Anda di halaman 1dari 7

PENYENGGARAAN SISTEM PENYAMAN UDARA DI KAMPUS

KEJURUTERAAN USM

Jabatan Pembangunan menguruskan operasi dan penyenggaraan penyaman udara atau sistem
hawa dingin.
Penyenggaraan berjadual dilaksana oleh penyedia perkhidmatan yang mempunyai
pengetahuan dan kompetensi bagi melakukan kerja-kerja penyenggaraan sistem
penyaman udara.
Sistem penyaman udara PTJ disenggara setiap bulan secara berjadual. Jadual
penyenggaraan bulanan dipamerkan pada laman web Jabatan Pembangunan. Pengguna
atau staf PTJ boleh melihat jadual tersebut pada bahagian custodial info. Jadual
penyenggaraan dikemaskini setiap awal bulan.

JENIS-JENIS PENYAMAN UDARA

KITARAN SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS CHILLER

SISTEM PENYAMAN UDARA DAN PENYENGGARAANNYA

Penyaman udara bukan sahaja bertindak sebagai pendingin. Ia juga akan memberi keselesaan
dengan mengatur suhu sekeliling, tahap kelembapan,kandungan oksigen dan mewujudkan
kandungan udara yang segar dari bahan-bahan tercemar. Servis berjadual dan penyelenggaraan
berterusan perlu dilakukan oleh penyedia perkhidmatan yang terlatih bagi:Menghalang kerosakan yang tidak dijangka penjimatan kos penyelenggaraan dan
memastikan keselesaan.
Melanjutkan jangka hayat produk penjimatan kos penyelenggaraan dan memastikan
keandalan (reliability)
Memastikan berfungsi pada prestasi optimum penjimatan kos elektrik atau amalan
kecekapan tenaga.
Memastikan kualiti udara dalam bangunan baik kualiti hidup sihat dan sejahtera

Bagi unit penyaman udara yang terkini dan bertujuan untuk kecekapan tenaga, sistemnya
mengawal pemampat (compressor) bekerja. Sekiranya unit telah mencapai paras suhu seperti
yang dikehendaki, maka sistem akan meminimumkan compressor bekerja. Adalah dinasihatkan

melaras suhu nominal pada 24 darjah celcius sahaja dan dielak kehilangan haba (e.g. pintu serta
tingkap perlu sentiasa ditutup). Ini sekaligus boleh memanjangkan hayat pemampat
(compressor).
Keselesaan (comfort) boleh didapati apabila suhu
udara bilik adalah 24 C (75 F), kelembapan udara
bilik adalah 50 %RH hingga 65 %RH (Relative
Humidity) dan tahap kebisingan (noise level) adalah 42
dBA. Penyaman udara boleh menghasilkan udara
yang sedemikian serta menyaring (filter) kekotoran
atau habuk di dalam udara bilik. Hasilnya udara bilik
menjadi bersih, nyaman dan bebas dari habuk.

COOLING TOWER /SISTEM PENYEJUKAN AIR ( WATER COOLED


SYSTEM )

DEFINISI
Pada sistem penyejukan dan penyamanan udara yang menggunakan sistem pendinginan air, haba
yang diserap dan dimampat disingkirkan kepada suatu medium, iaitu air. Air yang digunakan
untuk menyerap haba ini akan menyingkirkan haba ke udara dan disejukkan semula dengan
menggunakan peralatan
yang dinamakan menara pendinginan. Dengan perkataan lain, menara pendinginan adalah alat
yang digunakan untuk menyejukkan air dari pemeluwap dingin air yang menyerap haba dari
penyejat dan pemampat. Sebarang kesumbatan dan kekotoran dalam cooling tower ini akan
mempengaruhi kapasiti penyejukan penyamanan udara terbabit.

FUNGSI MENARA PENDINGIN

Fungsi menara pendingin ialah untuk menyingkirkan haba ke udara sekeliling dan menyejukkan
air panas
yang menyerap haba dari pemeluwap dingin air. Sistem ini dianggap paling ekonomik di mana
menara pendinginan digunakan untuk sistem pendinginan semula air. Dengan cara ini air hanya
berkurangan dalam kitar penyejukan air akibat daripada penyejatan. Menara pendinginan
menyejukkan air dari pemeluwap dingin air dengan bantuan proses peredaran udara.

PRINSIP DAN BINAAN MENARA PENDINGINAN ( COOLING TOWER )


Prinsip kerja cooling tower berdasarkan kitaran air melalui pemeluwap dingin air, pam air dan
komponen dalaman cooling tower. Pam air akan menyedut air dari bahagian bawah takungan dan
diemparkan ke dalam pemeluwap dingin air. Air yang bersuhu rendah yang diemparkan itu
akan menyerap haba dari bahan pendingin didalam tiub pemeluwap dan dibawa ke bahagian
semburan diatas menara pendinginan. Air yang disemburkan itu akan jatuh keatas isian atau
tambakan yang keadaanya berlapis. Semasa air yang disemburkan jatuh di atas tambakan, udara
luar yang yang bertiub dari arah tepi menara akan membawa wap panas yang terpeluwap
daripada air panas naik ke atas menara dan kipas di puncak menara menolong mempercepatkan
proses penyingkiran haba. Air yang jatuh di atas tambakan akan dikumpulkan semula ke dalam
takungan pembuangan haba. Air yang sejuk ini akan dipamkan semula ke dalam pemeluwap .
Untuk mengelakkan kekotoran masuk ke dalam kitaran air, penapis atau turas air dipasangkan
pada paip air sebelum masuk kedalam pam air dan juga di dalam cooling tower.
Biasanya menara pendinginan beroperasi untuk mendapatkan data berikut :a) Suhu air alur masuk : 35 C hingga 37 C
b) Suhu air alur keluar : 30 C hingga 32 C
c) Suhu bebuli basah alur masuk : 27 C
Kuantiti air pendingin : 131/minit x tan penyejukan (1 tan penyejukan = 16 758 kj/jam)

Kitaran air menara pendingin.

MENARA PENDINGIN (COOLING TOWER) DI KAMPUS


KEJURUTERAAN USM DI SERVIS SETIAP BULAN

Bagi mengekalkan prestasi menara pendingin sebagai penyejuk cekap tenaga, servis berkala
dijalankan. Pemeriksaan, pembersihan dan langkah pencegahan dilakukan ke atas menara
tersebut termasuk pepasangan paip, pump , motor dan lantai supaya sentiasa dalam keadaan baik.
Pembersihan juga mengelakkan berlakunya pencemaran disebabkan bacteria legionella.
Rawatan kualiti air dijalankan dengan suntikan bahan kimia mengikut sukatan dan dikawal oleh
metering pump pada setiap cooling tower.

DI ANTARA SERVIS BULANAN YANG BIASA DILAKUKAN:-

Membersihkan perapi udara panel luar


Membersihkan penapis udara

Semakan untuk kebocoran bahan pendingin.


Memeriksa unit untuk kemerosotan bahagian
Memeriksa sistem dan keadaan beroperasi
Membersihkan paip saluran air
Mengambil bacaan arus elektrik dan tekanan gas.
Menjalankan diagnostik ke atas sistem
Menyiasat kualiti media

Anda mungkin juga menyukai