Anda di halaman 1dari 29

Kod WIM IKBN/DLC2242/KP(1/3) Mukasurat : 1 drpd 8

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE
(PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1)
CODE AND NAME

SEMESTER 2

KOD DAN NAMA


SUBJEK / SUBJECT’S DLC 2242 - SENGGARAAN PENYAMAN UDARA KOMERSIAL
CODE & NAME

BAB 01: JENIS– JENIS PENDINGIN UDARA

MEMASTIKAN PELATIH –PELATIH AKAN MAMPU MENGENAL


OBJEKTIF /OBJECTIVE DAN MEMILIH JENIS PENDINGIN UDARA YANG BETUL DAN
TEMPAT MENGIKUT SPESIFIKASI

1. SPLIT UNIT TYPE


TAJUK/TITLE
2. COOLING TOWER TYPE
KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN JENIS – JENIS
PENDINGIN UDARA DAN PERBEZAANNYA. INI BAGI
TUJUAN/PURPOSE
MEMASTIKAN PEMILIHAN JENIS PENDINGIN UDARA DAPAT
DILAKUKAN DENGAN BETUL DAN SELAMAT.

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Mukasurat : 2 drpd 8

JENIS – JENIS SISTEM PENYAMAN UDARA:


Terdapat pelbagai jenis sistem penyaman udara yang digunakan dinegara kita, samaada jenis
domestik atau komersial. Dalam pembelajaran ini diterangkan sistem penyamanan udara
komersial dan domestik yang merupakan asas dalam teknologi sistem penyamanan
udara.Sistem penyamanan udara domestic terbahagi kepada empat:
a. Sistem penyamanan udara jenis tingkap.
b. Sistem penyamanan udara unit terpisah.
c. Sistem penyamanan udara unit terpisah terbilang.
d. Unit penyamanan udara unit bungkus ( kemas siap )

A. Penyamanan Udara Unit Tingkap

Unit tingkap atau unit bilik direkabentuk untuk penyamanan udara bagi sesebuah bilik.
Keupayaan sesuatu unit bergantung kepada luas bilik. Bilik yang luas memerlukan unit yang
berkeupayaan tinggi jika dibandingkan dengan bilik yang kecil.Walaubagaimanapun jika
sesebuah unit berkeupayaan tinggi hendak digunakan bagi lebih daripada sesebuah bilik
penyusunan bilik hendaklah ditetapkan supaya dapat mewujudkan pengaliran udara yang baik.

Kebaikan sistem penyamanan udara unit tingkap:

i. Sebuah bilik menggunakan sebuah unit penyamanan udara yang mengawal suhu
secara berasingan
ii. Salur udara tidak diperlukan. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang banyak.
iii. Kerja-kerja pemaipan air tidak diperlukan.
iv. Pemasangan adalah mudah tetapi pemasangan ini tidak boleh diubah-ubah( Kekal )

Keburukan sistem penyamanan udara unit tingkap:

i. Memerlukan ruang tertentu pada sesebuah tingkap.

ii. Kuantiti udara biasanya ditetapkan oleh pengeluar.


iii. Selalunya unit ini dipasangkan di dinding, oleh itu kadangkala dinding terpaksa
dipecahkan.
iv. Sekiranya berlaku kerosakan, sukar untuk menurunkan unit tersebut kebawah secara
berseorangan.

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Mukasurat : 3 drpd 8

Litar Pendawaian Elektrik Unit Tingkap .


Litar pendawaian unit tingkap berbeza antara satu jenama dengan jenama yang lain.
Bagaimanapun pada asasnya litar pendawaian sistem penyamanan udara unit tingkap adalah
sama. Perbezaannya hanya dari segi tambahan komponen elektrik yang digunakan untk tujuan
kelicinan pergerakan unit atau tujuan publisiti perniagaan.

B. Penyamanan Udara Unit Terpisah

Unit terpisah atau Split unit adalah sistem penyamanan udara yang berasingan unit penyejatan
dan pemeluwapannya. Unit ini terbahagi kepada dua bahagian unit dalam dan unit luar. Unit
dalam terdiri daripada pemeluwap, pemampat, kipas pemeluwap serta alat tambah lain yang
dipasangkan setempat. Kedua-dua unit dalam dan luar dipasangkan berasingan.Unit dalam
dipasangkan didalam bilik yang hendak dinyamankan sementara unit luar dipasangkan diluar
bilik.Terdapat tiga jenis rekabentuk unit terpisah:

i. Lekapan dinding.
ii. Lekapan lantai
iii. Gantungan Siling.

Ketiga – tiga rekabentuk terpisah ini semakin popular digunakan kerana :


i. Pemasangannya lebih mudah dan cepat.
ii. Tidak perlu tebuk dinding atau tingkap untuk pemasangan.
iii. Unit dalam tidak mengeluarkan bunyi bising semasa beroperasi.
iv. Kedudukan kedua-dua unit dalam dan unit luar boleh diubah-ubah mengikut
kehendak penggunanya.
v. Kadar penyejukan dan penyerapan haba lebih tinggi daripada unit tingkap.

Litar Pendawaian Elektrik Unit Terpisah :


Litar pendawaian elektrik unit terpisah berbeza daripada unit tingkap kerana unit luar dan unit
dalam mempunyai pendawaian yang berasingan.Pendawaian unit dalam agak kompleks kerana
banyak terdapat component tambahan untuk mengawal pergerakan kipas penyejat dan
mengawal suhu.Pendawaian unit luar agak mudah tetapi banyak komponen penting yang
dipasangkan seperti motor pemampat, motor kipas pemeluwap dan kapasitor .

