Anda di halaman 1dari 269

MODUL

POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

J3022
TEKNOLOGI BAHAN 1
AHMAD FAHMI FADZIL
WAN ABD AZIZ WAN KADIR
NAZRI WAHAB

http://modul2poli.blogspot.com/

(POLIMAS)
(POLIMAS)
(POLIMAS)

BIODATA PENULIS MODUL

J3022 TEKNOLOGI BAHAN 1

Nama
Alamat

Telefon
Kelulusan

Jawatan

Nama
Alamat

Telefon
Kelulusan
Jawatan

Nama
Alamat

Telefon
Kelulusan
Jawatan

: Ahmad Fahmi B. Fadzil


: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam
Shah, Bandar Darulaman, 06000 Jitra
Kedah
: 04-9174701 ext. 403
: Sarjana Pendidikan (Teknikal) (UTM)
Sarjana Muda Sains Kej. Mekanikal
(Bahan) (UTM)
Sijil Teknologi Pembuatan (POLIMAS)
: Pensyarah Teknik

: Wan Abd. Aziz B. Wan Kadir


: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam
Shah, Bandar Darulaman, 06000 Jitra
Kedah
: 04-9174701 ext. 403
: Dip. Kejuruteraan Mekanikal (Metalurgi)
serta Pendidikan
: Pensyarah Teknik

: Nazri B. Wahab
: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam
Shah, Bandar Darulaman, 06000 Jitra
Kedah
: 04-9174701 ext. 403
: Dip. Kejuruteraan Mekanikal (UTM)
Sijil Perguruan Asas (KDC)
: Pensyarah Teknik

http://modul2poli.blogspot.com/

SOAL SELIDIK MODUL OLEH PELAJAR


Tajuk Modul

: _________________________

Nama Pelajar : _______________________


Kursus

Kod Modul

: _____________

No. Pendaftaran: ____________

: ____________________________________

Nama Penulis Modul : ______________________________


Sila gunakan skala berikut untuk penilaian anda.

4
3
2
1

Sangat setuju
Setuju
Tidak setuju
Sangat tidak setuju

Arahan : Tandakan pada ruangan skor yang dipilih.


Bil

1
2
3
4
5
6
7

8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

ELEMEN PENILAIAN
1

SKALA
2
3

A. FORMAT
Susun atur muka surat adalah menarik.
Saiz font yang digunakan adalah senang untuk dibaca.
Saiz dan jenis gambar serta carta yang digunakan sesuai
dengan input.
Carta dan gambar senang dibaca dan difahami.
Jadual yang digunakan tersusun dengan teratur dan mudah
difahami.
Teks input disusun dengan cara yang mudah difahami.
Semua ayat berbentuk arahan dipamerkan dengan jelas.
B. ISI KANDUNGAN
Saya faham semua objektif dengan jelas.
Saya faham pada idea yang disampaikan.
Cara persembahan idea adalah menarik.
Semua arahan yang diberikan mudah difahami.
Saya boleh melaksanakan semua arahan yang diberikan
dalam unit ini.
Soalan dalam aktiviti adalah mudah dijawab.
Saya boleh menjawab soalan-soalan dalam penilaian kendiri.
Maklum balas boleh membantu mengenalpasti kesilapan saya.
Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami.
Gaya penulisan menarik.
Saya boleh mengikuti unit ini dengan mudah.
Unit ini memudahkan saya mempelajari & memahami topik ini.
Penggunaan modul ini menarik minat saya.

http://modul2poli.blogspot.com/

i
GRID KURIKULUM MODUL TEKNOLOGI BAHAN 1 (J3022)

TOPIK
STRUKTUR BAHAN DAN SISTEM
ALOI PERDUAAN
LOGAM FERUS
KERJA LOGAM, PROSES TUANGAN
DAN RAWATAN HABA PADA KELULI
UJIAN MEKANIK
KAKISAN
LOGAM BUKAN FERUS
PLASTIK

UNIT 1 :
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9
1.10
1.11
UNIT 2

9
10
11
12

STRUKTUR BAHAN
Struktur Bahan
Atom
Unsur ( Elemen )
Campuran
Sebatian
Jadual Pekalaan Unsur
Ciri-ciri Jadual Perkalaan Unsur
Kegunaan Jadual Perkalaan Unsur
Konfigurasi Elektron
Hablur
Jenis-jenis ikatan Atom

(5 JAM)

(5 JAM )
Pemejalan Logam dan Aloi
Pertumbuhan Bijian
Logam Tulin
Aloi ( Pancalogam )
Larutan Pepejal
Jenis-Jenis Larutan Pepejal
Pemejalan Bahan
Pembentukan Teras Dalam Pemejalan Logam
Rajah Keseimbangan Fasa Bagi Sistem Aloi
Perduaan

SISTEM ALOI PERDUAAN

2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7
2.8
2.9

UNIT 3

UNIT

PENGELUARAN BESI DAN KELULI


3.1
Jenis-jenis Bijih Besi
3.2
Ciri-ciri Bijih Besi
3.3
Proses pengeluaran besi
3.4
Proses pengeluaran keluli

http://modul2poli.blogspot.com/

(2 JAM)

ii

UNIT 4
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7

KELULI KARBON BIASA


(4 JAM )
Alotropi Besi
Gambarajah Keseimbangan Besi Karbon
Juzuk-juzuk Mikro Pada Keluli Karbon Biasa
Keluli Karbon Biasa
Kesan Unsur Lain Kepada Keluli Karbon Biasa
Klasifikasi dan Kegunaan Keluli Karbon Biasa
Had-had Keluli Karbon

5.5
5.6

KELULI ALOI DAN BESI TUANG (3 JAM)


Keluli Aloi
Pengkelasan Keluli Aloi
Besi Tuang
Faktor Yang Mempengaruhi Pembentukkan
Karbon Dalam Besi Tuang
Jenis-Jenis Besi Tuang
Kebaikan Besi Tuang

6.1
6.2

KERJA LOGAM
Kerja Sejuk
Kerja Panas

7.1
7.2
7.3
7.4

PROSES TUANGAN DAN


(4 JAM)
Tuangan Pasir
Tuangan Lilin
Tuangan Acuan Tekanan
Perbandingan di Antara Kaedah-Kaedah Tuangan

8.1
8.2
8.3

RAWATAN HABA PADA KELULI (3 JAM )


Penghabluran Semula
Proses Rawatan Haba
Proses Pegerasan Permukaan
(2 JAM)

9.1
9.2
9.3
9.4
9.5
9.6
9.7

UJIAN BAHAN
Sifat-Sifat Mekanik
Ujian Musnah
Ujian Tanpa Musnah
Ujian Penusukan Cecair
Ujian Serbuk Megnet
Ujian Ultra Sonik
Ujian Sinaran X
KAKISAN
Kakisan Pengoksidaan Terus
Kakisan Elektro Kimia
Bentuk Kakisan
Pencegahan Kakisan

(4 JAM )

10.1
10.2
10.3
10.4

UNIT 5
5.1
5.2
5.3
5.4

UNIT 6

UNIT 7

UNIT 8

UNIT 9

UNIT 10

http://modul2poli.blogspot.com/

(2 JAM )

iii
UNIT 11

LOGAM BUKAN FERUS


Aluminiun
Kuprum
Timah
Zink
Plumbum
Bahan Galas

(3 JAM )

11.1
11.2
11.3
11.4
11.5
11.6

PLASTIK
Polimer
Istilah-Istilah
Struktur polimer
Jenis-Jenis Rantai Polimer
Proses Pempolimeran
Jenis-Jenis Plastik
Sifat Am Plastik
Kebaikan Plastik
Keburukan Plastik
Kaedah Pembentukan Plastik

(4 JAM)

12.1
12.2
12.3
12.4
12.5
12.6
12.7
12.8
12.9
12.10

UNIT 12

http://modul2poli.blogspot.com/

iv
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL
1.

Modul ini dibahagikan kepada 12 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang
sama.

2.

Muka surat dinomborkan berdasar kepada kod subjek, unit dan halaman.
J3022 / 1 / 5

Subjek
Unit 1
Halaman 5

3.

Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan.

4.

Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol berikut:-

OBJEKTIF
Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus
setiap pembelajaran.

INPUT
Input mengandungi maklumat yang akan anda pelajari.

AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif
untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti
dan melaksanakan arahan yang diberikan.

http://modul2poli.blogspot.com/

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI


Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang
dikemukakan dalam aktiviti.
PENILAIAN KENDIRI
Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI


Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang
dikemukakan dalam penilaian kendiri.

5.

Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan.

6.

Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit sebelumnya
dan yakin dengan pencapaian anda.

http://modul2poli.blogspot.com/

vi
PERNYATAAN TUJUAN
Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Sijil dan
Diploma di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit
kearah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan daripada pensyarah.
PRA-SYARAT KEMAHIRAN & PENGETAHUAN
Pra-syarat untuk mengikuti modul ini adalah lulus penuh pada semester lepas.

OBJEKTIF AM MODUL
Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat:

Memahami asas pembentukan struktur atom


Memahami bagaimana proses pemejalan logam dan aloi berlaku
Memahami jenis logam ferus dan proses pengeluarannya.
Memahami dan mengetahui proses kerja logam, tuangan dan rawatan haba.
Memahami dan mengtahui ujian mekanik dan sifat-sifat mekanik bahan.
Mengetahui jenis-jenis kakisan dan proses pencegahan kakisan
Memahami dan menyenaraikan jenis-jenis logam bukan ferus.
Memahami dan mengetahui jenis-jenis plastik, kebaikan dan keburukannya serta
proses pembuatannya.

PERALATAN & SUMBER YANG DIPERLUKAN BERSAMA MODUL


1. Model Struktur Atom
2. Jadual Perkalaan Unsur

RUJUKAN
1. V.B. John, Engineering Materials, The Macmillan Press Ltd, 1987
2. William F. Smith, Principles of Materials Science and Engineering, 2nd
Edition,McGraw-Hill Publishing Company, 1990.
3. Lawrence H. Van Vlack, Materials For Engineering: Concepts and Applications,
Addison-Wesley Publishing Company Inc., 1982.
4. H.A. Monks & D.C. Rochester, Technician Structure & Properties of Metals,
Macmillan Publishing Co. Inc. 1978.
5. R.A. Higgins, Properties of Engineering Materials, Hodder and Stoughton Ltd.
1987.
6. R.A. Higgins, Engineering Metallurgy Part II, Hodder and Stoughton Ltd. 1983.
7. Razak Ali, Kimia Am, Jilid 1, Universiti Teknologi Malaysia, 1996.
8. Manual British Steel Plc, Corporate Communications, 9 Albert Embankment London
SEI 7SN, Adams Springfield Ltd, London.

http://modul2poli.blogspot.com/

STRUKTUR BAHAN

J3022/ 1/1

STRUKTUR BAHAN

OBJEKTIF AM
Memahami struktur bahan dan jadual perkalaan unsur

Unit

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
9 Menjelaskan istilah atom, elemen, campuran dan
sebatian.
9 Menyatakan nombor atom, jisim atom dan factor yang
menentukan jumlah orbit atom
9 Menerangkan bagaimana unsur disusun pada Jadual
Perkalaan Unsur
9 Menerangkan istilah dan struktur hablur, kekisi ruang,
ira sempadan ira dan jenis-jenis ikatan atom

http://modul2poli.blogspot.com/

STRUKTUR BAHAN

J3022/ 1/2

INPUT
PENGENALAN
Unit ini akan menjelaskan berkenaan struktur bahan yang merupakan asas penting
dalam pembentukan bahan. Dalam pembentukan logam, ianya terdiri daripada
susunan atom yang dinamakan hablur. Unit ini juga membincangkan mengenai
susunan atom, ketumpatan dan sifat-sifat yang berkaitan dapat ditentukan.
Susunan hablur ini akan musnah apabila logam berada pada suhu yang melebihi
suhu lebur. Begitu juga logam seperti besi akan mengubah susunan atomnya yang
berupa pepejal tanpa dileburkan dengan disertai oleh perubahan pada sifatnya.
Perubahan pada susunan atom ini perlu diketahui sekiranya kita hendak mengawal
sifat-sifat bahan dalam kejuruteraan bahan. Jesteru itu mendalami mengenai
struktur atom, anda perlulah mengikuti unit ini dengan jayanya.
1.1

Struktur Bahan
Sesuatu bahan berasal daripada struktur dalaman bahan tersebut. Struktur dalaman
bahan melibatkan atom-atom dan bagaimana atom-atom dihubungankan dengan
atom-atom bersebelahan untuk membentuk hablur, molekul dan struktur mikro.
Hablur terdiri daripada atom-atom yang tersusun dalam keadaan 3 dimensi
mengikut corak berulang-ulang atau sekata. Manakala molekul pula terdiri dua
atau lebih atom-atom bergabung secara kimia, samada dari jenis atom yang sama
atau berlainan jenis. Struktur mikro adalah struktur yang dipisahkan oleh
sempadan ira (bijian). Struktur ini biasanya memerlukan pembesaran untuk
dilihat.

1.2

Atom
Merupakan satu zarah asas yang membentuk segala bahan samada dalam bentuk
pepejal, gas atau cecair. Saiz atom adalah sangat kecil, walaubagaimana pun ia
mempunyai berat dan sifat-sifat tersendiri. Atom terdiri daripada 3 zarah asas
dengan merujuk pada Jadual 1.1
Jadual 1.1: Zarah, cas dan berat bagi atom.

Zarah
Proton
Neutron
Elektron

Cas
Positif
Neutral
Negatif

http://modul2poli.blogspot.com/

STRUKTUR BAHAN

J3022/ 1/3

Dari segi cas, atom adalah neutral kerana proton mempunyai cas yang
bertentangan dengan elektron. Nukleus terdiri daripada proton dan neutron.
Manakala elektron berputar mengelilinginya. Susunan elektron didalam atom
ditunjukkan pada Rajah 1.2

Elektron
Petala / orbit / kelompang 1
Petala 2
Petala 3
Nukleus yang mengandungi
proton dan neutron

Rajah 1.2: Kedudukan electron, nukleus dan orbit bagi atom

1.3

Elemen/Unsur
Merupakan gabungan 2 atau lebih atom-atom sejenis. Ianya berada dalam
keadaan tulen. Contoh: logam yang kurang relatif seperti emas dan paltinium.
Bukan logam seperti intan, grafit dan sulfur.

1.4

Campuran
Merupakan gabungan antara 2 atau lebih atom-atom yang berlainan jenis tetapi
tidak bergabung secara kimia.

1.5

Sebatian
Merupakan gabungan antara 2 atau lebih atom-atom yang berlainan jenis
bergabung secara kimia. Contoh : Besi + Sulfida dan dipanaskan, menghasilkan
besi sulfida. Sebatian semulajadi sangat stabil kerana zarah-zarah didalamnya
dipegang dengan kuat. Jadi ia tidak akan mudah terurai. Cth : Natrium Klorida
hanya boleh diuraikan pada suhu 800C. Ikatan yang terjadi disebut ikatan
kimia.
JOKE!!
Two atoms were talking. One atom said to the other. Why are
you crying?
The atom replied. Ive lost an electron.
The first atom said: Are you sure?
Yes, replied the other. Im positive.

http://modul2poli.blogspot.com/

STRUKTUR BAHAN

1.6

J3022/ 1/4

Jadual Perkalaan Unsur


Alam ini terdiri daripada 109 unsur. Turus menegak di namakan kumpulan.
Turus mengufuk di namakan kala. Jadual berkala mempunyai 8 kumpulan iaitu
dari kumpulan I hingga VIII. Empat kumpulan tersebut mempunyai nama khas
seperti dalam Rajah 1.3a. Jadual ini mempunyai blok ditengah-tengah yang
dikenali sebagai unsur-unsur peralihan. Cara membaca jadual perkalaan unsur
moden merujuk pada Rajah 1.3b

Rajah 1.3a : Jadual Perkalaan Unsur


(Sumber: Kimia Am, Jilid 1)

Berat Atom
No. Atom

14

Simbol

Nitrogen
2:5

Rajah 1.3b : Kedudukan bagi unsur dalam Jadual Perkalaan

http://modul2poli.blogspot.com/

Nama Unsur

Konfigurasi Elektron

STRUKTUR BAHAN

1.7

J3022/ 1/5

Ciri-ciri Jadual Perkalaan Unsur


Sifat-sifat kimia sesuatu atom bergantung kepada bilangan elektron dalam
petala luar atom yang dinamakan atom valensi. Apabila elektron bertambah dari
1 hingga 3, sifat-sifat logam unsur menjadi semakin kurang. Tetapi bilangan
elektron akan bertambah dan ia akan menjadi sifat-sifat bukan logam. Dalam
susunan ini, unsur-unsur mempunyai bilangan elektron yang sama pada petala
luar akan termasuk dalam kumpulan yang sama. Inilah sebabnya unsur-unsur
dalam kumpulan yang sama mempunyai sifat kimia yang sama. Unsur dalam
kumpulan 1 mempunyai 1 elektron pada petala luar, unsur dalam kumpulan 2
mempunyai 2 elektron pada petala luarnya. Begitulah yang selanjutnya. Setiap
kalaan mempunyai bilangan petala yang sama

1.8

Kegunaan Jadual Perkalaan Unsur


Untuk memudahkan pengkelasan sesuatu unsur. Ia juga dapat memberikan
maklumat mengenai unsur-unsur tersebut terutamanya sifat-sifat unsur tersebut
kerana ianya dikumpul mengikut susunan. Memudahkan menjangka sesuatu unsur
yang masih dalam penemuan dan meramalkan sifat-sifat dan kegunaanya. Mudah
untuk menganalisis dan memahami sesuatu tindakbalas antara unsur-unsur
tersebut.

1.9

Konfigurasi Elektron (tertib pengisian elektron dalam orbit)


Setiap petala hanya boleh diisi oleh sebilangan elektron sahaja. Jika sesuatu petala
telah penuh diisi, elektron lain perlu diisi ke dalam petala yang seterusnya.
Amnya, elektron-elektron akan menempati petala yang paling dekat dengan
nukleus terlebih dahulu sebelum menempati petala lain. Konfigurasi bagi 18
unsur pertama dalam Jadual Berkala dapat ditulis dengan petua dibawah:
"

"

Isi elektron pada petala yang paling dekat dengan nukleus terlebih
dahulu. Petala ini mempunyai tenaga yang paling rendah. Selepas itu,
elektron-elektron diisi pada petala-petala yang seterusnya yang lebih
bertenaga.
Selepas unsur yang ke 18, pengecualian daripada petua ini akan berlaku.
Dimana ia perlu mengikut tertib yang telah ditentukan

MARI BEREHAT
SEBENTAR

http://modul2poli.blogspot.com/

STRUKTUR BAHAN

J3022/ 1/6

Rajah 1.8: Menunjukkan Ikatan logam (ion


SELAMAT MENCUBA SEMOGA
BERJAYA
positif dalam
gas elektron

AKTIVITI 1A
1.1 Sifat-sifat kimia sesuatu atom bergantung kepada bilangan elektron dalam petala
luar atom yang dinamakan ________________

1.2 Berikan EMPAT (4) cici-ciri Jadual Perkalaan Unsur


___________________
___________________
___________________
___________________

1.3 Nyatakan TIGA (3) kegunaan Jadual Perkalaan Unsur.


___________________
___________________
___________________

http://modul2poli.blogspot.com/

STRUKTUR BAHAN

J3022/ 1/7

MAKLUM BALAS 1A

1.1
Sifat-sifat kimia sesuatu atom bergantung kepada bilangan elektron dalam petala
luar atom yang dinamakan atom valensi
1.2
i)
ii)
iii)
iv)

bilangan elektron yang sama pada petala luar adalah termasuk dalam
kumpulan yang sama.
unsur-unsur dalam kumpulan yang sama mempunyai sifat kimia yang
sama.
Unsur dalam kumpulan 1 mempunyai 1 elektron pada petala luar, unsur
dalam kumpulan 2 mempunyai 2 elektron pada petala luarnya.
Setiap kalaan mempunyai bilangan petala yang sama

1.3
i)
ii)
iii)
iv)

Untuk memudahkan pengkelasan sesuatu unsur.


Memberikan maklumat mengenai unsur-unsur tersebut terutamanya sifatsifat unsur tersebut kerana ianya dikumpul mengikut susunan.
Memudahkan menjangka sesuatu unsur yang masih dalam penemuan dan
meramalkan sifat-sifat dan kegunaanya.
Mudah untuk menganalisis dan memahami sesuatu tindakbalas antara
unsur-unsur tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

STRUKTUR BAHAN

J3022/ 1/8

INPUT
1.4

Hablur
Pepejal boleh dikelaskan kepada pepejal berhablur dan pepejal amorfus. Pepejal
berhablur atau hablur terdiri daripada atom-atom yang tersusun dalam 3 dimensi
mengikut corak berulang-ulang atau sekata. Hablur terdiri dari logam dan bukan
logam. Hablur tunggal ialah pepejal dengan sel unit tersusun sekata manakala
hablur polihablur pula terdiri daripada banyak hablur tunggal dengan pada Rajah
1.4 di bawah
Butiran hablur tunggal

Sempadan ira (bijian)

Rajah 1.4 : Struktur dan sempada ira

Dalam proses pemejalan atom, logam cair akan bertindakbalas antara satu sama
lain dan menyusun kedudukan masing-masing dalam bentuk yang seragam dan
teratur. Penyusunan secara teratur ini dinamakan proses pembuatan ruang
kekisi. Hablur dapat dilihat dengan menggunakan alat X Ray defractometer
manakala bijian dapat dilihat dengan jelas menggunakan mikroskop kajilogam
setelah dicanai (grinding), pengilapan (polishing), punaran (etching). Empat jenis
struktur hablur yang kerap kali ditemui ialah kiub mudah (simple cube), kiub
berpusat jasad (BCC), kiub berpusat muka (FCC) dan heksagon padat (HCP)
seperti Rajah 1.5 dan 1.6.

Kiub Mudah (Simple Cube)


8 atom pada bucu x 1/8 = 1 atom

Kiub berpusat jasad (BCC)


8 atom pada bucu x 1/8 = 1 atom
1 atom pusat
= 1 atom
Jumlah
2 atom

http://modul2poli.blogspot.com/

STRUKTUR BAHAN

J3022/ 1/9

Rajah 1.5 : Kekisi ruang bagi FCC dan BCC

Kiub berpusat muka (FCC)


8 atom pada bucu x 1/8= 1 atom
6 atom pada muka x = 3 atom
Jumlah
4 atom

Heksagon padat (HCP)


12 atom pada bucu x 1/6 = 2
2 atom pada muka x 1/2 = 1
6 atom pada sisi x 1/2 = 3
Jumlah
6

atom
atom
atom
atom

Rajah 1.6 : Kekisi ruang bagi Kiub Berpusat Muka dan Heksagon Padat

Contoh bahan yang menghablur dalam bentuk ini ialah: Kiub mudah = garam (Na Cl)
BCC
= kromium, molibdenum, titanium dan tungsten.
FCC
= aluminium, kuprum, emas dan nikel.
HCP
= berilium, magnesium dan zink.

1.5

Jenis-jenis Ikatan
Terdapat 3 cara bagaimana sesuatu atom itu diikat.
Ikatan Ion / ionik / elektrovalen
Ikatan Kovalen
Ikatan Logam / metalik
1.11.1 Ikatan Ionik (Elektrovalen / Ion)
Ikatan ini terjadi apabila satu atau lebih elektron dipindahkan
(didermakan) daripada satu atom ke satu atom yang alin. Atom yang
kehilangan elektron menjadi ion +ve (kation) manakala atom yang
menerima elektron bercas ve (anion). Ikatan ion terhasil akibat tarikan
antara ion yang berlawanan cas ini. Seperti Rajah 1.7: Tindakbalas antara
atom natrium dan klorin. Bagi natrium klorida berion, elektron
dipindahkan daripada atom natrium kepada atom klorin untuk membentuk
natrium klorida. Ion-ion Na + Cl tersusun bersama dengan bilangan yang
banyak dalam hablur-hablur ion. Elekton dipindahkan daripada atom Na
kepada Cl untuk membentuk Na Cl. Kebanyakkan bahan-bahan mineral
dan seramik adalah daripada ikatan ionic.

http://modul2poli.blogspot.com/

STRUKTUR BAHAN

J3022/ 1/10

Elektron berpindah
daripada natrium kepada
klorin

Rajah 1.7 : Ikatan Ionik bagi Natrium Klorida

1.11.2 Ikatan Kovalen


Perkongsian antara elektron supaya elektron luarnya (elektron valensi)
sentiasa terisi penuh seperti Rajah 1.8. Terhasil daripada tarikan diantara
elektron yang dikongsi ini dengan nukleus positif bagi atom yang masuk
kedalam ikatan. Biasanya bahan (material) yang mempunyai ikatan ini
adalah rapuh. Contohnya pada penebat elektrik ( polimer dan seramik)

Cl

Cl

(a) Molekul Cl2. Sepasang


elektron yang berkongsi

(b) Molekul oksigen O2. Dua


pasang elektron yang

Rajah 1.8: Ikatan Kovalen (a) Klorin, (b) Oksigen

1.11.3 Ikatan Logam (Metalik)


Atomnya tersusun sangat rapat antara satu sama lain. Setiap atom
membekalkan satu @ lebih elektron yang bergerak keseluruh hablur
logam berkenaan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.9. Elektronnya
tidak hanya dikongsi oleh beberapa atom sahaja, tetapi menjadi milik
semua atom didalamnya. Pepejal ini diikat oleh daya tarikan antara ion
logam posiitif dan elektron yang bebas. Ia menghasilkan daya-daya ikatan
yang kuat. Contohnya : Atom tungsten dipanaskan antara 3400C
5000oC.

Rajah 1.9: Ikatan logam (ion positif dalam gas elektron)

http://modul2poli.blogspot.com/

STRUKTUR BAHAN

J3022/ 1/11

AKTIVITI 1B
1.4 Empat jenis struktur hablur yang kerap kali ditemui ialah
i)

__________________

ii)

__________________

iii)

__________________

iv)

__________________

1.5 Nyatakan 3 ( TIGA ) jenis ikatan bagi suatu atom


a)

__________________________

b)

__________________________

c)

__________________________

1.6 Terangkan secara ringkas mengenai ikatan kovalen.

BETUL KE .. NI !!! ?

http://modul2poli.blogspot.com/

STRUKTUR BAHAN

J3022/ 1/12

MAKLUM BALAS 1B

1.4
Empat jenis struktur hablur yang kerap kali ditemui ialah
i. kiub mudah (simple cube)
ii. kiub berpusat jasad (BCC)
iii. kiub berpusat muka (FCC)
iv. heksagon padat (HCP).

1.5

Tiga jenis ikatan bagi sesuatu atom


a.

Ikatan Ion / ionik / elektrovalen

b.

Ikatan Kovalen

c.

Ikatan Logam / metalik

1.6
Perkongsian antara elektron supaya elektron luarnya (elektron valensi) sentiasa
terisi penuh. Terhasil daripada tarikan diantara elektron yang dikongsi ini dengan
nukleus positif bagi atom yang masuk kedalam ikatan. Biasanya bahan (material)
yang mempunyai ikatan ini adalah rapuh. Contohnya pada penebat elektrik
(polimer dan seramik)

Cl

Cl

(a) Molekul Cl2. Sepasang


elektron yang berkongsi

(b) Molekul oksigen O2. Dua


pasang elektron yang

http://modul2poli.blogspot.com/

STRUKTUR BAHAN

J3022/ 1/13

PENILAIAN KENDIRI
1. Atom mengandungi nukleus dan ..................
A. Elektron

B. Proton

C. Neutron

D. Nombor atom

2. Nukleus terdiri daripada ............... dan proton.


A. NeutronB. Nombor atom

C. Elektron

D. Proton

3. Nombor atom merupakan bilangan ............... sesuatu atom.


A. Proton

B. Neutron

C. Nombor atom

D. Elektron

4. Nombor Jisim Atom adalah bilangan proton dicampur dengan bilangan ...........
A. Elektron

B. Proton

C. Neutron

D. Nombor atom

5. Nombor Atom Ferum ialah 26, oleh itu Nombor Jisim Atom bagi Ferum ..........
A. 26

B. 52

C. 78

D. 104

6. Nombor Atom Magnesium ialah 12 maka bilangan petala elektronnya ...........


A. 1

B. 2

C. 3

D. 4

7. Jumlah bilangan elektron di petala yang ke-3 tidak melebihi ...........


A. 6

B. 12

C. 18

D. 24

8. Nombor Atom Aluminium ialah 13, oleh itu bilangan elektron yang berada di petala
akhir ialah .............
A. 1

B. 2

C. 3

D. 4

9. Salah satu jenis ikatan atom ialah ikatan ...............


A. Jisim

B. Proton

C. Elektron

D. Logam

10.Larutan pepejal terdiri daripada jenis gantian dan ...................


A. Balikan

B. Pulangan

C. Celahan

http://modul2poli.blogspot.com/

D. Tengahan

STRUKTUR BAHAN

J3022/ 1/14

11. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah berikut :i. Atom


ii. Unsur
iii. Sebatian
12. Berserta dengan gambarajah, jelaskan proses pertumbuhan hablur.
13. Terangkan mengenai ikatan logam (metalik) berserta gambarajah yang sesuai.

http://modul2poli.blogspot.com/

STRUKTUR BAHAN

J3022/ 1/15

MAKLUM BALAS

1. A. Elektron.
2. A. Neutron
3. A. Proton
4. C. Neutron
5. B. 52
6. C. 3
7. C. 18
8. C. 3
9. D. Logam
10. C. Celahan
11.
i.

Atom mempunyai nukleus terdiri daripada proton dan neutron. Manakala


elektron berputar mengelilinginya.

ii.

Elemen/Unsur merupakan gabungan 2 atau lebih atom-atom sejenis. Ianya


berada dalam keadaan tulen.

iii.

Sebatian merupakan gabungan antara 2 atau lebih atom-atom yang berlainan


jenis bergabung secara kimia.

http://modul2poli.blogspot.com/

STRUKTUR BAHAN

J3022/ 1/16

12.
Hablur terdiri dari logam dan bukan logam. Dalam proses pemejalan atom, logam
cair akan bertindakbalas antara satu sama lain dan menyusun kedudukan masingmasing dalam bentuk yang seragam dan teratur. Penyusunan secara teratur ini
dinamakan proses pembuatan ruang kekisi. Hablur dapat dilihat dengan jelas
setelah dicanai (grinding), pengilapan (polishing), punaran (etching) dan akhir
sekali dengan menggunakan mikroskop optik. Empat jenis struktur hablur yang
kerap kali ditemui ialah kiub mudah (simple cube), kiub berpusat jasad (BCC),
kiub berpusat muka (FCC) dan heksagon padat (HCP).
Butiran hablur tunggal

Sempadan ira (bijian)

13.
Ikatan Logam (Metalik) mempunyai atom yang tersusun sangat rapat antara satu sama
lain. Setiap atom membekalkan satu @ lebih elektron yang bergerak keseluruh hablur
logam berkenaan seperti yang ditunjukkan pada Rajahdi bawah. Elektronnya tidak hanya
dikongsi oleh beberapa atom sahaja, tetapi menjadi milik semua atom didalamnya.
Pepejal ini diikat oleh daya tarikan antara ion logam posiitif dan elektron yang bebas. Ia
menghasilkan daya-daya ikatan yang kuat. Contohnya : Atom tungsten dipanaskan antara
3400C 5000oC.

http://modul2poli.blogspot.com/

SISTEM ALOI PERDUAAN

J3022/ 2/ 1

SISTEM ALOI PERDUAAN

OBJEKTIF AM

Unit

Memahami sistem
keseimbangan fasa.

aloi

perduaan

dan

gambarajah

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
9
9
9
9
9

Menjelaskan pertumbuhan bijian, larutan pepejal,


perbezaan logam dan aloi,
Menerangkan pembentukan larutan pepejal.
Menjelaskan proses pemejalan logam tulen dan aloi
Menerangkan bagaimana gambarajah keseimbangan
fasa dibentuk
Menerangkan istilah fasa, gambarajah kesimbangan
fasa, komposisi dan cecair

http://modul2poli.blogspot.com/

SISTEM ALOI PERDUAAN

J3022/ 2/ 2

INPUT
PEMEJALAN LOGAM DAN ALOI

Pada unit 1, kita telah meneliti berkenaan struktur bahan yang wujud daripada atomatom bahan dan kita telah faham bahawa binaan atau gabungan daripada atom-atom
struktur bahan merupakan asas kepada pembentukan fasa. Kali ini kita akan cuba
memahami bagaimana fasa tersebut memejal dan bergabung untuk menghasilkan satu
bentuk bijian yang boleh dilihat secara kasar. Untuk itu marilah sama-sama kita lihat
bagaimana pemejalan logam dan aloi belaku.
2.1 Pertumbuhan Hablur / Bijian

Proses pemejalan berlaku dengan pertumbuhan nukleus. Bucu-bucu nukleus yang


bebas memilih jalan masing-masing ke tempat yang lebih sejuk. Ini menyebabkan
pertumbuhan nukleus dan perkembangan bucu semakin bertambah. Lengan jejari
akan terbentuk yang ianya sendiri membentuk lengan-lengan secondary masingmasing 90 diantara satu sama lain. Ini berterusan hingga satu struktur yang.
dipanggil struktur dendrit wujud seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.1 di bawah

Pembentukan
nukleus

Dendrit
tumbuh

Pertumbuhan dendrit &


lengan bertemu
membentuk sempadan
bijian

Rajah 2.1: Pembentukkan struktur dendrit

http://modul2poli.blogspot.com/

Pemejalan tamat dengan


terbentuknya bijian

SISTEM ALOI PERDUAAN

2.2

J3022/ 2/ 3

Logam Tulin
Logam yang mempunyai elemen-elemen yang sama, mempunyai sifat-sifat yang
melampau (extreme) dan tidak dapat memenuhi kehendak kerja kejuruteraan.
Logam tulin mempunyai cirrii. Mudah di tempa boleh di ketuk kepada berbagai bentuk.
ii. Mulur boleh dijadikan wayar yang halus.

2.3

Aloi (Pancalogam)
Gabungan/cantuman rapat antara 2 atau lebih komponen bahan ( unsur logam dan
bukan logam) dan wujud samada dalam keadaan pepejal atau cecair. Contoh :
sedikit karbon dicampurkan dengan besi akan menghasilkan keluli.

2.4

Larutan Pepejal
Atom atau molekul-molekul bahan telah menduduki kedudukan yang biasa dalam
kekisi hablur dan membentuk suatu fasa tunggal. Apabila pemejalan berlaku,
atom-atom aloi akan tersusun dengan teratur dan ia dipanggil ruang kekisi. Fasa
ini mengekalkan kelarutan zarah yang terdapat dalam keadaan cecair sama ada
sebahagian atau keseluruhannya.

2.5

Jenis-jenis Larutan Pepejal


Terdapat 2 jenis larutan pepejal iaitu
i) Larutan Pepejal Gantian
Secara Rawak
Secara Teratur
ii) Larutan Pepejal Celahan
a) Larutan Pepejal Gantian Secara Rawak
Atom zarah mengambil tempat atom utama secara rawak dan susunannya
tidak teratur. (Rajah 2.2)

Atom Zarah
Atom Utama
Rajah 2.2: Susunan atom bagi larutan pepejal gantian secara rawak

http://modul2poli.blogspot.com/

SISTEM ALOI PERDUAAN

J3022/ 2/ 4

b) Secara Teratur
Atom zarah mengambil tempat atom utama dan susunannya teratur seperti
Rajah 2.3 di bawah.

Atom Zarah
Atom Utama
Rajah 2.3: Susunan atom bagi larutan pepejal gantian secara teratur

c) Larutan Pepejal Celahan (Interstitial)


Atom zarah yang kecil mengisi ruang-ruang di antara atom-atom dalam
kekisi. Ia berlaku sekiranya atom logam tambahan ini adalah lebih kecil
dari logam induknya. Larutan jenis ini adalah lebih kuat kerana peranan
atom logam yang lebih kecil akan memenuhi ruangan-ruangan yang ada.
Oleh yang demikian, kegelinciran dapat dielakkan dari berlaku seperti
Rajah 2.4 di bawah .

Atom Zarah
Atom Utama

Rajah 2.4: Susunan atom bagi larutan pepejal celahan

d) Sebatian Intermetalik
Ia terjadi hasil daripada tindak balas kimia yang terjadi di antara dua
logam. Sebatian intermetalik biasanya menghablur dalam struktur yang
berlainan dari logam-logam asalnya. Struktur-strukturnya agak kompleks
tetapi mempunyai kandungan yang tetap. Umumnya sebatian logam ini
mempunyai sifat yang terlalu rapuh untuk kegunaan dalam bidang
kejuruteraan. Contoh sebatian intermetalik ialah Cementite (karbida besi).

http://modul2poli.blogspot.com/

SISTEM ALOI PERDUAAN

2.6

J3022/ 2/ 5

Pemejalan Bahan
Apabila sesuatu logam dipanaskan dengan sekata, ia akan mencapai kepada satu
takat suhu dimana ia akan mula melebur. Sekiranya pemanasan pada suhu yang
sekata ini diteruskan, keseluruhan logam akan lebur. Suhu tetap peleburan ini
dipanggil sebagai titik lebur. Semasa penyejukkan keadaan yang sebaliknya
berlaku. Tenaga kinetik bagi atom-atom atau molekul bagi cecair tersebut
berkurangan dan kelikatan logam semakin bertambah. Di dalam keadaan cecair,
atom-atom logam berada dalam keadaan rawak. Tetapi apabila pembekuan
berlaku, atomnya akan tersusun dengan teratur mengikut geometri tertentu.
Semua bahan pepejal terbentuk dalam keadaan amorfous (tidak berhablur) atau
crystalline (berhablur/kristal).

2.7

Pembentukan Teras Dalam Pemejalan Logam


Pembekuan pancalogam dimulai dengan pembentukan awal rangka dendrit
(dendritic skeletons) seperti Rajah 2.5 di bawah.

Rajah 2.5 : Susunan rangka dendrit

Pertumbuhan hablur-hablur dendrit ini akan berterusan dan membesar apabila


suhu pembekuan menurun. Pembesaran akan berlaku di setiap paksi-paksinya dan
akhirnya akan bercantum. Pembekuan dendrit ini juga dikenali sebagai teras
(coring) di mana hablurnya terdiri daripada atom-atom logam lain sebagai
bendasing.

http://modul2poli.blogspot.com/

SISTEM ALOI PERDUAAN

2.8

J3022/ 2/ 6

Rajah Keseimbangan Fasa Bagi Sistem Aloi Perduaan


Untuk memahami kandungan bahan dan struktur fasa. Ini bermakna satu
bahagian homogen (komponen) bahan yang boleh diasingkan secara fizikal dan
mempunyai kandungan kimia serta struktur yang teratur.
2.8.1 Fasa
Merujuk kepada suatu bentuk struktur atau kawasan yang mempunyai sifat
berlainan jenis akibat dari perubahan atau memiliki sifat semulajadi yang
berbeza. Ia dipisahkan oleh garis-garis lengkung pendinginan atau
sempadan fasa
2.8.2 Rajah Keseimbangan Fasa
Gambarajah fasa ialah peta sesuatu system dan ia menunjukkan fasa yang
sepatutnya wujud di bawah keadaan keseimbangan untuk sebarang
gabungan rencaman dan suhu tertentu. Gambarajah fasa digunakan secara
meluas dan amat penting terutama untuk memahami system logam dan
aloi.

2.8.3 Komposisi
Komposisi ialah peratus kandungan bahan-bahan tertentu yang sengaja
atau tidak sengaja dimasukkan ke dalam sesuatu bahan. Dengan kehadiran
peratus komposisi bahan ini boleh menyebabkan perubahan dalam fasa,
sifat dan bentuk struktur mikro bahan.

2.8.4

Cecair (Liquidus)
Liquidus merujuk kepada garisan lintang yang memisahkan antara fasa
cecair bahan dengan fasa separa cecair bahan. Semasa proses pemejalan
berlaku, zarah bahan yang berada pada suhu lebur akan mula memejal
apabila suhu diturunkan. Titik permulaan proses pemejalan berlaku
apabila melepasi garisan lintang liquidus.
????? ok
Adakah saya faham

http://modul2poli.blogspot.com/

SISTEM ALOI PERDUAAN

J3022/ 2/ 7

AKTIVITI 2A
2.1 Apabila pemenjalan berlaku, atom-atom aloi akan tersusun dengan teratur dan ia
dipanggil ..
2.2 Apakah yang dimaksudkan dengan komposisi bahan merujuk kepada rajah
keseimbangan fasa
2.3 Apakah yang dimaksudkan dengan aloi (Pancalogam).
2.4 Terangkan secara ringkas bagaimana proses pemenjalan berlaku ke atas suatu bahan.

http://modul2poli.blogspot.com/

SISTEM ALOI PERDUAAN

J3022/ 2/ 8

MAKLU MBALAS 2A

2.1
Apabila pemenjalan berlak, atom-atom aloi akan tersusun dan ia dipanggil ruang
kekisi.
2.2
Komposisi ialah peratus kandungan bahan-bahan tertentu yang sengaja atau tidak
sengaja dimasukkan ke dalam sesuatu bahan. Dengan kehadiran peratus
komposisi bahan ini boleh menyebabkan perubahan dalam fasa, sifat dan bentuk
struktur mikro bahan.
2.3
Gabungan/cantuman rapat antara 2 atau lebih komponen bahan ( unsur logam dan
bukan logam) dan wujud samada dalam keadaan pepejal atau cecair. Contoh :
sedikit karbon dicampurkan dengan besi akan menghasilkan keluli.

