Anda di halaman 1dari 2

AMALINA BT SAHARUDIN

D20191088129
Peraturan dan amalan keselamatan merupakan perkara penting yang perlu ditekankan semasa
melakukan kerja amali di bengkel. Oleh itu, penekanan terhadapnya perlu dipupuk kepada setiap
pelajar supaya menjadi budaya ketika berada di bengkel. Peraturan atau lebih dikenali dengan
Standard Operation Procedure adalah salah satu peraturan yang wajib dipatuhi oleh pelajar
yang belajar di dalam bengkel untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan perkara yang
tidak diingini berlaku.
Oleh itu, peti pertolongan cemas perlu sentiasa berada di dalam bengkeldan diletakkan di
tempat yang sesuai dan mudah dicapai. Peti pertolongan cemas perlu lengkap mengandungi
ubat-ubatan serta peralatan asas yang yang dibeli dari farmasi.
Peraturan keselamatan penting dan wajib dipatuhi semasa di dalam bengkel. Peraturan
keselamatan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu peraturan keselamatan am, peraturan
keselamatan diri dan peraturan keselamatan alatan dan bahan.
Pelajar perlu mematuhi peraturan keselamatan am di dalam bengkel supaya tidak berlakunya
kejadian yang tidak diingini. Peraturan keseamatan am lebih dititikberatkan menggunakan
akal yang waras dan mengikut logik ketika berada di dalam bengkel. Contohnya seperti,
memastikan kebersihan dan kekemasan kawasan kerja dan tidak menggunakan peralatan
yang tumpul dan rosak.
Peraturan keselamatan diri fokus kepada kekemasan diri seperti tidak memakai barangan
kemas dan menggunakan gogal dan perlindung muka ketika bekerja bagi mengelakkan
kemalangan berlaku.
Seterusnya, peraturan keselamatan alatan dan bahan pula perlu menjaga, menyusun atur dan
menyimpan peralatan dan bahan di dalam bengkel untuk memastikkan kekemasan di dalam
bengkel dalam keadaan baik serta mengelakkan kemalangan berlaku di dalam bengkel. Selain
itu, memastikan setiap peralatan dan mesin yang telah digunakan diletakkan balik pada
tempat asal sebelum keluar daripada bengkel.
Penyalahgunaan alatan, bahan dan mesin boleh mengakibatkan kemalangan yang tidak
diingini berlaku di dalam bengkel jika pelajar tidak didedahkan mengenai keburukan tidak
mematuhi peraturan dan Penyalahgunaan alatan, bahan dan mesin di dalam bengkel. Selain
itu juga, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah seperti mesin perlu diuji sebelum
digunakan semasa sesi pembelajaran PdPc. Pelajar juga perlu memakai yang pakaian yang
disediakan di dalam bengkel semasa mengendalikan mesin.
Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diigini berlaku pengcahayaan yang cukup dan
pengalihudaraan yang baik juga perlu dititikberatkan agar memudahkan pelajar untuk
membuat kerja dan pembelajaran di dalam bengkel. Selain itu, pendawaian elektrik perlu
mengikut peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian seperti litar pintas yang
boleh terjadi kebakaran di dalam bengkel. Bahan api atau oksigen yang terdapat di dalam
bengkel boleh menjadi sebab kebakaran itu berlaku.Oleh itu, alat pemadam api perlu
diletakkan di tempat yang strategik.
Kelalaian daripada sikap pelajar di dalam bengkel seperti tidak mematuhi peraturan bengkel
dan tidak memakai kelengkapan perlindungan keselamatan semasa membuat kerja dan tidak
mengambil kira kemampuan diri sebelum membuat kerja yang berat boleh mengakibatkan
terjadi kemalangan seperti luka,terjatuh atau berlanggar semasa bekerja, pengsan dan
kebakaran. Oleh itu jika berlaku kemalangan, pelajar perlu melaporkan kepada guru di dalam
bengkel.
Akhir sekali, guru perlu mendedahkan pelajar dengan peralatan pencegahan kebakaran
seperti pengesan asap, hydran, sprinkle dan alat pemadam api. Guru juga perlu
memperingatkan pelajar mengenai kawasan punca api supaya pelajar sentiasa berwaspada
dan berhati-hati semasa melakukan kerja di dalam bengkel.

Anda mungkin juga menyukai