Anda di halaman 1dari 15

3.

0 Pengenalan
Pendingin hawa merupakan sebuah alatan mekanikal tambahan bagi tujuan
pengudaraan di dalam bangunan dan memberi keselesaan kepada penghuni yang menggunakan
ruangan tersebut.Pendingin hawa digunakan pada tempat-tempat yang tertutup.

Pendingin hawa berfungsi dengan proses pemanasan dan penyejukan untuk pengawalan
suhu.Proses ini berfungsi melalui ‘humidification’ dan ‘dehumidification’ untuk
kelembapan.Bagi menjamin kebersihan udara, penapis akan dipasang pada alatan pendingin
udara. Udara yang telah melalui proses pembersihan dan perawatan akan diagihkan ke
bahagian-bahagian tertentu dalam bangunan.

Rajah 3.0.1 : Proses dalam pendingin hawa

Suhu optima untuk pendingin hawa adalah pada takat yang diperlukan, Suhu yang
sesuai ialah 74F. Kelembaban relatif antara 40%-60% dan jika kelembapan ini berlebihan ia
mungkin akan menyebabkan bangunan tersebut akan dibasahai air. Pergerakan udara dalam
ruangan tertentu mestilah tidak melebihi 39 kaki/min.

Pembekalan udara bersih mestilah cukup untuk mengelakkan bau yang akan timbul dari
badan penghuni di dalam ruangan tersebut. Ia juga akan menjamin kebersihan dan kualiti
udara pada ruangan tersebut.Bunyi bising yang datang dari alat pendingin hawa dan juga
saluran udara hendaklah dielakkan bagi menjamin keselesaan pengguna.
3.1 Keperluan penyaman udara

3.1.1 Keselesaan

Kepanasan atau cuaca yang tidak menentu membuatkan seseorang individu berasa tidak
selesa.Penggunaan pendingin hawa akan memerikan suasana yang lebih sejuk dan
selesa kepada pengguna.

3.1.2 Prestasi pekerja

Penggunaan pendingin hawa dapat membantu meningkatkan produktiviti dan mutu


pekerjaan. Beberapa lingkungan kerja khusus seperti perkilangan, industri memerlukan
kawalan udara dan iklim yang baik dan suasana yang selesa diperlukan.

3.1.3 Kesihatan

Kualiti alam sekitar yang merosot akibat kekotoran, pencemaran udara dan proses
perbandaran serta perindustrian masa kini menyebabkan kualiti udara semakin
berkurang dan pengguna mudah mendapat penyakit.

3.1.4 Alatan

Khususnya bagi alatan yang peka persekitaran seperti komputer, alat elektronik, alat
Berkanta dan sebagainya.

3.1.5 Simbol Status

Hawa dingin menentukan status yang tinggi pada pengguna tertentu.

3.2Kepentingan penyaman udara

a. Menghalangi bunyi bising dan kawalan persekitaran


b. Menghalangi habuk dan kekotoran udara dari luar
c. Mengeluarkan haba berlebihan
d. Mendapat pengudaraan yang cukup
e. Mengatur takat kelembapan yang selesa
f. Menghalang bau-bau yang tidak diingini dari luar
g. Mengagihkan udara untuk keselesaan pengguna
h. Mencapai segala yang di atas tanpa mengancam keadaan fisiologi dan
psaikologi pengguna.

3.3 Faktor pemilihan penyaman udara

Pemilihan bagi pendingin udara yang baik sangat diperlukan. Ia bukan sahaja
mempengaruhi keselesaan pengguna malah dapat menjamin keselamatan
pengguna.Terdapat beberapa faktor dalam pemilihan pendingin udara untuk sesebuah
ruangan iaitu :

3.3.1 Orientasi Bangunan

Orientasi pembukaan, luas pembukaan, dan penutup bangunan terhadap pergerakan


sinar matahari akan berpengaruh pada banyaknya haba yang masuk akibat pancaran
(radiation) dan pengaliran (induction)

3.3.2 Penutup bangunan

Bahan enclosure menentukan kecepatan pergerakan haba dan faktor simpanan, dinding
makin luas, makin banyak haba yang tersimpan. Dinding tebal dengan kadar haba yang
tinggi lebih baik, kerana cara binaan yang memberi kesan peresapan udara.

3.3.3 Penyusupan (infiltration)

Jenis pembukaan yang terbuka dan lubang menentukan jumlah udara yang masuk
sehingga menyebabkan keberkesanan sistem pendingin hawa kelak.

3.3.4 Persekitaran dan iklim

Pancaran balikan dari permukaan seperti kolam kepada bangunan akan menambah
beban penyejukan.

3.3.5 Aktiviti dan alatan

Manusia akan mengeluarkan haba, alat perkakas pejabat juga mengeluarkan haba.
Bergantung pada wattage dan kuasa alat tersebut.
3.4 PRINSIP PENYAMAN UDARA

3.4.1 Prinsip asas

Berdasarkan sifat jisim, haba, dan refrigeration

3.4.2 Prinsip refrigeration

Mengeluarkan, mengalihkan haba dari satu tempat ke tempat yang lain. Ianya
berdasarkan pada 2 sifat jisim :

- bendalir menyerap haba apabila bertukar dari cecair ke gas


(latent heat of vaporization)

- bendalir menngeluarkan haba apabila bertukar dari gas ke cecair


(latent heat of condensation)

Proses penyaman udara lazimnya menggunakan 1 media bagi pengagihan haba, cecair
atau bendalir ‘refrigerant’ menyerap haba dari udara dan bertukar menjadi gas. Haba
dibawa dan dikeluarkan ke tempat lain

3.5 Sistem pendingin hawa berpusat


Foto 3.5.1 : Foto menunjukkan unit penghawa dingin berpusat pada runga
dalam bangunan

Sistem pendingin hawa berpusat sering digunakan pada bangunan-bangunan besar.


Pemasangan untuk sistem ini sangat kompleks dan mempunyai banyak alatan-alatan yang
banyak. Sistem ini memerlukan pengendalian yang cermat.Oleh kerana sistem ini
mempunyai mesin-mesin yang besar dan berat, ia memerlukan ruangan atau bilik khas bagi
menempatkannya. Bilik pengendalian ini disebut sebagai bilik AHU (Air Handling Units).

Rajah 3.5.2 : Proses pada sistem pendingin hawa berpusat


Foto 3.5.3 : Saluran pendingin hawa berpusat pada ruang dalam bangunan

Penggunaan sistem ini memerlukan sebuah ruang khas untuk menempatkan alatan-
alatan untuk pengendalian keseluruhan pendingin hawa pada bangunan.Saiz bilik ini
bergantung kepada jumlah alatan dan juga muatan mesin-mesin bagi pendingin hawa
berpusat. Pada umumnya, bilik ini memerlukan had ketinggian minimum 4.3 meter untuk
menempatkan peralatan, saluran-saluran, dan juga kabel-kabel yang berkaitan.Jika sistem
ini menggunakan sistem cairan (air) untuk berfungsi, saiz bilik ini akan dibina lebih besar
untuk menyimpan tangki-tangki air.

Pendingin hawa jenis berpusat mengharuskan setiap tingkat bangunan untuk


meletakkan dan mempunyai bilik AHU (Air Handling Units). Bilik ini mempunyai saiz
minimum 3 x 3 m to 6 x 4 m bergantung pada jumlah dan saiz alatan untuk pendingin
hawa berfungsi.
Foto 3.5.1 : Sebuah unit luar pendingin hawa berpusat yang diletakkan
di atas bumbung

Foto 3.5.2 : Foto menunjukkan keadaan di dalam bilik kawalan utama bagi sistem
pendingin hawa berpusat

3.6 Alatan yang digunakan beserta ukuran keluasan


Foto 3.6.1 : Fan section, directly driven 25 m³ /s

Foto 3.6.2 : Aluminium plate heat exchanger 17 m³ /s


Foto 3.6.3 : Fan section, belt driven 35 m³ /s

4.0 Pengenalan
Sampah adalah bahan yang tidak mempunyai nilai atau tidak berharga untuk maksud biasa
atau utama dalam penggunaan atau pemakaian barang rosak atau tidak boleh digunakan dalam
pembuatan atau material berkelebihan atau ditolak atau buangan.Sampah terbahagi kepada dua
jenis iaitu organik iaitu sampah yang boleh terurai dan sampah anorganik iaitu sampah yang
tidak boleh atau mengambil masa yang panjang untuk mengurai.

Sampah perlulah diuruskan den dikendalikan dengan cara yang betul bagi mengelakkan
penyebaran penyakit dan secara tidak langsung mewujudkan suasana yang tidak selesa serta
tidak sihat.Sebaiknya bahagian pembuangan sampah perlu diasingkan dan dijauhkan dari
ruang-ruang awam dan kebersihannya perlu dijaga sentiasa.

Foto 4.0.1 : Foto menunjukkan jenis sampah organik

Foto 4.0.2 : Foto menunjukkan jenis sampah anorganik

Bekas sampah diperlukan bagi pengumpulan sampah dan kemudahan .Pelbagai jenis bekas
sampah boleh digunakan mengikut kesesuaian.Pemilihan bekas-bekas sampah ini bergantung
kepada jenis sampah yang dibuang dan kegunaan bangunan tersebut.Bekas-bekas sampah ini
dibuat dari pelbagai bahan termasuk plastik,aluminium tahan karat, besi dan lain-lain bagi
memastikan bekas tersebut tahan lama dan tidak terjejas.

4.1 Jenis-jenis bekas sampah


4.2 Pelongsor sampah
Bangunan yang mempunyai ketinggian melebihi empat tingkat perlu disediakan dengan
pelongsor sampah selain tong sampah individu seperti tong sampah.Bagi bangunan bukan
kediaman,satu bahagian atau ruang khas perlu disediakan di setiap tingkat untuk kemudahan
pembuangan sampah.Bahagian pelongsor sampah ini perlulah ditutup dan mematuhi undang-
undang binaan yang telah ditetapkan bagi bangunan tersebut.

Foto 4.2.1 : Foto menunjukkan bahagian pintu utama untuk pelongsor sampah

Foto 4.2.2 : Foto menunjukkan bilik pengumpulan sampah dari pelongsor


Rekabentuk dan pembinaan semua pelongsor sampah hendaklah mematuhi kehendak-
kehendak berikut:

a. Lubang licin dan tidak tetap air, bahan tidak mudah terbakar dan dapat menahan asid
(tembikar gelap, simen asbestos, konkrit span)

b. Garis pusat untuk pelongsor sampah adalah lebih dari 400 mm bagi memastikan tiada
sampah yang tersekat atau tersumbat di dalam pelongsor.

c. Dibagian atas bahagian pelongsor sampah perulah memiliki pengudaraan yang cukup
agar bahagian ini tidak meruap.

d. Penggunaan pelongsor memerlukan sebuah bilik di tingkat paling bawah. Bilik ini
perlulah tahan rintangan api selama 1 jam, kalis lembab, dan mudah dicuci. Biasanya
bilik ini menggunakan bahan dari jenis lapisan jubin gilap (glazed wall tiles). Pintu juga
tahan api selama ½ jam, boleh dikunci dan dapat menahan asap dan debu. Bilik ini
sebaiknya dipisahkan dengan bangunan untuk menghindarkan bising dan baud an perlu
dekat dengan punca air.

e. Pelongsor itu hendaklah membuang ke dalam bekas atau bekas-bekas logam yang
sesuai yang tidak lebih daripada 1.05 meter padu muatannya.

f. Ruang buka ke dalam mana-mana pelongsor sampah hendaklah dipasang dengan suatu
penutup atau penyumbat yang menutup sendiri dan dipasang ketat.

g. Ruang buka ke dalam pelongsor sampah tidak boleh ditempatkan dalam mana-mana
kepungan tangga atau koridor mahu pun dalam lobi tangga yang dilindungi.

Foto 4.2.3 : Laluan bagi lori sampah perlu disediakan


Foto 4.2.4 : Foto menunjukkan bahagian-bahagian yang ada pada pelongsor sampah

Laluan masuk ke pusat punggah daripada bilik pelongsor sampah bagi


pembuangan sampah oleh kenderaan sampah hendaklah dicerunkan untuk
membolehkan kenderaan sampah mengutip dan mengumpul sampah-sampah tersebut
dengan mudah dan lancar. Jika akses terus kepada pelongsor sampah bagi kenderaan
sampah tidak boleh diadakan, tempat-tempat tertentu untuk menyimpan bekas sampah
hendaklah disediakan.
Sebaiknya pembinaan pelongsor sampah pada bangunan perlu mengikut jenis
sampah. Pembahagian sampah dari pelongsor boleh dilakukan dengan cara memisahkan
laluan sampah pada pelongsor mengikut jenis. Ini akan terdapat lebih dari satu
pelongsor pada bangunan.

Foto 4.2.5 : Foto menunjukkan pelongsor sampah


Bahan-bahan yang digunakan bagi pembinaan pelongsor sampah haruslah sesuai dan
tahan lama.Pelongsor terutamanya pada bahagian bilik pengumpulan perlu kalis api
memandangkan sampah yang masuk terdapat bahan yang mudah terbakar. Ukuran bagi setiap
bahagian pelongsor sampah juga perlu diambil kira. Ukuran maksimum untuk bilik
pengumpulan adalah berukuran 5meter tinggi dan 3 meter panjang dan 3 meter lebar. Foto di
bawah menunjukkan saiz bagi bahagian pintu utama pelongsor.

Rajah 4.2.1 : Rajah menunjukkan ukuran bagi bahagian pintu pelongsor

Foto 4.2.6 : Bekas sampah yang ada pada bilik pengumpulan

Anda mungkin juga menyukai