Anda di halaman 1dari 7

SISTEM PENYAMAN UDARA

1.1 PENGENALAN

Kursus ini adalah bertujuan memberi sedikit sebanyak kefahaman mengenai


sistem hawa dingin. Ianya membincangkan mengenai alatan utama dalam litar
penyejuk. Mengetahui berbagai sistem penyaman yang terdapat dalam pasaran dan
juga mengetahui penggunaan penyaman udara. Penyaman udara boleh ditakrifkan
sebagai satu proses di mana udara dikendalikan dengan kawalan keatas suhunya,
kelembapan, kebersihan dan seterusnya mengagihkan udara ini ke dalam satu ruangan
yang terlebih dahulu telah diketahui keperluannya dan penggunaannya.

Di pejabat untuk memberi keselesaan pada manusia bagi menghasilkan mutu kerja
yang baik dan meninggikan daya pengeluaran. Menjaga alatan dan komponen yang
berharga supaya tidak rosak atau berkarat contoh alat elektronik (komputer) dan alat
ganti. Mengawal suhu dan kelembapan dalam bilik proses ubat-ubatan dan
menyimpan atau pun memproses makanan dan peyimpanannya. Mengawal suhu,
kelembapan dan kebersihan udara di dalam bilik pembedahan, makmal khas, Bilik
Bersih. Keempat-empat kegunaan sering diperlukan di Jabatan Kerajaan dan pihak
cawangan Jentera khususnya adalah diberi tugas ini Sebelum rekabentuk dimulakan
untuk mendapat saiz hawa dingin, pihak pengguna mestilah memberi maklumat yang
terperinci mengenai tempat yang hendak dihawa dingin itu.

Maklumat-maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut.Kedudukan bangunan –


arah bangunan contoh, arah ketimur, selatan dan utara. Penggunaan bangunan – sama
ada pejabat, bilik komputer, hospital dan lain-lain lagi dan juga masa menghendaki
hawa dingin. Bentuk bangunan – ciri-ciri arkitektual seperti tinggi bangunan atau
tingkat, panjang pendik ketinggian silling dan lain-lain. Bahan binaan – lantai,
dinding, tingkap, bumbung dan lain-lain. Jumlah orang – berapa penghuni dalam satu-
satu ruang atau bilik. Lampu, komputer dan lain-lain alatan yang mengeluarkan haba
Pengudaraan – sama ada memerlukan pembuangan terus udara dari ruang, contoh
bilik bedah. Keadaan sekeliling – bangunan bersebelahan, seperti tinggi bangunan dan
arahnya. Suhu dan kelembapan disekitar kawasan.

2.0 FAKTOR PEMILIHAN SISTEM


Beberapa fakor memainkan peranan masing-masing terhadap pemilihan sistem dan
alatan semasa rekabentuk.
2.1 Kebebasan penggunaan.
2.2 Ciri keselamatan, contoh bilik kebal
2.3 Kesesuaian air yang dibekalkan
2.4 Kebisingan
2.5 Had beban pada struktur
2.6 Had guna ruangan
2.7 Kesesuaian tempat pemasanagan
2.8 Khidmat lepas jualan firma
2.9 Harga

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 m/s 1
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR
3.0 PENYAMANAN UDARA (AIR CONDITIONING)

Penyamanan Udara atau Hawa dingin adalah berkaitan dengan keadaan udara di
dalam sesuatu kawasan atau bilik yang telah direka bentuk. Ia biasanya melibatkan
pengawalan bukan sahaja suhu bilik tetapi juga kelembapan bilik serta pergerakkan
udara dengan menapis dan membersihkannya.

3.1 KESELESAAN BADAN


Kesemua makanan mengandungi haba dibentuk sebagai kalori. Apabila kalori
diambil oleh badan ianya ditukarkan kepada tenaga dan disimpan untuk kegunaan
masa akan datang. Pergerakkan badan bukan sahaja menggunakan tenaga tetapi juga
menghasilkan haba. Bagi mendapatkan keselesaaan tubuh badan haba ini mestilah
disingkirkan.

3.2 HABA YANG DILEPASKAN OLEH BADAN


Pergerakan badan akan menyebabkan berlaku proses ini

3.2.1 Perolakkan
Terdapat dua keadaan perpindahan haba dari tubuh melalui proses
peralakkan.Pengaliran haba dari permukaan sejuk ke panas. Peningkatan haba. Jika
dua keadaan ini digunakan ke atas badan dalam proses membuang haba, keadaan
berikut akan berlaku Badan melepaskan haba ke udara sekeliling. Udara sekeliling
menjadi panas dan bergerak ke atas. Apabila udara panas bergerakan ke atas, lebih
banyak udara sejuk akan mengambil alih tempatnya dan ini akan menyejukkan
tempatnya.

3.2.2 Pancaran
Pancaran ialah proses pemindahan haba daripada punca haba (matahari, api dll)
kepada benda atau objek. Prinsipal ini berdasarkan kepada keadaan di mana haba
bergerak dari permukaan panas ke permukaan sejuk. Proses ini tidak memerlukan
peredaran udara. Badan akan cepat merasa kesan pancaran matahari apabila bergerak
dari tempat terlindung ke tempat yang ada matahari.

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 m/s 2
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR
3.2.3 Cairwapan
Cairwapan ialah proses dalam mana lembapan menjadi wap. Lembapan yang meruap
dari permukaan panas akan memindahkan haba dan menjadikan permukaannya sejuk.
Lembapan yang dikeluarkan dari liang kulit akan meruap dan memindahkan haba dari
badan.

3.2 KEADAAN YANG MEMPENGARUHI KEPANASAN BADAN.


Suhu udara sejuk menambahkan kadar perolakkan sementara udara panas
mengurangkannya. Udara sejuk merendahkan suhu permukaan keliling oleh kerana
itu meninggikan kadar pancaran. Udara panas meninggikan suhu permukaan
sekeliling oleh kerana itu merendahkan kadar pancaran. Udara sejuk menaikkan kadar
cairwapan, udara panas perendahkannya. Ianya bergantung atas jumlah lembapan
yang sedia ada dalam udara dan juga atas jumlah pergerakkan udara. Lembapan dalam
udara diukur dalam sebutan kelembapan (Humidity). Untuk contoh, 50 peratus
kelembapan bandingan (Relative Humidity) bermakna udara mengandungi setengah
daripada jumlah lembapan yang mampu dikandungnya. Bagi memudahkan unit
ukuran kelembapan ia disebut sebagai `grain’ wap air. grain.

Kelembapan bandingan berubah apabila suhu berubah, bagi menambahkan


kelembapan bandingin, tambahkan kandungan lembapan udara yang sebenar atau
kurangkan suhu udara. Bagi mengurangkan kelembapan bandingan, kurangkan
kandungan lembapan udara yang sebenar atau tambahkan suhu udara.

Eredaran udara yang mempengaruhi kesanggupan badan melepaskan haba ialah


pergerakkan udara sekeliling badan.Pergerakkan udara menambahkan. Proses
pemelowapan memindahkan haba badan dengan cepat oleh kerana lembapan dalam
udara sekelilingnya membawanya dengan kadar yang cepat. Proses perolakkan
bertambah oleh kerana lapisan daripada udara panas sekeliling badan membawanya
dengan cepat. Proses pancaran berlaku dengan pantas kerana haba disekeliling
permukaan berpindah pada kadar yang pantas. Apabila peredaran udara berkurang
proses pemelowapan, perolakan dan pancaran juga akan berkurang.

