Anda di halaman 1dari 34

INTRA INTERNATIONAL COLLEGE

NO. 21 & 23, JALAN IDRIS,


PEKAN KUALA SELANGOR,
45000 KUALA SELANGOR,

SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA PUSAT


L01031 INTRA INTERNATIONAL COLLEGE
BERTAULIAH
F432-007-3:2020 HEATING, VENTILATION, AIR-
KOD DAN NAMA
CONDITIONING (HVAC) SINGLE PHASE INSTALLATION
PROGRAM
AND MAINTENANCE
TAHAP 3
KOD DAN TAJUK UNIT F432-007-3:2020-C03 SINGLE PHASE AIR-
KOMPETENSI CONDITIONING EQUIPMENT INSTALLATION
1. PERFORM FITTING WORKS
2. INSTALL MOUNTING BRACKET/PLATE
3. DRILL PIPING HOLE
4. INSTALL PIPING SYSTEM
5. INSTALL INDOOR UNIT
NO. DAN PENYATAAN 6. INSTALL OUTDOOR UNIT
AKTIVITI KERJA 7. INSTALL WIRING SYSTEM
8. VACUUM PIPING SYSTEM
9. PERFORM LEAK TEST
10. CHARGE REFRIGERANT
11. RECORD AIR CONDITIONING MAINTENANCE
ACTIVITIES

NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 1/34

TAJUK:
PEMASANGAN UNIT DALAM

TUJUAN:
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 2/34
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang definisi, proses yang berlaku dalam penyaman udara, kaedah dan langkah-
langkah kerja yang betul untuk memasang unit dalam (indoor unit).

PENERANGAN:
Unit dalam juga dikenali sebagai penyejat (evaporator). Penyejat (evaporator) ialah salah
satu komponen utama dalam kitaran asas sistem penyejukan dan penyaman udara.
Penyejat (evaporator) akan mengeluarkan udara nyaman yang terletak pada bahagian
dalam rumah. Kebiasaannya, unit yang banyak digunakan ialah wall mounted split unit.

1. PENYAMAN UDARA

1.1) Definisi Penyaman Udara


Penyamanan udara ialah proses pengawalan dan perawatan bagi semua
kandungan udara untuk ruang atau tempat tertutup. Perawatan secara mekanikal
dilakukan terhadap suhu, kelembapan, pembaharuan udara, kebersihan dan
pengagihan udara tersebut bagi mencapai keperluan dan fungsi tertentu sesuatu
ruang. Proses yang terlibat adalah seperti berikut:

a) Pengawalan Suhu (temperature control)


Suhu bilik dikawal oleh suhu bebuli kering dengan penyejukan atau
pemanasan udara bilik.

Rajah 1: Udara Sejuk Atau Pemanasan Bilik

b) Pengawalan Kelembapan (humidity control)


Kelembapan bilik dikawal secara relatif dengan kelembapan atau kekeringan
udara bilik.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 3/34

Rajah 2 : Kelembapan atau Kekeringan Bilik

c) Penapisan, pembersihan dan penulenan udara


Udara bilik dibersihkan dengan membuang habuk dan kotoran dari udara.

Rajah 3 : Pembuangan Habuk dan Kotoran

d) Pergerakan dan Peredaran udara.


Suhu dan kelembapan udara akan disebarkan ke seluruh ruangan bilik. Oleh
yang demikian, udara bilik boleh dikekalkan pada suhu dan kelembapan yang
sekata.

Rajah 4 : Peredaran Udara Di Dalam Bilik


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 4/34

Suhu, kelembapan, kebersihan dan peredaran udara dipanggil "empat elemen


penyaman udara". Dengan mengawal keempat-empat unsur tersebut,
keadaan bilik yang selesa boleh dikekalkan tanpa mengira suhu luar.
Keempat-empat elemen tersebut dilakukan oleh unit penyaman udara. Habuk
dan kotoran dikeluarkan dari udara oleh penapis udara (air filter) dan dihantar
ke penyejat (evaporator). Suhu udara dikurangkan oleh penyejat (evaporator),
dan pada masa yang sama kelembapan udara dikeluarkan oleh pemeluwap
(condenser). Akibatnya, udara yang diedarkan daripada penyaman udara
adalah sejuk dan segar dan boleh diedarkan ke seluruh bilik dengan bantuan
kipas (ventilation fan).

