan yang didirikan di atas tanah yang keupayaan tanggungnya rendah maka beberapa langkah boleh diambil .Salah satu langkah yang diamalkan ialah dengan mengeluarkan tanah yang lembut dari keseluruh tapak dan kemudian membina konkrit bertetulang pada tapak gberkenaan sebagai asas .Cara pembinaan ini dikenali sebagai asas rakit .Asas rakit ini sesuai digunakan untuk bangunan besar yang berat terutamanya bangunan yang mempunyai tingkat bawah tanah .Pembinaannya meliputi keseluruhan kawasan bangunan .Rajah 9 menunjukkan satu contoh pembinaannya . Asas rakit sesuai digunakan dalam binaan berstruktur rangka di mana beban yang berat disokong oleh tiang tiangnya .Ianya juga berguna untuk mengurangkan mendapan yang tidak sekata disebabkan oleh perbezaan nilai beban yang dialihkan melalui tiang.Jenis tanah yang diperlukan ialah tanah yang mempunyai keupayaan galas yang rendah contohnya tanah liat lembut ,tanah kelodak ,tanah lombong .Asas rakit mengandungi lantai konkrit dengan dua lapisan tetulang iaitu bahagian bawah dan bahagian atas untuk mengelakkan ricihan . Tebalnya diantara 150-1000 mm bergantung kepada jenis bangunan .Mambran kalis lembab dipasang untuk menghalang lembapan daripada masuk ke lantai .

;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; tembok konkrit ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;;; ;;; ;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;; ;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
RAJAH 9

35

Keratan tegak asas rakit RAJAH 10

Asas Rakit (i) Papak rata (ii) Papak dan alur (iii) Rakit tingkat bawah (Besmen)
e. Asas cerucuk Apabila tapak binaan terdiri daripada tanah lembut dan keupayaan tanggungnya tidak mencukupi ,tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah .Salah satu daripada caranya ialah menggunakan cerucuk .Cerucuk digunakan bersama satu jenis asas yang lain ,biasanya asas tiang ataupun rakit .Asas cerucuk digunakan untuk mengagihkan beban dari bangunan kepada satu lapisan yang lebih stabil jauh kedalam lapisan tanah bawah.Asas cerucuk sesuai digunakn bagi bangunan bertingkat- tingkat,bahagian atas cerucuk akan menyokong asas lain seperti asas pad , jalur dan rakit.Biasanya cerucuk ini digunakan pada tanah yang keupayaan galasnya rendah atau sukar dipastikan.Ia sangat sesuai digunakan untuk tanah yang lapisan atasnya tebal dan lemah.Cerucuk ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu : Cerucuk tanggung Cerucuk ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu yang berupaya menanggung bebannya .Cerucuk cerucuk ini merupakan tiang tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan .Beban bangunan tersebut diagihkan terus ke atas tanah atau batu yang menyokongnya.Jarak di antara cerucuk cerucuk berdasar kepada saiz cerucuk dan bahan yang digunakan (Rajah 11(i) ) Cerucuk geseran

36

Cerucuk ini ditanggung oleh daya geseran di antara tanah dan permukaan cerucuk .Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerucuk itu haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak di antara cerucuk- cerucuk hendaklah dirapatkan mengikut sifat sifat tanah dan bahan cerucuk (Rajah 11(ii) )

Aras bumi

Aras bumi

Daya geseran Cerucuk

Cerucuk Lapisan tanah keras/batu Lapisan tanah keras/batu

i) Cerucuk tanggung

RAJAH 11

ii) cerucuk geseran

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk untuk membuat cerucuk adalah seperti kayu contohnya kayu bakau atau kayu lain yang terawet.Cerucuk juga dibuat menggunakan konkrit seperti konkrit bertetulang,konkrit tuang disitu(Raymond,Franki dan sebagainya).Ada juga cerucuk yang menggunakan rencam ataupun composite,bagi cerucuk jenis ini dibahagian bawahnya dibuat dari keluli atau kayu manakala di bahagian

37

atasnya pula diperbuat daripada konkrit.Terdapat juga cerucuk jenis keluli contohnya cerucuk H cerucuk paip dan cerucuk kepingan.

A. Cerucuk kayu Kayu yang biasa digunakan untuk membuat cerucuk jenis ini adalah seperti kayu bakau dan jenis kayu keras yang lain contihnya kayu kempas dan keruing.Kayu bakau sesuai digunakan untuk membuat cerucuk geseran. Ianya perlu digunakan ditempat yang sentiasa berair seperti paya dan sebagainya untuk menjamin ketahanannya.Cerucuk jenis ini sesuai digunakan untuk bangunan yang sederhana besar.Bagi kadaan tanah yang keras, kaki cerucuk mungkin perlu ditajamkan dalam bentuk pyramid manakala bagi keadaan tanah yang berkerikil,kaki cerucuk mungkin perlu dipasangkan dengan kasut logam untuk melindunginya daripada pecah.

B. Cerucuk konkrit Cerucuk konkrit biasa digunakan untuk asas bangunan yang tinggi,ianya terbahagi kepada dua iaitu konkrit tuang di situ dan konkrit tuang dahulu. i) Konkrit tuang di situ Ia merupakan konkrit bertetulang yang dibina terus didalam lubang cerucuk di tapak binaan.Proses pembinannya dapat mengurangkan kesan gegaran terhadap binaan disekitarnya,ia memberi daya geseran yang baik kerana permukaannya yang kasar.Bahagian dasarnya yang besar membantu memindahkan beban dengan lebih berkesan. ii) Konkrit tuang dahulu Cerucuk ini boleh dijumpai dalam bentuk bulat,segiempat dan segilapan.Ia mempunyai tetulang untuk menahan tegasan,ia dibuat dahulu dikilang atau tapak binaan dan kemudiannya baru ditanam ditapak binaan.Proses pembinaannya agak bising dan gegaran boleh menyebabkan kerosakan pada cerucuk lain yang berdekatan yang masih belum keras. C. Cerucuk keluli Cerucuk keluli biasanya digunakan pada struktur marin contohnya bagi pembinaan dermaga dan juga jeti.Ini adalah kerana kekuatannya menahan daya yang

38

dihasilkan oleh hentaman kapal yang berlabuh.Cerucuk ini juga sesuai digunakan bagi penusukan yang dalam ditanah berpasir.Ianya boleh didapati dalam bentuk H,silinder berongga dan segiempat berongga.

LANTAI

39

LANTAI Lantai ialah permukaan dasasr bangunan yang menerima segala aktiviti penghuni dan beban-beban yang lain. Lantai juga bermaksud struktur yang dibina mengufuk untuk menampung beban kendiri dan beban ufuk. Bahan bahan membuat lantai terdiri daripada tiga komponen iaitu kayu, keluli dan konkrit. JENIS-JENIS LANTAI
LANTAI BAWAH LANTAI ATAS - Lantai Bawah Padu - Lantai Bawah Berongga - Lantai Selapis - Lantai Dua Lapis - Lantai Tiga Lapis (berangka)

CIRI-CIRI PEMBINAAN LANTAI


Pembinaan lantai hendaklah menjamin keselamatan dan keselesaan para panghuninya. Oleh itu beberapa ciri utama patut dititik-beratkan. Antaranya ialah: Kestabilan Lantai yang kukuh menjamin kestabilan sesuatu bangunan dan dapat mengahalang dari berlaku sebarang keretakan. Kekuatan Ini dimaksudkan dengan keupayaan untuk menanggung beban hidup dan beban mati serta menahan segala tekanan yang diterima oleh lantai. Pencegahan Kelembapan Lantai hendaklah berupaya menentang resapan air dan mencegah kelembapan berlaku di dalam bangunan. Ketahanlasakan Lantai perlulah tahan lama tanpa mudah mengalami kerosakan. Faktor-faktor yang diambil kira ialah sifat-sifat menentang keretakan, kikisan, kebakaran, asid, reput, minyak, serangga dan sebagainya. Keselesaan Aspek selesa yang dimaksudkan termasuklah keadaan lantai yang panas atau sejuk, bunyi (penebatan suara), licin tanpa gelincir dan seronok mata memandang.

40

Penyelenggaraan Ini merujuk kepada sifat lantai yang tahan lasak serta senang dibersihkan. Tidak payah dijaga atau dibaiki selalu.

PRINSIP-PRINSIP ASAS PEMBINAAN LANTAI


Sebelum membina lantai pada tapak bangunan, prinsip-prinsip asas perlulah diketahui supaya kerja pembinaan lantai itu dapat disiapkan dengan sempurna. Terdapat lima prinsip asas pembinaan lantai yang perlu diketahui oleh kontraktor sebelum memulakan pembinaan. Prinsipprinsip asas pembinaan lantai ialah lapisan asas, lapisan kedap, lapisan konkrit, membran kalis lembab (LKL), serta lapisan lepa lantai. Prinsip pertama ialah lapisan asas. Lapisan asas ini amat penting untuk penyediaan permukaan yang kukuh semasa konkrit dituang. Ia dapat mengurangkan resapan air dengan penggunaan bersama membrane kalis lembab. Lapisan asas ini terdiri daripada batu-batu sederhana kasar dikenali sebagai batu kerikil yang disebarkan setebal saiz 100mm sehingga 300mm. Batu-batu kecil tersebut hendaklah dimampatkan untuk mengelakkannya daripada berlakunya sebarang enapan. Terdapat beberapa ciri bahan yang sesuai digunakan sebagai lapisan asas bagi lantai. Antara ciri-cirinya adalah zarah yang keras, tahan lasak, lengai oleh tindakan bahan kimia, tidak merosakkan konkrit dan mortar, dan bahan tersebut mestilah mudah ditempatkan dalam keadaan padat dan ketumpatannya yang tinggi. Prinsip kedua ialah ialah lapisan kedap. Lapisan kedap merupakan lapisan pasir setebal 50mm. Lapisan ini dihamparkan untuk mengurangkan penyerapan air disamping menghalang pengaliran konkrit ke lapisan asas. Prinsip seterusnya ialah lapisan konkrit. Lapisan konkrit ini biasanya dituang setelah lapisan kedap siap diratakan dan dimampatkan. Tebal lapisan konkrit ini biasanya ialah diantara 150mm dan tidak kurang daripada 100mm. Nisbah bancuhan konkrit yang biasa digunakan ialah kira-kira 1:3:6 dan kadangkala 1:2:4 bergantung kepada saiz batu baur yang digunakan. Langkah berjaga-jaga juga perlu dititikberatkan dalam prinsip lapisan konkrit ini. Pastikan lantai yang dibina di atas tanah bebas daripada kelembapan wap air yang meresap naik dari tanah. Pastikan juga pinggir-pinggir konkrit tapak tidak terbina atau terikat ke dalam tembok yang bersebelahan dengannya. Bagi prinsip membran kalis lembab (LKL) pula, ia perlulah dipasang utk menghalang resapan air bumi daripada naik ke permukaan lantai. Kedudukan yang paling berkesan untuk menempatkannya ialah di antara lapisan konkrit dengan lapisan lepa lantai. Kedudukannya mestilah sekurang-kurangnya 150mm tinggi dari paras tanah. Bahan-bahan yang digunakan bagi prinsip membran kalis lembab ini ialah kertas binaan dan bahan bitumen. Tetapi, tidak semua bahan-bahan tersebut sesuai digunakan. Ia perlulah menepati ciri-ciri yang tertentu. Ciri-ciri membran kalis lembab (LKL) yang baik ialah kalis air. Ia juga mestilah selanjar dengan membran kalis lembab (LKL) pada dinding yang bersebelahan. Ciri-cirinya juga hendaklah cukup kukuh dan tidak rosak apabila kemasan dipasang ke atasnya. Prinsip yang terakhir ialah lapisan lepa lantai. Lapisan lepa lantai perlulah diturap sebelum kerja-kerja kemasan lantai dilakukan. Ia merupakan satu lapisan lepa simen pasir tidak

41

kurang dari 25mm tebal yang diturap ke atas permukaan lapisan konkrit. Campuran lepa simen yang sesuai digunakan adalah 1:3 atau 1:4. Tujuan menyediakan lapisan ini adalah untuk menyediakan suatu permukaan yang rata dan bersih untuk memudahkan pemasangan kemasan lantai. Selain itu, lapisan ini juga bertujuan untuk membina suatu permukaan yang menurun atau curam bagi tujuan pengaliran. Seterusnya, tujuannya adalah untuk memberi tebatan haba dengan menggunakan konkrit ringan. Di samping itu, lapisan lepa lantai juga bertujuan untuk memberi kemudahan pemasangan paip-paip sesalur dan kerja-kerja pendawaian.

LANTAI BAWAH
Binaan lantai yang tingginya kurang daripada 600mm dari paras tanah adalah ditakrifkan sebagai lantai bawah. 1. LANTAI BAWAH PADU Pembinaan Lantai Aras Tanah biasanya melalui beberapa peringkat seperti penyediaan lapisan asas, penyediaan tapak konkrit, penyebaran lapisan kalis lembab, penyebaran lapisan lepa dan kerja-kerja penyudah.

LAPISAN ASAS

LAPISAN LEPA LANTAI / KEMASAN

LANTAI BAWAH PADU - lantai yang dibina di atas tanah MEMBRAN KALIS LEMBAB TAPAK KONKRIT

LAPISAN KEDAP / PASIR

42

GAMBAR RAJAH : LANTAI ATAS TANAH / LNTAI PADU

43

2. LANTAI BAWAH BERONGGA Untuk mengelakkan kayu-kayu dalam binaan lantai daripada dirosakkan oleh kelembapan atau air resapan bumi, aras lantai ditinggikan 300mm atau lebih dari permukaan tapak. Dengan ini satu ruang atau rongga dapat diadakan yang mana udara kering dapat berlegar di bawah binaan lantai itu. Binaan lantai ini merupakan suatu binaan pelantaraan daripada papan-papan lantai yang dipaku kepada gelegar-gelegar lantai. Tembok-tembok pengalas atau tembok landas bata tebal didirikan di atas tapak konkrit lebih kurang 2m jarak dari tengah ke tengah. Tembok ini dibina berlubang-lubang berselang-seli atau binaan tembok sarang lebah. Tembok ini diterap dengan mortar simen pasir dan tingginya bergantung kepada ketinggian aras lantai itu dinaikkan. Setelah tembok-tembok landas siap didirikan atasnya dilapis dengan 1 lapisan kalis lembab dan kemudian ditindih dengan 1 beluti panjang untuk dijadikan sebagai plat tembok. Beluti untuk plat tembok sekurang-kurangnya dari bahan 75 x 25 dan diletakkan dalam kedudukan baring. Tujuan memasang plat tembok ialah untuk menghasilkan satu alas yang aras untuk memaku gelegar lantai dan juga untuk mengagihkan beban yang datang dari lantai sama-rata kepada tembok landas. Gelegar-gelegar lantaii biasanya dibina dengan menggunakan kayu-kayu 50 x 100 dan diletakkan dalam jarak 400mm dari tengah ke tengah. Jarak yang sebenar adalah bergantung kepada ketebalan papan-papan lantai dan juag beban yang terpaksa ditanggung. Saiz gelegar pula begantung kepada penjarakan gelegar-gelegar serta jarak tembok-tembok landasnya dibina. Hujung-hujung gelegar lantai disangga oleh tembok landas yang di bina 50 hingga 100 mm jauhnya dari tembok banggunan. Hujung-hujung gelegar diletakkan dalam jarak kira-kira 20 mm dari permukaan tembok sebagai langkah untuk mengelakkan sebarang gangguan yang mungkin berlaku ke atas tembok bangunan apabila berlaku sebarang gerakan kea tas gelegar-gelegar. Selain tujuan diatas ialah untuk memberi ruang peredaran udara yang cukup di sekitar hujung-hujung gelegar. Liang-liang udara haruslah dibuat pada temboktembok luar supaya udara bersih sentiasa berlegar dibawah binaan lantai iaitu kira-kira 1500 mm jarak diantara satu sama lain. Kerja-kerja pelantaian sama ada menggunakan papan-papan lebar atau kayu-kayu jalur biasanya 25 mm tebal yang di pasang bersudut tepat dengan gelegar-gelegar lantai.

44

Rajah: PELAN STRUKTUR BINAAN LANTAI BERONGGA

Rajah: PELAN TEGAK KERATAN

45

Rajah: BINAAN LANTAI BAWAH YANG DITINGGIKAN ATAU LANTAI BERONGGA

46

LANTAI ATAS
1. LANTAI SELAPIS Binaan lantai kayu untuk rumah-rumah kediaman biasanya adalah dari jenis binaan lantai selapis, iaitu binaan yang hanya mengandungi satu set gelegar untuk menyangga papan-papan lantai serta beban yang mendatang. Tidak seperti binaan lantai bawah yang dinaikkan, gelegar-gelegar lantainya di sokong hanya pada bahagian hujungnya. Hujung-hujung gelegar itu diletakkan atau di gantung pada tembok-tembok penyokong beban di sebelah luar dan pada tembok-tembok sekat yang ada di dalam bangunan. Oleh sebab tiada sokongan antara pada bahagian tengah gelegar-gelegar, bahan-bahan yang lebih besar terpaksa di gunakan jika berkehendakkansuatu binaan lantai yang benar-benar kuat dan kukuh. Penentuan saiz gelegar adalah bergantung kepada faktor- faktor seperti rentang bukaan, jarak gelegar dan beban tetap yang akan ditanggung lantai. Jarak gelegar lantai di antara 400 mm hingga 450 mm (di ukur dari tengah ke tengah). 2. LANTAI DUA LAPIS Binaan lantai jenis ini diperlukan untuk lantai yang rentangnya lebih daripada 5m. Penggunaan gelegar-gelegar yang bersaiz 50 x 175 iaitu saiz yang biasa digunakan untuk binaan lantai selapis tidak cukup tegap dan mungkin bergegar jika digukan pada binaan lantai yang rentangnya lebih daripada 5m. Binaan lantai yang tidak cukup tegap boleh mengakibatkan kerosakkan pada siling yang dipasang di bawahnya. Cara yang lebih berkesan dan lebih ekonomi ialah dengan mengurangkan ukuran rentang yang harus direntasi oleh gelegar supaya bahan-bahan bersaiz biasa boleh digunakan untul binaan lantai itu. Untuk tujuan ini, sebatang gelegar di namakan gelegar pengikat atau rasuk dipasang secara melintang di sebelah bawah gelegar-gelegar lantai. Dengan itu, beban dari lantai yang diterima oleh gelegar akan diagihkan kepada rasuk tadi. Dengan adanya rasuk juga suatu rentang panjang berterusan dapat dipendekkan. Kayu berukuran 200 x 300 adalah mencukupi untuk digunakan sebagai rasuk. 3. LANTAI TIGA LAPIS / BERANGKA Binaan lantai ini mengandungi tiga set gelegar yang bertugas menyangga beban dari lantai. Binaan cara ini hanya dilakukan untuk bangunan-bangunan di mana lantainya terpaksa menanggung beban hidup yang berlebihan dan rentangnya sehingga melebihi 7m. Untuk menentukan bahawa binaan lantai itu berupaya menyangga beban yang berlebihan, satu set gelegar lagi diperlukan iaitu sebagai tambahan. Biasanya satu bahan yang lebih besar dinamakan galang penyambut di rentangkan selari dengan gelegar-gelegar lantai dan diletakkan di bawah rasuk.

KEMASAN LANTAI
Terdapat banyak jenis kemasan lantai. Ia boleh dipasangkan samada sebagai satu lapisan jubin yang disusun atas lantai konkrit dan dilekatkan dengan turap simen kepadanya. Faktorfaktor pemilihan lantai yang perlu dipertimbangkan: Jenis lantai Lantai atas atau bawah Cuaca Penyaman udara

47

Beban lalulintas atasnya Belanja penyelenggaraan

1. LINOLEUM Dibuat dengan menekankan lapisan plastik keatas guni jut, kain kanvas atau keranjang felt tepu bitumen. Bahan plastik yang di maksudkan: minyak kering dari biji-bijian damar bahan yang terdapat didalam cat boleh diperoleh dalam bentuk gulung (panjangnya 27, tebal ~ 2mm-6mm, lebarnya 1.83m) Tahan, senyap, sedap dipijak dan tidak licin kecuali jika disapu lilin berlebihan. Dibekalkan mengikut pelbagai warna dan rekabentuk seperti bentuk jubin, panel, selitan dll. Sesuai dilekatkan dengan simen kepada semua bentuk lantai kering, aras yang tidak tertakluk pada pengembangan dan pengecutan. Keburukannya ialah permukaannya akan rosak dengan larutan soda, dan tidak sesuai bagi lantai basah memandangkan lapisan guni yang digunakan.

2. TIKAR PVC(Polivinil klorida) LUWES Biasanya tidak mempunyai lapisan guni dan dikilangkan daripada damar PVC sebagai bahan utama bersama dengan pelikat dan pewarna. Ia dihasilkan dengan rupa siap berkilat usam, berwarna dari warna biasa hingga kepada warna seperti marmar. Agak hangat, tahan, luwes dan telap kepada air, minyak, gris, petrol, alkohol, bahan kimia yang tidak terbakar. Tikar PVC dilekatkan kepada lantai ikut cara yang sama seperti linoleum tapi lapisan lepanya mestilah betul-betul rata sempurna kerana sebarang ketidakrataan akan jelas kelihatan.

3. GETAH Dengan sedikit sulfur untuk pemvulkanan dihasilkan dengan ketebalan 3.2mm, 4.8mm dan 6.3mm dalam bentuk gulung sehingga kepada 1.83m lebar dan 30.5 panjang dan boleh didapati ikut pelbagai warna dan corak. Amat senyap apabila dipijak, mempunyai kualiti akustik dan haus yang bagus, sederhana hangat dan tidak licin. Tikar getah ini sesuai untuk ruang tamu, ruang masuk bangunan, ruang legar, tangga, kedai dll. Tikar getah ini boleh dihamparkan keatas semua permukaan rata menggunakan perekat yang mengandungi getah yang larut dalam nafta arang batu.

48

4. JUBIN ASBESTOS PVC Dibuat dengan campuran pelekat PVC disebatikan dengan gentian asbestos, pelikat mineral dan pewarna. Saiz ini ialah segiempat sama 225mm x 225mm dan 305mm x 305mm, tebalnya 2.1mm hingga 3.2mm. Lantai yang digunakan mestilah betul-betul aras, rata dan kering dan jika lantai itu bersentuh dengan tanah, lapisan kalis lembap hendaklah disediakan di dalamnya.

5. JUBIN LANTAI PVC LUWES Dibuat dengan cara yang sama dengan PVC, kecuali ia dipotong menjadi jubin segiempat sama berukuran 225mm, 305mm dan 455mm, tebalnya ialah 1.2mm-3.2mm. Memiliki sifat dan kegunaan untuk keadaan yang sama seperti tikar PVC luwes.

6. BATU BATA JENIS BERKACA ATAU SEPARUH BERKACA Digunakan untuk menurap lantai. Tebalnya 50mm tanpa lekukan permukaan, diatur atas lapisan asas 19mm tebal daripada mortar simen (1: 3) dan diturapkan betul-betul. Lantai jenis ini agak bising, sejuk dan licin apabila basah dan hanya dicadangkan untuk tujuan pemakaian bagi keadaan dengan hausan dan hentaman yang teruk dan lantai ini sentiasa lembap dan dipanaskan.

7. JUBIN TANAH LIAT RATA Dibuat daripada tanah liat semulajadi yang halus, iaitu dalam bentuk kepingan segiempat sama berukuran 75mm, 100mm, 115mm atau 150mm, tebalnya ialah 12.5mm. Jubin-jubin ini diatur diatas lapisan atas mortar setebal 20mm dan diturapkan betul-betul dengan cairan simen dan air. Kemasan ini mempunyai kualiti haus yang bagus dan tidak dirosakkan oleh minyak atau lemak. Lantainya tidak mudah calar dan mudah dibersihkan tapi bising dan sejuk.

8. MOZEK TEMBIKAR Dibuat dari bahan yang sama dengan jubin tanah liat, bentuknya samada segiempat sama atau segienam dengan saiz dari 19mm 50mm, tebalnya 4.8mm. Mozek tembikar mempunyai pelbagai warna dan corak dan dilekapkan kepada kertas dan dibekalkan ke tapak yang dibina dalam bentuk panel 0.6m x 06m. Oleh sebab kemasan ini terdiri dari unit-unit kecil, mala senang dibentuk dengan bentuk geometri atau bentuk-bentuk lain.

9. JUBIN KONKRIT Dibentuk daripada campuran simen warna dan batu baur bahan haus, dibekukan atas pelapik konkrit biasa dalam acuan keluli dan ditekankan.

49

Jubin ini dihasilkan mengikut saiz dari 100mm 305mm segiempat sama tebalnya 16mm 39mm. Biasanya mempunyai bahagian bawah berlidah, diletak dan diikat betul-betul dengan mortar simen atas lantai konkrit bersih dan menonjolkan kemasan yang menarik. Senang dibersihkan secara membasuhnya.

10. MARMAR Tebalnya ialah antara 20mm-25mm. Kepingan marmar dipasangkan diatas mortar simen setebal 12.5mm dan mempunyai rupabentuk menarik, tahan haus, tahan terhadap minyak, lemak dan alkali, tetapi mudah diserang oleh asid yang lemah. Sesuai digunakan untuk tempat yang eksklusif.

11. JUBIN TERAZO Dibuat dengan segiempat sama dengan saiz dari 150mm 380mm setebal 9.5mm 38mm, dan mempunyai pengunci dibawahnya supaya terlekat dengan baik kepada alas konkrit dari mortar simen (1:3) setebal 12mm 25mm.

12. PARKEY Dihasilkan dari kayu keras terpilih, dipotong ikut pelbagai saiz dan bentuk tertentu untuk dijadikan blok dengan corak-corak yang menarik. Blok parkey boleh dilekatkan terus kepada lantai kayu dengan permukaan yang rata, secara disematkan atau diglu dalam keadaan panas Dianggap sebagai salah satu kemasan lantai tercantik dan boleh diatur menjadi pelbagai corak yang dikehendaki.

13. MOZEK KAYU Terdiri dari blok-blok kayu berukuran lebih kurang 115mm x 25mm x 9.5mm. Kumpulan mozek ini disimenkan bersama blok atau panel segiempat sama 460mm dan dilekatkan sementara kepada sekeping kertas, yang boleh dipasangkan kepada lantai yang memerlukan tahan hangat dan lasak disamping kelihatan menarik dan cantik.

14. TERAZO Terazo hendaklah dikemaskan atas lantai-lantai konkrit, iaitu terdiri dari turapan dari marmar atau batu serpih lain setebal 16mm yang diratakan atas lapisan asas setebal 19mm, menjadikan jumlah terazo ialah 35mm. Lapisan asas hendaklah terdiri dari batu baur 5mm atau lebih kecil dan simen mengikut nisbah 3:1. Turapan dan lapisan asas hendaklah dilembapkan selalu selepas dirata dan disudipkan sehingga permukaan bersedia untuk dikisarkan dengan karborandum kasar dan air bersih. 3 hari selepas hari itu, ia dikisar sekali lagi dengan karborandum halus pula dan dibiar bebas tanpa gangguan.

50

51

52

DINDING

53

PENGENALAN Definisi Dinding Dinding adalah suatu struktur padat yang membatasi dan melindungi suatu kawasan. Umumnya, dinding membatasi suatu bangunan dan menyokong struktur lainnya, membatasi ruang dalam bangunan menjadi satu ruang, atau melindungi atau membatasi suatu ruang di alam terbuka. Tiga jenis utama dinding struktural adalah dinding bangunan, dinding pembatas (boundary), serta dinding penahan (retaining). Dinding bangunan memiliki dua fungsi utama, iaitu menyokong atap dan langit-langit, membahagi ruangan, serta melindungi terhadap intrusi dan cuaca. Dinding pembatas mencakupi dinding privasi, dinding penanda batas, serta dinding kota. Dinding jenis ini kadang sulit dibatasi dengan pagar. Dinding penahan berfungsi sebagai penghadang gerakan tanah, batuan, atau air dan dapat berupa bahagian eksternal ataupun internal suatu bangunan. Fungsi Dinding 1. Menanggung beban dan kestabilan iaitu sebagai penyokong lantai atas, bumbung dan beban diri. 2. Melindungi dari cuaca, suhu dan angin. 3. Penebat haba, bunyi dan sebagainya. 4. Penutup dan pelindung bangunan. 5. Pembahagi ruang dalam sesuatu bangunan. 6. Penyediaan tempat bagi pemasangan tingkap dan pintu. 7. untuk menampakkan ciri bangunan. Ciri-ciri Dalam Pembinaan Dinding 1. Kestabilan Pembinaan dinding dan tembok mestilah kukuh dan stabil supaya tidak runtuh. Kestabilan sesebuah dinding adalah bergantung kepada keadaan asasnya. Kestabilan dan ketinggian, tekanan yang dihadapi beban yang ditanggung, dan kedudukan pada pusat gravitinya. Faktor utama yang mengawal kestabilan ialah asas dan pusat gravitinya yang rendah menjamin kestabilan binaan. 2. Kekuatan

54

Dinding hendaklah cukup tebal untuk menerima tegasan semasa berada pada had yang selamat dan tidak melebihi tegasan mampatan bahan yang digunakan. Tegasan tegangan boleh diperolehi disebabkan oleh beban yang tidak sama bertindak pada dinding dan tegasan ini hendaklah dapat diimbangi oleh sambungan ikatan dalam dinding. Nisbah tebal terhadap tinggi dinding hendaklah pada had yang dapat mengelakkan berlaku lekuk, dan penyokong sisi hendaklah cukup kuat mengelakkan dinding daripada terbalik.

3. Perlindungan cuaca Kebolehannya mencegah kepanasan dan kesejukkan memasuki ke dalam bangunan. Begitu juga kebolehannya menentang air hujan meresapi ke dalamnya. Ciri-ciri ini juga dikawal oleh kegunaan dan cara pembinaan. 4. Rintangan Kebakaran Ini menunjukkan kebolehannya menahan api apabila terbakar. Ciri ini bergantung kepada bahan yang digunakan. Kayu yang diawet dengan bahan kimia dapat menentang kebakaran dengan memuaskan. Rintangan kebakaran menjamin keselamatan nyawa apabila kebakaran. 5. Serapan Bunyi Kaedah pembinaan dan jenis bahan yang digunakan bertanggungjawab kepada kebolehan dinding dan tembok dlam menyerap bunyi. Ciri-ciri ini menjamin keselesaan dan ketenteraman dalam bangunan. 6. Rintangan Kelembapan Satu kecatatan yang serius pda bangunan boleh berlaku disebabkan oleh resapan kelembapan. Selain menyebabkan kemerosotan kekuatan struktur, kelembapan juga akan merosakkan kemasan dinding, lantai, perabot dan mengganggu kesihatan penghuni. Kelembapan pada dinding boleh disebabkan beberapa faktor seperti resapan melalui dinding, cucur atap dan dinding luar. Pembebanan Dinding 1. Beban pugak dari bumbung, lantai atau rasuk yang disokong di atas dinding. 2. Beban sisi pada tapak dinding dari tekanan angin atau tanah dan sebagainya. 3. Beban tepi ufuk daripada angin dan sebagainya apabila dinding digunakan untuk memberi kestabilan sisi dalam bangunan.

55

JENIS-JENIS DINDING (a) Dinding galas beban Dinding galas beban ialah dinding yang menanggung beban kenaan, beban mati lantai dan bumbung di atasnya selain beban diri. Dinding bata dibina samada sebagai dinding padu atau dinding rongga. Kekuatan dinding ini bergantung pada susunan lapisan dan ikatannya serta mortar yang digunakan. Bata disusun secara berlapis dan berlekap supaya tidak ada sambungan pugak yang berterusan. Dinding yang dibina dengan susunan ikatan yang sesuai dapat mengagihkan beban dengan sama rata ke seluruh panjang dinding. Dinding yang dibina tanpa ikatan, bebannya tidak dapat diagihkan tetapi tertumpu ke sebahagian kecil dinding sahaja. (b) Dinding Panel Dinding panel ialah dinding yang tidak mengakis beban selain beban diri. Dinding ini dibuat daripada bata, kayu dan kepingan panel seperti papan lapis, asbestos dan sebagainya. Dinding jenis ini digunakan dalam bangunan berstruktur yang segala bebannya termasuk beban dinding itu sendiri ditanggung oleh anggota struktur yang lain termasuk tiang, rasuk dan asas. Dinding panel bolah berfungsi sebagai dinding sekat sebab ia boleh dibina untuk membahagi ruang. (c) Dinding Tidak Menanggung Beban Dinding jenis ini menggunakan konkrit ringan, ia tidak digunakan untuk menanggung beban. Biasanya digunakan untuk membahagikan ruang-ruang seperti bilik bagi rumah-rumah biasa. (d) Dinding Monolit Dinding monolit adalah dinding konkrit yang selanjar dan biasanya dibina dengan konkrit tuang disitu dan diperkukuhkan dengan tetulang keluli. Dinding monolit jarang terdapat pada bangunan rumah, kecualinbagi tingkat bawah tanah. Dinding jenis ini boleh menanggung beban yang besar. Dinding monolit sendiri, dan beban sekata yang diagihkan sama rata ke seluruh panjang dinding Rajah di bawah merupakan contoh dinding jenis monolit:

56

Rajah 1

Rajah 2

PEMBINAAN DINDING KAYU 1. Pembinaan Rangka Kayu Satu rangka kayu Tiang tegak Tutup tiang Alas tiang Stad Belebas Rembat Sambungan kayu Secara temu dan dipakukan serong Tanggam

57

58

Rajah: Rangka Kayu

59

Rajah: Pelapisan Penutup Dinding Fungsi penutup dinding adalah: Berdaya menanggung beban sendiri Memberi rintangan kepada serapan air hujan Berupaya menanggung tekanan angin yang positif dan negatif Merintang kemasukan angin Menebat cuaca (panas dan sejuk) Berupaya menebat bunyi Merintang kebakaran Memberi bukaan yang cukup bagi cahaya semulajadi dan udara Mempunyai saiz yang sesuai Dinding luar Papan jalur Papan tindih kasih Dinding dalam Papan jalar Papan panel Papan gentian(kepingan asbestos) Papan lapis Papan gipsum Papan serpih etc

60

Rajah: Papan Jalur Lidah/lurah

Rajah: Papa Jalur Lekap

Rajah: Papan Jalur Temu dan Beroti

Rajah: Papan Atas Papan

61

Rajah: Papan Tindih Kasih

KEMASAN DINDING Bagi bangunan moden hari ini, dinding kebanyakannya dibina daripada bahan batu bata yang kemudian di kemas dengan kemasan plaster simen. Di atas kemasan plaster simen inilah kemasan lain boleh digunakan. Contohnya :

Cat dan cat minyak

Glaze Blue Tiles

Marmar

62

Panel Kayu

Plaster dinding

Mozek

` Dinding Kaca Sand / Pebble Wash Jubin Tanah Liat (Terracotta)

Panduan untuk membuat pemilihan bahan kemasan dinding 1. Biasanya bahan keras akan membalikkan bunyi manakala bahan lembut dan mudah alih boleh menyerap bunyi. 2. Memasang bahan kemasan secara kekal pada mulanya akan memerlukan kos yang tinggi tetapi dalam jangkamasa panjang ia tidak perlu tukar secara kerap dan mudah untuk menjaganya. Contoh kemasan kekal : jubin batu, jubin seramik, kayu & batu bata. 3. Ruang dalaman mestilah dibina mudah untuk ditukar atau diubah. Pertukaran cara hidup penghuni dan gaya serta trend akan memberi kesan sekiranya bahan adalah fleksibel seperti kertas dinding atau fabrik. Contoh bahan kemasan tidak kekal : kertas dinding. 4. Keluasan ruang yang digunakan juga akan menentukan faktor pemilihan bahan. Kemasan tekstur yang berat, corak yang besar dan warna yang gelap akan mengecilkan ruang. Tekstur yang halus dan licin , corak yang kecil dan warna yang cerah pula meluaskan ruang. 63

5. Fungsi ruang memainkan peranan penting dalam pemilihan kemasan. Ruang yang kerap digunakan bahan tahan lasak Ruang yang kurang digunakan bahan yang agak lembut ddan ringan. Ruang lembap bahan kemasan yang tidak menyerap.

TANGGA
64

PENGENALAN

Tangga membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah antara antara satu tingkat dengan tingkat yang lain. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau diselangi dengan pelantar. Tangga biasanya dibina daripada kayu, tetapi bahan-bahan lain juga digunakan seperti konkrit, keluli, bata dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis tangga yang biasanya dibina pada sesebuah bangunan. Antara jenis-jenis tangga adalah seperti tangga larian lurus, tangga suku pusingan, tangga separuh pusingan dan tangga geometri. Dalam kerja pembinaan tangga, terdapat pelbagai prinsip yang perlu diambil perhatian supaya tangga yang dibina selesa dan selamat digunakan. Antara prinsipprinsip pembinaan tangga ialah larian tangga, anak tangga, curam, ukuran naik dan jarak mengufuk, jejak dan penaik, ruang tangga dan pelantar tangga.

65

JENIS-JENIS TANGGA Tangga Larian Lurus


Tangga larian lurus adalah tangga yang meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu tingkat ke tingkat yang lain dalam satu arah. Bagi tangga yang terlalu panjang, terdapat pembinaan pelantar perantaraan dan pelantar ini biasanya dibina ditengahtengah tangga. Tujuan pembinaan pelantar ini adalah untuk mengelakkan pengguna merasa letih ketika menggunakannya.Rupa bentuk tangga jenis ini adalah yang paling mudah dan murah dalam pembinaan tangga

66

Tangga Suku Pusingan


Tangga suku pusingan meliputi dua deretan tangga yang meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dimana terdapat pelantar membelok sejauh 90 atau suku pusingan di pertengahannya. Tangga jenis ini sesuai untuk ruang bukaan tangga yang terhad seperti pada rumah kos rendah dan sebagainya. Tangga jenis ini juga biasanya dibina berhampiran dengan dinding bangunan supaya penggunaan ruang dapat diminimumkan. Penggunaan tangga suku pusingan amat sesuai untuk ruang bukan yang terhad di mana tangga larian lurus tidak dapat digunakan.

Tangga Separuh Pusingan


Tangga separuh pusingan juga meliputi dua deretan anak tangga meningkat dari lantai bawah ke atas seperti tangga suku pusingan tetapi tangga separuh pusingan mempunyai pelantar memusing sebanyak 180 atau separuh pusingan di pertengahannya. Kedua-dua deretan anak tangga jenis ini adalah selari dan tangga ini adalah sesuai sebagai tangga awam. Susunan anak tangga di lantai atas biasanya berakhir di atas titik permulaan pada lantai bawah. Ini akan menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk kedua-dua deretan tangga ini. Penggunaan tangga separuh pusingan amat sesuai sebagai tangga awam, terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.

67

Tangga Geometri
Tangga jenis ini meliputi satu deretan anak tangga berterusan yang disusun mengelilingi tupang tengah. Ianya hanya memerlukan kawasan kecil untuk membinanya. Namun penggunaan tangga ini adalah terhad kerana kos pembinaan yang agak tinggi serta akan menyebabkan pengguna cepat merasa penat. Tangga jenis ini juga tidak sesuai untuk pemindahan barang kerana kesempitan anak tangga.

PRINSIP PEMBINAAN TANGGA


Dalam proses pembinaan tangga, terdapat pelbagai prinsip yang perlu diambil perhatian supaya tangga yang dibina adalah selesa dan selamat digunakan oleh semua peringkat umur. Antara prinsip-prinsip pembinaan tangga ialah larian tangga , anak tangga, curam, ukuran naik dan jarak mengufuk, jejak dan penaik, ruang tangga dan pelantar tangga.

68

Larian Tangga
Larian tangga mengandungi satu siri anak tangga yang berterusan di antara lantai bawah dengan tingkat atas, di antara lantai dengan pelantar atau di antara pelantar dengan pelantar. Larian tangga hendaklah mempunyai tidak kurang daripada 3 naik dan tidak melebihi 16 naik. Ia bertujuan untuk menjamin keselesaan penggunaannya. Lebar lazim tangga bagi rumah kediaman adalah antara 800 hingga 1200mm.

Anak Tangga
Dibina selari antara satu sama lain kecuali berlaku pertukaran arah pada larian tangga. Dibina sebagai suatu siri jejak ufuk terbuka dengan ruang antara jejak atau sebagai anak tangga tertutup dengan memasang penaik antara jejak. Tiap-tiap anak tangga mestilah mempunyai jarak jejak dan naik yang sekata untuk kemudahan pengguna.