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 m/s 3
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR
4.0 PENERANGAN MENGENAI PEREDARAN
Bahagian-bahagian penting bagi alat dalam peredaran hawa dingin ialah :-
4.1.1 sesalur bekalan (supply ducts)
4.1.2 alir keluar bekalan (supply outlets)
4.1.3 ruangan yang hendaka di bawa dingin (space to be conditioned)
4.1.4 alir keluar pembalikkan (return outlets)
4.1.5 sesalur pembalikkan (return ducts)
4.1.6 penapis (filter)
4.1.7 sesalur udara bersih (fresh air duct)
4.1.8 kotak campuran (mixing box)
4.1.9 damper (Fresh air / Return air / Fire)

4.2 Kipas (Fan)


Tugas utama kipas ialah mengerakkan udara daripada atau kepada bilik. Kipas
menarik udara daripada luar atau daripada bilik tapi dalam kebanyakkan sistem ia
menarik udara daripada kedua-dua sumber ini dalam satu masa.
Oleh kerana udara di dalam bilik tidak bergerak atau bergerakan perlahan maka
keadaan tidak selesa pada badan akan berlaku. Ini disebabkan penghindaran haba
pada badan tidak dapat dilakukan.
Kipas dipilih supaya dapat mengeluarkan jumlah udara yang betul disamping
pengawalan kelajuannya agar aliran udara dalam bilik dapat beredar dengan
sempurna.

4.2.1 Sesalur bekalan (supply ducts)


Sesalur bekalan mengalirkan udara daripada kipas ke bilik-bilik. Sesalur ini seboleh-
bolehnya pendak dan mempunyai elbow yang sedikit supaya udara dapat mengalir
dengan bebas.

4.2.2 Alir keluar bekalan (supply outlets)


Alir keluar bekalan menolong menyibarkan udara menyerata di dalam bilik. Terdapat
berbagai-bagai bentuk alir keluar diantaranya seperti empat persegi sama, empat
persegi bujur, bulat dan bermacam-macam lagi.
4.2.3 Ruangan bilik
Bilik ialah salah satu bahagian yang penting dalam menerangkan edara udara. Jika
ruangan tertutup tidak ujud, mustahil bagi melengkapkan edara udara oleh kerana

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 m/s 4
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR
aliran udara dari sesalur bekalan akan mengalir keluar ke udara kasa. Bahan-bahan
yang digukan untuk menutup ruangan juga memberi kesan yang penting dalam
menentukan banyaknya haba atau penyejukan yang perlu disingkirkan.

4.2.4 Alir keluar pembalikkan


Alir keluar pembalikan ialah pembukaan di dalam bilik yang digunakan bagi
membenarkan udara masuk ke dalam sesalur pembalikan. Biasanya alir keluar
pembalikkan terletak jauh dari alir keluar perbekalan. Misalnya, jika alir keluar
bekalan berada disiling maka alir keluar pembalikkan berada jauh di tepi dinding atau
berdekatan dengan lantai.

4.2.5 Penapis
Penapis biasanya diletakkan pada penghujung sesalur udara balikkan. Ianya dibuat
dari berbagai bahan. Penapis ini digunakan bagi membersihkan udara dan
mengasingkan abuk-abuk serta kekotoran. Terdapat berbagai-bagai jenis penapis
yang digunakan.

4.2.6 Gelung penyejuk


Peredaran udara dingin di dalam bilik menyejukkan ruangan bilik tersebut. Udara
balikkan dari bilik akan melalui gelung penyejuk dan udara tersebut disejukkan pada
suhu yang dikehendaki. Jika terlampau banyak kelembapan ianya disingkirkan secara
automatik apabila disejukkan oleh gegelung.

5.0 PUSINGAN PENYEJUKAN (REFRIGERATION CYCLE)


Pusingan penyejukkan menyebabkan haba berpindah dari udara ke refrigerant di
dalam gelung. Pusingan ini berdasarkan kepada dua prinsipal. Apabila cecair
bertukar kewap, ianya mampu menyerap haba dengan jumlah yang besar. Takat didih
cecair boleh diubah dengan menukarkan tekanan ke atas cecair. i.e. suhu cecair akan
naik apabila tekanan dinaikkan.

5.1.Gelung penyejuk

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 m/s 5
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR
Gelung penyejuk adalah komponen yang dapat mengalirkan udara dan refrigerant.
Gelung ini menyediakan permukaan yang mana udara akan mengalir menyentuh
permukaannya dan pada masa yang sama refrigerant mengalir di dalam gelung
tersebut. Aliran udara panas melalui gelung penyejuk menyebabkan udara menjadi
sejuk sementara refrigerant menjadi panas. Sebenarnya suhu refrigerant tidak
berubah tetapi perubahan cecair ke wap menyebabkan refrigerant menjadi panas.
Dalam membekalkan permukaan sejuk untuk udara, gelung penyejuk menyediakan
alat perpindahan haba. Haba akan berpindah daripada udara kepada permukaan
gelung dan seterusnya ke refrigerant yang berada di dalam gelung. Kesannya haba
akan berpindah dari udara ke refrigerant melalui permukaan gelung.

5.2 Pemampat
Terdapat dua kegunaan pemampat mengeluarkan refrigerant daripada gelung
penyejuk dan memaksanya masuk ke dalam pemelowap (condenser) meninggikan
tekanan refrigerant.

5.3 Sedutan (suction)


Dengan penyedutan refrigerant, pemampat mengurangkan tekanan dalam gelung
penyejuk dan memelihara pada paras yang cukup rendah bagi membolehkan
refrigerant mendidih atau merupa dan dengan sebabnya haba di serap dalam proses
itu.

5.4 Pengeluaran (Discharge)


Dengan pengeluaran atau memaksa masuk wap refrigerant ke dalam pemelowapan
pemampat menambahkan lagi tekanan refrigerant. Sebenarnya pemampat
meninggikan suhu wap refrigerant. Ini menyenangkan pemelowap melakukan
tugasnya.Pemelowap memindahkan haba yang diambil oleh refrigerant di dalam
gelung penyejuk.Ianya memelowapkan wap refrigerant kepada cecair refrigerant
kepada cecair refrigerantHaba dipindahkan dan proses pemelowapan mengambil alih
dalam dua cara.Secara proses penyejukkan air.Jika air digunakan bagi memindahkan
haba. Wap refrigerant dilalukan melalui satu gelung yang tenggelam di dalam bekas
yang penuh air. Suhu iar yang dibekalkan ketakungan adalah lebih rendah lagi dari
suhu refrigerant itu sendiri. Haba dipindahkan dari refrigerant ke air melalui dinding
gelung. Air kemudian yang membuat haba dialirkan ke aliran.

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 m/s 6
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR
Bagi proses penyejukan udara. Jika udara digunakan bagi membuang haba, wap
refrigerant dialirkan dalam gelung dan disejukkan dengan kipas. Kipas menghembus
udara melintasi gelung dan oleh kerana udara itu sejuk dari wap refrigerant maka wap
tersebut melepaskan haba ke udara melalui dinding gelung. Udara itu dihembus keluar
bilik dan haba dihamburkan dalam udara kasa. Dalam proses pemelowapan, udara
atau air mengambil haba dari refrigerant dalam dalam proses penyejukkan refrigerant
mengambil haba dari udara bilik.

5.5 Injap Pengembangan


Injap pengembangan merendahkan tekanan cecair refrigerant dan sekaligus
menyejukkan cecair tersebut. Refrigerant masuk ke injap di bawah tekanan. Apabila
ia melalui liang injap kecil mka ia memasuki kawasan tekanan rendah daripada
gelung penyejuk. Liang injap bertindak sebagai alat perjangkaan diantara kawasan
tekanan tinggi dan kawasan tekanan rendah. Selepas cecair refrigerant melalui liang
injap dalam injap pengembangan, ia mula berwap kerana ianya berada dalam kawasan
tekanan rendah..

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 m/s 7
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR

Anda mungkin juga menyukai