1.2) Komponen Asas Unit Dalam (Indoor Unit)


Kitaran penyejukan ialah kitaran berterusan, iaitu bahan pendingin menyerap haba
dari ruang yang hendak disejukkan dan memindahkan haba ke persekitaran.
Rangkaian operasi pada unit dalam (indoor unit) ialah penyejatan. Kitaran
penyejukan asas pada unit dalam (indoor unit) ialah penyejatan (evaporating).
a) Penyejatan (Evaporating)
Penyejatan ialah istilah yang digunakan bagi merujuk haba yang cukup
ditambahkan ke dalam bahan cecair untuk mengubahnya menjadi wap.
Contohnya, keadaan yang berlaku dalam sistem penyaman udara ini sama
seperti air yang dididihkan. Rajah 5 menunjukkan proses penyejatan
manakala rajah 6 menunjukkan komponen penyejat (evaporator).di dalam unit
dalam (indoor unit).
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 5/34
Rajah 5 : Proses Penyejatan

Rajah 6 : Komponen Yang Terdapat dalam Unit Dalam

b) Spesifikasi ukuran unit dalam yang dikeluarkan oleh pengeluar

Rajah 7 : Ukuran dan Diameter bagi Unit Dalam


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 6/34

2. PEMASANGAN UNIT PENYAMAN UDARA

2.1) Pemilihan Tempat dan Lokasi Pemasangan


Ciri-ciri fizikal sesebuah bangunan adalah sangat penting untuk dipelajari. Jika ciri-
ciri dan fizikal pada sesebuah bangunan diabaikan, ia boleh menyebabkan kos
operasi yang sangat tinggi dan menjejaskan keselamatan sesebuah bangunan.
Kos operasi ini disebabkan oleh kekurangan kapasiti penyejukan atau kapasiti
penyejukan berlebihan telah dipilih.

a) Ciri-Ciri Bangunan dan Penempatan Unit


i. Pastikan kedudukan bangunan tidak terkena sinaran matahari dan laluan
angin yang kuat.
ii. Pastikan kawasan yang lapang dan mempunyai pengaliran udara yang
baik.
iii. Jenis bahan pembinaan yang digunakan.
iv. Ketebalan bahan pembinaan yang digunakan.
v. Saiz bangunan – panjang, tinggi dan lebar bangunan.
vi. Ketinggian siling – lantai dengan siling.
vii. Penggunaan bangunan tersebut sama ada untuk pejabat, hospital,
bengkel jurumesin, kilang atau pusat membeli belah.
viii. Pastikan kedudukan tingkap – jenis dan saiz.
ix. Kedudukan pintu – lokasi, jenis, saiz dan kekerapan penggunaannya.
x. Jumlah bilangan manusia yang berada di dalam bangunan.
xi. Jumlah lampu dan peralatan elektrik pada sesebuah bangunan.
xii. Pastikan bekalan voltan mencukupi, sama ada satu fasa atau tiga fasa.
xiii. Tentukan saiz keupayaan penyejukan dengan membuat pengiraan beban
haba.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 7/34

Rajah 8 : Punca Haba dari Persekitaran Rumah

b) Keselamatan Bangunan Yang Perlu Dipatuhi Semasa Memasang Unit


Penyaman Udara:
i. Jangan pasang unit pada dinding (bahan jenis Gibson) atau binaan yang
tidak kukuh.
ii. Voltan mestilah 240v untuk satu fasa dan 415v untuk tiga fasa (voltan
tidak boleh kurang atau lebih 10%).
iii. Jangan tebuk lubang pada beam sesebuah bangunan.
iv. Jangan pasang unit pada cermin bangunan.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 8/34

