Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

 Udara daripada system perlu diagihkan kepada sesuatu ruang bagi memberikan keselesaan
kepada pengguna yang menerima udara tersebut. Bagi tujuan ini halalaju, suhu dan bentuk
agihan peredaran udara tersebut hendaklah diselaraskan pada nilai tertentu manakala salur
udara digunakan mengagihkan udara daripada bilik pengagihan ke ruang yang didinginkan
dan mengembalikan semula ke bilik pengagihan. Kebiasaannya sistem penyamanan udara
terdiri daripada :-
 Salur udara utama membawa udara bersih sejuk kebilik yang didinginkan
 Salur udara balik membawa kembali udara yang telah diedarkan kebilik kembali semula ke
unit pengelolahan udara untuk dirawat semula
JENIS DAN OPERASI

1. Wall Mounted
Kompak dan padat, ia sangat sesuai untuk bilik kecil seperti bilik tidur dan ruang tamu yang
terhad.
 Kelebihan:
 
 • Rekaan moden dengan pelbagai pilihan.
 
 • Mempunyai ciri-ciri tambahan.
 
 • Mudah dipasang.
 
 • Mudah didapati.
 
 Kekurangan:
 
 • Tidak sesuai bagi penggunaan secara heavy-duty.
2. Ceiling Cassette
Sesuai untuk bilik kecil seperti bilik tidur ATAU bilik yang lebih besar seperti pejabat, restoran
dan bilik mesyuarat
 Kelebihan:
 
 • Sesuai dipasang di bilik kecil mahupun bilik besar.
 
 • Pengudaraan yang baik di mana mempunyai aliran 4 dimensi.
 
 Kekurangan:
 
 • Memerlukan plaster siling atau ruang yang mencukupi untuk unit ceiling cassette.
KOMPENAN ASAS PENYAMAN UDARA

FUNGSI SETIAP BAHAGIAN.

1) Pemampatan (Compressor).
Menyedut wap bahan pendingin dan memampatkan menjadi tekanan dan suhu
tinggi .
2) Penyejat (Evaporator)
Menyerap haba dari ruang yang didinginkan. Semasa penyerapan berlaku proses
sejatan cecair bahan pendingin bertukar bentuk menjadi wap bersuhu dan tekanan
rendah
3) Pemeluap (Condenser).
Menyingkirkan haba yang terhasil daripada proses mampatan dan proses sejatan
dipenyejat. Semasa haba disingkirkan berlaku proses pemeluapan, wap bahan
pendingin bertukar menjadi cecair.
4) Peranti pemeteran (Metering device).
Merendahkan tekanan dan suhu serta mengawal aliran bahan pendingin ke penyejat
KAPASITI PENYEJUKAN

Kapasiti pendinginan atau cooling capacity bermaksud haba dalam bilik yang harus dikeluarkan sehingga bilik tersebut
mencapai suhu dan kelembapan tertentu. Rekabentuk piawai untuk keadaan ini ialah pada suhu 24 celcius dan
kelembapan relatif 55%. Kajian menunjukkan kombinasi suhu dan kelembapan relatif ini adalah paling kondusif untuk
tubuh manusia. Dalam ertikata lain anda akan berasa selesa berada dalam bilik tersebut.

Oleh itu pengetahuan berkaitan kapasiti pendingan dapat membantu anda memilih penyaman udara yang paling sesuai
dan optimum dengan bil bulanan anda. Bahagian ini akan menerangkan cara mendapatkan kapasiti pendinginan yang
sesuai untuk sesuai untuk sesebuah ruang dimana akan memasang penyaman udara.

Cara mengira kapasiti penyejukan mempunyai dua kaedah :-

KAEDAH 1

i) Kira isipadu bilik iaitu panjang (ft) x lebar (ft) x tinggi (ft) =  V ft³
ii) Darabkan isipadu ini dengan 6

V x 6 = C1

iii) Anggarkan jumlah orang (p) yang akan menggunakan bilik tersebut. Setiap orang mengeluarkan lebih kurang 500
BTU/jam haba dari badan mereka untuk aktiviti harian biasa.