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Mukasurat : 4 drpd 8

Unit Terpisah Jenis Lekapan Dinding

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Mukasurat : 5 drpd 8

Unit Terpisah Jenis Lekapan Lantai

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Mukasurat : 6 drpd 8

C. Penyamanan Udara Unit Terpisah Berbilang

Penyamanan udara unit terpisah berbilang( multi split unit ) mempunyai satu unit luar dan
beberapa unit dalam. Biasanya unit dalam yang digunakan ialah dua unit dan tidak melebihi
tiga unit.Unit dalam yang digunakan boleh dipilih daripada ketiga-tiga rekabentuk unit terpisah
mengikut citarasa pengguna.Unit terpisah berbilang ini digunakan untuk rumah kediaman atau
pejabat yang mempunyai bilik yang banyak.

Kebaikan unit terpisah berbilang:

i. Satu pemampat boleh digunakan untuk dua atau tiga penyejat.

ii. Pemasangan lebih mudah jika dibandingkan dengan pemasangan unit tingkap.

iii. Kos penggunaan kuasa elektrik lebih rendah.

Sistem pempaipan unit ini tidak jauh bezanya daripada unit terpisah kecuali unit luarnya
disambungkan dengan dua atau tiga unit dalam.Unit luarnya pula mestilah berkeupayaan untuk
memampat dan menyingkirkan haba dari dua atau tiga penyejat. Oleh itu banyak alat tambah
digunakan seperti sub-akumulator, injap solenoid, pengatur tekanan rendah, pemindah haba
dan penerima.

D. Sistem Penyamanan Udara Unit Bungkus( Package )

Penyamanan udara unit bungkus menempatkan semua komponen kitar penyamanan udara
didalam satu tempat, seolah-olah ia dibungkus. Ia di digunakan untuk bilik yang luas dan besar.
Kekuatan pemampat unit ialah sehingga 5 kk.Unit bungkus dingin air, kekuatan pemampatnya
sehingga 10 kk. Unit bungkus terbahagi kepada 2:

i. Unit Bungkus Dingin Udara

Unit ini menggunakan udara sebagai medium pembuangan haba. Daya penyerapan haba unit
ini adalah tinggi iaitu daripada 483000kJ/jam hingga 153300 kJ/jam untuk kekuatan pemampat
unit 5kk hingga 10 kk .

ii. Unit Bungkus Dingin Air

Unit ini pula menggunakan air sebagai medium pembuangan haba daripada penyejat.
Disamping itu unit bungkus menggunakan menara pendinginan untuk mempercepatkan
pembuangan daripada air. Daya penyerapan habanya juga tinggi, Kira-kira 34400 kJ/jam
hingga 126000 kJ/jam bagi kekuatan pemampat 5 hingga 10 kk .

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Mukasurat : 7 drpd 8

iii. Menara Pendinginan

Dalam unit penyejukan dan penyaman udara yang menggunakan sistem pendingin air, haba
yang diserap dan dimampat disingkirkan kepada satu medium, iaitu air. Air yang digunakan
untuk menyerap haba ini menyingkirkan haba keudara dan disejukkan semula dengan
menggunakan peralatan yang dinamakan menara pendinginan. Menara pendinginan adalah
alat yang digunakan untuk menyejukkan air dari pemeluwap dingin – air yang menyerap haba
dari penyejat dan pemampat .

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Mukasurat : 8 drpd 8

Fungsi Menara Pendinginan

Fungsi menara pendinginan ialah menyingkirkan haba ke udara sekeliling dan menyejukkan air
panas yang menyerap haba dari pemeluwap dingin-air. Air yang yang digunakan sebagai
medium pemeluwapan dan pendinginan ini termasuklah air sungai, air kolam, air tasik dan juga
daripada bekalan air paip. Air hanya berkurangan dalam kitar penyejukan air akibat daripada
penyejatan. Menara pendinginan menyejukkan air dari pemeluwap dingin-air dengan bantuan
proses peredaran udara.

Menara Pendinginan

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/DLC2242/KP(2/3) Mukasurat : 1 drpd 6

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE
(PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1)
CODE AND NAME

SEMESTER 2

KOD DAN NAMA


SUBJEK / SUBJECT’S DLC 2242 - SENGGARAAN PENYAMAN UDARA KOMERSIAL
CODE & NAME

BAB 02: KOMPONEN-KOMPONEN PENDINGIN UDARA

MEMASTIKAN PELATIH–PELATIH AKAN MAMPU MELAKUKAN


KERJA-KERJA PEMILIHAN, SENGGARAAN DAN PENGENDALIAN
OBJEKTIF /OBJECTIVE
KOMPONEN PENDINGIN UDARA DENGAN BETUL MENGIKUT
SPESIFIKASI .

1.PEMAMPAT
2.PEMELUWAP
TAJUK/TITLE
3.PENYEJAT
4.INJAP PENGEMBANGAN

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKANFUNGSI DAN


TUJUAN/PURPOSE KEUPAYAAN KOMPONEN –KOMPONEN YANG TERDAPAT
DIDALAM PENDINGIN UDARA DAN MEMASTIKAN KEMAMPUAN
KOMPONEN TERSEBUT MENGIKUT SPESIFIKASI.