3. PEMASANGAN UNIT DALAM

3.1) Pemilihan Lokasi yang Sesuai untuk Pemasangan Unit Dalam


Pilih tempat yang sesuai untuk unit dalam berdasarkan pertimbangan perkara
berikut:
a) Tempat yang membolehkan unit dalam dikendalikan dengan mudah

Rajah 9 : Kawasan Unit yang Mudah untuk Dikendalikan

b) Tempat yang membolehkan alat kawalan jauh terjejas oleh sinaran matahari
secara terus

Rajah 10 : Sinaran Matahari Terus Menghala ke Arah Unit

c) Tempat yang tidak menghalang udara keluar daripada unit

Rajah 11 : Udara Yang Dikeluarkan Terhalang


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 9/34
d) Tempat yang membolehkan air daripada paip air buang keluar dengan mudah

Rajah 12 : Air Buang Menitik daripada Unit Dalam Jika Saliran Perpaipan Tidak
Betul

e) Tempat yang tidak kukuh untuk menyokong unit dalam

Rajah 13 : Kawasan Dinding yang Tidak Kukuh

3.2) Ciri-Ciri Tempat yang Perlu Dielakkan untuk Memasang Unit Dalam
a) Pemasangan di dapur.
Minyak dan gris akan melekat di penapis udara, kipas dan komponen plastik
yang lain dan menyebabkan kapasiti pendinginan menurun serta unit menjadi
kotor dan comot. Jika pemasangan di dapur perlu dilakukan, pastikan wap dan
minyak semasa memasak tidak terus terarah pada unit dalam. Unit perlu kerap
diservis.
b) Pemasangan di tempat yang terlalu panas dan berkelembapan tinggi.
Jika perbezaan suhu bilik dan suhu unit penyaman udara terlalu besar,
kondensasi akan berlaku pada grill udara dan air akan menitis ke lantai di
dalam bilik.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 10/34
c) Pemasangan pada struktur yang tidak kukuh
Jika dipasang pada dinding atau siling yang tidak kukuh, unit akan bergegar
dan mengeluarkan bunyi bising. Kebocoran air akan berlaku kerana unit tidak
stabil.
d) Pemasangan berdekatan mesin berfrekuansi tinggi
Pemasangan di tempat mesin yang menghasilkan gelombang frekuensi tinggi
akan merosakkan kawalan mikrokomputer pada unit dan menyebabkan unit
penyaman udara gagal berfungsi.

3.3) Kaedah Pemasangan Yang Betul


a) Terdapat 3 elemen penting yang harus diberikan perhatian
i. Pastikan bahawa pemasangan dilakukan oleh individu yang
berkelayakan.
ii. Pastikan bahawa bahan pemasangan adalah berkualiti.
iii. Pastikan bahawa reka bentuk penyaman udara adalah bersesuaian.

b) Perkara Yang Perlu Dielakkan


i. Kawasan yang melibatkan gas mudah terbakar bocor.
ii. Kawasan yang terdapat kabus minyak yang banyak.
iii. Pancaran matahari yang berterusan.
iv. Berhampiran dengan punca haba yang boleh mengganggu prestasi unit
penyaman udara.
v. Lokasi yang mungkin menyebabkan unit terkena simbahan air atau
lembapan.
vi. Memasang unit di belakang tabir atau perabut yang mungkin menghalang
peredaran udara.
vii. Tempat yang mungkin menghalang laluan masuk dan keluar.

c) Perkara Yang Digalakkan Semasa Pemasangan Unit Dalam


i. Pilih posisi yang sesuai yang membolehkan semua sudut bilik menerima
udara sejuk (yang terbaik ialah di bahagian teratas dinding).
ii. Pilih tempat yang dapat menampung berat unit penyaman udara.
iii. Pilih tempat yang memerlukan ukuran paip penyambung dan hos
pengaliran keluar yang terpendek.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 11/34
iv. Pilih ruang yang bersesuaian untuk membolehkan operasi,
penyelenggaraan dan pengaliran udara yang baik di sekeliling unit
penyaman udara.
v. Pilih dinding yang kukuh dan tidak bergegar.
vi. Pastikan bilik anda mempunyai sistem pengudaraan (ventilation system)
yang baik. Pastikan ukuran seperti yang ditunjukan dalam Rajah 11
dipatuhi bagi menyelenggara atau mengalihkan penapis udara (air filter)
dan untuk memastikan pengaliran udara yang baik.

Rajah 14 : Ukuran yang Perlu bagi Kerja-Kerja Penyelenggaraan

d) Langkah Berjaga-jaga Semasa Pemasangan Unit


i. Pasang unit dalam setelah ruang yang diperlukan untuk pemasangan
dikenal pasti
● untuk membolehkan penyelenggaraan penyaman udara.
● untuk membolehkan penyaman udara beroperasi pada prestasi
yang telah ditentukan
ii. Periksa agar aliran udara tidak terhalang di sekitar unit dalam.

Rajah 15 : Ukuran Ruang bagi Kerja Penyelenggaraan


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 12/34

Rajah 16 : Pastikan Udara Beredar ke Seluruh Ruang

Rajah 17 : Pastikan Udara Tidak Terhalang

iii. Pasang unit secara lurus.


Sekiranya unit tidak dipasang lurus, air buang tidak akan mengalir
keluar dengan baik.

Rajah 18 : Unit yang Dipasang Tidak Lurus Mengakibatkan Air Buang akan
Menitik pada Bahagian Unit Dalam
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 13/34
iv. Struktur takung buang (drain pan)
Struktur takung buang (drain pan) dibahagikan kepada bahagian atas
dan bahagian bawah penyejat. Jika dilihat dari bahagian depan, drain
pan bahagian atas lebih tinggi di sebelah kanan dan mempunyai
kecerunan ke bawah ketika menuju ke sebelah kiri sehingga air
mengalir ke drain pan bahagian bawah drain pan yang lebih rendah
dan rata. Hal ini memungkinkan air buang keluar dari salah satu lubang
sambungan saliran kiri atau kanan. Oleh sebab itu, pemasangan unit
dalam mestilah dalam keadaan lurus.

Rajah 19 : Drain Pan pada Bahagian Atas dan Bawah

Rajah 20 : Pandangan Hadapan Kawasan Drain Pan dan Lubang Paip Air Buang
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 14/34

Rajah 21 : Pandangan Belakang Kawasan Drain Pan


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 15/34
4. PROSEDUR DAN KELENGKAPAN PEMASANGAN UNIT DALAM

4.1) Prosedur Pemasangan Unit Dalam

Rajah 22 : Cara dan Ukuran Pemasangan Penyaman Udara yang Betul

a) Pasangkan unit dalam (indoor unit) pada dinding atau lantai yang teguh dan
bebas daripada gegaran.
b) Pastikan bahagian laluan masuk dan keluar tiub tidak dihalang semasa kerja-
kerja pemasangan tiub dijalankan.
c) Pastikan unit ini bebas daripada sinaran cahaya matahari secara terus.
d) Pastikan unit dalam (indoor unit) ini dipasangkan berdekatan dengan unit luar
(outdoor unit) bagi memudahkan kerja penyambungan.
e) Pasang paip saluran buangan (drain pipe) pada unit dalam (indoor unit).
f) Pastikan pemasangan unit dalam (indoor unit) mengambil kira ruang untuk
kerja-kerja penyelenggaraan pada masa akan datang.
g) Lilit pita penebat (tape wind armoring) di sekeliling paip bahan pendingin, hos
air keluar (drain hose) dan wayar elektrik sebelum dimasukkan ke dalam
lubang yang ditebuk.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 16/34
h) Pasang pendakap (bracket).