P x 500 BTU/jam = C2

iv) Jumlahkan kedua-dua nilai = C1 + C2 = C (BTU/jam)

Nilai C adalah kapasiti pendinginan yang diperlukan untuk ruang/bilik yang telah anda kira
diatas. Selepas anda memperolehi nilai ini, anda bolehlah mencari penyaman udara yang
mempunyai kapasiti pendinginan paling hampir.

KAEDAH 2
Panjang (feet) X Lebar (feet) X 60 = _______ BTU
Satu lagi istilah yang biasa digunakan oleh penjual ialah HP (horse power). Mereka mungkin
akan mengesyorkan kepada anda 1HP, 1.5HP, 2HP, 2.5HP dan sebagainya apabila anda ingin
membeli penyaman udara. Namun HP bukanlah ukuran yang tepat untuk menganggarkan
kapasiti pendinginan yang diperlukan untuk bilik anda. HP hanya merujuk kepada kuasa
pemampat pada unit penyaman udara.
Huraian selanjutnya boleh dirujuk pada bahagian HP vs BTU.
SISTEM PENYAMAN UDARA

Penggunaan utama sistem penyejjukan adalah untuk proses pendinginan. Suhu penyejat untuk sistem penyamanan
udara (pendinginan dan penyahlembapan) ialah 4°C ke 10°C.

Penyaman udara bukan sahaja untuk pendinginan, tetapi ia meliputi:

 Pemanasan
 Mengawal suhu
 Mengawal kelembapan
 Pembersihan

Pengagihan udara untuk mencapai kehendak tempat yang dinyamankan Kelengkapan asas sistem penyejukan
mekanik / penyejukan serapan :-

 Unit pemeluwap
 Penyejat
 Motor kipas
 Tunas
 Salur udara dan kawal alir udara
 Kawalan suhu dan kelembapan
 Pemaipan bahan pendingin (R12,R22)

Faktor sistem penyamanan udara diperlukan adalah untuk:-

 Keselesaan
 Prestasi kerja pada bahan keluaran
 Kesihatan
 Peralatan

Kepentingan penyaman udara adalah untuk:-

 Menghalang bunyi bising dan kawalan persekitaran


 Menghalang habuk dan kotoran
 Mengeluarkan haba untuk keselesaan
 Pengudaraan yang mencukupi
UNIT PENYAMAN UDARA TINGKAP
Sistem ini dipasang di ambang tingkap atau menerusi pembukaan dinding.

Jenis jenis bahan pendingin

 R-11
 R-12 = kereta dan peti sejuk (rosakkan lapisan ozon)
 R-22 = sekarang digunakan di dalam kereta (gas dan lebih selamat)
 R-37
 R-134a

Mengecas bahan pendingin


Terdapat 3 proses semasa mengecas bahan pendingin iaitu :-

 Proses pengosongan (5 – 10 minit)


 Salur kuning disambungkan ke vacumm pump
 Proses pengisian (gaas pada bacaan 15’C – 20’C)
 Salur kuning disambungkan pada balang gas R22

Mengesan atau menguji kebocoran pada sistem penyaman udara dan penyejukan
Terdapat 3 cara bagi mengesan kebocoran pada sistem :

 Menggunakan larutan buih


 Letakkan larutan buih sabun pada semua sambungan / bahagian bengkok / bahagian yang disyaki bocor

 Menggunakan sumpingan api halida


 Nyalaan api akan bertukar warna apabila hos esak dihalakan pada kepada penyambung tiub :-

# Warna jernih kepada hijau muda (kebocoran kecil)


#Warna jernih kepada warna ungu (kebocoran kecil)

 Menggunakan pengesan elektronik


 Pengesan ini akan mengeluarkan bunyi siren jika terdapat kebocoran pada sistem
 Proses ini dapat dilakukan setelah bahan pendingin dimasukkan di dalam sistem pada tekanan dibawah 12
kg/cm3 (proses menguji tekanan sistem )
3. Floor Standing
Membekalkan hembusan angin yang kuat, sesuai untuk kawasan yang mempunyai trafik yang
tinggi seperti kedai, restoran dan lain-lain.
 Pro:
 
 • Mudah dipasang dan anda tidak perlu bimbang tentang pemasangan kerana ia boleh
diletakkan di atas lantai.
 
