Anda di halaman 1dari 3

2.

4 PENGULIR

2.4.1 Pengulir Dalam

Pengulir dalam diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi atau keluli tahan lasak yang dikeraskan
dan dibajakan, dua atau empat lurah dipotong secara memanjang untuk mengizinkan tatal keluar
dan lelehan pemotong masuk. Dihujung batang dibuat bersegi untuk membolehkan perengkoh
memusingkan pengulir semasa mengulir. Pengulir dalam biasanya diperbuat dalam tiga jenis dalam
satu set. Untuk pemotongan sebarang saiz. Pengulir dalam disebut tirus, sedang dan pepat atau
tirus, kedua dan palam

i. Tirus

mempunyai tirus dari 8 hingga 10 ulir skru dan digunakan pada permulaan mengulir.Pengulir
memasuki lubang dan memotong sepenuhnya.

ii. Sedang

mempunyai 2 atau 3 ulir skru yang ditiruskan dan digunakan selepas mengunakan pengulir tirus.
Sekiranya lubang tembus pengulir ini tidak perlu digunakan kerana mengunakan pengulir tirus sahaja
sudah memadai.

iii. Pepat

mempunyai ulir hingga ke hujung dan pengulir ini hendaklah digunakan sebagai pengulir terakhir
apabila ulir skru penuh hendak dipotong hingga ke dasar.

2.4.2 Pengulir Luar

Pengulir luar ialah alat yang digunakan untuk memotong ulir skru luar, di satu permukaan
pengulir ditandakan saiz jenis ulir skru dan jarak ulir skrunya. Di permukaan ini juga ulir skru
ditiruskan sedikit untuk membolehkan pemotongan ulir skru bermula dengan mudah. Adalah sangat
mustahak pengulir dipasangkan ditempat yang betul didalam tonggak agar permukaan yang tirus
dapat memulakan proses mengulir. Beberapa jenis pengulir luar iaitu :-

i. Pengulir Luar Padu

Digunakan untuk memotong semula atau membetulkan benang yang rosak. Saiznya tetap dan tidak
boleh dilaraskan. Spanar yang sesuai boleh digunakan untuk memusingkan pengulir .

ii. Pengulir Luar Bulat Berbelah Boleh Laras

mempunya tiga skru pelaras yang membolehkan pelarasan dalam benang yang lebih atau kurang
daripada dalam benang piawai. Tonggak pengulir di guanakan untuk memusingkan pengulir itu.
Biasanya digunakan benang saiz kurang daripada 12mm.

iii. Pengulir Luar Bulat Berbelah Boleh Laras

mempunyai dua keping pengulir untuk tiap-tiap saiz dinomborkan 1 dan 2. Berbagai-bagai pelarasan
untuk saiz boleh dibuat . Digunakan untuk memotong ulir skru berdiameter besar.
2.4.3 Langkah-Langkah Mengulir

i. Pilih pengulir dalam dan perengkohnya yang betul untuk kerja yang dibuat. Gunakan
pengulir dalam tirus untuk permulaan mengulir.

ii. Masukan pengulir kedalam lubang setegak yang mungkin, tekan perengkuh kebawah
dengan daya tekanan sama pada kedua pemegangnya, dan pusingkan mengikut arah pusing
jam(untuk ulir skru kanan) lebih kurang dua kali.

iii. Tanggalkan perengkoh dan periksa kepersegian pengulir (90% dengan bahan kerja) pada
dua tempat.

iv. Sekiranya tidak tegak tanggalkan perengkoh dan laraskan kembali pengulir itu.

v. Apabila pengulir dalam telah mula memotong dan kepersegiannya telah diperiksa,
pusingkan pengulir itu lebih kurang setengah pusingan dan pusingkan balik kebelakang untuk
mematahkan tatal.

vi. Teruskan mengulir sehingga siap, gunakan pengulir kedua jika perlu, gunakan lelehan
pemotong yang sesuai semasa mengulir iaitu:

Bahan Jenis lelehan

Keluli, Kupram, Gangsa Minyak, Minyak Berlarut

Aluminium Paraffin, Minyak Berlarut

Loyang, Besi Tuangan Kering (tidak perlu lelehan)

vii. Apabila memotong ulir skru dilubang sekat (buntu), gunakan ketiga-tiga pengulir
mengikut turutan, tirus, sedang, dan akhir sekali gunakan pengulir pepat Sebelum menggunakan
pengulir pepat, keluarkan semua tatal dari lubang dan berhati-hati apabila pengulir telah menyentuh
dasar lubang, jangan di pusingkan lagi.

viii. Berikan perhatian yang lebih apabila mengunakan pengulir yang kecil kerana ia mudah
patah.
2.7.4 2.4.4 Sebab-Sebab Pengulir Dalam Patah

i. Tidak mengikut aturan mengunakan pengulir, mestilah menggunakan pengulir tirus


terlebih dahulu.

ii. Memaksa pengulir itu masuk dengan memusingkannya secara berterusan, sepatutnya
mestilah dipusingkan balik supaya tatal dapat di patahkah.

iii. Menggunakan daya tekanan yang kuat semasa memusingkan pengulir.

iv. Tidak mengunakan lelehan pemotong.

v. Tidak mengeluarkan tatal didalam lubang semasa mengulir lubang sekat.

2.7.5 2.4.5 Saiz Gerudi Pengulir Dalam

i. Saiz gerudi pengulir dalam ialah saiz gerudi yang digunakan untuk membolehkan
sebahagian daripada bahan didalam lubang tinggal agar dapat di potong oleh pengulir.Saiz gerudi
tersebut mestilah lebih kurang sama dengan garispusat kecil benang .

ii. Garispusat kecil boleh didapati dengan menolakan 2 kali dalam benang dari garispusat
besar benang contoh 1.

Saiz gerudi (SG) untuk benang M 20 x 2.5mm

SG = 20-2(0.5413 x 2.5)

= 20-2.71

= 17.29 mm.

Oleh itu , saiz mata gerudi yang dipilih mestilah yang paling hampir besar dengan 17.29mm. Dari segi
teori nya, saiz gerudi mestilah sama dengan saiz garispusat kecil benang tersebut tetapi dari segi
pratikal nya, pengulir di samping memotong ia juga mengesel puncak benang . Sekira nya saiz
lubang gerudi tidak dibesarkan sedikit, maka ini boleh menyebabkan pengulir itu tersepit atau patah.
Oleh yang demikian rumusan untuk saiz gerudi pengulir dalam yang mudah di ingati dan yang akan
memberikan 92% saiz benang penuh ialah:

SG = Garispusat besar –jarak benang.

Maka itu, saiz gerudi untuk benang M20 x 2.5

SG = 20 – 2.5

= 17.5 mm.

Anda mungkin juga menyukai