Anda di halaman 1dari 34

GERUDI

BAB 2

GERUDI
OBJEKTIF AM
Dapat mengetahui jenis-jenis mata gerudi
berkebolehan mengendalikan mesin gerudi.

dan

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

Mengenali bahagian utama dan fungsi gerudi pintal.


Mengetahui cara menentukan saiz gerudi.
Mengenali bahan membuat gerudi.
Mengetahui kaedah menanda sebelum menggerudi.
Memahami cara memasang mata gerudi dan benda kerja
sebelum menggerudi.
Membezakan jenis-jenis mata gerudi.
Mengetahui cara mencanai dan mengasah sebatang
gerudi pintal.
Mengetahui kesan pada lubang jika mata gerudi tidak
dicanai dengan betul.
Menamakan bahagian-bahagian mesin gerudi.
Mengira kelajuan pusingan pengumpar(PPM),kadar
suapan dan factor pemilihan kelajuan pemotongan.
Mengenali jenis-jenis penyejuk, fungsi dan kegunaannya.
Mengetahui langkah penjagaan mata gerudi dan mesin
gerudi.
Mengetahui langkah keselamatan semasa menggerudi.
Memahami kepentingan memegang benda kerja dengan
kemas semasa menggerudi.
Mengenali jenis pemegang benda kerja pada mesin
gerudi.
Mengetahui kaedah menggerudi lubang besar.
Memahami kepentingan menggerudi pusat dan lubang
pandu.
Mengetahui kegunaan jigs dan langkah yang perlu diberi
perhatian semasa menggerudi.

GERUDI

BAB 2

INPUT

5.0 PENGENALAN
Gerudi ialah yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam.
Proses menggerudi lubang biasanya dibyat dengan menggunakan mesin gerudi
atau mesin larik. Gerudi diperbuat daripada keluli taha lasak dan tungsten karbida

MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI


5.1

Bahagian utama dan fungsi gerudi pintal.

Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel


mesin untuk kerja-kerja am. Ia mempunyai dua lurah
heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada
garis pusatnya. Hujung matanya berbentuk kon dan
dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong
dan sudut kelegaan (lihat rajah 5.1(a)). Terdapat juga
gerudi pintal yang digunakan untuk kerja-kerja khas
iaitu:
RAJAH 5.1(A)

GERUDI

BAB 2

(a)

Gerudi pintal tiga lurah atau empat lurah

(b)

Gerudi pintal sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi


Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliknya sama
ada lebih kecil atau lebih besar daripada sudut heliks biasa. Sudut heliks
biasa ialah 30. Keistimewaannya ialah ia sesuai untuk menggerudi logam
tempawan dan logam liat. Selain, itu gerudi ini juga menghasilkan lubang
yang dalam. Gerudi pintal sudut heliks rendah pula sesuai untuk
menggerudi bahan-bahan plastik, gentian (fiber), asbestos, bakelit dan
logam-logam tiruan yang lain.(Lihat Rajah 5.1(g) dan 5.1(h)).

GERUDI

BAB 2

BAHAGIAN-BAHAGIAN GERUDI PINTAL


BADAN
Badan terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada :

(a)

Hujung mata

Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai dengan
sudut kandung 118, bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini dengan
masing-masing membentuk sudut 59 dari paksi. Panjang hujung mata biasanya
1/3 daripada garis pusat gerudi.
(b)

Pusat mata

Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan
bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan
memudahkan gerudi masuk kedalam permukaan logam.
(c)

Bibir pemotong

Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk
daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir
pemotong ini dibuat sama panjang.
(d)

Lurah

Lurah terdapat disepanjang bahagian badan.fungsinya ialah:


(i)

Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung


berbentuk kon.

(ii)

Untuk membentuk lorong-lorong bagi tatal keluar.

(iii)

Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata.

(iv)

Untuk memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit.

(e)

Lengkang lurah

Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap sebagai


tulang belakang gerudi ldan lebih tebal dibahagian pangkal supaya gerudi menjadi
lebih tegap.
4

GERUDI

BAB 2

(f)

Jidar

Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah. Gunanya ialah
untuk memberi telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak
bergesel. Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan
menghilangkan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit.
BATANG
Bahagian gerudi yang masuk kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang
sendi yang dinamakan batang. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
(a)

Batang Lurus

Batang lurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang
(Rajah 5.8 (a)). Biasanya ia dipegang dalam cuk gerudi (Rajah 5.9).

(b)

Batang Tirus

Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mempunkyai saiz lebih
daripada 13 mm (Rajah 5.8(b)). Batang jenis ini boleh menetapkan
5

GERUDI

BAB 2

kedudukannya sendiri. Ia boleh ;dipasang pada spindal mesin melalui


liang sendi (Rajah 5.10) atau soket (Rajah 5.11) bagi menyesuaikan saiz.
Batang gerudi dan lubang spindal mesin serta lubang liang sendi masingmasing mempunyai tirusan Morse.

PUTING
Puting berbentuk nipis, etrletak dibahagian pangkal gerudi. Puting terdapat pada
gerudi batang titus sahaja. Fungsi puting ialah untuk memudahkan gerudi diputar
kerana puting boleh masuk kedalam alur yang terdapat di dalam lubang spindal
mesin atau soket (Rajah 5.12) atau liang sendi. Gerudi batang tirus boleh
ditanggalkan dari spindal dengan mudah menggunakan alat perenggang (Lihat
Rajah 5.13).

GERUDI

BAB 2

5.2

CARA MENENTUKAN SAIZ GERUDI

Saiz gerudi terdapat dalam empat sistem ukuran iaitu:


A)

Saiz Dalam Sistem Metrik

Bagi gerudi jenis kecil, saiznya ialah daripada 0.04 mm hingga 0.09 mm dalam
langkauan 0.01 mm. Sementara saiz gerudi biasa ialah daripada 0.5 mm hingga
20mm bagi jenis batang lurus dan 8 mm hingga 80 mm bagi jenis batang tirus.
B)

Saiz Dalam Sistem Pecahan

Gerudi mempunyai julat saiz daripada 1/64 inci hingga 3 inci dalam langkauan
1/64 inci atau 1/32 inci.
C)

Saiz Dalam Sistem Angka

Dalam sistem ini, saiz diberi dengan angka 1 atau bersamaan dengan 0.228 inci
hingga angka 97 atau 0.0059 inci.
D)

Saiz Dalam Sistem Huruf

GERUDI

BAB 2

Gerudi juga mempunyai saiz daripada huruf A hingga Z. Gerudi yang bersaiz A
merupakan saiz yang paling kecil dalam set gerudi iaitu 0.234 inci manakala saiz
Z pula merupakan saiz yang paling besar iaitu 0.413 inci.
E)

Cara Menguji Saiz Gerudi

Saiz gerudi boleh diuji atau diukur dengan tolok gerudi (Gambar foto 5.1). tolok
ini juga boleh didapati dalam semua sistem saiz gerudi. Saiz gerudi juga boleh
diukur dengan mikrometer (Rajah 5.23). ukuran hendaklah dibuat merentasi jidar
gerudi. Selain menguji ataupun mengukur saiz gerudi dengan menggunakan alat
yang disebutkan tadi,saiz gerudi juga ditandakan pada bahagian batangnya.
Bagaimanapun, tanda ini selalunya hilang apabila gerudi itu selalu digunakan.

5.3

BAHAN MEMBUAT GERUDI

Gerudi digunakan untuk menebuk lubang bulat pada permukaan benda kerja yang
mempunyai jenis bahan yang berbeza. Oleh itu saiz dan bahan mata gerudi dibuat
bebeza-beza untuk membuat berbagai jenis proses, dimana kebiasaannya saiz
gerudi kecil diperbuat daripada keluli tahan lasak (high speed steel) manakala
bagi gerudi yang besar bahannya diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi (high
karbon steel) atau tungsten karbida.

5.4

KAEDAH MENANDA SEBELUM MENGGERUDI

Langkah-langkah yang berikut perlu diikut bagi mendapatkan kedudukan lubang


yang tepat.
8

GERUDI

BAB 2

i)

Tandakan pusat lubang dengan penebuk cucuk.

ii)

Buat dua bulatan, satu daripadanya mengipkut saiz lubang dan lyang satu
lagi kecil sedikit (Rajah 5.32). tujuannya ialah supaya pemotongan yang
dibuat oleh mata gerudi dapat dilihat dengan mudah.

iii)

Tebuk pusat lubang tadi dengan penebuk pusat.

iv)

Hidupkan mesin dan pastikan ;mata

gerudi betul-betul diatas pusat

lubang.
v)

Periksa sama ada gerudi berputar sepusat atau tidak sepusat. Cara
mengujinya ialah dengan melihat kesan mata gerudi, sama ada diatas pusat
lubang atau terkeluar dari pusat lubang (Lihat Rajah 5.33).

vi)

Sekiranya pemotongan terkeluar dari pusat lubang, maka pusat lubang


hendaklah diperbetulkan dengan cara membuat satu l;engkang lurah atau
alur dengan menggunakan pahat mata bulat (Rajah 5.34). ini bermakna
kedudukan pusat diubah.

GERUDI

5.5

BAB 2

CARA MEMASANG MATA GERUDI DAN BENDA KERJA SEBELUM


MENGGERUDI
Untuk mendapatkan satu proses menggerudi yang baik dan kerja-kerja yang
berkaitan dengan mesin gerudi, salah satu factor ialah mata gerudi dan benda
kerja mestilah diikat atau dipasang dengan betul.berbagai bentuk dan jenis alatan
tambahan yang digunakan untuk mengikat, dibuat bersesuaian dengan benda
kerja.
Bagi memasang gerudi batang lurus yang bersaiz kecil khususnya yang bersaiiz
13 mm atau lebih kecil darinya, biasanya dipegang dalam cuk gerudi (Lihat Rajah
5.8 dan Rajah 5.9). Manakala gerudi batang tirus khususnya untuk gerudi besar
yang mempunyai saiz lebih daripada 13 mm, ia boleh dipasang terus pada spindal
mesin melalui liang sendi (Rajah 5.10) atau soket (Rajah 5.11). Gerudi batang
tirus boleh ditanggalkan dari spindal dengan mudah menggunakan alat
perenggang (Lihat Rajah 5.13).
Penggunaan ragum atau pengikat yang sesuai dengan proses kerja menggerudi
adalah salah satu faktor menghasilkan proses kerja yang baik, dan mengikat benda
kerja dengan baik juga salah satu factor untuk mendapatkan hasil kerja yang baik.
Berikut adalah kaedah mengikat benda kerja pada ragum gerudi :

1.

Bersihkan ragum mesin dengan kain dan pastikan tidak ada kekotoran atau
tatal melekat pada ragum.

2.

Pilih sepasang bilah selari yang sesuai tingginya dan bersihkannya.

3.

Kikir tipi bahan kerja yang tajam sebelum memasang di dalam ragum.

4.

Letakkan bahan kerja diatas bilah selari dan pastikan bahagian yang
hendak hendak digerudi atau yang bertanda berada disebelah atas.

5.

Ikat rgum kuat dengan tangan. Jangan guna pengetuk untuk mengikat
ragum.

6.

Dengan menggunakan pengetuk lembut atau gandin, ketuk dengan


perlahan-lahan keempat-empat penjuru sehingga bilah selari tidak
bergerak.
10

GERUDI

BAB 2

7.

Sekarang operasi menggerudi boleh dijalankan tetapi pastikan ragum


diikat pada meja mesin gerudi supaya benda kerja tidak bergerak semasa
proses menggerudi dijalankan.

11

GERUDI

BAB 2

AKTIVITI 5 A

5.1

Senaraikan empat jenis gerudi pintal

5.2

Bagaimana saiz sebatang gerudi diuji

5.5

Senaraikan dua jenis bahan membuat gerudi

5.6

Terangkan dua kesan pada benda kerja sudut mata gerudi tidak dicanai
denagn betul
a. ________________________________________________
b. ________________________________________________

12

GERUDI

BAB 2

5.7

PERBEZAAN JENIS-JENIS GERUDI

Gerudi dibuat berbagai-bagai jenis dan bentuk supaya bersesuaian dengan kerja
yang dilakukan dan mempercepatkan lagi kerja-kerja diindustri pengeluaran.
Diantara jenis-jenis gerudi yang biasa digunakan ialah :
1.

GERUDI PINTAL (TWIST DRILL)

Bentuknya seakan-akan suatu benda yang dipintal. Pintalan ini adalah dari dua
laluan lurah yang berbentuk helik melalui sepanjang badan gerudi. Gerudi ini
digunakan dalam kerja-kerja umum.
2.

GERUDI

BERGABUNG/GERUDI

PUSAT

(COMBINATION

&

COUNTERSINK/CENTRE DRILL)
Mempunyai dua hujung dan dua pembenam yang bersudut kandung 60 dan
hujung 118. Digunakan untuk menggerudi hujung bahan pada mesin pelarik
supaya dapat disokong oleh tetengah pelarik dan untuk membuat lubang benam
yang kecil serta boleh juga membuang tajam pada hujung lubang yang telah
digerudi. Gerudi ini dibuat dalam dua arah , arah kiri dan arah kanan.
3.

GERUDI HUJUNG RATA

Bentuk hujung yang rata pada gerudi ini digunakan untuk meratakan bahagian
dalam lubang buntu supaya berbentuk tepat 90.
4.

GERUDI PIPIH (FLAT DRILL)

Bentuk hujung gerudi ini pipih dan bersudut 45. Digunakan untuk menebuk
lubang yang besar dalam kerja-kerja melarik.
5.

GERUDI LUBANG BENAM (COUNTERSINK DRILL)

Gerudi ini berukuran besar pada hujung dan kecil pada batang. Hujung gerudi ini
bersudut 60. Digunakan untuk membuat lubang benam bagi membenamkan skru
kepala benam dan rivet kepala benam. Ia juga boleh digunakan untuk membuang
segi pada hujung lubang yang telah digerudi.
6.

GERUDI LUBANG SENGGAT (COUNTERBORE DRILL)

13

GERUDI

BAB 2

Gerudi ini mempunyai dua tingkat garispusat. Satu bagi pemotong dan dihujung
terdapat satu batang pemandu untuk menahan batang gerudi semasa menggerudi.
Digunakan untuk melubang tingkat bagi membenamkan kepala nat atau kepala
pasak.
7.

GERUDI LURAH LURUS (STRIGHT FLUTED DRILL)

Bentuk lurah gerudi ini lurus sahaja. Digunakan untuk melubang pada bahan yang
lembut seperti aluminium dan juga bahan yang nipis.
8.

GERUDI LUBANG MINKYAK (OIL HOLE DRILL)

Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal. Pada bahagian badan gerudi ini
terdapat saluran ;minyak yang terus keluar ke bahagian hujung, ini bertujuan
minyak dapat disalurkan terus kedalam permukaan lubang. Ini dapat mengelakan
kepanasan pada benda kerja. Gerudi ini digunakan dalam perindustrian yang
berat.
9.

GERUDI LURAH BANYAK (MULTIPLE FLUTE DRILL)

Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal tetapi lurah yang memintal pada
badan gerudi ini adalah lebih dari dua. Digunakan dalam kerja-kerja berat.
10.

GERUDI BERTANGGA (STEP DRILL)

Benktuk gerudi ini sama seperti gerudi pintal tetapi ianya mempunyai dua ukuran
garispusat. Gerudi ini digunakan dalam kerja-kerja besar dan pengeluaran.
GAMBAR N10

14

GERUDI

5.7

BAB 2

CARA MENCANAI DAN MENGASAH SEBATANG GERUDI PINTAL


Untuk mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal faktor penting yang perlu
diambil kira ialah sudut-sudut yang hendak dicanai. Terdapat tiga jenis sudut yang
harus diberi perhatian iaitu :
1.

Sudut Pemotong

2.

Sudut Kelegaan Bibir Pemotong

3.

sudut Heliks.

1.

SUDUT PEMOTONG

Sudut pemotong bagi gerudi biasa ialah 59 dari paksi iaitu membahagi dua sudut
kandung mata gerudi. Jika sudut ini dicanai dengan betul maka, dengan
sendirinya bibir pemotong menjadi sama panjang, jika tidak, lubang yang
dihasilkan menjadi besar. Bukaan sudut pemotong ini boleh diuji dengan tolok
sudut gerudi (Lihat Rajah 5.14).

RAJAH 5.14
Bukaan sudut pemotong adalah berbeza-beza iaitu bergantung pada jenis logam
yang hendak digerudi. Sudut yang lazim digunakan ditunjukan dalam rajah 5.15.
Bagi logam keras, sudut pemotongannya lebih besar, tetapi bagi logam lembut
sudutnya lebih kecil. (Lihat Jadual 5.1).

15

GERUDI

BAB 2

RAJAH 5.15

2.

SUDUT KELEGAAN BIBIR PEMOTONG


Sudut kelegaan bibir pemotong tebentuk dengan mencanaikan permukaan
belakang hingga ke tumit tepi pemotong. Fungsi sudut kelegaan ini ialah supaya
permukaan hujung mata tidak bergesel dengan benda kerja. Sebagaimana sudut
pemotong, sudut kelegaan bibir pemotong juga berbeza-beza, bergantung pada
jenis bahan yang hendak digerudi (Lihat Jadual 5.1).

16

GERUDI

BAB 2

Untuk jerja-kerja am, sudut kelegaan dicanai antara 8 hingga 12. Bukaan sudut
yang terlalu besar boleh menyebabkan hujung mata gerudi patah kerana tidak
cukup sokongan.(Lihat Rajah 5.16).

3.

SUDUT HELIKS
Sudut heliks adalah tetap dan tidak dapat diubah dengan cara
mencanai kerana ia telah sedia dibentuk semasa membuat gerudi. Sudut
heliks tinggi digunakan untuk menggerudi logam keras dan teguh,
sementara sudut heliks rendah digunakan untuk menggerudi logam
lembut. Sudut heliks biasanya 30.

17

GERUDI

5.8

BAB 2

KESAN PADA LUBANG JIKA MATA GERUDI TIDAK DICANAI DENGAN


BETUL
Pembentukan hujung mata gerudi yang betul adalah perkara penting yang perlu
diberi perhatian semasa mencanai mata gerudi. Ini termasuklah mencanai sudut
pemotong yang sama besar bukaan dari paksi, bibir pemotong yang sama panjang,
;sudut kelegaan bibir pemotong yang munasabah serta menipiskan lengkang lurah
dengan betul. Keempat-empat faktor diatas boleh mempengaruhi kerja
menggerudi serta hasilnya dari segi :
1.

Mengawal saiz dan mutu sudahan lubang

2.

Mengawal tatal atau saiz dan pembentukannya

3.

Mengawal cara tatal keluar

4.

Menguatkan tepi pemotong supaya tidak cepat haus

5.

Mengurangkan geseran dan kepanasan

Berikut ini diterangkan lima jenis kesilapan yang sering berlaku semasa mencanai
bibir pemotong serta kesan daripada kesilapan tersebut, iaitu :
(a)

SUDUT PEMOTONG SAMA BESAR TETAPI PANJANG BIBIR


PEMOTONG BERBEZA

Pusat mata sama letaknya dengan paksi tetapi hanya satu lurah sahaja yang boleh
memotong bahan. Akibatnya lubang lakan menjadi besar (Rajah 5.17).
(b)

PANJANG BIBIR PEMOTONG SAMA TETAPI BUKAAN SUDUT


PEMOTONG BERBEZA

Ini mengakibatkan pusat mata terkeluar dari paksi, hanya satu lurah yang bekerja
dan lubang menjadi besar akibat putaran hanya pada pusat mata. Seterusnya
gerudi akan bergoncang dan ini boleh mengakibatkannya patah (Rajah 5.18).
(c)

KEDUA-DUA SUDUT DAN PANJANG BIBIR PEMOTONG TIDAK


SAMA

Pusat mata terkeluar dari paksi, hanya lurah yang bekerja, gerudi berputar pada
pusat mata dan ini menyebabkan lubang menjadi besar (Rajah 5.19).

18

GERUDI

BAB 2

(d)

SUDUT KELEGAAN BIBIR PEMOTONG YANG TERLALU BESAR


DAN TERLALU KECIL

Hujung mata boleh patah sekiranya sudut kelegaan terlalu besar kerana tidak
cukup sokongan, sebaliknya jika sudut kelegaan terlalu kecil, geseran akan
berlaku, ini mengakibatkan permukaan hujung mata menjadi cepat panas, beban
gerudi bertambah kerana gerudi sukar masuk kedalam benda kerja. Ini akan

19

GERUDI

BAB 2

menghasilkan penyudahan kerja yang tidak memuaskan dan kemungkinan juga


gerudi akan patah. (Rajah 5.20 dan 5.21).

(e)

LENGKANG LURAH YANG DINIPISKAN TIDAK SEIMBANG


TEBALNYA DARI PAKSI GERUDI

Lengkang lurah harus dinipiskan sekiranya gerudi semakin pendek, ini adalah
kerana lengkang lurah semakin tebal arah ke pangkal. Jika lengkang lurah dicanai
tebal sebelah (Rajah 5.22), ia boleh menyebabkan kesepusatan lengkang lurah dan
garis pusat luar gerudi tidak tepat. Pusat mata yang tidak beranjak dari paksi
mungkin menyebabkan gerudi berputar belong/gelong.

20

GERUDI

5.9

BAB 2

NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN GERUDI


Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini yang biasa digunakan
dibengkel mesin dimana kebanyakannya menggunakan kuasa letrik samaada
ianya jenis mudah alih atau jenis tetep, diantaranya ialah :
1.

Mesin gerudi tangan (hand drill)

2.

Mesin gerudi tangan mudahalih (protable electric drill)

3.

Mesin gerudi meja (bench drilling machine)

4.

Mesin gerudi jenis tiang (biliar drilling machine)

5.

Mesin gerudi jenis turus (column type drilling machine)

6.

Mesin gerudi jejarian (radial arm drilling machine)

7.

Mesin gerudi gandar berkumpulan (gang spindle drilling machine)

8.

Mesin gerudi banyak gandar (multi spindle machine)

Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini nanum
konsep asas dan bahagian-bahagian utama mesin gerudi adalah sama. Gambarajah
mesin gerudi dibawah menunjukkan nama-nama bahagian pada sesebuah mesin
gerudi.

21

GERUDI

5.10

BAB 2

PENGIRAAN KELAJUAN PUSINGAN PENGUMPAR (PPM), KADAR


SUAPAN DAN FAKTOR PEMILIHAN KELAJUAN PEMOTONGAN
Kelajuan pemotongan ialah pangjang ukuran lilitan mata gerudi dalam ukuran
meter yang dikira apabila ia berputar dalam masa satu minit.
Sebagai contoh, keluli lembut mempunyai kelajuan pemotongan 30 meter per
minit, ini bermakna spindal mesin perlu berputar supaya ukuran lilitan mata
gerudi itu 30 meter dalam masa satu minit. Oleh sebab mata gerudi terdiri
daripada berbagai-bagai saiz, maka spindal juga mempunyai berbagai-bagai
tingkat kelajuan.
Bilangan putaran spindal yang perlu untuk mendapatkan kelajuan memotong yang
betul disebut putaran per minit (PPM). Pada amnya gerudi kecil memerlukan
bilangan putaran yang lebih banyak dalam satu minit berbanding dengan gerudi
besar. Untuk menghitung kelajuan spindal, perkara-perkara berikut perlu
diketahui :
1.

Kelajuan memotong bahan

2.

Garis pusat mata gerudi

Formula
Untuk menghitug putaran per minit
Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong (meter per minit)
X Garis pusat (milimeter)
Unit meter perlu ditukarkan kepada unit milimeter, oleh itu
Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong X 1000
X Garis pusat
iaitu,

(PPM) = KP

1000

D
Contoh 5.1
Hitung kelajunan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi
lubang yang bergaris pusat 15 milimeter diatas sekeping keluli lembut dengan
menggunakan gerudi tahan lasak. Kelajuan memotong yang digunakan ialah 30
meter per minit.
PPM = KP

1000
22

GERUDI

BAB 2

D
PPM = 30

1000

3.142 X 15
= 636
Contoh 5.2
Hitung kelajuan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi
lubang yang bergaris pusat 35 milimeter pada sekeping keluli lembut dengan
kelajuan memotong 25 meter seminit. Mata gerudi yang digunakan ialah sejenis
keluli tahan lasak.
PPM = KP

1000

D
PPM = 25

1000

3.142 X 35
= 227.2
HANTARAN
Hantaran ialah panjang juluran mata gerudi yang masuk ke dalam benda kerja
pada tiap-tiap satu putaran penuh spindal.
Kadar hantaran adalah penting untuk menentukan hayat mata gerudi. Jika terlalu
laju, mungkin tepi pemotongnya pecah, sebaliknya jika terlalu perlahan, hujung
mata bergesel dan cepat menjadi panas.
Formula
Untuk menghitung anggaran masa menggerudi
Anggaran masa menggerudi =

P
H X PPM

Dimana,

d = Dalam lubang
P = Panjang juluran mata gerudi ( Dalam lubang + panjang hujung
mata )
= d + ( 0.3 X D )
D = Garis pusat gerudi dalam milimeter
PPM = Putaran per minit
H = Hantaran pemotong mata gerudi dalam mm per putaran
23

GERUDI

BAB 2

Contoh 5.3
Kira masa yang diambil untuk menggerudi satu lubang yang bergaris pusat 15
mm dan 52 mm dalam. Kadar hantaran pemotong ialah 0.23 mm dan kelajuan
spindal ialah 320.
Anggaran masa menggerudi =

P
H X PPM

= 52 + ( 0.3 X 15 )
0.23 X 320
=

56.5
0.23 X 320

= 56.5
73.6
= 0.77 minit atau 46 saat
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN HANTARAN DAN KELAJUAN
Berikut ialah beberap faktor pemilihan kelajuan spindal :
1. Jenis dan keadaan mesin.
2. Ketepatan dan penyudahan kerja.
3. Kuatnya atau tegapnya benda kerja dipegang dalam mesin.
4. Penggunaan bendalir pemotong.
5. Jenis bahan
6. Bahan mata gerudi
5.11

JENIS-JENIS PENYEJUK, FUNGSI DAN KEGUNAANNYA


Bendalir pemotong menjadi unsur yang sangat penting dalam operasi pemesinan
seperti

melarik,

mencanai,

meraut,

menggerudi,

menggerudi,

melulas,

membenang ( dalam dan luar ), memotong bahan, kerja-kerja tekan dan


sebagainya.
Sebab utama bendalir pemotong digunakan dalam kerja menggerudi ialah untuk
membebaskan haba daripada gerudi dan benda kerja. Tindakan geseran antara
mata pemotong dengan tatal yang dirincih menghasilkan haba yang boleh
menyebabkan tepi mata pemotong melekat seterusnya boleh memecah atau

24

GERUDI

BAB 2

mematahkan gerudi tersebut. Keadaan ini menghasilkan permukaan lubang yang


tidak baik dn kerja yang tidak tepat.
Bendalir pemotong boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah :
1. Minyak pemotong atau minyak galian.
Tiga jenis minyak galian yang aktif :
(a) Minyak galian bersulfur
(b) Minyak galian sulfur berklorin
(c) Minyak galian berlemak
Tiga jenis minyak galian yang tak aktif :
(a) Minyak galian biasa.
(b) Minyak galian lelemak.
(c) Minyak galian lelemak bersulfur.
2. Minyak boleh larut.
Tiga jenis minyak boleh larut :
(a) Minyak galian boleh larut.
(b) Minyak boleh larut lelemak tinggi.
(c) Minyak boleh larut tekanan lampau.
3. Bendalir pemotong tiruan atau kimia.
4. Penyejuk khas.

FUNGSI BENDALIR PEMOTONG


Terdapat berbagai-bagai fungsi bendalir pemotong antaranya ialah :
1. Untuk menyejukkan tepi mata pemotong.
2. Untuk menyejukkan benda kerja.
3. Mengurangkan geseran yang berlaku antara gerudi denlgan gerudi.
4. Membantu memecahkan tatal.
5. menghindar tatal dari melekat ditepi jidar atau bibir pemotong.
6. Untuk mengeluarkan serpihan-serpihan tatal.

25

GERUDI

BAB 2

KEBAIKAN MENGGUNAKAN BENDALIR PEMOTONG


1. Menjimatkan kos gerudi. Penggunaan bendalir pemotong menyebabkan
gerudi lambat haus dan tahan lama, dan dapat menjimatkan masa mengasah
gerudi.
2. Meningkatkan produktiviti. Penggunaan bendalir pemotong membolehkan
kelajuan mesin yang tinggi digunakan, dan kerja-kerja dapat dijalankan
dengan lebih pantas lagi.
3. Menjimatkan tenaga. Disebabkan geseran dapat dikurangkan, mesin-mesin
tidak menggunakan tenaga yang berlebihan.
4. Meningkatkan mutu. Gerudi dapat melakukan pemotongan dengan baik dan
berkesan dan boleh menghasilkan sudahan kerja yang baik dan kerja yang
tepat.
5. Menjimatkan tenaga buruh. Kerja-kerja menukar alat, dan mengasah mata alat
dapat dikurangkan.

5.12

LANGKAH MENJAGA MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI


i. Mata gerudi hendaklah disimpan dalam kotak penyimpan mata gerudi setiap
kali selepas ianya digunakan.
ii. Mata gerudi hendaklah sentiasa diminyakan untuk mengelakkan ianya berkarat.
iii. Gunakan kelajuan yang betul mengikut jenis-jenis logam yang hendak digerudi.
iv.Mata gerudi hendaklah dicengkam dengan kuat pada chuck dan jangan sekalikali mencengkam terlalu hampir dengan hujung lurah. Ini boleh menyebabkan
mata gerudi mudah patah.

5.13

LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGGERUDI


Mesin gerudi perlu dikendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang
kemalangan yang boleh berlaku semasa mengendalikan proses menggerudi.
Berikut adalah beberapa panduan yang perlu diikuti semasa menggunakan mesin
gerudi.

26

GERUDI

BAB 2

1. gunakan pakaian yang selamat dan sentiasa menggunakan cermin mata


keselamatan.
2. pastikan kawasan sekeliling mesin bersih dan tidak menyebabkan jurumesin
terjatuh. Bersihkan minyak, bendalir pemotong dan tatal pada lantai.
3. pastikan hanya seorang jurumesin yang bekerja sewaktu mesin beroperasi.
4. gunakan berus dan bukannya kain untuk membersihkan tatal selepas mata
gerudi berhenti.
5. pastikan mata gerudi dengan benda kerja mempunyai ruang kelegaan sebelum
memulakan kerja.
6. pastikan spindal tidak berputar semasa kerja pengukuran atau pengujian
dilakukan
7. matikan suis ketika menukar mata gerudi dan selepas operasi menggerudi
dilakukan.

27

GERUDI

BAB 2

AKTIVITI 5B
5.5

Senaraikan empat jenis mesin gerudi

5.6

Senaraikan lima jenis kerja uyang boleh dilakukan dimesin gerudi

5.7

Senaraikan lima bahagian utama mesin gerudi

5.8

Nyatakan tiga kesan keatas gerudi dan bahan kerja sekiranya tidak
menggunakan bahan penyejuk

5.9

Nyatakan tiga langkah keselamatan ketika membuka mata gerudi.

28

GERUDI

5.14

BAB 2

MENGAPA BENDA KERJA PERLU DIPEGANG DENGAN KEMAS


SEMASA

PROSES MENGGERUDI

Salah satu daripada operasi yang sering dilakukan dimesin gerudi ialah
menggerudi lubang, dimana setiap operasi yang dijalankan melibatkan spindal
yang berputar untuk menggerakkan mata gerudi. Gurudi yang berputar akan
bertemu permukaan benda kerja yang diikat pada ragum ataupun pada pengapit
benda kerja yang lain. Sekiranya benda kerja tidak dipegang dengan kemas
semasa proses banyak kesan buruk yang akan berlaku diantaranya ialah :
1. Benda kerja akan tertanggal dari pengikat atau ragum.
2. Lubang yang digerudi menjadi besar.
3. Gerudi akan patah.
4. Tidak mendapat ketepatan kerja.
5. Membazir bahan dan gerudi
6. Membazir waktu untuk menukar bahan atau gerudi baru.
7.
5.15

JENIS PEMEGANG BENDA KERJA PADA MESIN GERUDI

Penggunaan ragum atau pengikat yang sesuai dengan proses kerja


menggerudi adalah salah satu faktor menghasilkan proses kerja yang baik, antara
pengikat-pengikat yang biasa digunakan ialah :
1.

RAGUM MESIN BIASA(PLAIN MACHINE VICE)

Dengan menggunakan alat ini benda kerja yang berbentuk bersegi dan kecil
sahaja yang sesuai diikat kerana ini mengikut luasnya rahang ragum itu boleh
dibuka. Untuk ketepatan semasa mengikat dan mendapatkan hasil kerja yang tepat
bilah selari perlu diletakan dibahagian bawah benda kerja sebagai pengalas. Ini
bertujuan lubang yang digerudi akan dapat ketepatan 90 dari paras muka benda

29

GERUDI

BAB 2

kerja dan mengelakkan batang gerudi yang tembus menyentuh ke permukaan


ragum.

2.

RAGUM MESIN GERUDI(DRILL MACHINE VICE)

Ianya sesuai untuk mengikat benda kerja yang kecil tetapi mempunyai bentuk segi
atau bulat. Besar bahan yang dicengkam adalah bergantung pada luas rahang
ragum itu boleh dibuka. Keistimewaan menggunakan ragum ini ialah terdapat
tetangga dan lurah V mengufuk dan menegak pada rahang ragum dan pada
permukaan dalam ragum berlubang tembus. Tetangga digunakan untuk
mencengkam bahan yang tipis dipermukaan dan lurah V untuk mencengkam
benda kerja yang bulat.

3.

PENGAPIT C( C-CLAMP)

Ia digunakan untuk kerja-kerja yang lebar dan patut diikat terus pada muka meja
mesin gerudi. Alat ini membantu pada penggunaan cara itu dan pada penggunaan
plat sudut.

4.

BUNGKAH V(V-BLOCK)

Alat ini dibuat berbentuk V dan yang disediakan pencengkam adalah leih baik,
kerana dapat mengikat benda kerja yang bulat dengan mudah tanpa berputar
semasa digerudi dan denagan pencengkam kedudukan bendakerja boleh dialih
kesudut 90.

30

GERUDI

BAB 2

5.

BUNGKAH TETANGGA(STEP BLOCK)

Alat ini ini mempunyai dua bentuk tetangga, jenis biasa dan jenis membulat
spairal. Digunakan sebagai penyokong kepada pencengkam supaya berkedudukan
selaras.digunakan untuk mengikat bendakerja yang besar dan berbagai bentuk.

6.

PASAK T & NAT( T-BOLT & NUT)

Digunakan untuk mengikat bendakerja yang besar, berbagai bentuk dan


membantu semasa mengikat pencengkam pada meja mesin gerudi. Kepala T
dimasukkan kedalam alur T dipermukaan meja.

7.

BILAH SELARI (PARALLEL STRIP)

Digunakan untuk mengalas bendakerja dan membantu pada pencengkam supaya


benda kerja dan muka pencengkam selaras serta rata dengan ini cengkaman
menjadi teguh.

8.

PENCENGKAM ( CLAMP)

Digunakan untuk mencengkam bendakerja yang besar dan berbagai bentuk.


Pencengkam yang sesuai boleh digunakan pada bentuk dan kedudukan yang tepat.
Antara jenis-jenis pencengkam ialah :
(a)

Bulat dua hujung (figer-double end)

(b)

Bulat satu hujung (figer-single end)

(c)

Bentuk U ( U-pattern)

(d)

Bentuk rata ( plair flat)

(e)

Bentuk bolehlaras (adjustable step)

(f)

Bentuk cangkuk (goose neck)

31

GERUDI

5.16

BAB 2

KAEDAH MENGGERUDI LUBANG BESAR

Kaedah menggerudi lubang besar

memerlukan beberapa proses, ia berbeza

dengan menggerudi lubang yang kecil, dimana untuk menggerudi lubang yang
besar perlu menjalankan proses meggerudi pusat dan lubang pandu. Sekiranya
saiz lubang yang hendak digerudi itu terlalu besar maka, gerudi lubang pandu
terpaksa dilakukan banyak kali. Menggerudi lubang besar tidak boleh dilakukan
terus kerana ini akan menyebabkan mata pemotong cepat tumpul dan batang
gerudi akan menyepit ditengah lubang semasa proses menggerudi dilakukan.
Semakin besar saiz gerudi semakin perlahan hantaran dan pusingan spindal.

5.17

KEPENTINGAN MENGGERUDI PUSAT DAN MENGGERUDI LUBANG


PANDU

Kepentingan menggerudi pusat pada benda kerja biasanya dijalankan dimesin


pelarik, dimana lubang yang digerudi pusat akan disokong dengan tetengah pada
latan belakang dimesin pelarik. Tanpa menggerudi pusat proses melarik yang
seterusnya sukar dan mungkin tidak dapat dilakukan. Manakala menggerudi
lubang pandu adalah untuk mengelakkan mata gerudi cepat tumpul atau batang
gerudi akan menyepit didalam lubang ketika proses menggerudi lubang besar
dilakukan.

5.18

CONTOH JIGS

Terdapat beberapa jjenis jig yang direka dan digunakan dengan meluasnya.
Berikut adalah jenis-jenis jig:
1. Jig Plat
Untuk bekerja dimana satu sahaja permukaan yang perlu dibuat lubang.
2.

Jig Selak

32

GERUDI

BAB 2

Berbentuk kota atau separuh kota. Selak digunakan sebagai ragum dan tempat
memasang beberapa sesendal gerudi untuk membuat kerja menebuk pada
permukaan benda kerja yang runit.
8. Jig Saluran
Sama seperti jig plat, digunakan untuk membuat lubang pada permukaan
sahaja.
9. Jig Balikan
Jig ini buka dimana benda kerja dicengkam pada sesendal gerudi berkaki,
kemudian diterbalikan untuk proses menebuk. Proses ini menyebabkan ragum
menerima tekanan alat pemotong dengan kuat dan tepat. Bagi mengatasi
masalah ini jig hendaklah mempunyai kekuatan yang cukup.
10. Jig Kotak
Fungsi jig ini sama dengan jig selak dimana ia boleh benda kerja yang
berbentuk lebih kompleks.

5.19

KEGUNAAN JIGS PADA MESIN GERUDI

Jig ialah alat untuk menempatkan dan memegang benda kerja yang membimbing
dan menentukan arah mata alat pemotong semasa operasi menebuk dan
pemotongan dijalankan. Dimesin gerudi jig digunakan untuk memegang benda
kerja semasa kerja menggerudi, melulas, membenam, stapping dan lain-lain
dengan lain perkataan ialah alat ini digunakan untuk membantu berbagai proses
bagi meningkatkan dan mempercepatkan pengeluaran dengan mudah.

5.20

LANGKAH YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENGGERUDI


1. Pastikan benda kerja dikat dengan kuat pada ragum mahupun jig.
2. Hanya seorang operator yang mengendalikan mesin tersebut.
3. jangan menggunakan sarung tangan dan barang-barang perhiasan diri semasa
mengendalikan mesin.
4. Pastikan minyak dan bendalir penyejuk tidak tumpah diluar kawasan kerja.
5. Sentiasa menggunakan pelindung mata dan kasut keselamatan.
33

GERUDI

BAB 2

AKTIVITI 5 C

5.1

Senaraikan empat langakh keselamatan semasa menggerudi

5.2

Senaraikan lima jenis pemegang benda-benda kerja yang boleh digunakan


dimesin gerudi

5.3

Apakah kesannya menggerudi lubang besar tanpa menggerudi lubang


pandunyatakan tiga kesan sekiranya benda kerja tidak dipegang dengan
kemas.

5.4

Nyatakan

empat faktor

yang mempengaruhi

pemilihan kelajuan

pemotongan.

34

Anda mungkin juga menyukai