Anda di halaman 1dari 23

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KULIAH 1
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2018/2019

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMPROSESAN DAN KEMASAN KAYU / DVM

KOD/KURSUS DPC 4133 EQUIPMENT MAINTENANCE PROGRAMME

KOMPETENSI 1.0 PLAN EQUIPMENT MAINTENANCE SCHEDULE

1.1 Establish machinery list


KOMPETENSI UNIT
1.2 Identify maintenance type
1.3 Prepare machinery maintenance schedule

Trainee must be able to :

1.Identify the preventive equipment maintenance according to the


programme schedule (C3,PLO1)
KOMPETENSI
2. Practice the preventive equipment maintenance according to the
PEMBELAJARAN operation (P3, PLO7)

3. Describe the related preventive equipment maintenance and


calibration works report. (A2, PLO4)

NO KOD DPC 4133


MUKA: 01 DARIPADA 23
NO KOD JPK
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

1.0 MERANCANG JADUAL PENYELENGGARAAN PERALATAN

1.1 MENYENARAIKAN SENARAI MESIN

Terdapat pelbagai jenis mesin di pasaran bagi memudahkan pekerja dalam membuat kerja
samada di secara persendirian, kilang-kilang kecil atau industri besar. Pada amnya mesin dalam
kerja kayu terbahagi kepada dua iaitu :

a) Mesin Mudah Alih


b) Mesin Berkuasa

1.1.1 MEWUJUDKAN SENARAI MESIN MENGIKUT SPESIFIKASI KERJA DENGAN BETUL

Dalam kerja-kerja kayu masa kini, terdapat berbagai-bagai jenis mesin berkuasa elektrik mudah
alih untuk digunakan dalam bengkel dan di tapak pembinaan. Terdapat dua jenis mesin mudah
alih iaitu :

i) Mesin mudah alih menggunakan bekalan elektrik

ii) Mesin mudah alih tanpa wayar (cordless) atau menggunakan bekalan bateri yang boleh
dicaj semula.

Mesin mudah alih ini membolehkan kerja dibuat dengan cepat dan mudah disamping
mengurangkan kos perbelanjaan. Mesin mudah alih juga memudahkan pekerja membuat kerja
di luar yang mana punca elektriknya jauh atau tiada. Ianya juga banyak digunakan dalam
pemasangan perabot.

Rajah 1 : Mesin Berkuasa

2
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Mesin Mudah Alih Mesin Berkuasa


Gerudi Gergaji bulat
Gergaji Gergaji lengan
Gergaji Jig Mesin Ketam
Ketam Mesin pelubang pahat
Pelelas Mesin gerudi
Mesin Kumai Gergaji Pita
Gergaji recong Gergaji Jig (Berkuasa)
Mesin Pelelas (Disk and Belt
Sander)
Mesin Larik
Mata Pahat Pelarik
Mesin Pencanai
Jadual 1 : Jenis Mesin Mudah Alih dan Mesin Berkuasa

1.2 MENGENALPASTI JENIS PENYELENGGARAAN

Pengenalan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan merupakan aktiviti / kerja yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga,


mengendali dan mengawalselia bangunan, peralatan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan
dan persekitarannya.

Tujuan Penyelenggaraan

 Memastikan asset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan
 Memelihara dan memanjangkan jangka hayat mesin
 Meningkatkan keupayaan
 Mengurangkan kerosakan
 Menjimatkan perbelanjaan syarikat
 Menjamin keselamatan pengguna
 Mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta produktif

3
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Konsep Pengurusan Penyelenggaraan

 Matlamat pengurusan penyelenggaraan memastikan peralatan / mesin aplikasi sentiasa


berada dalam keradaan produktif
1. Keperluan penyelenggaraan yang baik
2. Memastikan semua komponen dan peralatan berfungsi
3. Ia perlu dijaga dan disenggarakan mengikut penentuan dan piawaian yang
ditetapkan
 Kerja penyelenggaraan melibatkan penyelarasan pelbagai sumber yang berkaitan dan
perlu diuruskan secara sistematik dan berkesan
 Kejayaan atau kegagalan penyelenggaraan bergantung kepada keberkesanan pengurus
 Setiap penyelenggaraan memerlukan kos, peralatan dan laporan

1.2.1 KENAL PASTI JENIS PENYELENGGARAAN BERDASARKAN ARAHAN KERJA DENGAN


BETUL

I. Memastikan persekitaran kerja selamat.


II. Setiap mesin/peralatan perlu disenggarakan segera yang boleh sebelum kerosakan
bertambah teruk.
III. Menyediakan senarai langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjalankan mesin /
peralatan.
IV. Mesin haruslah diuji dan dilaraskan pada masa-masa yang telah ditetapkan oleh
pengeluar.
V. Pelinciran pada mesin mestilah diperiksa setiap kali sebelum menggunakanya.
VI. Periksa alat keselamatan yang sedia ada pada mesin.
VII. Semua mesin mestilah dibersihkan setiap kali siap digunakan.

4
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Penyelenggaraan Deskripsi
Mesin (Machinery) Kepentingan penyelenggaraan :
- Pengekalan aspek-aspek keselamatan dan
keselesaan
- Pengekalan fungsi dan prestasi mesin
- Pengekalan nilai asset mesin
Bahagian mesin yang perlu diselenggara :
Takal, tuas pemasuk, kunci bindu, dasar, bindu, landasan,
aci, mata alat, motor, dll
Tujuan Selenggara :
- Menjadikan sistem kerja yang cekap dan konsisten
- Mengurangkan kerosakan dan kelalaian
menggunakan mesin
- Memastikan penggunaan sesuatu mesin atau
peralatan lebih berkesan
- Menunjukkan cara bagaimana hendak
menggunakan sesuatu peralatan atau mesin
Bagaimana mengenalpasti perlu diselenggara :
- Berdasarkan jadual berkala
- Operasi mesin kurang memuaskan
- Bahagian mula longgar
- Bunyi geseran / nyaring
Kaedah untuk menyelenggara :
- Mencuci (Cleaning)
- Pelinciran (Lubrication)
- Pemeriksaan (Inspection)
- Membetulkan kerosakan (Repair Damage)
- Mutu Pengendalian (Quality Control)
Jenis minyak dan fungsinya :
- Gris
- Pelincir
- Brasso
- Multipurpose Spray

5
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Bangunan (Building) Kepentingan penyelenggaraan :


- Pengekalan aspek-aspek keselamatan dan
keselesaan
- Pengekalan fungsi dan prestasi bangunan
- Pengekalan imej dan rupa bentuk bangunan
- Pengekalan nilai asset bangunan
Bahagian bangunan yang perlu diselenggara :
Pintu, Tingkap, Perabot, Kaca Tingkap, Kerangka tingkap,
Pemegang pintu, Engsel, Mangga, Selak Pintu, Pendakap
pintu, Aksesori Perabot
Tujuan Selenggara :
- Bahan mudah tercemar akibat habuk atau kotoran
- Berkarat pada bahagian-bahagian yang dibuat
daripada logam
Bagaimana mengenalpasti perlu diselenggara :
- Bahagian mula berkarat / retak
- Warna yang telah pudar akibat kotoran
- Bunyi geseran / nyaring
- Bahagian yang longgar akibat terlalu kerap
digunakan
Alatan untuk menyelenggara :
- Bahan dan Peralatan Meminyak
Jenis minyak dan fungsinya :
- Gris
- Pelincir
- Brasso
- Multipurpose Spray

Kenderaan (Vehicle) Kepentingan penyelenggaraan :


- Pengekalan aspek-aspek keselamatan dan
keselesaan
- Mengelakkan dari berlakunya masalah yang serius
- Jangka hayat kenderaan akan bertambah
- Mendapat pemanduan yang selesa dan
menjimatkan
- Meningkatkan keupayaan
- Menjimatkan perbelanjaan individu / organisasi
- Mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan
produktif
Bahagian bangunan yang perlu diselenggara :
Engine, Drive train, Chassis (Brake, Suspension, Steering),
Body electrical, Body
Bagaimana mengenalpasti perlu diselenggara :
- Berdasarkan jadual berkala

6
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

- Operasi kenderaan kurang memuaskan


- Bunyi geseran / nyaring

Alatan untuk menyelenggara :


- Minyak, komponen kenderaan, bateri dll
Jenis minyak dan fungsinya :
- Minyak mineral
- Minyak semi sintetik
- Minyak sintetik

Bahan & Peralatan Pejabat Kepentingan penyelenggaraan :


- Pengekalan aspek-aspek keselamatan dan
keselesaan
- Pengekalan fungsi dan prestasi peralatan
- Pengekalan imej dan rupa bentuk peralatan
- Pengekalan nilai asset pejabat
- Bahan mudah tercemar akibat habuk atau kotoran
- Penggunaan yang berterusan
Peralatan pejabat yang perlu diselenggara :
Kerusi, Kabinet, Rak, Laici, Kabinet besi, Mesin Fotokopi,
Mesin Shredder, Whiteboard, Penghawa Dingin, Aksesori,
Kanopi
Bagaimana mengenalpasti perlu diselenggara :
- Bahagian mula berkarat / retak / pecah / berhabuk
- Warna yang telah pudar akibat kotoran
- Bunyi geseran / nyaring
- Bahagian yang longgar akibat terlalu kerap
digunakan
Alatan untuk menyelenggara :
- Bahan Pencuci, Peralatan Meminyak, Kain dll
Jenis minyak dan fungsinya :
- Gris
- Kain lap
- Pelincir
- Brasso
- Multipurpose Spray

7
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

1.3 MENYEDIAKAN JADUAL PENYELENGGARAAN JENTERA

“Machinery maintenance schedule” atau Jadual Penyelenggaraan Jentera merupakan suatu


perkara penting dalam industri. Ia kebiasaannya dilakukan oleh jurutera penyelenggaraan
jentera (maintenance engineer). Tugas seorang jurutera penyelenggaraan jentera ialah
melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan asas pada mesin/jentera. Mereka
membersihkan dan melincirkan mesin/jentera, melakukan ujian diagnostic asas, pemeriksaan
prestasi mesin dan menguji bahagian mesin yang rosak untuk menentukan sama ada
pembaikan utama diperlukan.

1.3.1 MENYEDIAKAN JADUAL PENYELENGGARAAN JENTERA MENGIKUT SPESIFIKASI KERJA


DENGAN BETUL

 Tenaga Pekerja

Sebelum menentukan tenaga kerja yang diperlukan untuk penyelenggaraan jentera,


penyelia perlu menentukan hasil penyelenggaraan yang ingin dicapai. Selain
penjadualan penyelenggaraan, penyelia atau jurutera perlu mengenalpasti masalah dan
kemungkinan yang akan dihadapi. Dengan meminimumkan penggunaan kuasa dan
menjalankan tugas-tugas penyelenggaraan dengan cekap membolehkan pengurangan
kos berlaku. Strategi penyelenggaraan jentera yang baik dan berkesan membolehkan
kecekapan tenaga dimanfaatkan sekaligus menjimatkan perbelanjaan industri.

 Perancangan dan Penjadualan

- Penyelia menentukan sama ada kerja itu perlu dilakukan oleh pekerja
(jurutera / kontraktor) yang pakar
- Jangan sekali-kali mengambil risiko memberikan tugasan kepada pekerja
yang tidak bersedia atau belum kompeten
- Merancang kerja dengan teliti sebelum memulakan kerja
- Keluarkan dan patuhi arahan kerja dengan selamat. Ia bertujuan
mengelakkan kemalangan yang tidak diduga dan mengurangkan risiko
bahaya
- Pastikan pekerja penyelenggaraan adalah cekap dan memakai pakaian
dan peralatan (Personal Protective Equipment) yang selamat dan sesuai
mengikut SOP.
- Kawasan kerja selamat
- Akses yang selamat (Pergerakan keluar masuk jentera)
- Pastikan keselamatan orang sekeliling berada dalam keadaan selamat
(contohnya pekerja atau kontraktor lain yang berdekatan)
- Sediakan papan tanda AMARAN dan halangan diletakkan pada kawasan-
kawasan tumpuan yang bersesuaian.

8
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

 Perbelanjaan untuk latihan

- Latihan semasa kerja dalam industri adalah penting bagi melahirkan


pekerja yang memiliki kemahiran yang bersesuaian
- Dapat meningkatkan produktiviti serta daya saing pekerja dalam
organisasi / industri
- Kerajaan Malaysia telah menekankan kepentingan pelaburan modal
manusia terutamanya latihan dengan memperuntukkan jumlah
perbelanjaan negara yang besar bagi tujuan ini.
- Setiap majikan di industri / organisasi perlu memberi penekanan dan
pendedahan mengenai ‘latihan semasa kerja’ kepada semua pekerja di
industri mereka.
- Penumpuan ‘latihan semasa kerja’ memberikan pelaburan baik kepada
industri untuk tempoh jangka masa singkat dan lama.

 Program Kerja

 Tempoh kerja

Keberkesanan sistem penyelenggaraan bergantung kepada kerja-


kerja merekod aktiviti senggaraan. Sistem rekod yang baik akan
menjamin kerja-kerja senggaraan yang lebih berkesan.
Antara langkah-langkah yang diambil sebelum sesuatu kerja
senggaraan dilakukkan ialah :

1. Arahan kerja
2. Jadual kerja
3. Kos senggaraan
4. Belanjawan
5. Rekod peralatan

9
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

 Turutan kerja

Rajah 2 : Proses Pengurusan Sistem Penyelenggaraan

Contoh Rekod Senggaraan

Bil Tarikh Nama mesin Jenis Jenis Ulasan Nama Tandatangan


Kerosakan alat juruteknik
ganti

10
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Contoh Kos Senggaraan

Kos Senggaraan Tahun ……………


Pekerja Mesin / Peralatan Skop Kerja
Kerja Lebih Bayaran Gaji Nama Mesin / Kos Senggaraan Jenis Kerja
Masa Peralatan

11
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Contoh Jadual Penyelenggaraan

Nama mesin :
Jenis :
No. Daftar :
Department :
Juruteknik :
Tarikh :
Bil. Jenis Kerosakan Jenis Alat Ganti Kos Penyelenggaraan Catatan
1.

2.

3.

4.

5.

Name :
Date :

 Laporan (Report)

 Laporan Inventory
 Laporan kemajuan kerja
 Laporan kewangan

12
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Laporan Inventory

Pengurusan stor, harta modal dan inventori yang baik dan sistematik dapat membantu pihak
pengurusan organisasi terutama majikan dalam membuat keputusan, merancang pembelian
stok bahan untuk kegunaan industri dan boleh mengawal kos yang diperlukan.

Inventori ialah barang tidak luak dan kos perolehannya melebihi RM500 setiap unit dan tidak
memerlukan penyenggaraan biasa. Antara contoh inventori ialah peralatan dan kelengkapan
pejabat, seperti alat pengira, mesin fotokopi, mesin shredder, kipas angina, penghawa dingin,
dan juga perabot ; permaidani, langsir iaitu termasuklah kerusi, meja, cabinet besi dan almari.

Semua asset hendaklah diguna dan dikendalikan dengan cekap, mahir dan teratur bagi tujuan :

- Mengurangkan pembaziran
- Menjimatkan kos
- Mencapai jangka hayat
- Mencegah penyalahgunaan
- Mengelakkan kehilangan

13
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Jadual 2 : Kod Daftar Inventori

14
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Rajah 3 : Daftar Harta Modal

15
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Jadual 3 : Borang Penyelenggaraan Harta Modal

16
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Rajah 4 : Pengurusan Stor sebagai Satu Elemen Dalam Pengurusan Bekalan

17
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Laporan Kemajuan Kerja

Rajah 5 : Carta Alir Penyenggaraan

18
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Jadual 4 : Borang Penyenggaraan

Jadual 5 : Jadual Penyenggaraan Bulanan

19
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Laporan Kewangan

Kos senggaraan = Jumlah kos pekerja + kos bahan ganti

Kebiasaannya, belanjawan dibuat setahun sekali. Jumlah wang yang diperuntukkan ke bahagian
senggaraan bergantung kepada kos senggaraan yang telah dibuat dalam masa setahun.
Biasanya hitung panjang kos senggaraan setahun akan dijadikan asas dalam jumlah peruntukan
tahunan.

[Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA)]


Kesihatan dan Keselamatan
Penjagaan Majikan

Peruntukan mengenai kesihatan dan keselamatan terletak di dalam Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA). Selaras dengan Akta ini, ia dalah kewajipan setiap majikan
dan mereka yang bekerja sendiri untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
semua pekerja ketika melakukan pekerjaan.

Kewajipan yang telah disebut di atas adalah termasuk penyediaan dan penyelenggaraan loji dan
sistem kerja yang selamat dan tidak mendatangkan risiko kepada kesihatan; pengurusan untuk
menjamin keselamatan dan ketiadaan risiko terhadap kesihatan dalam penggunaan atau
pengendalian, penyimpanan loji dan bahan; penyediaan maklumat, arahan dan penyeliaan;
kweujudan cara yang selamat untuk akses masuk dan keluar; dan pengadaan dan
penyenggaraan persekitaran kerja yang selamat dengan kemudahan yang mencukupi bagi
kebajikan pekerja di tempat kerja.

Adalah menjadi kewajipan setiap majikan dan orang yang bekerja sendiri untuk menyediakan
(dan menyemak semula apabila perlu) polisi keselamatan dan kesihatan yang wujud dan dasar
yang terlibat itu haruslah diwujudkan di dalam organisasi tersebut. Segala dasar dan apa-apa
semakan di dalamnya dikehendaki untuk disampaikan oleh majikannya kepada semua
perkerjanya.

Apabila perkara-perakara yang disebut telah dilanggar,maka pesalah boleh dikenakan denda
tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Seksyen 15-19 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

20
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Perlindungan Percuma

Terdapat beberapa peruntukan undang-undang berkaitan dengan perlindungan peribadi dan


peralatan untuk perlindugan terhadap bahan-bahan berbahaya iaitu Akta Kilang dan Jentera
1967 , Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994(Akta 514) dan Peraturan-Peraturan
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia
Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.

Kelengkapan perlindungan diri (PPE) termasuk gogal, sarung tangan, sarung kaki, topi, dan
losyen pelindung telah disentuh di bawah Akta Jentera 1967. Total kos dan caj bagi penyediaan
PPE tidak boleh dikenakan ke atas pekerja di mana Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 telah menyatakan bahawa Tiada majikan boleh melevi atau membenarkan untuk dilevi ke
atas mana-mana pekerjanya apaapa caj berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau
diadakan menurut Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

Tanggungjawab pekerja adalah untuk memakai (atau menggunakan) PPE yang disediakan oleh
majikan dalam mencegah risiko keselamatan dan kesihatan serta mematuhi arahan berkenaan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan pekerja yang disediakan oleh majikan atau mana-mana
orang lain di bawah Akta 514.

Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard


Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 mempertimbangkan peruntukan
(PPE)kelengkapan pelindung diri yang diluluskan sebagai langkah kawalan (untuk mengawal
bahan kimia berbahaya kepada kesihatan).

Sumber: Seksyen 24 Akta Kilang dan Jentera 1967, Seksyen 24 & 26 Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994(Akta 514), Peraturan 15 (1) Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada
Kesihatan) 2000

Latihan

Selaras dengan (Akta 514), ia adalah tugas am majikan untuk memberikan arahan dan latihan
kepada pekerjanya.

Selaras dengan Akta Kilang dan Jentera 1967, Tiada seorang pun boleh diambil kerja pada
mana-mana mesin atau dalam apa-apa proses, yang merupakan mesin atau proses yang boleh
menyebabkan kecederaan badan, melainkan jika dia telah diberi arahan sepenuhnya tentang
bahaya yang mungkin berbangkit berkaitan dengannya dan langkah-langkah untuk dipatuhi,
dan telah menerima arahan yang mencukupi tentang kerja pada mesin atau proses itu; atau di
bawah pengawasan yang mencukupi oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan dan
pengalaman tentang mesin atau proses itu

21
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard


Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 juga mempunyai peruntukan
berkaitan latihan dan arahan untuk pekerja dan memerlukan majikan untuk menyediakan
maklumat, arahan dan latihan yang perlu untuk membolehkan mereka tahu dan sedar akan
risiko kepada kesihatan apabila berlakunya pendedahan sedemikian dan langkah pencegahan
yang perlu diambil.

Majikan hendaklah mengkaji semula dan menjalankan program latihan- (a) sekurang-kurangnya
sekali dalam dua tahun; (b) jika terdapat perubahan dalam maklumat tentang bahaya bahan
kimia berbahaya kepada kesihatan, amalan kerja selamat atau langkah-langkah kawalan; atau
(c) setiap masa yang pekerja diberi tugas baru atau ditugaskan ke kawasan kerja baru di mana
mereka terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

Semua program latihan hendaklah didokumenkan dan disimpan untuk pemeriksaan oleh mana-
mana pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Sumber:
Seksyen 26 Akta Kilang dan Jentera 1967 , Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994(Akta 514) dan Peraturan 22 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Penggunaan & Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan)
2000

Sistem Pemeriksaan Buruh

Tiada satu peruntukan undang-undang khas mengenai sistem pemeriksaan buruh di negara ini.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) membincagkan perkara -perkara
seperti kuasa untuk masuk, memeriksa, meneliti, menyita dan lain-lain dan seksyen 43 adalah
peruntukan lanjut berhubungan dengan pemeriksaan. Bahagian-bahagian ini hanya terpakai
untuk pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Sementara itu, Bahagian XIV Akta Kerja 1955 perbincangan mengenai pemeriksaan yang boleh
dilakukan oleh Ketua Pengarah.

Sistem pemeriksaan buruh bergantung kepada kuasa dalam tangan pihak berkuasa yang telah
diberikan oleh undang-undang bertulis. Merujuk kembali kepada undang-undang yang
berkaitan, Akta 514 dan Akta Kerja 1955, kuasa pihak berkuasa adalah berbeza. Pemeriksaan
buruh dijalankan oleh orang yang berbeza iaitu pegawai kesihatan atau Ketua Pengarah dan
kuasa yang mereka miliki untuk memeriksa adalah sedikit berbeza. Ketua Pengarah mempunyai
kuasa untuk masuk tanpa notis terlebih dahulu pada bila-bila masa di mana-mana tempat
pekerjaan di mana dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa
pekerja yang bekerja dan untuk memeriksa mana-mana bangunan yang diduduki atau
digunakan bagi apa-apa maksud yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut dan membuat apa-
apa siasatan yang difikirkannya perlu berhubungan dengan apa-apa perkara dalam Akta Kerja
1955. Sebaliknya, pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah pada bila-bila masa
yang munasabah dan apabila dikemukakan perakuan pemberikuasaannya memasuki,

22
NOTA KULIAH 1 – DPC 4133

memeriksa dan meneliti mana-mana tempat kerja selain daripada tempat yang digunakan
semata-mata bagi maksud kediaman dengan syarat bahawa dia boleh memasuki tempat
kediaman itu dengan kebenaran pemunyanya atau jika dia mempunyai sebab munasabah untuk
mempercayai bahawa pelanggaran Akta 514. Manakala, Ketua Pengarah boleh masuk tanpa
memberi sebarang notis tetapi pegawai itu mempunyai tanggungjawab untuk menghasilkan sijil
kebenaran masuk. Ini adalah berdasarkan seksyen 39 (1) Akta 514 dan Seksyen 65 Akta 265.

Peraturan mengenai Kesihatan dan Keselamatan

 Kerja 1955 (Akta 265) / Employment Act 1955(Act 265)


 Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) / Occupational Safety and Health
Act 1994 (Act 514)
 Kilang dan Jentera 1967 / Factories & Machinery Act 1967
 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994(Akta 514), Peraturan 15 (1) Peraturan-
Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard
Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 / Occupational Safety &
Health (Use & Standards of Exposure of Chemical Hazardous to Health) Regulations
2000

Rujukan Tambahan :

www.dosh.gov.my/AktaKesihatandanKeselamatanPelajar1994

https://www.slideshare.net/ZUZANMICHAEL/vet-4093-pengurusan-stor-harta-modal-dan-
inventori

23

Anda mungkin juga menyukai