 • Penyejukan pantas kerana kipasnya yang besar menghasilkan angin yang lebih kuat.
 
 Kontra:
 
 • Penggunaan ruang yang terhad.
4. Ceiling Concealed
Penyaman udara yang tersembunyi pada atau dalam siling, sesuai untuk bilik tanpa
mengganggu keseluruhan hiasan dalaman.
 Pro:
 
 • Ruang kelihatan kemas dan bersih tanpa unit penyaman udara.
 
 Kontra:
 
 • Susah untuk dipasang kerana ia tersembunyi di siling.
 
 • Susah untuk melakukan kerja penyelenggaraan.
5. Portable Aircond
Boleh diletakkan di mana sahaja. Hanya pasang plag dan anda boleh terus
menggunakannya!
 Pro:
 
 • Kompak.
 
 • Tidak perlukan pemasangan.
 
 • Boleh digunakan sama ada dalam mahupun luar bangunan.
 
 Kontra:
 
 • Hanya boleh digunakan dalam ruang kecil hingga bersaiz medium.
 
 • Tidak begitu efisien jika digunakan di luar bangunan.
 
 • Bunyi yang lebih besar berbanding Wall Mounted kerana pemampat (compressor) berada
dalam unit penyaman udara.
 
 • Perlu salurkan udara haba yang dikeluarkan.
PENYELENGGARAAN DAN SERVIS AIRCOND

Unit penyaman udara mestilah diselenggara mengikut jadual oleh juruteknik mahir. Walaupun unit
masih berfungsi dengan baik, penyenggaraan dan servis adalah penting untuk memastikan
ketahanan unit dan kebolehupayaan unit memberi kesejukan mengikut kapasiti awal. Ia juga untuk
memanjangkan jangka hayat unit penyaman udara itu sendiri.

Terdapat dua penyenggaraan berjadual yang perlu dilakukan iaitu:

1. Penyenggaraan harian atau mingguan –dilakukan oleh pengguna


2. Penyelenggaraan tetap –dilakukan oleh juruteknik mahir.

Dalam bahagian ini saya akan menunjukkan penyenggaraan harian atau mingguan yang boleh
dilakukan sendiri oleh pengguna. Ia sangat mudah tetapi memeberi kesan besar kepada operasi unit
penyaman udara. Penyenggaraan harian atau mingguan yang boleh dilakukan oleh pengguna ialah
membersih penapis udara dan mengelap badan unit dalam dengan kain lembap. Langkah
keselamatan sebelum anda lakukan penyenggaraan ini ialah OFF kan unit penyamn udara dan cabut
plug 3 pin dari soket.

 Membuka penutup hadapan.


 Mengeluarkan penapis udara.
 Membersihkan penapis udara dengan air.
 Mengeringkan penapis udara.
 Memasukkan semula penapis udara ke dalam slot.
 Menutup semula penutup hadapan.
 Mengelap bahagian badan unit dengan kain lembap.

Membuka penutup hadapan & Mengeluarkan penapis udara.


Membersihkan penapis udara dengan air & mengeringkannya.

Memasukkan semula  penapis udara ke dalam slot & Mengelap bahagian badan unit
dengan kain.
KITARAN PENYEJUKAN

Dibawah adalah gambarajah kitaran asas penyejukan yang menunjukkan bagaimana


penyaman udara kita berfungsi.

Kitaran penyejukan ini bukan hanya kitaran penyejukan bagi penghawa dingin sahaja malah
ia adalah kitaran asas yang sama bagi peti ais di rumah kita.

 Evap   = singkatan bagi evaporator.


 Comp = singkatan bagi compressor.
 Cond  = singkatan bagi Condensor.
 TXV   = singkatan bagi metering divices.

Kitaran penyejukan menunjukkan pergerakkan gas bahan pendingin di dalam sistem


penghawa dingin kita. Gas yang digunakan bagi sistem penghawa dingin terbaru ialah R410a
yang lebih mesra alam.

Compressor (pemampat) akan memampatkan wap bahan pendingin bersuhu dan bertekanan
rendah menjadi wap yang bersuhu dan bertekanan tinggi dan dialirkan ke condensor
(pemeluwap) melalui discharge line.

Di condensor (pemeluwap), haba akan disingkirkan dan wap bahan dingin yang bersuhu dan
bertekanan tinggi tadi akan bertukar kepada cecair yang bersuhu dan bertekanan tinggi dan
seterusnya dialirkan ke metering device (peranti pemeteran) melalui liquid line.

TXV (Peranti pemeteran) akan mengawal pengaliran cecair bahan dingin yang bersuhu dan
bertekanan tinggi sehingga menukarkannya kepada cecair yang bersuhu dan bertekanan
rendah dan dihantar ke evaporator (penyejat) melalui evap line.

Di Evaporator (penyejat) haba di dalam bilik akan diserap sehingga cecair wap bahan dingin
yang bersuhu dan bertekanan rendah berubah bentuk menjadi wap bahan dingin yang bersuhu
dan bertekanan rendah dan masuk ke compressor (pemampat) melalui suction line. Proses ini
akan berlanjutan selagi unit penghawa dingin dihidupkan.

Untuk unit penghawa dingin yang terkini dan menjimatkan tenaga, sistemnya mengawal
compressor berkerja. sekiranya unit telah mencapai paras suhu seperti yang dikehendaki,
maka sistem akan meminimumkan compressor bekerja. Oleh itu kita dinasihatkan untuk
melaras suhu nominal antara 20 ~ 24 darjah celcius sahaja dan tips membeli air cond
dipatuhi. Ini sekaligus boleh memanjangkan hayat pemampat.
PRINSIP ASAS PENYAMANAN UDARA

PRINSIP PENYAMANAN UDARA

Penyamanan udara yang lengkap melibatkan proses pemanasan, penyejukan, pelembapan,


pengeringan, kitaran, dan pembersihan udara. Memandangkan Malaysia adalah sebuah
Negara yang mengalami musim panas sepanjang tahun, maka pemprosesan pemanasan dan
pengeringan tidak perlu dipertimbangkan. Penyamanan udara merupakan proses parawatan
dan pengawalan udara pada sesuatu ruang tertentu (ruang tertutup). Rawatan yang
dimaksudkan adalah dari segi mekanikal yang mana berkaitan dengan aktiviti pengawalan
suhu, kelembapan, kebersihan pengagihan udara dan permbaharuan udara.

PERBEZAAN SISTEM PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA

Penyaman udara

Merupakan aplikasi bagi sistem penyejukan iaitu sebagai sebuah kawalan bagi sistem
pergerakan udara, kadar kelembapan perubahan suhu dan kebersihan pada sebuah ruang yang
tertentu.

Sistem penyejukan

Asas pemampatan wap dibentuk untuk menyejuk persekitaran melalui pendedahannya


kepada satu cecair didih yang sejuk.Ianya jugaMerupakan sistem yang diperlukan bagi
menghasilkan suhu bagi sesuatu ruang.
PRINSIP ASAS TEKNOLOGI PENYAMANAN UDARA

KAITAN ALKOHOL DENGAN BADAN MANUSIA

Di peringkat awal teknologi penyamanan udara dicipta, satu eksperimen telah dilakukan
terhadap kulit manusia iaitu dengan menitikkan setitis alkohol pada kulit. Kulit akan menjadi
sejuk kerana alkohol termeluwap dan menyerap haba daripadanya. Seperti yang kita tahu,
haba bergerak daripada suhu panas kepada suhu sejuk, maka suhu alkohol yang sejuk itu
akan menyebabkan suhu badan manusia yang panas mengalir ke arahnya. Ini dinamakan
keseimbangan terma dimana proses pengaliran haba antara dua objek. Sistem penyamanan
udara ataupun sistem penyejukan telah menggunakan prinsip ini dalam memperkemaskan
teknologinya.

KAITAN ALKOHOL DENGAN BILIK DAN PENYAMANAN YANG BERTERUSAN

Sekiranya alkohol diletakkan di dalam bilik, suhu udara di dalam bilik itu akan menjadi
sejuk. Ini adalah kerana alkohol akan termeluwap dam menyerap haba di dalam bilik
tersebut. Bagaimanapun alkohol akan berkurangan dan hilang melalui proses pemeluwapan.
Suhu dalam bilik menjadi kurang sejuk kerana alkohol yang termeluwap itu tidak dibantu
oleh kipas bagi mengedarkan suhu ke seluruh bilik. Alkohol yang termeluwap akan hilang
dan alkohol di dalam bekas akan ke habisan. Sekiranya alkohol yang termeluwap dapat
dikembalikan menjadi cecair dan proses penyejukan tidak dapat diteruskan. Walau
bagaimanapun sekiranya alkohol digunakan, terdapat beberapa masalah yang akan timbul,
antaranya ialah alkohol boleh menjadi punca kebakaran kerana ia merupakan bahan yang
mudah terbakar dan berbahaya dan kawalan pemindahan haba bagi alkohol di dalam bilik
adalah sukar.

PENGGUNAAN ALKOHOL DIGANTIKAN DENGAN BAHAN PENDINGIN

Untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul akibat daripada penggunaan alkohol, sejenis
bahan yang selamat dan lebih berkesan dari penyejukannya telah di gunakan. Bahan kimia
tersebut dinamakan diklorodifluorometana (dichlorodifluoromethane) atau R 12 dan
monoklorodifluorometana (monochlorodifluomethane) atau R 22. Kedua- dua bahan
pendingin ini adalah amat sesuai dan selamat di gunakan untuk menggantikan alkohol. Bahan
pendingin ini juga boleh dimampatkan kepada tekanan yang lebih tinggi dan keupayaannya
menyerap haba adalah lebih baik. Oleh sebab itu, bahan pendingin ini terus digunakan dalam
teknologi penyamanan udara pada masa kini.
BAHAN PENDINGIN

Bahan pendingin digunakan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara sebagai
penyerap haba di dalam penyejat dan menyingkirkan haba tersebut di dalam pemeluwap. Di
dalam penyejat, bahan pendingin bertukar bentuk daripada cecair sejuk kepada gas sejuk
dalam keadaan tekanan rendah. Di dalam pemeluwap pula, setelah haba disingkirkan, bahan
pendingin akan bertukar bentuk daripada gas panas kepada cecair panas dalam keadaan
tekanan tinggi.
Nama- nama lain bagi bahan pendingin adalah refrigerant, Freon, fron , genetron, isotron, dan
neon. Nama- nama ini digunakan berdasarkan Negara- Negara yang menggunakannya.

FUNGSI BAHAN PENDINGIN

Bahan pendingin merupakan bahan yang mudah mendidih pada tekanan yang rendah. Oleh
sebab itu, bahan ini dicipta supaya ia berfungsi semata- mata untuk menyerap haba. Takat
didih bahan pendingin berbeza- beza antara satu jenis dengan jenis yang lain, oleh itu
penggunaannya juga berbeza-beza antara satu sistem dengan sistem yang lain sama ada
secara komersial ataupun domestik.

SIFAT-SIFAT BAHAN PENDINGIN

Cecair yang digunakan untuk bahan pendingin mestilah mempunyai sifst-sifat seperti yang
berikut:

o    Tidak beracun
o    Tidak meletup
o    Tidak berkarat atau menghakis
o    Tidak mudah terbakar
o    Mudah mengesan sesuatu kebocoran
o    Boleh beroperasi pada tekanan yang rendah
o    Merupakan gas yang stabil
o    Bahagian- bahagian yang dilalui oleh bahan pendingin mestilah mudah dilincirkan.
o    Tidak berbau tengik.
o    Mempunyai isipadu cecair yang tinggi.
o    Mempunyai haba pendam yang tinggi untuk menyerap haba.
o    Mempunyai isipadu gas yang rendah untuk mengurangkan sesaran pemampat.
o    Perbezaan tekanan tinggi dan rendah mestilah kecil untuk meningggikan keupayaan
mampatan.

Sifat-sifat di atas hendaklah diambil kira untuk memilih bahan pendingin yang baik bagi
sistem penyejukan dan penyamanan udara.
JENIS-JENIS BAHAN PENDINGIN

Terdapat beribu-ribu jenis bahan pendingin yang dicipta dan digunakan dalam proses
penyejukan dan penyamanan udara. Pada kebiasaannya symbol R digunakan bagi
menunjukkan jenis bahan pendingin yang terdapat di seluruh dunia. Jenis bahan pendingin
dinyatakan dengan nombor disamping simbol tersebut

SIMBOL NAMA KIMIA FORMULA KIMIA

 R 11 Trikloromonofluorometana CCl3F
 R 12 Diklorodifluorometana CCl2F2
 R 21 Dikloromonofluorometana CHCl2F
 R 22 Monoklorodifluorometana CHClF2
 R 40 Metilklorida CH3Cl
R 500 Campuran azeotropik
R 12 + R 15a CCl2F2 + CH3CHF2
( 73.8% + 26.2%)

R 502 Campuran azeotropik


R 11 + R 115 CCl2F + CClF2CF3
(48.8% + 51.2%)

R 717 Ammonia NH3


R 718 Air H2O
R 744 Karbon dioksida CO2
R 764 Sulfur dioksida SO2

Terdapat 3 kumpulan bahan pendingin:-

 Kumpulan 1- bahan pendingin paling selamat


      -   Contoh: R 11, R 12, R 22, R 500, R 502, R 718, R 744

 Kumpulan 2 – bahan pendinginyang beracun atau tengik


     -   Contoh: R 717, R 40, R 764, R 1130 (dikloroetana)

 Kumpulan 3 – bahan pendingin yang mudah terbakar


     -   Contoh : R 600 (butane – C4H10),R 290 (propane – C3H3)
KESIMPULAN

Akhirnya saya dapat menyelesaikan tugasan yang diberi oleh En Mohd Asri bin Mohd Moin
iaitu Pengenalan tentang cara cara mengenal Penyelenggaran dan Pepasangan penyaman
udara bersertakan sistem sistem dan komponen yang ada didalam penyaman udara
NAMA:Muhammad Iskandar bin abdul ghafar
No i/c:990906-14-6141
Subjek :Electrical Industrial Installation 2
Kod : MEG 3113
Nama pensyarah : Mohd asri bin abdul moin
LAMPIRAN

 Pengenalan
 Jenis dan operasi
 Kompenan penyaman udara
 Kapasiti penyejukan
 Operasi
 Penyelenggaran
 Kesimpulan
 Lampiran
 Rujukan

Rujukan

1.http://apekvsspek.blogspot.com/2014/06/
pengenalan-asas-penyamanan-udara-
udara.html
2.https://www.acson.com.my/5-jenis-penyaman-
udara-yang-biasa-digunakan
3.https://cikgunas.net/nota-penyaman-udara/
mengira-kapasiti-pendinginan/

Anda mungkin juga menyukai