Curam
Curam bagi larian tangga hendaklah tidak melebihi 42 darjah untuk penggunaan biasa. Sudut condong yang terlalu kecil memerlukan bilangan anak tangga yang banyak, ini menjadikan tidak lancar apabila didaki. Manakala sudut yang terlalu besar pula tidak memberi keselesaan dan amat sukar semasa mendakinya. Kecuraman yang seimbang yang disyorkan oleh B.S 5395, 1977 adalah 42 bagi tangga rumah kediaman dan 27 - 33 bagi tangga bangunan awam.

Ukuran Naik dan Jarak Mengufuk


Ukuran naik ialah jarak menaik dalam sesuatu larian tangga. Jarak ufuk adalah jarak yang diukur mengikut panjang ufuk bagi sesuatu larian tangga.

Jejak Dan Penaik


Bahagian ufuk bagi sesuatu anak tangga dikenali sebagai jejak, manakala bahagian tegak dikenali sebagai penaik. Anak tangga kayu tertutup, jejak biasa mengunjur sedikit dari muka penaik. Unjuran ini dikenali sebagai anjur dalam lingkungan 32mm. Ukuran penaik mestilah tidak melebihi 190mm dan jejak tidak kurang dari 230mm. Jarak ufuk maksimum jejak untuk tangga awam ialah 350mm

Ruang Tangga
Ruang tangga perlu mencukupi untuk mengangkat barang melalui tangga.

69

Mengikut peraturan ruang minimum yang dicadangkan ialah setinggi 2 meter diukur menegak di antara garisan unjur tangga dengan sisi bawah lantai atas, atau minimum 1.5m diukur bersudut tepat ke garisan anjur lantai atas dan sisi bawah lantai atas.

Pelantar Tangga
Merupakan ruang yang terdapat antara dua larian tangga. Berfungsi sebagai pemisah bagi larian tangga yang terlalu panjang atau sebagai perenggan bagi larian tangga yang bertukar arah atau membelok.

Kaedah Merancang Tanda Larian Tangga

Dalam pembinaan tangga, adalah mustahak untuk menentukan bahawa jarak jejak, ukuran naik bagi penaik, curam serta bilangan anak tangga selaras dengan keperluan peraturan yang perlu dipatuhi. (i) Kaedah menentukan curam sesuatu tangga boleh dilakukan dengan menggunakan formula berikut: 2N + J = 600 atau N + J = 430 N ialah ukuran naik bagi penaik dan J ialah jarak ufuk bagi jejak. (ii) Kaedah menentukan jumlah penaik bagi sesuatu tangga boleh menggunakan formula berikut: Bilangan penaik = jumlah ukuran naik naik yang dikehendaki

PEMBINAAN TANGGA KAYU


Merupakan tangga tradisional bagi rumah dua tingkat. Kayu sebagai bahan binaan mempunyai suatu citarasa yang baik serta keindahan warna dan ira kayu. Jenis kayu dalam pembinaan tangga yang bermutu tinggi ialah kayu kempas, cengal, keruing, kapur dan nyatuh. Kemasan pada permukaannya biasa disiapkan dengan sampang atau polyuerethene.

70

Ibu tangga
Diperbuat daripada papan 38mm-44mm tebal untuk menempat dan menupangkan jejak dan penaik. Ibu tangga yang di pasangkan pada bahagian dinding dinamakan ibu tangga dinding, manakala sebelah luar ialah ibu tangga luar. Biasanya di bentuk dalam dua cara, iaitu tertutup dan terbuka. Ibu tangga tertutup mengandungi alur sedalam 12mm 14mm yang dipahat pada permukaan lebarnya untuk menerima hujung jejak dan penaik. Ibu tangga selebar 250m atau 280mm adalah mencukupi untuk menempatkan anak-anak tangga serta jidar selebar 50mm diukur dari garisan anjur. Hujung jejak dan penaik diglu dan dibajikan kedalam alur ibu tangga. Ibu tangga dinding biasanya dibuat sebagai ibu tangga tertutup supaya lepanya boleh dikemaskan.

Ibu tangga tertutup, bahagian atas ibu tangga dipotong untuk menerima jejak dan penaik. Bahagian bawah ibu tangga pula selari dengan kecerunan tangga. Keratan untuk hujung penaik boleh bersudut tepat atau serong 45 pada ibu tangga. Jika ia dikerat serong dan apabila dicantumkan, hujung kayu tidak akan kelihatan menjadikan ia lebih kemas.

71

Pendakap digunakan untuk menetapkan jejak dan penaik kepada ibu tangga. Pendakap diskrukan kepada kedua-dua jejak dan penaik serta ibu tangga. Blok glu juga digunakan untuk mengukuhkan kedudukan jejak.

Penaik dan jejak


Kaedah pertama menyambungkan penaik ke jejak ialah dengan membuat lidah pada kedua-dua hujung penaik dan memasangnya ke dalam lurah yang telah dibuat pada hujung jejak. Kaedah lain ialah dengan membuat lidah pada bahagian atas penaik dan lurah pada bahagian bawahnya, kemudian lekapkan penaik ini kepada hujung jejak bawah dan atas.

Kaedah Memasang Jejak dan Penaik

72

Kaedah Menyambung Penaik ke Jejak

Kaedah

Sambungan Jejak &

Ibu Tangga, Pelepar

Tiang Kepaal Tangga


Dibuat daripada kayu 100mm x 100mm dan diboltkan kepada gelegar lantai di bahagian bawah.

73

Puting sanding yang dibuat pada ibu tangga memuati lubang puting yang dibuat pada tiang kepala tangga. Untuk kelihatan lebih cantik , tiang kepala boleh dilarik dalam pelbagai bentuk.

Pelantar
Ruang pelantar dibina dari suatu susunan gelegar lantai 100 x 50mm yang diletakkan 600mm tetengah. Gelegar-gelegar ini ditupang oleh satu rasuk 175mm x 75mm yang diboltkan kepada tiang kepala tangga. Hujung rasuk dan gelegar lantai adalah dibina ke dalam tembok. Papan lantai 25mm tebal berlidah dan berlurah di pakukan kepada gelegar lantai.

Pelepar Terbuka
Pelepar terbuka mengandungi suatu barisan kisi-kisi yang dibuat daripada kayu 25mm segiempat atau lain-lain bentuk. Ia berputing dan ditempatkan di antara sisi bawah susur tangan dan ibu tangga.

Pelepar Tertutup
Pelepar tertutup dibuat berdinding daripada panel kayu,papan lapis,kaca,atau plastik yang dipasangkan pada suatu kerangka ringan di antara susur tangan dengan ibu tangga.

Pelan & Keratan Tangga Kayu Separuh Pusing Dgn Lobang Terbuka

74

Sambungan Ibu Tangga & Tiang Kepala Tangga

75

Sambungan Pelepar Tertutup (berdinding)

Perincian Anak Tangga

76

Tangga Larian Lurus Terbuka dgn Ibu Tangga Tertutup

PEMBINAAN TANGGA KONKRIT


Tangga konkrit mempunyai rintangan yang lebih baik terhadap kerosakan Tangga konkrit mempunyai kekuatan yang tinggi dan tahan lasak serta mudah untuk direkabentuk Pembinaannya ada pelbagai jenis yang terdiri daripada tangga konkrit siku, julur, rasuk dan papak condong.

77

Kaedah Pembinaan Tangga Konkrit


Penyediaan tapak yang bersih dan rata Starter bar dipasang adalah untuk mengikat sambungan diantara struktur tangga dan struktur utama yang lain dan ini akan menjadikan struktur tangga lebih kukuh. Tindihan diantara Starter bar dengan B.R.C untuk tangga ialah bergantung pada ukuran yang ditetapkan pada lukisan pelan yang disediakan

Dalam pembinaan tangga konkrit penentuan dan keperluan yang hendak dipatuhi ialah:
Bancuhan konkrit 1:2:4 dengan saiz batu baur kasar 20mm. Kulit konkrit ialah 15mm minimum atau mengikuti diameter besi tetulang utama, mana-mana yang lebih tebal. Ketebalan tangga ialah 100mm minimum sehingga 250 mm maksimum. Tetulang mestilah daripada keluli biasa, keluli tegangan tinggi atau besi bulat berbunga. Kemasan permukaan anak tangga hendaklah mengikuti kesesuaian kegunaan tangga berkenaan.

Pembinaan tangga konkrit (papak condong)


Pembinaan tangga adalah bergantung kepada struktur bangunan serta kemudahan-kemudahan di tapak bina. Dalam keadaan yang biasa,jenis tangga yang berkesan untuk rumah kediaman ialah tangga papak condong.

Tetulang
Kulit konkrit yang mencukupi hendaklah diadakan di sekeliling tetulang untuk mengelakkannya daripada berkarat.

Pelepar
Pelepar boleh dibina dalam 2 jenis iaitu terbuka atau tertutup. Pelepar terbuka mengandungi 1 barisan kekisi yang dibuat darpada kayu 25 mm segiempat atau lain-lain bentuk. Ia berputing dan ditempatkan di antara sisi bawah susur tangan dan ibu tangga. Pelepar tertutup pula dibuat berdinding daripada panel kayu, papan lapis, kaca atau plastik yang dipasangkan pada suatu kerangka ringan di antara susur tangan dengan ibu tangga. Susur tangan diperbuat daripada kayu 75 mm segiempat dan dibentukkan pada muka atas. Hujung susur tangan berputing dipasangkan dalm lubang puting pada tiang kepala tangga.

78

Kemasan Anak Tangga


Kemasan kepada anak tangga perlu disiapkan supaya permukaannya tidak gelincir, senang dicuci dan kelihatan menarik. Didapati pelbagai jenis kemasan yang boleh digunakan tetapi kemasan yang paling ekonomik dan senang digunakan ialah dengan menerap simen. Untuk mendapatkan sesuatu permukaan yang tidak gelincir terutama sekali pada bahagian anjur sebelah hadapan jejak, perlu dikerapkan beloti karborundum atau getah kedalam kemasan lepaan simen. Kemasan jenis lain ialah dengan memasang jubin, parket, batu marmar, terazo atau ditutup dengan permaidani. Permukaan tampang bawah tangga boleh disiapkan dengan melepa turap simen nipis.

Pembinaan Tangga Batu

Tangga Berpapak Condong & Tangga Berpapak Crank

79

Tangga Beribu Tangga dan gelegar & Tangga Dinding Tulang Belakang Julur

Pembinaan Tangga Konkrit Tetulang Separuh Pusing - Keratan

80

Tangga Konkrit Tetulang Separuh Pusing Pelan

Sambungan Pelepar ke Anak Tangga Konkrit

81

Kemasan Anak Tangga Konkrit

Keratan Rumah Kediaman (Rumah Kos Rendah)

82

83

84

BUMBUNG

PENGENALAN Bumbung ialah bahagian atas sekali bagi satu struktur bangunan. Bumbung memberi perlindungan dari angin, panas dan hujan. Bumbung ialah satu struktur berbentuk rata atau curam yang dibina bagi melindungi bangunan. Struktur bumbung dibina daripada kayu, keluli atau konkrit untuk menanggung beban diri, beban penutup dan beban angin. Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan fungsi seperti kestabilan, kekuatan, ketahanlasakan, rintangan cuaca, rintangan terhadap kebakaran, sifat penebat haba, dan rupa bentuk bangunan itu sendiri. Bumbung dibina bagi menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan kemasan dalam dan beban angin tanpa mengalami

85

lenturan atau pesongan yang berlebihan sehingga berlaku ubah bentuk. Kekuatan bumbung untuk menanggung beban bergantung pada ciri ciri bahan binaan yang digunakan, cara pemasangan dan pembinaannya serta bentuk bumbung itu sendiri. Bumbung bangunan hendaklah menggunakan penutup bumbung yang ditentukan oleh Undang undang kecil Bangunan untuk memastikan ia mempunyai rintangan yang cukup terhadap kebakaran. Rupa bentuk bumbung mempengaruhi rupa bangunan sama ada dari segi bentuk bumbung ataupun warna dan tekstur bahan penutup bahan itu sendiri. Bumbung terdiri daripada dua iaitu rata dan curam. Bumbung di bina bagi melindungi bangunan. Strukturnya dibina daripada kayu, keluli atau konkrit untuk menanggung beban diri, beban penutup bumbung dan beban angin. Faktor faktor pembinaan bumbung adalah seperti kestabilan, kekuatan, ketahanlasakan, rintangan cuaca, rintangan kebakaran, penebat haba dan rupa bentuk bangunan. Tujuan pembinaan bumbung adalah untuk menyokong beban mati struktur bumbung dan penutup. Pembinaan bumbung juga sebagai penebatan dan kemasan dalaman. Beban angin tanpa mengalami sebarang lenturan atau pesongan yang berlebihan sehingga berlaku mengubah bentuk. Pemilihan jenis bumbung berdasarkan ekonomi, nilai estetika dan saiz dan bentuk bangunan.Terdapat 10 jenis bumbung iaitu bumbung tebeng layar melandai sebelah, tebeng layar, limas, layang, limas belanda, Gabriel, minangkabau, Mansard, rata dan pisang sesikat.

