Anda di halaman 1dari 18

SMART FUEL INDICATOR

NAMA NO. PENDAFTARAN


MUHAMMAD AQIL BIN AHMAD BAIDZOWI (13DEM17F1006)
MUHAMMAD IZZAT BIN JAMIL (13DEM17F1003)
NOOR AMANIENA ASYRONY BINTI HELMY SHAM (13DEM17F1047)
NURFARIZAN BINTI ZAINUDDIN (13DEM17F1043)

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


SESI DIS 18

1|Page
AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

TAJUK : SMART FUEL INDICATOR


SESI : DIS 2018

1. Kami, 1. MUHAMMAD AQIL BIN AHMAD BAIDZOWI (13DEM17F1006)


2. MUHAMMAD IZZAT BIN JAMIL (13DEM17F1003)
3. NOOR AMANIENA ASYRONY BINTI HELMY SHAM (13DEM17F1047)
4. NURFARIZAN BINTI ZAINUDDIN (13DEM17F1043)

adalah pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Jabatan Kejuruteraan


Mekanikal, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, yang beralamat di KM 8, Jalan Paka,
23000 Dungun, Terengganu. (Selepas ini dirujuk sebagai ‘Politeknik tersebut’).

2. Kami mengaku bahawa ‘Projek tersebut di atas’ dan harta intelek yang ada di
dalamnya adalah hasil karya/ reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru mana-
mana harta intelek daripada pihak-pihak lain.

3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek ‘Projek tersebut’ kepada


‘Politeknik tersebut’ bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan Diploma
Kejuruteraan Mekatronik kepada kami.

2|Page
Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut;

a) MUHAMMAD AQIL BIN AHMAD BAIDZOWI


………………………………
(No. Kad Pengenalan:- 990226-14-5401),
MUHAMMAD AQIL BIN AHMAD BAIDZOWI

b) MUHAMMAD IZZAT BIN JAMIL


………………………………
(No. Kad Pengenalan:-990925-14-5347),
MUHAMMAD IZZAT BIN JAMIL
c) NOOR AMANIENA ASYRONY BINTI HELMY SHAM
………………………………
(No. Kad Pengenalan:- 990703-14-5974),
NOOR AMANIENA ASYRONY BINTI HELMY SHAM

d) NURFARIZAN BINTI ZAINUDDIN


………………………………
(No. Kad Pengenalan:- 920531-02-5075),
NURFARIZAN BINTI ZAINUDDIN
di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, pada

Di hadapan saya, ENCIK MASRUL NIZAM BIN MAHMOD


……………………………
(780422-08-6343)
ENCIK MASRUL NIZAM BIN MAHMOD
sebagai penyelia projek pada tarikh: March 2019

3|Page
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi serta selawat ke atas junjungan besar kita iaitu Nabi
Muhammad SAW dapatlah kami menyiapkan projek 1 dengan cemerlang dalam
tempoh yang telah ditetapkan iaitu selama 6 bulan tanpa menghadapi sebarang
masalah yang sukar diselesai sebagai syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan
Mekatronik sesi Dis 2018. Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya penyelia kami En
Masrul Nizam Bin Mahmod yang telah banyak memberi segala tunjuk ajar, nasihat,
dorongan serta kritikan membina kepada kami sehinggakan kami berjaya menyiapkan
laporan projek akhir ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang
banyak membantu dari segi pandangan dan kewangan dalam menyiapkan tugasan
projek akhir ini.Tidak dilupakan juga penghargaan kepada pihak Politeknik kerana
memberi kami peluang dalam Projek Akhir ini.

Dengan ini kami bersyukur ke hadrat Allah SWT maka siaplah projek akhir ini. Harapan
kami semoga laporan ini dapat dijadikan contoh dan panduan kepada pihak-pihak yang
berkenaan pada masa hadapan

4|Page
BAB 1
PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN :

Pada era-globalisasi ini , kereta berada di mana-mana dan sering digunakan dalam
kehidupan seharian. Oleh kerana lebih ramai mempunyai kereta sendiri, stesen bahan
api menjadi lebih penting dan pengguna bergantung kepada stesen minyak untuk
mengepam gas.

