Anda di halaman 1dari 27

BAB 3

METODOLOGI

3.0 PENGENALAN

Bab ini membincangkan langkah-langkah kerja yang telah dilakukan

dalam kerja-kerja Pentauliahan (commissioning) dan mempunyai hubungkait

kerja-kerja Testing, Adjusting And Balancing di Pusat Sumber Kolej Vokasional

Sepang. Kaedah kajian / kajian kes merupakan suatu perancangan yang rapi

dari segi perjalanan sesuatu projek. Bagi melancarkan perjalanan sesuatu

projek, kaedah kajian atau kajian kes yang dijalankan perlu disusun sebaik

mungkin mengikut perancangan kerja menggunakan (carta gantt).

Kajian yang dijalankan dengan terancang dapat membantu setiap

peringkat perjalanan projek agar tidak terkeluar dari landasan yang telah

ditetapkan atau dengan lebih tepat lagi, hasil akhir (outcomes) kajian akan

menepati kehendak permasalahan yang hendak di selesaikan selaras dengan

objektif kajian. Justeru itu, amat penting untuk mengetahui dan memahami

dengan mendalam setiap proses yang terdapat dalam struktur kajian.

21
3.1 KAEDAH CARTA ALIRAN KERJA DAN KAEDAH PENGURUSAN

Kaedah carta aliran kerja atau pengurusan adalah suatu perancangan

tenaga manusia dimana proses pengurusan menentukan perjalanan organisasi

menerusi penggunaan tenaga kerja sedia ada dan keperluan tenaga kerja yang

baharu. Melalui perancangan tersebut, pengurusan berupaya mengenalpasti

bilangan dan keperluan pekerja mengikut keperluan kerjanya ditempat yang

betul, pada masa yang betul, untuk melakukan tugas-tugas yang tepat,

memberikan manfaat jangka panjang yang maksimum, lebih mudah melihat

dan memantau segala perjalanan yang dirancang. Berikut adalah Rajah :3.8

Carta aliran kerja mengurus projek.

ADUAN KEROSAKAN

UJI LARI / DIAGNOS SISTEM

SERVIS
/PENYELENGGARAAN

SE

PROSES TAB MEKANIKAL (UDARA)

TAB FAN MOTOR

TAB HIDRONIK

PROSES TAB ELEKTRIKAL

POWER CONSUMPTION

LAPORAN TAB/GRAF

TAMAT

Rajah 3.7 : Carta Aliran Kerja Mengurus Projek

22
3.2 KAEDAH CARTA GANTT

Carta Gantt merupakan diagram perancangan yang digunakan sebagai

jadual proses kerja dalam satu tempoh tertentu. Melalui carta ini, ianya akan

dapat membantu saya untuk memastikan bahawa semua kegiatan telah

dirancang mengikut turutan kerja yang telah ditetapkan. Melalui carta ini juga

kita dapat melihat dengan mudah waktu permulaan kerja sehinggalah waktu

selesai. Dengan ini kita dapat menggelakkan daripada berlakunya

penangguhan kerja yang mana akan menyebabkan penambahan kos. Oleh itu

di dalam carta ini akan terdapat dua indikator, iaitu indikator yang

menunjukkan perancangan kerja yang dirancang dan kerja sebenar yang

dilaksanakan seperti pada jadual 3.2

Jadual 3.2: Carta Perancangan dan Pelaksanaan Projek

M1 M2 M3 M4 M1 M1 M2
MINGGU
JULAI JULAI JULAI JULAI OGOS OGOS OGOS
BIL
PERKARA
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

TERIMA
1 ADUAN
KEROSAKA
N
MENGUJI
2 LARI
SISTEM DAN
DIAGNOS
Servis dan
3
Penyelengga
raan
Proses tab
4
mekanikal
UDARA

5 TAB FAN
MOTOR

6 TAB
HIDRONIK

7 Proses tab
elektrikal

PENGIRAAN
8 POWER
CONSUMPTI
ON

Nota : Perancangan Pelaksanaan


23
3.3 SAMPEL KAJIAN

Bagi melancarkan perjalanan proses pelaksanaan kajian kes yang

berkaitan dengan Handing Over Process Management, pengkaji perlu

menggunakan bahan atau sample kajian agar selaras dengan objektif utama

kajian seperti berikut:

3.3.1 Untuk melakukan kerja-kerja TAB selepas penyelenggaraan

3.3.2 Untuk membandingkan data TAB sedia ada (design) dengan data

TAB selepas penyelenggaraan.