GAMBARAJAH

86

BUMBUNG TEBENG LAYAR MELANDAI SEBELAH

BUMBUNG TEBENG LAYAR

BUMBUNG LIMAS

BUMBUNG LAYANG

BUMBUNG LIMAS BELANDA

BUMBUNG GABRIEL

87

BUMBUNG MINANGKABAU

BUMBUNG MANSARD

BUMBUNG RATA BUMBUNG PISANG SESIKAT

FUNGSI BUMBUNG Fungsi bumbung ialah menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya. Selain itu, bumbung berfungsi sebagai penebatan. Bumbung juga memberikan kemasan dalam yang cantik dan sesuai. Bumbung juga dapat menyokong beban angin. FAKTOR FAKTOR REKAAN BUMBUNG

88

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Air hujan Angin Kilat Penebatan Serangga Ganti udara

FAKTOR PEMILIHAN JENIS BUMBUNG 1. Saiz dan bentuk bangunan bangunan yang berbentuk sederhana sesuai dibina dengan bumbung curam dan bangunan yang bentuknya kompleks sesuai menggunakan bumbung rata. Rentang juga boleh menentukan jenis bumbung yang dipilih. 2. Nilai estetika nilai keindahan semulajadi menentukan jenis bumbung. Biasanya bumbung jenis curam adalah sesuai bagi bangunan kecil dan bumbung rata pula sesuai bagi bangunan yang besar. 3. Ekonomi kos pembinaan dan penyelenggaraan dari semasa ke semasa hendaklah di ambil kira dalam menentukan pemilihan jenis penutup bumbung. Sesetengah penutup bumbung seperti kepingan keluli berombak dan bergalvani tidak tahan lama dan kos penyelenggaraan hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan. 4. Kemungkinan ubah suai pengguna mungkin ingin mengubah kemasan yang digunakan untuk bumbung. 5. Kemudahan penyelenggaraan dari semasa ke semasa bumbung perlu disenggara seperti untuk pembersihan dan membaiki kerosakan. 6. Bebanan bumbung jenis kemasan yang di pilih juga perlu di ambil kira kerana ia merupakan beban utama kepada bumbung. 7. Cuaca dan kehendak cahaya keadaan hujan dan panas.

JENIS JENIS BUMBUNG 1. Bumbung curam Bumbung jenis ini dibuat dengan menegakkan kasau kasau kayu dengan cerun dan meletakkan satu hujung ke atas dinding dan satu lagi ke atas tulang bumbung. Bumbung ini merupakan satu bentuk yang menarik dipandang. Ia membekalkan satu ruang udara yang bertindak sebagai penebat udara bagi bilik bilik di bawahnya. Selain dari itu, ia boleh juga digunakan sebagai ruang untuk meletakkan tangki air. Cerun bumbung berubah ubah dari sudut 10 - 45 dari garis lintang. Jenis jenis bumbung curam 1. Bumbung ganding (couple roof) 2. Bumbung ganding tertutup (closed couple roof)

89

3. Bumbung simpai (collar roof) 4. Bumbung gulung gulung (purlin roof) 5. Bumbung pisang sesikat (lean to roof)

a) Bumbung ganding Bumbung curam yang mengandungi kasau dan tulang bumbung digandingkan di sebelah atasnya. Jenis ini biasanya untuk bangunan bangunan kecil, di mana lebarnya tidak melebihi 4 meter. Kasau berpasangan dan kepala kasau dipakukan kepada plat dinding. Jika rentang terlalu besar beban dari penutup bumbung dan beban angina akan menyebabkan struktur bumbung berkuak dan dinding akan terbalik. Biasanya rentang maksima bagi bumbung ialah 3.5 meter. Jenis bumbung ganding ; i) Bumbung ganding terikat Kaki kasau bumbung ini didikat dengan alang pengikat atau geleger siling. Dengan cara ini, beban kasau dapat diimbangi oleh alang pengikat dan ini dapat mengelakkan kaki kasau daripada berkuak dan dinding terbalik. Bumbung ini dapat menanggung beban yang lebih besar dengan rentang maksimum 5.5 meter. Dalam istilah lain, untuk mengekalkan kasau daripada mengembang keluar dan menolak dinding, perlulah diikat kaki kasau ini dengan menggunakan satu kayu panjang melintang yang dipanggil jeriau. Jeriau ini dipakukan ke kasau dan peliat tembok. ii) Bumbung ganding tertutup Kasau kasau dipasangkan seperti pemasangan pada bumbung ganding tetapi dikukuhkan dengan alang pengikat. Alang pengikat dipasangkan pada kaki setiap pasangan kasau yang terletak di atas tutup tiang. Pemasangan alang pamgikat pada kasau boleh dilakukan dengan cara memaku ataupun di buat tanggam lekap bajang. Alang pengikat di gunakan untuk menyekat tekanan ke luar yang di alami oleh tembok tembok yang menyokongnya. b) Bumbung simpai Satu cara lagi untuk mengelakkan kasau dari mengembang ialah dengan mengikat kasau di tengah tengah diantara kedua dua kasau iaitu pada jarak 1/3 tinggi bumbung dari paras atas dinding. Kebaikan jenis ini ialah ianya dapat memberi sebahagian ruang untuk bilik dan ini dapat mengurangkan tinggi bangunan. Biasanya simpai berukuran 100mm38mm. Kebisaannya rentang bagi bumbung jenis ini ialah 4.5 meter. Sambungan alang kecil kepada kasau dengan menggunakan tanggam lekap bajang. Jenis ini mempunyai ruang kepala yang lebih dengan bumbung yang lain. c) Bumbung gulung - gulung Saiz yang jimat untuk kasau ialah 100mm50mm tetapi bagi bumbung ganding dan simpai, saiz ini hanya boleh digunakan unutk rentang tidak melebihi 15 kaki. Bagi rentang yang melebihi 5 meter pula cara membina bumbung curam ialah dengan membuat bumbung gulung

90

gulung. Gulung gulung ialah kayu yang melintang di bawah kasau kasau berukuran 175mm75mm untuk menumpangnya di antara tulang bumbung dan pelit tembok. Gulung gulung ini pula ditumpang oleh jemang iaitu kayu yang ditegakkan di atas dinding sekatan. Gulung gulung menumpang kasau pada jarak sama tengah antara tulang bumbung dan cucur bumbung dan ditupang oleh jermang serta diikat oleh simpai pada jarak setiap empat kasau antara satu sama lain sepanjang gulung gulung di atasnya. Jermang yang digunakan berukuran 75mm38mm. d) Bumbung pisang sesikat Bumbung jenis ini bukanlah satu bumbung yang penting bagi sesebuah bangunan tetapi merupakan sebahagian kecil sahaja. Bumbung ini adalah bumbung curam dan bahagian perabung bumbung tersandar kepada tembok dinding yang pugak. Bumbung ini adalah contoh mudah jenis bumbung selapis dengan satu dinding dibina lebih tinggi daripada dinding yang bersetentang dan kasau direntangkan antara kedua duanya. Bumbung jenis ini adalah binaan tambahan kepada bangunan utama seperti anjung, dapur, verendah dan garaj dengan rentangnya tidak melebihi 2.5 meter. Ia boleh dibina secara tunggal atau berkembar. Bahagian atas kepala kasau dipasangkan kepala plat dinding yang disokong sama ada oleh serangga bata atau pendakap sesangga keluli. Selain itu boleh juga menggunakan membina masuk palam kayu ke dalam dinding pada jarak 750mm dari pusat ke pusat di sepanjang permukaan dinding. Plat dinding kemudian dipakukan atau diskrukan pada palam kayu tersebut. Plat dinding juga boleh dipakukan terus kepada dinding dengan menggunakan alat khas. 2. Bumbung rata Bumbung ini adalah bumbung yang mana kecerunannya tidak melebihi 10. Cara yang paling mudah untuk membina bumbung ini ialah dengan melintangkan kayu atau konkrit dan dilapikkan dengan bahan yang kalis air seperti aspal. Dalam hal ini, papan kayu setebal 19mm digunakan untuk melapik bumbung rata, di mana atasnya dilapikkan pula dengan aspal. 3. Jenis bumbung yang lain Untuk tujuan seni bina dan kejuruteraan, bentuk bentuk bumbung khas mungkin digunakan pada bangunan, misalnya bumbung petala (shell), kubah, kekubah pipa atau papak berlipat. Rekabentuk dan pembinaan bumbung jenis ini memerlukan kemahiran yang tinggi, oleh yang demikian kosnya mahal dan hanya digunakan untuk pembinaan yang paling khusus sahaja

CIRI CIRI PEMILIHAN KEMASAN BUMBUNG Kemasan bumbung juga penting dalam sesebuah pembinaan kerana ia mengemaskan lagi sesuatu struktur bumbung yang di bina. Terdapat lima kriteria pemilihan kemasan bumbung. Yang pertama ialah kuat dan tidak berkarat. Bahan tersebut haruslah tidak berkarat dan kuat

91

supaya tidak berlaku pengaratan dan penghakisan. Yang kedua pula ialah berat sesuatu bumbung supaya bahan tersebut dapat menampung berat bumbung dan tidak mengalami keruntuhan. Daya pembalikan cahaya juga penting untuk mengelakkan haba yang keterlaluan dari cahaya matahari dan cahayanya terus ke dalam bangunan. Faktor kecantikan juga di titikberatkan untuk mencantikkan dan mengemaskan lagi bumbung dan kos juga perlu di ambil kira supaya ia tidak melebihi anggaran kos yang di tetapkan.

CIRI CIRI PEMILIHAN JENIS BUMBUNG 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kecantikan Kestabilan Tahan lasak Rintangan terhadap haba Perlindungan daripada cuaca Bekalan cahaya dan ganti udara

JENIS JENIS KEMASAN BUMBUNG 1. 2. 3. 4. 5. Kepingan aluminium Keluli barsalut zink Asbestos Genting Onduline

ANGGOTA-ANGGOTA BUMBUNG 1. Tulang bumbung Tulang bumbung ialah sekeping kayu atau papan yang dipasang di sepanjang puncak binaan bumbung di mana bahagian atas kasau-kasau betina di pasang. Dengan adanya tulang bumbung ini pemasangan kepala-kepala kasau dapat di lakukan dengan mudah di samping dapat menghasilkan suatu puncak yang lurus 2. Kasau betina Bahagian yang seakan-akan gelegar tetapi ia diletakkan condong. Ia direntangkan di antara tulang bumbung pada bahagian atas dengan plat tembok di bahagian bawah. Bahagian di sebelah atas dinamakan kepala, sementara bahagian bawah di namakan ekor.

92

3. Kasau limas Satu garisan condong yang terjadi apabila dua permukaan bumbung yang mencuram berlainan arah bertemu dan menghasilkan satu sudut luar lebih dari 180 darjah. Pada bahagian ini dipasang dengan kasau yang dinamakan Kasau limas 4. Kasau lurah Lurah bumbung terjadi apabila dua permukaan bumbung bertemu dan menghasilkan suatu sudut luar yang kurang dari 180 darjah. Pada bahagian ini dipasang dengan kasau yang dinamakan Kasau lurah 5. Kasau pendek Kasau-kasau ini lebih pendek daripada kasau-kasau betina yang terdapat dalam binaan bumbung yang sama. Kasau pendek limas ialah kasau yang bahagian kakinya terletak pada plat tembok sementara bahagian atasnya dipasang kepada Kasau limas. Kasau pendek lurah ialah kasau yang bahagian bawahnya dipasang kepada kasau lurah, sementara bahagian atasnya dipasang kepada tulang bumbung 6. Plat tembok Plat tembok iaitu alas yang diperbuat daripada beloti panjang yang diletakkan di atas tembok. Selain daripada berfungsi sebagai tapak untuk memasang kaki-kaki kasau ia juga berfungsi sebagai pengagih beban ke atas tembok dengan sama rata 7. Tumpu kasau 8. Tembok penyokong beban Iaitu alas yang diperbuat daripada beloti panjang yang diletakkan di atas tembok. Selain daripada berfungsi sebagai tapak untuk memasang kaki-kaki kasau ia juga berfungsi sebagai pengagih beban ke atas tembok dengan sama rata. BUMBUNG TIGA LAPIS ( BUMBUNG BERANGKA) Anggota anggota utamanya terdiri kasau , gulung gulung dan kerangka utama. Bumbung tiga lapis ini digunakan untuk rentang melebihi 7.5 meter. Kasau berfungsi sebagai menerima beban dari penutup bumbung. Gulung gulung pula mengagihkan beban ke kerangka utama yang ditanggung oleh tembok atau tiang. Kerangka bumbung akan menaggung beban dan jarak rentang yang sebenar.

93

BAHAGIAN KERANGKA Kasau betina Kasau ini diunjurkan daripada perabung ke tutup tiang. Kasau ini berfungsi menyokong penutup tiang, beroti dan gulung gulung. Kasau limas Kasau ini merenatang di antara papan perabung pada bahagian atas dengan tutup tiang di bahagian bawah menyokong persilangan dua landaian. Kasau Lurah Ia dipasangkan di lurah bumbung, tempat pertemuan dua bumbung di bahagian dalamnya. Kasau pendek

94

Terdapat di 3 tempat ; 1. Kasau pendek limas Ia terletak pada tutup tiang di bahagian bawah dan kasau limau di bahagian atas. 2. Kasau pendek lurah Kasau ini dipasangkan di antara kasau lurah dengan tutup tiang. 3. Kasau cripple Ia dipasangkan di antara kasau limas dan kasau lurah. 4. STRUKTUR KERANGKA BUMBUNG 1. Bumbung selapis Terdiri daripada kasau kasau dan penutup bumbung sahaja. Segala beban daripada penutup bumbung di tanggung oleh kasau dan seterusnya di agih pada tembok atau tiang yang menyokongnya.

2. Bumbung rata Kecerunannya kurang daripada 10. Syiling dipasang secara langsung pada bahagian bawah kasau. Kasau di pasang secara mandatar. Kaedah yang diamalkan untuk mengadakan curam pada bumbung ialah dengan menampalkan sekeping kayu tirus pada setiap kasau kasau untuk menerima penutup bumbung.

BUMBUNG TUNJUK LANGIT Langkah langkah untuk menghasilkan bumbung tunjuk langit. Pertama, anggota kayu yang besar akan dibol dan dicekak pada sambungan. Kedua, rentangan antara 6m hingga 9m. Ketiga, topang dipasang di tengah-tengah kasau jantan. Langkah seterusnya, wujudkan ruang yang lebar untuk kegunaan yang tertentu. Kemudian, kaki kasau jantan dicekak dan dibol kepada alang pengikat. Seterusnya, beban bumbung diagihkan melalui kasau jantan kepada dinding di bawahnya. Keenam, kerangka segitigaakan menyangga tulang perabung, gulung-gulung dan kasau betina dari penutup bumbung. Terakhir, bumbung tunjuk langit akan menyokong tulang perabung dan kepala kasau jantan serta bertindak sebagai pengikat.

95

BUMBUNG TUNJUK LANGIT DUA

96

Cara cara untuk membuat bumbung tunjuk langit dua. Pertama, konsep pembinaannya adalah sama seperti pembinaan bumbung tunjuk langit. Kedua, kaki tunjuk langit dipasang pada alang pengikat. Ketiga, kepala tunjuk langit disambungkan kepada kasau jantan dan alang kancing. Seterusnya, rentang lebih besar dari bumbung tunjuk langit dengan rentang maksimum = 12.75m. Kemudian, kaki bumbung dibina dengan tanggam lubang dan puting serta pencekak bercemat. Akhir sekali, dua gulung-gulung menyokong kasau betina ; satu gulung-gulung dipasangkan di atas topang manakala satu lagi dipasangkan di atas tunjuk langit dua. KEKUDA BUMBUNG

97

Terdapat 7 ciri ciri kekuda bumbung. Pertama, teguh dan berkesan tanpa perlunya dinding sekat tanggung beban. Kedua, ia membolehkan perancangan yang lebih bebas bagi pembinaan ruang bilik di dalam bangunan. Ketiga, struktur kekuda terdiri daripada kasau, topang dan alang pengikat. Keempat, kekuda bumbung ini boleh dihasilkan di kilang ataupun dibuat di tapak pembinaan. Seterusnya, kekuda ini dibina dengan bahan seperti keluli, kayu pejal, kayu berlapis dan paip besi. Kemudian, anggota yang telah dikerat dipasang dengan menggunakan plat gaset, paku penyambung, gelang perangkai, pengimpal atau bolt dan nat. Terakhir sekali, kekuda bumbung ini dapat direka dalam berbagai-bagai bentuk.

SAMBUNGAN ANTARA ANGGOTA KEKUDA

Sambungan antara anggota kekuda biasanya menggunakan plat penyambung kayu bergalvani untuk mengelakkannya daripada berkarat. Plat penyambung kayu yang biasa digunakan ialah jenis bergigi kembar dan berbentuk bulat dengan gigi mengunjur tegak di sekeliling tepi.

98

Satu lagi jenis penyambung kayu ialah jenis gelang belah. Ia mengandungi gelang keluli 63 mm atau 100 mm diameter dipotong pada satu titik untuk membentuk belah yang membolehkan sambungan dibuat dengan kukuh.

KEKUDA BUMBUNG KELULI

99

KASAU KEKUDA

100

Tujuan kasau kekuda dipasang adalah untuk menutup bumbung yang sederhana berat seperti papan cam dan genting. Beban penutup bumbung ini disokong oleh kasau kekuda sahaja. Kasau kekuda yang dipasang dengan jarak 600 mm pusat ke pusat mampu menanggung beban sehingga 50 kg/m2. Jika beban yang ditanggung lebih berat, jarak antara kasau kekuda hendaklah dikecilkan. Kasau kekuda direka bentuk untuk bumbung yang curamnya sehingga 25o bagi rentang maksimum 12m. PENUTUP BUMBUNG Penutup bumbung di sebut atap. Ia terdiri daripada bahan-bahan yang kalis air dan ianya bergantung kepada jenis, kecerunan dan rekabentuk bumbung. Tujuan penutup bumbung dipasang adalah untuk melindungi bahagian dalam bangunan dari dedahan cuaca seperti hujan, panas dan angin. Penutup bumbung boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bumbung rata dan bumbung curam. Saiz lazim genting rata yang digunakan ialah 267mm panjang, 165mm lebar dan tebalnya antara 10mm hingga 13mm. Permukaan atas genting ini dibuat cembung sedikit atau kamber lebih kurang 3m jejari pada arah memanjang. Pada bahagian bawah kepala genting mengandungi dua penyangkut untuk disangkutkan pada jalar bumbung. GENTING RATA Genting ini mempunyai permukaan atas dan bawahnya yang rata. Genting rata ini diperbuat daripada tanah liat atau daripada konkrit ringan.

101

Genting genting tanah liat boleh dihasilkan melalui dua cara: 1. Dibuat dengan tangan Pertama, tanah liat akan dibentuk di dalam acuan dan dimandatkan dengan menggunakan tangan. Kemudian, dibakar pada keadaan yang sama dengan pembakaran bata. Pengunaannya hanya sesuai pada bumbung yang curamnya tidak lebih daripada 400. 2. Ditekan dengan mesin Pertama sekali, bahan akan dikisar sehingga halus.Kemudian, bahan akan dicampurkan dengan air supaya mudah dicetak. Bahan tersebut dimasukkan ke dalam mesin untuk memadatkannya. Permukaan licin dan sambungannya membolehkannya arus yang serendah sehingga 30. GENTING LENGKUNG S Genting lengkugng s diperbuat daripada tanah liat. Proses pembuatannya sama dengan proses pembuatan bata. Saiz lazim genting ini ialah di antara 330 hingga 360mm panjang, 225 hingga 250mm lebar dan 12 hingga 19mm tebal.

102

ISTILAH BUMBUNG 1. Kasau pendek

BINAAN

Kasau-kasau ini lebih pendek daripada kasau-kasau betina yang terdapat dalam binaan bumbung yang sama. Kasau pendek limas ialah kasau yang bahagian kakinya terletak pada plat tembok sementara bahagian atasnya dipasang kepada Kasau limas. Kasau pendek lurah ialah kasau yang bahagian bawahnya dipasang kepada kasau lurah, sementara bahagian atasnya dipasang kepada tulang bumbung. 2. Penutup bumbung Bahagian yang paling atas dalam sesuatu binaan bumbung yang berfungsi sebagai pelitup, pelindung, penebat dan bahan kalis air. Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah seperti papan cam, genting rata, genting lengkung S, berkait panca, kepingan logam, kepingan-kepingan bergelugur dan sebagainya. 3. Plat tembok Iaitu alas yang diperbuat daripada beloti panjang yang diletakkan di atas tembok. Selain daripada berfungsi sebagai tapak untuk memasang kaki-kaki kasau ia juga berfungsi sebagai pengagih beban ke atas tembok dengan sama rata. 4. Naik Ukuran pugak yang dikira dari paras plat tembok dengan bahagian yang tertinggi sekali yang dilalui oleh sesuatu kasau. 5. Kekuda bumbung Kerangka bumbung yang siap terpasang. Bahagian-bahagiannya terdiri daripada sepasang kasau, galang pengikat dan topang-topang yang dirangkaikan menjadi satu kerangka bumbung yang kukuh.

103

6. Tulang bumbung Sekeping kayu atau papan yang dipasang di sepanjang puncak binaan bumbung di mana bahagian atas kasau-kasau betina di pasang. Dengan adanya tulang bumbung ini pemasangan kepala-kepala kasau dapat di lakukan dengan mudah di samping dapat menghasilkan suatu puncak yang lurus 7. Cucur bumbung Bahagian bawah binaan bumbung yang menganjur di sepanjang tepi sebelah luar bangunan.

8. Lurah bumbung Lurah bumbung terjadi apabila dua permukaan bumbung bertemu dan menghasilkan suatu sudut luar yang kurang dari 180 darjah. Pada bahagian ini dipasang dengan kasau yang dinamakan Kasau lurah. 9. Curam bumbung Kecerunan atau kecondongan sesuatu binaan bumbung diukur dari garis mengufuk. Untuk menentukan curam sesuatu binaan bumbung adalah bergantung kepada faktor-faktor seperti jenis penutup bumbung yang akan digunakan, aspek kecantikan, saiz bangunan, dan juga kesesuaiannya dengan bangunan yang dibina. 10. Rentang Rentang bangunan ialah jarak mengufuk sebelah dalam antara dua tembok yang direntangi oleh tiap-tiap set kasau dalam sesuatu binaan bumbung. Larian kasau ialah jarak mengufuk yang dilalui oleh tiap-tiap kasau. 11. Kasau betina Bahagian yang seakan-akan gelegar tetapi ia diletakkan condong. Ia direntangkan di antara tulang bumbung pada bahagian atas dengan plat tembok di bahagian bawah. Bahagian di sebelah atas dinamakan kepala, sementara bahagian bawah di namakan ekor. 12. Garisan limas

104

Satu garisan condong yang terjadi apabila dua permukaan bumbung yang mencuram berlainan arah bertemu dan menghasilkan satu sudut luar lebih dari 180 darjah. Pada bahagian ini dipasang dengan kasau yang dinamakan Kasau limas.

PERANCA

DEFINISI PERANCA

105

Peranca merupakan satu peralatan binaan sementara yang sangat diperlukan semasa pembinaan sesebuah bangunan. Ia menyediakan tempat bekerja, menyediakan tempat sokongan untuk menempatkan loji dan bahan binaan yang digunakan untuk bangunan, pembinaan, penyelenggaraan, pembaikan dan kerja-kerja meroboh. FUNGSI PERANCA 1. Peranca sebagai pelantar tempat bekerja Peranca dibina untuk membolehkan pekerja melaksanakan tugasnya dengan mudah dan selamat. Penggunaan peranca amat penting kerana banyak kerja yang terletak jauh dari aras tanah atau lantai bangunan. Contohnya kerja pada mengikat bata, melepa, memasang siling dan mengecat. Kerja tersebut sukar dan kadangkala mustahil dapat dilaksanakan dari jarak yang jauh. 2. Peranca sebagai pelantar untuk menempatkan bahan dan loji Fungsi ini yang berkaitan dengan fungsi di atas. Bahan dan loji diperlukan oleh pekerja. Oleh itu, bahan dan loji perlu disediakan berhampiran denagn pekerja supaya kerja berjalan dengan lancar 3. Peranca sebagai pelantar dan tangga laluan Peranca diperlukan hanya untuk menyokong pelantar yang digunakan sebagai laluan pekerja atau laluan untuk mengangkut bahan dan loji. Contohnya, peranca digunakan untuk menghubungkan antara dua bangunan berhampiran yang sedang dibina dengan salah satu daripadanya tidak mempunyai tangga. Keperluan rekabentuk untuk peranca a) Pembinaan struktur peranca dibuat secara berperingkat mengikut keperluan ketika dalam pembinaan sesebuah bangunan. b) Unsur-unsur yang digunakan untuk membina struktur peranca adalah mudah untuk dicantumkan dan dibuka semula. c) Unsur-unsur struktur peranca perlulah dibuat daripada bentuk dan bahan yang tidak terlalu berat. d) Peranca mestilah mempunyai jaminan keselamatan untuk pekerja, bahan dan loji daripada terjatuh semasa menjalankan kerja diatasnya. e) Jenis struktur tidak mengganggu malah sebaliknya sesuai dengan keperluan kerja. f) Struktur peranca mesti mempunyai ciri-ciri kekukuhan untuk menerima beberapa jenis beban. g) Peranca juga perlulah mempunyai laluan yang menghubungkan pelantar pada aras yang berlainan agar pekerja-pekerja mudah bergerak dari bangunan ke satu bangunan yang lain.

h) Setiap perancah yang melebihi 40 meter perlu dibina mengikut rekabentuk dan lukisan yang dikeluarkan oleh jurutera profesional. Manakala perancah 106

tiub keluli yang lain perlu mempunyai rekabentuk dan lukisan yang diluluskan oleh Jurutera Profesional yang didaftar di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 serta Ketua Inspektor dari JKKP.
Peraturan umum bagi struktur peranca . Berikut adalah peraturan umum yang mesti dipatuhi oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan struktur perancah seperti merekabentuk, memasang dan menggunakan struktur perancah.

Perancah perlu dibina apabila kerja-kerja yang akan dilakukan dari tanah tidak selamat ditempat yang tinggi, dimana penggunaan tangga atau kaedah lain adalah tidak selamat. Perancah yang dibina perlulah dalam keadaan yang baik dan stabil. Penyeliaan oleh jurutera atau pegawai keselamatan tapak perlu semasa pembinaan, penyelenggaraan dan kerja peleraian semula struktur bagi mempastikannya selamat. Struktur perancah yang melebihi 12 kaki perlu menggunakan peralatan keselamatan, penghadang sisi, pengikat dinding dan perambat bagi memastikan struktur dalm keadaan yang stabil. Setiap perancah yang dibina dapat menanggung beban yang telah direkabentuk dan faktor keselamatannya perlulah sekurang-kurangnya 4. Setiap struktur atau mana-mana bahagian perancah yang rosak atau musnah perlulah diperbaik dan penggunaannya adalah tidak dibenarkan, sehinggalah pembaikan siap dan diluluskan. Perancah tidak boleh dijadikan tempat untuk menyimpan alatan pembinaan kecuali semasa penggunaan. Jenis kayu yang digunakan dalam pembinaan perancah mestilah dari jenis keruing atau yang mempunyai kekuatan yang lebih tinggi. Semua kayu yang digunakan dalam pembinaan perancah kecuali bahagian pelantar perlulah bebas dari kecacatan yang boleh mempengaruhi kekuatan dan ketahanannya. Kesemua kayu mestilah diperiksa sebelum digunakan. Paku yang digunakan untuk membina perancah dan struktur sokongan perlulah mempunyai saiz dan panjang yang cukup dan penggunaanya pada sambungan perlu di pertimbangkan dengan sewajarnya bagi memperolehi kekuatan rekabentuk yang diperlukan.

Rajah 1: Papan peranca mestilah bersih dari sebarang alatan sekira tidak digunakan.

Kesemua paku hendaklah dipaku sehingga keseluruhan panjangnya.

107

Apabila meleraikan perancah kesemua paku perlulah dikeluarkan daripada kayu. Bahan-bahan seperti kotak, batu-bata, marmar atau sebarang objek yang tidak stabil tidak boleh digunakan sebagai penyokong kepada pelantar. Perancah perlu dirembat bagi mengelakkan huyungan dan anjakan. Kesemua pekerja-pekerja yang bekerja diatas perancah perlulah dilengkapkan dengan peralatan keselamatan yang baik. Apabila terdapat pekerja yang melalui diatas perancah dimana terdapatnya pekerja lain yang bekerja diatas perancah yang sama, maka perlindungan seperti jaring perlu dipasang bagi menghalang objek jatuh ke bawah. Jaring keselamatan perlu disediakan pada perancah yang ditempat yang bersetentangan dengan laluan pejalan kaki mengelakkan objek dari jatuh. Pekerja tidak dibenarkan bekerja diatas perancah semasa ribut atau angin bertiup kencang. Pada hujung hari bekerja, semua bahan-bahan diatas perancah perlu diturunkan. Saiz kayu yang digunakan dirujuk kepada piawaian.

UNSUR-UNSUR PERANCA Terdapat 10 unsur-unsur peranca iaitu tiang, belebas, pepat, pepat pertengahan, tangga, pengganding, rembat, asas, pelantar kerja dan pengikat. 1) Tiang

Ia merupakan unsur menegak bagi kerangka peranca atau perancah. Ia berfungsi sebagai pemindah sebarang beban. Di mana ia memindahkan berat struktur dan beban yang banyak ke dalam tanah. Ia mestilah di bina secara tegak ataupun condong sedikit ke arah bangunan. Ia dipasang dengan cukup dan berdekatan untuk mendapat kestabilan perancah itu dengan memberi perhatian kepada semua hal keadaan.

2) Belebas Belebas pula merupakan unsur mendatar yang utama dan ia diikat pada tiang dengan menggunakan pengganding bersudut tepat bertindak sebagai penyokong kepada pepat, pepat pertengah, putlog, pengikat dan rembat. Ia bertindak sebagai penyokong kepada pepat atau putlog. Belebas hendaklah seberapa yang boleh berkenaan melintang dan dipasang dengan kukuhnya kepada tiang-tegak, atau apa-apa cara menupang atau mengampai yang lain dengan bolt, paku siung, tali atau cara-cara lain yang berkesan. Apabila dua belebas dirangkaikan, rangkaiannya hendaklah kukuh dan mengenai belebasbelebas kayu yang tidak dirangkaikan kepada tiang-tegak atau di tempat ampaian, kedua-dua belebas itu hendaklah di rangkaikan ke belebas sambungan berasingan yang cukup kukuh yang merentangi di antaranya dan dipasang dengan kukuhnya kepada tiang-tegak, tempat atau ampaian pada bahagian-bahagian yang bertentangan dengan rangkaian belebas itu.

108

3) Pepat Ia merupakan unsur yang di pasang merentangi antara dua belebas. Ia berfungsi sebagai penyokong untuk menyokong papan atau unit-unit lain. Ia dipasang di atas dan merentangi dua belebas sebagai penyokong papan pelantar. 4) Pepat pertengahan Ia mempunyai fungsi yang hampir sama dengan pepat. Ia diperlukan untuk menyokong pelantar kerja dan dipasang merentangi rasuk dengan menggunakan pengganding putlog. Ia dugunakan sebagai penyokong tambahan pelantar kerja dan dipasang di atas serta merentangi dua belebas. Ia terletak di tengah-tengah antara dua pepat utama atau perlu ditambah bilangannya untuk papan pelantar yang pendek. 5) Tangga

Ia adalah unsur yang diperlukan sebagai laluan untuk bergerak dari satu aras ke aras yang berbeza. Ini akan memudahkan pekerja ketika kerja dijalankan serta menjimatkan masa. Terdapat beberapa jenis tangga iaitu tangga tegak, tangga tiang bulat dan tangga sambung. Tangga perlu diikat ke peranca bagi menghalang kegelinciran. Rajah 2: Tangga 6) Pengganding dan mencukupi di hujung itu. Paku tidak boleh digunakan untuk melekatkan putlog.

Terdapat dua jenis pengganding yang wujud di dalam anggota-angota peranca. Salah satunya adalah pangganding putlog. Pengganding putlog digunakan untuk menghubungkan pepat ke belebas. Pengganding putlog hendaklah lurus dan dipasang kepada belebas kecuali mengenai putlog kayu bagi mengelakkannya daripada teranjak. Putlog yang satu hujungnya ditupang oleh dinding hendaklah mempunyai permukaan tupangan yang rata

Rajah 3: Pengganding
Jarak antara dua putlog yang berturut-turut atau yang di atasnya terletak platform hendaklah dipasang dengan memberi perhatian kepada beban yang akan diguna dan jenis lantai platform itu. Sebagai kaedah am jarak antara dua putlog itu untuk pemapanan selapis hendaklah tidak melebihi satu meter dengan tebal papannya 32 milimeter, 1.5 meter dengan tebal papannya 38 milimeter, atau 2.6 meter dengan tebal papannya 50 milimeter. Manakala bagi pengganding swivel pula, ia digunakan untuk menghubungkan tiub pada sebarang sudut meliputi 360. Satu lagi jenis pengganding ialah pengganding bersudut tepat. 7) Rembat

109

Rembat berbentuk seperti kayu yang bersilang. Rembat perlu di pasang setiap 30 meter (100 kaki) atau kurang pada sepanjang permukaan bagi struktur perancah. Rembat boleh dibuat secara berterusan atau di pasang merentangi setiap petak dalam corak zig-zag. Rembat diperlukan bagi struktur peranca bagi mengelakkan dari terhuyung-hayang. Ada dua jenis rembat iaitu rembat sisi dan rembat permukaan. 8) Asas

Asas merupakan unsur yang paling penting dalam proses pembinaan banggunan. Asas juga terdapat dalam unsur-unsur Asas ini perlu bagi menanggung beban sepanjang masa perancah tersebut digunakan (plat tapak). Pada asalnya fungsi utama asas ini dalam peranca adalah untuk memindahkan beban daripada tiang ke lapisan tanah dan mengelakkan pergerakan sisi serta kerosakan tiub. Tapak plak yang biasa digunakan diperbuat daripada keluli bersaiz 150mm x 150mm dan setebal 5mm. Papan tapak mungkin digunakan jika permukaan tanah lembut.

Rajah 4: Asas

9)

Pelantar kerja

Pelantar kerja digunakan oleh pekerja dalam menyiapkan sebuah banggunan. Pelantar kerja terdiri daripada sekumpulan papan yang dipasang merentangi lebar perancah. Papan yang digunakan untuk membuat pelantar itu mempunyai panjang dan tebak yang sama. Pada pelantar kerja rel adang dan kaki dipasang. Rel adang dan papan kaki dipasang sebagai langkah keselamatan para pekerja. Ia disusun merentangi lebar peranca. Ruang antara pepat sepatutnya sekecil yang mungkin untuk papan yang panjang. Rajah 5: Pelantar kerja 10) Pengikat R

Pengikat yang digunakan perlu diikat dengan selamat ke struktur bangunan. Ini sebagai langkah keselamatan. Pengikat juga perlu diletakkan pada bahagian struktur yang cukup kukuh untuk menerima beban. Ia menghalang dari bergerak ke dalam atau ke luar tembok bangunan. Ia terdiri daripada pengikat boleh alih dan pengikat tidak boleh alih.

ajah 6: Pengikat

110

BAHAN PERANCA Tiub Papan Peranca tiub Unsur-unsur seperti belebas, pepat, rembat pengikat dan yang lain-lain diperbuat daripada keluli hendaklah mengikut spesifikasi BS 1139 Part 1. Tiga jenis tiub perancah yang akan digunakan ialah: Sifat tiub Sifat utama Garis pusat luar = 48.3 mm Tebal dinding tiub Berat tiub per meter KELULI Kelebihan penggunaan peranca jenis keluli Sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini, keluli mula diaplikasikan dalam pembinaan sttuktur perancah. Kita dapat melihat sendiri di tapak-tapak pembinaan, hampir 90% menggunakan perancah daripada keluli. Ini kerana ia dapat menanggung beban yang lebih tinggi, selamat dan sistematik. Selain itu juga, keluli adalah bahan utama yang digunakan dalam peranca jenis tube, couplers dan jenis pre-fabricated. Kawalan mutu yang tinggi semasa pengeluaran dapat menjamin kekuatannya tidak terjejas walaupun melalui proses pemotongan ataupun sambungan secara memateri(welded). Kelebihan utama yang ada padanya adalah sifat keluli yang tahan lasak. Ia juga dapat menanggung beban mampatan dan terikan yang tinggi. Nisbah kekuatan per berat juga menjadi faktor kelebihannya. Pre-fabricated menjadi penghalang kepada sifat keluli yang mudah berkarat. Contohnya, peranca dari jenis tiub keluli bulat sesuai digunakan di kawasan yang sempit, ini menjadikan peranca jenis ini lebih praktikal berbanding berbanding yang lain. Peranca rangka tiub keluli pula sesuai untuk semua jenis dedahan kerja tetapi terhad kepada struktur berbentuk segiempat sahaja. Selain itu, peranca jenis ini juga sistematik kerana mudah dipasang dan dibuka selepas digunakan kerana telah disertakan sekali aturcara penggunaannya. = 4mm = 4.37kg = 48.3 mm = 4mm = 4.37kg = 48.3mm =4.47mm =1.67kg Tiub keluli hitam -perlu dicat bagi mengelakkan pengaratan Tiub keluli tergalvani -lebih tahan pengaratan bebanding tiub keluli hitam Tiub aloi aluminium -lebih ringan dan mudah lentur berbanding keluli

111

Saiz peranca tiub. Bagi peranca tiub keluli yang tingginya sehingga 22 meter, tiang yang tiubnya yang berukuran 50 milimeter garispusat luar hendaklah digunakan dan bagi tinggi di antara 22 meter hingga 61 meter, tiang yang tiubnya berukuran 60 milimeter garis pusat luar hendaklah digunakan. Kegunaan peranca dan had beban maksimum Jenis Peranca jenis ringan Kegunaan Kerja pendawaian elektrik, mengecat dan kerja pemuliharaan ringan Peranca jenis sederhana Kerja melepa, pemasangan Tingkap dan kerja kayu Peranca jenis berat Kerja mengikat batu-bata, Kerja konkrit 675 kg/ ruang 450 kg/ ruang Beban maksimum 225 kg/ruang

Papan Peranca Papan peranca yang digunakan mestilah memenuhi spesifikasi B2 2482 Spesicification for Timber Scaffolds Boards. Piawaian ini bagi menentukan jenis-jenis kayu yang boleh diproses bagi menghasilkan papan peranca. Biasanya papan peranca terdiri daripada papan gergaji yang dikeringkan daripada kayu meranti yang tahan lama. Selain itu papan yang digunakan tidak boleh dicat supaya sebarang kecacatan seperti retak, kesan terbakar, terbelah, paku, gris, simen dan lainlain dapat dikenalpasti. Kemungkinan juga papan sedemikian tidaka boleh digunakan atas sebab keselamatan. Dalam pasaran, papan peranca yang dibekalkan terdapat dalam tiga jenis ketebalan iaitu 38mm, 50mm dan 63mm. Lebarnya pula 225mm dan panjangnya 3.9m. Kebiasaannya papan yang digunakan mengikut ukuran 225mm lebar X 38mm tebal. Papan yang lebih pendek digunakan apabila diperlukan.

112

Rajah 7: Ukuran papan dan jenama JENIS PERANCA

JENIS PERANCA

Peranca kekuda
Peranca Kekuda

Peranca tangga

Peranca pendakap

Peranca kekuda boleh diguna dan dibina kurang dari tiga tingkat. Ia mempunyai platform kerja yang kurang dari 4.5meter atas permukaan bumi atau lantai atau atas manamana permukaan lain perancah itu dibina. Peranca kekuda boleh didirikan di atas platform perancah sekiranya lebar platform itu adalah sedemikian dan mempunyai ruang yang cukup bagi mengangkut bahanbahan. Kekuda atau tiang tegak itu disangkutkan dengan kukuh pada platform dan dirembat secukupnya untuk mencegahnya daripada teranjak. Peranca kekuda tidak boleh

didirikan di atas peranca ampaian.

Rajah 8: Peranca kekuda

Peranca Tangga Job made ladders mestilah tidak digunakan untuk menyokong peranca tangga. Peranca tangga direkabentuk untuk menampung selusur tepi dan anak tangga. Tangga yang digunakan untuk menyokong peranca tangga mestilah ditempatkan dan diketatkan bagi mengelak penggelungsuran.

Rajah 9: Peranca tangga Peranca Pendakap Tiada peranca bentuk atau pendakap yang ditupang atau disokong oleh paku siung, pepaku dan pemasangan yang serupa itu boleh digerakkan yang mungkin boleh mengopak batu atau batu-batu di mana ia dilekatkan.

113

Rajah 10: Peranca pendakap

Beberapa jenis peranca yang bersesuaian telah di buat khas untuk memberi kemudahan kepada pekerja membuat kerja-kerja pembinaan. Bagi membuat pembinaan yang lebih tinggi, antara peranca-peranca yang digunakan ialah: Peranca Putlog Tunggal Peranca Bebas Ganda Peranca Julur Peranca Bergerak Peranca Tiub Keluli

Peranca Putlog Tunggal Peranca putlog tunggal biasanya dibina daripada kayu bakau bulat atau bersegi. Ia juga menggunakan paip keluli bulat. Peranca ini amat sesuai digunakan untuk kerja-kerja menerap bata dalam pembinaan tembok, terutamanya untuk tembok luar.Ini kerana peranca ini boleh ditinggikan bersama tembok. Sebahagian peranca ini akan disokong oleh tembok kerana hujung putlog dimasukkan ke dalam tembok. Ia mempunyai satu barisan tiang tegak (standard) dengan jarak 1.8 m 2.4 m. Peranca ini diletakkan antara 1.2 m 1.3 m jauh dari permukaan tembok.Kemudian, tiang tegak ini dipaku ke atas alas tapak kayu dan didirikan tegak dengan diikatkan kepada lejer. Lejer ini dipasang selari dengan tembok sepanjang peranca dan jaraknya antara satu sama lain ialah 1.4 m. Anggota putlog tersebut diikat kepada lejer dengan jarak antara 1.2 m1.4 m dan hujung sebelahnya dimasukkan ke dalam tembok bata sedalam 80 mm.