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(2/3) Mukasurat : 2 drpd 6

KOMPONEN DALAM KITAR PENYEJUKAN ASAS

KITARAN PENYEJUKAN (refrigeration cycle)

Semasa refrigerant mengalir mengelilingi sistem, ia akan melalui beberapa pertukaran bentuk
dan keadaan, setiap keadaan ini dinamakan proses. Refrigerant akan bermula dalam satu
keadaan atau bentuk dan akan melalui perubahan-perubahan di mana akhirnya akan balik
kepada bentuk permulaanya. Perubahan proses ini dikenali sebagai kitaran penyejukan
(refrigeration cycle). Kitaran asas adalah terdiri dari proses berikut,

1. Pengembangan (expansion)
2. Penyejatan (vaporization)
3. Mampatan (compression)
4. Pemeluwapan (condensation)

1. PENGEMBANGAN
Bermula dari receiver, cecair refrigerant dalam keadaan suhu dan tekanan tinggi (suhu
didih dan sejatnya juga tinggi) akan dialirkan kesaluran cecair (liquid line) dan seterusnya
akan melalui satu alat kawalan pangaliran yang dikenali sebagai peranti permeteran
(metering device). Tekanan keatas cecair akan direndahkan kepada tekanan evaporator
apabila refrigerant tersebut mengalir melewati peranti permeteran. Sebahagian dari
refrigerant tersebut akan mendidih apabila melalui peranti tersebut.

2. PENYEJATAN
Didalam evaporator cecair refrigerant akan mendidih (vaporize) pada tekanan dan suhu
yang mantap kerana haba dari sekeliling evaporator akan memberikan nyahaba pendam
yang mencukupi. Kesemua cecair refrigerant akan bertukar kepada bentuk wap/gas di
dalam evaporator dan akan meninggalkan evaporator dalam keadaan panas lampau
(superheat). Walaupun wap yang meninggalkan evaporator akan menyerap haba dari
udara sekelilingnya di dalam saluran sedutan (suction line), namun kesannya terhadap
suhu dan tekanannya adalah minimum.

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(2/3) Mukasurat : 3 drpd 6

3. MAMPATAN
Dengan aksi oleh pemampat wap refrigerant akan disedut dari evaporator melalui
saluran sedutan dan terus ke dalam silinder di mana ia dimampatkan kepada tekanan
dan suhu yang tinggi dan akan didiscaskan ke dalam saluran discas (discharge line).

4. PEMELUWAPAN
Wap refrigerant bertekanan dan suhu tinggi dari discharge line akan dialirkan ke dalam
condensor di mana habanya dikeluarkan dari refrigerant (disejukkan) oleh udara dari
kipas. Apabila wap bersuhu tinggi mengeluarkan kandungan habanya, suhu akan turun
dan apabila mencapai suhu tepu pemeluapannya wap refrigerant akan bertukar kepada
bentuk cecair. Apabila ia keluar mengalir dari condenser kesemua wap telah bertukar
100% ke bentuk cecair dalam keadaan tekanan tinggi dan subdingin (subcooling).
Seterusnya ia akan dialirkan balik ke receiver dan bersedia untuk proses kitaran
semula.

BAHAGIAN UTAMA DALAM SISTEM PENYEJUKAN

1. Receiver
Fungsinya untuk menempatkan(storage) cecair refrigerant dari condenser supaya
bekalan cecair refrigerant sentiasa dapat dibekalkan kepada evaporator apabila di-
perlukan.

2. Liquid Line
Berfungsi sebagai pengalir kepada cecair refrigerant dari receiver kepada peranti
permeteran sistem.

3. Peranti Permeteran
Berfungsi sebagai pengawal kuantiti pengaliran refrigerant ke dalam evaporator, kuantiti
yang kecil (sedikit) akan dapat mendidihkan cecair refrigerant di dalam evaporator dan
dengan itu dapat mengekalkan tekanan rendah di dalamnya.

4. Penyejat (evaporator)
Berfungsi sebagai tempat penyerapan haba oleh bahan pendingin yang mendidih.

5. Saluran sedutan (suction line)


Berfungsi sebagai saluran pengaliran wap bahan pendingin dalam keadaan tekanan
rendah ke pemampat.

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(2/3) Mukasurat : 4 drpd 6

6. Pemampat (compressor)
Berfungsi untuk menyedut wap bahan pendingin dari evaporator dan meninggikan
tekanan dan suhunya kepada satu tahap di mana wap bahan pendingin tersebut dapat
meluap pada suhu rendah dari suhu sekeliling.

7. Saluran discas (discharge line)


Berfungsi sebagai saluran untuk mengalirkan wap bahan pendingin dalam keadaan
tekanan dan bersuhu tinggi dari pemampat ke condensor.

8. Pemeluwap(condensor)
Berfungsi sebagai tempat pemindahan haba oleh bahan pendingin kepada sekeliling.

KOMPONEN DALAM KITAR PENYEJUKAN ASAS

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(2/3) Mukasurat : 5 drpd 6

BAHAGIAN TEKANAN TINGGI DAN TEKANAN RENDAH


Sistem penyejukan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian mengikut tekanan yang terdapat
dalam kitarannya seperti berikut;

1. Tekanan Rendah
Bahagian tekanan rendah sistem mengandungi komponen peranti permeteran,
evaporator dan suction line.Tekanan yang dibuat oleh bahan pendingin di dalam
komponen-komponen ini adalah rendah dari di bahagian komponen lainya. Jika kita lihat
dari pengaliran kitarannya ia bermula dari peranti permeteran hinggalah ke suction line,
oleh itu bahagian ini dikenali sebagai bahagian tekanan rendah (low side pressure).

2. Tekanan Tinggi
Bahagian tekanan tinggi sistem mengandungi komponen-komponen discharge line,
condensor, receiver dan liquid line. Tekanan yang dibuat oleh bahan pendingin di dalam
komponen ini adalah lebih tinggi dibandingkan dengan komponen di atas, bahan
pendinginnya dalam keadaan baru lepas dari proses condensation dicondensor, ia
bermula dari discas line hingga ke liquid line. Oleh itu bahagian ini dikenali sebagai
bahagian tekanan tinggi (high side pressure).
Titik pemisahan di antara bahagian tekanan rendah dan tinggi di dalam sistem ialah di
peranti permeteran di mana tekanan wap refrigerant direndahkan dari condensing
pressure ke vaporizing pressure, dan discharge valve di dalam compressor juga adalah
titik pemisahan kedua di mana wap refrigerant telah dimampatkan dari tekanan rendah
ke tekanan tinggi.

Walaubagaimanapun terdapa tempat lagi bahagian yang berhubungkait dengan kedua-dua


tekanan di atas iaitu :

i. Bahagian Penyerapan

Komponen yang terlibat ialah penyejat wap. Cecair bahan pendingin yang mempunyai suhu
dan tekanan yang rendah akan menyerap haba dari ruang cabinet H1 . Cecair bahan pendingin
akan bertukar kepada gas selepas proses penyerapan ,dan di dalam saluran sedutan kesemua
gas bahan pendingin akan menjadi haba lampau wap .

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(2/3) Mukasurat : 6 drpd 6

ii. Bahagian Pemampatan

Komponen yang terlibat ialah pemampat. Gas bahan pendingin dari penyejat akan
dimampatkan bersama-sama haba yang diserap ke takat tekanan dan suhu yang lebih tinggi
(H2). Bahan pendingin yang keluar dari pemampat dikenali sebagai haba lampau gas yang
mempunyai tekanan dan suhu yang tinggi .

iii. Bahagian Penyingkiran

Komponen yang terlibat ialah pemeluwap. Haba lampau gas dari pemampat akan disingkirkan
disini melaluli medium air atau udara. Haba yang disingkirkan ialah H3 iaitu haba yang diserap,
H1, dicampurkan dengan haba yang dimampat, H2,. Selepas haba disingkirkan bahan
pendingin akan bertukar kepada cecair panas. Bahan pendingin akan disubdinginkan pada
lingkaran terakhir pemeluwap.

iv. Bahagian Pengembangan

Komponen yang terlibat dalam bahagian ini ialah injap pengembang atau peranti permeteran .
Cecair bahan pendingin dalam keadaan dan suhu tinggi akan melalui ruang kemasukan yang
kecil pada injap pengembang dan akhirnya tekanan dan suhu akan jatuh. Bahan pendingin
yang keluar dari injap pengembang menjadi cecair yang mempunyai suhu dan tekanan yang
rendah dan sedia untuk menyerap haba didalam penyejat .

SALURAN PENGHUBUNG

Saluran penghubung adalah saluran yang menghubungkan antara satu komponen dengan
komponen yang lain untuk melengkapkan satu kitar. Terdapat beberapa saluran penghubung
yang penting .

a. Saluran sedutan menghubungkan penyejat dengan pemampat .

b. Saluran luahan menghubungkan pemampat dengan pemeluwap .

c. Saluran pemeluwap menghubungkan pemeluwap dengan penerima .

d. Saluran cecair menghubungkan penerima dengan injap pengembang.

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/DLC2242/KP(3/3) Muka surat : 1 drpd 15

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE
(PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1)
CODE AND NAME

SEMESTER 2

KOD DAN NAMA


SUBJEK / SUBJECT’S DLC 2242 - SENGGARAAN PENYAMAN UDARA KOMERSIAL
CODE & NAME

BAB 03: KENDALIAN DAN SENGGARAAN

MEMASTIKAN PELATIH – PELATIH AKAN MAMPU MELAKUKAN


OBJEKTIF /OBJECTIVE KERJA-KERJA SENGGARAAN DAN PENGENDALIAN DENGAN
BETUL MENGIKUT SPESIFIKASI DAN PERALATAN YANG BETUL.

1. ALAT KAWALAN
TAJUK/TITLE 2. PENYELENGGARAAN
3. MENGECAS GAS

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN LANGKAH-


TUJUAN/PURPOSE
LANGKAH BETUL DAN SELAMAT SEMASA PENGENDALIAN DAN
MELAKUKAN KERJA-KERJA SENGGARAAN DIJALANKAN ..

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Muka surat : 2 drpd 15

SISTEM KENDALIAN

1. Menghidupkan Motor :
Terdapat beberapa cara untuk memulakan atau menghidupkan motor elektrik. Cara
memulakan operasi sesebuah motor berlainan antara satu sama lain. Motor boleh
dihidupkan dengan menggunakan empat jenis penghidup iaitu :
i. Penghidup talian terus (D.O.L )
ii. Penghidup Bintang Delta
iii. Penghidup Auto Transformer
iv. Penghidup rintangan pemutar(rotor resistance)

2. Tugas dan Prinsip Alat Kawalan Motor

a. Geganti Beban Lampau


Geganti beban lampau direka bagi bentuk untuk dua tujuan:
i. Digunakan secara automatik, iaitu berfungsi apabila dipasang ditempat yang sukar
ditanggalkan dan dikendalikan secara manual.
ii. Geganti beban lampau boleh dilaraskan dengan mudah untuk tujuan memutus
antara 85 hingga 115% kadar pemutus bagi unit panas. Gerakan pemutus bagi litar
kawalan memerlukan perbezaan pengembangan dua logam yang mempunyai
perbezaan pengembangan semasa panas. Arus yang berlebihan akan menjadikan
logam mengembang dan menolak bar dan seterusnya menolak angker. Dengan itu
sesentuh lazim tutup akan terbuka dan motor akan berhenti beroperasi .

b. Pengasing (Isolator)
Adalah alat yang digunakan dalam litar kawalan motor bertujuan untuk mengasingkan atau
memutuskan litar bekalan dengan litar yang disambungkan kepada beban. Pengasing
terbahagi kepada beberapa jenis seperti pengasing tiga fasa, pengasing dua fasa dan
pengasing satu fasa.

c. Fius
Fius terdiri daripada alat atau komponen yang kecil tetapi mempunyai fungsi yang besar
untuk melindungi litar elektrik. Bekalan dan arus yang berlebihan daripada kadar keupayaan
fius yang dipasangkan pada litar elektrik akan menyebabkan fius terputus. Apabila fius
terputus litar elektrik juga akan terputus bekalan voltannya dan secara tidak langsung

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Muka surat : 3 drpd 15

menyelamatkan alat elektrik yang digunakan. Fius juga berfungsi untuk memutuskan litar
jika berlaku litar pintas pada litar elektrik.

d. Punat Tekan
Punat tekan adalah komponen yang digunakan untuk menghidupkan atau memberhentikan
operasi sesuatu alat elektrik. Punat tekan terbahagi kepada dua iaitu:

i. Punat tekan mula


Punat tekan mula mempunyai sepasang sesentuh lazim buka yang akan tertutup apabila
punatnya ditekan. Apabila sesentuh lazim buka tertutup arus akan mengalir dalam litar .

ii. Punat tekan henti


Punat tekan henti mempunyai sepasang sesentuh lazim tutup yang akan terbuka apabila
punatnya ditekan dan sekali gus memutuskan litar .

e. Sesentuh
Sesentuh merupakan bahagian pembawa arus yang terdekat kepada kelengkapan litar
kuasa motor apabila penyentuh tertutup. Bahagian sesentuh yang tidak bergerak dilekatkan
pada tapak penyentuh dan bahagian bergerak pula dicantumkan pada satu bar atau
pembawa sesentuh yang digerakkan oleh angker. Sesentuh terbahagi kepada dua:-

i. Sesentuh Lazim Buka


Sesentuh ini akan terbuka semasa penyentuh belum bertenaga. Pada kedudukan ini arus
tidak akan mengalir kedalam litar.

ii. Sesentuh Lazim Tutup


Sesentuh ini akan tertutup semasa penyentuh belum bertenaga. Arus akan mengalir dan
akan berhenti apabila penyentuh sudah bertenaga.

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Muka surat : 4 drpd 15

PENYENGGARAAN SISTEM PENYAMANAN UDARA


Penyenggaraan bagi semua unit penyamanan udara boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu
pemeriksaan harian dan pemeriksaan tetap. Pemeriksaan harian biasanya dilakukan sendiri
oleh pengguna, misalnya semasa unit mula beroperasi, sedang beroperasi dan semasa
berhenti beroperasi.Selain itu pengguna haruslah peka terhadap kedinginan dan penyamanan
ataupun perubahan suhu didalam bilik.Ini penting untuk mengesan sebarang
kerosakan.Pemeriksaan tetap pula dilakukan oleh seseorang mahir tentang alat penyaman
udara.Apabila sesebuah unit penyaman udara hendak diperiksa atau disenggara pastikan unit
tersebut tidak beroperasi dan tiada pengaliran arus elektrik. Pastikan palam tiga pin dikeluarkan
daripada soket alir keluar .

a. Pembersihan Penyaring Udara

Pembersihan penyaring udara mestilah dilakukan sebelum dan selepas operasi dan 2 minggu
sekali pada masa unit itu beroperasi. Kekotoran pada penyaring udara akan mengurangkan
kadar aliran udara dan mengurangkan keupayaan penyerapan haba. Pembersihan hendaklah
dilakukan dengan membasuh penyaring tersebut dan mengeringkannya terlebih dahulu
sebelum digunakan kembali.Jangan biarkan unit beroperasi tanpa penyaring.

b. Pembersihan Peresap Udara

Semasa membersihkan peresap udara, elakkan menyembur air terus kepada permukaan
peresap.Gunakan kain basah untuk menggilapkannya.Menggunakan air panas boleh
menghilangkan warna atau menukarkan warna asal. Menggunakan bahan-bahan kimia lain
tidak digalakkan kerana kesan jangka panjang terhadap warna peresap tersebut .

c. Penyenggaraan Sebelum Masa Operasi

Pemeriksaan laluan udara dari dalam dan luar pada unit penyamanan hendaklah dilakukan
untuk memastikan tidak ada benda-benda yang boleh menghalang laluan udara . Selain itu
ujian bagi pemutus litar juga dilakukan sebagai langkah keselamatan untuk melindungi unit ini

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Muka surat : 5 drpd 15

d. Penyenggaraan Selepas Masa Operasi

Selepas unit ini dihentikan dari operasi tidak bermakna unit tersebut terus berhenti .Untuk
penyenggaraan yang baik biarkan kipas berpusing untuk beberapa lama bagi mengeringkan
komponen pada unit tersebut. Kadar air yang banyak bertakung pada unit tersebut akan
menyebabkan terjadinya karat. Penyenggaraan yang selalu dilakukan menjadikan unit
beroperasi dengan lancar dan tidak menimbulkan masaalah.Selain itu tempoh hayat unit
penyamanan udara menjadi lebih panjang.

Tujuan penyelenggaraan penyaman udara ialah untuk memastikan unit tersebut berfungsi dan
beroperasi dengan baik sepanjang masa tanpa sebarang kesulitan dan kerosakan yang serius.

i. Menyelenggara Penyaman Udara Tingkap


Prosedur senggaraan :
a. Keluarkan unit daripada kerangka dan letakkan diatas sebuah meja.
b. Dengan menggunakan meter pelbagai, uji litar pendawaian termasuk kesemua elektrik
yang berkaitan.
c. Buka dan tanggalkan penyaring udara, cuci dengan air bersih dan keringkan.
d. Keluarkan motor kipas dan tanggalkan kedua-dua kipas pemeluwap dan penyejat.
Bilah-bilah kipas tersebut juga perlu dibersihkan. Jika perlu minyakkan aci pada motor
kipas.
e. Bersihkan penyejat dan pemeluwap dengan air dan jika perlu betulkan sirip pada
permukaan kedua-dua penyejat dan pemeluwap dengan menggunakan sikat sirip.
f. Apabila semua komponen yang dibersihkan telah kering dipasangkan kembali
komponen yang ditanggalkan tadi seperti asal.
g. Buat pendawaian semula mengikut gambarajah pendawaian pada badan unit atau
sambungkan semula dawai-dawai yang telah ditandakan sebelum ditanggalkan.
h. Uji pendawaian. pusingan kipas dan skru-skru pengikat
i. Uji unit sama ada beroperasi atau tidak dengan memasukkan bekalan elektrik.
Sekiranya unit berfungsi dan beroperasi masukkan kembali unit kedalam kerangkannya.

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Muka surat : 6 drpd 15

ii. Menyelenggara Unit Penyaman Udara Terpisah

Cara menyelenggara penyaman udara unit terpisah juga hampir sama dengan cara
menyelenggara unit tingkap. Walaubagaimanapun unit tersebut tidak perlu dikeluarkan dari
kerangkanya.
Prosedur senggaraan:
a. Pembersihan turas udara sebaik-baiknya dicuci seminggu sekali dengan air yang bersih
atau menggunakan pembersih vakum.
b. Membersihkan panel hadapan bagi unit dalam hendaklah dilakukan dengan
menggunakan kain basah tanpa minyak.
c. Pemeriksaan dan ujian suhu udara keluar dan udara masuk kedua-dua unit dalam dan
unit luar.
d. Menguji kipas sama ada berfungsi denagan sebaiknya.

Jika ada bahagian yang rosak yang perlu digantikan, maka kerja-kerja membaiki perlu
dilakukan. Untuk mengelakkan pembaziran bahan pendingin jika berlaku kerosakan besar,
bahan pendingin boleh dikumpulkan dibahagian unit luar dengan melakukan proses `pump
down’.

iii. Menyelenggara Penyaman Udara Unit Bungkus

Cara senggaraan yang dilakukan bagi penyaman udara unit bungkus serupa dengan unit
tingkap.Perbezaanya ialah unit bungkus tidak perlu dikeluarkan unitnya daripada kerangka.
Ujian pendawaian, ujian tekanan dan suhu perlu dilakukan dengan teliti kerana unit ini
melibatkan kos penyelenggaraan yang besar. Pembersihan turas udara perlu juga
dilakukan dengan baik kerana turas udara unit bungkus menuras udara dalam ruang yang
luas .

iv. Menyenggara Sistem Air Dingin

Pemeriksaan semasa unit sedang beroperasi:


a. Ujian penebatan alat elektrik.
b. Pelarasan larian unit pelega
c. Pemeriksaan tempoh operasi ( log ) .
d. Pelarasan larian pendingin air .

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Muka surat : 7 drpd 15

Prosedur senggaraan :

a. Menanggalkan, memeriksa dan membersihkan unit pelega.


b. Menukarkan minyak pelincir atau menambahkannya.
c. Membersihkan tangki minyak.
d. Memeriksa, membersih atau mengganti penuras minyak .
e. Memeriksa alat-alat berputar.
f. Pemeriksaan tempoh operasi unit.
g. Memeriksa keadaan skala didalam pemeluwap.
h. Memeriksa atau jika perlu menggantikan termostat perlindungan sejuk beku.
i. Ujian kebocoran.
j. Mengecas bahan pendingin.
k. Ujian fungsi antara kawalan konsol dan pemula motor.
l. Pelarasan larian bagi pendingin.
m. Memeriksa bahan pendingin.
n. Memeriksa dan membersihkan serbuk apung.
o. Menanggalkan memeriksa pam minyak.
p. Memeriksa secara pemerhatian sesentuh utama utama dan transformer.
q. Pelarasan larian bagi unit pelega.
r. Menambahkan bahan pendingin.
s. Vakum pengeringan.

Maklumat prosedur pengusian(vakum) unit seperti berikut:

Seperti di keterangan sebelumnya sistem kitaran penyejukan diperlukan supaya


beroperasi dalam keadaan di mana ia mesti bebas dari sebarang kehadiran gas atau wap
seperti udara, lembapan dan gas-gas yang tidak terpeluap (non-condensable gas). Di dalam
sistem kitarannya hanyalah semata-mata bahan refrigerant dan sejumlah kecil minyak pelincir
pemampat yang mengalir mengikut bahan refrigerant.
Oleh itu sebelum sebarang sistem penyejukan dicaskan dengan bahan refrigerant
langkah-langkah bagi mengosongkan sistem kitaran dari bahan-bahan yang tidak diperlukan
harus dijalankan dengan prosedur yang betul dan tepat bagi mendapatkan kualiti
pengusian(vakum) yang tinggi.

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Muka surat : 8 drpd 15

1. Persediaan yang perlukan ke atas unit sebelum kerja mevakum boleh dilakukan :

Sebelum unit boleh divakumkan beberapa persediaan awal ke atas unit bagi
menentukan supaya kerja-kerja vakum dapat dijalankan dengan sempurna dan terjamin kualiti
vakumnya maka prosedur dan langkah seperti berikut perlu dijalankan,

a. Pastikan semua komponen yang perlu ada pada sistem kitaran unit telah disambungkan
sepenuhnya.
b. Kenal pasti peralatan dan alat-alat yang akan digunakan dalam kerja-kerja mevakum di
atas.
c. Sediakan alat-alat sambungan (fittings) yang sesuai dengan semua peralatan mevakum
yang akan digunakan.
d. sediakan unit dengan fittings yang sesuai untuk sambungan kerja-kerja menguji kitaran
sistem dari sebarang kobocoran.
e. sediakan tolok manifold, pam vakum dan peralatan yang sesuai dan perlu untuk kerja
yang akan dijalankan.
f. sediakan pam vakum yang bersesuaian dengan kerja.

2. Ujian yang diperlukan sebelum kerja-kerja mevakum

Setelah unit penyejukan disediakan dengan segala keperluan seperti di atas tindakan
seterusnya yang perlu diambil ialah menjalankan kerja-kerja ujian seperti berikut bagi kerja-
kerja mevakum boleh dilakukan,
a. Jalankan kerja-kerja menguji sistem kitaran pemaipan unit kalis dari sebarang kebo-
coran, setelah unit 100% kalis bocor barulah kerja-kerja mevakum boleh dilakukan.
b. Pastikan tekanan kitaran sistem pada tahap tekanan atmosfera, keluarkan sebarang
tekanan tinggi yang terdapat dalamnya.

3. Maklumat teknikal peralatan-peralatan dalam kerja-kerja mevakum

i. Peralatan tangan yang diperlukan :


a. ¼ inci wretchet wrench.
b. manifold gauge.
c. screw & phillip driver.
d. extension cord.

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Muka surat : 9 drpd 15

ii. Peralatan mesin (power tools) yang diperlukan :


a. pam vakum.
b. thermistor vakum gauge (optional).

4. Maklumat-maklumat teknikal pam vakum


Pada masa ini terdapat pelbagai jenama dan model pam vakum yang digunakan untuk
kerja-kerja mevakum, setiap unit telah dibekalkan oleh pembuatnya dengan manual-manual
untuk pengguna dan juga pemasangannya, untuk mendapatkan keterangan yang lebih lengkap
dan terperinci sila rujuk kepada manual-manual tersebut, walau bagaimanapun maklumat
berikut dapat menerangkan beberapa perkara teknikal yang umum berkenaan operasi
sesebuah pam vakum,

exhaust intake

SLIDING VANE

VAKUM
rotor
CYLINDER

EXHAUST

OIL SEALS

2 stages vacuum
pump

PAM VAKUM

Penciptaan dan penggunaan pam vakum merupakan satu penemuan yang amat
berguna kepada sistem penyejukan. Fungsi utama pam vakum ialah untuk mengeluarkan objek
atau benda yang tidak dikehendaki dalam sistem kitaran penyejukan yang boleh membuat
tekanan, ini termasuk udara (oksigen), lembapan, hidroklorik asid dan lain-lain benda yang
terpeluwap dalam udara dan juga habuk-habuk.

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Muka surat : 10 drpd 15

Pada masa ini penggunaan pam dari jenis 2 peringkat (two stages) menjadi pilihan oleh
mekanik penyejukan kerana keupayaan pam dari jenis ini lebih baik dari jenis 1 peringkat.

a. Cara penggunaan pam vakum


Seperti penerangan di atas kegunaan utama pam vakum ialah untuk mengosongkan
kitaran unit penyejukan dari sebarang tekanan, oleh itu setelah semua langkah-langkah
persediaan dan pengujian yang diperlukan untuk persediaan menjalankan kerja-kerja mevakum
telah dijalankan maka langkah seterusnya adalah seperti berikut,

SUCTION
SERVICE VLAVE
SUCTION LINE MANIFOLD
GAUGE

LIQUID LINE
SERVICE VALVE HIGH SIDE

SERVICE HOSE
LOW SIDE

INLET PORT

sambungan pam vakum PAM VAKUKM

a. Pastikan manual pengguna pam vakum yang hendak digunakan telah difahami
sepenuhnya telebih dahulu.
b. Sambungkan hos-hos manifold gauge kepada service valve unit penyaman udara jika ia
disediakan kepada pam vakum seperti di gambarajah sambungan pam vakum di atas.
c. Pastikan hos tekanan rendah manifold gauge disambungkan kepada bahagian tekanan
rendah sistem dan sebaliknya, hos servis disambungkan terus kepada "inlet port" pam
vakum.
d. Pastikan sebarang tekanan yang melebihi dari tekanan atmosfera di dalam pemaipan
yang hendak divakumkan didiscaskan terlebih dahulu jika ada.
e. Sambungkan unit pam vakum kepada sumber kuasa.

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Muka surat : 11 drpd 15

f. Hidupkan unit pam vakum.


g. Buka injap tekanan rendah dan tinggi manifold gauge untuk prosedur mevakum oleh
pam.
h. Biarkan pam vakum menjalankan kerja mevakum sehingga tahap vakum yang
diperlukan tercapai.
i. Tutup semula injap-injap pada manifold gauge dan matikan pam vakum.
j. Putuskan sambungan pam vakum ke unit dan kerja-kerja mevakum telah dilaksanakan.

Bahagian-bahagian Pam Vakum.

INTAKE
FITTING
HANDLE
GAS
EXHAUST BALLASTVALV
E OIL FILL PORT
POWER
SWITCH
SIGHT GLASS

ALLUMINIUM
HIGH TORQUE HOUSING
MOTOR

OIL DRAIN

MOULDED
POLYCARBONATE
BASE
ISO-VALVE
ISOLATE PUMP
FROM SYSTEM

KEROSAKAN DAN PROSEDUR SENGGARAAN


Tanda-tanda kerosakan Unit Penyaman Udara
Terdapat banyak tanda kerosakan pada sesebuah unit yang boleh menimbulkan kesulitan
kepada pengguna.

Kerosakan Tanda yang kelihatan

Kekurangan bahan pendingin a. Pemampat mengalami litar pintas


b. Pemampat beroperasi terus menerus
c. Unit tidak mencapai kesejukkan yang dikehendaki
d. Keupayaan sistem berkurangan.

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Muka surat : 12 drpd 15

e. Turus tekanan terlalu rendah.


f. Tekanan sedutan terlalu rendah
g. Unit kemungkinan bocor.

Pemampat tersekat a. Termostat tidak berfungsi.


b. Beban lampau rosak – tidak berfungsi.
c. Kekotoran atau penyejat dipenuhi ais.
d. Turas udara kotor atau tersumbat.
e. Kekurangan bahan pendingin
f. Motor gagal berfungsi sepenuhnya.
g. Cas lebih atau terdapat gas yang tidak terpeluwap.

Pemampat tidak cekap a. Gagal atau sukar dihidupkan.


b. Litar pintas .
c. Beroperasi terus menerus.
d. Mengeluarkan bunyi bising.
e. Beroperasi dalam keadaan hidup henti.

Kerosakan Tanda yang kelihatan

Kitar bahan pendingin tersumbat a. Unit tidak sejuk.


b. Bahagian tekan tinggi terlalu panas .
c. Pros terdapatpada peranti pemeteran .
d. Pemampat bising .

Litar pintas terbuka atau a. Pemampat atau motor pemampat tidak boleh
pembumian pada belitan motor . dihidupkan .
b. Pemampat berdengung .

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Muka surat : 13 drpd 15

Kapasitor mula terbakar a. Pemampat berkitar berulang-ulang.


b. Gegelung mula beroperasi berpanjangan.
c. Sesentuh geganti melekat .
d. Kapasitor tak wajar

Kapasitor larian terbakar a. Talian voltan tinggi


b. Beban kurang
c. Talian voltan berlebihan

Geganti terbakar a. Talian voltan rendah.


b. Kapasitor larian tak wajar.
c. Pemampat berkitar berulang alik.
d. Geganti bergegar.
e. Geganti tak wajar

Pemampat tidak boleh dihidupkan a. Pendawaian yang salah.


b. Talian voltan rendah.
c. Kapasitor mula terbuka.
d. Litar terbuka pada gegelung mula.
e. Sesentuh geganti tidak tertutup.

Motor kipas tidak boleh a. Pendawaian yang salah


dihidupkan b. Kapasitor mula terbakar.
c. Litar pintas terbuka.
d. Talian voltan rendah
e. Termostat dilaraskan terlalu tinggi

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Muka surat : 14 drpd 15

MENGECAS GAS ( GAS CHARGING )


Mengecas adalah proses mengisi bahan pendingin kedalam sistem melalui berbagai-
bagai kaedah. Mengecas kedalam sistem penyejukan dan penyamanan udara dilakukan
kerana unit tersebut baru dipasang, berlakunya kebocoran atau selepas mengantikan
komponen-komponen pada sistem tersebut.
Sebelum proses mengecas dapat dilakukan, sistem tersebut perlulah diuji kebocorannya
dan proses memvakum perlulah dilakukan terlebih dahulu. Pada kebiasaannya, sesuatu sistem
penyejukan dan penyamanan udara telah dicas secukupnya sebelum dikeluarkan daripada
kilang.Apabila berlakunya bahan pendingin disebabkan kebocoran atau penggantian alat-alat
yang rosak, dua perkara perlu dilakukan iaitu pengusian (vakum) dan mengecas (charging).
Proses pengusian dan mengecas hendaklah dilakukan adalah seperti berikut:
1. Lepaskan bahan pendingin yang ada didalam sistem.
2. Perbaiki kerosakan (kebocoran) atau gantikan alat-alat yang rosak.
3. Uji kebocoran seperti yang diterangkan dalam task 07.03.
4. Pengusian (vakum) sistem keseluruhan.
5. Caskan bahan pendingin melalui bahagian tekanan rendah atau injap servis
tekanan rendah dengan secukupnya.

TOLOK PANCARONGGA (MANIFOLD GAUGE)


Manifold gauge merupakan kombinasi sepasang injap kawal manual dengan sepasang
tolok tekan yang terdiri dari sepasang tolok tekan tinggi dan rendah dan juga hos-hos khas
untuk kerja-kerja sambungan fitting kepada unit penyejukkan .

Kegunaannya :
a. Menguji tekanan tinggi atau tekanan rendah
b. Melakukan kerja – kerja mengecas / membuang cas
c. Melakukan kerja-kerja vakum
d. Mengukur tekanan
e. Menguji/menyelenggara peralatan / sistem

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/DLC2242/KP(1/3) Muka surat : 15 drpd 15

Bahagian bahagian Manifold Gauge


a. Pressure gauge meter LO dan HI
b. Hose
1. Warna biru dipasang pada LO
2. Warna merah dipasang pada HI
3. Warna kuning dipasang pada vakum / tabung bahan pendingin .

MANIFOLD
GAUGE

HIGH SIDE

SERVICE HOSE
LOW SIDE

DLC 2242 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Anda mungkin juga menyukai