Anda di halaman 1dari 4

3.

0 LANGKAH – LANGKAH PEMASANGAN PAIP

Langkah pemasangan paip perlulah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Sebelum
memulakan kerja pemasangan paip, peralatan untuk melakukan pemasangan paip perlulah
disediakan seperti pita pengukur,paip pvc,gergaji,kikir,pensil,gam paip dan fitting untuk setiap
sambungan. Berikut adalah langkah – langkan pemasangan atau penyambungan paip :

Langkah 1

1. Penandaan paip dilakukan dengan menggunakan pita pengukur.


2. Paip perlu diukur dan ditanda untuk melakukan pemotongan yang dikehendaki.
3. Pastikan penandaan tepat dilakukan pada bahagian yang hendak dipotong.

Langkah 2

1. Selepas proses penandaan dilakukan, paip kemudiannya diletakkan pada ragun


paip yoke untuk memegang dan mengapit paip semasa kerja memotong,
mengulir dan memasang paip dilakukan.
2. Paip ragum yoke dilakukan supaya paip tidak bergerak dan berpusing untuk
melakukan kerja memotong, mengulir dan memasang paip.
3. Pemegang ragum yoke dipusing arah lawan jam untuk membuka rahang ragum
untuk memasukkan paip.
4. Letakkan paip dengan betul dan ketat kan ragum yoke dengan memusing
pemegang ragum mengikut arah jam supaya paip dipegang dengan kuat supaya
kerja pemotongan paip dilakukan dengan betul.
Langkah 3

1. Selepas paip diletakkan pada ragum yoke dan diketatkan dengan betul, kerja
pemotongan paip dilakukan.
2. Pemotongan paip dilakukan dengan menggunakan gergaji besi.
3. Gergaji perlulah dipegang dengan betul dengan menggunakan kedua-dua
belah.
4. Letakkan gergaji besi pada paip yang telah ditanda dengan ukuran yang betul.
5. Pastikan kedudukan posisi badan dalam keadaan yang betul untuk
mengelakkan paip dipotong serong.
6. Gergaji besi ditolak dan ditarik dengan tekanan yang sama supaya pemotongan
paip kemas.

Langkah 4

1. Selepas paip dipotong, kesan pemotongan digosok menggunakan kertas pasir


yang gred sederhana sehingga bersih dan halus.
2. Pastikan semasa menggosok kesan potongan paip, memakai alat pelindung
mata supaya serpihan habuk kecil tidak terkena mata.
3. Gunakan kikir bulat untuk membersihkan dalaman paip.
Langkah 5

1. Sebelum membuat penyambungan, pastikan membuat penandaan


menggunakan pensil untuk tujuan penyambungan
2. Sapukan gam PVC pada bahagian paip dan fitting yang ingin disambung serta
ratakan penyapuan gam supaya rata.
3. Tunggu dalam 10 saat sebelum melakukan penyambungan.

Langkah 6

1. Selepas gam diletakkan pada paip untuk membuat penyambungan, soket union
dan injap disambungkan.
2. Masukkan soket union pada injap, kemudian putar mengikut arah jam.
3. Selepas soket dan injap disambungkan, paip disambung pada soket dan fitting
untuk menjadikan ia satu saluran paip yang lengkap.

Anda mungkin juga menyukai