Sensor tahap dalam tangki bahan api kenderaan sebenarnya adalah gabungan tiga
komponen; sebuah terapung, tongkat penggerak dan perintang. Gabungan komponen
ini menghantar isyarat berubah-ubah kepada tolok bahan api atau peranti elektronik
yang mengukur tolok bahan api. Sensor juga sering dirujuk sebagai penghantar. Ia
adalah sistem yang agak mudah apabila fungsi setiap bahagian komponen difahami.

Pam bahan api berfungsi untuk mengepam petrol dari tangki kenderaan ke enjin dan
juga mengedarkan bahan api di bawah tekanan rendah ke karburetor atau ke sistem
suntikan bahan api di bawah tekanan yang lebih tinggi. Enjin karburetor menggunakan
pam tekanan rendah, yang terletak di luar tangki bahan api. Enjin bahan api yang
disuntik biasanya menggunakan pam bahan api elektrik yang dipasang di tangki bahan
api.

5|Page
1.2 PENYATAAN MASALAH :

Punca tercetusnya idea kami untuk melaksanakan projek Smart Fuel Indicator adalah
kerana terdapat beberapa faktor yang dapat kami perhatikan daripada keadaan semasa
yang terdapat di dalam kereta antaranya adalah, jika pengguna ingin melihat kuantiti
minyak yang terdapat di dalam kereta, pengguna harus masuk ke dalam kereta dan
menghidupkan engin kereta untuk melihat kuantiti yang terdapat di dalam kereta
tersebut. Hal ini menyukarkan pengguna untuk melihatnya dari jarak jauh serta
membuangkan masa pengguna dengan hanya untuk memerhati kuantiti minyak
sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

Seterusnya, kuantiti minyak memainkan peranan penting bagi mengetahui berapakah


jarak yang dapat dipandu oleh sesebuah kereta. Namun, pemandu menghadapi
masalah seperti sukar untuk menganggarkan jarak yang dapat dibawa dengan melihat
kuantiti minyak yang terdapat di dalam kereta. Hal ini boleh menyebabkan pemandu
berasa ragu - ragu untuk memandu ke destinasi yang jauh.

Selain itu, kuantiti minyak juga adalah penting untuk kita perhatikan dari semasa ke
semasa. Namun, kebanyakkan pemandu tidak peka dengan jumlah kuantiti minyak
yang terdapat di dalam kereta pada tahap yang tertentu. Hal ini bole menyebabkan
pemandu berkemungkinan besar tidak menyedari bahawa minyak yang terdapat di
dalam kereta sudah kehabisan.

1.3 OBJEKTIF PROJEK :

i. Merekabentuk smart fuel indicator pada kereta.


ii. Membangunkan satu applikasi yang boleh memaparkan jumlah bahan api yang
terdapat dalam tangka minyak serta anggaran bacaan jarak perjalanan
berdasarkan KM/L.
iii. Membangunkan satu applikasi yang dapat memberikan amaran kandungan
minyak pada satu tahap yang tertentu.
iv. Membuat penyambungan kepada komponen – komponen dan pengujian pada
smart fuel indicator.

6|Page
1.4 SKOP PROJEK :

i. Menggunakan kereta suprima sebagai bahan ujian smart fuel indicator.


ii. Menggunakan level sensor dalam tangka minyak kereta suprima.
iii. Menggunakan ESP8266 NODEMCU untuk bacaan minyak pada kereta suprima.
iv. Menggunakan bekalan kuasa tambahan 12v pada modul smart fuel indicator.

1.5 TUJUAN PROJEK :

i. Memastikan pemandu dapat mengetahui jarak perjalanan yang dapat di pandu


berdasarkan kuantiti minyak sedia ada.
ii. Memudahkan pemandu untuk mengetahui kuantiti minyak semasa.

1.6 RUMUSAN BAB :


Projek ini tertumpu kepada semua golongan yang menggunakan kereta. Tujuan projek
ini adalah untuk menaik taraf sistem penunjuk takat minyak agar dapat memudahkan
pemandu. Hal ini bersesuian dengan keperluan pemandu yang mana mereka
memerlukan kemudahan sistem penunjuk takat minyak untuk mengetahui jumlah
kuantiti minyak pada kereta mereka.

7|Page
BAB 2
KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN :
Bab ini menerangkan komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan projek ini.
Selain itu juga, bab ini menerangkan kelebihan komponen utama yang digunakan.