114

Rajah 11: Peranca putlog

Rajah 12 Peranca Bebas Ganda Untuk Peranca Bebas Ganda( lihatRajah 12 ), ia direkabentuk untuk menanggung beban bahan dan beban manusia dengan sendirinya.Peranca jenis ini tidak bergantung kepada bangunan untuk menyokong bebannya.Oleh sebab itu, ianya amat sesuai untuk digunakan dalam pembinaan struktur jenis kerangka bertingkat-tingkat.

115

Bagi peranca jenis bebas ganda, ia mempunyai dua barisan tiang tegak yang berdiri secara sendiri dan jaraknya antara tiang tegak dengan peranca ialah 2.0m-2.4 m. Tiang tegak barisan dalam diletakkan sejauh 300 mm dari permukaan tembok untuk memberi kelegaan kepada para pekerja yang membuat binaan. Seterusnya, plat alas pada tiang tegak dipaku kepada alas tapak kayu. Kemudian, lejer berjarak 2 m perlu dipasangkan selari dengan tembok sepanjang peranca untuk menegakkan dan mengukuhkan tiang-tiang tegak. Selain itu, transom juga perlu dipasang ke atas dua lejer dengan jarak 1.2 m 2.4 m untuk mengikat kedua-dua barisan tegak serta menyokong papan pelantar.Untuk ketinggian maksimum yang selamat untuk peranca bebas adalah dalam lingkungan 61 meter. Peranca Julur Peranca Julur ( lihat Rajah 13 ) ialah sejenis peranca bebas yang bergantung kepada bangunan untuk menanggung bebannya. Ia digunakan apabila peranca jenis lain tidak dapat didirikan. Ini kerana mungkin tempat melakukan kerja-kerja pembinaan terlalu sempit atau ia menjalankan kerja membaiki pada bahagian atas sesebuah bangunan tanpa mengganggu bahagian bawah bangunan tersebut. Cara pembinaan bagi peranca julur adalah sama seperti dengan peranca bebas ganda kecuali ianya mempunyai tambatan yang dibina melalui bukaan tembok.Tambatan ini terdiri daripada dua baris punceon yang dibaji di antara lantai dengan siling di dalam bangunan. Pada kedua-kedua barisan punceon dipasangkan transom melintang yang mengunjur ke peranca luar dengan terikat kepada tiang tegak. Selain itu, kekuda topang sendeng dipasangkan bersudut untuk menyokong bahagian bawah peranca. Jaring dawai dipasangkan di bahagian bawah peranca untuk menjaga keselamatan pekerja. Seterusnya, had tinggi yang selamat untuk peranca ialah 12 meter.

Rajah 13 Peranca Bergerak Peranca Bergerak merupakan sejenis peranca bebas yang boleh dialihkan ke dalam kawasan kerja dengan mudah. Rekabentuk perancanya seperti menara bersegi yang diperbuat daripada paip keluli atau rangka tiub keluli.

116

Peranca ini sangat sesuai untuk kerja penyenggaraan seperti mengecat, membaiki siling dan sebagainya. Ketinggian peranca ini dihadkan kepada 10 m bagi menjamin kestabilannya.Disamping itu, pada kakinya dipasangkan roda kaster supaya peranca ini boleh dipindah-pindahkan didalam kawasan bangunan.

Rajah 15: Peranca boleh gerak Rajah 14: Roda Peranca Rangka Tiub Keluli Sekarang ini peranca kerangka tiub keluli semakin popular dan banyak digunakan dalam projek binaan bagi menggantikan peranca kayu. Kerja-kerja mendirikan peranca jenis ini adalah mudah dipasang dan ringkas kerana beberapa bahagian utamanya siap dirangkaikan menjadi satu unit atau rangka utama yang kuat dan kukuh. Selain itu, peranca ini mempunyai banyak kelebihan iaitu seperti mudah dialihkan, kekuatan yang terjamin, selamat dan tidak membazirkan bahan-bahan binaan jika dibandingkan dengan menggunakan peranca kayu Peranca jenis ini boleh diubahsuai menjadi penyokong untuk acuan konkrit seperti membina lantai konkrit dan bumbung rata konkrit. Selain itu, peranca ini terdiri daripada banyak bahagian yang dipasangkan menjadi satu unit peranca. Tiap-tiap rangka utamanya terdiri daripada dua tiub tegak yang berfungsi sebagai tiang. Kedua-dua tiang di kimpal dengan sebatang tiub lintang yang juga berfungsi sebagai gelegar pada bahagian atasnya. Binaan ini di kukuhkan lagi dengan topang-topang dan tiub-tiub pendek yang dijadikan sebagai tangga untuk turun dan naik.

Rajah 16: Pecahan bahagian peranca

Rajah 17: Kegunaan peranca di tempat pembinaan

BAHAGIAN-BAHAGIAN PERANCA Terdapat beberapa bahagian dalam mendirikan peranca. Berikut merupakan antara 7 bahagian yang akan dipasangkan bagi membentuk satu unit peranca. Rangka Utama Rangka Lintang

117

Pengalas Rembat Palang Pin Sambungan Kekunci Pengikat Tembok

Rangka Utama : Saiz lazim rangka utama adalah 762, 914, 1219,mm lebar dan 1524, 1700,1930mm tinggi Boleh disambungkan kepada rangka utama yang lain dengan menggunakan pin sambungan dan kekunci

Rembat Palang : Digunakan untuk mengekalkan penyambungan segala rangka utama apabila rangka-rangka itu didirikan

Pengalas : Terdapat 2 jenis pengalas iaitu pengalas tetap dan pengalas bicu beralas Hendaklah dipasang kukuh kepada papan alas tapak dengan paku kerana ia perlu menanggung semua beban.

Pin Sambungan : Hendaklah dipasangkan kepada tiap-tiap sendi iaitu antara rangka-rangka utama semasa rangka itu disambungkan untuk meningkatkan tingginya.

Struktur peranca ini memainkan peranan penting dalam perjalanan proses sesuatu pembinaan. Dalam menghasilkan sesuatu struktur peranca yang efektif, lebih banyak

118

penyelidikan dan aplikasi daripada perkembangan teknologi yang perlu dijalankan oleh industri di negara kita ini. Peranca jenis frame Perancah jenis frame (1289) yang didirikan dibahagian susur tingkap, yang beralaskan kayu bersaiz 2 x 4 sebagai penyangga/penyokong. Pemasangan perancah jenis frame adalah tidak sesuai digunakan apabila reka bentuk bangunan mempunyai bentuk yang terkeluar atau kawasan yang berlekuk dan sempit. Ini kerana perancah jenis frame mempunyai saiz yang telah ditetapkan oleh pengilang dan secara lazimnya kontraktor akan membeli perancah frame yang bersaiz 1700mmx 1289mm dan jenis half frame.

Peranca jenis melebihi 15m Pemasangan peranca jenis ini adalah untuk peranca yang mempunyai tinggi lebih dari 15m tinggi dimana tinggi maksimum untuk peranca tingkap. Selain daripada menjadi platform dalam pembinaan, ia juga membantu untuk mengumpul apa sahaja objek yang jatuh dari kawasan pembinaan. Tujuan pemasangan adalah sebagai platfom sementara untuk melakukan kerja pelepaan simen, pemasangan tingkap dan mengecat.Sekiranya banggunan mempunyai reka bentuk yang sebegini adalah lebih praktik menggunakan perancah jenis tuib (BS1139), kerana tuib boleh dipasang dengan beberapa kaedah contoh :- spur scaffold, suspended scaffold, multilever scaffold dan hangging scaffold. Walau bagaimanapun pemasangan di atas boleh diperbaiki dengan cara memasang kerangka penyokong (cantilever bracket) terlebih dahulu dan perancah didirikan diatasnya. Kerangka penyokong juga boleh bertindak sebagai perlindungan bahagian atas kepala( overhead protections). LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI DALAM PEMBINAAN PERANCA Asas keselamatan yang baik di tapak bina. Bagi memastikan keselamatan di tapak bina adalah terjamin, pihak kontraktor haruslah menyediakan sistem keselamatan yang baik di tapak bina mereka. Perkara ini adlah disebut di dalam seksyen 15, 16, dan 30 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA). Penyediaan sistem keselamatan yang baik ini haruslah dimulakan dengan penyediaan perkara-perkara yang asas. Antara elemen yang dipertimbangkan adalah jaring keselamatan yang

119

perlu dipasang bagi mengelakkan objek yang jatuh dari atas atau yang diterbangkan angin dari luar tapak. Selain itu kekuatan getaran akibat mesin atau loji perlu dipastikan agar tidak menjejaskan ikatan pengganding. Perkara-perkara tersebut termasuklah menyediakan peralatan keselamatan yang lengkap, program latihan keselamatan kepada pekerja, polisi keselamatan di tapak bina, pemeriksaan keselamatan di tapak bina, melantik Pegawai Keselamatan di tapak bina, dan menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan di tapak bina mereka. Peraturan keselamatan peranca. Jarak diantara rangka utama dengan tembok tidak melebihi 300mm. Pengikat tembok hendaklah dipasangkan pada tiap-tiap tingkat lantai dengan rentang 3 hingga 5. Semua rangka utama pada penjuru tembok hendaklah disambungkan dengan paip keluli bulat dan pengapit. Papan pelantar mestilah disokong dengan sempurna. Peranca yang dipasangkan pada kawasan yang sibuk hendaklah mempunyai grid canopy untuk melindungi bahan-bahan yang terjatuh dari atas. Peranca hendaklah diperiksa pada tiap-tiap tujuh hari atau selepas cuaca buruk. Semasa menggunakan peranca, pastikan pekerja memakai topi keledar dan tali pinggang keledar. Jangan menggunakan peranca sebagai tempat menyimpan bahan-bahan.

Rajah 18: Pekerja tersangkut pada pepat Peralatan perlindungan diri

Rajah 19: Pekerja tidak menggunakan tangga untuk naik ke atas

Peralatan perlindungan diri haruslah disediakan di dalam kuantiti yang mencukupi dan bersesuaian dengan bidang kerja yang dilakukan. Penggunaan peralatan keselamatan akan dapat melindungi para pekerja dari sebarang risiko kemalangan. Oleh yang demikian, perlatan yang disediakan oleh majikan mestilah dipastikan sentiasa berada dalam keadaan baik. Pihak majikan juga haruslah memastikan para pekerja sentiasa menggunakan peralatan tersebut apabila melakukan pekerjaan yang memerlukan mereka memakainya. Diantara perlatan yang disediakan oleh pihak majikan ialah seperti berikut:

120

Topi keselamatan. Kasut/but keselamatan. Tali pinggang keselamatan. Alat perlindungan penglihatan. Alat perlindungan pendengaran. Sarung tangan keselamatan.

121

Spesifikasi jaring keselamatan Beberapa spesifikasi pemasangan jaring keselamatan harus dipatuhi untuk memastikan jaring keselamatan yang dipasang dapat digunakan dan berfungsi sepenuhnya sebagai pelindung keselamatan iaitu :
Jarak maksimum antara tali-tali pengikat ( boarder cord) untuk jaring tidak

melebihi 750 mm.


Jarak lintang jaring yang dipasang dengan menggunakan bingkai ( outrigged)

adalah 2/5 keseluruhan ketinggian dari tempat bekerja dengan jaring dan ditambah 2 meter. Ruangan maksimum yang dibenarkan diantara tepi bangunan atau struktur dengan jaring keselamatan adalah 200 mm. Ukuran saiz maksimum lubang jejaring (mesh size) yang dibenarkan adalah 100 mm x 100 mm. Kebiasaannya, pelantar kerja bergerak seperti ( carry picker) dan (scissor lift) digunakan ketika memasang jaring keselamatan atau juga berpaut pada struktur yang telah dipasang secara berperingkat. Keselamatan pemasang peranca juga perlu diambil kira dalam aspek ini.

Rajah 20: Penggunaan lif


KESIMPULAN Boleh dikatakan terdapat berbagai jenis peranca yang berada di pasaran pada masa kini yang bersesuaian dengan penggunaannya berbanding dulu. Ini penting kerana keadaan pembinaan hari ini yang berkembang pesat dan segalanya perlu berjalan dengan lancar.

Sesuatu pemasangan peranca perlulah mengikut prinsip rekabentuk dan pembinaan yang telah ditetapkan. Contohnya seperti pemilihan jenis peranca yang sesuai, merekabentuk beban yang dapat ditanggung, menggunakan bahan-bahan peranca yang berkualiti dan mengikut pemasangan perancah yang ditetapkan. Kerjakerja penyelenggaraan perlu dijalanan dari masa ke semasa untuk memastikan struktur perancah sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Kegagalan struktur peranca di tapak bina selalunya disebabkan oleh kecuaian manusia dan kegagalan mengikut peraturan yang telah ditetapkan selain dari beberapa faktor lain. Kegagalan struktur peranca boleh mengakibatkan kemalangan dan mengganggu keselamatan pekerja selain boleh mengakibatkan kerugian yang tinggi. Selain itu, perjalanan sesuatu projek juga akan tergendala akibat kegaglan struktur ini.

122