3.3.3 Untuk menilai kecekapan sistem sedia ada serta cadangan

penambahbaikan

3.3.4 Untuk menilai kesesuaian sistem yang digunakan berbanding kos

penggunaan elektik dan penyelenggaraan.

Kajian ini hanya merujuk kepada laporan TAB utama daripada pihak

kontraktor. Setiap pelaksanaan akan merujuk laporan TAB tersebut.

Berdasarkan laporan TAB asal terdapat reka bentuk salur udara bersama

dengan luas pusat sumber. Terdapat juga setiap data mengenai udara,

elektrikal dan mekanikal. Keterangan yang terperinci dapat membantu dalam

melaksanakan kajian ini.

Laporan Projek Keterampilan Terdahulu (LPKT) ini, adalah merujuk

kepada data asal Testing, Adjusting dan Balancing bagi sistem penyaman

udara Pusat Sumber, Kolej Vokasional Sepang yang terdapat dalam buku

Construction And Completion Of The Secondary Technical School Sepang, Di

Atas Lot Pt 1909,2375 And 2376,Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor

24
Darul Ehsan, Malaysia. (Contract No. : KP/PR/ (SMTSS) / UT/2001 Air-

Conditiong Services Operation Manual & As-Built Drawing). Data di dalam

buku ini adalah merupakan dokumen rasmi setelah kontraktor melakukan kerja-

kerja Handing Over Process and Commissioning merangkumi kerja-kerja

Testing, Adjusting dan Balancing sebelum kontraktor membuat proses

penyerahan projek (Handing Over Project Management) pada tahun 2005.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Kebanyakan penyelidikan menggunakan instrumen, sama ada instrumen

yang dibentuk oleh penerbit, direka sendiri oleh penyelidik atau instrumen

piawai. Secara keseluruhan, semua proses penyelidikan untuk mengumpul

data dipanggil instrumentasi.

Kajian ini menggunakan instrumen yang sedia ada di benkel PPU.

Terdapat juga peralatan yang digunakan semasa melaksanakan kursus intensif

tenaga pengajar yang disediakan oleh ILP Kepala batas, Pulau Pinang seperti

Flow Hood Meter. Setiap kerja yang dilakukan adalah penting bagi menjaga

keselamatan. Antara peralatan yang digunakan bagi alat pengukuran ialah flow

hood meter, power meter data logger. Perlatan lain yang perlu digunakan

adalah seperti pitot tube, velocity meter, anemometer, glass thermometer,

amprobe meter, manifold gauge, digital manometer dan digital thermometer

25
3.5 DATA ASAL TAB SISTEM HIGH STATIC DUCTED SEMASA PROSES
HANDING OVER PROJECT

Data asal ini perlu digunnakan untuk membuat perbandingan kerja-kerja

TAB semasa berbanding data TAB (design) semasa proses projek (Handing

Over Project Management) pada tahun 2005. Seperti rajah 3.1, rajah 3.2 dan

3.3 di lampiran.

Rajah 3.1 : Data Asal TNC (Testing Adjusting And Balancing) Semasa Proses
Handing Over Tahun 2005

26
Rajah 3.2 : Data Asal TNC (Testing Adjusting And Balancing) Semasa Proses
Handing Over Tahun 2005

Data ini digunakan sebagai rujukan perbandingan data TAB selepas

penyelenggaraan Handing Over Process Management dimana data

menunjukkan bacaan Static Pressure (0.40 in wg), Room Temperature (DB=

22C, WB= 17C), Supply Air= 3200 cfm, Return air= 2800cfm, Fresh

Air=320cfm), Electrical Supply 4!5v/3Ph/50Hz, Running Ampere=15.2 Ampere.

27
Rajah 3.3 : Data Asal TNC (Testing Adjusting And Balancing) Semasa Proses
Handing Over Tahun 2005

Data TAB (design) rajah 3.3 diatas, menunjukkan proses TAB telah

dilaksanakan semasa Handing Over Process Management dimana data

menunjukkan bacaan Static Pressure (0.40 in wg), Room Temperature (DB=

22C, WB= 17C), Supply Air= 3200 cfm, Return air= 2800cfm, Fresh

Air=320cfm), Electrical Supply 4!5v/3Ph/50Hz, Running Ampere=15.2 Ampere

28
3.6 PELAN LANTAI PUSAT SUMBER KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

Rajah 3.4: Pelan Lantai Pusat Sumber Kolej Vokasional Sepang

Rajah 3.4 di atas menunjukkan kedudukan Pusat Sumber di Blok

Akademik sama pasras dengan Ruang Belajar yang menggunakan sisitem

Penyamanan udara dengan kapasiti yang sama. Melihat pada kedudukan

Pusat Sumber ini , maka kedudukan Unit Luar (outdoor) yang paling hamper

dan sesuai ialah di kedudukan paling atas di bumbung bangunan

(rooftop).Kedudukan ini memerlukan ketahanan dan usaha yang lebih untuk

melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

29
3.7 MANUAL PENGGUNA SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS AIR-
COOLED SYSTEM JENIS HIGH STATIC DUCTED

Rajah 3.5 : Manual pengguna Sistem Penyaman Udara Split


Unit (10 Hp) High Static Ducted

Manual pengguna ini penting sebagai panduan dan rujukan

semasamelaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan commissioning. Dalam

kajian ini, manual pengguna ini digunakan untuk merujuk data spesifikasi

produk yang digunakan. Selain itu ianya juga digunakan untuk membuat

perbandingan dalam kerja-kerja TAB.

Data daripada manual pengguna ini perlu digunakan dan di simpan

sebagai suatau alat atau instrument untuk melakukan kerja-kerja

penyelenggaraan, pentauliahan supaya system beroperasi dengan keadaan

baik dan apabila system beroperasi pada tahap efisiensi yang betul maka

jangka hayat sistem dapat bertahan dengan lebih lama lagi.

30
3.7 LUKISAN SEMULA AUTOCAD

Rajah 3.6 : Lukisan Salur Udara Pusat Sumber Kolej Vokasional Sepang

3.8 TEKNIK ANALISIS DATA

Dalam mendapatkan data-data serta maklumat-maklumat kajian, saya

perlu telah melakukan beberapa perkara yang dirasakan penting bagi tujuan ini.

Antaranya ialah, membuat peneyelenggaran terlebih dahulu dan mengumpul

data TAB Hidronik. TAB Hidronik adalah untuk melaras Tekanan Sedutan dan

Tekanan Singkiran dalam system. Bagi mendapatkan tekanan yang sesuai

dengan system system perlu dalam keadaan baik dari asoek tekanan system,

keadaaan gelung penyejat dan pemeluwap dalam keadaan bersih daripada

habuk, pemaipan sistem tidak bocor.

31
Untuk tujuan ini, pengkaji telah menggunakan perkhidmatan serta

kemudahan yang disediakan oleh institusi pendidikan saya iaitu di Kolej

Vokasional Sepang dan melibat pelajar untuk memberi pendedahan kepada

pelajar tentang kerja-kerja TAB. Disini saya telah berkunjung ke perpustakaan

Kolej Vokasional Sepang untuk menjalankan sendiri kerja-kerja

penyelenggaran.

3.9 KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN

Proses kerja penyelenggaraan adalah merupakan proses kerja yang

perlu dilakukan sebelum melaksanakan kerja TAB HVAC, Sistem yang tidak

berfungsi dengan baik perlu di periksa keadaannya, Kerja-kerja menservis dan

menukarkan komponen alat tambahan telah dilakukan memandang tempoh

penggunaan sistem lama.

Antara kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakasanakan ialah,

menservis (outoor unit) gelung pemeluwap, Fan Coil Unit (FCU), menukar

penapis pengering (filter drier), menukar penapis udara (FCU), Thermostatic

Expansion Valve (TXV).

32
Rajah 3.8 : Kerja-kerja menukar penapis pengering

Rajah 3.9: Bacaan Tekanan Rendah dan tekanan tinggi

Rajah 3.10 : Kerja Vakuum Sistem

33
3.10 PROFESIONAL BERTAULIAH DALAM BIDANG TAB

Individu professional yang telah berjaya dalam tahap professional perlu

melalui peperiksaan untuk mendapatkan sijil dan perlu mengekalkan pensijilan

yang diperlukan oleh NEBB. Profesional Bertauliah (Certified Profesional)

adalah bertanggungjawab menyelia dan memastikan kesemua kerja TAB yang

dilaksanakan agar mencapai tahap kecekapan oleh perkerjanya.

Individu Profesional Bertauliah (Certified Profesional) perlu memiliki

kekuatan dalam prinsip-prinsip kejuruteraan, merekabentuk sistem, prosedur

dan kelengkapan sistem. Mereka perlu menunjukkan kecekapan, dalam kerja

yang melibatkan penyelesaian masalah, mengesan dan mendiagnos

kerosakkan, bidang pengukuran, penggunaan instrument TAB yang betul dan

terampil dalam lapangan kerja yang diceburi. Laporan Projek ini

membincangkan berkaitan bidang lapang kerja utama TAB yang terbahagi

kepada dua lapangan iaitu TAB Mekanikal dan TAB Elektrikal.

3.11 TAB MEKANIKAL DUCTING (TAB AIR)

Bidang kerja TAB Mekanikal merangkumi kerja-kerja seperti berikut:

3.11.1 TAB Udara (air duct TAB)

Bidang Tab Udara menggunakan beberapa instrument seperti Flow Hood

Meter, Anemometer, Velocimeter, Pitot Tube, Manometer, Incline Manometer.

Hasil dapatan Testing Adjusting and Balancing di laporkan dalam borang

seperti Jadual 3.9.4.

34
ACMV Air Balancing Report

PROJECT : Date Tested :


Block : Design Flowrate :
Area : Tag # :

Air Flow Measurement Result (Measurement Unit in “ CFM)

Diffuser No. Design CFM Testing Balancing Adjusting


(Actual CFM) (Require CFM) (Meet Design
CFM)

Total

SIGN BY TAB TECHNICIAN/ASSOCIATED ENGINEER

APPROVED BY TAB ENGINEER

Jadual 3.3 : Borang Laporan ACMV Testing,Adjusting And Balancing

Borang data TAB Udara ACMV TAB digunakan untuk menganalisa data

Design Air Flow Rate dengan bacaan semasa (air flow rate) pada unit Air

Handling Unit (AHU) dimana kadar alir udara diambil pada setiap diffuser yang

diukur dalam unit CFM (cubic feet per minute).

35
Rajah 3.11 : Mengambil data aliran udara

Rajah 3.12 : Melakukan kerja adjusting Damper

3.12 TAB MOTOR KIPAS DAN KIPAS

Kerja-kerja TAB bagi motor kipas boleh dilaksanakan dengan

memperolehi dua (2 ) data kaedah seperti berikut:

36
kaedah ini boleh dijalankan dengan memperolehi 2 data sama ada

i. Q = Flow Rate atau Air Volume ((CFM) @ m3/h)

ii. V = Outlet Velocity (m/s)

iii. Pd = Dinamic Pressure (pa)

iv. Pt = Total Pressure (pa) @ (in WG)

v. N = Fan Speed (rpm),

vi. Absorbed Power (W) @ kW

vii. Total Efficiency (%)

viii. Sound Power Level Lw ((A) = 95.3 dB (A).

Rajah 3.13: Perfomance Fan Curve

3.13 TAB HIDRONIK

Merupakan kerja Testing Adjusting Balancing yang dijalankan ke atas

sistem High Static Ducted dengan melakukan kerja-kerja servis, unit

pemeluwap, unit Penyejat menggunakan bahan Kimia pencuci, menukar

Penapis Udara, menukar Thermostatic Expansion Valve dan Penapis

Pengering. Seterusnya melaksanakan pengujian tekanan ke atas sistem

37
dengan menggunakan Nitrogen pada kadar tekanan 300 PSIG selama 3 hari.

Setelah mendapati tiada kebocoran pada sistem, kerja-kerja vacuum sistem

perlu dijalankan dengan menggunakan Termistor Vacuum Gauge agar sistem

benar-benar vacuum sehingga bacaan mencapai 700 mikron sama ada

menggunakan kaedah Null Method atau Calibrate Dial.

Rajah 3.14: Termistor Vacuum Gauge digunakan untuk


kerja menghampagas sistem

Rajah 3.15 : Pelajar program diploma melakukan kerja vacuum

38
Rajah 3.16 : Melakukan kerja menghampagas sistem
Null Method dan Calibrate Dial Method

3.14 TAB ELEKTRIKAL

Sistem Elektrikal dalam Bangunan ini menerima bekalan 415 V daripada


TNB di bawah tarif kategori B dan mempunyai dua (2) masukan utama iaitu:

i) Papan Suis Utama No. 1 (Dikhususkan untuk


Pencahayaan dan Alatan)

ii) Papan Suis Utama No. 2 (Dikhususkan untuk Sistem


Penghawa Dingin)

Suis gear masukan bagi kedua-dua papan suis utama ini adalah

daripada jenis ACB / Terasaki yang masing-masingnya berkapasiti 800 Amp

dan 1200 Amp.Terdapat juga janakuasa tunggu sedia berkapasiti 200 KVA

jenis Fiat / Iveco di bangunan tersebut bagi bekalan untuk papan agihan

essential apabila bekalan daripada TNB terputus.

39
Bangunan ini mempunyai 1 bilangan riser elektrik pada setiap tingkat di

bahagian tengah bangunan. Bekalan untuk bangunan diberi daripada papan

suis utama ke setiap tingkat dengan menggunakan bus-duct system.

Sistem pencahayaan bagi bangunan ini menggunakan lampu daripada

jenis flourescent untuk sistem pencahayaan dalam bangunan dan lampu

daripada jenis metal halide untuk sistem pencahayaan di luar bangunan.

Gambarajah 2 adalah peralatan elektrik yang digunakan di BPK.

Rajah 3.17: Papan suis utama Rajah 3.17: Bilik riser elektrik

3.14.1 CARA TESTING ELEKTRIKAL

i. Lakukan ujian penebatan pada motor pemampat dan motor kipas

ii. Pastikan punca-punca motor diketatkan.

iii. Pastikan motor dibumikan.

iv. Periksa overload dan laraskan.

v. Lakukan pengujian punca bekalan elektrikal pada panel kawalan

motor menggunakan Power Meter Data Logger.

vi. Mengira kos penggunaan elektrik bagi tujuan penjimatan dan

mengelakkan pembaziran.

40
Rajah 3.19: Kadar tariff elektrik untuk mengira kos penggunaan elektrik.

3.15 PENGIRAAN POWER CONSUMPTION

Rajah 3.20 : TAB Elektrikal menggunakan Data Power Logger

41
Rajah 3.21 : Hasil dapatan bacaan Data Power Logger untuk Tab Elektrikal

Penggunaan Instrumen TAB seperti power meter data logger banyak

membantu proses kerja TAB dengan data elektrik dapat diambil dan disimpan

terus didalam komputer bagi perekodan.

42
Rajah 3.2.2 : Bacaan Voltan bekalan pada panel kawalan

Rajah 3.2.2 menunjukkan bacaan bekalan voltan yang masuk ke panel

kawalan melebihi daripa yang sepatutnya iaitu 415 V bagi RYB. Keadaan

lebihan masukan voltan bekalan ini menyebabkan peningkatan penggunaan

elektrik dan memberi kesan kepada aspek keselamatan.

43
Rajah 3.23 Data Ampere sebelum TAB pada High Static Ducted System

Rajah 3.24 : Dapatan Suhu selepas TAB

3.16 LANGKAH KESELAMATAN

Dalam melakukan sebarang kerja, aspek keselamatan amat penting dan

perlu diambil kira terutamanya dalam kerja-kerja mekanikal dan juga elektrikal.

Bahaya akibat renjatan elektrik tidak boleh dianggap ringan kerana aliran

arusnya amat kuat dan tidak dapat dilihat dengan mata serta bahaya ini sukar

di kesan. Oleh yang demikian, jika tersalah langkah ianya boleh menyebabkan

kecacatan pada anggota badan, renjatan elektrik, kerosakan peralatan,


44
kebakaran, kematian dan lain-lain. Terdapat 3 aspek keselamatan yang perlu di

titikberatkan dan di ambil kira :

1. Aspek Keselamatan Dalam Bengkel

2. Aspek Keselamatan bagi diri sendiri

3. Aspek Keselamatan ketika pemasangan produk

3.17 ASPEK KESELAMATAN DALAM BENGKEL

3.17.1 Kawasan tempat kerja mestilah bersih dari minyak dan gris serta kemas

supaya tidak berlaku kecederaan dan kemalangan semasa melakukan

kerja-kerja pemasangan.

3.17.2 Lantai dan meja kerja-kerja elektrik mestilah di liputi dengan getah

penebat untuk mengelakkan daripada terkena renjatan elektrik.

3.17.3 Membersihkan tempat kerja setelah selesai membuat kerja

3.18 ASPEK KESELAMATAN DIRI

Keselamatan pekerja adalah sangat penting kerana tenaga mereka

merupakan sesuatu asset yang utama menjalankan sesuatu kerja. Antaranya

ialah:

3.1.8.1 Memakai alat-alat keselamatan ketika melakukan sesuatu kerja untuk

mengelakan sebarang kemalagan berlaku

3.1.8.2 Memastikan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan bersih

dan selamat untuk di gunakan.

45
3.19 ASPEK KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN PRODUK

Setiap kerja yang dilakukan hendaklah membuat perancangan terlebih

dahulu bagi mengelakan sebarang masalah akan timbul. Oleh itu langkah yang

perlu di laksanakan adalah seperti berikut:

3.19.1 Mestilah mengikut langkah-langkah kerja yang telah ditetapkan

3.19.2 Memastikan peralatan yang bersesuaian dengan projek yang hendaklah

dilakukan

3.19.3 Memastikan penyambungan litar dilakukan dengan betul

3.19.4 Hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian semasa menjalankan

operasi penghasilan produk.

3.19.5 Setiap kerja yang di lakukan hendaklah berhati-hati.

3.20 KESELAMATAN PADA PRODUK YANG DIHASILKAN

Selain keselamatan bengkel dan juga diri, keselamatan pada produk juga

mestilah dititkberatkan bagi mengekalkan kuantiti pada produk tersebut.

3.20.1 Pastikan produk berada dalam keadaan selamat iaitu dari segi kuantiti

dan juga kualiti produk tadi.

3.20.2 Produk yang telah siap mestilah di letakan pada tempat bersih dan

selamat

3.20.3 Cara penyimpanan produk juga haruslah di jaga. Simpan ditempat yang

luas dan sesuai yang mana tidak membawa sebarang kemalangan

kepada orang lain.

46
3.21 RUMUSAN

Berdasarkan metodologi kajian yang dirancang, saya mendapat maklum

balas yang tepat dan dapat membuat analisa dengan secara terancang. Dalam

kajian saya, saya akur dengan etika –etika penyelidikan yang seharusnya saya

patuhi ialah dengan melakukan kajian dengan jujur. Seorang penyelidik

mestilah menyediakan penerangan yang menyeluruh tentang tujuan

penyelidikan ,terutama apabila penyelidik tidak mempunyai kuasa penuh

terhadap subjek dan responden. Kesemua etika ini adalah bagi menjamin

kualiti serta mutu kepada penyelidikan yang dihasilkan.

Selain itu, dengan mengumpulkan setiap data daripada tajuk testing,

adjusting dan balancing ( TAB) saya mendapati proses kajian berjalan lancar

dalam mendapatkan setiap info. Oleh itu, wajarlah metodologi ini perlu

dilakukan bagi memudahkan proses kajian

47

Anda mungkin juga menyukai