2.2 PENGERTIAN PAM BAHAN API :


Pam bahan api yang dicipta pada tahun 1885 oleh S.F. (Sylvanus Freelove) Bowser
dan dijual kepada Jake Gumper, pemilik sebuah kedai runcit di Fort Wayne, Indiana.
Dia kemudian membentuk S. F. Bowser & Company dan memasarkan ciptaannya pada
tahun 1887. Dalam satu dekad ketika penggunaan automobil berkembang , perusahaan
Bowser menjadi sangat laku

Pada tahun 1905, Bowser mengulangi reka bentuk awalnya dengan " Self-Measuring
Gasoline Storage Pump", Model 102 "Chief Sentry", yang dikenali sebagai pemandu
sebagai stesen pengisian. Kebiasaanya, stesen pengisian ini hanya membendung pam
sampingan yang dipasang di sepanjang kaki lima dan di hadapan kedai. Pam Bowser
asal terdiri daripada tangki logam persegi dengan kabinet kayu dilengkapi dengan pam
sedutan yang dikendalikan oleh tindakan tuil tangan strok. Bermula pada tahun 1905,
Bowser menambah lampiran hos untuk mengeluarkan petrol terus ke tangki bahan
bakar kereta. Pada akhirnya, dia akan menambah perlindungan "kerang" yang selamat
kepada "Sentry Ketua" yang popular

8|Page
2.3 KAJIAN HARDWARE YANG DIGUNAKAN :

Pada projek yang akan dihasilkan ini, penggunaan pengawal mikro dari pengeluar
Atmel akan digunakan. Pengawal mikro dari pengeluar Atmel digunakan kerana mudah
untuk diperolehi berbanding dengan pengawal mikro dari pengeluar lain seperti
Motorola. Ini kerana jika berlaku kerosakan terhadap pengawal mikro ini, ianya mudah
dicari ganti di kedai elektronik.

 ESP8266 NODEMCU

ESP8266 atau dengan kata lain, NodeMCU didatangi dengan input USB. NodeMCU
dibentuk oleh ESP12E, yang masih mempunyai ESP8266EX di dalamnya. Lembaran
data NodeMCU, mengetahui antara pin ini bekerja dengan digital tulis, membaca digital,
menulis analog, dan bacaan analog

Secara praktikal NodeMCU dikenali sebagai Arduino. Walau bagaimanapun, ia harus


menekankan peranti ini mempunyai perbezaan, terutamanya mengenai pinning. Jika
anda menonton video ESP32 bertajuk "Rincian Dalaman dan Pinout," anda telah
mengetahui terdapat pin yang tidak boleh digunakan, atau yang dikhaskan untuk
perkara tertentu.

 SENSOR LEVEL

Sensor takat adalah peranti untuk menentukan tahap atau jumlah cecair, bahan lain
yang mengalir dalam sistem secara terbuka atau tertutup. Terdapat dua jenis
pengukuran tahap, iaitu, pengukuran tahap titik berterusan dan titik.

Sensor takat yang berterusan digunakan untuk mengukur tahap tertentu, tetapi mereka
memberikan hasil yang tepat. Sensor takat titik, sebaliknya, hanya menentukan jika
tahap cecair tinggi atau rendah.

Sensor takat biasanya disambungkan ke unit output untuk menghantar hasil kepada
sistem pengawasan. Teknologi terkini menggunakan penghantaran data tanpa wayar
ke sistem pemantauan, yang berguna dalam lokasi yang tinggi dan berbahaya yang
tidak dapat diakses oleh pekerja biasa.

9|Page
 FUEL PUMP

Pam bahan api adalah komponen penting yang kerap (tetapi tidak selalu) pada kereta
atau peranti pembakaran dalaman yang lain. Banyak enjin (enjin motosikal yang lebih
lama khususnya) tidak memerlukan sebarang pam bahan api sama sekali, hanya
memerlukan graviti untuk mengunakan bahan bakar dari tangki bahan api atau di
bawah tekanan tinggi ke sistem suntikan bahan api. Selalunya, enjin karburetor
menggunakan pam mekanikal tekanan rendah yang dipasang di luar tangki bahan api,
manakala enjin suntikan bahan api sering menggunakan pam bahan api elektrik yang
dipasang di dalam tangki bahan api (dan sesetengah enjin yang disuntik bahan api
mempunyai dua pam bahan api: satu tekanan rendah / jumlah tinggi bekalan pam
dalam tangki dan pam tekanan tinggi / rendah pada atau dekat enjin). Tekanan bahan
api perlu berada dalam spesifikasi tertentu untuk enjin berjalan dengan betul. Sekiranya
tekanan bahan api terlalu tinggi, enjin akan kasar, tidak membakar semua bahan api
yang dipam membuat mesin tidak cekap dan bahan pencemar. Sekiranya tekanan
terlalu rendah, enjin boleh musnah.

