Anda di halaman 1dari 10

BAB 3 SISTEM

PENYAMAN UDARA

1
2.1 PENGENALAN
Melalui kajian yang akan dijalankan ini adalah berhubung kepada aplikasi penghawa dingin . Bagi
menghuraikan apa yang dibincangkan ialah perbincangan terhadap bilangan penghawa dingin di dalam
sesebuah bangunan tersebut . Hal ini adalah untuk menunjukkan bahawa berapa bilangan penghawa dingin yang
diperlukan di dalam sesbuah tempat tersebut supaya dapat melahirkan suasana selesa di dalam bangunan
tersebut .

Dalam bahagian ini , ianya merupakan rekabentuk sistem penyejukan bagi bangunan bertingkat iaitu
empat tingkat . Bangunan yang akan dipilih ini ialah bangunan di Politeknik Sultan Azlan Shah . Sistem
penyejukan ini merupakan sistem yang direkabentuk untuk menstabilkan suhu udara dan persekitaran bangunan
di Politeknik Sultan Azlan Shah tersebut.

Tujuan sistem penyaman udara adalah untuk mengadakan suasana yang kondunsif dan juga keselesaaan
kepada penghuni yang akan menggunakannya . Penyaman udara yang cukup lengkap adalah termasuk
pemanasan , penyejukan , pelembapan , pengeringan dan juga pembersihan udara .

Selain daripada melahirkan suasana yang kondusif , ianya juga akan membincangkan tentang kriteria
bagi rekabentuk sistem penyejukan dalam bangunan tersebut . Di dalam bab ini ianya juga termasuk dengan
pengiraan bagi bilangan penyaman udara yang patut diletakkan didalam sesebuah bangunan tersebut . Bukan itu
sahaja , malah ianya juga mengira dari segi beban penyejukan dan juga penyaman udara yang berpusat .

Seterusnya , ianya merupakan proses pengwalan dan perawatan bagi semua kandungan udara untuk
ruang atau tempat tertutup bagi mendapatkan keselesaan . Ianya dirawat secara mekanikal yang dilakukan
terhadap suhu , kelembapan , pembaharuan udara , kebersihan dan juga pengagihan udara tersebut bagi
mencapai keperluan dan juga fungsi sesuatu ruang .

2
2.2 OBJEKTIF

Objektif dalam reka bentuk sistem penyaman udara ini adalah untuk :
 Menstabilkan suhu dan juga kelembapan dalam bangunan tersebut.
 Melahirkan persekitaran yang selesa dan juga kondusif untuk melakukan kerja.
 Menghasilkan sistem yang melibatkan proses pemanasan , penyejukan dan juga pengeringan .
 Untuk memelihara kesihatan penghuni yang berada di dalam bangunan tersebut.

2.3 KRITERIA REKABENTUK


Kriteria bagi sistem penyaman udara hendaklah mengikut standard dan juga mengikut garis panduan yang betul
. Contohnya :
 Kedudukan dan juga arah bangunan
 Keadaan sekeliling iaitu keberadaan sesebuah bangunan itu terletak dimana dan juga sekeliling
bangunan tersebut ada halangan atau tiada . ianya melibatkan suhu dan kelembapan disekitar kawasan
tersebut .
 Bahan binaan yang digunakan itu untuk menghasilkan lantai , dinding , tingkap dan juga bumbung .
 Jumlah penghuni yang berada di dalam bangunan tersebut juga menjadi salah satu kriteria untuk
rekabentuk kerana penghuni di dalam bangunan tersebut mempengaruhi dengan haba badan .
 Penggunaan bangunan iaitu bangunan tersebut dihasilkan adalah untuk pejabat .

2.4 REKABENTUK SISTEM PENGUDARAAN DAN PENYAMAN UDARA


Penggunaan penyaman udara pada masa kini semakin meluas di mana mana sahaja penggunaannya .
Pengguna akan menggunakan penyaman udara ini untuk mendapatkan keselesaan dan juga suasana yang
kondusif untuk melakukan kerja . Tetapi permasalahan bagi penggunaan penyaman udara ini ada risikonya iaitu
Jika anda tidak menyenggara penyaman udara anda, udara yang tercemar tidak dapat dibersihkan oleh unit
penyaman udara anda . Hasilnya anda akan bernafas dalam udara yang tidak sihat dan dicemari oleh kotoran
dan habuk . Ini mengakibatkan penyakit seperti asma, alahan, resdung dan banyak lagi. Apabila bakteria, virus
atau kulat mula terkumpul dalam sistem penyaman udara anda , kesannya akan menjadi lebih buruk terhadap
manusia .
Untuk lebih memahami prinsip dan aplikasi penyaman udara, pemahaman berkaitan termodinamik dan
kitar penyejukan asas adalah penting. Kitar penyejukan yang lengkap melibatkan pemindahan tenaga dari satu
medium ke medium yang lain. Empat komponen utama terlibat semasa pemindahan tenaga ini iaitu pemampat,
pemeluwap, peranti pemeteran dan penyejat. Jenis sistem penyamanan udara yang digunakan ialah sistem
penyamanan udara sistem penyamanan udara unit pisah .
Penyaman udara adalah alat yang terdiri daripada komponen-komponen mekanikal yang berfungsi untuk
menyerap haba dari dari satu ruang tertutup dan memindahkan haba tersebut ke luar. Rekabentuk sistem
penyamanan udara yang baik hendaklah dapat memenuhi kriteria berikut :
 Mengawal dan melaras suhu bilik agar selesa.
 Mengawal peredaran udara dalam bilik.
 Membersihkan udara dalam bilik.
3
2.5 PROSUDER REKABENTUK
Prosedur rekabentuk bagi sistem penyaman udara perlulah mengikut standard dan juga langkah yang
betul supaya suasana di dalam bangunan tersebut boleh digunakan dengan selesa dan tiada halangan ataupun
tiada risiko yang akan berlaku kelak . Bukan itu sahaja , malah ianya apabila mengikut langkah dan juga
prosedur yang betul , hasil penyaman udara yang dibekalkan itu tidak akan menjadi ataupun memudaratkan
pada penghuni yang berada di dalam bangunan tersebut .

2.6 SENARAI SEMAK REKABENTUK SISTEM PENGUDARAAN DAN PENYAMAN UDARA


Penghawa dingin berpecah terdiri daripada unit luaran dan unit dalaman. Unit luaran dipasang pada atau
berhampiran dinding luar bilik yang anda ingin sejukkan. Unit ini menempatkan pemampat, gegelung
pemeluwap dan gegelung pengembangan atau tiub kapilari. Unit dalaman yang kelihatan anggun mengandungi
gegelung penyejuk, peniup panjang dan penapis udara.

2.7 GAMBARAJAH PENYAMAN UDARA YANG DIGUNAKAN

4
Bahagian dalaman (indoor)

Bahagian Luaran (Outdoor)

2.8 PENGIRAAN UNTUK CENTRALIZED

5
Bagi sistem ini, pengiraan bagi setiap ruangan perlulah dikira mengikut garis panduan agar mendapat
bilangan penyaman udara yang diperlukan. Bagi pengiraan setiap ruangan untuk mendapatkan unit penyaman
udara yang mencukupi . Pengiraan bagi unit centralized mempunyai empat langkah iaitu langkah pertama ialah
isipadu ruang tersebut , langkah kedua ialah pertukaran udara sejam , langkah ketiga pula ialah kadar aliran
isipadu udara bekalan . Dan akhir sekali iaitu langkah keempat ialah bilangan peresap ( diffuser ).
CENTRALIZED ( PEJABAT TINGKAT 1 – 4 )
1. Isipadu bangunan ( L X P X T )
18.3 X 5.3 X 2.5
= 242.48 m3

2. ACH
=6

3. Isipadu kadar alir


ACH X VOLUME / 3600
= 6 X 242.48 m3 / 3600
= 0.40 @ 400 l/s

4. diffuser required / peresap diperlukan


Required = 400 l/s
225mm X 225mm = 101
400 / 101
= 3.96 @ 4 ( no of diffuser )

6
( PEJABAT ARAS BAWAH )
1. Isipadu bangunan ( L X P X T )
11 X 5.3 X 2.5
= 145.75 m3

2. ACH
=6

3. Isipadu kadar alir


ACH X VOLUME / 3600
= 6 X 145.75 m3 / 3600
= 0.24 @ 240 l/s

4. diffuser required / peresap diperlukan


Required = 240 l/s
225mm X 225mm = 127
240 / 127
= 1.89 @ 2 ( no of diffuser )
( CAFÉ )
1. Isipadu bangunan ( L X P X T )
7.3 X 5.3 X 2.5
= 96.725 m3

2. ACH
= 11

3. Isipadu kadar alir


ACH X VOLUME / 3600
= 11 X 96.725 m3 / 3600
= 0.3 @ 300 l/s

7
4. diffuser required / peresap diperlukan
Required = 300 l/s
225mm X 225mm = 101
300 / 101
= 2.97 @ 3 ( no of diffuser )

2.9 LUKISAN AUTOCADD SISTEM PENGHAWA DINGIN

Rajah ini menunjukkan kedudukan diffuser di dalam pejabat tingkat 1-4

8
Rajah ini menunjukkan kedudukan diffuser di dalam pejabat aras bawah

Rajah ini menunjukkan bilangan diffuser di dalam café

9
2.10 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sistem penyamanan udara sangat diperlukan pada sesebuah bangunan seperti bangunan
pusat beli-belah ini. Rekabentuk sistem penyamanan udara yang ditentukan perlulah betul dan sesuai bagi
menjamin keselesaan dalam bangunan dan tiada sebarang masalah yang akan dihadapi pada masa akan datang.
Sekiranya, rekabentuk yang ditentukan menjadi salah dan tidak sesuai, pelbagai masalah yang akan timbul
dalam bangunan. Jika, masalah yang timbul tersebut tidak begitu serius, kemungkinan besar ia dapat
diselesaikan tetapi jika ia sangat serius, semestinya ia akan jadi susah untuk diselesaikan.Itulah sebabnya, dalam
penentuan rekabentuk sistem penyamanan udara perlulah sangat teliti.

10

Anda mungkin juga menyukai