2.4
Apabila sesuatu logam dipanaskan dengan sekata, ia akan mencapai kepada satu
takat suhu dimana ia akan mula melebur. Sekiranya pemanasan pada suhu yang
sekata ini diteruskan, keseluruhan logam akan lebur. Suhu tetap peleburan ini
dipanggil sebagai titik lebur. Semasa penyejukkan keadaan yang sebaliknya
berlaku. Tenaga kinetik bagi atom-atom atau molekul bagi cecair tersebut
berkurangan dan kelikatan logam semakin bertambah. Didalam keadaan cecair,
atom-atom logam berada dalam keadaan rawak. Tetapi apabila pembekuan
berlaku, atomnya akan tersusun dengan teratur mengikut geometri tertentu.
Semua bahan pepejal terbentuk dalam keadaan amorfous (tidak berhablur) atau
crystalline (berhablur/kristal).

http://modul2poli.blogspot.com/

SISTEM ALOI PERDUAAN

J3022/ 2/ 9

INPUT
2.10 Sistem Aloi Perduaan
Logam tulen selalunya lemah dan terlalu lembut untuk digunakan dalam bidang
kejuruteraan. Oleh itu, kebanyakkan logam dijadikan pancalogam atau aloi iaitu
campuran di antara dua logam atau lebih dengan tujuan untuk memperbaiki sifatsifat mekanikal atau fizikal bahan tersebut seperti kekuatan tegangan, kemuluran,
ketahanan kakisan/hakisan dan sebagainya. Sebagai contoh: Keluli adalah satu
pancalogam antara besi dan karbon merupakan bahan yang digunakan secara
meluas diindustri-industri. Ia mempunyai kekuatan yang lebih berbanding besi
tulen dan ia boleh dilakukan rawatan haba untuk menghasilkan sifat-sifat
mekanikal yang dikehendaki.
Sistem pancalogam atau aloi ini lebih mudah dipelajari dengan merujuk kepada
gambarajah keseimbangan fasa atau gambarajah juzuk aloi tersebut. Rajah
keseimbangan ini berdasarkan kepada suhu dan peratusan kandungan aloi yang
boleh membantu memahami dan meramalkan apakah perubahan struktur aloi yang
berlaku sewaktu pemanasan dan penyejukkan untuk pembekuan. Rajah ini juga
penting sebagai panduan bagi proses rawatan haba dan memperbaiki sifat-sifat
kimia bahan tersebut. Di dalam kebanyakkan aloi perduaan (binary alloy) iaitu
campuran diantara dua jenis logam, juzuk-juzuknya boleh larut antara satu sama
lain dalam keadaan cecair.

1455
t3

t2
n

Suhu (o C)

1083

100% Cu

t1
m

p
t1 suhu pemejalan bermula

q
r

t3 suhu pemejalan berakhir


cecair yang kerencaman m berada
dalam keadaan keseimbangan
dengan
larutan pepejal kerencaman.

Larutan pepejal

X% Ni
% Ni

100%

Rajah 2.6: Gambarajah fasa kebolehlarutan pepejal yang lengkap bagi Cu-Ni

http://modul2poli.blogspot.com/

SISTEM ALOI PERDUAAN

J3022/ 2/ 10

Berdasarkan Rajah 2.6, suatu aloi yang mengandungi X % nikel akan memejal
seperti berikut :
i. Pada suhu t1, kerencaman cecair 1 akan berada dalam keadaan keseimbangan
dengan larutan pepejal kerencaman yang sepadan kepada titik p pada garisan
solidus (garisan pepejalan). Oleh itu hablur larutan pepejal pertama
membentuk terdiri dari kerencaman p.
ii. Apabila suhu turun maka kerencaman larutan pepejal berkecenderung untuk
berubah dengan cara resapan mengikut garisan pepejalan kepada titik q.
iii. Pada suhu t2, cecair yang kerencaman m berada dalam keadaan keseimbangan
dengan larutan pepejal kerencaman.
iv. Proses pemejalan aloi ini akan selesai pada suhu t3 apabila titisan terakhir
cecair kerencaman n, memejal, membaiki kerencaman hablur larutan pepejal
kepada r.

Untuk menguji kefahaman anda sila ikuti aktiviti berikut

http://modul2poli.blogspot.com/

SISTEM ALOI PERDUAAN

J3022/ 2/ 11

AKTIVITI 2B

2.5 Berpandukan rajah di bawah jelaskan keadaan fasa pada X% Nikel bagi gambarajah
fasa Kuprum-Nikel.

1455
t3

t2
n

Suhu (o C)

1083

100% Cu

t1
m

p
t1 suhu pemejalan bermula

q
r

t3 suhu pemejalan berakhir


cecair yang kerencaman m berada
dalam keadaan keseimbangan
dengan
larutan pepejal kerencaman.

Larutan pepejal

X% Ni
% Ni

100%

http://modul2poli.blogspot.com/

SISTEM ALOI PERDUAAN

J3022/ 2/ 12

MAKLUM BALAS 2B

1455
t3

t2
n

p
t1 suhu pemejalan bermula

q
r

1083
Suhu (o C)

t3 suhu pemejalan berakhir


cecair yang kerencaman m berada
dalam keadaan keseimbangan
dengan
larutan pepejal kerencaman.

Larutan pepejal

100% Cu

2.5

t1
m

X% Ni
% Ni

100%

Rajah di atas menunjukkan suatu aloi yang mengandungi X % nikel akan memejal
seperti berikut :
i.

ii.

iii.
iv.

Pada suhu t1, kerencaman cecair 1 akan berada dalam keadaan


keseimbangan dengan larutan pepejal kerencaman yang sepadan kepada
titik p pada garisan solidus (garisan pepejalan). Oleh itu hablur larutan
pepejal pertama membentuk terdiri dari kerencaman p.
Apabila suhu turun maka kerencaman larutan pepejal berkecenderung
untuk berubah dengan cara resapan mengikut garisan pepejalan kepada
titik q.
Pada suhu t2, cecair yang kerencaman m berada dalam keadaan
keseimbangan dengan larutan pepejal kerencaman.
Proses pemejalan aloi ini akan selesai pada suhu t3 apabila titisan terakhir
cecair kerencaman n, memejal, membaiki kerencaman hablur larutan
pepejal kepada r.

BERJAYA !!!SAYA PERLU MENDALAMI UNIT BERIKUTNYA


APAKAH TAJUK BERIKUTNYA ?

http://modul2poli.blogspot.com/

SISTEM ALOI PERDUAAN

J3022/ 2/ 13

PENILAIAN KENDIRI

1.

Apakah yang dimaksudkan dengan fasa merujuk kepada gambarajah fasa aloi
dedua

2.

Namakan 2 (DUA) jenis larutan pepejal.

3.

Berserta dengan gambarajah, jelaskan proses pertumbuhan bijian daripada


nukleus, denderit dan bijian

4.

Dengan bantuan gambarajah, terangkan secara ringkas 2 (DUA) jenis larutan


pepejal jenis gentian.

http://modul2poli.blogspot.com/

SISTEM ALOI PERDUAAN

J3022/ 2/ 14

MAKLUM BALAS

1.
Gabungan/cantuman rapat antara 2 atau lebih komponen bahan ( unsur logam dan
bukan logam) dan wujud samada dalam keadaan pepejal atau cecair. Contoh :
sedikit karbon dicampurkan dengan besi akan menghasilkan keluli.
2.
jenis larutan pepejal gantian dan larutan pepejal celahan
3.
Proses pemejalan berlaku dengan pertumbuhan nukleus. Bucu-bucu nukleus yang
telah bebas akan memilih jalan masing-masing ke tempat yang lebih sejuk. Ini
menyebabkan pertumbuhan nukleus dan perkembangan bucu semakin bertambah.
Lengan jejari akan terbentuk yang ianya sendiri membentuk lengan-lengan secondary
masing-masing 90 diantara satu sama lain. Ini berterusan hingga satu struktur yang.
dipanggil struktur dendrit wujud seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.1 di bawah

Pembentukan
nukleus

Dendrit
tumbuh

Pertumbuhan dendrit &


lengan bertemu
membentuk sempadan
bijian

http://modul2poli.blogspot.com/

Pemejalan tamat dengan


terbentuknya bijian

SISTEM ALOI PERDUAAN

J3022/ 2/ 15

4.
Larutan Pepejal Gantian Secara Rawak
Atom zarah mengambil tempat atom utama secara rawak dan susunannya
tidak teratur. (Rajah 2.2)

Atom Zarah
Atom Utama

Larutan pepejal gentian Secara Teratur


Atom zarah mengambil tempat atom utama dan susunannya teratur seperti
Rajah 2.3 di bawah.

Atom Zarah
Atom Utama

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 1

PENGELUARAN BESI DAN


KELULI

OBJEKTIF AM

Unit

Memahami jenis-jenis bijih besi dan proses pengeluaran besi


dan keluli.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
9
9
9
9

Menyatakan jenis-jenis bijih besi.


Menerangkan proses pengeluaran besi.
Menerangkan proses pengeluaran keluli.
Menyatakan jenis-jenis relau bagi pengeluaran besi
dan keluli.

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 2

INPUT
PENGENALAN

Sebagaimana kita ketahui besi merupakan logam utama dan paling banyak
penggunaannya. Sifat-sifat fizikalnya seperti kekerasan, kekuatan dan ketahanan
yang boleh diubahsuai menyebabkan ianya menjadi logam yang sangat berguna
iaitu dari segi kejuruteraan mahu pun dari segi penggunaan secara am. Faktor
lain seperti harganya murah dan mudah didapati serta merupakan sebab
mengapa ianya sangat diminati. Besi yang digunakan kebanyakannya tidak
berada dalam bentuk tulin, ini adalah kerana besi yang berada dalam keadaan
tulin tidak mempunyai ketahanan yang memuaskan dan tidak sesuai untuk
penggunaan kejuruteraan secara am.

3.1

JENIS - JENIS UTAMA BIJIH BESI


Bijih besi adalah merupakan bahan utama dalam pengeluaran besi jongkong.
Ketika bijih besi dilombong ianya tidaklah berada dalam bentuk tulin. Ianya
didapati bersama-sama dengan sebatian atau unsur-unsur lain seperti
Oksida, Sulfida, Belerang, Silikon dan sebagainya.

3.1.1

Bijih Besi Hematit (Fe2O3).


Bijih besi hematit mempunyai 40% - 65% kandungan besi dan
merupakan bijih besi yang terbanyak sekali didapati. Ianya mungkin
akan berkurangan 25% ketika dilombong. Besi Hematit berwarna hitam
coklat hingga kemerah-merahan. Ianya kadangkala dicampur dengan
Sulfat Magnetit.

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 3

3.1.2 Bijih Besi Magnetit (Fe3O4).


Bijih besi magnetit mempunyai 72.4% kandungan besi dalam keadaan
besi dan didapati dalam bentuk tanah atau batu- bata. Ia mempunyai
sifat-sifat magnet dan berwarna kehitam-hitaman.

3.1.3

Bijih Besi Pirit.


Bijih besi pirit mempunyai kandungan besi sebanyak 50% dan 50%
belerang. Warnanya agak keemasan dan didapati dalam bentuk hablur.

3.1.4

Bijih Besi Limonit.


Bijih besi limonit mengandungi besi sebayak 20% - 55% dan
kandungan air sebanyak 40%. Warnanya adalah kuning coklat, tetapi
apabila air dikeluarkan ianya akan bertukar warna bijih Hematit. Ia
berada dalam tanah gambut juga dikenali sebagai Hematit coklat.

3.1.5

Bijih Besi Takonit.


Bijih besi ini hanya mempunyai 25% hingga 30% kandungan besi.
Warnanya kemerah-merahan atau kehitam-hitaman dan diperolehi dalam
bentuk batu-bata.

3.1.6

Bijih Besi Berkarbonat.


Bijih besi ini mempunyai kandungan besi kurang daripada 30% dan
selainnya kandungan karbon dan fosforus. Warna bijihnya kelabu
dan dilombong dengan menggunakan kaedah `Gilchrist Thomas'.

3.1.7

Bijih Besi Sulfida.


Ia mempunyai kandungan sulfur sebanyak 50% dan berwarna
keemasan. Bijih besi sulfida diperolehi dalam bentuk batu-bata. Ia juga
terdiri daripada berbagai jenis iaitu Phyrito Phrite, Markasite dan
Phynorite.

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

3.1.8

J3022/ 3 / 4

Bijih Besi Silikat.


Ianya mempunyai 50% kandungan silikon adalah merupakan bahan
yang penting dalam pengeluaran besi. Bijih besi silikat boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu Kamosite, Stillprunit,
Gururite dan Minnesotite.

3.1.9

Bijih Besi Siderite (Karbonat Besi).


Ianya mempunyai kandungan besi sebanyak 30% dan berwarna coklat
kekuning-kuningan serta terdapat berlapis-lapis dengan batu mendak
yang lain, terutamanya dengan batu berkarban. Bijih besi boleh juga
dikelaskan mengikut jenis `gauge' yang wujud iaitu sama ada `gauge'
kaya dengan silika atau kaya dengan Kalsium Oksida (CaO).

3.2

Ciri-Ciri Bijih Besi

Ciri-ciri utama yang perlu dilihat pada bijih besi adalah seperti berikut :
i.

- ia sepatutnya mengandungi sebanyak mungkin


oksida besi.
ii. KEPADATAN
- ia sepatutnya tidak terlalu padat atau terlalu rapuh.
iii. KETULINAN
- ia sepatutnya mempunyai kandungan bahan asing
yang serendah mungkin.
iv. KESERAGAMAN - ia sepatutnya mempunyai komposisi yang seragam
dari sekelompok ke sekelompok yang lain.

3.3

GRED

Proses Pengeluaran Besi


Terdapat berbagai cara untuk menghasilkan besi dan keluli. Dalam proses
menghasilkan besi terdapat tiga jenis relau yang digunakan untuk menghasilkan
besi. Relau-relau tersebut ialah relau bagas, relau reduksi terus dan relau kupola.
Dalam tajuk ini kita akan hanya membincangkan berkenaan relau bagas sahaja.
3.3.1 Relau Bagas (Blast Furnace)
Tahukah anda relau mempunyai bentuk seperti sebuah menara yang
berbentuk kon. Tinggi menara ini lebih kurang 30 m tinggi dan
berdiameter 7 m. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu kebuk
pembakaran yang mana gas pancutan relau dipanaskan dan binaan
batu-bata yang menyediakan permukaan yang luas untuk menerima dan
membebaskan haba. Gambarajah 3.1 menunjukkan sebuah relau bagas.

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 5

Gambarajah 3.1 Menunjukkan Sebuah Relau Bagas

3.3.2

Bahagian-Bahagian Sebuah Relau Bagas.


3.3.2.1 Bahagian Atas
Terdapat seperti loceng di bahagian atas yang bertugas untuk
mengawal daripada pecah serta menjaga haba daripada keluar.
Dinding luarnya diperbuat daripada kalis haba atau keluli haba di
bahagian dalamnya juga disaluti dengan seramik yang juga kalis
haba. Injap besar dan kecil pula bertugas untuk mengawal
bahan-bahan cas dalam relau yang dibawa oleh gerabak khas
yang dipanggil `SKIP'.
3.3.2.2 Bahagian Sokongan
Struktur ini disokong oleh tiga bahagian yang berlainan iaitu
bahagian DANDANG atau HEARTH, BOSH dan STACK.
Stack dilapisi dengan silika alumina manakala karbon untuk
bahagian hearth.

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 6

3.3.2.3. Paip Saluran


Paip saluran keluar bagi mengeluarkan gas yang telah dibakar.
Saluran tuyer pula membawa udara panas ke dalam relau dan 2
lubang penirusan di bahagian bawah yang berasingan untuk
mengeluarkan besi lebur dan sangga.
3.3.2.4 Bahan Mentah
Bahan mentah yang padu digunakan dalam relau ini untuk
dibawa ke bahagian atas relau dengan menggunakan kereta
penangkut. Bahan mentah ini dimasukkan ke dalam relau
melalui pengagih bergerak dan melalui penggunaan loceng kecil
dan loceng besar. Kedua-dua loceng tersebut ini mengawal
kehilangan beban gas. Udara panas yang berterusan akan
disemburkan melalui sebilangan
bukaan
yang dipanggil
`TUYER' di bahagian bawah dekat `bosh'.
3.3.2.5 Proses Peleburan
Tuyer diperbuat daripada tembaga dan disejukkan oleh air.
Ketuhar pancutan udara panas digunakan untuk memanaskan
udara sehingga 1 100 oC. Udara disejukkan dan gas panas yang
dibakar mengalir secara berulang-ulang pada arah yang
bertentangan melalui ketuhar. Dengan bantuan gas panas,
binaan batu- bata itu menjadi panas dan akan membebaskan haba
untuk memanaskan semula semburan udara yang telah
disejukkan
tadi. Kaedah ini dikenali dengan
panggilan
`REGENERATION'. Untuk membekalkan semburan panas yang
berterusan, setiap relau mempunyai beberapa ketuhar yang
bekerja secara bergilir-gilir . Besi dikeluarkan dari relau setiap
2 jam. Tanah liat menutupi lubang digerudi dan setelah semua
kerja mengeluarkan selesai ianya ditutup semula dengan
menggunakan `CLAY GUN'.

BAGAIMANA
FIKIRKAN..

TINDAKBALAS

BERLAKU

DALAM

http://modul2poli.blogspot.com/

RELAU?

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

3.3.3

J3022/ 3 / 7

Tindakbalas Kimia Dalam Pengeluaran Besi Dari Relau Bagas


Zon reaksi utama dalam Relau Bagas adalah seperti yang terdapat
dalam gambarajah di bawah. Peleburan besi dalam Relau Bagas boleh
diringkaskan seperti berikut:

Bijih besi + kok + batu kapur + udara

besi + sangga + gas.

3.3.3.1 Tiga Proses Kimia Yang Penting Berlaku Di Dalam Relau


Bagas.
i.
ii.
iii.

3.3.4

Keburukan Melebur Menggunakan Relau Bagas.

i.
ii.
iii.

3.3.5

Modal dan kos operasi yang tinggi.


Pengawalan komposisi besi adalah agak lemah.
Relau kecil yang menggunakan kok adalah tidak cekap,
manakala pengeluaran besar relau dari relau besar adalah tidak
diperlukan.

Pilihan Lain Selain Daripada Operasi Relau Bagas.


i.
ii.

3.3.6

Pembakaran karbon dalam arang kok dengan oksigen


dalam semburan udara.
Reduksi oksida kepada besi.
Memfluskan `gauge' bijih besi dan abu daripada dengan
menggunakan batu kapur.

Penggunaan relau `small-stack' iaitu di mana bahan- bahan


berkarbon.
Meleburkan cara arka elektrik pada kawasan di mana bekalan
tenaga elektrik adalah murah.

Contoh Penghasilan Menggunakan Relau Bagas.

Untuk menghasilkan satu tan besi jongkong, kita memerlukan bahan


mentah seperti berikut :
2 tan bijih besi + 1 tan arang kok. + 1/2 tan batu kapor 1 tan besi
* Bahan mentah ini mestilah dicampurkan semua sekali.

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

3.3.7

J3022/ 3 / 8

Hasil Keluaran Relau Bagas.


Relau Bagas digunakan untuk melebur bijih besi untuk dijadikan besi
jongkong. Besi jongkong tersebut mengandungi 93% besi tulin, 3% - 5%
karbon,
silika, belerang, fosforus dan manggan. Oleh kerana ia
mengandungi berbagai kandungan, ini menyebabkan ia belum bersedia
untuk digunakan. Besi jongkong adalah bahan utama untuk membuat
besi tuang, besi tempa dan keluli. Selain daripada itu sangga dapat
digunakan apabila ia telah diasingkan daripada besi cair dalam relau
Bagas. Ia digunakan untuk membuat jalan raya dan blok bangunan.

Kalau tak faham tu


jangan buat-buat
faham
Senbang je lebih!

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 9

SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA

AKTIVITI 3A
3.1 Senaraikan LIMA (5) jenis bijih besi yang anda tahu.
i.
ii.
iii.
iv.
v.

_____________________________
_____________________________
_____________________________
_____________________________
_____________________________

3.2 Nyatakan TIGA (3) ciri utama bijih besi.

3.3 Nyatakan TIGA (3) keburukan Relau Bagas.

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 10

MAKLUM BALAS 3A

3.1
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Bijih besi hematit..


Bijih besi magnetit.
Bijih besi pirit.
Bijih besi limonit.
Bijih besi takonit.

3.2
i.

GRED

ii. KEPADATAN
iii. KETULINAN
iv. KESERAGAMAN

- ia sepatutnya mengandungi sebanyak mungkin


oksida besi.
- ia sepatutnya tidak terlalu padat atau terlalu rapuh.
- ia sepatutnya mempunyai kandungan bahan asing
yang serendah mungkin.
- ia sepatutnya mempunyai komposisi yang seragam
dari sekelompok ke sekelompok yang lain.

3.3
Keburukan Melebur Menggunakan Relau Bagas.
i. Modal dan kos operasi yang tinggi.
ii. Pengawalan komposisi besi adalah agak lemah.
iii. Relau kecil yang menggunakan kok adalah tidak cekap,
manakala pengeluaran besar relau dari relau besar adalah tidak
diperlukan.

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 11

INPUT
3.4

PROSES PENGELUARAN KELULI


Terdapat berbagai cara untuk menghasilkan keluli. Dalam proses menghasilkan
kekuli terdapat tiga jenis relau yang digunakan untuk menghasilkan keluli. Relaurelau tersebut ialah relau arka elektrik, relau asas oksigen , relau dedah dan relau
bessemer. Dalam bab ini kita akan membincangkan hanya relau asas oksigen dan
relau dedah sahaja.
3.4.1

Relau Asas Oksigen


Bentuk relau ini hampir sama dengan relau Bessemer. Ia menggunakan
oksigen tulin manakala relau Bessemer menggunakan oksigen yang
bercampur dengan nitrogen dan disalurkan dari bawah. Gambarajah: 3.2
Menunjukkan sebuah relau asas oksigen.

Water-cooled fume colleting


hood

Gambarajah: 3.2 Menunjukkan sebuah relau asas oksigen.

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 12

3.4.1.1 Operasi Relau Asas Oksigen .


Proses ini adalah lebih baik daripada relau Bessemer. Ia boleh
bergerak secara mengufuk dan menegak ditunjukkan dalam Gambarajah
3.3, 3.4 dan 3.5. Semasa digunakan relau diisi dengan besi cair dan 30%
besi sekerap, semasa relau berada dalam keadaan condong, kemudian ia
digerakkan ke kedudukan tegak. Pancutan oksigen dengan kelajuan tinggi
dihala kepermukaan kandungan cairan seperti yang ditunjukkan dalan
Gambarajah 3.5. Oksigen ini disejukkan dengan menggunakan air.

Gambarajah 3.3

Gambarajah 3.4

Gambarajah 3.5

Sebahagian daripada karbon dalam bahan ditukar menjadi oksida


berbentuk gas yang kemudiannya keluar daripada relau melalui
salurannya. Bendasing yang lain juga membentuk oksida dan kemudian
bertindakbalas dengan batu kapor membentuk sangga (slag). Setelah
selesai
relau
dicondongkan
ke kedudukan mengufuk
untuk
mengeluarkan keluli lembut lebur dan diterbalikkan untuk mengeluarkan
sangga seperti yang ditunjukkan dalan Gambarajah 3.6, 3.7 dan 3.8.

Gambarajah 3.6

Gambarajah 3.7

http://modul2poli.blogspot.com/

Gambarajah 3.8

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

3.4.1.2

J3022/ 3 / 13

Penghasilan Daripada Relau Asas Oksigen.


Ia dapat mengeluarkan keluli yang bermutu tinggi dengan cepat
iaitu 80 tan sejam. Cecair keluli biasanya dijadikan jongkong
keluli.

3.4.2 Relau Arka Elektrik


Tahukah anda Relau Arka Elektrik ini mempunyai keupayaan yang
tinggi serta mudah untuk dikendalikan berbanding dengan relau lain.
Kadar oksigen yang rendah di dalam relau menyebabkan ianya sesuai
untuk menghasilkan keluli aloi kerana logam yang dicampurkan tidak
bertindakbalas dengan oksigen di dalam relau. Suhu yang tidak
digunakan adalah kira-kira 3 000 oC. Relau ini digunakan secara meluas
dan sangat sesuai untuk peningkatan gred bagi keluli serta menghasilkan
keluli alat dan keluli aloi yang berkualiti tinggi tanpa bantuan bahan
pembakar. Relau ini boleh mengeluarkan 120 tan keluli dalam masa 4
jam.
3.4.3 Bentuk Relau Arka Elektrik
Relau arka elektrik mempunyai bentuk melekung seperti sebuah
selinder cembung. Ia diperbuat daripada keluli dan disaluti dengan bata
yang kalis haba. Penutupnya pula boleh dialihkan dan terdapat tiga laluan
atau bukaan yang mana elektrod karbon boleh digerakkan dengan bebas.
Tiga elektrod tersebut digunakan untuk membekalkan arka elektrik dan
seterusnya dapat meleburkan bahan-bahan mentah semasa menjalani
proses elektrolisis seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah: 3.9. Alat
penggerak elektrik yang digunakan dalam relau ini mempunyai voltan
yang tinggi bagi membantu peleburan. Ia menggunakan penyejuk yang
melalui saluran tembaga di luar relau. Oksigen yang digunakan adalah
oksigen asli yang dibekalkan secara jet.

Gambarajah : 3.9 Bentuk relau arka elektrik.

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 14

3.4.4. Operasi Relau Arka Elektrik


Operasi dalam Relau Arka Elektrik ini boleh dibahagikan kepada
empat peringkat iaitu
pengecasan, peleburan, pengasingan dan
pengakhiran.

3.4.4.1 Pengecasan
Bahan cas yang mengandungi sekerap keluli, pig iron, besi oksida
dan kapur dimasukkan ke dalam relau. Arus elektrik dialirkan ke
elektrod karbon untuk
membekalkan arka elektrik yang
ditunjukkan pada gambarajah 3.10.

Gambarajah 3.10 Menunjukkan proses pengecasan

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 15

3.4.4.2 Peleburan
Arka elektrik yang haba yang tinggi akan meleburkan bahan
cas beroksigen. Silikon, mangganes dan fosforus mula teroksid
dan bercampur dengan kapur untuk membentuk sangga asas.
Peleburan yang berlaku adalah peleburan tulin. Oleh kerana
elektrod karbon yang terbakar, maka tiada logam yang hilang
seperti gambarajah 3.11.

Gambarajah 3.11 : Menunjukkan proses peleburan

3.4.4.3 Pengasingan
Gambarajah 3.12 menunjukkan perpindahan fosforus bergantung
kepada sangga asas dalam kalsium oksid. Kapur, flourospar dan
besi oksida dicampur untuk membentuk sangga yang
bertindakbalas dengan bendasing. Setelah tindakbalas berlaku,
ia membentuk keluli berkomposisi yang dikehendakki.
Kemasukan sulfur kepada sangga sebagai kalsium sulfida.
Tindakbalas tersebut adalah seperti berikut ;
FeS + CaO + C

CaS + Fe + CO

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 16

Gambarajah 3.12: Menunjukkan proses pengasingan

3.4.4.4 Pengakhiran
Logam lebur adalah diperolehi dengan komposisi
yang
dikehendakki oleh penambahan aloi dan suhu diubahsuai seperti
yang
dikehendakki.
Keluli
dioksidakan menggunakan
aluminium,
Ferro-Silikon
atau
Ferro-Mangganes. Untuk
mengambil keluli, sangga dikait atau
dituang daripada
permukaannya dahulu kemudian diasingkan atau dialirkan
melalui lubang/saluran keluar dengan mencondongkan relau
yang ditunjukkan pada gambarajah 3.13

Gambarajah 3.13 Menunjukkan proses pengakhiran

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 17

3.4.5 Kebaikan Relau Arka Elektrik


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Perpindahan atau perubahan sulfur adalah bersesuaian.


Pembakaran dapat dikawal dan diatur dengan lebih berkesan.
Tiada gas pengoksidaan menghasilkan keluli berkualiti tinggi.
Suhu boleh dikawal dengan tepat.
Penambahan elemen aloi boleh dibuat dengan betul.
Relau ini bebas dari kekotoran dan asap.

Ooh mcam tu keluli ! baru saya


faham sekarang

ADAKAH ANDA BENAR-BENAR FAHAM?


MARI KITA MENJAWAB AKTIVITI

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 18

SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA

AKTIVITI 3B
3.4 Berikan TIGA (3) jenis relau dalam pengeluaran keluli selain dari relau arka
elektrik besi.
3.5 Nyatakan TIGA (3) kebaikan Relau Arka Elektrik.
3.6 Terangkan secara ringkas pengeluaran keluli menggunakan Relau Arka Elektrik.

BOLEH
TAHAN
SOALAN NI
!&$%**

ADAKAH ANDA BERPUASHATI DENGAN JAWAPAN ANDA ?


MARI KITA SEMAK JAWAPAN

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 19

MAKLUM BALAS 3B

3.3
a) Relau Bessemer
b) Relau Asas Oksigen
c) Relau Dedah
3.4
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Perpindahan atau perubahan sulfur adalah bersesuaian.


Pembakaran dapat dikawal dan diatur dengan lebih berkesan.
Tiada gas pengoksidaan menghasilkan keluli berkualiti tinggi.
Suhu boleh dikawal dengan tepat.
Penambahan elemen aloi boleh dibuat dengan betul.
Relau ini bebas dari kekotoran dan asap.

3.5
i.

PENGECASAN
Bahan cas yang mengandungi sekerap keluli, pig iron, besi oksida dan
kapur dimasukkan ke dalam relau. Arus elektrik dialirkan ke elektrod
karbon untuk membekalkan arka elektrik.

ii. PELEBURAN
Arka elektrik yang haba yang tinggi akan meleburkan bahan cas
beroksigen. Silikon, mangganes dan fosforus mula teroksid dan
bercampur dengan kapur untuk membentuk sangga asas.
iii. PENGASINGAN
Kapur, flourospar dan besi oksida dicampur untuk membentuk sangga
yang bertindakbalas dengan bendasing. Setelah tindakbalas berlaku,
ia membentuk keluli berkomposisi yang dikehendakki.
iv.

PENGAKHIRAN
Keluli
dioksidakan menggunakan aluminium, Ferro-Silikon atau
Ferro-Mangganes. Untuk mengambil keluli, sangga dikait atau dituang
daripada permukaannya dahulu kemudian keluli cair dialirkan melalui
lubang/saluran keluar dengan mencondongkan relau.

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 20

PENILAIAN KENDIRI
1)

Terangkan secara ringkas TIGA (3) jenis bijih besi yang terdapat di permukaan
bumi.

2)

Sebutkan TIGA (3) jenis relau untuk menghasilkan pengeluaran bahan tersebut.
i.
ii.

3)

Besi.
Keluli.

Apakah bahan cas yang dimasukkan ke dalam relau-relau berikut :


i.
ii.

Relau Bagas.
Relau Arka Elektrik.

4)

Namakan TIGA (3) proses kimia yang penting berlaku di dalam relau Bagas.

5)

Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, terangkan secara ringkas bagaimana


proses pengoperasian relau Asas Oksigen dijalankan.

Nampak
macam ada tip
di belakang

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 21

MAKLUM BALAS

1.
Bijih Besi Pirit.
Bijih besi pirit mempunyai kandungan besi sebanyak 50% dan 50%
belerang. Warnanya agak keemasan dan didapati dalam bentuk hablur.

Bijih Besi Limonit.


Bijih besi limonit mengandungi besi sebayak 20% - 55% dan
kandungan air sebanyak 40%. Warnanya adalah kuning coklat, tetapi
apabila air dikeluarkan ianya akan bertukar warna bijih Hematit. Ia
berada dalam tanah gambut juga dikenali sebagai Hematit coklat.
Bijih Besi Takonit.
Bijih besi ini hanya mempunyai 25% hingga 30% kandungan besi.
Warnanya kemerah-merahan atau kehitam-hitaman dan diperolehi dalam
bentuk batu-bata.
2.
i)

pengeluaran besi
a) Relau bagas
b) Relau Penurunan Terus
c) Relau kupola

ii)

Pengeluaran keluli
a) Relau Bessemer
b) Relau Asas Oksigen
c) Relau Arka Elektrik

http://modul2poli.blogspot.com/

PENGELUARAN BESI DAN KELULI

J3022/ 3 / 22

3.
i)
ii)

Relau bagas - bijih besi, batu kapor, arang kok dan udara panas
Relau Arka Elektrik keluli, besi sekerap dan badan aloi

i)

Pembakaran karbon dalam arang kok dengan oksigen dalam semburan


udara
Reduksi oksida kepada besi
Memfluskan gauge bijih besi dan abu daripada menggunakan batu kapur

4.

ii)
iii)

5.
Bahan cas yang mengandungi sekerap keluli, pig ion, besi oksida, dan
kapur dimasukkan ke dalam relau. Arus elektrik dialirkan ke elektrod
karbon untuk membekalkan arka elektrik yang ditunjukkan pada
gambarjah di bawah

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 1

KELULI KARBON BIASA

OBJEKTIF AM

Unit

Memahami berkaitan keluli karbon dari segi sifat, struktur


dan kaitan dengan rajah keseimbangan fasa serta jenisjenisnya.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
9
9
9

Menerangkan istilah keluli karbon.


Melakar dan menerangkan hubungan fasa melalui
gambarajah fasa besi karbon.
Menyenarai dan menjelaskan jenis-jenis keluli karbon.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 2

INPUT
PENGENALAN

Pada tajuk yang lalu kita telah membincangkan bagaimana bijih besi dan keluli
diperolehi. Kita juga telah mempelajari bagaimana besi dan keluli diproses
sebelun dikeluarakan untuk tujuan penggunaan Kali ini mari kita melihat pula
berkenaan keluli karbon biasa dari segi sifat, struktur mikro, jenis dan kegunaan
tentu dalam bidang kejuruteraan.

4.1

ALLOTROPI BESI

Besi dan karbon menunjukkan sifat kelarutan yang lengkap dalam keadaan
cecair tetapi kelarutan yang terhad dalam keadaan pepejal. Sistem rajah fasa
besi-karbon mempunyai beberapa jenis larutan pepejal dan fasa-fasa peralihan.
Rajah fasa besi-karbon juga mempamerkan tindakbalas-tindakbalas eutektik,
eutektoid dan peritektik.
Sebelum mengenali struktur aloi besi-karbon, perubahan bentuk hablur yang
berlaku perlu difahami semasa pemanasan dan penyejukan besi tulin dalam
keadaan pepejal. Besi tulin adalah allotropik iaitu bahan yang boleh berubah
dalam beberapa bentuk hablur yang berlainan pada suhu-suhu tertentu. Pada
suhu bilik sehingga 910 oC sehingga 1 390 oC, hablurnya adalah kiub berpusat
jasad (b.c.c) dan dikenali sebagai besi alfa ( -Fe). Di atas suhu 910 oC sehingga
1 390 oC, hablurnya adalah berkiub berpusat muka (f.c.c). Besi yang stabil pada
suhu ini dikenali sebagai besi-gamma ( -Fe). Jika pemanasan seterusnya
dijalankan, struktur hablurnya terus bertukar menjadi kiub berpusat jasad
sebelum ianya menjadi cecair pada suhu 1 535 oC dan dikenali sebagai besi
delta ( -Fe).
Perubahan struktur hablur dalam keadaan pepejal adalah berkait rapat dengan
pembebasan haba semasa besi disejukkan daripada takat beku iaitu pada suhu
1535oC. Titik di mana perubahan hablur ini berlaku dikenali sebagai titiktitik kritikal seperti Gambarajah 4.1 di bawah ini.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 3

suhuC
1390C
A3
910C
A2
769C

Masa bagi penurunan sela suhu

Gambarajah 4.1 Lengkung Penyejukkan Berkadar Songsang Untuk Besi Tulin.

Dimensi
(mm)

-Fe

-Fe
BCC
-Fe
BCC

FCC

910

1390

Suhu oC

Gambarajah 4.2 Perubahan Dimensi Besi Tulin Berbanding Dengan Suhu

Atom-atom pada kekisi f.c.c adalah lebih padat jika dibandingkan dalam bentuk
b.c.c, dan ini menyebabkan pengecutan berlaku semasa pemanasan besi- ke
besi-. Pengembangan berlaku semasa pemanasan besi- ke besi-. Kesemua
perubahan ini berlaku pada titik-titik kritikal.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 4

Titik-titik kritikal adalah dirujuk seperti berikut :


suhu perubahan dikenali sebagai A3.
suhu perubahan dikenali sebagai A4/Acm.
Ujikaji menunjukkan suhu-suhu kritikal ini berubah semasa proses pemanasan
dan penyejukan. Semasa pemanasan suhu perubahan struktur ke ialah
dikenali sebagai titik Ac (`c' adalah `chaufage' atau pemanasan dalam Bahasa
Perancis) dan semasa penyejukan daripada keadaan lebur suhu perubahan ini
dikenali sebagai titik Ar (adalah `refroidissement' atau penyejukan). Sebagai
contoh Ac3 dan Ar3 bagi besi tulin ialah 910 oC dan 935 oC.
Satu lagi perubahan ialah pada suhu 723 C. Pada suhu ini, besi tulin hilang
kemagnetannya dan titik ini dikenali titik Curle. Suhu ini tidaklah begitu penting
dalam rawatan haba kerana tiada perubahan struktur hablur berlaku. Rajah ini
juga dikenali sebagai fasa besi-simentit (cementite), ini disebabkan kebanyakan
karbon larut dalam besi berbentuk cementite. Penambahan karbon dalam besi
boleh mengurangkan takat beku logam ini di samping mengubah suhu perubahan
(suhu kritikal) struktur hablur.
Kelarutan karbon dalam besi yang berkiub berpusat jasad adalah rendah pada
suhu bilik iaitu hanya mencapai 0.006% dan larutan pepejal ini dikenali sebagai
ferrite (fasa ). Kelarutan maksimun karbon dalam struktur ini ialah 0.03% pada
suhu 723 C. kelarutan karbon bertambah apabila besi menjadi kiub berpusat
muka (fcc) di mana kelarutan maksima ialah 1.7% pada suhu 1130 C. larutan
pepejal besi dan karbon pada struktur ini dikenali sebagai autenite (fasa ).
Jika suhu dinaikan, kelarutan karbon akan menurun bila struktur besi berubah
menjadi kiub berpusat muka. Kelarutan maksimun adalah 0.07% pada suhu
1490 C sebelum ianya lebur pada suhu 1535 C. larutan pepejal ini dikenali
sebagai .

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

Gambarajah Fasa Keseimbangan Besi-Karbon


Suhu
o
C

1500

Cecair +

1300

1100

Cecair +

Cecair + Fe3C

+ Fe3C

900

Ledeburite

4.2

J3022/4/ 5

Pearlite

700

+ Fe3C

500
0

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

%C

Gambarajah 4.3 Menunjukkan fasa keseimbangan Besi-Karbon

Gambarajah 4.3 di atas juga dikenali sebagai rajah fasa besi-sementit (cementite) sebab
kebanyakan karbon larut dalam besi adalah dalam bentuk sementit. Penambahan karbon
dalam besi boleh mengurangkan takat beku logam ini disamping mengubahkan suhu
perubahan (kritikal) struktur hablur. Kelarutan karbon dalam besi yang berkiub
berpusat jasad adalah rendah pada suhu bilik iaitu hanya mencapai 0.006% dan larutan
pepejal ini dikenali sebagai ferit (fasa ). Kelarutan maksima karbon dalam struktur
ini ialah 0.03% pada suhu 723 oC.
Kelarutan karbon bertambah bila struktur besi menjadi kiub berpusat muka (f.c.c.) di
mana kelarutan maksimanya adalah 1.7% pada suhu 1130 oC. Larutan pepejal besi dan
karbon pada struktur ini dikenali sebagai austenit (fasa ).
Jika suhu dinaikkan, kelarutan karbon menurun bila struktur besi berubah menjadi kiub
berpusat muka. Kelarutan maksima adalah 0.07% pada suhu 1490 oC sebelum ianya
lebur pada 1535 oC. Larutan pepejal ini dikenali sebagai fasa .
Tindakbalas eutektik berlaku pada 1130 oC di mana kandungan karbon adalah 4.3%
dan fasa pepejal yang terbentuk mempunyai campuran austenit dan sementit. Sementit
adalah sebatian antara besi dan karbon ( karbida besi ) iaitu Fe3C. Campuran eutektik
ini juga dikenali sebagai ledeburite.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 6

Tindakbalas peritektik berlaku semasa penyejukan besi yang mengandungi 0.07


%C (larutan pepejal) bertindakbalas dengan larutan cecair besi karbon yang
mengandungi 0.55 %C pada suhu 1490 oC dan membentuk larutan pepejal
atau austenit yang mengandungi 0.18 %C. Tindakbalas peritektik tidak memberi
kesan kepada struktur mikro yang wujud pada suhu bilek dan tidak pula merubah
sifat-sifat fizikal keluli.
Tindakbalas eutektoid berlaku pada 723 oC bila austenit yang mengandungi 0.83
%C terhurai dan membentuk struktur berlapis ferit dan sementit yang dikenali
sebagai pearlit. (Bentuk seperti ibu tiram). Titik di mana berlakunya
tindakbalas eutektoid dirujukkan sebagai A1. Ianya adalah sama untuk semua
keluli karbon biasa.
Fasa-fasa yang terdapat pada rajah fasa besi karbon adalah seperti berikut:i. Ferit (fasa ) merupakan larutan pepejal yang lemah antara karbon dalam
besi yang berkiub berpusat jasad. Kelarutan maksima karbon adalah 0.03%
pada suhu 723 oC dan jatuh kepada 0.006% pada suhu bilik. Ferit
merupakan bahan yang mulur, lembut dan mempunyai kekuatan yang
agak rendah.
ii. Austenit (fasa ) merupakan larutan pepejal karbon dalam besi yang
berkiub berpusat muka dan kelarutannya agak tinggi jika dibandingkan
dengan ferit. Kelarutan maksima karbon ialah 1.7% pada 1130 oC dan ini
merupakan had kelarutan yang maksima pada keluli karbon biasa.
Walaupun begitu kelarutan karbon yang melebihi 1.4% jarang berlaku
dalam praktik.
iii. Sementit merupakan karbida besi di mana atom-atom karbon yang lebih
bergabung dengan atom-atom besi membentuk sebatian yang keras dan
rapuh iaitu Fe3C.
iv. Pearlit merupakan struktur lamela (berlapis) antara ferit dan sementit di
mana komposisi eutektoidnya ialah 0.83%C dan 99.17%Fe.
Struktur mikro keluli karbon biasa boleh mengandungi mana-mana fasa
tersebut jika disejukkan dengan perlahan (seimbang) bergantung
kepada
kandungan karbon masing-masing.

4.3

Juzuk-Juzuk Mikro Pada Keluli Karbon Biasa.


Daripada rajah tersebut struktur yang terakhir diperolehi bergantung
sepenuhnya kepada kandungan karbon. Keluli yang mengandungi kurang
daripada 0.83% karbon dikenali sebagai keluli hypo-eutektiod dan lebih daripada
0.83% sehingga 1.70% dipanggil keluli hyper-eutektiod.
APAKAH ITU KELULI KARBON BIASA?

http://modul2poli.blogspot.com/

RENUNGKAN

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 7

SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA

AKTIVITI 4A
4.1 Apakah istilah kepada allotropi.

4.2 Terangkan istilah-istilah yang terdapat di dalam Gambarajah Fasa Besi-Karbon iaitu;
i.
ii.
iii.
iv.

Ferit.
Austenit.
Pearlit.
Sementit.

4.3 Dengan bantuan lakaran kenal pasti fasa-fasa yang wujud dalam gambarajah
keseimbangan fasa keluli-karbon.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 8

MAKLUM BALAS 4A
4.1
Besi tulin adalah allotropik iaitu bahan yang boleh berubah dalam beberapa bentuk hablur
berlainan pada suhu-suhu tertentu.
4.2
i)

Ferit merupakan larutan pepejal yang lemah antara karbon dalam besi yang
berkiub berpusat jasad. Kelarutan maksima karbon adalah 0.03% pada suhu 723
o
C dan jatuh kepada 0.006% pada suhu bilik. Ferit merupakan bahan yang
mulur, lembut dan mempunyai kekuatan yang agak rendah
Austenit merupakan larutan pepejal karbon dalam besi yang berkiub berpusat
muka dan kelarutannya agak tinggi jika dibandingkan dengan ferit. Kelarutan
maksima karbon ialah 1.7% pada 1130 oC dan ini merupakan had kelarutan yang
maksima pada keluli karbon biasa. Walaupun begitu kelarutan karbon yang
melebihi 1.4% jarang berlaku dalam praktik.
Pearlit merupakan struktur lamela (berlapis) antara ferit dan sementit di mana
komposisi eutektoidnya ialah 0.83%C dan 99.17%Fe
Sementit merupakan karbida besi di mana atom-atom karbon yang lebih
bergabung dengan atom-atom besi membentuk sebatian yang keras dan rapuh
iaitu Fe3C.

ii)

iii)
iv)

4.3
Suhu
o
C

1500

Cecair +

1300

1100

Cecair +

Cecair + Fe3C

+ Fe3C

900
700

+
Pearlite

Ledeburite

+ Fe3C

500
0

0.8

1.7

http://modul2poli.blogspot.com/

4.3

%C

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 9

INPUT
4.4

Keluli Karbon Biasa


Keluli karbon biasa boleh ditakrifkan sebagai aloi besi dan karbon yang
mengandungi kurang daripada 1.7% karbon. Keadaan yang sebenar
menunjukkan kandungan yang melebihi 1.4% karbon jarang sekali terdapat
pada keluli dan terdapat juga unsur-unsur lain seperti mangan (Mn), sulfur (S)
dan fosfurus (P). Unsur-unsur ini sama ada sengaja dicampurkan (seperti Mn)
atau sebagai bendasing (seperti S dan P ).
4.4.1

Sifat - Sifat Mekanik Keluli Karbon Biasa.


Nilai-nilai yang biasa bagi sifat-sifat mekanik untuk ferit, pearlit dan
sementit adalah seperti berikut :

Juzuk
mikro
Ferit
Pearlit
Sememtit

Kekuatan tegangan

% Pemanjangan

330 N/mm2
900 N/mm2

40
5

Kekerasan
100 HV
270 HV
650HV

Jadual 4.4. Fungsi struktur dan komposisi terhadap sifat-sifat mekanik


keluli karbon biasa

Jadual 4.4 di atas menunjukkan sifat-sifat mekanik keluli karbon biasa yang
disejukkan dengan perlahan dan didapati sifat-sifat mekanik keluli ini bergantung
kepada kandungan juzuk-juzuk mikro ini. Kekerasan, kekuatan tegangan dan %
pemanjangan adalah terus dengan kandunagan karbon sehingga 0.83%.
Kehadiran sememtit-sememtit bebas pada struktur bijian menyebabkan kekuatan
tegangan menurun.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 10

4.4.2 Keluli Terbunuh (Killed) Dan Keluli Berim (Rimming).


Pada proses akhir penapisan dalam pengeluaran keluli, keluli lebur
mengandungi oksigen yang berlebihan. Jika keluli ini hendak dituangkan,
oksigen yang berlebihan ini akan bertindakbalas dengan karbon untuk
menghasilkan gas karbon monoksida. Gas ini akan menyebabkan keluli
itu menjadi poros bila ianya memejal.
Oksigen yang berlebihan boleh dikurangkan dengan mencampurkan
unsur-unsur pengoksidaan seperti mangan (Mn), silikon (Si) atau
aluminium (Al). Keluli ini dikatakan terbunuh sebab ianya senyap semasa
dituangkan.
Sejenis lagi jongkong keluli boleh dihasilkan dengan mengurangkan
sebahagian daripada oksigen sebelum dituangkan. Sejurus sebahagian
daripada proses pengoksidaan berlaku, keluli lebur itu dituangkan ke
dalam acuan jongkong. Semasa di dalam acuan dan berdekatan dengan
dinding acuan, keluli itu memejal dalam bentuk rim yang terdri daripada
besi tulin. Baki oksigen yang tinggal bertindakbalas dengan karbon
menghasilkan gas karbon manoksida. Tetapi bahagian atas jongkong mula
memejal dengan itu gas yang dihasilkan tidak boleh dibebaskan. Gas ini
akan membentuk rongga-rongga udara (blowholes) bila keseluruhan
keluli itu menjadi pejal.Walau bagaimanapun keluli yang memejal akan
mengecut dan rongga-rongga ini akan mengimbang-balas proses
pengecutan. Keluli ini dikenali sebagai keluli berim.

4.5

Kesan Unsur-Unsur Lain (Selain Karbon) Terhadap Keluli Karbon Biasa


Dalam proses pengeluaran keluli adalah sukar untuk menapiskan semua
bendasing. Di samping itu proses pengoksidaan yang berlaku tuangan keluli juga
mengandungi bendasing yang larut dan unsur bukan logam tidak terlarut. Unsurunsur ini dicampurkan ke dalam keluli samada secara tidak sengaja atau
disengajakan sebagai rekabentuk keluli tersebut. Unsur-unsur yang biasa
didapati seperti Mn sehingga 1.0%, Si sehingga 0.3%, S sehigga 0.05%
dan P sehingga 0.05%.

4.5.1 Mangan (Mn)


Unsur ini merupakan juzuk yang penting kepada hampir semua keluli
sebab ianya boleh membebaskan keluli daripada rongga-rongga
gas/udara. Unsur ini bertindak sebagai agen pengoksidaan dengan
bergabung dengan oksigen yang berlebihan. Tetapi unsur ini boleh
bertindakbalas dengan sulfur yang hadir dan membentuk MnS yang boleh
melemahkan keluli. Mn juga boleh larut dalam austenit dan membentuk

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 11

karbida yang stabil iaitu Mn3C. Unsur ini boleh meningkatkan kekuatan
alah, kekuatan tegangan dan rintangan hentaman (keliatan) keluli.
Kedalaman pengerasan
boleh ditingkatkan selepas dikuenc tetapi
ianya boleh membawa retak atau pecah. Kandungan Mn hendaklah
dihadkan kurang daripada 0.5% keluli karbon sederhana dan tinggi yang
hendak dikuenckan.
4.5.2 Silikon (Si)
Unsur ini didapati bersama bijih besi itu sendiri. Ianya berguna jika
kandungannya di antara 0.05 - 0.3% bagi keluli terbunuh. Bagi keluli
berim kandungannya dihadkan kepada 0.05%. Silikon hanya memberi
kesan yang sedikit kepada keluli tetapi kandungannya hendaklah
dihadkan kepada 0.2% bagi keluli karbon tinggi sebab ianya boleh
menghuraikan sementit menjadi grafit dan ferit dan menjadikan keluli itu
lemah. Silikon juga meninggikan kebendaliran keluli yang mana sifat ini
sangat panting dalam proses tuangan.
4.5.3 Sulfur (S)
Kehadiran sulfur dalam keluli adalah dalam bentuk MnS atau FeS. FeS
larut dalam keluli lebur tetapi tidak larut dalam keluli pejal. FeS mendak
sebagai filem pada sempadan bijian austenit walaupun kandungan sulfur
serendah 0.1%.
FeS mempunyai takat lebur yang rendah dengan ini keluli boleh menjadi
remah/hancur (crumble) bila dikerja-panas. FeS juga merupakan bahan
yang rapuh pada suhu bilek dengan itu ianya menjadikan keluli tidak
sesuai dikerja-sejuk atau digunakan dalam mana-mana perkhidmatan.
Biasanya Mn ditambahkan lebih banyak bagi mengelakkan pembentukan
FeS pada keluli. Dengan menambahkan lebih banyak Mn maka lebih
banyak MnS terbentuk iaitu lebih baik daipada FeS.
Umumnya kandungan sulfur pada keluli mestilah tidak melebihi 0.05%
dan pada keluli berkualiti tinggi seperti keluli alat, tidak melebihi
0.03%. Setengah keluli seperti keluli pemotong bebas kandungannya
ialah 0.3 %S, 1.5 %Mn dan 0.03 %P. Kehadiran MnS pada keluli ini
meningkatkan lagi kebolehmesinannya.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 12

4.5.4 Fosforus
Fosforus membentuk fosfid besi, Fe3P yang rapuh dan larut dalam
keluli. Fosforus juga memberi kesan kepada kekerasan keluli, dengan
itu kandungannya haruslah dihadkan bawah 0.05% sebab fosfid besi
yang menjadi juzuk mikro yang berasingan menambah kerapuhan
keluli.

4.6

Kelasifikasi Dan Kegunaan Keluli Karbon Biasa.


Keluli karbon biasa dibahagikan kepada 3 kumpulan.
i.
ii.
iii.

4.6.1

Keluli karbon rendah mengandungi kurang daripada 0.3 %C.


Keluli karbon sederhana mengandungi 0.3 - 0.6 %C.
Keluli karbon tinggi mengandungi 0.6 - 1.4 %C.

Keluli Karbon Rendah (Keluli Lembut).


Keluli ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori umun, di antaranya:4.6.1.1

Keluli lembut mati (dead mild steel)


Kategori keluli yang mengandungi 0.05 - 0.10 karbon dan biasanya
didapati dalam bentuk kepingan, jalur, rod, wayar dan tiub yang
dihasilkan daripada kerja-sejuk dan kerja-panas. Ianya juga didapati
dalam keadaan yang telah disepuh lindap proses. Keluli ini
mempunyai kemuluran yang tinggi, sesuai untuk tarikan dalam
(deep drawing) tetapi kekuatannya adalah rendah. Kegunaannya
adalah untuk membuat badan kereta-motor, peti sejuk, mesin basuh,
perabut, rivet dan paku.

4.6.1.2

Keluli karbonan (carburising steels)


Kategori keluli yang mengandungi 0.1 - 0.2% karbon merupakan
keluli yang mempunyai kekuatan dan kekerasan yang rendah, tetapi
permukaan yang keras. Permukaannya juga boleh merintang air
dengan sifat terasnya yang liat. Kemulurannya menjadikannya
sukar untuk dimesin dengan cepat melainkan kandungan MnS
ditingkatkan dengan menambah sulfur 0.2-0.3%
dan Mn1%.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

4.6.1.3

J3022/4/ 13

Keluli lembut pembinaan


Kategori keluli yang mengandungi 0.2 0.3% karbon. Bila
kandungan karbon ditingkatkan sehingga 0.3%, kekuatannya
meningkat dan sesuai untuk tujuan pembinaan, tetapi kemulurannya
menurun. Ianya mempunyai kualiti fabrikasi yang sangat baik
dengan itu mudah untuk dikimpal dan dikerja-sejuk atau panas. Keluli
ini juga digelek panas untuk dijadikan kepingan bagi membuat
dandang, kapal dan kenderaan. Dalam bentuk galang, gelegar, alur
dan sebagainya ianya digunakan untuk membuat jambatan dan
bangunan. Biasanya digunakan setelah digelek panas.

4.6.2

Keluli Karbon Sederhana


Keluli ini biasa dikeras-kuenc dan dibajakan sepenuhnya supaya kekuatannya
adalah lebih baik dengan mempunyai keliatan yang maksima. Digunakan untuk
membuat aci, gear dan aci engkol. Keluli yang mengandungi 0.4 - 0/5 %C
boleh dikeraskan dengan proses pemanasan setempat dan dikuenckan. (localised
heating and quenching).

4.6.3

Keluli Karbon Tinggi


Keluli karbon tinggi biasanya dikeras-kuenc dan dibajakan dengan ringan
untuk mendapatkan kekerasan yang tinggi dengan keliatan yang terhad.
Digunakan untuk membuat alat pemotong yang kurang mahal dan dikenali
sebagai "carbon tool steel". Keluli yang mengandungi 0.6 - 0.8 %C biasanya
digunakan untuk membuat acuan, spring, kabel pengikat dan roda keretapi.
Sebahagian daripada alat-alat yang dibuat daripada keluli karbon tinggi adalah
seperti berikut :% Karbon
0.8 - 1.0
1.0 - 1.2
1.2 - 1.4

Jenis-jenis alat
Pahat sejuk bilah pemotong pengetuk dan penukul.
Kikir kapak mata gergaji dan pisau.
Pisau pencukur dan mata gerudi.

Jadual 4.5 : Kandungan karbon dan jenis alat

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

4.7

J3022/4/ 14

Had-had Keluli Karbon Biasa.


Bagi mengatasi had-had ini, keluli perlu dialoikan dengan unsur-unsur yang
lain bagi mendapatkan sifat-sifat yang khusus yang diperlukan dalam bidang
kejuruteraan. Elemen-elemen aloi adalah seperti Mn, Ni, Cr, Mo, Tn, Vd, Co
dan Si. Keluli aloi akan dibincangkan dalam unit berikutnya.
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Kekuatan tegangan yang maksima ialah 700 N/mm2


Komponen-komponen yang besar sukar untuk dikeraskan dengan
berkesan dengan itu terhad untuk bahagian-bahagian yang kecil.
Melindap-kejut (kuenc) dengan air menghasilkan kekerasan yang
sepenuhnya tetapi terdedah kepada herotan dan retakkan.
Jika dilembutkan dengan cepat pada suhu 300 oC, kegunaannya
terhad untuk memotong logam dengan kelajuan yang tinggi.
Mempunyai daya rintangan yang rendah kepada kakisan dan
pengoksidaan pada suhu yang tinggi.

Haa !!!! dah habis

MARI KITA IKUTI AKTIVI BERIKUTNYA

SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA


http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 15

AKTIVITI 4B
4.4

Nyatakan DUA (2) jenis Keluli Karbon Rendah.


i) ____________________________________
ii)____________________________________

4.5

Senaraikan TIGA (3) unsur yang dapat memberi kesan terhadap Keluli Karbon
Biasa.

4.6

Senaraikan DUA (2) tujuan mengapa unsur-unsur lain perlu digunakan terhadap
Keluli Karbon Biasa.

4.7

Nyatakan kandungan karbon dan senaraikan DUA (2) contoh alat yang dihasilkan
pada jenis-jenis Keluli Karbon berikut :
i)
ii)

Keluli Karbon Sederhana.


Keluli Karbon Tinggi.

BANDINGKAN JAWAPAN ANDA


http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 16

MAKLUM BALAS 4B

4.4
i)
ii)
iii)

Keluli lembut mati


Keluli karbonan
Keluli lembut

4.5
i)
ii)
iii)
iv)

Mangan (Mn)
Silikon (Si)
Sulfur (S)
Fosforus(p)

4.6
Silikon (Si)
Silikon meninggikan kebendaliran keluli yang mana sifat ini sangat penting dalam proses
tuangan.
Fosforus
Fosforus membentuk fosfid besi, Fe3P yang rapuh dan larut dalam keluli. Fosforus juga
memberi kesan kepada kekerasan keluli, dengan itu kandungannya haruslah dihadkan
bawah 0.05% sebab fosfid besi yang menjadi juzuk mikro yang berasingan menambah
kerapuhan keluli.
4.7
i)

Keluli karbon sederhana mengandungi 0.3 -0.6 %C.


Digunakan untuk membuat aci, gear dan aci engkol. Keluli yang mengandungi
0.4 -0/5 %C boleh dikeraskan dengan proses pemanasan setempat dan
dikuenckan.

ii)

Keluli karbon tinggi mengandungi 0.6 -1.4 %C. digunakan untuk membuat acuan,
spring, kabel pengikat dan roda keretapi.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 17

PENILAIAN KENDIRI
1.

Berpandukan kenyataan di bawah, isikan tempat kosong dengan perkataan yang


sesuai.
i)
ii)
iii)
iv)

2.

Nyatakan dari segi kandungan karbon, sifat dan kegunaan bagi jenis-jenis keluli
berikut.
i)
ii)
iii)

3.

Keluli Karbon Rendah.


Keluli Karon Sederhana.
Keluli Karon Tinggi.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah berikut yang berkaitan


gambarajah besi-karbon.
i)
ii)
iii)
iv)

4.

Ferit merupakan larutan pepejal yang berkiub _______________________


Austenit merupakan larutan pepejal yang berkiub ____________________
Pearlit merupakan struktur lamela antara ________ dan _______________
Sementit merupakan sebatian yang keras dan rapuh iaitu ______________

Ferit.
Sementit.
Pearlit.
Austenit.

Terangkan secara ringkas berkenaan Keluli Lembut Mati (Dead Mild Steel) yang
digolongkan dalam keluli karbon rendah.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

5.

J3022/4/ 18

Berpandukan Gambarajah fasa besi-karbon di bawah, labelkan fasa-fasa yang


wujud.
Suhu
o
C

1500

1300

1100

900

700

500
0

1.0

2.0

3.0

4.0

http://modul2poli.blogspot.com/

5.0

%C

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 19

MAKLUM BALAS

1.
i)
ii)
iii)
iv)

Ferit merupakan larutan pepejal yang berkiub berpusat iasad.


Austenit merupakan larutan pepejal yang berkiub berpusat muka.
Pearlit merupakan struktur lamela ~ dan sementit
Sementit merupakan sebatian yang keras dan rapuh iaitu ~

2.
i)
ii)
iii)

Keluli karbon rendah mengandungi kurang daripada 0.3 %C.


Keluli karbon sederhana mengandungi 0.3 -0.6 %C.
Keluli karbon tinggi mengandungi 0.6 -1.4 %C.

3.
i)

Fecit merupakan larutan pepejal yang lemah antara karbon dalam besi yang
berkiub berpusat jasad. Kelarutan maksima karbon adalah 0.03% pada suhu 723
C dan jatuh kepada 0.006% pada suhu bilik. Fecit merupakan bahan yang mulur,
lembut dan mempunyai kekuatan yang agak rendah

ii)

Austenit merupakan larutan pepejal karbon dalam besi yang berkiub berpusat
muka dan kelarutannya agak tinggi jika dibandingkan dengan fecit. Kelarutan
maksima karbon ialah 1.7% pada 1130 C dan ini merupakan had kelarutan yang
maksima pada keluli karbon biasa. Walaupun begitu kelarutan karbon yang
melebihi 1.4% jarang berlaku dalam praktik.

iii)

Pearlit merupakan struktur lamela (berlapis) antara fecit dan sementit di mana
komposisi eutektoidnya ialah 0.83%C dan 99.17%Fe

iv)

Sementit merupakan karbida besi di mana atom-atom karbon yang lebih


bergabung dengan atom-atom besi membentuk sebatian yang keras dan rapuh
iaitu Fe3C.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI KARBON BIASA

J3022/4/ 20

4.
Keluli lembut mati (dead mild steel)
Kategori keluli yang mengandungi 0.05 -0.10 karbon dan biasanya didapati dalam bentuk
kepingan, jalur, rod, wayar dan tiub yang dihasilkan daripada kerja-sejuk dan kerjapanas. Ianya juga didapati dalam keadaan yang telah disepuh lindap proses. Keluli ini
mempunyai kemuluran yang tinggi, sesuai untuk tarikan dalam ( deep drawing) tetapi
kekuatannya adalah rendah.Kegunaannya adalah untuk membuat badan kereta-motor,
peti sejuk, mesin basuh, perabut, rivet dan paku.

5.
Suhu
o
C

1500

Cecair +

1300

1100

Cecair +

Cecair + Fe3C

+ Fe3C

900
+

Ledeburite

Pearlite

700

+ Fe3C

500
0

0.8

1.7

http://modul2poli.blogspot.com/

4.3

%C

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 1

KELULI ALOI DAN


BESI TUANG

OBJEKTIF AM

Unit

Memahami jenis-jenis keluli aloi dan besi tuang dari segi


sifat, struktur dan fasa.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
9
9
9
9
9

Menyatakan tujuan keluli dialoikan


Menyenaraikan jenis-jenis keluli aloi.
Menerangkan kegunaan besi tuang.
Menyenaraikan jenis-jenis besi tuangan dan kegunaan.
Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi besi
tuang.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 2

INPUT
PENGENALAN

Unit ini akan membincangkan berkenaan jenis-jenis keluli aloi yang dapat
dihasilakn apabila beberapa elemen aloi dimasukkan ke dalam keluli karbon dan
kesan terhadap sifat keluli seperti sifat mekanikal, sifat kebolehaliran, sifat
elektrik, sifat haba dan sebagainya. Unit ini juga menyentuh berkenaan besi
tuangan dari segi jenis dan sifat besi tuangan.
5.1

KELULI ALOI
Tahukah anda keluli aloi merupakan keluli yang mengandungi lebih daripada
1.0% elemen-elemen lain selain daripada karbon dan besi . Tujuan utama ialah
untuk mempertingkatkan mutu dan sifat-sifat keluli supaya ianya mudah
diubahsuai dengan diberi rawatan haba dengan lebih sempurna.
Penambahan elemen-elemen pancalogam (aloi) ini seperti kromium, mangenese,
molydebnum, nikel, plumbum, kobalt, phosphoros, silikon, sulfur, kuprum,
aluminium, tungsten dan vanadium boleh menghasilkan sifat-sifat seperti
berikut:i.
ii.
iii.

iv.
v.
vi.
vii.

Menambahkan kekuatan tegangan.


Menambahkan kekerasan dan keliatan bahan.
Pengubahsuaian suhu kritikal bagi keluli tersebut. Suhu kritikal adalah
suhu maksima dan minima bagi keluli untuk dilindap kejutkan di dalam
proses pengerasan.
Menambahkan rintangan terhadap kehausan lelasan.
Mengekalkan kekerasan keluli sewaktu ianya merah (red hardness).
Meninggalkan rintangan terhadap kakisan.
Membolehkan pembajaan dilakukan pada suhu yang lebih tinggi di
samping mengekalkan sifat kekuatan dan kemuluran.

ADAKAH ANDA TAHU JENIS-JENIS KELULI ALOI ?? FIKIRKAN

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

5.2

J3022/ 5/ 3

PENGKELASAN KELULI ALOI


Pengkelasan keluli aloi boleh dilakukan dengan mengikut penggunaan dan
membentuk kumpulan yang yang lebih kecil berdasarkan unsur-unsur mengaloian
yang utama.
5.2.1

Keluli Aloi Rendah (Low Aloi Steels)


Mempunyai struktur yang menyerupai keluli karbon setelah ianya
menjalani rawatan haba. Mengandungi 3-4% aloi dan satu atau lebih
elemen aloi yang ditambahkan untuk memperbaiki kekuatan, keliatan dan
kebolehan dikeraskan. Penggunaannya sama seperti keluli karbon yang
mempunyai kandungan karbon yang sama.

5.2.2

Keluli Aloi Tinggi (High Aloi Steels)


Struktur yang diberikan adalah berlainan dari keluli karbon. Keluli ini
terbahagi kepada 5 jenis iaitu
i)
ii)
iii)
iv)
v)

Keluli Perintang Haba


Keluli Alat dan Acuan
Keluli Pembinaan
Keluli Tahan Karat
Keluli Magnet

5.2.2.1 Keluli Perintang Haba


Keluli ini mempunyai kekerasan yang sangat tinggi dan digunakan
untuk kerja-kerja memotong pada suhu yang tinggi. Dalam proses
memotong, tatal bersentuh dengan alat pemotong dan
mengakibatkan kehausan dan haba. Bahan alat pemotong sukar
menghaus di suhu tinggi dan liat untuk menahan beban hentakan.
Kandungan keluli halaju tinggi ialah 14% W(Tungsten) -22% W,
4% Cr dan kekerasannya dikekalkan hingga suhu 660C . Lain-lain
unsur adalah Mn, W, Cr, V dan Mo.Mempunyai kandungan
tungsten, chromium yang tinggi. Bahan ini membentuk karbida
yang keras dan stabil dan boleh meninggikan suhu kritikal.
Kandungannya adalah 18% tungsten + 4% Chromium + 1%
Vanadium + 0.88% Karbon.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 4

5.2.2.2 Keluli Alat dan Acuan (Tool Steels)


Keluli ini digunakan untuk memotong, mericih, membentuk,
menggolek dan menempa dimana setiap satunya memerlukan
kekerasan, kekuatan, rintangan haus dan haba. Keluli alat biasanya
mengandungi 0.6 - 1.5% C. Unsur-unsur pancalogm dicampurkan
dengan tujuan:
i.

Menambahkan kekuatan dan rintangan dari kehausan


dengan terbentuknya karbaid. Karbaid ini lebih keras dari
Fe3C (cementite).

ii.

Mengekalkan kekerasan keluli di suhu-suhu tinggi. Unsurunsur pembentukan karbaid yang stabil ialah Cr, W, Mo
dan V.

5.2.2.3 Keluli Pembinaan (struktur)


Kandungan elemen - Nikel, Mn, Cr, Mo. Ianya bersifat liat dan
kuat serta digunakan pada peralatan mesin yang bertegasan tinggi.
Satu jadual pemilihan diberikan di dalam Jadual 5.1 berserta sifatsifat dan penggunaanya.

Jadual 5.1 Beberapa jenis keluli acuan dan perkakas serta


bentuk rawatan haba dan penggunaan umun.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 5

5.2.2.4 Keluli Tahan Karat (Stainless Steel)


Elemen pancalogam utama ialah kromium. Ianya wujud dalam
kadar yang tertentu bagi membolehkan keluli mempunyai sifat
tahan kakisan. Bagi rintangan kakisan lengkap kandungan Cr mesti
lebih dari 11%. Sifat menahan kakisan adalah disebabkan satu
lapisan nipis Cr oksida atau Nikel Oksida yang melindungi keluli
dari media-media kakisan. Jadual 5.2 menunjukkan jenis-jenis
keluli perintang karat dan kandungan elemen aloinya.

Jadual 5.2 Beberapa Jenis Keluli Tahan Karat Dan Penggunaan Umun.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 6

5.2.2.5 Keluli Magnet


Keluli ini dibentuk dalam dua keadan samada bermegnet keras
yang digunakan untuk menghasilkan megnet kekel atau bermegnet
lembut yang digunakan untuk menghasilkan megnet sementara.
Untuk kandungan bahan bagi menghasilkan megnet kekal sperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 5.3 di bawah.

Jadual 5.3. Beberapa jenis keluli magnet.

SEKARANG ANDA SUDAH FAHAM ??


MARI IKUTI AKTIVIT BERIKUT

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 7

AKTIVITI 5A
5.1 Apakah yang dimaksudkan dengan keluli aloi ?
5.2 Namakan EMPAT (4) jenis keluli aloi yang diketahui ?

i)
ii)
iii)
iv)

..
...

5.3 Terangkan secara ringkas tujuan keluli dialoikan bagi menghasilkan


sesuatu peralatan dalam kejuruteraan?.
5.4 Huraikan satu jenis keluli aloi dari segi sifat, kegunaan dan unsur elemen yang
terdapat dalam keluli tersebut.

BUKAN SENANG
NAK SENANG

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 8

MAKLUM BALAS 5A

5.1
Keluli aloi merupakan keluli yang mengandungi lebih daripada 1.0% elemenelemen lain selain daripada karbon dan besi .
5.2
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Keluli Aloi Rendah (Low Aloi Steels)


Keluli Aloi Tinggi (High Aloi Steels)
Keluli Perintang Haba (High Speed Tool Steel)
Keluli Alat dan Acuan (Tool Steels)
Keluli Pembinaan (struktur)
Keluli Tahan Karat (Stainless Steel)

5.3
i.
ii.
iii.

iv.
v.
vi.
vii.

Menambahkan kekuatan tegangan.


Menambahkan kekerasan dan keliatan bahan.
Pengubahsuaian suhu kritikal bagi keluli tersebut. Suhu kritikal adalah suhu
maksima dan minima bagi keluli untuk dilindap kejutkan di dalam proses
pengerasan.
Menambahkan rintangan terhadap kehausan lelasan.
Mengekalkan kekerasan keluli sewaktu ianya merah (red hardness).
Meninggalkan rintangan terhadap kakisan.
Membolehkan pembajaan dilakukan pada suhu yang lebih tinggi di samping
mengekalkan sifat kekuatan dan kemuluran.

5.4
Elemen pancalogam utama bagi Keluli Tahan Karat (Stainless Steel) ialah
kromium. Ianya wujud dalam kadar yang tertentu bagi membolehkan keluli
mempunyai sifat tahan kakisan. Bagi rintangan kakisan lengkap kandungan Cr
mesti lebih dari 11%. Sifat menahan kakisan adalah disebabkan satu lapisan nipis
Cr oksida atau Nikel Oksida yang melindungi keluli dari media-media kakisan.
Jadual

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 9

INPUT
5.3

BESI TUANG (CAST IRONS)

Tahukah anda besi tuang merupakan grid besi jongkong terpilih, yang dileburkan
semula dan dituang dalam acuan pasir. Kandungan karbon besi tuang secara
umumnya adalah di antara 2 hingga 4 peratus. Walaubagaimanapun gred nomal
besi tuang tidak begitu kuat dan agak rapuh, namun besi tuang digunakan dengan
meluas sebagai bahan kejuruteraan kerana murah, mudah dilebur dan dituang,
keboleh mesinan yang sangat baik dan dengan muatan rendaman yang tinggi.
Untuk memahami struktur bagi besi tuang kita terlebih dahulu perlu memahami
gambarajah keseimbangan fasa besi-karbon ( Gambarajah 4.3 ) dalam unit 4.
5.3.1

Rajah Keseimbangan Besi-Karbon


Berdasarkan gambarajah fasa besi-karbon (Gambarajah 4.3), fasa yang
sepatutnya hadir pada suhu biasa dalam besi tuang ialah ferrit (), simentit
(Fe3C) dan pearlit ( + Fe3C). Walaubagaimanapun kebanyakan dalam
besi tuangan mempunyai struktur grafit. Sebenarnya rajah ini lebih
menunjukkan sistem besi-karbaid, tetapi hubungan fasa yang wujud dapat
dijelaskan melalui peratus kandungan karbon. Rajah ini dibahagikan
kepada beberapa bidang fasa. Setiap satunya diisi samada oleh bahan satu
fasa atau bahan campuran dua fasa.

5.3.2

Sifat Besi Tuang


Besi tuang dihasilkan dari besi jongkong yang telah dicairkan semula di
relau kupola dan dicampurkan dengan besi sekerap atau keluli.
Mempunyai takat lebur di antara 1150C -1250C dan jongkong lebur ini
lebih cair dan menghasilkan tuangan yang baik. Besi tuang mempunyai
rintangan kehausan dan keupayaan kelembapan yang baik. Harganya
murah dan senang di mesin. Terdapat 5 elemen asas yang penting dalam
besi tung dan merupakan elemen yang berupaya mempengaruhi sesuatu
sifat besi tuang di antaranya silikon, mangenese, sulphur, phosphorus dan
karbon. Kandungan karbon lebih banyak jika dibandingkan dengan keluli.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 10

Kebiasaan dalam besi tuang mengandungi


i. Karbon (c )
= 2.8 - 3.6%
ii. Silikon (Si)
= 1.0 - 3.0%
iii. Mangenese (Mn) = 0.4 - 1.0%
iv. Sulphur (S)
= 0.1 - 0.35%
Kandungan karbon di dalam besi tuang boleh terbentuk di dalam 2
keadaan.
i. Dalam bentuk Cemetite (Fe3C)
ii. Dalam bentuk Graphit (Fe + C ) Iaitu karbon bebas yang terhasil
apabila cementite diuraikan.

5.4

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan karbon di dalam besi tuang.


i.
ii.
iii.
5.4.1

Kadar penyejukan
Kandungan unsur / elemen di dalamnya.
Rawatan haba.

Kadar penyejukan
Kadar penyejukan yang tinggi akan menjadi cementit stabil, dan akan
menghasilkan besi tuang putih yang keras. Tetapi sekiranya kadar
penyejukan rendah atau perlahan, ia menolong pembentukkan graphite,
oleh itu menghasilkan besi tuang kelabu. Kadar penyejukan bergantung
kepada ketebalan dan jenis acuan yang digunakan.
Contoh:
Sekiranya tuangan mempunyai acuan dengan ketebalan yang berbeza,
bahagian yang nipis akan menghasikan besi tuang putih dan keras
manakala bahagian yang tebal akan lebih menghasikan besi tuang kelabu.
Kadar penyejukan adalah lebih perlahan pada acuan pasir berbanding
dengan acuan logam.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

5.4.2

5.4.3

J3022/ 5/ 11

Kandungan Unsur/Elemen
Karbon

menurunkan takat lebur (rujuk rajah keseimbangan


besi/karbon) dan menambahkan kandungan graphit di
dalam besi tuang.

Silikon

membantu pembentukan graphit, lebih menghasilkan


besi tuang kelabu.

Sulphur

menstabilkan
sulphide

Manganese

Berpadu dengan sulphur dan menghasilkan manganese


sulphide

Phosphorus

menurunkan takat lebur keluli dan menambahkan


kecairan keluli tersebut.

cementit,

menghasilkan

manganese

Kesan Rawatan Haba


Besi tuang putih apabila dipanaskan dengan lama akan menyebabkan
pembentukan grafit. Fenomena ini digunakan untuk membentuk besi
tuang boleh tempa ( rujuk Rajah 5.4 ). Grafit adalah kurang tumpat
berbanding dengan simentit. Sekiranya sementit berurai kepada ferrit dan
grafit semasa operasi, perubahan ini disertai dengan pengurangan dalam
ketumpatan besi dan seterusnya bertambah dalam segi ukuran.
Fenomenaini dinamakan pertumbuhan besi tuang dan besi untuk operasi
suhu tinggi yang mesti dalam keadaan grafit sepenuhnya sebelum
digubnakan.
5

%C

berbintik

4
Ferrit
kelabu

3
2
1

Ferrit +
Pealite +
Pearlite
grafit
kelabu

putih

% Si
1
Rajah 5.4.

Kesan kandungan silicon dan karbon pada struktur besi tuang


dengan menggunakan acuan pasir

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

5.5

J3022/ 5/ 12

Jenis-Jenis Besi Tuang


Besi tuang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut kegunaanya, bentuk
grafit dan jenis matriks struktur yang terkandung di dalamnya. Struktur logam,
komposisi dan keratan sesuatu besi tuangan adalah penting di dalam menentukan
sifat-sifat kejuruteraan. Terdapat 4 jenis utama bagi besi tuang sebagaimana
ditunjukkan dalam Carta 5.5 di bawah.
i.
ii.
iii.
iv.

Besi Tuang Putih


Besi Tuang Kelabu
Besi Tuang Boleh Tempa
Besi Tuang Bernod

Besi Tuang
Aloi Besi Tuang

Kelabu

Putih

Bernod

Boleh Tempa

Carta 5.5. Jenis-jenis Besi Tuang

5.5.1

Besi Tuang Kelabu (Gray Cast Irons)


Semasa penyejukkan sesuatu besi tuangan hypoeutektoid dari Rajah
Keseimbangan Besi-Karbon, kecuali dengan penyejukkan cepat, grafit
akan mendak dari sementite yang tidak stabil yang disebabkan oleh
kesan bendasing terkandung di dalamnya. Kelupas grafit yang besar/kasar
akan terbentuk semasa proses pemejalan sedangkan kelupas grafit yang
halus akan terbentuk dari luluhan simentit dan mendakan dari austenite
selepas pemejalan.
Fe3C

3Fe + C (grafit)

Maka pada suhu bilik, besi tuangan ferritik dan pearlitik yang masingmasing mengandungi karbon bebas (grafit) dinamakan sebagai Besi
Tuangan Kelabu sebab permukaan pecahan kelihatan berwarna kelabu
(grafit).

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 13

Kandungan karbon di dalam besi tuang ini adalah karbon bebas atau
graphit, oleh itu besi tuang adalah lembut, mudah di mesin dan permukaan
yang patah akan menjadi berwarna kelabu. Pembentukan graphit
disebabkan oleh luluhan cementite. Kandungan karbonnya antara 2.1
4.0% . Besi tuang ini bersifat rapuh dan kekuatan tegangan agak kurang
tetapi mempunyai sifat pelinciran yang sangat baik. Antara kegunaan
umum besi tuang kelabu seperti untuk membuat Kotak gear, tapak mesin,
head stock dan bearing bracket. Gambarajah 5.6 menunjukkan struktur
mikro bagi besi tuang kelabu.

Gambarajah 5.6. Struktur mikro bagi besi tuang kelabu x 250


( Techinician Structure and Properties of Metal 2)

5.5.2

Besi Tuang Putih (White Cast Irons)


Proses pembentukan besi tuang putih sama sahaja dengan pembentukan
besi tuang kelabu cuma perbezaan dari segi proses pendinginan yang
dilakukan di mana penyejukkan cepat (kuence). Hasil pendinginan pantas
itu struktur austenite dan simentite akan menjadi besi tuang Pearlitik.
Jenis besi tuang ini dinamakan Besi Tuang Putih, ini disebabkan
permukaan pecahannya berwarna terang seperti perak,oleh itu ia dipanggil
besi tuang putih seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 5.7.
Disebabkan karbonnya membentuk cementit (karbon bergabung dengan
besi), maka sifat besi tuang ini adalah keras, rapuh , sukar untuk di mesin
dan mempunyai sifat tahan kehausan yang baik.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 14

Di antara kegunaan umun besi tuang putih untuk die penarikan, bebola
penghancur, bahagian tuangan dalam pengeluaran besi boleh tempa.

Gambarajah 5.7. Struktur mikro bagi Besi Tuang Putih x 250


( Techinician Structure and Properties of Metal 2)

5.5.3 Besi Tuang Boleh Tempa (Malleable Cast Irons)


Jenis besi tuang ini dihasilkan daripada besi tuangan putih dengan
memanaskan besi tuang putih pada suhu 900 C selama 50 jam dan
diikuti dengan pendinginan perlahan-lahan pada suhu bilik kemudian
dilakukan rawatan haba ke atas besi tersebut bagi mendapat sifat yang
dikehendaki seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.8. Berbagai cara
rawatan haba boleh dilakukan bergantung pada kandungan dan struktur
akhir yang dikehendaki. Besi tuang boleh tempa mempunyai sifat
kemuluran, kekuatan dan keliatan yang lebih baik berbanding besi tuang
lain. Di antara kegunaan umun besi tuang boleh tempa ialah untuk
membuat beberapa komponen kenderaan bermotor dan traktor
Jadual 5.8. Proses rawatan besi tuangan boleh tempa

Proses Black Heart

Proses White Heart

Proses Pearlitik

dipanaskan 850-950 oC, selama 50-170 jam.


Simentite Fe3C berubah menjadi pecahan kecil
grafite + karbon halus (grafite).
dipanaskan sehingga 1000 oC, selama 70 - 100
jam. Besi chaw out karbon oksida. Struktur di
luar dan Struktur pearlite di tengah.
Sama seperti proses Black Heart tetapi diulangi
dengan penyejukkan untuk melindungi gamma
kepada + grafite.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 15

Hasil daripada proses rawatan dan bentuk struktur serta kandungan bahan
menyebabkan besi tuangan boleh tempa boleh dikelaskan kepada dua
kelompok utama.
5.5.3.1 Besi tuang boleh tempa putih
Besi tuang putih dibungkus didalam satu bekas dengan bijih besi.
Ia dipanaskan perlahan-lahan ke suhu antara 950 -1000C dan
dibiarkan selama 45 hari sebelum disejukkan perlahan-lahan.
Karbon akan bertukar menjadi bentuk nodular/sfera seperti
Gambarajah 5.9 di bawah.
Grafit(berbentuk nodular/sfera)

Gambarajah 5.9. Struktur mikro bagi Besi Tuang Tempa Putih x 50


( Techinician Structure and Properties of Metal 2)

5.5.3.2 Besi tuang boleh tempa hitam


Proses sama dengan besi tuang boleh tempa putih, tetapi pasir atau
slag digunakan untuk mengantikan bijih besi. Karbon berbentuk
rossetes.seperti Gambarajah 5.10 di bawah

Gambarajah 5.10. Struktur mikro bagi Besi Tuang Tempa Putih x 50


( Techinician Structure and Properties of Metal 2)

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

5.5.4

J3022/ 5/ 16

Besi Tuang Bernod (Nodular Cast Irons)


Ini juga dikenali juga sebagai Nodular Iron, Ductile Iron, High Duty
Iron, besi grafit sferoidal dan besi sferulitik. Apabila sedikit unsur-unsur
magnesium atau Cerium di campur dalam besi tuangan kelabu biasa,
kelupas grafit berbentuk spheroids (bebola) akan bertabur semula dalam
matriks logam itu. Karbon bebola ini tidak mewujudkan keronggang
(void) seperti apa yang dilakukan oleh kelupas grafit dan juga tidak
menjadi titik punca ketumpuan ketegasan (stress concentration) yang
menyebabkan retak-retak. Maka kejadian pembulatan
spheroid
menambah kekuatan dan mengecilkan kegagalan kelesuan (fatigue
failure), ini boeh dilihat dalam Gambarajah 5.11. Dari segi sifat besi
tuangan bernod lebih kuat dan lebih liat berbanding besi tuang kelabu.
Manakala kegunaan umun banyak dalan industri automotif seperti untuk
membuat piston, kepala selinder, kotak suis, aci engkol.

Gambarajah 5.11. Struktur mikro bagi Besi Tuang Nodular x 250


( Techinician Structur and Properties of Metal 2)

5.6

Kebaikan Besi Tuang


Besi Tuangan pada asasnya serupa dengan Besi Jongkong dari segi struktur dan
komposisi. Logam ini banyak digunakan dalam industri sebab terdapat
kebaikannya seperti;
i.
ii.
iii.
iv.
v.

harganya murah dan senang di mesin


takat lebur yang lebih rendah (1140 - 1200 oC) jika dibandingkan dengan
keluli.
kecairan dan kebolehan membentuk dalam penuangan.
Yes ! I got it
rintangan kehausan dan keupayaan kelembapan.
penghasilan besi tuangan dengan rawatan tambahan / rencaman
pada berbagai komposisi.
MARI KITA LIHAT AKTIVITI BERKAITAN

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 17

AKTIVITI 5B
5.5 Nyatakan EMPAT (4) jenis besi tuang yang diketahui?

5.6 Senaraikan TIGA (3) faktor yang mempengaruhi struktur dan sifat besi tuangan.
5.7 Terangkan secara ringkas DUA (2) faktor yang mempengaruhi pembentukan besi
karbon dalam besi tuang

Semak jawapan kamu tu !!.


Jangan asyik nak tiru aje.
Kalau silap kamu kena
ulangkaji lagi tau.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 18

MAKLUM BALAS 5B
.

5.5
i.
ii.
iii.
iv.

Besi Tuang Putih


Besi Tuang Kelabu
Besi Tuang Boleh Tempa
Besi Tuang Bernod

5.6
i.
ii.
iii.

Kadar penyejukan
Kandungan unsur / elemen di dalamnya.
Rawatan haba.