Rajah 23 : Pendakap yang Perlu Dipasang pada Dinding bagi


Menggantung Unit Dalam

a) Pastikan dinding cukup kuat untuk menggantung unit dalam berkenaan.


b) Pasang pendakap (bracket) dengan menggunakan penambat
konvensional (conventional anchors) dengan skru.
c) Tebuk dinding dengan menggunakan teknik penebukan yang betul
d) Sangkut unit dalam (indoor unit) pada pendakap (bracket) dengan betul.
e) Pasang unit dalam (indoor unit) dalam keadaan lurus (level) dengan
menggunakan timbang air (water level). Hal ini bertujuan untuk
mengelakkan air daripada menitis ke lantai bilik sekiranya pemasangan
tidak tepat pada kedudukannya.

4.2) Kelengkapan Dan Peralatan Pemasangan


Peralatan dan kaedah proses kerja yang betul amat penting semasa melakukan
kerja pemasangan unit dalam (indoor unit). Hal ini demikian kerana jika kerja-
kerja pemasangan tidak menggunakan peralatan dan kaedah yang betul, unit
dalam (indoor unit) akan rosak. Antara peralatan dan kelengkapan yang perlu
adalah seperti berikut:
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 17/34
No. Peralatan dan Kelengkapan Catatan
1. Tangga Alat untuk menaiki tempat yang
lebih tinggi dalam kerja-kerja
mengantung unit dalam (indoor
unit)

4.3) Langkah-langkah Pemasangan Unit Dalam


a) Cara mengendalikan paip dengan betul

Rajah 24 : Cara Mengendalikan Paip dari Unit Dalam (Unit Indoor)

i. Pegang tempat yang bengkok dengan kuat agar paip tidak kemek dan
naikkan dengan perlahan-lahan.

b) Menyiapkan kerja penembusan dinding


i. Seperti yang ditunjukkan pada Rajah 25, pasang paip tambahan dan pita
penebat (insulation tape) di sekelilingnya. Pastikan paip air buang (hose
drain pipe) berada di bahagian bawah.

Rajah 25: Susunan Paip di dalam Lilitan Pita Penebat


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 18/34

c) Gantung unit dalam (indoor unit) pada pendakap (bracket)


i. Pasang pendawaian kawalan dan sistem perpaipan melalui dinding.

Rajah 26: Pemasangan Pendawaian Kawalan dan Sistem Perpaipan Melalui


Dinding

i. Pasang unit dalam pada cangkuk di bahagian atas pendakap.

Rajah 27: Mencangkuk Unit Dalam pada Pendakap

ii. Gerakkan unit dalam ke bawah dan pasang cangkuk di bahagian bawah
unit dalam pada pendakap.

Rajah 28: Pengemasan Pemasangan Unit Dalam


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 19/34

Rajah 29: Cangkuk Unit Dalam

iii. Gerakkan unit dalam ke kiri dan ke kanan untuk memeriksa sama ada unit
terpasang dengan betul pada pendakap (bracket).

Rajah 30: Pemeriksaan Pemasangan Unit Dalam

iv. Kunci unit dalam pada pendakap (bracket) supaya unit tidak jatuh dari
dinding.

Rajah 31: Mengunci Unit Dalam pada Pendakap


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 20/34

Rajah 32: Kedudukan Pengunci Unit Dalam pada Pendakap

4.4) Pemasangan Penyaman Udara Jenis Lantai (Floor Type)

