Anda di halaman 1dari 8

3.

PEMBINAAN LURANG

Penutup Lurang Pembetungan

Pembetungan plat tanggal membentuk penutup atas pembukaanlurang satu, untuk menghalang
sesiapa daripada jatuh dan menyimpan orang tidak dibenarkan keluar. Sejak era Rom purba,
pembetung grates yang dibuat dari batu telah digunakan untuk menjaga orang-orang dari jatuh ke
dalam kumbahan dan menangkap apa-apa yang besar yang mungkin sebaliknya jatuh.

Lurang biasanya meliputi berat lebih daripada 50 kg, sebahagiannya kerana


beratmenyimpan mereka di tempat apabila lalu lintas melintasi mereka, dan sebahagiannya
kerana mereka sering dibuat daripada besi tuang, kadang-kadang dengan infills konkrit. Ini
menjadikan mereka murah, kuat, dan berat. Penutup lurang pembetungan duduk di atas asas
logam, dengan rim yang lebih kecil Inset yang sesuai dengan penutup. Perlindungan asas dan
kadang kadang dipanggil"tuangan," kerana ia dibuat melalui proses pemutus.

Rekabentuk Lurang
Jenis I dengan poket kotoran

Proses Pembinaan Lurang


Proses pembinaan merupakan kaedah sesuatu kerja yang dilakukan. Setiap kerja pembinaan yang
dilakukan, ianya mestilah mengikut prosedur pembinaan dari awal hingga ke akhir. Ini bertujuan
untuk membolehkan serta memastikan kerja-kerja pemasangan dan pembinaan saluran
pembentung mahupun lurang dilakukan dengan mudah, cepat dan teratur. Proses pembinaan
yang berlaku mestilah mempunyai sebab-sebab tertentu dan kenapa ianya perlu dilakukan akan
diterangkan dengan lebih terperinci di dalam setiap bahagian yang ditunjukkan dalam carta aliran
dibawah.

LANGKAH 1: PENGARASAN
Di dalam sektor pembinaan, kerja-kerja awalan perlu dilakukan sebelum melakukan
kerja-kerja pembinaan. Kerja-kerja awalan untuk kerja-kerja pemasangan saluran pembentung
yang dilakukan di tapak bina adalah kerja-kerja penandaaan kedudukan kawasan yang hendak
dikorek. Kerja-kerja penandaan kawasan ini dilakukan dengan berdasarkan lukisan pelan.
Kedudukan yang hendak ditandakan perlulah diukur dengan menggunakan pita pengukur.
Setelah pengukuran dilakukan, kerja-kerja penandaan dilakukan dengan batang besi. Seterusnya,
kerja-kerja penaburan serbuk simen di atas tanah berdasarkan saluran benang tersebut. Ini adalah
untuk memudahkan kerja-kerja pengorekan dilakukan yang mana ianya hanya akan berpandukan
pada garisan serbuk simen yang telah ditandakan.
Sebelum melakukan kerja-kerja pengorekkan dilakukan, kerja-kerja ukur aras perlu
dilakukan untuk mendapatkan kedudukan aras yang betul. Ukur aras ialah satu cara untuk

mencari perbezaan tinggi antara titik-titik, atau memcari ketinggian titik-titik dari kedudukan
mendatar.
Pengarasan adalah perlu untuk menentukan dalamnya pengorekan bagi saluran kumbahan
tersebut. Selain itu, ianya juga perlu bagi menentukan cerun talian paip yang hendak dipasang.
Kerja-kerja pengarasan dilakukan dengan menggunakan alat aras, tripod,dan setaf bagi
membolehkan ianya dilakukan dengan sempurna.
Kerja-kerja aras ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua orang untuk memudahkan
kerja-kerja pengarasan dilakukan. Kerja-kerja mendirikan alat aras dilakukan dengan
memastikan ianya berada dalam keadaan stabil. Kerja-kerja ukur aras ini dimulakan dengan
mengambil bacaan pada setaf yang diletakkan di atas Penanda Aras Sementara atau Temporary
Bench Mark (TBM). Bacaan Penanda Aras Sementara (TBM) ini perlu untuk menunjukkan
bacaan ketinggian aras tanah yang mana ianya adalah untuk memudahkan kerja-kerja
menentukan aras untuk pemasangan paip pembentung.
Seterusnya, bacaan diambil pada sebatang besi yang didirikan di kedudukan kawasan
yang hendak dikorek. Batang besi tersebut akan didirikan pada kedudukan lurang yang hendak
dibina. Setaf akan dinaikkan atau diturunkan sehingga bacaan pada alat aras menunjukkan nilai
aras yang diperlukan. Penandaan dilakukan pada batang besi tersebut.
Kaedah ukur aras untuk jarak atau kedudukan lain juga adalah sama dengan mengambil
bacaan pada setaf yang diletakkan pada batang besi yang didirikan. Kerja-kerja penandaaan
dilakukan pada batang besi tersebut setelah bacaan yang dibaca dengan menggunakan alat aras
menunjukkan bacaan aras kedalaman yang diperlukan.

LANGKAH 2: PENGOREKAN
Pengorekan merupakan kerja yang paling penting dilakukan. Kerja pengorekan ini dilakukan
untuk membolehkan pemasangan paip pembentung dan pembinaan lurang dilakukan.
Pengorekan ini dilakukan dengan menggunakan bantuan jentera pengorek backhoe yang mana
ianya adalah untuk memudahkan dan memastikan kerja-kerja pengorekan dapat dilakukan
dengan cepat.

Pengorekan dilakukan berdasarkan kedalaman aras yang dikehendaki berdasarkan yang


dinyatakan di dalam lukisan pembentung. Kerja-kerja pengorekan dilakukan dengan berhati-hati
dan cermat untuk mengelakkan berlakunya runtuhan tanah pada bahagian sisi tebing kawasan
yang digali. Biasanya, pengorekan tanah ini dilakukan sedikit kedalam berbanding ukuran aras
yang diperlukan. Ianya adalah bertujuan untuk memberi sedikit ruang untuk peletakan batu
kasaran yang akan diletakkan selepas pengorekan dilakukan supaya aras kedalaman paip
pembentung berada dalam keadaan yang betul. Terdapat dua jenis pengorekan yang dilakukan
iaitu:

1. Pengorekan untuk paip pembentung

Pengorekan dilakukan adalah untuk membolehkan kerja-kerja peletakan dan pemasangan paip
pembentung dilakukan di dalam kawasan pengorekan tersebut.

2. Pengorekan untuk lurang

Pengorekan dilakukan adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan lurang yang mana
ianya memerlukan ruang yang agak besar dan kedalaman yang berbeza-beza. Pengorekan yang
dilakukan perlulah mengikut kedalaman dan kedudukan yang telah dinyatakan di dalam lukisan
plan pembentung.

LANGKAH 3: TAPAK ASAS (BASE)


Setelah siap kerja-kerja pengorekan untuk saluran pemasangan paip pembentung dan
pembinaan lurang dilakukan, kerja-kerja memasukkan batu kasaran dilakukan. Ianya adalah
digunakan sebagai base untuk kerja-kerja pemasangan paip dan pembinaan lurang. Kerja ini
dilakukan dengan menggunakan jentera backhoe. Batu kasaran akan dimasukkan sehingga

memenuhi kawasan pengorekan yang mana ketebalan batu kasaran tersebut yang dimasukkan itu
antara 100mm hingga 150mm.
Kerja-kerja meratakan batu kasaran dilakukan dengan menggunakan cangkul. Kerja
meratakan ini diperlukan untuk mendapatkan keserataan untuk memudahkan dan membolehkan
peletakan paip pembentung dan juga peletakan tapak lantai untuk lurang. Tujuan peletakan batu
kasaran adalah untuk menghalang daripada paip pembentung yang dipasang daripada mendap ke
bawah atau berlakunya pembengkokkan semasa kerja-kerja penambusan dan kerja-kerja
pembinaan jalanraya. Selain itu, untuk mengelakkan dan mengurangkan pergerakan dan
pembengkok paip ke bawah akibat daripada tekanan beban dari atas supaya aras pengaliran sisasisa buangan dapat mengalir dengan baik. Perletakan batu kasaran ini juga diperlukan untuk
memastikan kedudukan lurang yang hendak dibina tidak berganjak daripada kedudukannya atau
turun kebawah.

LANGKAH 4: PEMBINAAN DAN PEMASANGAN


Di dalam pembinaan saluran pembentung, perkara penting yang perlu di ambil kira
secara terperinci adalah dari beberapa aspek terutamanya kedudukan dan aras kedalaman yang
perlu dipasangkan paip pembentung dengan kecerunan yang telah ditentukan di dalam lukisan
pelan pembentung. Kerja-kerja pemasangan paip pembentung ini perlu dilakukan dengan tepat
dan betul.
Pemasangan paip pembentung diperlukan untuk membolehkan sisa kumbahan dialirkan
ke loji rawatan kumbahan. Pemasangan paip pembentung ini dilakukan dengan berhati-hati
supaya dapat mengelakkan berlakunya kerosakkan pada paip tersebut. Pembinaan dan
pemasangan lurang diperlukan untuk menyambungkan antara paip pembentung itu sendiri dan
ianya juga merupakan struktur yang paling besar berkongsi dengan longkang dan sistem
pembentung. Lurang ini digunakan untuk pengudaraan atau diperlukan sebagai perantaraan
untuk mengalirkan bahan sisa kumbahan.

Rujukan
http://spesifikasi-kejuruteraan-awam.blogspot.my/2009/01/lurang-lurang-dan-lurangpemeriksaan.html
http://documents.tips/documents/penutup-lurang-pembetungan.html

Anda mungkin juga menyukai