5.7

a) Kadar penyejukan
Kadar penyejukan yang tinggi akan menjadi cementit stabil, dan akan
menghasilkan besi tuang putih yang keras. Tetapi sekiranya kadar penyejukan
rendah atau perlahan, ia menolong pembentukkan graphite, oleh itu menghasilkan
besi tuang kelabu. Kadar penyejukan bergantung kepada ketebalan dan jenis
acuan yang digunakan.
b) Kesan Rawatan Haba
Besi tuanga putih apabila dipanaskan dengan lama akan menyebabkan
pembentukan grafit. Fenomena ini digunakan untuk membentuk besi tuang boleh
tempa ( rujuk Rajah 5.4 ). Grafit adalah kurang tumpat berbanding dengan
simentit. Sekiranya sementit berurai kepada ferrit dan grafit semasa operasi,
perubahan ini disertai dengan pengurangan dalam ketumpatan besi dan seterusnya
bertambah dalam segi ukuran. Fenomenaini dinamakan pertumbuhan besi tuang
dan besi untuk operasi suhu tinggi yang mesti dalam keadaan grafit sepenuhnya
sebelum digubnakan.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 19

PENILAIAN KENDIRI
1) Berikan EMPAT (4) sifat-sifat besi tuang.
2) Senaraikan TIGA (3) unsur-unsur yang biasa digunakan dalam keluli aloi
3) Senaraikan TIGA (3) tujuan utama bahan-bahan aloi dimasukkan ke dalam keluli
aloi.
4) Apakah yang dimaksudkan dengan keluli aloi dan nyatakan EMPAT (4) jenis
Keluli Aloi yang biasa digunakan untuk menghasilkan sesuatu barangan.
5) Terangkan secara ringkas mengenai Besi Tuang Kelabu dari segi
pembentukannya, sifat-sifat umum dan contoh kegunaannya dalam bidang
kejuruteraan. Lakarkan juga gambarajah struktur mikro bagi besi tuang kelabu
tersebut.
6) Terangkan secara ringkas DUA (2) faktor yang mempengaruhi struktur Besi
Tuang semasa penyejukannya.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 20

MAKLUM BALAS

1.
i.
ii.
iii.
iv.

Mempunyai takat lebur di antara 1150C -1250C


Besi tuang mempunyai rintangan kehausan dan keupayaan kelembapan
yang baik.
Harganya murah dan senang di mesin.
Kandungan karbon lebih banyak (melebihi 2%C) jika dibandingkan
dengan keluli

2.
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Kromium
Molibdenum
Nikel
Fosforus
Tungsten

i.
ii.
iii.

Menambahkan kekuatan tegangan.


Menambahkan kekerasan dan keliatan bahan.
Pengubahsuaian suhu kritikal bagi keluli tersebut. Suhu kritikal adalah
suhu maksima dan minima bagi keluli untuk dilindap kejutkan di dalam
proses pengerasan.
Menambahkan rintangan terhadap kehausan lelasan

3.

iv.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 21

4.
Keluli aloi merupakan keluli yang mengandungi lebih daripada 1.0% elemenelemen lain selain daripada karbon dan besi. Keluli ini terbahagi kepada 5 jenis
iaitu
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Keluli Perintang Haba


Keluli Alat dan Acuan
Keluli Pembinaan
Keluli Tahan Karat
Keluli Magnet

5.
Besi Tuang Kelabu (Gray Cast Irons)
Semasa penyejukkan sesuatu besi tuangan hypoeutektoid dari Rajah
Keseimbangan Besi-Karbon, kecuali dengan penyejukkan cepat, grafit akan
mendak dari sementite yang tidak stabil yang disebabkan oleh kesan
bendasing terkandung di dalamnya. Kelupas grafit yang besar/kasar akan
terbentuk semasa proses pemejalan sedangkan kelupas grafit yang halus akan
terbentuk dari luluhan simentit dan mendakan dari austenite selepas pemejalan.
Fe3C

3Fe + C (grafit)

Maka pada suhu bilik, besi tuangan ferritik dan pearlitik yang masing-masing
mengandungi karbon bebas (grafit) dinamakan sebagai Besi Tuangan Kelabu
sebab permukaan pecahan kelihatan berwarna kelabu (grafit). Kandungan
karbon di dalam besi tuang ini adalah karbon bebas atau graphit, oleh itu besi
tuang adalah lembut, mudah di mesin dan permukaan yang patah akan menjadi
berwarna kelabu. Pembentukan graphit disebabkan oleh luluhan cementite.
Kandungan karbonnya antara 2.1 4.0%C.Besi tuang ini bersifat rapuh dan
kekuatan tegangan agak kurang tetapi mempunyai sifat pelinciran yang sangat
baik. Antara kegunaan umum besi tuang kelabu seperti untuk membuat Kotak
gear, tapak mesin, head stock dan bearing bracket. Gambarajah di bawah
menunjukkan struktur mikro bagi besi tuang kelabu.

http://modul2poli.blogspot.com/

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 22

6.
a)

Kadar penyejukan
Kadar penyejukan yang tinggi akan menjadi cementit stabil, dan akan
menghasilkan besi tuang putih yang keras. Tetapi sekiranya kadar penyejukan
rendah atau perlahan, ia menolong pembentukkan graphite, oleh itu menghasilkan
besi tuang kelabu. Kadar penyejukan bergantung kepada ketebalan dan jenis
acuan yang digunakan.

b)

Kesan Rawatan Haba


Besi tuanga putih apabila dipanaskan dengan lama akan menyebabkan
pembentukan grafit. Fenomena ini digunakan untuk membentuk besi tuang boleh
tempa ( rujuk Rajah 5.4 ). Grafit adalah kurang tumpat berbanding dengan
simentit. Sekiranya sementit berurai kepada ferrit dan grafit semasa operasi,
perubahan ini disertai dengan pengurangan dalam ketumpatan besi dan seterusnya
bertambah dalam segi ukuran. Fenomenaini dinamakan pertumbuhan besi tuang
dan besi untuk operasi suhu tinggi yang mesti dalam keadaan grafit sepenuhnya
sebelum digubnakan.

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 1

KERJA LOGAM

OBJEKTIF AM

Unit

Memahami proses-proses kerja logam di


merekabentuk peralatan kejuruteraan pembuatan.

dalam

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
9 Menjelaskan maksud proses kerja sejuk dan proses
kerja panas.
9 Menyenaraikan jenis-jenis proses kerja sejuk dan
proses kerja panas.
9 Menyenaraikan kebaikan dan keburukan proses kerja
sejuk dan proses kerja panas.

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 2

INPUT
PENGENALAN

Unit ini akan membincangkan bagaimana proses-proses yang dilakukan ke atas


logam sebelum ianya boleh dikeluarkan untuk kegunaan tentu. Dalam unit ini kita
akan hanya melihat berkaitan proses kerja panas dan proses kerja sejuk serta
kebaikan dan keburukannya.

6.1

Kerja Sejuk
Kerja sejuk ialah proses pengubahan plastik yang dijalankan pada suhu di bawah
takat penghabluran semula logam tersebut. Proses ini dijalankan pada suhu
bilik. Semasa sesuatu kepingan logam atau jongkong dikerjasejukkan, struktur
hablur (kekisi) diubah, menjadi terherot dan memanjang pada arah dikerjakan
seperti Gambarajah 6.1. Logam akan menjadi keras dan kekuatan sebagai tegasan
dalaman akan bertambah menyebabkan kreteria kemuluran berkurangan. Akibat
dari ini sifat-sifat logam dari segi kekuatan dan rintangan elektrik bertambah.
Maka logam itu akan menjadi lebih keras dan rapuh selepas dikerjasejukkan. Jika
kita terus menerus menjalankan proses kerja sejuk terhadap logam ini, maka ia
akan pecah dan retak.
Kerja-kerja sejuk seperti menggelek, menarik dan menekan biasanya dijalankan
terhadap logam-logam yang telah dikerjapanaskan. Ianya juga merupakan satu
proses penghabisan dalam pengeluaran dan berfungsi seperti berikut:-

i)
ii)
ii)
iii)

Membolehkan dimensi yang tepat didapati pada hasil kerja.


Mendapat kemasan yang bersih dan licin.
Mendapatkan berbagai darjah kekerasan dengan mengenakan berbagai
kerja sejuk.
Memperbaiki lagi kemudahan dimesin dan takat alah.

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 3

Gambarajah 6.1: Perubahan mikrostruktur akibat proses kerja sejuk

6.1.1

Jenis-Jenis Kerja Sejuk


Kerja sejuk dikategorikan kepada tiga iaitu:
i) Menarik (Drawing)
ii) Menggolek (Rolling)
iii) Menekan (Pressing)

6.1.1.1 Menarik (Drawing)


Proses ini digunakan dalam pengeluaran dawai, rod dan tiub.
Bukan semua logam boleh ditarik dengan sempurna, Biasanya
logam yang telah disepuhlindap dan mempunyai kemuluran yang
tinggi sahaja boleh diproses. Logam akan ditarik menerusi satu
acuan yang bergaris pusat tirus seperti Gambarajah 6.2.
Geseran,kesan ricih dan tekanan yang kuat berlaku dibahagian
persentuhan antara acuan dengan bahan itu seterusnya akan
memanaskan bahagian ini. Maka penyejukkan perlu diberikan
dan bahan acuan mestilah keras dan cukup kuat untuk menentang
kehausan dan lelasan yang dibawa oleh kesan-kesan tersebut
diatas.

Gambarajah 6.2: Proses penarikan tiub (kerja sejuk)

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 4

Tungsten Carbide biasanya digunakan sebagai `die-insert' pada


hujung
acuan seperti Gambarajah 6.3. Sesuatu logam itu
seharusnya dipastikan telah dikerjasejuk dengan lengkapnya dan
sejuk dengan cepat supaya bahan logam yang melepasi acuan
(berkeratan lebih kecil) itu dapat menahan daya tarikan tanpa
mengerot (elongated) dan putus.

Gambarajah 6.3: Die yang diperbuat daripada tungsten dipasang di hujung acuan

Bilet geronggang digunakan di dalam membuat tiub, di mana


bahan logam ditarik menerusi ruang kosong (gap) antara acuan.
Gambarajah 6.4 menunjukkan bagaimana
palam/mandrel
digunakan untuk mendapatkan sesuatu ketebalan tembok yang
tetap dan tidak bersambung.

Gambarajah 6.4: Proses penarikan tiub menggunakan palam/mendrel

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 5

6.1.1.2 Menggelek Sejuk


Jenis kerja sejuk ini digunakan dalam pengeluaran bahagian
kepingan dan jalur (strip). Operasi menggelek dilakukan di atas
pengisar 4 penggelek berpandukan Gambarajah 6.5 di sebelah.
Penggelek bergarispusat kecil akan digerak untuk menipiskan
bahan logam, manakala penggelek besar pula berfungsi sebagai
penggelek penyokong yang dapat meresap
getaran dan
memastikan ketebalan yang tetap. Bahan pelinciran kadangkala
diberikan kepada bendakerja sebelum dan selepas digelek untuk
mengemaskan
lagi permukaan dan mencegah
berlakunya
pertumbuhan bijian. Jenis
kerja ini
berkemampauan
menghasilkan ketebalan kepingan (0.008mm -.009mm) dan yang
sangat nipis dinamakan `Foil'.

Gambarajah 6.5: Proses mengelek sejuk

6.1.2

Kebaikan Proses Kerja Sejuk


a) Kemasan permukaan yang baik.
b) Ketepatan ukuran yang agak tinggi.
c) Meninggikan ciri-ciri kemesinan logam supaya kemasan yang baik dan
memperbaiki kekuatan dan ketegaran.

6.1.3

Keburukan Proses Kerja Sejuk


a) Kos yang lebih tinggi berbanding dengan proses kerja panas.
b) Bahan menjadi kurang mulur disebabkan oleh pengerasan kerja.

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 6

UNTUK MENGUJI KEFAHAMAN ANDA


SILA IKUTI AKTIVITI BERIKUT

AKTIVITI 6A
6.1 Apakah yang dimaksudkan dengan proses kerja sejuk.
6.2 Berikan DUA(2) kebaikan dan DUA (2) keburukan kerja sejuk.

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 7

MAKLUM BALAS 6A

6.1
Kerja sejuk ialah proses pengubahan plastik yang dijalankan pada suhu di
bawah takat penghabluran semula logam tersebut. Iaitu selalunya
proses ini dijalankan pada suhu bilik.

6.2
Kebaikan Proses Kerja Sejuk
a) Kemasan permukaan yang baik.
b) Ketepatan ukuran yang agak tinggi.
c) Meninggikan ciri-ciri kemesinan logam supaya kemasan yang baik
dan memperbaiki kekuatan dan ketegaran.
Keburukan Proses Kerja Sejuk
a) Kos yang lebih tinggi berbanding dengan proses kerja panas.
b) Bahan menjadi kurang mulur disebabkan oleh pengerasan kerja.

KURANG MEMUASKAN !!! SAYA PERLU BACA SEKALI LAGI


UNTUK LEBIH MEMAHAMINYA

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 8

INPUT
6.2

Kerja Panas
Anda telah didedahkan berkenaan proses kerja sejuk. Kali ini mari kita
lihat pula berkenaan proses kerja panas. Kerja panas adalah pembentukkan
logam yang dilakukan sedikit di atas suhu penghabluran semula. Semua
proses ini dijalankan, berlakunya canggaan plastik struktur hablur,
tetapi serentak itu, penghabluran semula akan memulihkannya ke kekisi
asal, iaitu bentuk equi-axed. Jika suhu pemanasan adalah terlalu tinggi,
penghabluran semula akan berlaku dalam masa yang lebih singkat lagi,
maka dengan ini bahan itu lebih senang dikerja-beratkan tanpa risiko
meretak. Sekiranya suhu adalah rendah, penghabluran semula akan
berlaku dengan perlahan dan bukan sahaja lebih banyak daya (mampatan)
diperlukan untuk mengerotkan logam, bahkan risiko meretak akan
bertambah. Jika bahan logam dipanaslampaukan, katakan terbakar, ini
bermaksud pengoksidaan telah berlaku pada sempadan-sempadan bijian
dan ini melemahkan bahan. Proses-proses utama kerja panas dalam
industri kini termasuk menggelek, menempa dan extrusi.

6.2.1

Jenis-Jenis Kerja Panas


Kerja panas dikategorikan kepada tiga iaitu:
i)
ii)
iii)

Menggelek Panas (Hot Rolling)


Tempaan Panas (Hot Forging)
Extrusi

6.2.1.1 Proses Menggelek Panas


Tujuan utama proses ini ialah menipiskan jongkong logam panas
atau keratan tebal, sehingga mendapat ketebalan yang dikehendaki.
Kadangkala sehinga satu tahap di mana keratan itu terlalu nipis
dan tidak mendapat mengekalkan haba pemanasan (penghabluran
semula). Dalam operasi ini jongkong akan melalui dua penggelek
selinder yang besar. Kemudian melalui beberapa penggelek lain
sekiranya perlu untuk mendapatkan saiz akhir yang dikehendaki.
Ketebalan bahan yang digelek akan menjadi semakin nipis setiap
kali sesudah digelek seperti Gambarajah 6.6. Keratan yang

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 9

berbentuk khas seperti lintasan keretapi, rangka pembinaan, bar


bulat boleh diperolehi dengan menggunakan penggelek berbentuk
khas. Keronggaan (disconuities) dalam jongkong tuangan di
tutup atau di kimpal di bawah tindakan tekanan besar dan
memberikan satu struktur yang homogen.

Gambarajah 6.6: Proses Menggelek Panas

6.2.1.2 Tempaan Panas (Hot Forging)


Proses ini membentuk bahan logam (kepingan dan jongkong)
dengan hentaman tukul/punch, akibat tindakan daya graviti atau
tekanan/kuasa pnuematik seperti Gambarajah 6.7. Sesuatu bahan
itu akan diletakkan di antara dua bahagian acuan yang masingmasing terikat pada tukul dan anvil. Apabila daya diberikan,
kedua-dua bahan acuan ini akan bercantum menjadi satu acuan
leng. Jenis acuan ini dinamakan acuan tertutup (closed die).
Untuk mempastikan pengisian acuan adalah penuh, kuantiti
bahan blank mesti melebihi sedikit ruang kekosongan pada
acuan. Maka kuantiti lebihan itu akan mengalir keluar acuan dan
membentuk flash.

Gambarajah 6.7: Hentaman yang menggunakan kaedah tekanan hidraulik/pneumatik

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 10

Kesan hentaman terhadap bahan dalam tempaan yang bermakna


sekali adalah pengubahsuaian orentasi struktur bijian logam
tersebut. Kesan hentaman ini boleh dilihat pada Gambarajah 6.8 di
bawah. Contoh kegunaan proses ini ialah dalam pembuatan
spanner, rod penyambung dan juga bolts seperti yang ditunjukkan
dalam Gambarajah 6.9.

Gambarajah 6.8: Pengubahsuaian orentasi struktur bijian logam akibat dari proses tempaan

Gambarajah 6.9: Peringkat pembentukan komponen melalui proses tempaan

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 11

6.2.1.3 Extrusi
Proses ini melibatkan penolakkan satu bilet panas melalui satu
acuan dengan kuasa hidrolik. Melalui proses ini jongkong
(ignot) ditekan sehingga mengalir di bawah tekanan tinggi,
melalui satu `saluran orifis' atau `die' seperti mana krim ubat gigi
dipicit keluar dari tiubnya merujuk pada Gambarajah 6.10.

Gambarajah 6.10: Peringkat pembentukan tiub melalui proses extrusi

Kelebihan proses ini adalah kemampuannya menghasilkan


berbagai bentuk rumit dengan ketepatan dimensi yang tinggi dan
kemasan yang
baik seperti dalam Gambarajah 6.11.
Pengeluarannya juga boleh berjalan secara berterusan tetapi
bahan-bahan logam yang dapat diproses dihadkan pada logam
yang mempunyai takat lebur yang rendah dan berkecairan baik
seperti tembaga, aloi loyang, aluminium dan aloinya.

Gambarajah 6.11: Penghasilan produk dari proses extrusi

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 12

6.2.2 Kebaikan Proses Kerja Panas


i)

ii)
iii)
iv)

6.2.3

Proses kerja panas akan dapat memecahkan struktur hablur yang


kasar yang terdapat dalam jongkong, iaitu struktur jongkong yang
berhablur tetiang akan terhapus.
Jika suhu kemasan adalah betul, penghalusan bijian akan didapati.
Jika di bawah tekanan tinggi dikenakan, rongga-rongga (blow
holes) yang terdapat dalam jongkong akan juga terhapus.
Dengan itu, kekuatan, kemuluran dan keliatan bendakerja yang
dihasilkan dari proses kerja panas adalah lebih baik dibandingkan
dengan bendakerja hasil daripada proses kerja sejuk.

Keburukan Proses Kerja Panas


i)

ii)

Dimensi akhir yang tepat untuk bendakerja adalah agak sukar


untuk diperolehi. Ini kerana logam panas apabila menyejuk akan
berlakunya pengecutan.
Bendakerja mempunyai permukaan akhir yang tidak kemas. Ini
disebabkan
oleh
proses
pengoksidaan
yang
berlaku
dipermukaannya pada suhu yang tinggi. Untuk memperbaiki
keadaan ini, bendakerja yang dihasilkan melalui kerja sejuk untuk
mendapatkan dimensa yang tepat dan permukaan yang licin.

????? ok
Adakah saya faham

Untuk menguji kefahaman anda sila ikuti aktiviti berikut

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 13

AKTIVITI 6B
6.3 Apakah yang dimaksudkan dengan proses kerja panas

6.4 Berikan TIGA (3) jenis proses kerja panas.

6.5 Berikan DUA(2) kebaikan dan DUA (2) keburukan kerja panas

6.6 Dengan bantuan gambarajah, terangkan dengan ringkas proses


menggelek panas.

Logam ini dari jenis kerja


sejuk atau kerja panas
???

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 14

MAKLUM BALAS 6B

6.3
Kerja panas adalah pembentukkan logam yang dilakukan sedikit di atas suhu
penghabluran semula. Semua proses ini dijalankan, berlakunya canggaan plastik
struktur hablur, tetapi serentak itu, penghabluran semula akan memulihkannya ke
kekisi asal

6.4
Jenis-Jenis Kerja Panas
i
ii
iii

Menggelek Panas (Hot Rolling)


Tempaan Panas (Hot Forging)
Extrusi

6.5
Kebaikan Proses Kerja Panas
i.

ii.
iii.
iv.

Proses kerja panas akan dapat memecahkan struktur hablur yang kasar yang
terdapat dalam jongkong, iaitu struktur jongkong yang berhablur tetiang akan
terhapus.
Jika suhu kemasan adalah betul, penghalusan bijian akan didapati.
Jika di bawah tekanan tinggi dikenakan, rongga-rongga (blow holes) yang
terdapat dalam jongkong akan juga terhapus.
Dengan itu, kekuatan, kemuluran dan keliatan bendakerja yang dihasilkan dari
proses kerja panas adalah lebih baik dibandingkan dengan bendakerja hasil
daripada proses kerja sejuk.

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 15

Keburukan Proses Kerja Panas


i.

ii.

Dimensi akhir yang tepat untuk bendakerja adalah agak sukar untuk
diperolehi. Ini kerana logam panas apabila menyejuk akan berlakunya
pengecutan.
Bendakerja mempunyai permukaan akhir yang tidak kemas. Ini disebabkan
oleh proses pengoksidaan yang berlaku dipermukaannya pada suhu yang
tinggi.

6.6
Dalam operasi ini jongkong akan melalui dua penggelek selinder yang besar.
Kemudian melalui beberapa penggelek lain sekiranya perlu untuk mendapatkan saiz
akhir yang dikehendaki. Ketebalan bahan yang digelek akan menjadi semakin nipis
setiap kali sesudah digelek.
Tujuan utama proses ini ialah menipiskan jongkong logam panas atau keratan tebal,
sehingga mendapat ketebalan yang dikehendaki. Kadangkala sehinga satu tahap di mana
keratan itu terlalu nipis dan tidak mendapat mengekalkan haba pemanasan
(penghabluran semula).

BERJAYA !!!SAYA PERLU MENDALAMI UNIT BERIKUTNYA


APAKAH TAJUK BERIKUTNYA ?

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 16

PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah yang perbezaan di antara kerja sejuk dengan kerja panas.
2. Nyatakan DUA (2) contoh proses kerja sejuk dan DUA (2) contoh proses kerja panas.
3. Terangkan kaedah gelekan sejuk dilakukan berserta dengan gambarajah.
4. Berikan TIGA (3) kebaikan dan DUA (2) keburukan Kerja Sejuk.
5. Nyatakan TIGA (3) kebaikan bagi barangan yang dihasilkan melalui proses extrusi.
6. Terangkan secara ringkas berserta gambarajah bagaimana proses extrusi dilakukan
bagi menghasilkan sesuatu barangan.

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 17

MAKLUM BALAS

1.
Kerja sejuk ialah proses pengubahan plastik yang dijalankan pada suhu di bawah takat
penghabluran semula logam tersebut manakala Kerja panas adalah pembentukkan
logam yang dilakukan sedikit di atas suhu penghabluran semula.
2.
Kerja Sejuk Menggelek sejuk dan menarik.
Kerja Panas Menggelek panas dan tempaan panas.
3.
Menggelek Sejuk digunakan dalam pengeluaran bahagian kepingan dan jalur (strip).
Operasi menggelek dilakukan di atas pengisar 4 penggelek. Penggelek bergarispusat
kecil akan digerak untuk menipiskan bahan logam, manakala penggelek besar pula
berfungsi sebagai penggelek penyokong yang dapat meresap getaran dan memastikan
ketebalan yang tetap. Bahan pelinciran kadangkala diberikan kepada bendakerja
sebelum dan selepas digelek untuk mengemaskan lagi permukaan dan mencegah
berlakunya pertumbuhan bijian. Jenis kerja ini berkemampauan menghasilkan
ketebalan kepingan (0.008mm -.009mm) dan yang sangat nipis dinamakan `Foil'.

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 18

4.
Tiga kebaikan Proses Kerja Panas;
i

Proses kerja panas akan dapat memecahkan struktur hablur yang kasar yang
terdapat dalam jongkong.
ii Jika suhu kemasan adalah betul, penghalusan bijian akan didapati.
iii Jika di bawah tekanan tinggi dikenakan, rongga-rongga (blow holes) yang
terdapat dalam jongkong akan juga terhapus.

Dua keburukan Proses Kerja Panas;


i.

ii.

Dimensi akhir yang tepat untuk bendakerja adalah agak sukar untuk
diperolehi. Ini kerana logam panas apabila menyejuk akan berlakunya
pengecutan.
Bendakerja mempunyai permukaan akhir yang tidak kemas. Ini disebabkan
oleh proses pengoksidaan yang berlaku dipermukaannya pada suhu yang
tinggi.

5.
Tiga kebaikan prose extrusi;
i.
ii.
iii.

Proses ini mampu menghasilkan berbagai bentuk rumit.


Dapat menghasilkan ketepatan dimensi yang jitu
Kemasan permukaan yang baik

http://modul2poli.blogspot.com/

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 19

6.
Proses ini melibatkan penolakkan satu bilet panas melalui satu acuan dengan kuasa
hidrolik. Melalui proses ini jongkong (ignot) ditekan sehingga mengalir di bawah
tekanan tinggi, melalui satu `saluran orifis' atau `die' seperti mana krim ubat gigi
dipicit keluar dari tiubnya seperti gambarajah di bawah. Kelebihan proses ini adalah
kemampuannya menghasilkan berbagai bentuk rumit dengan ketepatan dimensi yang
tinggi dan kemasan yang baik. Pengeluarannya juga boleh berjalan secara berterusan
tetapi bahan-bahan logam yang dapat diproses dihadkan pada logam yang mempunyai
takat lebur yang rendah dan berkecairan baik seperti tembaga, aloi loyang, aluminium
dan aloinya.

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 1

PROSES TUANGAN

OBJEKTIF AM

Unit

Memahami proses-proses tuangan bagi menghasilkan


sesuatu peralatan atau barangan untuk kegunaan tentu.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda akan akan dapat :
9 Menyenaraikan jenis-jenis proses tuangan dengan
betul.
9 Menerangkan proses-proses tuangan dengan jelas.
9 Menerangkan kepentingan proses tuangan
9 Menyenaraikan kebaikan dan keburukan proses
tuangan

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 2

INPUT
PENGENALAN
Anda mungkin pernah melihat ragum meja atau ragum tangan yang biasa
digunakan di bengkel-bengkel. Tahukah anda bagaimana proses untuk
menghasilkannya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mari kita ikuti unit ini
sampai akhir. Unit ini akan membincangkan berkenaan proses tuangan iaitu satu
lagi kaedah dalam menghasilkan alat atau komponen untuk kegunaan tentu selain
dari apa yang kita bincangkan dalan unit yang lalu.
Proses tuangan adalah satu proses pengeluaran di mana bahan yang diperlukan,
dipanaskan sehingga lebur dan kemudiannya dituangkan ke dalam acuan dan
dibiarkan memejal melalui penyejukan tersendiri sebelum dikeluarkan untuk
dibersihkan atau di mesin semula. Keadaan-keadaan yang sedia ada semasa
peleburan logam dan semasa penuangan logam adalah penting dalam
menentukan kualiti keluaran yang akan dihasilkan. Proses tuangan ini boleh
dikategorikan mengikut cara pengisiaan logam lebur ke dalam acuan dan jenis
bahan acuan yang digunakan. Di antara proses yang biasa adalah:
a)
b)
c)
d)

7.1

Tuangan pasir (sand casting).


Tuangan lilin hilang (lost wax/investment).
Tuangan acuan tekanan (pressure die-casting).
Tuangan graviti (acuan kekal) dan kelompang

Tuangan Pasir (sand casting)


Proses ini merupakan proses yang paling lama sekali digunakan sejak zaman
dahulu sehinggalah sampai hari ini ianya masih dipraktikkan lagi. Satu acuan
dihasilkan dengan memadatkan pasir-pasir pengacuan (campuran pasir silika
dengan satu kadar tanah liat yang berfungsi sebagai pelekat), mengelilingi satu
bentukcorak komponen yang biasanya diperbuat dari kayu. Acuan ini terbahagi
kepada dua bahagian atau lebih. Bahagian atas acuan dinamakan COPE dan
bahagian bawah pula
dipanggil DRAG. Susunan ini membolehkan
bentuk/corak kayu itu dikeluarkan dan dengan itu meninggalkan satu bentuk
acuan kosong di mana ianya akan diisikan dengan cecair logam.

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 3

Untuk melicinkan kerja-kerja menuang serta mempastikan pengisian adalah


sempurna, satu sistem suapan yang melibatkan pembinaan saluran suapan
(runner), pintu (gate) dan penaik (riser) dibinakan pada acuan tersebut.
Tuangan geronggang (hollow casting) boleh diperbuat dengan meletakkan satu
teras (core) dalam acuan. Apabila kedua-dua bahagian acuan dicantumkan
menjadi satu acuan tepat, cecair logam akan dituangkan kedalamnya secara teliti
dan dibiarkan memejal dengan sendirinya. Apabila pemejalan telah berlaku
dengan lengkap acuan tadi dipecahkan dan hasil tuangan dikeluarkan. Disusuli
dengan operasi membersih dan membuang bahagian-bahagian suapan, pintu,
penaik dan sebagainya.
Disebabkan kekonduksian haba yang rendah pada pasir pengacuan, kadar
pemejalan dalam tuangan pasir amat kecil. Ini menyebabkan terjadinya struktur
bijian yang kasar pada hasil tuangan.
Kebanyakkan logam akan mengalami kecutan dan masalah ini dapat diatasi
dengan menggunakan penaik yang berfungsi sebagai takungan logam,
membekalkan logam pada bahagian yang mudah mengecut.
Kecacatan lain yang mungkin terjadi dalam takungan adalah seperti rangkuman
pasir yang disebabkan oleh pasir bebas akibat dari cantuman acuan yang kurang
kemas, penutup sejuk disebabkan penuangan logam dilakukan pada suhu yang
terlalu rendah, koyakkan panas (pecah sebahagian daripada tuangan) dalam
acuan akibat ketegasan dan ketegangan oleh kecutan haba yang berkait rapat
dengan rekabentuk acuan yang tidak sesuai, keliangan gas disebabkan oleh logam
lebur yang mengandungi kandungan gas terlarut yang tinggi, atau hasil dari wap
bila terdapatnya kelembapan, kebolehtelapan acuan yang rendah dan tindakbalas
kimia.
Sungguhpun terdapat keburukkan-keburukkan seperti di atas, namun tuangan
pasir dianggap sesuai bagi menghasilkan tuangan berbagai bentuk bagi hampir
semua logam pada sebarang saiz dengan kos acuan yang murah.

7.1.2 Sifat-sifat pasir pengacuan


Pasir pengacuan seharusnya mempunyai sifat-sifat seperti tahan kepada
suhu yang tinggi, kekuatanmelekat yang cukup dan kebolehtelapan pada
gas serta sentiasa diuji dari segi saiz butiran, kekuatan mampatan,
tegangan dan ricihan, kekerasan dan kebolehpadatan. Pasir merah (red
sand) mrngandungi bijian silika melekat dengan tanah liat, biasanya
digunakan dalam tuangan besi dan bukan besi. Bagi besi tuang, habuk
batu arang dicampur atau disapukan pada permukaan acuan supaya
permukaan yang licin dan kemas dihasilkan. Untuk tujuan yang sama,
kapur French digunakan dalam penuangan bahan Aluminium.

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 4

Pasir silika juga dilekatkan dengan 3-4% bentonite dalam menghasilkan


pasir pengacuan tiruan, dengan 10% simen, 3-5% kaca air (water glass),
dan dikeraskan dengan tiupan gas CO2 ke dalam acuan. Proses ini
dinamakan proses tuangan bantuan gas CO2.

7.1.3 Peralatan Tuangan Pasir


i.

PASIR ACUAN - terdiri daripada pasir silika 85%, tanah liat 8%


dan air 7%.

ii.

KOTAK ACUAN- satu bekas yang digunakan untuk membuat


acuan di dalamnya. Kotakacuan terdiri daripada kotak acuan atas
(Cope) dan kotak acuan bawah (Drag). Ia diperbuat daripada kayu
atau logam.

iii.

CORAK - ialah model atau replika produk yang diperbuat


mengikut bentuk asal produk dalam proses tuangan. Diperbuat
daripada kayu, logam, plastik, lilin dan plaster.

iv.

TERAS - bagi menghasilkan acuan yang membentuk rongga di


bahagian dalam produk tuangan. Diperbuat daripada plaster, logam
atau seramik.

v.

BELOS - digunakan untuk menghasilkan angin bagi mengeluarkan


bijian pasir yang terdapat pada acuan atau di dalam ronggan acuan.

vi.

BAR PERATA - digunakan untuk meratakan pasir yang terdapat


di dalam kotak acuan atas atau bawah. Diperbuat daripada keluli.

vii.

SUDIP - untuk kerja penyudahan acuan seperti memperbaiki acuan


yang rosak, membuat alur aliran logam, membuat tambahan atau
penguarangan pada bahagian acuan.

viii.

SUDU TUANGAN - digunakan untuk memperbaiki kerosakan


kecil pada rongga acuan dan membuat alur aliran logam.

ix.

PELANTAK - digunakan untuk memadatkan pasir ketika


membuat acuan. Diperbuat daripada kayu atau logam.

x.

DAWAI BOLONG - digunakan untuk menghasilkan liang


pengudaraan supaya dapat mengeluarkan haba dan gas yang
terkandung di dlam acuan.

xi.

BEG DEBU - diisikan dengan serbuk pemisah yang akan


ditaburkan antara permukaan kotak acuan atas atau bawah.

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 5

xii.

SPRU - digunakan untuk membentuk saluran masuk dan saluran


keluar logam lebur.

xiii.

SKRU PENAIK CORAK - digunakan untuk menarik keluar corak


dari dalam pasir.

xiv.

PENCEDOK SANGGA - untuk mengeluarkan sangga atau


bendasing yang terapung di permukaan logam lebur.

xv.

ALAT PENYAHGAS - untuk mengeluarkan gas-gas yang


terperangkap di dalam logam lebur.

7.1.4

Proses Membuat Acuan Pasir

Gambarajah 7.1 menunjukkan proses untuk menyediakan acuan bagi


produk tuangan. Bagi menghasilkan acuan ini pula, jenis corak yang
digunakan adalah corak belah dan menggunakan satu teras pasir lembab.

Gambarajah 7.1 : Acuan bagi produk tuangan pasir.

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

7.1.5

J3022/7/ 6

Langkah-Langkah Pemprosesan

i) Langkah pertama
Kotak acuan bawah diletakkan di atas papan rata dan bersih. Pastikan
lantai lantai tempat papan acuan diletakkan adalah rata. Kotak acuan
bawah hendaklah diterbalikkan seperti Gambarajah 7.2 di bawah.

Gambarajah 7..2 : Kotak acuan untuk tuangan pasir

ii) Langkah kedua


Corak bawah diletakkan ke dalam kotak acuan bawah. Serbuk pemisah
ditaburkan ke aras papan acuan dan corak seperti Gambarajah 7.3 di
bawah.

Gambarajah 7.3 : Menyediakan corak bagi proses tuangan pasir.

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 7

iii) Langkah ketiga


Campuran pasir halus diletakkan di sekeliling corak bawah sehingga pasir
tersebut menutupi setebal 3 cm di sekeliling corak. Campuran pasir
ditekan dengan hujung jari di sekeliling corak supaya padat. Pastikan
corak tidak bergerak semasa campuran pasir dipadatkan seperti
ditunjukkan dalam Gambarajah 7.4.

Gambarajah 7.4 : Menyediakan campuran pasir bagi proses tuangan pasir.

iv) Langkah keempat


Campuran pasir yang tersedia dimasukkan ke dalam kotak acuan bawah
sehingga daripada bekas itu seperti Gambarajah 7.5. selepas itu pelantak
digunakan untuk memampatkan pasir dengan hentakan yang perlahanlahan. Campuran pasir ditambah lagi sehingga ia melimpah kotak acuan
bawah dan padatkan dengan hentakan yang lebih kuat seperti Gambarajah
7.6. proses ini diulang sehingga campuran pasir yang dipadatkan melebihi
paras kotak acuan bawah.

Gambarajah 7.5

Gambarajah 7.6

Gambarajah 7.5 dan 7.6 : Memasukkan campuran pasir dan memadatkanya bagi
proses tuangan pasir.

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 8

v) Langkah kelima
Gambarajah 7.7 menunjukkan bar perata digunakan untuk meratakan
permukaan pasir yang telah dimampatkan tadi. Bar perata ditarik dari satu
penjuru kotak acuan bawah sambil digerakkan kekiri dan ke kanan.

Gambarajah 7.7 : Meratakan campuran pasir bagi proses tuangan pasir.

vi) Langkah keenam


Kotak acuan bawah diterbalikan supaya corak berada pada bahagian atas,
kemudian kotak acuan atas diletakkan pada kedudukan yang betul di atas
kotak acuan bawah seperti Gambarajah 7.8 di bawah. Kedua-dua kotak
acuan dikunci dengan cermat supaya kedudukannya sentiasa sejajar.

Gambarajah 7.8 : Kedudukan dua kotak acuan pasir bagi proses tuangan pasir.

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 9

vii) Langkah ketujuh


Corak atas diletakkan pada kedudukan yang betul di atas corak bawah,
kemudian spru diletakkan pada kedudukan yang sesuai seperti
Gambarajah 7.9 di bawah. Selepas itu serbuk pemisah ditaburkan ke tas
permukaan atas kotak acuan bawah.

Gambarajah 7.9 : Kedudukan corak dan spru atas.

viii) Langkah kelapan


Pasir halus diletakkan di sekeliling corak atas sehingga menutupi corak
lebih kurang 3 cm. Jari digunakan untuk memadatkan pasir halus di
sekeliling corak. Gambarajah 7.10 di bawah menunjukkan campuran pasir
ditambah ke dalam kotak acuan atas dan padatkan dengan cara yang sama
seperti langkah keempat.

Gambarajah 7.10 : Campuran pasir ditambah ke dalam kotak acuan spru atas.

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 10

ix) Langkah kesembilan

Bar perata digunakan untuk meratakan permukaan kotak acuan atas seperti
Gambarajah 7.11. Sudip digunakan untuk meratakan permukaan pasir di
sekeliling spru.

Gambarajah 7.11 : Penggunaan sudip untuk merata pasir atas.

x) Langkah kesepuluh
Spru dipusingkan sehingga longga, kemudian diangkatkan seperti
Gambarajah 7.12 di bawah. Gunakan dawai bolong untuk membuat liangliang pengudaraan pada kotak acuan atas seperti Gambarajah 7.13.

Gambarajah 7.12 :Spru dikeluarkan

Gambarajah 7.13 : Penggunaan dawai bolong

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 11

xi) Langkah kesebelas


Kotak acuan atas dipisahkan dan diterbalikan untuk mengeluarkan corak.
Sebelum corak diangkat ketuk corak perlahan-lahan supaya permukaan
corak dan pasir renggang. Gunakan skru penarik corak untuk
mengeluarkan corak atas dan corak bawah daripada acuan. Rongga acuan
kekal akan terhasil setelah corak dikeluarkan seperti Gambarajah 7.13.

Gambarajah 7.13 : Kotak dipisahkan untuk mengeluarakn corak

xii) Langkah keduabelas


Alur aliran logam dibuat dengan menggunakan sudu tuangan yang
hujunnya benbentuk segiempat. Alur aliran logam mestilah menyambung
rongga spru dan rongga acuan seperti Gambarajah 7.14 di bawah. Alur
aliran logam berfunsi mengalirkan logam lebur ke dalam rongga acuan
dari lubang spru.

Gambarajah 7.14 : Alur aliran logam

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 12

xiii) Langkah ketigabelas


Teras diletakkan pada kedudukannya di rongga acuan bawah kemudian
kotak acuan atas diterbalikkan semula ke atas kotak acuan bawah seperti
Gambarajah 7.15 di bawah.

Gambarajah 7.15 : Kedudukan teras dalam kotak acuan.

xiv) Langkah keempatbelas


Sudu tuangan yang hujungnya berbentuk bulat digunakan untuk membuat
besen curahan pada kotak acuan atas. Acuan yang telah disediakan tadi
dibawa berdekatan dengan relau untuk dituang logam lebur. Logam lebur
dicurahkan sehingga mengalir memenuhi spru dan rongga acuan. Selepas
logam lebur memjal, hasil tuangan bolehlah dikeluarkan dengan
memecahkan acuan seperti Gambarajah 7.16 di bawah.

Gambarajah 7.15 : Proses penuangan logam lebur ke dalam


acuan pasir

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 13

AKTIVITI 7A
7.1 Apakah yang dimaksudkan dengan proses tuangan.

7.2 Senaraikan EMPAT (4) peralatan yang digunakan di dalam proses tuangan
pasir dan fungsi peralatan tersebut

7.3 Jelaskan bagaimana sifat pasir pengacuan yang digunakan untuk proses
tuangan pasir

Aku faham sekarang bagaimana ragum


meja dihasilkan .. patut pun ia keras

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 14

MAKLUM BALAS 7A

7.1
Proses tuangan adalah satu proses pengeluaran di mana bahan yang diperlukan,
dipanaskan sehingga lebur dan kemudiannya dituangkan ke dalam acuan dan
dibiarkan memejal melalui penyejukan tersendiri sebelum dikeluarkan untuk
dibersihkan atau di mesin semula.

7.2
i)

KOTAK ACUAN- satu bekas yang digunakan untuk membuat acuan di


dalamnya. Kotakacuan terdiri daripada kotak acuan atas (Cope) dan kotak
acuan bawah (Drag). Ia diperbuat daripada kayu atau logam.

ii)

CORAK - ialah model atau replika produk yang diperbuat mengikut


bentuk asal produk dalam proses tuangan. Diperbuat daripada kayu,
logam, plastik, lilin dan plaster.

iii)

TERAS - bagi menghasilkan acuan yang membentuk rongga di bahagian


dalam produk tuangan. Diperbuat daripada plaster, logam atau seramik.

iv)

BELOS - digunakan untuk menghasilkan angin bagi mengeluarkan bijian


pasir yang terdapat pada acuan atau di dalam ronggan acuan.

7.3
Pasir pengacuan mempunyai sifat-sifat seperti tahan kepada suhu yang tinggi,
kekuatanmelekat yang cukup dan kebolehtelapan pada gas serta sentiasa diuji
dari segi saiz butiran, kekuatan mampatan, tegangan dan ricihan, kekerasan
dan kebolehpadatan. Pasir merah (red sand) mrngandungi bijian silika melekat
dengan tanah liat, biasanya digunakan dalam tuangan besi dan bukan besi. Bagi
besi tuang, habuk batu arang dicampur atau disapukan pada permukaan acuan
supaya permukaan yang licin dan kemas dihasilkan. Untuk tujuan yang sama,
kapur French digunakan dalam penuangan bahan Aluminium. Pasir silika juga
dilekatkan dengan 3-4% bentonite dalam menghasilkan pasir pengacuan tiruan,
dengan 10% simen, 3-5% kaca air (water glass), dan dikeraskan dengan tiupan
gas CO2 ke dalam acuan. Proses ini dinamakan proses tuangan bantuan gas CO2.

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 15

INPUT
7.2

Tuangan Lilin Hilang

Setengah komponen logam digunakan pada suhu yang tinggi sambil mengalami
tindakan ketegangan yang kuat. Malangnya kebanyakkan bahan logam yang
mempunyai sifat-sifat tersebut pada asasnya mustahil untuk dimesin atau
dibentuk pada suhu sederhana. Dalam keadaan ini proses tuangan lilin hilang
dianggap lebih sesuai jika dibandingkan dengan tuangan acuan tekanan
disebabkan takat lebur logam yang digunakan adalah jauh lebih tinggi daripada
logam acuan tekanan.
Dalam proses tuangan lilin, satu acuan utama (master mould) diperbuat dari aloi
loyang dengan operasi memesin. Acuan ini kemudiannya digunakakn untuk
membuat bentuk corak lilin (wax pattern) yang tepat lalu dibalut dengan perekat
seramik (slurry) kemudiannya. Setelah itu ianya dikeringkan serta dikeraskan.
Bentukcorak lilin itu kemudiannya akan dileburkan dan mengalir keluar,
meninggalkan satu acuan seramik. Cecair logam dimasukkan ke dalam acuan,
mengisikan ruang kosong di bawah tekanan dengan beberapa cara.
Kebaikan proses ini ialah pencapaian ketepatan dimensi yang lebih tinggi
(0.05mm), kemasan permukaan yang lebih baik dan kos memprosesnya adalah
murah.

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

7.2.1

J3022/7/ 16

Proses Tuangan Lilin Hilang (Lost Wax)


Dalam proses tuangan lilin, corak yang diperbuat daripada lilin digunakan
untuk menghasilkan rongga acuan. Ia juga dikenali sebagai tuangan
pelaburan kerana ia adalah proses menghasilkan acuan daripada peleburan
pekatan bahan tahan panas. Pekatan bahan tahan panas mengandungi
bahan-bahan halus untuk memberi permukaan yang licin pada rongga
acuan. Gambarajah 7.16 menunjukkan produk yang dihasilkan dengan
tuangan lilin.

Gambarajah 7.15 : Produk hasil dari tuangan lilin

7.2.2

Langkah-langkah Penghasilan Produk Tuangan Lilin Hilang.


i) Langkah pertama
Corak tuangan lilin dihasilkan dengan menggunakan lilin. Jenis-jenis lilin
yang digunakan ialah paraffin, lilin lebah, acrawax dan damar. Corak lilin
dicelup ke dalam pekatan bahan penyalut tahan panas untuk menghasilkan
permukaan yang licin pada bahagian dalam dinding acuan seperti
Gambarajah 7.16 di bawah.

Gambarajah 7.16 : Satu corak tuangan lilin

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 17

ii) Langkah kedua


Corak lilin yang disaluti bahan tahan panas diletakkan ke dalam bekas
acuan logam. Bahan peleburan dituangkan ke dalam bekas acuan.
Kemudian dibiarkan mengeras di keseluruhan bekas acuan bagi
membentuk acuan. Bahan peleburan yang digunakan terdiri daripada
bahan pengeras dan pasir silika. Gambarajah 7.17 di bawah menunjukkan
bagaimana corak diletakkan ke dalam acuan dan dituangkan dengan bahan
pelebuan.

Gambarajah 7.16 : Kedudukan corak bagi tuangan lilin

iii) Langkah ketiga


Acuan lilin seperti Gambarajah 7.17 di bawah dipanaskan di dalam relau
pada julat suhu 100C sehingga 200C. Corak lilin akan lebur dan
mengalir keluar untuk menghasilkan rongga acuan.

Gambarajah 7.17 : Lilin lebur dan mengalir keluar

iv) Langkah keempat


Acuan akan dikeluarkan daripada relau dan diterbalikkan. Logam lebur
akan dituang ke dalam rongga acuan. Bila logam lebur telah memejal,
produk tuangan bolehlah dikeluarkan.
MARI KITA REHAT FIKIRAN SEJENAK

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 18

TAHUKAH ANDA KAEDAH PROSES


TUANGAN ACUAN TEKANAN DILAKUKAN FIKIRKAN ???

7.3

Tuangan Acuan Tekanan


Proses ini digunakan untuk bahan-bahan yang mempunyai suhu lebur yang rendah
seperti aluminium dan pancalogam zink dan tidak untuk besi. Proses ini
dijalankan dengan cara pemancitan cecair logam ke dalam suatu acuan logam di
bawah tindakan tekanan. Oleh kerana acuannya diperbuat dari bahan logam,
kadar penyejukkan yang lebih tinggi dapat diperolehi jika dibandingkan dengan
acuan pasir. Ini membolehkan logam seperti aloi-aloi berdasarkan aluminium
dan zink dapat menghasilkan struktur hablur seragam dengan bijian yang
halus. Maka sifat-sifat seperti kekuatan dan takat alah adalah lebih baik.
Walaubagaimanapun, aloi-aloi yang dapat dibentuk dengan acuan pasir biasanya
tidak boleh dibentuk dengan acuan jenis ini disebabkan angkali pengecutan
adalah tinggi semasa pemejalan. Jika pengecutan yang deras berlaku, retak
akan terjadi. Keperluan lain termasuklah tekanan yang
kuat untuk
mengapit/mengunci bahagian-bahagian acuan.
Bagi tuangan jenis ini acuan diperbuat daripada keluli khas dan dikenali sebagai
die. Tuangan ini digunakan untuk menghasilkan produk dengan cara menyuntik
logam lebur pada tekanan tinggi ke dalam die. Proses ini digunakan bagi
menghasilkan produk secara besar-besaran kerana die tersebut boleh digunakan
berulangkali.
Tekanan tinggi yang dihasilkan dalam tuangan ini boleh menghasilkan produk
yang berbentuk rumit dan mempunyai kemasan permukaan yang licin. Contoh
produk yang dihasilkan dengan tuangan ini ialah komponen automotif, barangan
mainan, barangan perhiasan dan peralatan rumah. Gambarajah 7.18 menunjukkan
contoh produk yang dihasilkan dengan tuangan ini.

Gambarajah 7.18: Contoh Produk


yang dihasilkan

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

7.3.1

J3022/7/ 19

Langkah-langkah Penghasilan Produk Tuangan Acuan Tekanan.


i) Langkah pertama
Logam lebur dimasukkan ke dalam kebuk seperti yang ditunjukkan pada
Gambarajah 7.19 di bawah.

Gambarajah 7.19 : Penuangan logam lebur

ii) Langkah kedua


Gambarajah 7.20 di bawah menunjukkan piston menolak masuk logam
lebur ke dalam rongga die.

Gambarajah 7.20 : Peranan piston

iii) Langkah ketiga


Teras dikeluarkan dan die pengeluar digerakkan ke belakang pada
Gambarajah 7.21 di bawah.

Gambarajah 7.20 :
Pergerakan die

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 20

iv) Langkah keempat


Gambarajah 7.21 di bawah menunjukkan pin penolak akan menolak
produk tuangan keluar dari die.

Gambarajah 7.21 : Penolakan produk keluar penuangan logam lebur

Bahan acuan itu diperbuat dari logam/aloi yang kuat dan harganya serta
kos membuat acuan adalah mahal. Acuan ini adalah acuan kekal dan
digunakan berulangkali. Kebaikkannya ialah ia adalah lebih ekonomik
dan sesuai dalam pengeluaran komponen-komponen kecil secara besarbesaran. Rupabentuk yang rumit dan keratan yang nipis boleh diperolehi
dengan proses ini dan kecacatan keliangan dapat diperkecilkan
disebabkan
tiada
kedapatan sebarang gelembung udara yang
terperangkap kerana telah dimampat-keluar oleh tekanan. Maka
bahagian-bahagian penaik dan pintu tidak lagi diperlukan dan dengan ini
ia menjimatkan bahan dan kos pengeluaran

7.4

Perbandingan Di antara Kaedah-Kaedah Tuangan


Jadual 7.22 : Perbandingan di antara proses tuangan

Aloi/logam yang
boleh
dituang/
diproses
Sifat-sifat
mekanikal
bandingan
Kemasan
permukaan
Kemungkinan
dapat membentuk
bentuk rumit

Tuangan
Pasir

Tuangan
Tekanan

Tuangan Lilin
Hilang

Sebarang

Aloi berasas
Cu, Zn, Al

Sebarang

Sederhana

Sangat baik

Baik

Sederhana

Sangat baik

Sangat baik

Baik

Sangat baik

Sangat baik

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 21

AKTIVITI 7B

7.4 Nyatakan DUA (2) kebaikan mengunakan proses tuangan acuan tekanan di
dalam menghasilkan barangan pada masa kini.
7.5 Senaraikan TIGA (3) kebaikan bagi proses tuangan lilin.
7.6 Terangkan dengan ringkas bagaimana produk tuangan lilin dihasilkan.
7.7 Terangkan dengan ringkas kepentingan tuangan acuan tekanan.

Saya yakin saya berjaya kali ini .


7$^%@$%^$&*&?><>NKUL
..ok
Eeee.boleh tengok jawapan

Mari kita semak jawapan di sebelah

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 22

MAKLUM BALAS 7B

7.4
i)
ii)

Tekanan tinggi yang dihasilkan dalam tuangan ini boleh menghasilkan produk
yang berbentuk rumit.
Mempunyai kemasan permukaan yang licin selepas produt dikeluarakan dari
acuan,

7.5
i)
ii)
iii)

Ketepatan dimensi yang lebih tinggi (0.05mm).


Kemasan permukaan yang lebih baik.
Kos memprosesnya adalah murah.

7.6
Dalam proses tuangan lilin, satu acuan utama (master mould) diperbuat dari aloi
loyang dengan operasi memesin. Acuan ini kemudiannya digunakakn untuk
membuat bentuk corak lilin (wax pattern) yang tepat lalu dibalut dengan perekat
seramik (slurry) kemudiannya. Setelah itu ianya dikeringkan serta dikeraskan.
Bentukcorak lilin itu kemudiannya akan dileburkan dan mengalir keluar,
meninggalkan satu acuan seramik. Cecair logam dimasukkan ke dalam acuan.
Logam tersebut mengisikan ruang kosong dalam mold di bawah tekanan.
7.7
Proses ini digunakan untuk bahan-bahan yang mempunyai suhu lebur yang rendah
seperti aluminium dan pancalogam zink dan tidak untuk besi. Proses ini dijalankan
dengan cara pemancitan cecair logam ke dalam suatu acuan logam di bawah tindakan
tekanan. Oleh kerana acuannya diperbuat dari bahan logam, kadar penyejukkan
yang lebih tinggi dapat diperolehi jika dibandingkan dengan acuan pasir. Ini
membolehkan logam seperti aloi-aloi berdasarkan aluminium dan zink dapat
menghasilkan struktur hablur seragam dengan bijian yang halus. Maka sifat-sifat
seperti kekuatan dan takat alah adalah lebih baik. Walaubagaimanapun, aloi-aloi
yang dapat dibentuk dengan acuan pasir biasanya tidak boleh dibentuk dengan
acuan jenis ini disebabkan angkali pengecutan adalah tinggi semasa pemejalan.
Jika pengecutan yang deras berlaku, retak akan terjadi. Keperluan lain termasuklah
tekanan yang kuat untuk mengapit/mengunci bahagian-bahagian acuan.
BERJAYA !!!SAYA PERLU MENDALAMI UNIT BERIKUTNYA
APAKAH TAJUK BERIKUTNYA ?

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 23

PENILAIAN KENDIRI
1) Apakah yang dimaksudkan dengan Proses Tuangan.
2) Nyatakan tujuan alat-alat proses penuangan di bawah :i.
ii.
iii.

Teras.
Kotak Acuan.
Pattern/Corak.

3) Nyatakan TIGA (3) kelebihan proses tuangan berbanding dengan proses-proses


lain seperti memesin, mengimpal dan sebagainya.
4) Terangkan proses tuangan Lilin Hilang (lost wax) dengan bantuan gambarajah
yang sesuai.
5) Terangkan

proses

Tuangan

Acuan

Tekanan

dan

lakarkan

6) Senaraikan EMPAT (4) kebaikan proses Tuangan Acuan Tekanan.

http://modul2poli.blogspot.com/

gambarnya.

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 24

MAKLUM BALAS

1) Proses tuangan adalah satu proses bahan dipanaskan sehingga lebur dan
kemudiannya dituangkan ke dalam acuan dan dibiarkan memejal melalui
penyejukan tersendiri sebelum dikeluarkan untuk dibersihkan atau di mesin
semula.
2)
i.

KOTAK ACUAN- satu bekas yang digunakan untuk membuat acuan di


dalamnya.

ii.

CORAK - ialah model atau replika produk yang diperbuat mengikut


bentuk asal produk dalam proses tuangan.

iii.

TERAS - bagi menghasilkan acuan yang membentuk rongga di bahagian


dalam produk tuangan.

3)
i.

Ia dapat menghasilkan bentuk-bentuk yang rumit.

ii.

Bahan lebihan adalah sedikit dengan itu pembaziran bahan dapat dijimat.

iii.

Bahan lebihan daripada proses tuangan dapat dikitar semula.

4) Langkah-langkah Penghasilan Produk Tuangan Lilin Hilang.


Corak tuangan lilin dihasilkan dengan menggunakan lilin. Corak lilin dicelup ke
dalam pekatan bahan penyalut tahan panas untuk menghasilkan permukaan yang
licin pada bahagian dalam dinding acuan seperti Gambarajah di bawah.

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 25

Corak lilin yang disaluti bahan tahan panas diletakkan ke dalam bekas acuan
logam. Bahan peleburan dituangkan ke dalam bekas acuan. Kemudian dibiarkan
mengeras di keseluruhan bekas acuan bagi membentuk acuan. Bahan peleburan
yang digunakan terdiri daripada bahan pengeras dan pasir silika seperti
gambarajah di bawah.

Acuan lilin kemudian dipanaskan di dalam relau pada julat suhu 100C sehingga
200C. Corak lilin akan lebur dan mengalir keluar untuk menghasilkan rongga
acuan.

Gambarajah 7.17 : Menunjukkan lilin lebur dan mengalir keluar

Acuan akan dikeluarkan daripada relau dan diterbalikkan. Logam lebur akan
dituang ke dalam rongga acuan. Bila logam lebur telah memejal, produk tuangan
bolehlah dikeluarkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 26

5) Langkah-langkah Penghasilan Produk Tuangan Acuan Tekanan.

Logam lebur dimasukkan ke dalam kebuk seperti yang ditunjukkan pada


gambarajah di bawah.

Gambarajah di bawah menunjukkan piston menolak masuk logam lebur ke dalam


rongga die.

Teras dikeluarkan dan die pengeluar digerakkan ke belakang pada gambarajah di


bawah.

http://modul2poli.blogspot.com/

PROSES TUANGAN

J3022/7/ 27

Gambarajah di bawah menunjukkan pin penolak akan menolak produk tuangan


keluar dari die.

6)
i.

Acuan ini adalah acuan kekal dan boleh digunakan berulangkali.

ii.

Ia adalah lebih ekonomik dan sesuai dalam pengeluaran komponenkomponen kecil secara besar-besaran.

iii.

Rupabentuk yang rumit dan keratan yang nipis boleh diperolehi.

iv.

Kecacatan keliangan dapat diperkecilkan disebabkan tiada kedapatan


sebarang gelembung udara yang terperangkap kerana telah dimampatkeluar oleh tekanan.

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 1

RAWATAN HABA KELULI


KARBON BIASA

OBJEKTIF AM
Memahami proses-proses rawatan haba keluli karbon biasa.

Unit

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
9
9
9
9

Menjelaskan maksud rawatan haba.


Menerangkan tujuan rawatan haba.
Menjelaskan proses-proses rawatan haba.
Menerangkan jenis-jenis rawatan haba.

http://modul2poli.blogspot.com/

INPUT

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 2

PENGENALAN
Dalam unit yang lepas anda telah melihat bagaimana keluli karbon dihasilkan dan
bagaimana proses aloi dilakukan untuk mendapat keluli aloi. Unit berikut ini kita akan
membincangkan bagaimana keluli karbon mengalami perubahan struktur dan sifat
apabila melalui proses rawatan haba. Jenis-jenis proses rawatan haba yang boleh
dilakukan ke atas keluli karbon ialah :i.
ii.
iii.
iv.
v.

Sepuh lindap ( annealing ).


Sepuh lazim atau penormalan ( normalising ).
Pengerasan ( hardening ).
Pembajaan ( tempering ).
Perubahan atau penjelmaan sesuhu (isothermal transformations) yang
dilakukan pada "suhu yang tetap" dalam masa yang diperuntukkan.
Proses ini biasanya bagi keluli aloi.

Dalam proses rawatan haba terhadap keluli karbon biasa, beberapa pusingan haba
di kenakan terhadap keluli tersebut iaitu :i.
ii.

iii.

Dipanaskan secara perlahan-lahan sehingga suhu


iaitu bergantung kepada kandungan karbon.
kemudiannya direndamkan atau dibiarkan pada
jangkamasa yang tertentu bergantung kepada saiz
dirawat-haba.
disejukkan dalam media yang dikhaskan dengan kadar

yang ditetapkan
suhu itu dalam
komponen yang
yang tertentu.

Langkah-langkah tersebut merupakan satu pusingan rawatan haba dan biasanya kadar
penyejukanlah yang menentukan struktur muktamad dan sifat-sifat keluli yang dihasilkan
dengan syarat pemanasan yang dilakukan adalah secara perlahan dan keluli itu telah
mencapai keseimbangan struktur pada suhu yang ditetapkan dalam proses tersebut.
Beberapa prinsip yang berkait rapat dengan rawatan haba perlu difahamkan sebelum
membincangkan proses tersebut terhadap keluli karbon biasa.

8.1

Penghabluran Semula

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 3

Semasa logam dikerja-sejuk, bijian-bijian pada logam terherot dan tegasan dalaman
dikenakan terhadap logam tersebut. Jika logam itu dipanaskan kepada suhu yang sesuai,
penukleusan berlaku iaitu "benih-benih hablur" terbentuk pada sempadan bijian yang
mengalami tegasan dalaman yang tinggi. Jika lebih banyak kerja sejuk dilakukan,
tegasan dalaman semakin meningkat dan suhu penukleusan semakin turun.
Suhu yang minima di mana berlakunya pertumbuhan bijian dinamakan suhu
penghabluran semula. Di atas suhu ini, tenaga kinetik atom-atom pada sisi hablur yang
terherot meningkat. Atom-atom ini akan mengasingkan diri dan bergabung untuk
membentuk nekleus-nukleus yang baru. Nukleus ini kemudiannya tumbuh menjadi
bijian yang baru. Proses ini seterusnya berlaku sehingga semua atom-atom pada hablur
yang terherot dipindahkan dan membentuk bijian yang baru berpandukan Gambarajah
8.1. Bila proses penghabluran tamat, struktur bijian yang didapati biasanya lebih
halus daripada struktur bijian yang asal sebelum dikerja-sejuk seperti yang ditunjukan
dalam Gambarajah 8.2 di bawah.

Gambarajah 8.1 : Rajah Fasa Proses Penghabluran Semula

http://modul2poli.blogspot.com/
a) Loyang selepas dikerja sejuk

b) 3 saat pada suhu 580 C

RAWATAN HABA

8.2

J3022/ 8/ 4

Proses Rawatan Haba


Rawatan haba ialah satu proses pemanasan logam ke suatu tahap suhu yang tertentu dan
diikuti dengan proses penyejukan dengan kadar tertentu ini boleh ditunjukan melalui
Gambarajah 8.3. Proses ini bertujuan untuk mengubah sifat mekanik logam seperti
kekerasan, kekuatan dan sebagainya. Perubahan sifat mekanik ini adalah hasil daripada
proses perubahan struktur mikro logam tersebut terutamanya keluli.

Gambarajah 8.3: Rajah Fasa Rawatan Haba Bagi Keluli

Berdasarkan Gambarajah 8.3 didapati beberapa proses boleh dilakukan ke atas keluli
karbon dan pros tersebut berkait rapat dengan suhu bagi menghasilkan sifat-sifat yang

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 5

dikehendaki. Rawatan haba bagi menghasilkan keadaan struktur yang seimbang seperti
Sepuh Lindap (Annealing) dan Sepuh Lazim (Normalising) boleh dilakukan.
Manakala untuk menghasilkan keadaan struktur yang tidak seimbang proses yang
boleh dilakukan seperti Kuenc (Quenching)/Pengerasan dan Pembajaan (Tempering).

8.2.1 Sepuh Lindap (Annealing)


Sepuh lindap ditakrifkan sebagai pemanasan keluli kepada suhu yang
melebihi suhu kritikal atas dan diikuti dengan proses penyejukan yang
perlahan dalam ketuhar.Sepuh lindap biasanya dilakukan ke atas
kepingan logam atau komponen-komponen yang telah dikerja-sejuk,
tempaan dan tuangan dan bertujuan:
i.

melembutkan keluli dan memperbaikkan lagi kebolehmesinannya


(machinebility).

ii.

menghapuskan tegasan dalaman yang dihasilkan dari rawatan


terdahulu
seperti gelekan (rolling), tempaan (forging) dan
penyejukan yang tidak
seragam.

iii.

menghaluskan bijian-bijian yang kasar.

Langkah pengendalian Sepuh Lindap terdiri dari:

Pemanasan
ke suhu
tertentu

rendaman(soaking) secukup
masa dan membiarkan
perubahan berlaku

8.2.1.1 Sepuh Lindap Penuh (Full Annealing)

http://modul2poli.blogspot.com/

penyejukan
dengan kadar
tertentu

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 6

Tujuan proses ini ialah untuk menghapuskan keterikan yang dihasilkan


dari proses tempaan dan tuangan, memperbaiki
kebolehmesinan
(machinability), melembut dan menghaluskan struktur hablurnya.Sepuh
lindap penuh melibatkan pemanasan dan rendaman (biasanya 2 jam)
bergantung kepada tebal komponen dan diikuti dengan penyejukan yang
amat perlahan. Proses penyejukan dilakukan dalam relau.
Untuk keluli yang mengandungi kurang daripada 0.83 %C, pemanasan
dilakukan ke suhu 25-50 oC di atas garis kritikal atas bagi keluli yang
berkarbon tinggi ( > 0.83% C ), suhunya ialah 50 oC di atas garis kritikal
bawah. Bentuk struktur mikro boleh dilihat pada Gambarajah 8.4

Gambarajah 8.4: Struktur Mikro 0.4% C . x 500


selepas Proses Sepuh Lindap Penuh

8.2.1.2 Sepuh Lindap Proses/Sub Kritikal


Proses ini biasanya dilakukan ke atas keluli berkarbon rendah ( kurang
daripada 0.83 %C ). Pemanasan dilakukan pada suhu 650 - 700 oC selama
beberapa jam untuk melembutkan keluli. Rawatan ini biasanya dilakukan
ke atas aloi yang mengalami ketegasan-ketegasan teruk setelah dikerjasejuk bagi mengembalikan kemulurannya supaya kerja-kerja sejuk yang
selanjutnya dapat diteruskan. Bentuk struktur mikro pada Gambarajah 8.5.

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 7

Gambarajah 8.5: Struktur Mikro 0.15% karbon selepas


Sepuh Lindap Sub Kritikal 400C

8.2.1.3 Sepuh Lindap Pengsferaan (Spheroidising)


Lebih kurang serupa dengan sepuh lindap penuh tetapi untuk keluli
berkarbon tinggi ( > 0.83 %C ). Pemanasan dijalankan pada suhu 650 700oC. Sepuh lindap yang dipanjangkan masanya boleh menambahkan
kemuluran dan mengurangkan kekuatan disebabkan oleh perubahan
bentuk sementit di dalam lapisan pearlit menjadi sfera (bola). Bentuk
struktur mikro boleh dilihat pada Gambarajah 8.6.

Gambarajah 8.6: Struktur Mikro 0.6% karbon selepas


Sepuh Lindap Pengsferaan

8.2.2

Sepuh Lazim/Pernormalan (Normalising)


Proses ini hampir sama dengan proses sepuh lindap kecuali proses
penyejukannya dilakukan di udara. Tujuan utama proses ini ialah untuk
menghasilkan hablur yang halus bagi memperbaiki sifat-sifat mekanikal
seperti kemuluran dan keliatan. Sepuh lazim sama seperti sepuh lindap
penuh tetapi penyejukan dilakukan dalam udara yang tetap, dan

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 8

pemanasannya pula dilakukan pada 50oC di atas garis kritikal atas untuk
semua kandungan karbon.
Struktur dan sifat yang dihasilkan berubah-ubah menurut tebal logam
yang dirawati. Maka adalah penting suhu dan masa dikawal/dihadkan
untuk mengelakkan pertumbuhan hablur kerana hablur halus perlu
diperolehi. Biasanya ini merupakan proses rawatan haba yang terakhir
sebab selepas proses sepuh lazim, keluli yang diperolehi adalah lebih
kuat dari sepuh lindap penuh disebabkan strukturnya yang lebih halus.
Tegasan, kekuatan tegangan, titik alah dan nilai tenaga hentaman (impact)
adalah lebih tinggi dari yang didapati melalui sepuh lindap penuh. Bentuk
struktur mikro boleh dilihat pada Gambarajah 8.7 di sebelah.

Gambarajah 8.7: Struktur Mikro 0.45% karbon selepas


Sepuh Lazim/Penomalan

8.2.3

Kuenc (Lindap-Kejut) - Proses Pengerasan


Anda telah memahami bagaimana proses rawatan haba boleh dilakukan ke atas
bahan menyebabkan perubahan struktur mikro dan sifat mekanik bahan. Kali ini
mari kita lihat pula bagaimana proses pengerasan dilakukan ke atas keluli karbon.
Pengerasan adalah proses pemanasan sehingga suhu kritikal atas dan kemudian
diikuti dengan proses penyejukan pada kadar yang pantas. Untuk mengeluarkan

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 9

haba yang pantas boleh dilakukan dalam Air garam, Air sejuk (paip), Larutan
garam, Larutan air dan minyak Minyak, atau Udara Termampat mengikut
keberkesanannya.
Apabila keluli ( < 0.83 %C ) dipanaskan 10 oC di atas titik kritikal atas dan di
atas garis kritikal bawah bagi keluli (> 0.83 %C ), semua ferit akan berubah
menjadi austenit sebelum dilindapkejutkan di dalam media kuenc.
Apabila keluli mengalami proses penyejukan yang cepat, austenit tidak sempat
berubah menjadi pearlit tetapi menghasilkan satu larutan pepejal celahan yang
mempunyai kesisi 'body-centred-tetragonal' di mana atom-atom karbon
terperangkap di dalamnya. Struktur yang terhasil ini dinamakan martensit. Oleh
sebab kekisinya terterik dan diherot, strukturnya berbentuk seperti jarum. Ia
mempunyai sifat mekanikal yang sangat keras dan rapuh. Sifat-sifat ini
bergantung kepada kandungan karbon, suhu pemanasan, tempoh pemanasan,
suhu permulaan penyejukan dan kadar penyejukan.
Untuk memastikan terhasilnya struktur martensit (untuk pengerasan) Gambarajah
8.8, proses penyejukan (kuenc) terhadap keluli mestilah melebihi "kadar
penyejukan kritikal". Kadar ini adalah kadar terendah sekali untuk mendapatkan
satu struktur martensit keseluruhannya bila lindapkejutkan dijalankan. Jika
sesuatu kadar yang lebih kecil daripada ini di gunakan dalam penyejukan,
sedikit pearlit halus akan terbentuk.

Gambarajah 8.8: Struktur Mikro 0.45% karbon selepas


Sepuh Lazim/Penomalan

8.2.3.1 Pertimbangan Proses Kuenc


Dalam praktik, faktor-faktor seperti kandungan, saiz dan bentuk
sesuatu komponen menentukan kadar penyejukan yang sesuai. Bahagianbahagian besar dan tebal menyejuk lebih perlahan daripada bahagianbahagian yang kecil dan nipis, maka permukaan kulit komponen akan
terhasil martensit tetapi terasnya mungkin jadi bainitik (struktur terhasil
dengan kadar penyejukan sedikit rendah daripada menghasil martensit).

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 10

Walaubagaimanapun, percampuran sedikit unsur aloi seperti Nikel,


Kromium atau Mangan (Mn) boleh menambah ketebalan lapisan
martensite yang dihasilkan pada kulit bendakerja.
Unsur-unsur aloi ini dapat menambah kedalaman kekerasan (depth of
hardening). Kejadian ini merupakan satu ciri yang penting dalam
pengerasan keluli aloi supaya ia dapat dilakukan dengan proses lindapkejut (kuenc) yang kurang deras dan bertujuan untuk mengelakkan
terjadinya retak-kuenc (Quench-cracks) dan juga bentuk herotan yang
selalu ditemui dalam lindap-kejut dengan air sejuk. Rekabentuk juga
mempengaruhi keadaan retak-kuenc. Perubahan mengejut dalam
keratan, penjuru tajam, lurah, 'notches', dan lubang empatsegi boleh
mendatangkan kecacatan retak-kuenc.
Untuk memperkecilkan lagi risiko herotan, bentuk selinder yang
panjang harus dilindapkejut secara tegak. Keratan besar secara
pinggiran dan keratan tebal mesti masuk ke dalam kukusan dahulu. Untuk
mengelakkan pembentukan kecacatan `soft-spots' yang disebabkan oleh
adanya gelembong wap, kukusan air itu harus dikacau dan digoncang.
Larutan Caustic Soda digunakan untuk mendapatkan kekerasan yang
melampau. Bagi bentuk yang kompleks, kegunaan minyak sebagai media
penyejukan akan memberi hasil/keputusan yang lebih baik. Minyak itu
terdiri dari minyak galian, minyak haiwan dan minyak sayuran.
Di samping kadar peniskalaan haba (heat abstraction ), takat kilat (flash
point), kelikatan (viscoscity), dan kesetabilan minyak adalah penting
juga dalam mempertimbangkan pemilihan dan penggunaan sesutu media
(minyak) penyejukan. Takat kilat perlu diketahui untuk mencegah risiko
kebakaran dan pencemaran minyak akibat pengoksidaan atau tindakbalas
kimia.

8.2.4

Pembajaan (Tempering)

Proses ini bertujuan untuk melegakan keterikan dalaman yang terhasil dari
pengerasan kuenc , sambil memperbaiki keliatan dan kemulurannya tetapi
mengurangkan kekerasan dan kekuatannya.Proses pemanasan dilakukan sehingga
ke suhu pembajaan dan dikekalkan pada suhu tersebut untuk suatu jangka masa
tertentu.

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 11

Pembajaan melibatkan pemanasan semula keluli ke suhu di bawah garisan


kritikal bawah dan menyebabkan perubahan rupabentuk martensit yang
terhasil selepas kuenc menjadi struktur yang lebih lembut tetapi liat. Lebih tinggi
suhu pembajaan digunakan, lebih hampir struktur itu menjadi struktur pearlit
yang stabil dan bahan itu menjadi lebih lembut dan liat. Pembajaan mesti
dilakukan selepas sahaja selesai kuenc supaya tidak terjadi retak kuenc.
Struktur menjadi TROOSTITE yang bentuknya berpepasir (granular) - satu
campuran ferit halus dan sementit berwarna hitam bila dipunarkan. Jika suhu
pembajaan pada 400-600 oC, struktur SORBITE akan terhasil. Kedua-dua struktur
ini sebenarnya serupa dalam bentuk asalnya dan hanya berbeza dari segi saiz
bijianya, dan dikenali juga sebagai Martensit Terbaja (Tempered Martensite)
seperti yang ditunjukan dalam Gambarajah 8.9.

Gambarajah 8.9: Struktur Martensit Terbaja pada suhu 600C

Suhu pembajaan perlu dikawal rapi untuk mendapat hasil yang baik. Suhu
pembajaan maksima (yang dibenarkan) tidak boleh melampaui garisan kritikal
bawah bagi mengelakkan dari berlakunya mendakan sementit yang membawa
kesan rapuh (embrittlement).
Suhu melebihi garisan kritikal bawah juga membenarkan pertumbuhan bijian
menjadi bertambah kasar yang akan menjejaskan kekuatan. Suhu yang disyorkan
seperti dalam Jadual 8.10. Bagi kebanyakan keluli, penyejukan dari suhu
pembajaan dilakukan samada dalam udara, atau dilindapkejut dalam minyak atau
air.
Jadual 8.10: Suhu pembajaan dan penggunaan

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 12

Suhu pembajaan (oC)


220
240
250
280

Penggunaan
mata gergaji
mata gerudi, mata kisar
acuan, penebuk
pahat

AKTIVITI 8A
8.1 Senaraikan EMPAT (4) proses rawatan haba yang boleh dilkukan ke atas keluli

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 13

8.2 Apakah yang ditakrifkan dengan Proses Rawatan Haba


8.3 Namakan jenis-jenis proses rawatan haba bagi keluli yang menghasilkan struktur seimbang
dan struktur tidak seimbang.
8.4 Apakah yang ditakrifkan dengan Sepuh Lindap dan nyatakan tujuan mengapa proses tersebut
perlu dilakukan keatas keluli.

MAKLUM BALAS 8A

8.1
Jenis-jenis proses rawatan haba yang boleh dilakukan ke atas keluli karbon ialah :-

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

i.
ii.
iii.
iv.

J3022/ 8/ 14

Sepuh lindap ( annealing ).


Sepuh lazim atau penormalan ( normalising ).
Pengerasan ( hardening ).
Pembajaan ( tempering ).

8.2
Rawatan haba ialah satu proses pemanasan logam ke suatu tahap suhu yang tertentu dan diikuti
dengan proses penyejukan dengan kadar tertentu
8.3
Rawatan haba bagi menghasilkan keadaan struktur yang seimbang seperti Sepuh Lindap
(Annealing) dan Sepuh Lazim (Normalising) boleh dilakukan. Manakala untuk menghasilkan
keadaan struktur yang tidak seimbang proses yang boleh dilakukan seperti Kuenc
(Quenching)/Pengerasan dan Pembajaan (Tempering).
8.4
Sepuh Lindap (Annealing)
Sepuh lindap ditakrifkan sebagai pemanasan keluli kepada suhu yang melebihi suhu kritikal atas
dan diikuti dengan proses penyejukan yang perlahan dalam ketuhar.Sepuh lindap biasanya
dilakukan ke atas kepingan logam atau komponen-komponen yang telah dikerja-sejuk,
tempaan dan tuangan
bertujuan:
i. melembutkan keluli dan memperbaikkan lagi kebolehmesinannya (machinebility).
ii. menghapuskan tegasan dalaman yang dihasilkan dari rawatan terdahulu seperti
gelekan (rolling), tempaan (forging) dan penyejukan yang tidak seragam.
iii. menghaluskan bijian-bijian yang kasar.

INPUT
8.3

Pengerasan Permukaan (Surface Hardening)

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 15

Tahukah anda pada amnya, keliatan sesuatu bahan akan berkurangan bila
bertambahnya kekerasan dan kekuatanya. Terdapat banyak syarat-syarat servis
di mana memerlukan satu bahan yang liat serta mempunyai kekerasan yang
tinggi di permukaanya. Contohnya, komponen keluli seperti giar, aci dan
sesondol. Penyelesaian pada masalah tersebut ialah dengan membentuk satu
lapisan yang mempunyai kekerasan yang tinggi pada permukaan tetapi liat pada
terasnya (di dalam). Proses pembentukan lapisan permukaan yang keras ini
dikenali sebagai Pengerasan Permukaan dan ia boleh dilakukan dengan beberapa
cara.
Pengerasan selongsong (case hardening) merupakan salah satu cara yang
digunakan untuk menghasilkan satu permukaan yang keras atas keluli yang
mulur. Proses ini menambahkan kandungan karbon ke dalam permukaan sesuatu
keluli lembut, dan seterusnya menghasilkan dengan berkesan satu rencaman
(composite) yang terdiri daripada keluli berkarbon rendah dengan kulit nipis
yang berkarbon tinggi (dalamnya 0.5-0.7mm). Atom-atom karbon diresap ke
dalam besi pada suhu melebihi 910oC. Ketebalan selongsong karbon yang
dihasilkan adalah bergantung kepada masa dan suhu pengkarbonan. Bahagianbahagian yang tidak dikeraskan disalut dengan kuprum atau abestos.
Dua cara utama digunakan;
a) penyusuk karbon bungkus (pack carburizing)
b) penyusuk karbon gas (gas carburizing)
Dalam penyusuk karbon bungkus , komponen - komponen hendak dirawat akan
dipanaskan ke suhu atas Garis Kritikal Atas dan bersentuh dengan bahan karbon
seperti kayu, kayu arang, atau barium carbonate dalam bekas besi tuangan. Dalam
penyusukkarbon gas, komponen-komponen dipanaskan ke suhu atas Garis
Kritikal Atas dalam satu relau yang dipenuhi dengan methane atau gas-gas
campuran hidrocarbon.

8.3.1 Rawatan Selepas Penyusukkarbon


Keluli yang telah melalui proses penyusuk-karbon tidaklah keras yang
disangkakan. Apa yang terjadi hanyalah penambahan kandungan karbon
pada bahagian luar (kulit) komponen tersebut dan pada bahagian
dalamnya (teras) pula adalah seperti disepuh lindap penuh dengan
struktur bijian yang kasar. Rawatan haba selanjutnya perlu dijalankan bagi
mengeraskan kulit/selongsong dan seterusnya menghaluskan bijian
supaya keliatan dan kekuatan yang sempurna diperolehi. Merujuk kepada
rajah di atas, proses yang dijalankan ialah:

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 16

i.
ii.
iii.

penghalusan (bijian) teras (core refining)


pengerasan permukaan/kulit (case hardening)
pembajaan permukaan (case tempering)

Katakan keluli yang mengandungi 0.1 %C telah mengalami proses


penyusuk-karbon dan didapati pada kandungan karbon pada permukaan/kulit ialah 1% dan pada bahagian teras (dalam) ialah 0.3%.

8.3.1.1 Penghalusan Teras


Jika kandungan karbon pada terasnya kurang daripada 0.3%,
suhu sepuh lindap yang sesuai ialah 8700C.
Setelah
memanaskan komponen itu pada suhu tadi, ianya dilindapkejutkan
dengan air bagi memastikan struktur bijian yang halus diperolehi
dengan itu keliatan yang sesuai dihasilkan. Suhu 870oC adalah
sesuai untuk teras, tetapi tidak sesuai untuk kulit. (rujuk
Gambarajah 8.3 )
8.3.1.2 Pengerasan Permukaan/Kulit
Kandungan karbon pada kulit adalah 1.0% maka suhu yang
sesuai untuk proses pengerasan ialah 760oC. Komponen tadi
dipanaskan semula ke suhu 760oC dan kemudiannya
dilindapkejutkan. Suhu ini tidak sesuai bagi pertumbuhan hablur
pada teras, tetapi pemanasan di antara 650-750oC hendaklah
dipercepatkan dan rendaman pada suhu ini haruslah dielakkan.
8.3.1.3 Pembajaan Permukaan
Pembajaan permukaan dilakukan pada suhu 200oC untuk melegakan tegasan dalaman yang dihasilkan semasa melindapkejutkan
komponen itu.
8.3.2

Penitridaan (Nitriding)
Proses ini dilakukan untuk memberikan satu salutan yang keras dan boleh
merintang kehausan kepada komponen yang dibuat daripada keluli aloi.
Nitrogen diresapkan ke dalam permukaan logam untuk membentuk
nitrid. Kejadian ini dicapai dengan memanaskan komponen dalam
atmosfera gas ammonia pada suhu 500 - 600 oC melebihi 40 jam. Pada
suhu ini, ammonia akan berpecah dan atom nitrogen diresap dengan
cepat ke dalam keluli. Permukaan yang tidak dikeraskan ditutup dengan
saduran nikel. Proses ini tidak sesuai untuk keluli karbon biasa sebab
nitrid besi yang dihasilkan adalah kurang stabil dan sangat rapuh.
Keluli aloi yang biasa digunakan ialah keluli yang mengandungi kromium

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 17

dan aluminium. Nitrid yang dihasilkan adalah lebih stabil dan kuat
daripada nitrid besi. Keluli aloi yang digunakan juga mengandungi
sedikit molibdenum (Mo) bagi mempertingkatkan lagi keliatan pada teras
komponen. Keluli yang selalu digunakan mengandungi peratus elemen
aloi seperti 3% Cr, 0.5% Mo, dan 1.5% Cr, 1% Al, 0.25% Mo.
Contoh-contoh komponen yang dinitridkan ialah blok acuan, aci pam,
acuan percetakan, gandar dan gelendong brek (brake drum).
8.3.2.1 Antara kelebihan-kelebihanya ialah:
i.
ii.
iii.

iv.
v.

Retakan dan erotan dapat dihapuskan sebab tiada proses


kuenc terlibat.
Rintangan hakisan bertambah.
Kekerasan yang dihasil boleh dikekalkan sehingga suhu
500oC berbanding 220oC yang dikeraskan dengan cara
pengerasan selongsong.
Nilai kekerasan komponen dapat ditingkatkan sehingga
1100 HV.
Proses ini adalah sesuai untuk merawat bilangan
komponen yang banyak supaya kos pemprosesan boleh
diturunkan.

8.3.2.2 Kelemahan-kelemahannya ialah:


i)
ii)
iii)

Kos kapital bagi loji adalah tinggi.


Keluli aloi yang diperlukan dalam proses ini mempunyai
kos yang tinggi.
Proses ini mengambil masa yang lama dan memerlukan
kawalan yang rapi. Sebagai contoh, untuk ketebalan
0.2mm, rendaman pada suhu 500oC dijalankan selama 36
jam.

AKTIVITI 8B
8.5 Senaraikan TIGA (3) rawatan yang boleh dilakuka selepas penyusukkarbon

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 18

8.6 Apakah yang di maksudkan dengan Pengerasan Selongsong (case hardening).

8.7 Terangkan secara ringkas tujuan pengerasan selongsong dijalangkan ke atas keluli.

8.8 Senaraikan TIGA (3) kelebihan dan TIGA (3) kelemahan Proses Penitridaan (Nitriding)
yang dijalankan ke atas keluli.

Ini mesti banyak


buat rujukan baru
lekas dapat kawan..

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 19

MAKLUM BALAS 8B

8.5
i.
ii.
iii.

penghalusan (bijian) teras (core refining)


pengerasan permukaan/kulit (case hardening)
pembajaan permukaan (case tempering)

8.6
Pengerasan selongsong (case hardening) merupakan salah satu cara yang digunakan untuk
menghasilkan satu permukaan yang keras atas keluli yang mulur
8.7
Tujuan proses ini untuk menambahkan kandungan karbon ke dalam permukaan sesuatu keluli
lembut, dan seterusnya menghasilkan dengan berkesan satu rencaman (composite) yang
terdiri daripada keluli berkarbon rendah dengan kulit nipis yang berkarbon tinggi (dalamnya
0.5-0.7mm). Atom-atom karbon diresap ke dalam besi pada suhu melebihi 910 oC. Ketebalan
selongsong karbon yang dihasilkan adalah bergantung kepada masa dan suhu pengkarbonan.
Bahagian-bahagian yang tidak dikeraskan disalut dengan kuprum atau abestos
8.8
Antara kelebihan-kelebihanya ialah:
i.
ii.
iii.
iv.

Retakan dan erotan dapat dihapuskan sebab tiada proses kuenc terlibat.
Rintangan hakisan bertambah.
Kekerasan yang dihasil boleh dikekalkan sehingga suhu 500oC berbanding 220oC yang
dikeraskan dengan cara pengerasan selongsong.
Nilai kekerasan komponen dapat ditingkatkan sehingga 1100 HV.

Kelemahan-kelemahannya ialah:
i.
ii.
iii.

Kos kapital bagi loji adalah tinggi.


Keluli aloi yang diperlukan dalam proses ini mempunyai kos yang tinggi.
Proses ini mengambil masa yang lama dan memerlukan kawalan yang rapi.

PENILAIAN KENDIRI

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 20

ANDA PERLU BANYAK MEMAHAMI KONSEP BUKAN MENGHAFAL


SEBELUM MENJAWAB SOALAN KENDIRI INI JIKA PERLU BUAT
RUJUKAN DENGAN PENGSYARAH ANDA . SELAMAT MENCUBA.

1)

Apakah yang dimaksudkan dengan Proses Rawatan Haba Keluli .

2)

Berikan DUA (2) jenis rawatan untuk menghasilkan struktur berikut :a.
b.

Seimbang
Tak seimbang

3)

Apakah tujuan utama proses Pengerasan kulit dilakukan ke atas sesuatu logam.

4)

Jelasan secara ringkas DUA (2) proses Rawatan Haba yang di Sepuh Lindapkan.

i.
ii.

Penormalan.
Pembajaan.

5)

Berikan tujuan proses Sepuh Lindap Penuh dan terangkan bagaimana proses ini
dijalankan.

6)

Berikan tujuan utama pengerasan permukaan keluli dijalankan.

MAKLUM BALAS
http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 21

1. Rawatan haba ialah satu proses pemanasan logam ke suatu tahap suhu yang tertentu dan
diikuti dengan proses penyejukan dengan kadar tertentu
2. Rawatan haba bagi menghasilkan keadaan struktur yang seimbang seperti
i)
ii)

Sepuh Lindap (Annealing)


Sepuh Lazim (Normalising)

Rawatan untuk menghasilkan keadaan struktur yang tidak seimbang


i)
ii)

Kuenc (Quenching)/Pengerasan
Pembajaan (Tempering).

3. Pengerasan kulit dilakukan supaya kita dapat kekerasan hanya berlaku di bahagian kulit atau
permukaan luar logam sahaja ini boleh berlaku dengan pemanasan semula yang dilakukan
dalam tempoh terhad kemudian di kuenc.

4.
i) Sepuh Lazim/Pernormalan (Normalising)
Proses ini hampir sama dengan proses sepuh lindap kecuali proses penyejukannya
dilakukan di udara. Tujuan utama proses ini ialah untuk menghasilkan hablur yang
halus bagi memperbaiki sifat-sifat mekanikal seperti kemuluran dan keliatan. Sepuh
lazim sama seperti sepuh lindap penuh tetapi penyejukan dilakukan dalam udara
yang tetap, dan pemanasannya pula dilakukan pada 50oC di atas garis kritikal atas
untuk semua kandungan karbon. Struktur dan sifat yang dihasilkan berubah-ubah
menurut tebal logam yang dirawati. Suhu dan masa dikawal/dihadkan untuk
mengelakkan pertumbuhan hablur kerana hablur halus perlu diperolehi. Keluli yang
diperolehi adalah lebih kuat dari sepuh lindap penuh disebabkan strukturnya yang
lebih halus. Tegasan, kekuatan tegangan.

ii) Pembajaan (Tempering)

http://modul2poli.blogspot.com/

RAWATAN HABA

J3022/ 8/ 22

Proses ini bertujuan untuk melegakan keterikan dalaman yang terhasil dari
pengerasan kuenc, tujuan untuk memperbaiki keliatan dan kemulurannya serta
mengurangkan kekerasan dan kekuatannya. Pembajaan melibatkan pemanasan
semula keluli ke suhu di bawah garisan kritikal bawah dan menyebabkan
perubahan rupa bentuk martensit yang terhasil selepas kuenc menjadi struktur
yang lebih lembut tetapi liat. Lebih tinggi suhu pembajaan digunakan, lebih
hampir struktur pearlit yang stabil dan bahan itu menjadi lebih lembut dan liat.
Pembajaan mesti dilakukan selepas sahaja selesai kuenc supaya tidak terjadi
retak kuenc.

5.
Tujuan Proses Sepoh Lindap Penuh.
Tujuan proses ini ialah untuk menghapuskan keterikan yang dihasilkan dari proses
tempaan dan tuangan, memperbaiki kebolehmesinan (machinability), melembut dan
menghaluskan struktur hablurnya.
Kaedah dijalankan
Sepuh lindap penuh melibatkan pemanasan dan rendaman (biasanya 2 jam) bergantung
kepada tebal komponen dan diikuti dengan penyejukan yang amat perlahan. Proses
penyejukan dilakukan dalam relau. Untuk keluli yang mengandungi kurang daripada
0.83 %C, pemanasan dilakukan ke suhu 25-50 oC di atas garis kritikal atas bagi keluli
yang berkarbon tinggi ( > 0.83% C ), suhunya ialah 50 oC di atas garis kritikal bawah.

6.

Tujuan utama pengerasan permukaan


i)
ii)
iii)
iv)

untuk meningkatkan sifat-sifat mekanikal bahan


untuk menambah kualiti atau mutu sesuatu bahan
untuk mengubah struktur mikro yang kasar kepada lebih halus
supaya disesuaikan dengan kegunaan dan perhidmatan.

BERJAYA !!!SAYA PERLU MENDALAMI UNIT BERIKUTNYA


APAKAH TAJUK BERIKUTNYA ?

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/1

UJIAN BAHAN

OBJEKTIF AM

Unit

Memahami proses-proses yang terdapat di dalam Ujian Bahan


iaitu Ujian Musnah dan Ujian Tanpa Musnah.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
9
9
9
9
9

Menjelaskan maksud Ujian Bahan.


Menerangkan tujuan-tujuan Ujian Bahan.
Menjelaskan maksud sifat-sifat mekanik bahan.
Menjelaskan proses-proses Ujian Musnah.
Menjelaskan proses-proses Ujian Tanpa
Musnah.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/2

INPUT
PENGENALAN

Ujian-ujian ke atas sesuatu bahan adalah perlu bagi tujuan-tujuan seperti berikut :Untuk menentukan mutu sesuatu bahan.Ini boleh menjadi satu aspek proses
kawalan dalam loji pengeluaran.
Untuk menentukan
sifat-sifat mekanikal
seperti kekuatan, kekerasan dan
kemuluran.
Untuk mengesan kecacatan dalam bahan komponen yang dihasilkan.
Untuk menilai prestasi bahan dalam keadaan perkhidmatan yang tertentu.
Ini nyata sekali,tidak ada satu kaedah ujian boleh digunakan untuk memenuhi kesemua
kehendak / tujuan di atas,maka berbagai kaedah ujian direka yang dikumpulkan :
Ujian Musnah (destructive testing).
Ujian Tanpa Musnah (non-destructive testing).

9.1

Sifat-Sifat Mekanikal Bahan

Bahan yang digunakan dalam kerja kejuruteraan dipilih atas sifat-sifat yang
diperolehinya. Sifat-sifat ini merupakan ciri-ciri hablur bahan itu dan boleh
diperkuatkan lagi dengan proses rawatan haba, mengaloikannya dan kerja-kerja
mekanikal yang lain. Kualiti sifat-sifat ini dinilaikan dalam sebutan darjah yang
ditentukan oleh Ujian Musnah Piawaian.
1. Kemuluran (ductility) - kebolehan sesuatu bahan ditarik oleh daya tegangan tanpa
putus. Sifat ini adalah penting dalam
proses tarikan (drawing) dan tekanan
(pressing).
2. Kebolehtempaan (malleability) - kemampuan sesuatu bahan menerima canggaan
atau ubah-bentuk plastik oleh daya mampatan tanpa pecah. Sifat ini membolehkan
bahan itu ditempa dan digelek.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/3

3. Keliatan (toughness) - kebolehan sesuatu bahan menyerap tenaga dan mengalami


ubah-bentuk plastik sebelum ianya patah semasa menerima hentaman dan kejutan.
4. Kerapuhan (brittleness) - ketidak mampuan sesuatu bahan mengalami ubah-bentuk
plastik dan pecah jika dihentamkan secara mengejut.
5. Kekerasan (hardness) - kebolehan sesuatu bahan menentang cakaran, kehausan dan
tembusan.

9.2

Ujian Musnah

9.2.1

Ujian Kekerasan
Ujian musnah merupakan satu pemeriksaan ujian bahan yang dijalankan ke atas
bahan dan ia mungkin mengakibatkan kerosakan pada bahan itu. Ujian ini amat
penting bagi menentukan sifat- sifat mekanikal sesuatu bahan seperti kekuatan,
kekerasan dan kemuluran. Ia menentukan mutu atau kualiti sesuatu bahan .
Ujian Musnah juga menilai prestasi bahan dalam keadaan perkhidmatan yang
tertentu.
Kaedah ujian yang dijalankan ialah seperti berikut :Ujian Brinell.
Ujian Vickers.
Ujian Rockwell.
Ujian Shore Soleroscope.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/4

9.2.1.1 Ujian Brinell


Dalam ujian ini, satu bebola keluli keras ditekan oleh satu
daya/beban yang tertentu dan melekukkan (indent) permukaan
bahan yang diuji. Adalah perlu memilih kombinasi yang betul
di antara saiz bebola dengan beban supaya bebola yang digunakan
tidak terherot
dan pengukuran dapat dijalankan merujuk
Gambarajah 9.1. Sebagai contoh, bebola keluli boleh terbenam
sepenuh dalam logam yang lembut seperti plumbum. Dari segi
praktik beban P (kg) dan diameter pelekuk
D (mm)
dihubungkan dengan persamaan di bawah.
K=

P
D2

Di mana K ialah konstant dengan nilai-nilai yang tertentu bagi


bahan yang berlainan.
Bahan

Nilai K

Logam ferus
Tembaga dan aloi tembaga
Aluminium dan aloi aluminium
Pb, Sn dan logam galas putih

30
10
5
1

Nombor kekerasan Brinell boleh diukur dengan formula :

HB =

2 P ( kg )

D ( D D 2 d 2 )( mm 2 )

Gambarajah 9.1 menunjukkan dimensa-dimensa tertentu,


D=
d =
P =

Diameter bebola (mm)


Diameter lekuk (mm)
beban dalam unit kilogram daya (kg) dan 1 kg = 9.81 N.
Beban

Bebola

D
Spesimen

Contoh 1

Gambarajah 9.1: Kedudukan bebola dan beban

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/5

Contoh 1

Ujian Brinell menggunakan diameter bebola bersaiz 10 mm dan


bahan digunakan ialah keluli di mana nilai K sebanyak 30.
Selepas ujian Brinell dilakukan didapati nilai diameter lekuk yang
terhasil ialah 2.5 mm. Hitungkan beban yang digunakan dan nilai
kekerasan Brinell.
Penyelesaian
P = KD2
P = 30 x 102 = 3000 kg.

HB =

HB =

HB =

HB =

2 P ( kg )

D ( D D 2 d 2 )( mm 2 )
2 ( 3000 )

.10 (10 10 2 2 .5 2 )
6000

.10 (10 100 6 .25 )


6000
63 .32

HB = 94 .76 kg / mm 2

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/6

Prinsip mengukur kekerasan Brinell bagi mendapatkan keputusan


yang konsisten, langkah-langkah berikut hendaklah diambilkira.
a)
b)
c)

Tebal spesimen hendaklah sekurang-kurangnya tujuh kali


ganda daripada dalam lekuk bebola yang dihasilkan.
Jarak di antara pinggir spesimen yang terdekat dengan
pinggir lekuk hendaklah tiga kali ganda garispusat bebola.
Ujian yang dijalankan tidak melebihi 500 HB sebab
bebola pelekuk boleh terherot.

Selain daripada nilai kekerasan, data lain yang boleh diperolehi


daripada ujian ini ialah :
a)

Kebolehmesinan - Untuk alat pemotong jenis kelajuan


tinggi, bagi mengelakkan daripada cepat tumpul dan
rosak kekerasan bendakerja mestilah kurang daripada 350
HB. Bendakerja yang mempunyai nilai kekerasan kurang
daripada 100 HB
biasanya menghasilkan permukaan
yang kurang baik atau 'terkoyak'.

b)

Kekuatan tegangan - Terdapat hubungan yang rapat di


antara nilai kekerasan dengan kekuatan tegangan
muktamad (UTS) sesuatu komponen. Nilai yang hampir
adalah seperti berikut :

c)

Kebolehkerja-keras - Bahan-bahan yang belum dikerjakeras akan terkumpul disekeliling bebola pelekuk
manakala bahan yang telah dikerja-keras akan terbenam
disekeliling pelekuk seperti Gambarajah 9.2.

(a) Terkumpul

(b) Terbenam

Gambarajah 9.2: Perbezaan antara bahan yang belum dikerja


keras dan yang telah dikerja keras.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/7

9.2.1.2 Ujian Vickers

Ujian ini hendaklah diutamakan daripada ujian Brinell jika


bahan yang diuji adalah alat pemotong dan komponenkomponen yang telah dirawat haba. Ujian dijalankan dengan
melekukkan permukaan bahan dengan mata piramid berlian
yang berdasar empatsegi sama.
(Kekerasan berlian ialah lebih kurang 6000 HB). Sudut antara
permukaan mata yang bertentangan ialah 136o. Beban tindakan
adalah berbeza antara 5 - 120 kg sebab hanya pelekuk tunggal
yang digunakan dan dikenakan selama 15 saat bergantung kepada
kekerasan bahan yang diujikan. Beban yang piawai ialah 5, 10,
20, 30, 50, 100 kg. Adalah perlu memilih beban yang sesuai
bagi menentukan nombor kekerasan Vickers.
Lekuk yang dihasilkan oleh mata piramid berlian adalah terlalu
kecil maka permukaan yang licin diperlukan sebelum ujian
dijalankan. Ini bermakna ujian Vickers adalah lebih sesuai bagi
komponen yang telah siap.
Nilai kekerasan Vickers (HV ) diukurkan seperti berikut:

HV =

Beban
(kg / mm 2 )
luas permukaan lekuk

2F sin 680
HV =
=
1
d2
d 2 / 2 sin (1360 )
2
F

HV =

1.854F
d2

di mana F = beban dalam kg


d = jarak purata antara pepenjuru tajam dalam mm .

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/8

Jika nombor kekerasan Vickers yang diperolehi ialah 200, beban


yang digunakan ialah 50 kg, angka kekerasan sepatutnya
ditulis seperti berikut : 200 HV/50. Ujian Vickers merupakan
ujian yang boleh memberikan sekil kekerasan yang sesuai untuk
bahan
yang
lembut sehingga bahan yang lebih keras.
Gambarajah 9.3 menunjukkan kesan lekuk yang dikenakan oleh
beban selepas ujian Vickers dilakukan.

Gambarajah 9.3: Kesan lekuk yang dikenakan oleh beban selepas


Vickers dilakukan

ujian

Contoh 1

Satu ujian Vicker dilakukan ke atas satu logam keluli dengan


beban yang dikenakan sebanyak 30 kg. Selepas ujian itu
dilakukan didapati jarak purata antara pepenjuru tajam dalam
yang diperolehi ialah 0.243 mm. Hitungkan nilai kekerasan
Vicker tersebut.
Penyelesaian
HV =

1.854F
d2

HV =

1.854(30)
0.2432

HV = 943.3 kg/mm2

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/9

9.2.1.3 Ujian Rockwell

Ujian ini tidak begitu boleh harap (reliable) jika dibandingkan


dengan ujian Brinell dan Vickers. Tetapi dalam industri ujian ini
sangat meluas digunakan sebab ianya mudah dan cepat
dikendalikan. Ujian ini memberikan bacaan kekerasan terus
atas sekil yang disediakan. Prinsip ujian ini ialah membandingkan
kedalaman di antara lekuk akibat daripada beban pertama (minor
load) dan beban utama atau kedua (major load).
Nombor kekerasan Rockwell ( HR ) ialah:
HR = ( E - e ) di mana,
E = konstant, bergantung dengan pelekuk yang digunakan,
e = pertambahan kedalaman lekuk akibat daripada beban
tambahan (utama) yang dikenakan.
Terdapat sembilan sekil bagi ujian Rockwell, A - K, tetapi sekil
yang biasa digunakan ialah B dan C.Bagi bahan yang keras, ujian
Rockwell tidak boleh memberikan perbezaan nilai kekerasan yang
sedikit jika dibandingkan dengan ujian Vickers, tetapi ujiannya
dapat dijalankan dengan cepat untuk komponen siap. Sekil C
(ditulis sebagai HRC) biasanya digunakan untuk keluli yang
dikeraskan, dan sekil B (HRB) adalah untuk keluli yang tidak
dikeraskan atau aloi bukan ferus yang keras.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/10

Gambarajah 9.4 menunjukkan bagaimana prinsip pengukuran


ujian Rockwell dilakukan iaitu ;
(a)
(b)
(c)

Beban pertama dikenakan.


Beban utama dikenakan.
Beban utama dilepaskan.

(a)

(b)

(c)

Gambarajah 9.4: Prinsip pengukuran ujian Rockwell dilakukan

9.2.1.4 Ujian Shore Soleroscope

Dalam ujian-ujian yang telah diterangkan spesimen yang


diujikan adalah kecil dan boleh diletakkan pada alat ujian. Shore
soleroscope adalah alat ujian yang mudah-alih dengan itu
ianya mudah untuk menguji bahan yang lebih besar.
Tukul bermata berlian yang tajam (diamomd-pointed hammer)
seberat 2.5 g menghentam bahan ujian apabila dijatuhkan
daripada ketinggian 250 mm. Indeks kekerasan adalah tinggi
lantunan (rebound) yang pertama mata itu. Biasanya sekil
kekerasan dibahagikan kepada 140 bahagian. Gambarajah 9.5
menunjukkan Alat Ujian Shore Soleroscope.

Gambarajah 9.5: Alat Ujian Shore Soleroscope

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

9.2.2

J3022/ 9/11

Ujian Hentaman (Impact test)

Ujian ini menentukan keliatan sesuatu bahan itu. Keliatan sesuatu bahan ialah
kebolehan bahan itu menyerap tenaga hentaman dan mengalami ubah bentuk
plastik sebelum patah. Sifat ini ialah gabungan antara kekuatan dan kemuluran.
Kaedah yang biasa digunakan ialah ujian Izod atau ujian Charpy.
Dalam dua kaedah ini, spesimen berukuran piawai yang berlekuk dihentamkan
oleh sebuah penukul yang berayun atau pendulum lalu memecahkan spesimen
itu. Tenaga hentaman yang diserap untuk memecahkan spesimen diukurkan
oleh alat ujian itu selepas ayunan semula pendulum itu. Jika spesimen itu
tidak pecah maka keseluruhan tenaga hentaman diserapkan dan jika spesimen
itu pecah, tenaga hentaman yang digunakan untuk memecahkan spesimen itu
boleh diukur dengan menandakan ketinggian ayunan semula pendulum itu.
Dengan itu keliatan bahan dapat ditentukan dengan mengukur ketinggian
ayunan semula pendulum itu selepas memecahkan spesimen. Semakin tinggi
ayunan semula, semakin rendah darjah keliatan bahan itu. Gambarajah 9.6
menunjukkan kaedah ujian hentaman dilakukan.

Gambarajah 9.6: Kaedah ujian hentaman

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/12

9.2.2.1 Ujian Izod

Dalam ujian ini spesimen itu digapitkan satu hujungnya


dengan ragum dan dihentamkan oleh penukul yang mempunyai
tenaga kinetik berjumlah 162.72 J pada kelajuan 3.8 m/s. Bentuk
dan ukuran pada lekuk seperti Gambarajah 9.7.

22.5o

5o

22.5o

penukul

10o

2
jejari lekuk 0.25

28

22

ukuran terperinci lekuk


70

10

10

ukuran keratan rentas


pada lekuk.

s
p
e
s
i
m
e
n

kedudukan penukul
Semua ukuran dalam mm.
Gambarajah 9.7: Kedudukan dan saiz spesimen bagi ujian Izod

9.2.2.2 Ujian Charpy

http://modul2poli.blogspot.com/

ragum

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/13

Kaedah ujiannya serupa dengan Ujian Izod, tetapi spesimen


tidak digapitkan pada hujungnya, hanya disokong sebagai
rasuk. Spesimen itu dihentamkan oleh penukul yang mempunyai
tenaga kinetik berjumlah 298.3 J dengan kelajuan 5 m/s. Rajah
berikut menunjukkan bagaimana ujian itu dijalan dan spesimen
itu disokongkan seperti gambarajah 9.8.
penyokong

10

spesimen
penukul
0.25 rad

10

20
30o

18

20
8

2.0 - 2.5 rad

Keratan rentas pada lekuk


spesimen

Semua ukuran dalam mm


Gambarajah 9.8: Kedudukan dan saiz spesimen bagi ujian Charpy

Dalam ujian Charpy, terdapat juga bentuk lekuk-lekuk yang


berlainan digunakan seperti yang ditunjukkan oleh gambarajah
9.9 di bawah.

3@5

2,3 @ 5
R1.0

R1.0
Lekuk - U

2
R1.0

Lekuk lubang kunci


Semua ukuran dalam mm

Gambarajah 9.9: Bentuk lekuk-lekuk pada spesimen

http://modul2poli.blogspot.com/

Lekuk - V

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/14

9.2.2.2.1

Tafsiran daripada ujian hentaman

Dalam kedua jenis ujian hentaman ini, lekuk merupakan


tumpuan tegasan atau retak permulaan. Keputusan daripada ujian
ini adalah dipengaruhi oleh bentuk dan ketajaman lekuk. Lebih
tajam lekuk yang digunakan, lebih sedikit tenaga diperlukan
untuk memecahkan spesimen. Bentuk lekuk yang berlainan
pada spesimen dari bahan yang sama tidak akan memberi nilai
tenaga hentaman yang sama, dengan itu untuk membandingkan
nilai keliatan dari bahan yang berlainan maka spesimen-spesimen
yang digunakan mestilah mempunyai bentuk dan ukuran yang
serupa.
Ujian hentaman selepas rawatan haba adalah penting bagi
memastikan rawatan haba yang dijalankan terhadap komponen
adalah mengikut kaedah yang betul. Tetapi ujian ini bukanlah
merupakan ujian yang muktamad, ujian lain seperti ujian
tegangan dan kekerasan juga perlu dijalankan.
Hasil daripada ujian hentaman menunjukkan jumlah tenaga
untuk memecah atau melenturkan spesimen. Pada ujian Charpy
rupabentuk retak atau patah yang dihasilkan pada spesimen boleh
memberikan beberapa keterangan berkenaan dengan sifat-sifat
berikut:
i. Logam rapuh - Bentuk patah yang bersih dan luas
keratannya berkurangan. Struktur berbijian ditunjukkan
pada permukaan patah.
ii. Logam mulur - Bentuk patahnya kasar dan bergentian
(fibrous) dan tidak begitu lengkap bagi logam yang
lebih mulur. Spesimen itu bengkok dan logamnya
seakan-akan terkoyak pada lekuk dengan luas keratan
yang berkurangan.
iii. Polimer rapuh - Permukaan patahnya adalah licin, berkilau
dan retaknya boleh berkecai.
iv. Polimer mulur - Tidak menunjukkan rupa bentuk patah
yang tertentu tetapi luas keratan rentasnya berkurangan
dan seakan-akan dikoyakkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/15

9.2.2.2.1

Kesan suhu dalam ujian hentaman.

Suhu spesimen semasa ujian dijalankan boleh mempengaruhi


nilai tenaga hentaman bagi mematahkan spesimen. Ini
menunjukkan suhu boleh mengubahkan sifat-sifat mekanik
sesuatu bahan. Sebagai contoh, keluli karbon rendah adalah liat
dan mulur pada suhu lebih kurang 150oC tetapi pada suhu bawah
0oC ianya boleh menjadi bahan yang rapuh dan tidak stabil bila
digunakan pada tempat yang sejuk.
Tenaga (J)

160
120
80
40
0
-200

-100

100

200

Suhu oC

Kesan suhu terhadap keliatan pada ujian Charpy

????? ok

Adakah saya faham

Untuk menguji kefahaman anda sila ikuti aktiviti berikut

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

9.1

J3022/ 9/16

Apakah yang dimaksudkan dengan sifat-sifat mekanik bahan di bawah ini.


i.
ii.
iii.
iv.

Kekerasan.
Kerapuhan.
Keliatan.
Kemuluran

9.2

Ujian Musnah bermaksud sebagai _______________________________.

9.3

Namakan EMPAT jenis Ujian Kekerasan.

9.4

Ujian kekerasan untuk menentukan sifat __________________.

9.5

Namakan DUA (2) jenis Ujian Hentaman.

9.6

Ujian Hentaman untuk menentukan sifat ___________________.

9.7

Nyatakan TIGA (3) bentuk lekuk yang digunakan dalam Ujian Hentaman.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/17

MAKLUMBALAS 9A

9.1

i.

Kekerasan - kebolehan sesuatu bahan menentang cakaran, kehausan dan


tembusan.

ii.

Kerapuhan - ketidak mampuan sesuatu bahan mengalami ubah-bentuk


plastik dan pecah jika dihentamkan secara mengejut.

iii.

Keliatan - kebolehan sesuatu bahan menyerap tenaga dan mengalami


ubah-bentuk plastik sebelum ianya patah semasa menerima hentaman dan
kejutan.

iv.

Kemuluran - kebolehan sesuatu bahan ditarik oleh daya tegangan tanpa


putus.

9.2

Ujian musnah bermaksud sebagai satu pemeriksaan ujian bahan yang dijalankan
ke atas bahan dan ia mungkin mengakibatkan kerosakan pada bahan itu. Ujian
ini amat

9.3

EMPAT jenis Ujian Kekerasan.


i.
ii.
iii.
iv.

Ujian Vickers.
Ujian Brinell.
Ujian Rockwell.
Ujian Shore Soleroscope.

9.4

Ujian kekerasan untuk menentukan sifat kekerasan.


9.5

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/18

DUA (2) jenis Ujian Hentaman.


i.
ii.

Ujian Izod.
Ujian Charpy.

9.6

Ujian Hentaman untuk menentukan sifat keliatan.

9.7

TIGA (3) bentuk lekuk yang digunakan dalam Ujian Hentaman.


i.
ii.
iii.

Bentuk-U
Bentuk-V
Bentuk Lubang Kunci.

BERJAYA !!!SAYA PERLU MENDALAMI UNIT BERIKUTNYA


APAKAH TAJUK BERIKUTNYA ?

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/19

INPUT
9.3

UJIAN TANPA MUSNAH

Ujian musnah hanya berkemampuan mendedahkan maklumat sifat- sifat mekanikal


sesuatu bahan sungguhpun ia dianggap penting dalam mengawal mutu komponen
tetapi ini tidak mencukupi untuk mengesan kecacatan yang tenggelam seperti lubang
hembus, keliangan dan penutup sejuk yang biasa terdapat dalam tuangan.
Penggunaan UTM bertujuan mengawal mutu keselamatan dan penilaian atas sesuatu
komponen bahan. UTM boleh dijalankan tanpa menyekat fungsi rekabentuk sesuatu
komponen dan mempunyai kebolehharapan yang maksimum. Di samping itu, kaedah
ujian tanpa memusnahkan komponen-komponen adalah lebih ekonomikal dalam
memeriksa komponen yang besar, mahal dan penting seperti kapal terbang, turbin
dan paip minyak yang perlu diperiksa secara individu dan terperinci.
UTM merupakan satu ujian yang mahal yang membaitkan satu siri aturcara
pemeriksaan yang rapi dan penggunaan alat-alat kelengkapan yang sofistikated dan
juga kepakaran tinggi, namum begitu ia biasanya dijadikan satu titik pemeriksaan di
peringkat pertengahan sesuatu proses pengeluaran untuk mengesan sebarang
kecacatan. Ia juga dijalankan sebagai satu langkah penyenggaraan dalam pemeriksaan
loji secara mendalam dalm perkhidmatan pada tempat itu dan boleh memberikan tandatanda amaran demi keselamatan loji.

9.3.1

Jenis Kecacatan

Bahan yang telah dikerja atau dirawathaba dengan berbagai proses pengeluaran
seperti penuangan dan pemesinan sudah pasti akan mengalami kecacatankecacatan akibat keterikan dalaman. Kecacatan seperti retak, penutup sejuk
dan keliangan terjadi di atas atau bawah permukaan bendakerja itu dan
berorientasikan dalam 2 atau 3 dimensi.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/20

Kecacatan boleh dikategori ke dalam 3 kategori :


1.

Kecacatan terwujud (inherent discontinuity)- kecacatan yang berhubung


dengan proses pemejalan logam seperti tuangan.

2.

Kecacatan proses - kecacatan berhubung dengan berbagai proses seperti


memesin, pembentukan (forming), tempaan, extrusi, menggelek,
kimpalan dan rawatan haba.

3.

Kecacatan perkhidmatan - kecacatan berhubung dengan berbagai


keadaan atau suasana perkhidmatan seperti kakisan, tegasan dan
kelesuan.

UTM boleh juga digunakan untuk membezakan bahan-bahan dari segi


kandungan, rawatan haba dan kerja-kerja mekanikal dan
juga dalam
menentukan ketebalan dan dimensi komponen atau mengawal kualiti hasil
kerja.

9.3.2

Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Kaedah UTM

Dalam memilih kaedah UTM yang sesuai bagi menyiasat sesuatu kecacatan
yang tertentu perlu diingatkan bahawa beberapa kaedah UTM dapat saling
membantu antara satu sama lain dan selalunya terdapat beberapa kaedah UTM
yang berlainan yang boleh melakukan kerja yang sama. Pemilihan ini
berdasarkan perkara-perkara berikut :
a.
b.
c.
d.
e.

Jenis dan asal kecacatan.


Proses pembuatan komponen itu.
Kebolehcapaian komponen itu.
Alat-alat yang didapati.
Tahap penerimaan yang dikehendakki.

Walau bagaimanapun, pemilihan pada peringkat awal/asas. Kebolehan


sesuatu kaedah UTM dalam mengesan, mengenalpasti dan menentukan saiz
atau bentuk kecacatan dipengaruhi oleh ciri-ciri berikut :
a.

9.4

Asal dan kedudukan kecacatan (pada permukaan, bawah permukaan


atau dalaman).
b.
Orientasi (selari atau serenjang pada bijian).
c.
Bentuk (rata, bentuk tidak sekata atau spiral).
d.
Geometri komponen bahan.
Kaedah Cecair Penusukan (Penetrant Method)

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/21

Penusuk cecair adalah kaedah ujian yang secara relatif lebih mudah dan murah untuk
mengesan kecacatan pada permukaan bahan. Terlebih dahulu, semburkan Penentrant
Remover pada permukaan bahan yang hendak diuji untuk mengelakkan kehadiran
bendasing seperti minyak, habuk, air dan pengoksidaan logam. Cecair Penusuk (Red
Dye Penentrant) yang terdiri daripada cecair yang rendah kelikatannya dapat meresap
masuk 5 mm dari permukaan retak bahan.
Cecair tersebut boleh dikenakan dengan cara menyembur, menggosok atau mencelup
bahagian bahan yang hendak diuji. Cecair penusuk yang berlebihan pada permukaan
bahan dikeluarkan selepas berlakunya penusukan yang lengkap selepas suatu selang
masa tertentu. Kemudian permukaan bahan itu dicuci secara menyalutkannya dengan
suatu lapisan serbuk penyerap yang halus. Bahan penyerap yang terdapat di atas
kecacatan akan menyedut keluar cecair penusuk dari dalam kecacatan itu. Tanda-tanda
merah pada permukaan penyerap menunjukkan kewujudan kecacatan. Semburkan
Developer pada permukaan bahan bagi menjelaskan lagi kesan kecacatan itu. Kaedah ini
boleh digunakan untuk sebarang bahan yang tak telap dan tak menyerap. Gambarajah
9.10 menunjukkan kaedah cecair penusukan dilakukan.

Cecair
penusuk

Retakan

2. Permukaan bahan dicuci.

1. Permukaan bahan yang


hendak diuji dilitupi
dengan cecair
Bahan
peresap

3. Bahan Peresap
dikenakan ke atas
bahan.

4. Bentuk retakan terpamer


pada Bahan Peresap.

Gambarajah 9.10: Kaedah ujian cecair penusukan

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

9.5

J3022/ 9/22

Kaedah Serbuk Magnet

Kaedah ini sungguh pun murah dan boleharap, tetapi penggunaannya terhad kepada
pengesahan retakan permukaan di atas bahan-bahan ferus seperti besi tuangan dan
keluli. Teknik ini berdasarkan prinsip bahawa keretanan magnet (susceptibility)
dalam kawasan sekitar sesuatu retakan tidaklah begitu berkesan seperti di sekeliling
logam. Ciri ini akan mengherotkan agihan fluks magnet yang teraruh seperti yang
ditunjukkan gambarajah 9.11. Herotan fluks ini biasanya dikesan dengan serbuk magnet
(oksida besi) terampai dalam minyak atau paraffin. Ampaian serbuk merebak secara
sekata ke seluruh permukaan komponen dan serbuk magnetik akan menggugus
(bunches) di sekitaran retakan itu.
Keberkesanan pengesanan sesuatu retakan bergantung pada orientasi retakan dengan
garis-garis daya magnet dan yang paling baik sekali bersudut tepat di antara satu sama
lain. Penyambungan garis daya magnet terganggu bila bertemu jurang udara (retakan)
di mana ia akan menyesar dari laluan yang sepatutnya. Keadaan ini adalah seperti satu
kutub tempatan yang dapat mengherotkan fluks magnet melaluinya. Jika orientasi
jurang udara selari dengan garis-garis daya magnet, maka kesesaran garis daya dan
herotan fluks magnet adalah minima dan ternyata. Medan magnet yang teraruh dalam
komponen ujian adalah ditentukan oleh cara bagaimana ia diwujudkan. Terdapat dua
jenis medan magnet yang dapat diwujudkan oleh berbagai cara pemagnetan iaitu medan
magnet membujur dan medan magnet membulat.

Gambarajah 9.11 menujukkan kesan mengherotkan agihan fluks magnet yang teraruh.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

9.5.1

J3022/ 9/23

Medan magnet membujur (longitudinal).

Medan
magnet
membujur boleh diaruh dalam
komponen
dengan
menggunakan magnet kekal, elektromagnet, penyentuhan aliran arus di mana
kedua-dua hujung komponen disambung atau dijadikan dua kutub magnet
yang bertentangan. Garis-garis daya penyambungan kedua-dua kutub ini dan
selari dengan paksi membujur komponen.
Gegelung elektrik digelung pada ukurlilit komponen dan arus yang mengalir
dalamnya akan mewujudkan satu fluks membujur seperti gambarajah 9.12.

Gambarajah 9.12: Arus yang mengalir dalamnya akan mewujudkan satu fluks
membujur

Magnet kekal digunakan dalam memagnetkan komponen-komponen kecil yang


mempunyai ciri pemagnetan yang baik dan berbentuk mudah. Medan magnet
membujur boleh diaruh dalam komponen dengan menggunakan magnet kekal
di mana kedua-dua hujung komponen disambung atau dijadikan dua kutub
magnet yang bertentangan. Satu fluks magnet membujur seperti gambarajah
9.13 terhasil.

Gambarajah 9.13: Satu fluks magnet membujur

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

9.5.2

J3022/ 9/24

Medan magnet membulat (circular).

Medan magnet membulat adalah fluks magnet yang mengelilingi ukurlilit


sesuatu komponen. Ia dihasilkan dengan elektromagnet dan penyentuhan arus
mengalir secara langsung yang menyambung terus pada kedua-dua hujung
komponen. Cara ini adalah lebih sesuai dan berkesan untuk komponen yang
besar dan berbentuk lebih rumit. Gambarajah 9.14 menunjukkan arus elektrik
melalui suatu konduktor yang ditempatkan secara sepaksi di dalam suatu bahan
ujian yang berongga.

Gambarajah 9.14: Fluks magnet yang mengelilingi ukurlilit sesuatu komponen

Gambarajah 9.15 menunjukkan arus elektrik dialirkan yang mengaruhkan fluks


magnet dalam bahan yang hendak diuji itu melalui bahan itu sendiri. Bahan
ditempatkan di antara dua sentuhan yang berupa pengapit kuprum. Medan
magnet yang teraruh pada permukaan bahan itu berbentuk bulatan yang
merentasi panjang bahan. Dengan itu retakan dapat dikesan pada permukaan
bahan tersebut.

Gambarajah 9.15: Arus elektrik dialirkan yang mengaruhkan fluks magnet dalam bahan yang hendak diuji

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

9.6

J3022/ 9/25

Kaedah Ultrasonik

Kaedah ini sangat sesuai untuk mengesan kecacatan-kecacatan terutama sekali


di bawah permukaan . Had maksima frekuensi bunyi dapat didengar oleh
manusia ialah 15 kHz dan frekuensi melebihi nilai ini dikatakan sebagai bunyi
ultrasonik. Julat frekuensi digunakan dalam ujian ultrasonik adalah di antara
0.5 MHz - 15 MHz.
Pada asasnya alat ultrasonik menggunakan teknik gema-denyut. Denyutandenyutan yang berfrekuensi tinggi dijanakan secara elektronik dikaitkan dan
disuapkan ke dalam satu transduser yang sesuai untuk menukarbentuk denyutan
ke gelombang bunyi ultrasonik. Apabila gelombang ini merembat dari satu
media, pantulan berlaku di antara muka, (pantulan boleh jadi 100% antara
muka bahan logan dengan udara). Sebarang kecacatan seperti retakan
dalaman, keliangan atau rangkuman bukan logam akan bertindak sebagai satu
muka pantulan gelombang ultrasonik seperti gambarajah 9.16.

Gambarajah 9.16: Pantulan gelombang ultrasonik

Gelombang ultrasonik dihasilkan oleh kesan piezoelektrik. Denyutan elektrik


dari arus ulangalik (AC) akan merangsang bahan-bahan piezoelektrik seperti
kuartza, Barium Titanate dan Lead Niobate menghasilkan getaran frekuensi
yang tinggi. Bahan ini direndam supaya hanya denyutan singkat diwujudkan
untuk menghantar gelombang dan kemudiannya berdiam untuk menerima gema
ultrasonik dan menukarkannya jadi isyarat elektrik. Maka bahan piezoelektrik
digunakan untuk kedua-dua fungsi alat-alat penghantar dan penerima
(transduser) gelombang ultrasonik.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/26

Oleh sebab bunyi ultrasonik menghilang dalam udara, jurang antara muka
transduser dengan permukaan komponen ujian mesti diisi dengan media
penghantaran berketumpatan tinggi yang dinamakan "couplant" (minyak atau
air), supaya perembatan gelombang tidak terputus. Isyarat-isyarat gema
ultrasonik yang dipantulkan akan dipamerkan bersama masa penghantaran
denyutan di atas osiloskop yang memberikan maklumat berkenaan saiz, bentuk
dan kedalaman kecacatan. Gambarajah 9.17 menunjukkan perbezaan pantulan
dalam mengesan kecacatan.

Prob
Penghantar

Prob penerima
Retak

Tiada kecacatan dikesan di C.R.O

Kecacatan dikesan di C.R.O

Gambarajah 9.17: Perbezaan pantulan dalam mengesan kecacatan

Kaedah ultrasonik ini mempunyai banyak kelebihan, diantaranya :i.


ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Ia boleh digunakan ke atas bahan logam dan bukan logam.


Berkebolehan mengesan ketebalan hingga 1.5 m.
Berkesan dan boleh harap.
Pemeriksaan boleh dilakukan atas tapak.
Bersih dan tidak mencemarkan komponen-komponen.
Senang dibawa kemana-mana.

Kekurangannya adalah :i.


ii.
iii.
iv.
v.

Alat-alat mahal.
Memerlukan kepakaran.
Memerlukan couplant.
Memerlukan rujukan untuk tentukuran.
Permukaan kasar dan sangat nipis susah diperiksa.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

9.7

J3022/ 9/27

Kaedah Sinar-X

Ini adalah satu proses fotografik di mana bahan uji atau komponen didedahkan
kepada sinaran-X atau Gamma.
Kedua-dua
ini merupakan
jenis
sinaran
elektromagnetik frekuensi tinggi yang membolehkan penusukan yang lebih dalam
terhadap pepejal logam. Apabila filem fotografi didedahkan di bawah sinaran-X atau
Gamma,dan selepas dicuci, filem itu menjadi hitam atau gelap akibat tindakbalas
kimia. Jika sesuatu benda pepejal terletak di antara punca sinaran dengan filem,
bayangnya akan terbit di atas filem tadi. Kawasan yang dibayangkan pepejal
kelihatan tidak segelap seperti kawasan dedahan penuh oleh sebab perbezaan keamatan
sinaran di antara kedua-dua kawasan itu.
Semakin tebal atau tumpat (padat) sesuatu bahan itu, semakin tinggi paras penyerapan
sinarannya. Jika terdapat keronggan di dalamnya, paras penyerapan akan menjadi
rendah pada tempat itu dan ianya akan kelihatan sebagai titik/kawasan/tampalan
hitam/gelap di atas filem seperti ditunjukkan dalam Gambarajah 9.18.
Kecacatan yang paling kecil sekali yang dapat dikesan dengan mudah oleh fotografi
sinaran-X adalah lebih kurang 2% daripada tebal keratan komponen. Lebih kecil
daripada nilai ini, filem fotografi tidak berkemampuan menunjukkan perbezaan paras
sinaran. Kaedah ini menjadi tidak begitu berkesan bagi komponen yang tebal.
Dalam aspek ini, kaedah ultrasonik lebih diutamakan di samping dapat menjimatkan
kos peralatan dan bahaya kesihatan tubuh badan. Akan tetapi, radiografik mempunyai
kelebihan iaitu memberi satu rekod yang kekal bagi kecacatan dengan menunjukkan
bentuk dan kedudukan yang tepat.
Sinaran-X dijanakan secara elektrik dalam tiub luahan voltan tinggi. Cara janaan
ini memberikan satu punca sinaran yang tetap dengan masa dedahan yang senang
dikawal. Keamatan sinaran diresap oleh ketumpatan dan ketebalan bahan uji dengan
itu julat ketebalan komponen yang boleh diperiksa dengan berkesan adalah berdasarkan
ketebalan setengah nilai. Ketebalan setengah nilai ialah ketebalan sesuatu bahan di
bawah pemeriksaan yang dapat mengurangkan keamatan sinaran ke setengah nilai tuju.
Rajah di bawah membandingkan ketebalan setengah keluli lembut diperiksa dengan
sinaran-X dan Gamma.
Julat ketebalan yang boleh diperiksa dengan berkesan oleh sebarang punca sinaran
terletak di antara 1 K.S.N dengan 8 K.S.N bagi bahan yang lebih tebal. Sinarannya
berpunca dari bahan-bahan radioaktif seperti Cobalt 60 dan Iridium 192. Pancaran
berterusan sinaran ini didedahkan melalui satu pembukaan dalam bekas plumbum yang
dapat menyekat sinaran yang merbahaya pada tubuh operator. Punca radioktif tidak
memberi pancaran yang tetap seperti sinaran-X. Tetapi ianya susut beransur-ansur
secara eksponen. Hayat berguna bahan-bahan ini berbeza-beza. Iridium 192 berguna
selama 40 hari manakala cobalt 60 ialah 5 tahun.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/28

Kawalan keselamatan yang ketat dan kod praktik mestilah diikuti dengan rapi bila
menggunakan sinaran-X dan Gamma. Perlindungan dalam bentuk penapis, lapisan dan
pakaian dalam zon dedahan sinaran mestilah dilengkapkan sepenuhnya. Kesihatan
operator harus diutamakan , maka pengaliran udara yang baik dalam bilik ujian dan
tempat menyimpan bahan radioaktif mestilah kuat dan boleh menyekat sinaran
daripada menembusinya.

Gambarajah 9.18: Kaedah Ujian Sinar-X

????? ok

Adakah saya faham

Untuk menguji kefahaman anda sila ikuti aktiviti berikut

http://modul2poli.blogspot.com/

AKTIVITI 9B

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/29

9.8
Ujian
Tanpa
Musnah
_________________________________________________.
9.9

Namakan EMPAT (4) jenis Ujian Tanpa Musnah.

9.10

Nyatakan TIGA (3) bentuk kecacatan yang biasa berlaku pada sesuatu bahan.

9.11

Nyatakan EMPAT faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah UTM

9.12

Namakan DUA (2) bentuk Ujian Serbuk Magnet.

9.13

Nyatakan TIGA (3) kelebihan dan TIGA (3) kekurangan Ujian Ultrasonik.

http://modul2poli.blogspot.com/

ialah

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/30

MAKLUMBALAS 9B

9.8

Ujian Tanpa Musnah ialah ujian ke atas sesuatu barangan di mana barangan tersebut tidak
mengalami kerosakan selepas ujian tersebut dilakukan.

9.9

EMPAT (4) jenis Ujian Tanpa Musnah.


i.
ii.
iii.
iv.

Ujian Serbuk Magnet.


Ujian Ultrasonik.
Ujian Cecair Penusuk.
Ujian Sinar-X.

9.10

TIGA (3) bentuk kecacatan yang biasa berlaku pada sesuatu bahan.
i.
ii.
iii.

Kecacatan Terwujud.
Kecacatan Proses.
Kecacatan Perkhidmatan.

9.11

EMPAT faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah UTM


i.
ii.
iii.
iv.

Jenis dan asal kecacatan.


Proses pembuatan komponen itu.
Kebolehcapaian komponen itu.
Tahap penerimaan yang dikehendakki.

9.12

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/31

DUA (2) bentuk Ujian Serbuk Magnet.


i.
ii.

Ujian Serbuk Magnet Membujur.


Ujian Serbuk Magnet Membulat.

9.13

TIGA (3) kelebihan dan TIGA (3) kekurangan Ujian Ultrasonik.


Kelebihan adalah ;
i.
ii.
iii.

Ia boleh digunakan ke atas bahan logam dan bukan logam.


Berkebolehan mengesan ketebalan hingga 1.5 m.
Senang dibawa kemana-mana.

Kekurangannya adalah ;
i.
ii.
iii.

Alat-alat mahal.
Memerlukan kepakaran.
Permukaan kasar dan sangat nipis susah diperiksa.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/32

PENILAIAN KENDIRI
1.

Nyatakan EMPAT (4) tujuan mengapa Ujian Bahan digunakan dalam industri pada masa kini.

2.

Nyatakan jenis pelekuk yang digunakan bagi setiap ujian kekerasan seperti berikut.
i.
ii.
iii.
iv.

Ujian Vickers.
Ujian Brinell.
Ujian Rockwell.
Ujian Shore Soleroscope.

3.

Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, terangkan bagaimana DUA (2) ujian hentaman
dilakukan ke atas sesuatu bahan.

4.

Terangkan dengan lakaran yang sesuai proses Ujian Ultrasonik dilakukan bagi mengesan
kecacatan sesuatu barangan yang hendak dipasarkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/33

MAKLUM BALAS

1.

EMPAT (4) tujuan mengapa Ujian Bahan digunakan dalam industri pada masa kini.
i. Untuk menentukan mutu sesuatu bahan.Ini boleh menjadi satu aspek proses kawalan
dalam loji pengeluaran.
ii. Untuk menentukan sifat-sifat mekanikal seperti kekuatan, kekerasan dan kemuluran.
iii. Untuk mengesan kecacatan dalam bahan komponen yang dihasilkan.
iv. Untuk menilai prestasi bahan dalam keadaan perkhidmatan yang tertentu.

2.

Jenis pelekuk yang digunakan bagi setiap ujian kekerasan.


i.
ii.
iii.
iv.

Ujian Vickers mata pelekuk berlian.


Ujian Brinell mata pelekuk bebola keluli.
Ujian Rockwell - mata pelekuk berlian dan mata pelekuk bebola keluli
Ujian Shore Soleroscope - mata pelekuk berlian.

http://modul2poli.blogspot.com/

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/34

3.

Ujian Izod
Dalam ujian ini spesimen itu digapitkan satu hujungnya dengan ragum dan dihentamkan
oleh penukul yang mempunyai tenaga kinetik berjumlah 162.72 J pada kelajuan 3.8 m/s.
Bentuk dan ukuran pada lekuk.
penukul
o
5
o
22.5o

22.5

10o

2
jejari lekuk 0.25

28

22

ukuran terperinci lekuk


70

10

10

ukuran keratan rentas


pada lekuk.

s
p
e
s
i
m
e
n

kedudukan penukul
Semua ukuran dalam mm.

4.

http://modul2poli.blogspot.com/

ragum

UJIAN BAHAN

J3022/ 9/35

Ujian Ultrasonik
Kaedah ini sangat sesuai untuk mengesan kecacatan-kecacatan terutama sekali di bawah
permukaan . Julat frekuensi digunakan dalam ujian ultrasonik adalah di antara 0.5 MHz - 15
MHz. Pada asasnya alat ultrasonik menggunakan teknik gema-denyut. Denyutan-denyutan
yang berfrekuensi tinggi dijanakan secara elektronik dikaitkan dan disuapkan ke dalam satu
transduser yang sesuai untuk menukarbentuk denyutan ke gelombang bunyi ultrasonik.
Apabila gelombang ini merembat dari satu media, pantulan berlaku di antara muka,
(pantulan boleh jadi 100% antara muka bahan logan dengan udara). Sebarang kecacatan
seperti retakan dalaman, keliangan atau rangkuman bukan logam akan bertindak sebagai
satu muka pantulan gelombang ultrasonik.

Tiada kecacatan dikesan di C.R.O

Kecacatan dikesan di C.R.O

BERJAYA !!!SAYA PERLU MENDALAMI UNIT BERIKUTNYA


APAKAH TAJUK BERIKUTNYA ?

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 1

KAKISAN

KAKISAN

OBJEKTIF AM

Unit

Memahami jenis-jenis kakisan dan kaedah pencegahannya.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
9
9
9
9

Menjelaskan maksud kakisan.


Menerangkan jenis kakisan pengoksidaan terus.
Menerangkan jenis kakisan elektrokimia.
Menerangkan kaedah pencegahan kakisan.

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 2

KAKISAN

INPUT
Pengenalan
Dalam unit 3 sebelum ini, kita telah membincangkan tentang logam ferus yang antaranya
mempunyai sifat rintangan kepada kakisan yang kurang baik. Apakah yang anda faham tentang
rintangan kepada kakisan? Apakah kesannya kepada logam terutamanya logam ferus?
Untuk itu, unit ini akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang kakisan dan cara-cara untuk
mengatasinya.
Apa itu
kakisan?

Kakisan adalah satu proses penurunan logam daripada keadaan yang boleh digunakan kepada
keadaan yang tidak boleh digunakan. Ini terjadi apabila logam itu mengalami kerosakkan,
perubahan rupa dan bahannya berkurangan setelah berlakunya tindakbalas kimia. Dalam
istilah harian, logam yang mengalami kakisan dikatakan telah berkarat seperti Gambarajah 10.1
yang ditunjukkan di bawah. Kakisan boleh dikelaskan kepada dua bentuk yang utama iaitu :
a. Kakisan Pengoksidaan Terus
b. Kakisan Galvanik/Eletrokimia.

Gambarajah 10.1 : Gambar foto logam yang mengalami kakisan

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 3

KAKISAN

10.1

Kakisan Pengoksidaan Terus

Kakisan jenis ini dikenali juga sebagai kakisan kering. Kebanyakan logam
mengalami kakisan kering disebabkan tindakbalas kimia dengan gas oksigen di
dalam atmosfera. Apabila logam-logam itu bertindakbalas dengan oksigen, satu
lapisan oksida terbentuk di atas permukaannya. Jikalau lapisan ini tidak
dibuang, lama kelamaan ianya akan mengkakis kesemua logam tersebut.
Sesetengah logam seperti zink akan membentuk lapisan oksida apabila terkakis,
tetapi lapisan zink oksida adalah tinggi ketumpatannya dan secara tidak
langsung ia mencegah kakisan zink yang lain yang berada di bawah lapisan zink
oksida tersebut.
Logam seperti besi tidak boleh terkakis dengan tindakan udara sahaja, tetapi
melalui kombinasi udara dan lembapan. Lapisan bahan kakisan yang di atas besi
adalah poros dan berkecai-kecai dan satu lapisan karat lain akan terbentuk di
bawah lapisan karat yang pertama menyebabkan lapisan pertama mengelupas.
Proses kakisan besi akan berterusan selagi permukaan besi tersebut tidak
dilindungi. Pada besi juga jika ianya dipanaskan bersama dengan gas oksigen di
dalam relau, maka akan terjadi satu tindakbalas kimia yang mana hasil dari
proses ini sisik-sisik hitam akan wujud pada logam tersebut;
2Fe + O2 ---------- 2FeO
10.2

Kakisan Eletrokimia
Kakisan ini yang juga dikenali sebagai kakisan basah berlaku pada suhu biasa
(suhu bilik) dalam suasana kehadiran lembapan atau elektrolit. Kebanyakkan
logam terkakis melalui kakisan jenis ini. Kakisan ini melibatkan kedudukkan
sesuatu logam di dalam siri elektrokimia, yang menyebabkan kerosakkan
logam secara perlahan tetapi berkesan. Dalam proses ini logam akan berubah
menjadi ion atau sebatian kimia dan dengan bantuan eletrolit, ia menjadi satu
larutan yang mengalirkan arus elektrik iaitu ion +ve dan -ve. Kakisan ini adalah
disebabkan oleh perpindahan ion +ve dan ion -ve di antara dua logam yang
berlainan potensi. Jadual 10.1 di bawah menunjukkan siri eletrokimia mengikut
susunan potensi elektrodnya.

Jadual 10.1 : Siri-siri elektrokimia mengikut susunan potensi elektrod

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 4

KAKISAN

Jenis Logam

Potensi Elektrod

Emas
Platinum
Perak
Kuprum
Hidrogen (bahan rujukan)
Besi
Plumbum
Timah
Nikel
Kadmium
Kromium
Zink
Aluminium
Magnesium

+1.50
+0.86
+0.80
+0.52
0.00
-0.05
-0.13
-0.14
-0.25
-0.40
-0.74
-0.76
-1.66
-2.37

Lebih Katodik

Lebih Anodik

Jadual di atas menunjukkan logam mana yang lebih anodik dan katodik secara
relatif. Sebagai contoh, logam nikel dengan aluminium, nikel adalah katodik
dan aluminium adalah anodik, di antara logam emas dan kuprum, emas adalah
katodik dan kuprum adalah anodik, di antara kuprum dan plumbum, kuprum
adalah katodik dan plumbum adalah anodik, begitulah seterusnya.
Contohnya ialah apabila zink disambung dengan kuprum dan direndam di dalam
bahan eletrolit seperti air garam, asid atau alkali. Dalam proses ini logam akan
berubah menjadi ion atau sebatian kimia dan dengan bantuan eletrolit, ia menjadi
satu larutan yang mengalirkan arus elektrik iaitu ion +ve dan -ve. Kakisan ini
adalah disebabkan oleh perpindahan ion +ve dan ion -ve di antara dua logam
yang berlainan potensi. Apabila terdapat dua jenis logam di dalam eletrolit
maka bahan yang lebih anodik akan terhakis melalui proses eletrokimia.

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 5

KAKISAN

Gambarajah 10.2 : Kakisan elektrokimia

Kakisan eletrokimia juga berlaku terhadap bahan yang sama apabila terdapatnya
titik air daripada yang berada di bawah bahagian tengah titik air tersebut.
Permukaan besi perbezaan tumpuan oksigen. Contohnya ialah jika terdapat
setitik air di atas permukaan besi maka tumpuan oksijen adalah lebih pada
permukaan besi di bawah bahagian tepi yang kurang tumpuan oksigen adalah
anodik dan besi yang mempunyai lebih tumpuan oksigen adalah katodik.
Oleh kerana terdapat bahagian anodik dan katodik, maka bahagian tengah
permukaan besi mengalami kakisan. Titik air di dalam proses kakisan ini
bertindak sebagai bahan eletrolit.
Di antara aloi-aloi logam terdapat juga kakisan eletrokimia, contohnya ialah aloi
loyang iaitu aloi kuprum dengan zink. Di dalam aloi ini kuprum adalah katodik
dan zink adalah anodik, lama kelamaan zink di dalam loyang akan terkakis
disebabkan kakisan eletrokimia. Bahan eletrolit di dalam kakisan jenis ini
kelembapan atmosfera yang membentuk suatu lapisan di atas permukaan loyang.
Loyang yang mengalami kakisan zink akhirnya menjadi rapuh dan lemah.

TIPS!
Kakisan elektrokimia berlaku apabila
wujudnya elemen-elemen berikut:Anod tempat dimana berlakunya kakisan
Elektrolit bahantara kakisan
Katod
pelengkap proses kakisan

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 6

KAKISAN

10.3

Bentuk Kakisan

Kakisan boleh dikelaskan mengikut keadaan logam yang telah menjadi kakis seperti
berikut:
a. Kakisan Tumpuan
Kakisan ini berlaku pada satu-satu tempat atau lubang pada permukaan logam. Ini
akan menyebabkan logam akan menjadi lemah pada tempat tersebut. Bahagian
kecil yang lemah ini akan menjadi anodik, manakala bahagian yang besar akan
menjadi katodik. Rajah 10.3 menunjukkan keratan rentas bentuk kakisan
tumpuan.
katod

katod
elektrolit

anod
Gambarajah 10.3 : Kakisan Tumpuan

b. Kakisan Antara Bijian


Kakisan ini terjadi disepanjang sempadan bijian yang sensitif kepada
kakisan.Pada amnya, ia berlaku disebabkan oleh potensi yang berbeza diantara
atom pada satu sempadan dengan sempadan yang bersebelahan dan akan
mewujudkan sempadan anod dan katod. Kakisan ini selalunya bermula pada
permukaan logam dan akan melarat cepat kedalam disebabkan oleh struktur
dalaman yang tidak elok.

Gambarajah 10.4 : Kakisan Antara Bijian

c. Kakisan Celahan
Biasanya terjadi pada bahagian yang retak atau dicelah pertemuan dua permukaan
yang terpasang. Kakisan ini boleh terjadi pada celahan permukaan logam yang
sama atau berbeza.

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 7

KAKISAN

Gambarajah 10.5 : Kakisan Celahan

d. Kakisan Tegasan
Jenis kakisan eletrokimia yang keempat pula melibatkan logam yang sejenis
tetapi mempunyai kawasan-kawasan tegasan yang berlainan di dalam barangan
tersebut. Bahagian-bahagian barangan yang tinggi nilai tegasannya adalah
anodik dan bahagian lain adalah katodik. Apabila barangan ini terdedah kepada
bahan elektrolit maka bahagian yang tinggi tegasannya akan terhakis di mana
sebuah bekas air yang disebabkan oleh perbezaan kawasan tegasan. Kakisan
jenis ini dapat dielakkan melalui rekabentuk baik dan sesuai yang boleh
mengelakkan daripada terdapatnya perbezaan kawasan tegasan yang ketara.

????? ok

Adakah saya faham?

Untuk menguji kefahaman anda sila ikuti aktiviti berikut

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 8

KAKISAN

AKTIVITI 10A
10.1

Apakah yang dimaksudkan dengan kakisan.

10.2

Dalam kakisan pengoksidaan terus tindakbalas kimia antara logam dengan


oksigen akan membentuk ___________________________ pada permukaannya.

10.3

Kakisan elektrokimia berlaku


______________________.

10.4

Dalam
kakisan
elektrokimia,
_______________________.

10.5

Berdasarkan siri elektrokimia, diantara logam-logam berikut yang mana akan


terkakis terlebih dahulu.
i.
ii.
iii.
iv.

Kuprum dan Zink :


Keluli lembut dan Timah:
Keluli Lembut dan Zink:
Gangsa dan aluminium:

pada

suhu

kakisan

biasa

berlaku

___________________
___________________
___________________
___________________

http://modul2poli.blogspot.com/

dengan

kehadiran

pada

elektrod

J3022/ 10/ 9

KAKISAN

MAKLUM BALAS 10A

10.1 Kakisan adalah satu proses penurunan logam daripada keadaan yang boleh
digunakan kepada keadaan yang tidak boleh digunakan. Ini terjadi apabila logam
itu mengalami kerosakkan, perubahan rupa dan bahannya berkurangan setelah
berlakunya tindakbalas kimia.
10.2 Lapisan oksida
10.3 Elektrolit/kelembapan
10.4 Anod
10.5 i. Zink
ii. Keluli lembut
iii. Zink
iv. Aluminium

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 10

KAKISAN

INPUT
10.4

PENCEGAHAN KAKISAN

10.4.1 Pemilihan Bahan


Pemilihan bahan adalah peringkat yang paling awal dan mudah dalam mencegah
kakisan. Untuk tujuan ini, kedudukan bahan dalam siri elektrokimia perlu diambil
perhatian. Selain daripada kos yang rendah, faktor rintangan kepada kakisan yang
tinggi perlu diambil kira dalam memilih bahan.
10.4.2 Rekabentuk
Kakisan boleh dielak dengan memilih rekabentuk yang sesuai. Rekabentuk
mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut:9 Elakkan daripada menggunakan bahan yang berlainan untuk mencegah
daripada berlakunya kakisan galvani. Walaubagaimanapun, jika terpaksa
menggunakan bahan yang sama, pilih logam yang mempunyai potensi yang
terhampir dalam siri elektrokimia.
9 Elakkan daripada kehadiran retakkan.
9 Pepenjuru yang tajam perlu dielakkan pada komponen kerana ini akan
menyebabkan berlakunya tegasan.
9 Gantikan kaedah sambungan rivet dengan sambungan kimpalan.

10.4.3 Salutan Logam


Penyalutan sesuatu barangan dengan logam yang tertentu juga boleh menghalang
kesan kakisan. Penyalutan dibuat melalui beberapa proses seperti celupan ke
dalam logam panas, penyemburan logam dan penyaduran elektroplat. Jenisjenis bahan penyadur yang selalu digunakan ialah emas, perak, kromium,
kuprum, cadmium, timah dan zink. Walaupun sesetengah daripada logam salutan
yang digunakan adalah lebih katodik tetapi tindakbalas kimianya adalah tidak
aktif dan setengahnya pula boleh membentuk lapisan oksida.

Salutan logam boleh dikelaskan kepada dua:

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 11

KAKISAN

i.

Salutan Nobel
Dalam penyalutan nobel, salutan adalah bersifat nobel terhadap logam
asas. Salutan jenis ini tidak akan melindungi logam asas jika terdapat
lubang-lubang pada salutan. Ini adalah kerana logam asas akan menjadi
anod. Contoh salutan jenis ini ialah Cu, Ni, Cr.

ii.

Salutan Korban
Manakala pada salutan korban pula, logam asas dilindungi dengan
mengorbankan logam salutan yang bertindak sebagai anod. Tidak seperti
salutan nobel, kaedah ini masih melindungi logam asas walaupun terdapat
lubang padanya. Contoh salutan kaedah ini ialah penyaduran atap yang
di perbuat daripada keluli dengan lapisan zink. Zink bertindak sebagai
lapisan penghalang unsur-unsur kakisan daripada terkena atap keluli.

10.4.4 Salutan Bahan Bukan Logam


Menyalut logam dengan bahan bukan logam juga dapat menghalangnya
daripada terkakis. Ianya bertidak melindungi permukaan logam dari bersentuh
dengan oksigen ataupun memberikan perlindungan aasas dengan salutan bahan
yang setabil yang tidak mudah ditembusi oleh kelembapan. Ianya terdiri dari
bahan organik dan bukan organik. Contoh salutan organik ialah cat, tar,
minyak dan varnis. Manakala salutan tak organik ialah enamel.
Plastik serta minyak ialah di antara dua bahan bukan logam yang utama
digunakan sebagai bahan penyalut. Proses ini di buat secara celupan panas
ataupun melalui semburan bahan perintang kakisan tersebut.
10.4.5 Lapisan Oksida
Lapisan oksida seperti lapisan oksida zink dan aluminium adalah diantara
bahan-bahan perintang kakisan. Lapisan jenis oksida ini adalah tinggi
ketumpatannya dan dengan ini dapat menghalang oksigen serta air daripada
menghakisnya. Lapisan oksida selalunya terdapat pada barangan yang
sememangnya di buat daripada zink, aluminium dan plumbum. Lapisan oksida
juga dapat digunakan sebagai satu bahan saduran ke atas barangan logam.
Contohnya ialah penyaduran zink digunakan untuk keluli di dalam pembuatan
bumbung, di mana zink akan membentuk satu lapisan oksida.

10.4.6 Perlindungan Katodik

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 12

KAKISAN

Perlindungan ini bermaksud bahan yang perlu dilindungi dari kakisan ditukar
menjadi katod oleh kerana logam anod yang mengalami kakisan. Contohnya pada
badan kapal selalunya diperbuat dari keluli dan propelarnya di buat daripada
gangsa. Keluli adalah anodik manakala propelarnya adalah katodik dan
kedua-duanya berada di dalam air laut yang merupakan suatu bahan eletrolit.
Badan kapal akan terhakis disebabkan sifat anodiknya, jadi untuk mengatasi
masalah ini satu bahan yang lebih anodik daripada gangsa dan keluli digunakan
sebagai perintang kakisan iaitu logam zink. Kepingan zink diletakkan kepada
badan kapal supaya semasa proses kakisan eletrokimia berlaku hanya zink
sahaja yang terkakis disebabkan ianya adalah yang paling anodik. Kepingan
zink ini perlu digantikan dari masa kesemasa kerana kehausan disebabkan
kakisan seperti gambarajah.

Gambarajah 10.6 : Perlindungan katodik

10.4.7 Pengaloian
Logam-logam juga dapat di buat supaya tahan kakisan dengan mengaloikannya
dengan logam-logam yang lain. Keluli selalunya dialoikan dengan logam
kromium dan mangnese untuk mendapatkan keluli tahan karat.

Untuk menguji kefahaman anda sila ikuti aktiviti berikut

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 13

KAKISAN

AKTIVITI 10B
10.6 __________________adalah peringkat yang paling awal dan mudah dalam mencegah
kakisan.
10.7

Namakan DUA (2) jenis salutan.

10.8

Nyatakan samada logam salutan berikut salutan nobel atau korban apabila disalutkan
kepada keluli lembut:

i.
ii.
iii.
iv.
10.9

Kromium
Zink
Timah
Tungsten
Apakah yang dimaksudkan dengan salutan nobel.

10.10 Senaraikan EMPAT (4) bahan yang digunakan dalam salutan bukan logam.

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 14

KAKISAN

MAKLUM BALAS 10B

10.6

Pemilihan bahan

10.7

Salutan logam dan salutan bukan logam

10.8

i. nobel
ii. korban
iii. nobel
iv. nobel

10.9

Salutan yang mempunyai potensi elektrod yang lebih tinggi daripada logam asas yang
akan dilindungi.

10.10

Cat, tar, minyak dan plastik.

PENILAIAN
KENDIRI
http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 15

KAKISAN

1. Terangkan secara ringkas tentang kakisan Elektrokimia.


2. Apakah yang dimaksudkan dengan Perlindungan Katodik dan berikan contohnya.
3. Nyatakan EMPAT (4) bentuk kakisan elektrokimia dan terangkan DUA (2) daripadanya.
4. Terangkan perbezaan antara salutan nobel dan salutan korban.
5. Cadangkan satu cara bagaimana melindungi sebatang paip yang ditanam didalam
tanah dan diperbuat daripada keluli melalui kaedah Perlindungan katodik.

MAKLUM BALAS
http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 16

KAKISAN

1.

Kakisan ini yang juga dikenali sebagai kakisan basah berlaku pada suhu biasa (suhu
bilik) dalam suasana kehadiran lembapan atau elektrolit. Kebanyakkan logam
terkakis melalui kakisan jenis ini. Kakisan ini melibatkan kedudukkan sesuatu logam
di dalam siri elektrokimia, yang menyebabkan kerosakkan logam secara perlahan
tetapi berkesan. Dalam proses ini logam akan berubah menjadi ion atau sebatian kimia
dan dengan bantuan eletrolit, ia menjadi satu larutan yang mengalirkan arus elektrik
iaitu ion +ve dan -ve. Kakisan ini adalah disebabkan oleh perpindahan ion +ve dan ion
-ve di antara dua logam yang berlainan potensi.

Contohnya ialah apabila zink disambung dengan kuprum dan direndam di dalam
bahan eletrolit seperti air garam, asid atau alkali. Dalam proses ini logam akan
berubah menjadi ion atau sebatian kimia dan dengan bantuan eletrolit, ia menjadi
satu larutan yang mengalirkan arus elektrik iaitu ion +ve dan -ve. Kakisan ini
adalah disebabkan oleh perpindahan ion +ve dan ion -ve di antara dua logam
yang berlainan potensi.Apabila terdapat dua jenis logam di dalam eletrolit maka
bahan yang lebih anodik akan terhakis melalui proses eletrokimia.

2.

Perlindungan ini bermaksud bahan yang perlu dilindungi dari kakisan ditukar menjadi
katod oleh kerana logam anod yang mengalami kakisan. Contohnya pada badan kapal
selalunya diperbuat dari keluli dan propelarnya di buat daripada gangsa. Keluli adalah

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 17

KAKISAN

anodik manakala propelarnya adalah katodik dan kedua-duanya berada di dalam air
laut yang merupakan suatu bahan eletrolit. Badan kapal akan terhakis disebabkan sifat
anodiknya, jadi untuk mengatasi masalah ini satu bahan yang lebih anodik daripada
gangsa dan keluli digunakan sebagai perintang kakisan iaitu logam zink. Kepingan zink
diletakkan kepada badan kapal supaya semasa proses kakisan eletrokimia berlaku
hanya zink sahaja yang terkakis disebabkan ianya adalah yang paling anodik.
Kepingan zink ini perlu digantikan dari masa kesemasa kerana kehausan disebabkan
kakisan seperti gambarajah.

3.

Kakisan tumpuan
Kakisan antara bijian
Kakisan Celahan
Kakisan tegasan
a. Kakisan Tumpuan
Kakisan ini berlaku pada satu-satu tempat atau lubang pada permukaan logam. Ini
akan menyebabkan logam akan menjadi lemah pada tempat tersebut. Bahagian
kecil yang lemah ini akan menjadi anodik, manakala bahagian yang besar akan
menjadi katodik. Rajah menunjukkan bentuk kakisan tumpuan.
katod

katod
elektrolit

anod

b. Kakisan Antara Bijian


Kakisan ini terjadi disepanjang sempadan bijian yang sensitif kepada
kakisan.Pada amnya, ia berlaku disebabkan oleh potensi yang berbeza diantara
atom pada satu sempadan dengan sempadan yang bersebelahan dan akan

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 18

KAKISAN

mewujudkan sempadan anod dan katod. Kakisan ini selalunya bermula pada
permukaan logam dan akan melarat cepat kedalam disebabkan oleh struktur
dalaman yang tidak elok.

4.

i.

Salutan Nobel
Dalam penyalutan nobel, salutan adalah bersifat nobel terhadap logam
asas. Salutan jenis ini tidak akan melindungi logam asas jika terdapat
lubang-lubang pada salutan. Ini adalah kerana logam asas akan menjadi
anod. Contoh salutan jenis ini ialah Cu, Ni, Cr.

ii.

Salutan Korban
Manakala pada salutan korban pula, logam asas dilindungi dengan
mengorbankan logam salutan yang bertindak sebagai anod. Tidak seperti
salutan nobel, kaedah ini masih melindungi logam asas walaupun terdapat
lubang padanya. Contoh salutan kaedah ini ialah penyaduran atap yang
di perbuat daripada keluli dengan lapisan zink. Zink bertindak sebagai
lapisan penghalang unsur-unsur kakisan daripada terkena atap keluli.

http://modul2poli.blogspot.com/

J3022/ 10/ 19

KAKISAN

5.

Dalam masalah ini, satu plat magnesium boleh digunakan dan disambungkan kepada paip
keluli tersebut dengan menggunakan dawai zink. Dengan ini magnesium akan bertindak
sebagai anod dan menjadikan paip keluli sebagai katod.

Permukaan bumi

Dawai kuprum

Paip Keluli
Plat
magnesium

BERJAYA !!!SAYA PERLU MENDALAMI UNIT BERIKUTNYA


APAKAH TAJUK BERIKUTNYA ?

http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 1

LOGAM BUKAN FERUS

OBJEKTIF AM

Unit

Mengetahui jenis-jenis bahan bukan logam yang biasa


digunakan pada masa kini.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
Menjelaskan maksud logam bukan ferus.
Menerangkan jenis-jenis logam bukan ferus.
Menjelaskan sifat-sifat logam bukan ferus.
Menerangkan kegunaan-kegunaan logam bukan ferus.

http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 2

INPUT
PENGENALAN

Dalan unit 4 dan 5 kita telah membincangkan berkenaan logam ferus. Kali ini mari kita melihat
pula berkenaan Logam Bukan Ferus. Logam bukan ferus merupakan logam yang lain daripada
logam besi dan keluli. Terdapat 38 jenis logam yang lain yang diketahui manusia dan
dicatitkan di dalam Jadual Perkalaan Unsur. Di antara logam-logam lain yang sering digunakan
di dalam bidang kejuruteraan adalah seperti berikut :a)
d)
g)
j)
m)
11.1

Aluminium
b) Perak
Plumbum
e) Timah
Zink
h) Kromium
Molydenum
k) Magnesium
Manganese dan lain-lain lagi.

c)
f)
i)
l)

Kuprum
Nikel
Emas
Kobalt

Aluminium
Aluminium merupakan logam yang banyak sekali di mukabumi ini, iaitu di dalam
bentuk bijih aluminium jenis Bauksit. Aluminium adalah sejenis logam yang ringan,
berwarna putih kelabu dan mempunyai permukaan yang berkilat apabila digilap
ataupun dimesin. Aluminium di dalam bentuk tulinnya jarang digunakan di dalam
bidang kejuruteraan kerana kekuatan dan kekerasannya adalah rendah. Kebanyakan
aluminium tulin digunakan untuk membuat pembalut, pembalik cahaya, barangan
perhiasan serta salutan untuk menahan kakisan.
11.1.1 Sifat-sifat utama Aluminium tulin.
a) Kekuatan tegangan
100 N/mm2
b) Kekuatan mampatan
100 N/mm2
c) Kekerasan
40 (NKB) Nombor Kekerasan Brinell
d) Kemuluran
30% pemanjangan
e) Suhu lebur
660o C
f) Ketumpatan
2.6 g/cm3
g) Lapisan Aluminium Oksida yang terbentuk di atas Aluminium
memberikannya satu daya ketahanan terhadap kakisan atmosfera dan air.
h) Pengalir haba dan elektrik yang baik.
i) Pembalik haba dan cahaya yang baik.
11.1.2 Aloi Aluminium

http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 3

Kebanyakan aluminium yang digunakan adalah didalam bentuk aloinya. Aloi


aluminium adalah keras dan kuat semacam keluli, tetapi dengan satu kelebihan
iaitu ianya 3 kali lebih ringan daripada keluli. Di antara aloi aluminium yang
ada ialah seperti yang berikut :11.1.2.1 Aloi Aluminium-Magnesium
Ia mengandungi campuran logam-logam yang berikut iaitu Cu0.14%, Si-0.5%, Fe-0.7%, Cr-0.5% dan Mg-5.0%. Kekuatan aloi ini
adalah 3 kali ganda lebih kuat daripada Aluminium tulin dan
mempunyai kekerasan 80 NKB. Aloi jenis ini selalu digunakan untuk
membuat badan kapal dan ianya disambung menggunakan rivet ataupun
kimpalan TIG.
11.1.2.2 Aloi Aluminium-Manganese
Ia mengandungi 1.5% manganese yang menambahkan kekuatan
tegangan 200 N/mm2 tanpa kehilangan sifat kemulurannya. Aloi ini
senang dikerja sejuk serta dikerja panas dan dengan ini ianya mudah
digunakan untuk membuat membuat berbagai-bagai jenis bentuk
barangan. Aloi jenis ini banyak digunakan untuk membuat bumbung
rumah, berbagai-bagai jenis bekas takungan dan juga untuk membuat
badan bas dan lori.
11.1.2.3 Duralmin
Ia adalah aloi aluminium yang mengandungi 4% Kuprum. Aloi ini
adalah kuat dan mempunyai kekuatan tegangan sebanyak 400 N/mm2
selepas ianya melalui proses rawatan haba. Duralmin mempunyai
kekuatan seperti keluli tetapi ianya lebih ringan. Kegunaannya ialah di
dalam pembuatan badan kapalterbang, dawai, rivet, kepingan logam
dan juga bekas acuanan.
11.1.2.4 Aloi Aluminium-Silikon
Ia mengandungi 10% hingga 13% silikon. Kekuatan tegangannya ialah
230 N/mm2. Aloi jenis ini mempunyai daya ketahanan kakisan
terhadap air garam dan atmosfera. Aloi ini selalu digunakan didalam
proses tuangan untuk membuat blok injin kapal dan injin kereta, kotak
giar, aci dan kotak engkol.

http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 4

11.2.1.5 Aloi Aluminium-Kuprum Jenis Tuangan


Ia mempunyai kandungan kuprum diantara 1.5% - 4.0%. Aloi ini
apabila diberi rawatan haba akan mempunyai kekuatan tegangan
sebanyak 650 N/mm2. Oleh kerana kekuatan aloi ini tinggi ianya
banyak digunakan untuk membuat blok injin kelajuan tinggi untuk
kereta dan kapalterbang.

11.2

Kuprum
Kuprum merupakan logam yang banyak digunakan di dalam bidang kejuruteraan
terutamanya dibidang industri elektrik. Kuprum mempunyai warna merah- coklat
apabila terdapat lapisan oksid di permukaannya tetapi apabila digilap warnanya ialah
merah-keemasan.

11.2.1 Sifat-sifat utama kuprum.


215 N/mm2
300 N/mm2
80 NKB ( jenis tuangan )
90 NKB ( kerja sejuk )
66 NKB (kerja sejuk dan disepuh lindap )
d) Kemuluran dari segi pemanjangan 25% (jenis tuangan )
55% ( sepuh-lindap )
3% (kerja sejuk )
e) Suhu lebur
1083 oC
f) Ketumpatan
8.9 g/cm3
g) Ketahanan daripada kakisan atmosfera dan air.
h) Pengalir elektrik yang amat baik.
a) Kekuatan tegangan
b) Kekuatan mampatan
c) Kekerasan

Kegunaan utama kuprum ialah untuk membuat kabel, peralatan untuk televesyen
dan radio, suis, paip air, bahan pateri, bekas memasak, bahagian-bahagian kapal
dan lain-lain lagi.

11.2.2 Aloi Kuprum


Kuprum jarang sekali digunakan di dalam bentuk aloi. Diantara aloi kuprum
yang boleh didapati ialah gangsa dan loyang tetapi kuprum merupakan bahan
aloi yang utama untuk logam-logam yang lain.

http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 5

11.2.2.1 Gangsa
Ia merupakan aloi antara kuprum dan timah tetapi bahan yang utamanya
ialah kuprum. Gangsa adalah kuat, keras mempunyai ketahanan
kakisan yang tinggi dan mempunyai pekali geseran yang rendah.
Terdapat berbagai jenis gangsa seperti yang berikut :-

11.2.2.1.1 Gangsa Phosphor Tempaan


Ia mempunyai kandungan 3.0%-8.5% Tin, 0.1%- 0.3%
Phosphor, dan selebihnya ialah kuprum.
Mempunyai
kekuatan
tegangan
sebanyak 350 N/mm2 dan boleh
ditingkatkan lagi melalui sepuh-lindap ke 700 N/mm2.
Gangsa ini digunakan untuk sebagai bahan galas, kipasturbin, bahagian-bahagian alatan elektrik dan giar.

11.2.2.1.2 Gangsa Phosphor Tuangan


Ia mengandungi 9% -13% Sn, 0.3%-1.0% P. Gangsa ini
mudah mengalir semasa dileburkan dan dengan ini ianya
sesuai untuk proses tuangan. Kekuatannya ialah sehingga
300 N/mm2. Aloi ini selalu digunakan untuk bearing, skru,
acuan pam dan injap.

11.2.2.1.3 Gangsa Aluminium


Ia mengandungi diantara 5%-11% aluminium serta sedikit
besi dan nikal. Aloi jenis ini mempunyai kemuluran yang
tinggi serta kekuatan tegangan
sebanyak 650 N/mm2.
Ianya juga mempunyai sifat kalis kakisan kimia dan air
garam. Aloi jenis ini dapat beroperasi pada suhu yang tinggi
serta mempunyai sifat ketahanan kakisan yang tinggi.

11.2.2.2 Loyang
Ia adalah campuran kuprum dangan zink dalam nisbah-nisbah yang
tertentu. Contohnya ialah loyang 65/35 menunjukkan kandungan
kuprumnya ialah 63% dan zink 35% dan dikelaskan sebagai loyang
biasa. Aloi jenis ini selalu digunakan di dalam proses penarikan, proses
penekanan dan untuk kerja sejuk. Lain-lain loyang yang didapati
adalah seperti yang berikut :-

http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 6

11.2.2.3 Loyang 62/37


Ia adalah sesuai untuk proses tuangan dan kerja panas. Aloi ini adalah
rapuh apabila dikerja sejuk tetapi iannya boleh dibentuk secara
tuangan acuan, tempaan, penggelekan panas dan proses ekstrusi.

11.2.2.4 Loyang 70/30


Jenis ini sangat mulur dan boleh ditarik sehingga 70% pemanjangan.
Kekuatan tegangannya ialah 600 N/mm2 di dalam keadaan keras dan
320 N/mm2 setelah dikerja sejuk dan disepuh lindapkan. Kekerasannya
ialah 60 NKB di dalam keadaan sepuh lindap dan 130 NKB apabila
ianya telah melalui proses penarikan. Loyang jenis ini banyak
digunakan untuk membuat dawai, paip dan rod. Ianya juga banyak di
gunakan di dalam proses penarikan untuk membuat kelongsong peluru
dan dengan itu ianya dinamakan loyang kelongsong.

11.2.2.5 Loyang 60/40

Mengandungi 60% kuprum dan 40% zink dan dikenali sebagai logam
Muntz. Loyang ini sesuai untuk kerja panas seperti hentakan dan
tempaan panas. Kekuatan
tegangannya ialah 450 N/mm2 dan
mempunyai nilai kemuluran yang rendah serta susah sedikit untuk
dimesin. 1% timah ditambah ke dalam loyang ini untuk membuatnya
lebih kalis kakisan.

http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 7

AKTIVITI 11A

11.1

Maksud logam bukan ferus ialah ___________________________________

11.2

Namakan EMPAT (4) jenis logam bukan ferus yang sering digunakan di dalam
bidang kejuruteraan.

11.3

Nyatakan DUA (2) kegunaan aluminium pada masa kini.

11.4

Namakan DUA (2) jenis aloi aluminium yang digunakan untuk menghasilkan
peralatan mesin.

MAKLUM BALAS 11A

http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 8

11.1
Logam bukan ferus adalah sejenis logam yang tidak mengandunig kandungan
karbon.
11.2
EMPAT (4) jenis logam bukan ferus ialah ;
i.
ii.
iii.
iv.