10 | P a g e
2.4 PENGENALAN INTERNET OF THINGS :

IoT (i-o-t) adalah singkatan kepada Internet of Things. Topik ini semakin popular di
zaman kemajuan teknologi sekarang.

Ia adalah satu konsep di mana peralatan, mesin, sensor dan peranti dihubungkan
dengan internet dan berlaku pengumpulan dan perpindahan data menerusi rangkaian.
Jika ia boleh dihubungkan dengan rangkaian internet atau menjadi sebahagian
daripada mesin yang berhubung dengan internet, dan ada pemindahan data, ia
dikategorikan sebagai IoT. Ini termasuklah camera, lampu, pembancuh kopi, mesin
basuh, pembaca nadi, telefon, smartwatch, alat sensor cahaya dan bunyi, palang dan
pagar rumah, rantai di leher kucing dan pelbagai lagi.

2.5 KAJIAN PROGRAMMING YANG DIGUNAKAN :

 Node-RED

Node- RED adalah alat pengaturcaraan untuk pendawaian bersama peranti


perkakasan, API dan perkhidmatan dalam talian dengan cara yang baru dan menarik.
Ia menyediakan editor berasaskan pelayar yang menjadikannya mudah untuk mengalir
bersama-sama dengan menggunakan pelbagai jenis nod dalam palet yang boleh
digunakan untuk runtime dalam satu klik.

Pengedaran aliran berasaskan penyemak imba

Node-RED menyediakan editor aliran berasaskan pelayar yang menjadikannya mudah


untuk mengalir bersama menggunakan pelbagai jenis nod dalam palet. Aliran boleh
kemudian dikerahkan ke runtime dalam satu klik.

Fungsi JavaScript boleh dibuat dalam editor menggunakan editor teks

Perpustakaan terbina dalam membolehkan anda menyimpan fungsi, templat atau aliran
berguna untuk digunakan semula.

11 | P a g e
Dibina pada Node.JSON

Runtime ringan ditubuhkan pada Node.js, memanfaatkan sepenuhnya model yang


didorong oleh acara, tanpa blok. Ini menjadikannya ideal untuk berjalan di tepi
rangkaian pada perkakasan murah seperti Raspberry Pi serta di awan.

Dengan lebih 225,000 modul dalam repositori pakej Node, mudah untuk
memperluaskan rangkaian nada palet untuk menambah keupayaan baru.

12 | P a g e
BAB 3

METODOLOGI
3.1 PENGENALAN :
Metodologi merupakan kaedah-kaedah atau tatacara yang digunakan bagi
melaksanakan projek secara terperinci. Langkah-langkah ini sangat penting dalam
melaksanakan projek ini bagi memastikan projek ini berjaya disiapkan pada masa yang
telah ditetapkan.

Dalam menghasilkan sesuatu projek, beberapa langkah yang perlu dilalui sebelum
projek berkenaan siap. Ia perlu dilakukan dengan penuh ketelitian agar dapat
menghasilkan sesuatu projek yang bermutu dan berkualiti. Penerangan seterusnya
akan menerangkan langkah Metodologi.

13 | P a g e
3.2 CARTA ALIR PERLAKSANAAN PROJEK

14 | P a g e
3.3 HARDWARE
i. ESP8266 NODEMCU

ii. Batteri 12V

iii. Sensor Takat

iv. Pam Bahan Api

15 | P a g e
3.4 SOFTWARE
I. NODE RED

II. C++

3.5 LUKISAN KEJURUTERAAN

16 | P a g e
3.6 ANGGARAN KOS

KOMPONEN HARGA

Esp8266 NODEMCU RM 25

Batteri 12V RM80

Sensor Takat RM39

Pam bahan api RM185

Jumlah RM 355

17 | P a g e
3.7 PENGUMPULAN DAN ANALISIS

1. Membuat perbandingan menggunakan tiga sensor takat yang berbeza

2. Apa yang akan berlaku sekiranya tangki minyak kosong selama tiga hari
berturut-turut.

3. Apa yang akan terjadi seandainya minyak ron95 dan ron97 bercampur

18 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai