Anda di halaman 1dari 13

NOTA KURSUS K2

SEMESTER SEMESTER 4 SVM SESI SESI 2 / 2019


JABATAN JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL & PEMBUATAN
PROGRAM TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA

KOD JPK ME-020-3:2012-E08/P(1/2)


KOD KURSUS MPP4043
TAJUK KURSUS PENGURUSAN LATIHAN DAN PENYELARASAN KERJA

K1 PENYELARASAN KERJA MEMBAIK PULIH


KOMPETENSI
K2 PENGURUSAN DAN LATIHAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN.

K2 PENGURUSAN DAN LATIHAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN


KOMPETENSI
PEMBELAJARAN 1. PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN KERJAYA UNTUK JURUTEKNIK
2. MENYAMPAIKAN LATIHAN UNTUK PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

1. MENYUSUN JADUAL KERJA MEMBAIK PULIH.


2. MEMERIKSA BAHAN GUNA HABIS DAN ALAT GANTI SEDIA ADA.
Di akhir 3. MENGAGIH TUGAS DAN MENEMPATKAN JURUTEKNIK YANG SESUAI UNTUK
pembelajaran KERJA
ini, pelajar akan MEMBAIK PULIH.
dapat: 4. MENYEDIAKAN BIL KERJA MEMBAIK PULIH YANG LENGKAP.
5. MENGENDALIKAN PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN KERJAYA UNTUK
JURUTEKNIK.
6. MENYAMPAIKAN LATIHAN UNTUK PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

PENULIS PUAN AZNITA BINTI AHMAD - KVPD


MPP4043 -PENGURUSAN LATIHAN DAN PENYELARASAN KERJA Muka/Page : 2 Drpd/of : 14

TAJUK: CADANGAN PENYELESAIAN UNTUK PELANGGAN

TUJUAN:
Kertas penerangan ini menerangkan kepada pelajar bagaimana untuk membuat
cadangan dan saranan kepada pelanggan berdasarkan kemampuan pelanggan dan
kualiti produk. Untuk meyakin pelanggan bahawa pilihan yang kita syorkan adalah yang
terbaik untuknya.

PILIHAN PELANGGAN
Memberikan maklumat kepada pelanggan tentang unit penyamanan udara dan cadangan
kepada dalam pemilihan keputusan yang betul.

1. SISTEM PENYAMANAN UDARA

1.1 Jenis-Jenis Sistem Penyamanan Udara

Terdapat berbagai-bagai jenis sistem penyamanan udara yang digunakan di negara


kita, sama ada jenis domestik atau komersial . Bab ini diterangkan system penyamanan
udara komersial dan domestik yang merupakan asas dalam teknologi sistem penyamanan
udara.

Sistem penyamanan udara terbahagi kepada empat bahagian :


i. Sistem penyamanan udara unit tingkap ( Window unit )
ii. Sistem penyamanan udara unit pisah ( Split unit )
iii. Sistem penyamanan udara unit pisah berbilang ( Multi split unit )
iv. Sistem penyamanan udara unit bungkus / kemas siap ( Package unit )
v. Sistem penyamanan udara unit komersial ( Perdagangan )

Sistem Penyamanan Udara Unit Tingkap

Unit tingkap atau bilik direka bentuk untuk penyamanan udara bagi sesebuah bilik.
Keupayaan sesuatu unit bergantung pada luas bilik. Bilik yang luas memerlukan unit yang
berkeupayaan tinggi jika dibandingkan dengan bilik yang kecil. Walau bagaimana pun jika
sesebuah unit yang berkeupayaan tinggi hendak digunakan lebih daripada sebuah bilik,
penyusunan bilik hendaklah ditetapkan supaya dapat mewujudkan pengaliran udara yang baik.
Untuk mendapatkan keselesaan dan untuk memudahkan pengawalan suhu dicadangkan
supaya sebuah bilik menggunakan sebuah unit tingkap yang bersesuaian dengan
keupayaannya.

Kebaikan sistem penyamanan udara unit tingkap :

i. Sebuah bilik menggunakan sebuah unit penyamanan udara yang mengawal suhu
secara berasingan.
ii. Salur udara tidak diperlukan, ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang banyak.
MPP4043 -PENGURUSAN LATIHAN DAN PENYELARASAN KERJA Muka/Page : 3 Drpd/of : 14

iii. Kerja- kerja pemaipan air


tidak diperlukan.
iv. Pemasangan adalah mudah tetapi pemasangan ini tidak boleh diubahubah (kekal).

Keburukan sistem penyamanan udara unit tingkap :

i. Memerlukan ruang tertentu pada sesebuah tingkap.


ii. Kuantiti udara biasanya ditetapkan oleh pengeluar.
iii. Selalunya unit ini dipasangkan didinding, kadang-kala dinding terpaksa dipecahkan.
MPP4043 -PENGURUSAN LATIHAN DAN PENYELARASAN KERJA Muka/Page : 4 Drpd/of : 14

iv. Sekiranya berlaku kerosakan, sukar untuk menurunkan unit tersebut ke bawah
secara berseorangan

Bagaimanapun sekarang ini unit tingkap begitu popular digunakan di rumah-rumah


kediaman dan pejabat-pejabat kecil

Rajah Pemaipan dalam unit

Penyamanan Udara Unit Pisah

Unit Pisah (split unit) adalah sistem penyamanan udara yang berasingan unit
penyejatan dan pemeluwapan. Unit ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu unit dalam dan unit
luar. Unit dalam terdiri daripada penyejat dan kipas penyejat. Unit luar pula terdiri daripada
pemeluwap, pemaipan, kipas pemeluwap serta alat tambah lain yang dipasangkan setempat.
Kedua-dua unit dalam dan luar dipasangkan berasingan. Unit dalam dipasangkan di dalam bilik
yang hendak dinyamankan sementara unit luar dipasangkan di luar bilik .

Terdapat tiga jenis reka bentuk unit Pisah:

i. Lekapan dinding.
ii. Lekapan lantai.
iii. Gantungan siling.
MPP4043 -PENGURUSAN LATIHAN DAN PENYELARASAN KERJA Muka/Page : 5 Drpd/of : 14
MPP4043 -PENGURUSAN LATIHAN DAN PENYELARASAN KERJA Muka/Page : 6 Drpd/of : 14

Ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah ini semakin popular digunakan sekarang ini kerana :

i. Pemasangannya lebih mudah dan cepat.


ii. Tidak perlu menebuk dinding atau tingkap untuk pemasangan, hanya sekadar menebuk
lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm.
iii. Unit dalam tidak mengeluarkan bunyi bising semasa beroperasi. Kedudukan kedua-dua
unit dalam dan unit luar boleh diubah-ubah mengikut kehendak pengguna.
iv. Kadar penyejukan dan penyerapan haba lebih tinggi daripada unit tingkap.

Sungguhpun harga sistem penyamanan udara unit pisah lebih tinggi daripada unit tingkap,
sistem tersebut lebih digemari oleh para pengguna yang mementingkankonsep keselesaan,
sunyi dan daya penyerapan haba yang baik.

Pemaipan unit luar dan unit dalam

Untuk melengkapkan pemaipan unit luar dan unit dalam. Unit luar dan unit dalam
dihubungkan melalui paip cecair dan paip gas kedua-dua unit. Untuk menyambungkannya,
lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm diperlukan

.
MPP4043 -PENGURUSAN LATIHAN DAN PENYELARASAN KERJA Muka/Page : 7 Drpd/of : 14

Pada amnya unit luar sudah dicaskan dengan bahan pendingin yang cukup untuk
kitarannya. Oleh itu sistem tidak perlu dicas lagi semasa kerja-kerja pemasangan kecuali
melakukan sedikit pembersihan (purging) pada unit dalam untuk menyambungkannya dengan
unit luar. Berbanding dengan unit tingkap, pemasangan unit terpisah memerlukan masa yang
agak panjang untuk menebuk dinding atau tingkap.

Penyamanan Udara Unit Terpisah Berbilang

Penyamanan udara unit terpisah berbilang (multi split unit) mempunyai satu unit luar
dan beberapa unit dalam. Biasanya unit dalam yang digunakan ialah dua unit dan tidak
melebihi tiga unit. Unit dalam yang digunakan boleh didapati daripada ketiga-tiga reka bentuk
unit terpisah mengikut citarasa pengguna. Unit terpisah berbilang ini digunakan pada kediaman
atau pejabat yang mempunyai bilik yang banyak. Unit terpisah berbilang mempunyai beberapa
kebaikan walaupun harganya tinggi. Di samping itu ia lebih menguntungkan untuk jangka masa
yang panjan

Kebaikan unit terpisah berbilang:

i. Satu pemampat boleh digunakan untuk dua atau tiga penyejat.


ii. Pemasangan lebih mudah jika dibandingkan dengan pemasangan unit tingkap.
MPP4043 -PENGURUSAN LATIHAN DAN PENYELARASAN KERJA Muka/Page : 8 Drpd/of : 14

iii. Kos penggunaan kuasa elektrik lebih rendah Sistem pemaipan unit ini tidak jauh
bezanya daripada unit terpisah kecuali unit luarnya disambungkan dengan dua atau tiga
unit dalam . Unit Iuarnva pula mestilah berkeupayaan untuk memampat dan
menyingkirkan haba dan dua atau tiga penyejat. Oleh itu, banyak alat tambah
digunakan, seperti subakumulator, injap solenoid, pengatur tekanan rendah, pemindah
haba,dan penerima. Tujuannya ialah untuk meninggikan keupayaan dan sebagai
langkah keselamatan untuk menjaga unit tersebut
MPP4043 -PENGURUSAN LATIHAN DAN PENYELARASAN KERJA Muka/Page : 9 Drpd/of : 14

2. SEBUT HARGA KERJA PENYAMANAN UDARA

2.1 Contoh Harga Alat Ganti Indoor Unit


MPP4043 -PENGURUSAN LATIHAN DAN PENYELARASAN KERJA Muka/Page : 10 Drpd/of : 14

2.2 Contoh Harga Alat Ganti Outdoor Unit

2.3 Contoh Harga Unit Dan Bahan Penyaman Udara Jenis Pisah

BI KETERANGAN KUANTITI HARGA


L (RM)
1. Panel Board Autotrans 1 Board RM 2500
2. D.O.L Starter 1 Set RM 60
3. Tiub Kuprum (1/4) 20’ 1 Roll RM 35
4. Tiub Kuprum (1/2)20’ 1 Roll RM 75
5. Tiub Kuprum (3/4) 30’ 1 Roll RM 80
6. Tiub Kuprum (3/8) 30’ 1 Roll RM 120
7. Kabel 2.5mmx100m (Merah) 1 Roll RM 65
8. Kabel 2.5mmx100m (Hitam) 1 Roll RM 65
9. Kabel 2.5mmx100m (Hijau) 1 Roll RM 65
10. Kabel 16mmx100m (Merah) 1 Roll RM 134
11. Kabel 16mmx100m (Hitam) 1 Roll RM 134
12. Kabel 16mmx100m (Biru) 1 Roll RM 134
13. Kabel 16mmx100m (Kuning) 1 Roll RM 134
14. Kabel 16mmx100m (Hijau) 1 Roll RM 134
15. Kabel 1.5 Mmx100m (Merah) 1 Roll RM 38
16. Kabel 1.5mmx100m (Biru) 1 Roll RM 38
17. Kabel 1.5mmx100m (Hitam 1 Roll RM 38
MPP4043 -PENGURUSAN LATIHAN DAN PENYELARASAN KERJA Muka/Page : 11 Drpd/of : 14

2.4 Contoh Peralatan Yang Digunakan Dalam Kerja Pemasangan

BIL NAMA PERALATAN KUANTITI YANG


DIPERLUKAN
1. Hand drill 1 SET
2. Flaring Tool 1 SET
3. Manifold gauge 1 SET
4. Skru driver philip 1 SET
5. Multimeter 1
6. Steel ruler 1
7. Water Lavel 1
8. Set Spannar 1
9. Pita pengukur 1
10. Test pen 1
11. Wire cutter 1
12. Tube Cutter 1
13. Allenkey 1
14. Tangga 2 SET
15. R-22 1
16. Adjustable Spannar 2 SET
17. Tube Bender Saiz : 1/4, 1/2, 3/8, 3/4
MPP4043 -PENGURUSAN LATIHAN DAN PENYELARASAN KERJA Muka/Page : 12 Drpd/of : 14

SOALAN:

1) Nyatakan jenis-jenis alat penyamanan udara?

i. ……………………..............................................................................................
ii. ...........................................................................................................................
iii. ...........................................................................................................................
iv. ...........................................................................................................................
v. ...........................................................................................................................

2) Nyatakan kelebihan dan keburukan unit penyaman udara jenis pisah?

………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………

3) Apakah definisi sebut harga?

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
MPP4043 -PENGURUSAN LATIHAN DAN PENYELARASAN KERJA Muka/Page : 13 Drpd/of : 14

RUJUKAN:

1. Rujuk manual prosedur kerja


2. Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara, Hamdan Ali, Cetakan 1990, Art Printing
Works Sdn. Bhd.
3. Penyejukan & Penyamanan Udara Praktikal, S.C.Laroiya,Cetakan 2001, ibsBUKU
4. Buku Jihat Motivasi, Dato,Dr Fadzilah Kamsah, Cetakan 2005, Pelangi Traiding
Sdn.Bhd

Anda mungkin juga menyukai