Rajah 33 : Unit Penyaman Udara Jenis Lantai (Floor Type)

a) Prosedur pemasangan unit dalam (indoor unit)


i. Pasang unit dalam (indoor unit) pada dinding atau lantai yang teguh dan
bebas daripada gegaran.
ii. Pastikan laluan masuk dan keluar tiub tidak dihalang semasa kerja-kerja
pemasangan tiub dijalankan.
iii. Pastikan unit ini bebas daripada sinaran cahaya matahari secara terus.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 21/34
iv. Pastikan unit dalam (indoor unit) ini dipasangkan berdekatan dengan unit
luar (outdoor unit) bagi memudahkan kerja penyambungan.
v. Pasang paip saluran buangan (drain pipe) pada unit dalam (indoor unit).
vi. Pastikan pemasangan unit dalam (indoor unit) mengambil kira ruang
untuk kerja-kerja penyelenggaraan pada masa akan datang. Sila rujuk
gambar rajah berikut untuk menentukan saiz/jarak pemasangan.

Rajah 34 : Unit Dalam Penyaman Udara Jenis Lantai (Floor Type)

b) Kaedah pemasangan Unit Dalam (Indoor Unit) Jenis Lantai (Floor Type)
i. Sebelum memasang unit, buka bahagian penapis unit dalam (indoor unit)
terlebih dahulu seperti dalam gambar rajah.
ii. Tebuk lubang untuk menyalurkan saluran masukan dan paip air keluar.
Kenal pasti ruang/bahagian yang akan disambungkan dengan tiub dan
paip. Lihat gambar rajah berikut untuk menentukan laluan yang akan
digunakan.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 22/34

Rajah 35 : Laluan Perpaipan Bahan Pendingin dan Air Buang

iii. Pilih saluran paip buangan yang ingin digunakan. Pada unit dalam (indoor
unit), terdapat dua laluan saluran paip buangan. Pilih laluan yang
terpendek dan mudah untuk membuat sambungan.

Rajah 36 : Bahagian Sambungan Perpaipan Air Buang

iv. Setelah memilih bahagian saluran buangan, diameter dinding/lantai yang


hendak ditebuk mestilah dalam ukuran 4” atau 10cm. Pastikan lubang
tersebut ditebuk secara melintang ke bawah agar air dapat mengalir
keluar dan tidak menitis di dalam bilik/rumah.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 23/34

Rajah 37 : Saiz Bagi Lubang Perpaipan

v. Pasang pendakap (bracket) pada dinding yang teguh dan bebas daripada
gegaran.

Rajah 32 : Dimensi Pemasangan Unit Dalam Penyaman Udara Jenis Lantai


(Floor Type)

vi. Takung buangan (drain pan) hendaklah disambungkan pada drain hose.
Gunakan pengikat jenis nilon (nylon fastener).

Rajah 33 : Sambungan Drain Hose pada Drain Pan


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 24/34

vii. Pasang lapisan penebat pada penyambung paip buangan (drain pipe)
untuk mencegah berlakunya pemeluwapan pada drain pipe tersebut.
Pastikan pemasangan unit dalam (indoor unit) telah dilaraskan pada
kedudukan yang tepat. Gunakan timbang air (water level) untuk
menentukan kedudukannya yang tepat. Sekiranya kedudukan tidak betul,
ia akan menyebabkan air buangan tidak dapat mengalir keluar.

Rajah 34 : Cara Pemasangan Paip Buangan (Drain Hose)

4.5) Pemasangan Penyaman Udara Jenis Siling (Ceiling Type)

Rajah 35: Unit Penyaman Udara Jenis Siling (Ceiling Type)


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 25/34

a) Kaedah pemasangan unit dalam (indoor unit)


i. Pasang unit dalam (indoor unit) pada dinding atau lantai yang teguh dan
bebas daripada gegaran.
ii. Pastikan laluan masuk dan keluar tiub tidak dihalang semasa kerja-kerja
pemasangan tiub dijalankan.
iii. Pastikan unit ini bebas daripada sinaran cahaya matahari secara terus.
iv. Pastikan unit dalam (indoor unit) ini dipasangkan berdekatan dengan unit
luar (outdoor unit) bagi memudahkan kerja penyambungan.
v. Pasang paip saluran buangan (drain pipe) pada unit dalam (indoor unit).
vi. Pastikan pemasangan unit dalam (indoor unit) mengambil kira ruang
untuk kerja-kerja penyelenggaraan pada masa akan datang. Sila rujuk
gambar rajah berikut untuk menentukan saiz/jarak pemasangan.