Aluminium
Perak
Kuprum
Plumbum

11.3
DUA (2) kegunaan aluminium ialah untuk membuat pembalik cahaya dan barangan perhiasan
11.4
DUA (2) jenis aloi aluminium ialah aloi
Manganese

Aluminium-Magnesium dan aloi

INPUT

http://modul2poli.blogspot.com/

Aluminium-

LOGAM BUKAN FERUS

11.3

J3022/ 11/ 9

Timah

Adakah anda tahu Timah merupakan satu logam yang mempunyai sifat kalis kakisan
yang baik. Timah mempunyai warna putih-keperakan dan akan menghasilkan satu
lapisan penyudahan yang berkilat apabila digunakan sebagai saduran didalam proses
celupan panas. Timah senang dipotong, dituang dan dikerja sejuk. Timah tulin adalah
lembut, mulur dan mempunyai nilai kekuatan yang rendah. Oleh kerana timah adalah
logam yang tidak beracun ianya selalu digunakan sebagai penyadur tin-tin makanan.
Timah juga digunakan sebagai bahan pateri. Timah digunakan sebagai aloi dengan
kuprum untuk menghasilkan gangsa. Pewter merupakan aloi utama timah dimana
campurannya ialah 1%-3% kuprum dan 2%-4% antimoni.
11.3.1 Sifat-sifat utama timah.
a) Kekuatan tegangan
b) Kekerasan
c) Suhu lebur
d) Ketumpatan
e) Pengalir elektrik dan haba yang baik.
11.4

15 N/mm2
5 NKB-10 NKB (tuangan)
232 C
7.3 g/cm3

Zink
Zink merupakan satu logam yang banyak digunakan sebagai bahan penyadur untuk
keluli supaya ianya kalis kakisan. Warna zink ialah putih-keperakan apabila digilap.
Kegunaan zink kebanyakannya ialah untuk penyaduran lapisan kalis kakisan untuk
barangan keluli seperti rantai besi, bumbung rumah, alatan dapur dan tangki air. Zink
juga digunakan di dalam bateri kereta, bahan penampal gigi bahan asas untuk membuat
cat. Aloi utama yang dihasilkan dengan zink ialah loyang.
11.4.1 Sifat-sifat utama Zink.
a) Kekuatan tegangan
b) Kekerasan
c) Suhu lebur
d) Ketumpatan

11.5

60 N/mm2
80 NKB ( aloi zink )
420 C
7.1 g/cm3

Plumbum

http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 10

Logam ini mempunyai ketumpatan yang tinggi, lembut serta mempunyai daya
ketahanan kakisan yang baik. Plumbum juga merupakan pengalir yang baik untuk
elektrik dan haba. Permukaan plumbum kelihatan kelabu kerana ianya disaluti oleh satu
lapisan oksid dan apabila digilap ianya kelihatan biru-keperakan. Plumbum senang
dipotong, dituang, dikerja sejuk dan boleh menjalani proses extrusi.
Plumbum digunakan untuk membuat paip air, pembalut kabel, salutan untuk bekas kimia,
berat timbang, pelindung daripada pancaran-x, pancaran radiaoaktif di dalam loji
nuklear.
Plumbum juga digunakan sebagai bahan aloi dengan timah untuk dibuat logam
pateri. Plumbum ditambah pada bahan galas jenis gangsa untuk menambahkan sifat
keplastikannya supaya ia boleh beroperasi di dalam keadaan kering jika sistem
pelincirannya rosak.

11.5.1 Sifat-sifat utama plumbum.


a) Kekuatan tegangan
b) Kekerasan
c) Suhu lebur
d) Ketumpatan
11.6

18 N/mm2
4 - 8 NKB
327 C
11 g/cm3

Bahan Galas/Bearing
Bahan galas mestilah merupakan bahan yang keras dan mempunyai daya ketahanan
hakisan yang tinggi serta mempunyai pengkali gelinciran yang rendah. Di masa yang
sama bahan tersebut mestilah kuat, tahan daya hentakan serta mulur untuk menjalani
proses larian alatan untuk tujuan penjajaran alatan tersebut. Oleh kerana sifat-sifat
bahan galas ini adalah banyak maka percampuran antara berbagai bahan dibuat supaya
mendapat sebatian yang sesuai untuk bahan galas ini. Jenis-jenis bahan galas yang selalu
digunakan adalah seperti yang berikut :-

11.6.1 Bahan Galas Jenis Logam Putih


Bahan galas jenis ini terdiri daripada logam asas timah ataupun plumbum.
Timah merupakan bahan asas yang utama dicampur dengan antimoni diantara
3.5 %- 15% untuk mendapatkan logam putih.

11.6.2 Bahan Galas Jenis Gangsa Phosphor

http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 11

Ia adalah seperti yang terdapat di dalam 7.51. Bahan galas jenis ini banyak
digunakan untuk operasi beban yang tinggi. Sesetengah bearing mempunyai
bahan galas gangsa yang poros supaya bahan pelincir dapat meresap kedalamnya
dan dengan ini memanjangkan lagi tempuh kegunaan bearing tersebut.

11.6.3 Politetrafluoroethane (P.T.F.E)


Ia merupakan bahan bukan metalik utama yang di gunakan sebagai bahan galas.
Pengkali gelincirannya adalah yang rendah sekali dibandingkan dengan segala
logam yang ada. Di dalam keadaannya yang tersendiri P.T.F.E adalah lemah
jadi ianya dicampurkan dengan bahan isian lain untuk menguatkan lagi sifatsifatnya. Bahan isian yang sering digunakan ialah gangsa, dan kombinasi ini
boleh beroperasi sehingga suhu 300 oC. Bearing jenis ini adalah jenis kering dan
selalu digunakan pada peralatan penyiapan bahan makanan di mana tiada
pencemaran terdapat daripada percikan bahan pelinciran.

11.6.4 Bahan Galas Jenis Grafit


Ia terdiri daripada karbon jenis graphit juga digunakan untuk membuat
bearing. Grafit mempunyai pengkali gelinciran yang rendah dan digunakan pada
pergerakan yang rendah kelajuannya. Jenis grafit di dalam bentuk gentian
adalah lebih kuat dan dapat digunakan pada pergerakkan yang lebih laju. Grafit
digunakan di dalam kajilogam serbuk untuk membuat bearing dan bearing jenis
ini tidak perlu ditambah bahan pelinciran kerana grafit di dalam bearing tersebut
merupakan bahan pelincirnya.

????? ok

Adakah saya
faham

Untuk menguji kefahaman anda sila ikuti aktiviti berikut

AKTIVITI 11 B
http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 12

11.5

Senaraikan sifat-sifat utama bagi Timah

11.6

Senaraikan sifat-sifat utama bagi Zink

11.7

Berikan 4 (EMPAT) jenis bahan untuk dijadikan bahan Galas.

MAKLUM BALAS 11B

http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 13

11.5
Sifat bagi Timah
a) Kekuatan tegangan
b) Kekerasan
c) Suhu lebur
d) Ketumpatan
e) Pengalir elektrik dan haba yang baik.

15 N/mm2
5 NKB-10 NKB (tuangan)
232 C
7.3 g/cm3

11.6
Sifat bagi Zink
a) Kekuatan tegangan
b) Kekerasan
c) Suhu lebur
d) Ketumpatan

60 N/mm2
80 NKB ( aloi zink )
420 C
7.1 g/cm3

Zink merupakan satu logam yang banyak digunakan sebagai bahan penyadur untuk
keluli supaya ianya kalis kakisan. Warna zink ialah putih-keperakan apabila digilap.
Kegunaan zink kebanyakannya ialah untuk penyaduran lapisan kalis kakisan untuk
barangan keluli seperti rantai besi, bumbung rumah, alatan dapur dan tangki air. Zink
juga digunakan di dalam bateri kereta, bahan penampal gigi bahan asas untuk membuat
cat. Aloi utama yang dihasilkan dengan zink ialah loyang.
11.7
i.
ii.
iii.
iv.

Bahan Galas Jenis Logam Putih


Bahan Galas Jenis Gangsa Phosphor
Politetrafluoroethane (P.T.F.E)
Bahan Galas Jenis Grafit

http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 14

PENILAIAN KENDIRI
1.

Senaraikan LIMA (5) ciri utama logam kuprum yang biasa digunakan di dalam
bidang kejuruteraan industri.

2.

Senaraikan TIGA (3) kegunaan kuprum pada masa kini.

3.

Namakan TIGA (3) jenis gangsa untuk menghasilkan peralatan kejuruteraan industri.

4.

Terangkan secara ringkas mengenai zink dari segi sifat-sifat dan kegunaannya.

5.

Terangkan mengenai bahan bering (bahan galas) jenis graphit.

http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 15

MAKLUM BALAS

1.
Lima ciri utama kuprum.
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Kekuatan tegangan ialah 215 N/mm2


Kekerasan adalah 80 NKB ( jenis tuangan )
Suhu leburnya ialah 1083 oC
Ketahanan daripada kakisan atmosfera dan air.
Pengalir elektrik yang amat baik.

2.
Kegunaan utama kuprum ialah ;
i. Membuat kabel.
ii. Peralatan untuk televesyen dan radio
iii. Bahan pateri..
3.
Tiga jenis gangsa.
i. Gangsa Phosphor Tempaan
ii. Gangsa Phosphor Tuangan
iii. Gangsa Aluminium

4.

http://modul2poli.blogspot.com/

LOGAM BUKAN FERUS

J3022/ 11/ 16

Zink mempunyai sifat-sifat utama iaitu ;


a) Mempunyai kekuatan tegangan ialah 60 N/mm2 .
b) Kekerasan yang dapat dicapai adalah 80 NKB ( aloi zink )
c) Suhu leburnya ialah 420oC/
d) Ketumpatannya adalah 7.1 g/cm3.
e)Warna zink ialah putih-keperakan apabila digilap.
Kegunaan zink kebanyakannya ialah untuk penyaduran lapisan kalis kakisan untuk barangan
keluli seperti rantai besi, bumbung rumah, alatan dapur dan tangki air. Zink juga digunakan di
dalam bateri kereta, bahan penampal gigi bahan asas untuk membuat cat.
5.
Bahan Galas Jenis Graphit terdiri daripada karbon jenis graphit juga digunakan untuk
membuat bearing. Grafit mempunyai pengkali gelinciran yang rendah dan digunakan
pada pergerakan yang rendah kelajuannya. Jenis grafit di dalam bentuk gentian adalah lebih
kuat dan dapat digunakan pada pergerakkan yang lebih laju. Grafit digunakan di dalam
kajilogam serbuk untuk membuat bearing dan bearing jenis ini tidak perlu ditambah bahan
pelinciran kerana grafit di dalam bearing tersebut merupakan bahan pelincirnya.

SAYA DAPAT MENJAWABNYA !!!SAYA PERLU MENDALAMI


UNIT BERIKUTNYA
APAKAH TAJUK BERIKUTNYA ?

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/1

PLASTIK

OBJEKTIF AM

Unit

Memahami dan mengetahui jenis-jenis plastik, kebaikan,


keburukan dan proses pembuatanya.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
9
9
9
9
9
9

Menerang dan melakarkan bentuk struktur


ikatan polimer.
Menyenaraikan perbezaan di antara plastik termoset
dengan plastik termo.
Menyenaraikan jenis-jenis plastik termo
dan plastik termoset dengan betul.
Menerangkan bagaimana produk plastik dihasilkan .
Menerangkan perbezaan proses-proses penghasilan
Plastik.
Menyenaraikan kebaikan dan keburukan plastik
dengan betul.

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/2

INPUT
PLASTIK

Dalam unit yang lalu kita banyak membincangkan tentang bahan-bahan logam seperti
logam ferus dan logam bukan ferus. Kali ini mari kita lihat pula berkenaan bahan
plastik dari segi sifat, jenis, kegunaan dan proses penghasilan, yang dikatakan mampu
menghalang kadar kakisan daripada berlaku. Tahukah anda bahan ini dikatakan telah
digunakan semenjak perang dunia ke-2, terutama untuk membuat peralatan keperluan
ketenteraan. Namun penggunaanya tidak begitu meluas dan hanya digunakan untuk
ditambah kedalam bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang diperlukan.
Apa itu bahan Plastik ? Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik.
Polimer terdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik selain dari plastik. Bahan
plastik ialah bahan polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-rigid). Semua
bahan-bahan plastik akan menjadi lembut apabila dipanaskan. Proses pembentukan
bahan-bahan plastik dilakukan pada ketika ia berada dalam keadaan lembut.
Gambarajah 12.1 di bawah menunjukkan pengkelasan bahan-bahan plastik.
Bahan plastik
Termoplastik

Termosetting

Polisterina

Epoksida

Polietilena

Polyester

Polyamida

Urea / Amino

Akriliks

Melamin

Plastik Vinil

Fenolik

Plastik Selulos
Gambarajah 12.1: Pengkelasan Plastik

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/3

12.1 Polimer
Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik)
yang memainkan peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden.
Kebanyakkan polimer adalah bahan organik yang mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:i.
ii.
iii.

Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lain-lain


bahan organik dan bukan organik.
Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur.
Mempunyai struktur rangkaian yang panjang.

Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam.


Walaubagaimana pun, struktur ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik,
therma, elektrik dan mekanikal bahan polimer tersebut. Unit asas sesuatu
polimer ialah rantaian atom dimana satu struktur asas sesuatu dipanggil
monomer. Ikatan antara atom-atom pada asasnya adalah ikatan kovalen yang
kuat. Sementara ikatan diantara rantai-rantai bersifat lebih lemah, iaitu ikatan
jenis Van Der Walls.

12.2 Istilah-istilah:i.
ii.
iii.

Amorfus : Tidak berhablur


Monomer : Unit tunggal. Molekul-molekul mudah atau kecil yang diikat
secara kovalen kedalam rantai yang panjang. Dikenali juga sebagai mer
Polimer : Molekul rantai panjang yang terhasil daripada ulangan unit-unit
monomer dan tindakbalas itu dipanggil pempolimeran.

Contoh:

X
Monomer

X-X-X-X-X-XPolimer

12.3 Struktur Polimer


Polimer mempunyai ikatan struktur yang panjang (beribu-ribu Angstrom).
Rantai molekul diikat bersama oleh daya yang lemah dan mempunyai sifat
boleh ubah (flexible) sebab setiap ikatan karbon boleh berputar di dalam
tetulang rantai. Satu ikatan karbon selalunya berada pada sudut 109 C kepada
ikatan lain. Ini menerbitkan konfigurasi molekul yang kompleks. Polimer boleh
wujud dalam 2 struktur iaitu Amorphous (tidak berhablur) dan Separa
berhablur.

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/4

12.3.1 Struktur Armorphous ( tak berhablur)


Pada suhu yang tinggi, polimer akan menjadi cair likat (viscous) di
mana rantai-rantai dapat bergerak dan mengelonsor satu sama lain
dalam keadaan kekusutan. Susunan rantai polimer adalah rawak dan
tidak mengikut corak geometri tertentu. Apabila suhu dikurangkan,
sifat boleh ubah molekul akan tersekat dan keadaan akan menyamai
kaca seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 12.2 di bawah.

Gambarajah 12.2 : Struktur Amorphous

12.3.2 Struktur Separuh Hablur


Sekiranya penyejukan cukup perlahan dan molekul mempunyai struktur
tertentu. Hasil daripada lipatan molekul menurut susunan tertentu.
Keadaan ini menyebabkan molekul rapat dan menambah daya antara
molekul serta menghasilakan kekuatan yang tinggi, ketegaran dan
kerapuhan. Polimer hablur selalunya mengandungi 90% rantai yang
tersusun dan bakinya dalam keadaan amorphous. seperti yang
ditunjukkan dalam Gambarajah 12.3 di bawah.

Gambarajah 12.3: Struktur Separuh Hablur

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

12.4

J3022/12/5

Jenis-jenis Rantaian Polimer


Terdapat empat jenis rantai ikatan molekul yang dihasilkan melalui proses
pempolimeran seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 12.4 di bawah. Di
antara ikatan tersebut :
i.
ii.
iii.
iv.

Polimer lelurus:- dibentuk dari rantai molekul gentian panjang, boleh jadi
rantaian homopolimer atau kopolimer.
Polimer bercabang:- Rantai lelurus dengan suatu siri rantai sisi bercantum
Polimer barpaut silang:- terdapat pautan pendek yang menyambung rantai
polimer yang berdekatan antara satu sama lain.
Polimer rangkaian:- struktur molekul berada dalam bentuk jaringan 3
dimensi. Struktur biasa bahan termoset.

Gambarajah 12.4: Jenis-jenis struktur polimer (a) Bentuk Rantai Lelurus.


(b) Polimer bercabang (c) Polimer barpaut silang (d) Polimer rangkaian

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/6

12.5 Proses Pempolimeran (Polymerisation)


Proses ini adalah proses kimia di mana molekul-molekul dihubungkan untuk
membentuk satu molekul yang lebih besar dengan berat serta jisim yang tinggi.
Proses ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu
i)

Proses Pempolimeran tambahan (addition)


Jenis pempolimeran ini berlaku di antara molekul-molekul
monomer yang mengandungi ikatan karbon C = C, apabila
diberikan suhu, tekanan dan pemangkin tertentu.

ii)

Proses Pempolimeran kondensasi ( Pemeluapan)


Jenis pempolimeran ini berlaku apabila dua sebatian monomer
bertindak balas bersama untuk menghasilkan polimer dan
molekul-molekul kecil (biasanya air) akan disingkirkan.

12.6 Jenis-Jenis Plastik.


Plastik boleh terbahagi kepada dua kategori umun iaitu Plastik Termo dan
Plastik Termoset.

12.6.1 Sifat Umum Plastik Haba atau Plastik Termo


i. Plastik jenis ini boleh dilembutkan dan dikeraskan berulang kali
dengan dikenakan kepanasan dan tekanan yang sesuai. Ia boleh
terurai jika suhu kepanasan yang terlalu tinggi dikenakan.
ii. Merupakan polimer lelurus yang terbentuk daripada rantai karbon
panjang yang terikat secara kovalen.
iii. Termoplastik boleh diperolehi dalam bentuk kepingan, tiub,
kepingan nipis, rod dan bahan-bahan pengacuanan.
iv. Pembentukan boleh dilakukan pada suhu di atas sedikit dari suhu
didih air dan memerlukan daya yang sedikit untuk mengubah
bentuknya.
v. Di antara kegunaannya ialah bahan-bahan elektrik, hulu alatan,
penebat, pembungkus dan pakaian.

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/7

12.6.2 Sifat Umum Plastik Termoset


i.
ii.
iii.
iv.

Merupakan bahan yang lebur semasa pemanasan kali pertama


dan kemudiannya terset atau terawet kepada bentuk yang keras
dan tegar pada suhu tersebut.
Selepas pembentukan pertama, perubahan tidak akan berlaku lagi
walaupun kepanasan dan tekanan dikenakan.
Selalunya lebih keras, lebih kuat dan lebih rapuh berbanding
plastik termo.
Kegunaannya: peralatan penebat elektrik, lapisan gelas gentian,
perkakas dapur dan penebat haba.

Anda perlu rehat sekejap/


Untuk itu mari kita ikuti aktivi
untuk menguji ingatan anda

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/8

AKTIVITI 12 A
12.1 Berikan 4 (EMPAT) jenis ikatan rantai bagi polimer
i.
ii.
iii.
iv.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

12.2 Berikan istilah-istilah berikut


i.
ii.
iii.
iv.

Amorfus
Monomer
Polimer
Pempolimeran

12.3 Berikan ciri-ciri bagi Plastik Termoset

MARI KITA LIHAT JAWAPAN


KAMU .. OK ?

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/9
MAKLUM BALAS 12A

12.1
i.
ii.
iii.
iv.

Polimer lelurus.
Polimer bercabang
Polimer barpaut silang.
Polimer rangkaian.

i.
ii.

Amorfus : Tidak berhablur


Monomer : Unit tunggal. Molekul-molekul mudah atau kecil yang
diikat secara kovalen kedalam rantai yang panjang. Dikenali juga
sebagai mer
Polimer : Molekul rantai panjang yang terhasil daripada ulangan
unit-unit monomer dan tindakbalas itu dipanggil pempolimeran.
Pempolimeran : Adalah proses kimia di mana molekul-molekul
dihubungkan untuk membnetuk satu molekul yang lebih besar
dengan berat serta jisim yang tinggi.

12.2

iii.
iv.

12.3
Plastik Termoset
i.
ii.
iii.
iv.

Merupakan bahan yang lebur semasa pemanasan kali pertama dan


kemudiannya terset atau terawet kepada bentuk yang keras dan
tegar pada suhu tersebut.
Selepas pembentukan pertama, perubahan tidak akan berlaku lagi
walaupun kepanasan dan tekanan dikenakan.
Selalunya lebih keras, lebih kuat dan lebih rapuh berbanding
termoplastik.
Kegunaannya : peralatan penebat elektrik, lapisan gelas gentian,
perkakas dapur dan penebat haba.

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/10

INPUT
Tahukah anda jenis-jenis plastik termo dan jenis-jenis plastik termoset?. Untuk
memahaminya dengan lebih mendalam tentang jenis, sifat dan kegunaanya mari ikuti
unit ini sampai akhir.
12.6.3 Jenis-Jenis Plastik Haba atau Plastik Termo
i)

Polietilena (PE)
Ini merupakan bahan plastik yang paling banyak digunakan. Ia tegar
dan boleh dilentur apabila melalui satu julat suhu yang besar dan
memperolehi kestabilan dimensi yang baik. Ianya mudah diacu dan
digunakan dalam membuat barangan seperti bekas makanan, bekas air,
beg, botol minuman. Untuk kegunaan dagangan, ia banyak digunakan
untuk membuat paip air, alat-alat kelengkapan kimia, kabel dan tahan
untuk bahan pelarut biasa. Kelemah bahan ini mudah pudar apabila
terdedah kepada cahaya matahari. Terdapat 2 jenis polietilena yang
mempunyai Ketumpatan Rendah (LDPE) dengan struktur rantai
bercabang.dan yang mempunyai Ketumpatan Tinggi (HDPE) dengan
struktur rantai lurus.
Sifat-sifat semulajadinya:Takat lebur : 110C - 137C
LDPE - kurang bercabang
penghabluran kurang
Ketumpatan rendah
HDPE - lebih bercabang
rantai cenderung bergabung dekat - lebih kehabluran.
lebih kekuatan
lutsinar (translucent)
Kos lebih tinggi
Sifat industri - Kaku (tough) pada suhu bilik dan suhu rendah
Kekuatan lebih untuk aplikasi produk
Kelenturan (flexibility yang baik sehingga 73C)
Merintang kakisan
Sifat penebat yang baik
Tidak menjerapkan
Kegunaan
bekas (container), penebat elektrik, Tiub kimia, peralatan dapur.

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

ii)

J3022/12/11

Polipropilena (PP)

Sifat-sifat
Takat lebur :165C - 177C
Tahan suhu sehingga 120C tanpa perubahan bentuk.
Kuat tetapi flexible.
Rintangan Kimia - kelembapan, haba.
Ketumpatan rendah
Kekuatan pengikat yang baik
Kestabilan dimensi
Kegunaan
Alatan dapur, packaging, alat makmal, Ware, botol, bahagian
alat elektrik (appliance part).

iii)

Polistirena
Bahan ini adalah plastik yang liat dan tumpat, keras dan tegar serta
mempunyai kestabilan yang baik tetapi mudah menjadi rapuh
disebabkan suhu peralihan kaca yang tinggi. Ia kurang tahan kepada
petrol dan pelarut organanan.
Sifat
Takat lebur : 150C - 243C
Tidak berbau.
Amat rapuh kecuali diubahsuai.
Tegar (rigid), inflexible pada suhu bilik.
Mudah diproses tapi cenderung menjadi rapuh.
Sifat hentaman boleh diperbaiki dengan kopolimeran
(copolymerization) dengan elastomer polybutadiene.
Kebaikan

Kestabilan dimensi yang baik


Sifat penebat yang baik
Kecutan tuangan yang rendah
Mudah diproses
Kos yang rendah

Keburukan
Kelembapan yang kurang baik
Diserang secara kimia oleh pelarut organik dan minyak
Kegunaan

Bahagian dalam kereta, perkakas plastik, alatan dapur.

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

iv)

J3022/12/12

Polivinyl Klorida (PVC)


PVC yang tidak diplastikan adalah keras dan liat. Ianya boleh
diacuankan menjadi beberapa barang bergerongga seperti pasu dan
paip. Jika PVC diplastikkan, ia menjadi mudah untuk diubahsuai dan
bergetah di mana dapat dijadikan untuk kalis air yang rendah, tiub paip
dan kabel elektrik. Ia juga mempunyai rintangan yang cukup baik
menentang serangan asid, alkali dan pelarut-pelarut biasa.
Sifat-sifat
Takat lebur : ~ 204C
Kehadiran atom Cl yang besar pada atom C menyebabkan PVC
bersifat amorfus tidak menghablur.
Kurang anjal dan boleh lentur
Kekuatan tinggi (7.5 - 9.0 ksi)
Rapuh
Sifat elektrik yang baik
Rintangan pelarut (solvent) yang baik
Jika kandungan klorin tinggi, PVC akan merintang kimia dan
api.
Kegunaan

v)

PVC sahaja kurang kegunaannya.


Jika ditambah pestabilan haba, pengisi (fillers) dan sebagainya
maka kegunaan boleh diperluaskan seperti paip, bingkai (frame)
tingkap.

Polimetil Metakrilat (PMMA)

Sifat
Takat lebur :160C
Tegar (rigid)
Lutsinar (transparent)
Kerintangan hentaman lebih baik dari kaca.
Kerintangan kimia yang baik.
Kerintangan lembapan yang baik.
Kegunaan
Glazing pada kapal, boat.
Papan tanda iklan
Pelindung keselamatan (shield)
Goggle keselamatan

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

vi)

J3022/12/13

Poliamides (NYLON)
Bahan ini adalah kuat, liat dan mudah diubahsuaikan. Mempunyai
rintangan lelasan tetapi kestabilan dimensi dan sifat penebat elektrik
terjejas kerana nilon menyerap air. Ianya mempunyai rintangan yang
baik atas serangan bahan pelarut biasa. Malangnya ia mudah luntur
apabila didedahkan kepada cuaca yang berterusan.

Struktur
Terdapat beberapa jenis nylon seperti nylon 6, nylon 6,6,6,10 dan nylon
6, 12. Unit ulangannya berbeza antara satu sama lain.
Sifat-sifat
Takat lebur - Nylon 6, 6 : 250 - 266C
Nylon 6 : 216 - 225C
Nylon mempunyai darjah kehabluran yang tinggi.
Kekuatan yang tinggi kerana ikatan hidrogen antara rantai-rantai
molekul.
Rintangan kimia yang baik
Kebolehlenturan (flexibility) rantai -rantai karbon menyebabkan
kelinciran yang baik, geseran pengikatan yang rendah.
Menyerap air.
Nylon 11 & 12 dengan rantaian karbon yang lebih panjang
antara kumpulan-kumpulan amida adalah kurang sensitif kepada
penyerapan air.
Kegunaan
Membuat gear, injap, alas, sesondol dan alat-alat pembedahan
yang tidak memerlukan pelinciran yang lain. Ia juga banyak
dijadikan bahan gentian untuk tekstil, tali pancing, tali mendaki.

12.6.4 Jenis-Jenis Plastik Termoset

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

i)

J3022/12/14

Fenol-Formaldehid
Fenol-formaldehid atau bakelit terhasil daripada pempolimeran
kondensasi di antara fenol yang bermulti fungsian dengan formaldehid.
Dalam tindakbalas ini, molekul air dibebaskan dan molekul-molekul
monomer fenol bersambung dengan kumpulan _CH2_. Mekanisme paut
silang yang dihasilkan, menghasilkan bahan plastik yang tegar dan
keras.
Bagi memperolehi ciri tertentu, berbagai-bagai jenis pengisi dan
pigmen dimasukkan. Bahan-bahan plastik yang berasaskan bahan jenis
ini dikenali sebagai fenolik.
Sifat bahan = rintangan elektrik yang tinggi, konduksi haba yang
rendah, rintangan terhadap minyak dan gris yang tinggi dan stabil
hingga suhu 150C.
Kegunaan = telefon, komponen plastik dalam kenderaan dan komponen
elektrik yang memerlukan penebatan yang tinggi.

ii)

Urea-Formaldehid / Amino-Formaldehid
Sebatian yang mempunyai kumpulan amina, _NH2, yang boleh
bertindakbalas dengan formaldehid yang menghasilkan polimer.
Terhasil daripada pempolimeran diantara urea yang mempunyai 4
fungsian dengan formaldehid. Tindak balas kondensasi menghasilkan
air dan menghasilkan sejenis plastik termoset. Sifat hampir sama
dengan bakelit. Kegunaan sama seperti bakelit dengan suhu kerja
sehingga 80C.

iii)

Melamina-Formaldehid
Melamina, sejenis sebatian amino siklik, boleh dikondensasi dengan
formaldehid untuk menghasilkan melamina-formaldehid,MF.
Sifat dan kegunaan sama seperti Urea-formaldehid tetapi rintangan
terhadap haba yang lebih baik sedikit dengan suhu kerja mencapai
kurang 95C.

iv)

Polyester
Polyester termoset adalah sangat keras dan kuat, dengan berat molekul
yang besar.
Kegunaan utma adalah untuk komponen plastik dalam kenderaan, topi
keledar, kerusi, kipas dan sebagainya.

v)

Epoksida

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/15

Bahan bahan epoksida terdiri daripada molekul-molekul polimer yang


mengandungi kumpulan epoksida yang sangat relatif. Untuk
menghasilkan satu bahan epoksida yang kuat, satu agen pengeras
hendaklah dicampurkan, ianya biasa terdiri daripada sebatian dalam
kumpulan amina.
Digunakan sebagai pelekat dan penyalut kerana sifatnya yang mudah
melekat pada kebanyakkan bahan.
vi)

Silikon
Silikon sama seperti karbon boleh membentuk molekul-molekul
polimer. Polimer yang berasaskan silikon dikenali sebagai silikona.
Silikona boleh terhasil dalam bentuk cecair, lilin, elastomer dan plastik,
berdasarkan darjah pempolimeran.
Kegunaan = untuk berbagai-bagai kegunaan selepas diperkuat dengan
serabut kaca dan penebat kepada suhu tinggi.
Boleh digunakan sehingga 200C dan boleh mencapai sehingga 800C
untuk kegunaan singkat.

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/16

12.7

Sifat-sifat Am Plastik
i.
Graviti tentunya rendah.
ii.
Perintang haba dan elektrik yang baik.
iii.
Kemasan muka yang baik.
iv.
Boleh diperolehi dalam berbagai warna dan lutsinar.
v.
Mempunyai kekuatan yang rendah berbanding logam.
vi.
Tidak sesuai untuk kegunaan pada suhu yang tinggi.
vii.
Kestabilan dimensi yang rendah terutama dalam cuaca yang
lembab.

12.8

Kebaikan Plastik
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Harga murah
Tahan lama
Sebahagiannya boleh dikitar semula
Mudah untuk dibentuk
Penebat elektrik yang baik
Sebahagian kalis air

12.9 Keburukan Plastik


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Ukuran boleh berubah disebabkan kelembapan


Suhu operasi yang rendah
Mudah rapuh pad suhu yang rendah
Lembut dan kurang anjal berbanding logam
Sebahagian plastik amat mudah terbakar
Sebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu unggu
Rayapan pada semu keadaan suhu

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/17

12.10 Kaedah Bagi Pembentukan Bahan Plastik:Tahukah anda di dalam proses pembuatan produk plastik, berbagai jenis mesin
digunakan bergantung kepada apakah bentuk produk dan jenis resin yang
digunakan . Di antara mesin mesin pembuatan plastik yang terdapat ialah:Pengacuanan Penyemperitan (Extrusion Moulding).
Pengacuanan Penyuntikan (Injection Moulding).
Pengacuanan Peniupan (Blow Moulding).
Pengacuanan Pindah/Mampatan (Transfer/Compression Moulding).

12.10.1 Pengacuanan Penyemperitan.


Proses pengacuan penyemperitan secara amnya adalah hampir sama
dengan proses pengacuan suntikan. Berbeza utama proses ini dengan
proses pengacuan suntikan ialah ia melibatkan operasi menghasilkan
produk panjangan berterusan serta mempunyai bentuk keratan rentas
yang sekata. Proses penghasilan produt dilakukan dengan cara serbuk
plastik dibawa ke bahagian hadapan dan ditekan oleh penyuap skrew.
Pemanas akan meleburkan plastik dan menolaknya melalui die. Bentuk
dan saiz die adalah mengikut spesifikasi yang dikehendaki dalam
pengeluaran. Gambarajah 12.5 di bawah menunjukkan kaedah
pengacuan penyemperitan

Gambarajah 12.5 : Kaedah Pengacuan Penyemperitan.

Contoh penghasilan : paip, tiub, dawai, kabel, kepingan, rod,


kepingan.kerangka tingkap dan lain lain.
Kelebihan:a) Ekstrusi berterusan.
b) Ukuran tepat.
c) Kemasan baik.
d) Ekonomik untuk penghasilan yang banyak.
Kekurangan;-

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/18

a) Kos membuat acuan yang tinggi.


b) Acuan cepat haus.
c) Perlu pengawalan rapi

12.10.2 Pengacuanan Penyuntikan


Konsep asas mesin pengacuan suntikan adalah keupayaan termoplastik
untuk dilembutkan semula dengan pemanasan dan dikeraskan semula
ke bentuk tertentu dengan penyejukan.Proses ini sesuai untuk
pengeluaran plastik haba seperti polietilena, polistirena dan sebagainya.
Ia merupakan proses yang paling cepat dan meluas digunakan.
Gambarajah 12.6 di bawah menunjukkan kaedah
pengacuan
penyuntikan.

Gambarajah 12.6: Kaedah Pengacuan Penyuntikan

Merujuk kepada Gambarajah 12.6, bahan plastik dimasukkan kedalam


ruang suntikan dan ditolak ke dalam bahagian zon pemanasan.
Contohnya:- nylon akan dipanaskan pada suhu 190 - 220C. Plastik
akan menjadi lembut dan ia akan mengalir melalui nozel apabila
dikenakan tekanan oleh pelocok. Seterusnya plastik alan masuk
kedalam acuan tertutup yang sejuk. Apabila acuan telah penuh, plastik
tadi disejukkan dengan cepat. Acuan dibuka setelah plastik memejal
dan komponen dikeluarkan.

Kelemahan proses pengacuanan penyuntikan

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/19

Masalah-masalah yang biasa berlaku semasa proses pengacuanan


penyuntikan ini ialah:i.
ii.
iii.
iv.
v.

Lekuk (sink) = disebabkan oleh suhu pengacuanan terlalu tinggi


atau tekanan terlalu tinggi.
Kilat (flashing) = disebabkan oleh acuan yang tidak rapat.
Buih (bubble) = acuan terlalu sejuk atau tekanan yang rendah.
Pengacuanan tidak lengkap = bahan plastik tidak dapat masuk
dengan sempurna cth ; gate yang kecil.
Garis kimpal (weld line) = acuan sejuk, suhu pengacuanan
rendah dan masa plastik disuntik terlalu singkat.

12.10.3 Pengacuanan Peniupan.


Mesin ini digunakan untuk menghasilkan bekas lubang berdinding
nipis. Proses ini bermula apabila bahan plastik di dalam bekas selinder
yang dipanggil `parison dilunjur keluar secepat mungkin diantara dua
acuan terpisah. Apabila acuan ditutup, udara akan ditiup dan menolak
bahan plastik ke permukaan acuan. Sebaik sahaja produk disejukkan,
acuan akan dibuka semula untuk membenarkan komponan dikeluarkan.
Gambarajah 12.7 di bawah menunjukkan kaedah pengacuan tiupan.

Gambarajah 12.7: Mesin Pengacuan Tiup

Di antara produk yang dihasilkan melalui cara ini adalah seperti


pembungkus kosmetik, botol dan bekas sabun cecair.

12.10.4 Mesin Pengacuan Mampatan

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/20

Proses pengacuan mampatan secara ringkasnya adalah satu proses


dimana acuan dua bahagian dicantumkan bersama dibawah satu
tekanan mampatan. Percantuman ini akan memberikan bentuk rongga
(cavity) berdasarkan bentuk komponen. Sebelum dicantumkan, bahan
plastik (biasanya termoset) diletakkan pada bahagian bawah acuan,
selepas itu acuan bahagian atas akan ditolak (dimampat) dan pada masa
yang sama acuan dipanaskan.
Bahan plastik akan melembut dan membentuk kepada komponen yang
dikehendaki dalam acuan rongga seperti yang ditunjukkan dalam
Gambarajah 12.8 di bawah.

Gambarajah 12.8 : Mesin Pengacuan Mampatan

Proses ini biasanya digunakan untuk menghasilkan produk produk


seperti soket, palam, penebat voltan di dalam TV, kotak suis dan
housing untuk komponen elektronik.

Kita dah habis tajuk pembelajara..


Bolehlah kamu semua mula ulangkaji
dan tanya saya mana-mana yang tak
faham

Aku rasa tidak ada


masalah dalam subjek
ini .A+

AKTIVITI 12 B

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/21

12.4

Senaraikan 4 (EMPAT) jenis plastik termosett dan 4 (EMPAT) jenis plastik


termo haba

12.5

Senaraikan 5 (LIMA) kebaikan dan 5 (LIMA) keburukan plastik

12.6

Berikan 4 (EMPAT) jenis mesin yang digunakan untuk menghasilkan produk


daripada plastik

12.7

Berikan 5 (LIMA) kelemahan proses pengacuanan penyuntikan

MAKLUM BALAS 12B

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/22

12.4
Termoplastik
Polistirena, polietelina, poliyamida, Akriliks, Vinil, Plastik selulusa
Termosetting
Eposkida, polyester, urea/Amino, Melamin, Fenolik

12.5
Kebaikan Plastik
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Harga murah
Tahan lama
Sebahagiannya boleh dikitar semula
Mudah untuk dibentuk
Penebat elektrik yang baik
Sebahagian kalis air

Keburukan Plastik
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Ukuran boleh berubah disebabkan kelembapan


Suhu operasi yang rendah
Mudah rapuh pad suhu yang rendah
Lembut dan kurang anjal berbanding logam
Sebahagian plastik amat mudah terbakar
Sebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu unggu
Rayapan pada semu keadaan suhu

12.6
i.
ii.
iii.
iv.

Pengacuanan Penyemperitan (Extrusion Moulding).


Pengacuanan Penyuntikan (Injection Moulding).
Pengacuanan Peniupan (Blow Moulding).
Pengacuanan Pindah/Mampatan (Transfer/Compression Moulding).

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/23

12.7
Kelemahan proses pengacuanan penyuntikan
Masalah-masalah yang biasa berlaku semasa proses pengacuanan
penyuntikan ini ialah:i.
ii.
iii.
iv.
v.

Lekuk (sink) = disebabkan oleh suhu pengacuanan terlalu tinggi


atau tekanan terlalu tinggi.
Kilat (flashing) = disebabkan oleh acuan yang tidak rapat.
Buih (bubble) = acuan terlalu sejuk atau tekanan yang rendah.
Pengacuanan tidak lengkap = bahan plastik tidak dapat masuk
dengan sempurna cth ; gate yang kecil.
Garis kimpal (weld line) = acuan sejuk, suhu pengacuanan
rendah dan masa plastik disuntik terlalu singkat.

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/24

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan TIGA (3) kebaikan dan TIGA (3) kelemahan penggunaan plastik di
dalam bidang kejuruteraan.
2. Dengan bantuan lakaran berikan 4 (EMPAT) jenis ikatan rantai polimer
3. Senaraikan 5 (LIMA) jenis plastik termosett dan 5 (LIMA) jenis plastik termo
haba
4. Berikan perbezaan proses pempolimeran tambahan dengan pempolimeran
pemeluapam.
5. Jelaskan perbezaan di antara termoplastik dengan plastik termoset serta berikan
DUA (2) contoh bagi setiap jenis plastik tersebut.
6. Dengan bantuan gambarajah, terangkan dengan jelas proses pembuatan plastik
secara kaedah Pengacuan Suntikan (injection Moulding).

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/25

MAKLUM BALAS

1.
Kebaikan Plastik
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Harga murah
Tahan lama
Sebahagiannya boleh dikitar semula
Mudah untuk dibentuk
Penebat elektrik yang baik
Sebahagian kalis air

Keburukan Plastik
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Ukuran boleh berubah disebabkan kelembapan


Suhu operasi yang rendah
Mudah rapuh pad suhu yang rendah
Lembut dan kurang anjal berbanding logam
Sebahagian plastik amat mudah terbakar
Sebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu unggu
Rayapan pada semu keadaan suhu

2.
IKATAN LELURUS

IKATAN SILANG

IKATAN CABANG

IKATAN RANGKAI

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/26

3.
Termoplastik
Polistirena, polietelina, poliyamida, Akriliks, Vinil, Plastik selulusa
Termosetting
Eposkida, polyester, urea/Amino, Melamin, Fenolik
4.
Proses Pempolimeran tambahan (addition)
Jenis pempolimeran ini berlaku di antara molekul-molekul monomer yang
mengandungi ikatan karbon C = C. apabila diberikan suhu, tekanan dan
pemangkin tertentu.
Proses Pempolimeran kondensasi ( Pemeluapan)
Jenis pempolimeran ini berlaku apabila dua sebatian monomer bertindak balas
bersama untuk menghasilkan polimer dan molekul-molekul kecil (biasanya air)
akan disingkirkan.

5.
Plastik Haba atau Plastik Termo Haba
i. Plastik jenis ini boleh dilembutkan dan dikeraskan berulang kali dengan
dikenakan kepanasan dan tekanan yang sesuai. Ia boleh terurai jika suhu
kepanasan yang terlalu tinggi dikenakan.
ii. Merupakan polimer lelurus yang terbentuk daripada rantai karbon panjang
yang terikat secara kovalen.
iii. Termoplastik boleh diperolehi dalam bentuk kepingan, tiub, kepingan nipis,
rod dan bahan-bahan pengacuanan.
iv. Pembentukan boleh dilakukan pada suhu diatas sedikit dari suhu didih air
dan memerlukan daya yang sedikit untuk mengubah bentuknya.
v. Diantara kegunaannya ialah bahan-bahan elektrik, hulu alatan, penebat,
pembungkus dan pakaian.
Plastik Termoset
i.
ii.
iii.
iv.

Merupakan bahan yang lebur semasa pemanasan kali pertama dan


kemudiannya terset atau terawet kepada bentuk yang keras dan tegar pada
suhu tersebut.
Selepas pembentukan pertama, perubahan tidak akan berlaku lagi walaupun
kepanasan dan tekanan dikenakan.
Selalunya lebih keras, lebih kuat dan lebih rapuh berbanding termoplastik.
Kegunaannya : peralatan penebat elektrik, lapisan gelas gentian, perkakas
dapur dan penebat haba.

http://modul2poli.blogspot.com/

PLASTIK

J3022/12/27

6.
Pengacuanan Penyuntikan
Konsep asas mesin pengacuan suntikan adalah keupayaan termoplastik
untuk dilembutkan semula dengan pemanasan dan dikeraskan semula
ke bentuk tertentu dengan penyejukan. Proses ini sesuai untuk
pengeluaran plastik haba seperti polietilena, polistirena dan sebagainya.
Ia merupakan proses yang paling cepat dan meluas digunakan.

Kaedah Pengacuan penyuntikan


bahan plastik dimasukkan kedalam ruang suntikan dan ditolak ke dalam
bahagian zon pemanasan. Contohnya:- nylon akan dipanaskan pada
suhu 190 - 220C. Plastik akan menjadi lembut dan ia akan mengalir
melalui nozel apabila dikenakan tekanan oleh pelocok. Seterusnya
plastik alan masuk kedalam acuan tertutup yang sejuk. Apabila acuan
telah penuh, plastik tadi disejukkan dengan cepat. Acuan dibuka setelah
plastik memejal dan komponen dikeluarkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai