Anda di halaman 1dari 31

UNIT 4

PENEMPATAN LOJI
DAN
SUSUNATUR KELENGKAPAN
PENGENALAN
Faktor penting yang perlu diambil kira semasa membuat
keputusan untuk menempatkan operasi syarikat ialah:

 Lokasi atau penempatan loji ini adalah elemen kritikal yang


menentukan kos dan keuntungan syarikat.

 Kos yang terlibat termasuklah kos pengangkutan, cukai, gaji


dan bahan mentah yang berkaitan dengan pemilihan lokasi
loji syarikat tersebut.

 Susunatur loji di mana ia adalah merupakan susunan


pekerja, mesin dan bahan mentah yang menjadi ramuan
penting kepada sesuatu operasi kerana kecekapan dan
keberkesanan sesuatu operasi tidak akan tercapai tanpanya.
DEFINASI

 Penempatan loji boleh didefinasikan


sebagai lokasi yang dipilih oleh sesebuah
syarikat untuk membina loji dan menjalankan
operasi syarikat tersebut setelah mengambil
kira faktor-faktor yang akan mempengaruhi
kos keseluruhan samada jangka pendek atau
jangka panjang syarikat tersebut.
DEFINASI

 Susunatur loji pula adalah merupakan


aktiviti perancangan terhadap penyusunan
optimum kelengkapan industri termasuk
pekerja, peralatan, ruang menyimpan,
peralatan kendalian bahan dan servis serta
rekabentuk bangunan untuk mencapai tahap
pengeluaran yang paling cekap.
DEFINASI

Penyusunan optima yang


dimaksudkan di sini adalah untuk merancang
sesuatu rekabentuk susunatur supaya dapat
menggunakan setiap inci kawasan yang ada
dengan sebaik mungkin untuk mencapai
objektif meminimakan kos pengeluaran dan
pengendalian bahan.
OBJEKTIF PENEMPATAN LOJI
 Memaksimakan kelebihan lokasi tersebut untuk
kepentingan syarikat.

 Beberapa faktor perlu diambil kira di dalam pemilihan


lokasi loji iaitu produktiviti tenaga buruh tempatan,
pertukaran wang asing (sekiranya syarikat
menempatkan loji di luar negara) dan sikap
masyarakat tempatan terhadap industri, kesatuan
sekerja, pencemaran, cukai dan sebagainya supaya
objektif penempatan loji dapat dicapai dengan sebaik
mungkin.
FAKTOR UTAMA PEMILIHAN LOKASI LOJI

1. Produktiviti Tenaga Buruh Tempatan

 Faktor upah yang murah bagi tenaga buruh


tempatan selalunya menjadi sebab utama untuk
membina kilang di lokasi tersebut.

 Apa yang menarik minat pengurusan untuk


melabur di tempat tersebut adalah gabungan
antara produktiviti dan kadar upah tenaga buruh.
FAKTOR UTAMA PEMILIHAN LOKASI LOJI
2. Pertukaran Matawang Asing

 Kedua-dua faktor iaitu kadar upah dan produktiviti


menyebabkan kebanyakan syarikat gergasi seperti di
Amerika Syarikat dan Jepun melabur di negara-
negara sedang membangun seperti di Asia Tenggara
termasuklah negara kita Malaysia.

 Faktor kadar pertukaran matawang yang rendah di


negara-negara ini membolehkan syarikat besar ini
mengekspot barangan dari negara pengeluar ke
negara-negara lain dengan penjimatan kos yang
tinggi.
FAKTOR UTAMA PEMILIHAN LOKASI LOJI

3. KOS –KOS

 Kos penempatan loji boleh dibahagikan kepada dua iaitu


yang ketara dan tidak ketara (tangible and intangible
costs).

 Kos nyata adalah kos yang boleh di kenalpasti dan di


kira secara terperinci.

 Kos yang tidak nyata adalah seperti kos masa hadapan,


hanya boleh dikira melalui teknik-teknik tertentu.
FAKTOR UTAMA PEMILIHAN LOKASI LOJI

4. Sikap

 Sikap kerajaan persekutuan, negeri, dan tempatan


terhadap harta persendirian, zon, pencemaran dan
kestabilan kerja akan sentiasa berubah.

 Faktor ini perlu diambil kira kerana ia juga akan


mempengaruhi keputusan sesuatu syarikat untuk
melabur ditempat tersebut.
ANALISA TITIK PULANG MODAL
(COST-VOLUME ANALYSIS) DI DALAM
PENEMPATAN LOJI

 Analisa ini memerlukan kita untuk mengenalpasti kos


tetap dan berubah serta mencatat pada setiap lokasi
untuk mengetahui lokasi yang mempunyai kos paling
rendah.

 Kaedah ini boleh dibuat samada dengan pengiraan


matematik atau secara melukis graf.
ANALISA TITIK PULANG MODAL
(COST-VOLUME ANALYSIS) DI DALAM
PENEMPATAN LOJI (SAMB…..)

3 Tiga Langkah Asas ialah :

 Kenalpasti kos tetap dan berubah pada setiap lokasi


 Plotkan kos pada setiap lokasi, dengan kos pada
paksi menegak dan volum tahunan pada paksi
mendatar.
 Pilih lokasi yang mempunyai kos keseluruhan paling
rendah dari kapasiti jangkaan pengeluaran (expected
production volume)
OBJEKTIF SUSUNATUR KELENGKAPAN
LOJI

 Bagi memastikan bahawa aliran kerja yang bermula


dari bahan mentah sehingga menjadi barangan yang
siap untuk penghantaran, berjalan dengan lancar dan
teratur.

 Matlamat pengurusan juga adalah untuk mengatur


sistem tersebut supaya beroperasi pada tahap paling
cekap dan berkesan
OBJEKTIF SUSUNATUR KELENGKAPAN LOJI

Sesebuah susunatur loji yang baik perlu berpandukan


objektif-objektif seperti berikut:

 Memberi kemudahan kepada proses pembuatan


yang dijalankan. Ia dapat dipenuhi dengan:

 Meminimakan pengendalian bahan.


KEPENTINGAN SUSUNATUR
KELENGKAPAN LOJI

Kepentingan susunatur boleh diringkaskan seperti


berikut:

 Aliran bahan yang berkesan menjadi asas susunatur


loji dan efektif.
 Corak aliran bahan menjadi asas kepada susunatur
yang efektif.
 Susunatur yang efektif terhadap corak aliran bahan
akan menghasilkan operasi yang cekap dalam
setiap proses
KEPENTINGAN SUSUNATUR
KELENGKAPAN LOJI (samb….)

 Susunatur yang efektif terhadap corak aliran bahan


akan menghasilkan operasi yang cekap dalam setiap
proses terbabit.

 Operasi yang cekap dalam setiap proses membuat


kos pengeluaran berada di tahap optimum.

 Kos pengeluaran yang minimum pasti akan


membawa kepada keuntungan yang maksimum.
JENIS-JENIS SUSUNATUR LOJI

Susunatur Keluaran/Produk

 Bahan mentah bergerak pada satu aliran yang


menyerupai satu garis, melalui turutan-turutan
proses yang telah dirancang dan akhirnya menjadi
keluaran yang siap pada penghujung aliran itu.
Susunan ini dikenali juga sebagai susunan garis.

 Contohnya perusahaan automobil, elektronik,


makanan dalam tin dan lain-lain.
JENIS-JENIS SUSUNATUR LOJI

Kelebihan susunatur keluaran ialah :

 Masa kerja digunakan sepenuhnya


 Melahirkan pekerja berkemahiran tinggi
 Mengurankan kos pengendalian bahan
 Menghasilkan jumlah keluaran yang banyak
JENIS-JENIS SUSUNATUR LOJI

Kelemahan susunatur keluaran


– Susah untuk diubahsuai sekiranya keluaran
bertukar.
– Pelaburan membeli mesin dan peralatan tinggi.
– Pekerja akan mahir dalam satu bidang sahaja.
– Kerosakan sebuah mesin mungkin akan
memberhentikan keseluruhan proses.
JENIS-JENIS SUSUNATUR LOJI

Susunatur Fungsi/Proses

 Susunatur jenis ini meletakkan semua peralatan


dan mesin yang membuat operasi atau proses
yang serupa disuatu tempat.

 Susunatur ini biasanya digunakan oleh syarikat


yang mengeluar barangan dalam kuantiti yang
sedikit tetapi pelbagai jenis.
JENIS-JENIS SUSUNATUR LOJI

Kelebihan Susunatur Fungsi/Proses

 Boleh menghasilkan pelbagai jenis keluaran


 Menjadikan pekerja mahir dalam pelbagai operasi
 Kerosakan pada satu mesin tidak menghalang
proses pengeluaran yang lain
 Penggunaan mesin yang berkesan dan sepenuh
masa
 Penyeliaan yang khusus boleh diberikan kepada
pekerja
JENIS-JENIS SUSUNATUR LOJI

Kelemahan Susunatur Fungsi/Proses

 Bahan kerja yang seimbang adalah sukar dipastikan


untuk setiap woksyop
 Masalah koordinasi diantara woksyop akan timbul
 Penggunaan bahan yang berlebihan
 Memerlukan ruang loji yang lebih besar
 Masa yang lebih diperlukan untuk melatih pekerja
menjadi mahir
JENIS-JENIS SUSUNATUR LOJI

 Susunatur Kedudukan Tetap


- Susunatur ini jarang sekali digunakan dalam
industri masa kini.
- Ia meletakkan komponen atau bahan yang
besar-besar disuatu tempat yang tetap manakala
pekerja, peralatan, mesin dan komponen atau
bahan kecil dibawa ke tempat dimana bahan
atau komponen yang besar tadi diletakkan untuk
melakukan operasi-operasi yang diperlukan.
JENIS-JENIS SUSUNATUR LOJI

Kelebihan Susunatur Kedudukan Tetap

 Pengendalian bahan/komponen besar dapat


dikurangkan
 Penukaran terhadap hasil keluaran boleh dilakukan
dengan mudah
 Perancangan yang sedikit diperlukan
 Jumlah keluaran boleh diubah mengikut turun naik
permintaan
JENIS-JENIS SUSUNATUR LOJI

 Kelemahan Susunatur Kedudukan Tetap.

– Pengendalian bahan/komponen kecil bertambah.


– Susah untuk mengekalkan pekerja bekerja
sepenuh masa.
– Pelaburan yang besar untuk membeli peralatan.
JENIS-JENIS SUSUNATUR LOJI

Susunatur gabungan

 Susunatur gabungan adalah merupakan gabungan


dari ketiga-tiga jenis susunatur diatas
CIRI-CIRI SUSUNATUR LOJI YANG BAIK

 Mudah tetap dapat berfungsi dengan berkesan.


 Susunatur dapat mencapai objektif yang
diharapkan.
 Boleh diubahsuai dengan mudah mengikut masa
dan keadaan.
 Menampakkan tujuan yang jelas tentang apa yang
hendak dicapai.
 Dapat menggunakan masa kerja yang berkesan.
CIRI-CIRI SUSUNATUR LOJI YANG BAIK

 Menyediakan keadaan yang selamat dan selesa


untuk pekerja
 Membolehkan senggaraan terhadap mesin/peralatan
dilakukan dengan mudah pada setiap masa.
 Mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan
jumlah keluaran.
 Menggunakan segala peralatan, mesin, pekerja dan
juga bahan dengan cara yang paling cekap dan
ekonomikal.
KESIMPULAN

INGATAN….

LOKASI LOJI DAN SUSUNATUR


KELENGKAPAN YANG BAIK AKAN
MENGHASILKAN KECEKAPAN MAKSIMA
DI DALAM OPERASI SESEBUAH
SYARIKAT….
TUGASAN 3…

Dapatkan susunatur tempat berikut dan bincangkan


apakah perbezaan di antaranya serta apakah
kebaikan dan keburukan susunatur tersebut:

1. Bengkel mesin/ Kimpalan di Politeknik


2. Sebuah bank berdekatan tempat anda
3. Restoran Makanan Segera
4. Supermarket di dalam kompleks membeli belah
atau kedai runcit berdekatan
TAMAT
UNIT 4

Anda mungkin juga menyukai