Rajah 36 : Cara Pasang Unit Dalam Jenis Siling

vii. Sebelum memasang unit, buka bahagian penapis unit dalam (indoor unit)
terlebih dahulu seperti dalam gambar rajah 37.

Rajah 37 : Bahagian Penapis Udara pada Bahagian Unit Dalam (Indoor Unit)
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 26/34

viii. Tebuk lubang untuk menyalurkan saluran masukan dan paip air keluar.
Kenal pasti ruang/bahagian yang akan disambungkan dengan tiub dan
paip. Lihat gambar rajah berikut untuk menentukan laluan yang akan
digunakan.

Rajah 38 : Laluan Perpaipan Bahan Pendingin dan Paip Air Buang

ix. Pilih saluran paip buangan yang ingin digunakan. Pada unit dalam (indoor
unit), terdapat dua laluan saluran paip buangan. Pilih laluan yang
terpendek dan mudah untuk membuat sambungan.

Rajah 39 : Tempat Sambungan Bagi Paip Air Buang

x. Setelah memilih bahagian saluran buangan, bahagian siling hendaklah


ditebuk pada saiz diameter lubang 2” hingga 6”. Pastikan lubang tersebut
ditebuk secara melintang ke bawah untuk memastikan air dapat mengalir
keluar secara terus dan tidak menitis di bahagian dalam.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 27/34

Rajah 40 : Saiz Laluan Perpaipan Bahan Pendingin dan Air Buang

xi. Pasang pendakap (bracket) yang pada bahagian dinding yang teguh dan
bebas daripada gegaran. Gunakan saiz mata penebuk (drill) ½’’ atau
12.7mm untuk membuat lorong bagi memasang penambat (anchor bolt
plug). Masukkan anchor bolt pada lubang tersebut dan ketuk
menggunakan penukul hingga ketat.

Rajah 41 : Cara Memasang Wall Plug

xii. Pasang nat pendakap (bracket nut), sesendal (washer) dan sesendal
spring (spring washer). Ketatkan sehingga kemas.

Rajah 42 : Cara Memasang Pendakap (Bracket) Unit Dalam


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 28/34

xiii. Pasang hex bolt pada unit dalam (indoor unit). Tolak unit dalam (indoor
unit) pada bracket yang telah dipasang mengikut laluan (track) yang telah
dibina. Ketatkan bolt heks (hex bolt) sepenuhnya.

Rajah 43 : Cara Menggantung Unit Dalam

xiv. Pemasangan saluran buang (drain pipe) hendaklah disambungkan pada


drain pan. Gunakan sesalur daripada jenis nylon fastener.

Rajah 44 : Cara Menyambung Drain Hose pada Saluran Drain Pan

xv. Salutkan penyambungkan drain pipe dengan menggunakan lapisan


penebat untuk mencegah daripada berlaku pemeluwapan pada drain pipe
berkenaan. Pastikan pemasangan Unit Dalam (Indoor Unit) telah
diratakan pada kedudukan yang tepat. Gunakan sprit level untuk
menentukan kedudukannya yang tepat. Sekiranya kedudukan tidak
sekata, ianya akan menyebabkan alir buang tidak dapat mengalir keluar.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 29/34

Rajah 45 : Cara Pemasanagan Drain Hose dengan Cara yang Betul

xvi. Setelah drain pipe dipasang, ketatkan atau tambatkan hose berkenaan
dengan menggunakan VT wire hole supaya hos berkenaan tidak
tertanggal dari Unit Dalam (Indoor Unit).

Rajah 46 : Cara Mengetatkan Drain Hose yang Dipasang pada Saliran Drain Pan

4.6) Pemasangan Penyaman Udara Jenis Kaset (Cassete Type)

Rajah 47 : Unit Penyaman Udara Cassette Type


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 30/34

a) Kaedah pemasangan Unit Dalam (Indoor Unit)


i. Pasang unit dalam (indoor unit) pada dinding atau lantai yang teguh dan
bebas daripada gegaran.
ii. Pastikan laluan masuk dan keluar tiub tidak dihalang semasa kerja-kerja
pemasangan tiub dijalankan.
iii. Pastikan ruang disediakan untuk kerja-kerja selenggara pada masa akan
datang.
iv. Pastikan ketinggian unit dalam ukuran yang ditetapkan
v. Pastikan pemasangan unit dalam (indoor unit) ini dipasangan berdekatan
dengan unit luar (outdoor unit) bagi memudahkan kerja penyambungan.
vi. Pasangkan unit dalam (indoor unit) dengan paip saluran buangan (drain
pipe) mengikut kecondongan yang betul.

Siling Yang Kuat Dan Kukuh

24” (60cm) atau


lebih

Rajah 48 : Pemasangan Unit Dalam Jenis Kaset (Cassette Type)

b) Kaedah pemasangan Unit Dalam (Indoor Unit) Jenis Kaset (Cassete type)
i. Buka penutup gril (grille) unit terlebih dahulu dengan menekan dua
bahagian sisi yang ditanda “Push”. Keluarkan gril (grille) daripada unit.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 31/34

Rajah 49: Cara membuka penapis udara

ii. Buka dan tanggalkan bingkai panel (panel frame) daripada unit bagi
memudahkan pemasangan.

Rajah 50 : Cara Membuka Bingkai Panel (Panel Frame)

iii. Dapatkan ukur lilit unit berkenaan dan sediakan tempat gantung (hanging)
unit. Unit ini tidak memerlukan pendakap (bracket) yang khas, tetapi ia
memerlukan hanging bolt sebanyak 4 batang yang bertindak sebagai
pendakap (bracket) utama unit dalam (indoor unit) bagi jenis ini. Setiap
hanging bolt mampu bertahan dengan bebanan sekurang-kurangnya
50kg.
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 32/34

Rajah 51 : Cara Menggantung Unit Dalam Jenis Kaset (Cassette Type)

iv. Pastikan bolt/nut pada hook diketatkan dengan baik. Pasang kembali gril
(grill) dan bingkai panel (panel frame) pada kedudukan asal. Sambung
drain pipe mengikut arah kecondongan yang betul.

Rajah 52: Mengikat Bolt pada Unit Dalam dan Bracket

Rajah 53 : Kecondongan Pemasangan Perpaipan Air Buang


NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 33/34

SOALAN:
1. Apakah definisi penyaman udara?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

2. Nyatakan empat (4) proses yang berlaku dalam penyaman udara


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

3. Apakah proses yang berlaku pada unit dalam (indoor unit)?


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

4. Berikan dua (2) lokasi yang sesuai untuk pemasangan unit dalam (indoor unit).
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

5. Berikan dua (2) ciri tempat yang betul untuk pemasangan unit dalam (indoor unit)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
NO. KOD F432-007-3:2020-C03/KP(4/11) Muka Surat: 34/34

RUJUKAN:
1. Inverter Wall Mounted Split Type Air Conditioner Intallation Manual (Q Series) Daikin
Malaysia Sdn. Bhd.
2. RA Installation and Service Training for Department of Malaysia Authorised Training
Center Daikin Industries Ltd.
3. Service manual air conditioning and refrigeration equipment (Si-18EB) DAIKIN
4. Installation manual R410A split series inverter model Daikin USA
5. Training manual for technician refrigeration & airconditioning service sector (RACs)
2nd edition (24th june 2019) – Department Of Enviroment

Anda mungkin juga menyukai