Anda di halaman 1dari 19

KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

JALAN DENGKIL,
43000 DENGKIL, SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
INFORMATION SHEET

KOD NAMA DAN PROGRAM /


TEKNOLOGI AUTOMOTIF
PROGRAM CODE AND NAME

TAHUN / YEAR 1 SVM MTA SEMESTER 4

NO DAN TAJUK MODUL/


MTA 4012 – WORKSHOP SUPERVISION
MODULE NO AND TITLE

NO DAN PERNYATAAN
3. PREPARE SECTIONAL OPERATION BUDGET
TUGASAN / TASK(S) NO AND
INFORMATION
STATEMENT

The person who is competent in this Course Outcomes shall be


able to perform supervisory skills so that the workshop is
administered professionally in accordance with company
requirements. Upon completion of this competency unit, students
will be able to:
OBJEKTIF PENCAPAIAN  Prepare Work Schedule
AKHIRAN / TERMINAL  Conduct Briefing Session
PERFORMANCE OBJECTIVE
 Prepare Sectional Operation Budget Information
 Monitor Staff Performance
 Coordinate Staff Training
 Monitor Workshop Safety
 Monitor Clean Air Environment

NO KOD / CODE NO KP/MTA4012/3-7 Muka : 01 Drp : 18

NAMA PELAJAR

NO KAD PENGENALAN

KELAS

TARIKH
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 2 Drpd/of : 18

TAJUK : ESTABLISH SECTION BUDGET


TITLE

TUJUAN : Matapelajaran ini mendedahkan pelajar cara menjalankan aktiviti - aktiviti


Aims pengawalan terhadap masa, bekalan bahan, tenaga kerja dan lain-lain

KAWALAN BELANJAWAN

5.1 Kawalan kepada bekalan bahan


5.2 Kawalan unsur-unsur masa
5.3 Kawalan tenaga kerja
5.4 Mengawal pembaziran

SITUASI

Anda seorang Penyelia yang baru sahaja memenangi anugerah pekerja cemerlang di sebuah
kilang komponen kereta. Disebabkan itu, anda dipindahkan ke Jabatan Inventori yang kerap
juga menimbulkan masalah. Selang seminggu di sana, anda dapati walaupun pekerja disitu
bekerja keras, kelewatan penghantaran tetap berlaku. Ini menyebabkan kerja-kerja di jabatan
tergendala dan kos pengeluaran turut meningkat.
Bagaimanakah tindakan anda?

PERSOALAN

1. Adakah sistem pengurusan inventori anda cekap?


2. adakah bahan dihantar oleh pembekal pada masa yang ditetapkan?
3. Adakah bahan yang dihantar berkualiti dan pada kualiti yang betul?
4. Adakah keluar masuk barang dikemaskinikan?
5. Adakah inventori anda disenggarakan?

LANGKAH DALAM KAWALAN KOS – SISTEM PENGKOSAN

KAWALAN
PENGKOSAN KOS
Okey

Tak Okey
PEMBAIKAN

- tindakan segera
- program
pengurangan kos
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 3 Drpd/of : 18

PENGKOSAN

a) DEFINISI:

Menentukan perbelanjaan yang diperlukan dalam pengeluaran sesuatu produk dalam


menetapkan harga produk dan sebagai piawaian pengawalan kos

b) OBJEKTIF PENGEKOSAN

1. Menentukan kos bagi setiap perbelanjaan


2. Mengklasifikasikan jenis-jenis kos dan mendapatkan jumlah kos bagi sesuatu
produk
3. Menetapkan harga sesuatu produk
4. Menyediakan kepeluan belanjawan syarikat
5. Sebagai paiwaian kepada kawalan kos

ELEMEN-ELEMEN PENGEKOSAN

UNTUN
G

Harga
Jualan Penjualan Overhead
Pentadbiran R&D Bukan
Penghantaran perkilangan
Jumlah
Kos
Overhead
Tenaga Kerja Bahan tak Perbelanjaan tak kilang
Tak Langsung langsung langsung
Kos
Kilang
Tenaga Kerja Bahan langsung Perbelanjaan Kos utama
Tak Langsung langsung

PENERANGAN ELEMEN-ELEMEN PENGEKOSAN

a) KOS UTAMA

1. Tenaga Kerja Langsung


Pekerja yang terlibat secara terus dalam pengeluaran produk

2. Bahan Langsung
Bahan mentah, bahan separa siap, bahan siap
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 4 Drpd/of : 18

3. Perbelanjaan Langsung
Perbelanjaan lain seperti peralatan, lukisan kejuruteraan dll

b) KOS PENGELUARAN

1. Tenaga Kerja Tak Langsung


Pekerja yang terlibat secara tak langsung seperti pekerja dalam
QC, pengangkutan, penyelanggaraan

2. Bahan Tak Langsung


Bahan lain yang diperlukan seperti minyak pelincir, cecair pencuci dll

3. Perbelanjaan Tak Langsung


Elektrik, air dsb

MEMBANGUNKAN PIAWAIAN KOS

a) DEFINISI:

Piawaian kos ialah kos yang dijadikan rujukan bagi menjalankan sesuatu kerja atau
menghasilkan sesuatu produk

b) ASAS PIAWAIAN KOS

1. Kos Tenaga Kerja


 Perancangan/kajian kerja
 Piawaian masa
 Kadar upah pasaran

2. Kos Bahan Mentah


 Spesifikasi produk
 BOM
 MPS
 Harga Pasaran
3. Kos OH

LANGKAH-LANGKAH DALAM KAWALAN KOS

1. Mengetahui kos piawai


2. Mendapatkan kos sebenar
3. Membandingkan kos sebenar dan kos piawai
4. Mencari punca-punca perbezaan
5. Cadangan tindakan kepada pegurusan atasan

SIKAP SEORANG PENYELIA

1. Sedar kepentingan menjaga kos


2. Sentiasa mengawasi jika wujudnya perbezaan antara piawai dan sebenar
3. Mampu bertindak segera sebagai pembetulan-faktor masa adalah kritikal
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 5 Drpd/of : 18

PROGRAM PENGURUSAN KOS

 Program berterusan
 Bercorak pencegahan seperti dalam QA
 Menyediakan senarai semakan-Rujukan 1
 Pengrekodan beterusan
KATEGORI KOS
1. Kos Tetap:
 Kos tidak berubah walaupun produk bertambah
2. Kos Berubah
 Kos bertambah dengan pertambahan produk

KAWALAN PADA BEKALAN BAHAN

1. OBJEKTIF:
Membuat kawalan pada bekalan bahan supaya menepati kehendak perancangan dan
mematuhi piawaian kos.

2. KEPERLUAN
 Memeriksa kualiti dan kuantiti bahan yang diperlukan
 Memunggah dan menyimpan bahan / peralatan mengikuti peraturan yang
ditetapkan.
 Mengagihkan bahan dan peralatan kepada pekerja bawahan

3. PENGURUSAN INVENTORI

 INVENTORI
Semua barangan yang disimpan untuk memenuhi keperluan permintaan akan
datang

 CONTOH:
Bahan mentah, komponen yang dibeli, bahan separa siap, bahan siap, alat
ganti
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 6 Drpd/of : 18

4. LANGKAH-LANGKAH DALAM PENGURUSAN INVENTORI

Membuat Memunggah / Pengurusan Pengagihan


pesanan memeriksa Inventori

a) Membuat Pesanan
 Bila bahan kurang dari stok keselamatan
- Stok Keselamatan : kuantiti yang minima bagi sesuatu barangan
dalam stok atau pada sela masa yang tetap

1. Mengetahui pembekal
2. Kuantiti dan kualiti
3. Kos piawai
4. Masa penghantaran

b) Memunggah dan memeriksa

 Kuantiti dan kualiti-barangan cacat


 Alat pemungghan – pengendalian insani / mesin

c) Pengurusan Inventori

 Tujuan : Memastikan bahan yang diperlukan sentiasa ada dan berkeadaan baik,
supaya kos menunggu dapat dikurangkan.
 Tugas-tugas :

1. Menentukan bilangan pesanan (EOQ : Economic Order Quantity)


2. Menentukan masa pesanan
- bila barang kurang dari stok keselamatan
- bila sampai sela masa tertentu

3. Membuat pemeriksaan
- barangan sampai
- berkala
4. Susunatur stor
- pergerakan yang cekap
- sesuai dengan barangan
5. Pengrekodkan keluar masuk
- sentiasa kemaskini
6. Aspek keselamatan/kesihatan
- Kebakaran
- pengudaraan
7. Membangunkan prosedur kawalan inventori
- Material Resources Planning (MRP)

d) Pengagihan
 Pengrekodkan
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 7 Drpd/of : 18

KAWALAN UNSUR-UNSUR MASA

1. OBJEKTIF :

Mengawal aktiviti-aktiviti pengeluaran supaya masa yang digunakan menepati


perancangan dan piawaian kos dapat dipatuhi

2. KEPERLUAN
 Menyediakan jadual masa
 Taklimat kepada pekerja
 Mengawasi maklumbalas dan jadualkan semula kerja jika perlu

3. KEPERLUAN PENJADUALAN

 Perancangan / Pengurusan Kerja


- Analisa kerja
- Masa piawai
- Kos tenaga kerja

 Jenis-jenis Jadual (Carta Gant)


1. Jadual penugasan
2. Jadual kerja
3. Jadual bebanan / mesin

 Informasi dari jadual


1. Jenis kerja
2. Masa yang ditetapkan
3. Masa sebenar yang diambil
4. Mendapatkan punca kegagalan
5. Maklumbalas dan penjadualan semula

4. TAKLIMAT

 Bidang tugas masing-masing


 Kepentingan mengikut jadual
 Mematuhi piawaian kos
 Tanggungjawab menepati masa

KAWALAN TENAGA KERJA

1. OBJEKTIF

Mengawal tenaga kerja supaya pekerja dapat bekerja dengan betul, bersungguh-
sungguh dan bertanggungjawab dalam memenuhi jadual yang ditetapkan dan menepati
piawaian kos.

2. KEPERLUAN

 Menentukan bilangan pekerja yang diperlukan bagi setiap kerja


 Mengenalpasti tahap kemahiran pekerja yang diperlukan
 Taklimat kepada pekerja
 Mengawasi dan menilai projek
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 8 Drpd/of : 18

3. ASPEK-ASPEK DALAM KAWALAN TENAGA KERJA

a). Aspek Pengeluaran


 Bilangan pekerja
 Kemahiran pekerja
 Dari perancangan kerja

b). Aspek Pembinaan Tenaga Kerja yang Berkesan


 Kemahiran memahami pekerja
 Kemahiran komunikasi
 Kemahiran memotivasi pekerja
 Kemahiran kepimpinan
 Kebajikan pekerja
4. MEMAHAMI PEKERJA

 Tingkahlaku individu berbeza pada situasi yang berbeza


 Mengenali personality, karektor, sikap dan tabiat
 Personaliti mengikut ‘Jung’

i. Introvert (pendiam) – Extrovert (peramah)


Introvert : rajin, bekerja sendiri, tidak bergantung pada orang lain
Extrovert : bersosial, bekerja dalam kumpulan

ii. Intuitor - Sensor


Intuitor : kreatif, idea-idea baru
Sensor : praktikal, teliti

iii. Feeling – Thinking


Feeling : sensitive, tolak ansur
Thinking : menganalisa secara logic, tak sensitive

iv. Perceiver – Judger


Perceiver : bertolak ansur, melihat masalah dari pelbagai sudut
Judger : tetap dalam keputusan, tersusun, tak mengaku salah

5. MEMPERBAIKI HUBUNGAN PENYELIA - PEKERJA

 Minat yang tulen trhadap masalah pekerja


 Memahami dahulu pandangan [ekerja
 Pendengar yang baik
 Tetapkan masa perbincangan
 Berjanji hanya yang mampu ditunaikan
 Jangan sekali-kali menipu untuk keluar dari masalah
 Elak mengkritik secara terus
 Tiada siapa yang menang dalam sesuatu perbalahan
 Membangunkan suasana persahabatan
 Memuji jika berjaya
 Berlaku adi; da;am kenaikan pangkat dsb
 Elakan konflik di antara pekerja
 Dll
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 9 Drpd/of : 18

6. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI

o MOTIVASI : Satu tenaga / proses yangmengerakan individu untuk bertindak dalam


mencapai sesuatu matlamat

MOTIVASI

Pekerja Keupayaan Persekitaran Faktor Pembatas

Tugas IQ Persekitaran kerja Masalah emosi


Kuasa Pelajaran Pengurusan Masalah mental
Tanggungjawab Latihan Rakan sekerja Masalah fizikal
Pengiktirafan Kemahiran Perubahan mendadak
Pembanggunan Pegalaman

Tekanan Luaran Tekanan Dalam Diri

Ibubapa Keperluan asas


Suami/Isteri Keperluan mental
Kawan Sikap
Masyarakat

7. SUDUT PSIKOLOGI

Penggerak /
Keperluan Tindakan Matlamat
Rangsangan

Ubahsuai Matlamat Baru

Keperluan Penggerak Halangan Kekecewaan

Ubah tindakan Matlamat


No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 10 Drpd/of : 18

8. KEPERLUAN MENURUT MASLOW

 Memenuhi keperluan – proses berterusan


 Teori Hierachy – Luaran ke Dalaman

9. TINDAKAN YANG BERKESAN MENURUT COVEY

 Dalam ke Luaran

Prinsip
Karektor Tindakan
Gangguan Tabiat Personalit
/ Luaran i

10. KAEDAH MOTIVASI – TEORI HEIZBERG

 Bermula dari dalam individu


o Program pembanggunan diri
o Selesaikan masalah peribadi

 Sediakan faktor-faktor penjagaan – tanpanya ketidakpuasan, adanya memang


sepatutnya
o Upah / gaji berpatutan
o Keselamatan pekerja
o Keselesaan tempat kerja
o Polisi syarikat / pentadbiran yang adil
o Hubungan inter-porsinel yang baik
o
 Sediakan faktor-faktor motivasi – adanya memberikan kepuasan
o Pencapaian : peluang mencapai matlamat kerja yang mencabar
o Penghargaan : terhadap sumbangan / usaha
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 11 Drpd/of : 18

o Tanggungjawab yang baru


o Kemajuan diri / status berasaskan prestasi kerja
11. KEPIMPINAN

a. Definasi :
 Satu aktiviti dalam kumpulan dimana seorang ketua berkebolehan mewujudkan
keadaan dimana ahli merasa bertanggungjawab mencapai objektif yang
ditetapkan
 Keupayaan menggerakan sesuatu kumpulan kesuatu arah
 Kebolehan menggabungkan kemahiran yang berbeza
 Keupayaan membangunkan visi bagi organisasi

b. Kualiti peribadi seorang pemimpin


 Kariama
 Berpengetahuan atau berkemahiran
 Berpandangan jauh
 Bijaksana
 Bertanggungjawab, berkeyakinan dan bersemangat
 Boleh diharapkan
 Penyelesai masalah
 Peka pada persekitaran
 Proaktif
 Sedia menerima teguran dan membetulkan kesilapan diri
 Disiplin diri yang tinggi

Kuasa Pemimpin
Kuasa
Kuasa Pekerja

Cara Mengarah Menerang Menawar Berunding Berkongsi Penyerahan


meminpin (tells) (explains) (offers) (consults) (shares) (delegates)
Buat Buat Buat Bincang masalah, Beri Pekerja buat
keputusan, keputusan, keputusan Pertimbangkan, informasi, keputusan
Arah Terangkan, sementara, Buat keputusan, Pekerja buat
pekerja, Terima idea, Terima keputusan
Pembaikan,

12. BIDANG TUGAS PEMIMPIN

Meletak halatuju /
Menjayakan
tugas

Membangunkan
kumpulan Membangunkan
individu
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 12 Drpd/of : 18

13. PEMBANGUNAN KEPIMPINAN

 Berpengetahuan
 Kepimpinan diri sendiri
 Kepimpinan dalam organisasi
- Meletak halatuju
- Pembangunan individu
- Pembangunan kumpulan

MENGAWAL PEMBAZIRAN

1. OBJEKTIF
 Mengawal pembaziran dengan cara mengawasi penggunaan bahan

2. KEPERLUAN
 Menentukan kuantiti bahan yang dibekalkan oleh pembekal
 Mengemaskinikan paras stok
 Menyenggara kemudahan tempat simpanan

3. KAEDAH MENGELAKAN PEMBAZIRAN

a. Pengurusan inventori yang betul


 Mengawasi bahan sampai – kuantiti / kualiti
 Kesesuaian tempat simpanan
 Pemeliharaan stok
 Membuat pesanan bahan yang perlu
 Mengaudit stok
 Menyenggara tempat simpanan – calibration, OSHA
 Sifat tanggungjawab dalam mengelak pembaziran
 Polisi syarikat

b. Pembuatan mematuhi spesifikasi produk


c. Kualiti :
 Kecacatan sifar
 TPM
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 13 Drpd/of : 18

RUJUKAN 1

CONTOH SENARAI SEMAKAN DALAM PENGURANGAN KOS CATATAN

1. Senarai semak tenaga kerja

a) Kemahiran yang sesuai untuk kerja-kerja tertentu


b) Upah yang berpatutan
c) Kenapa masa melahu berlaku
d) Adakah latihan mencukupi
e) Adakah pekerja menjalani proses motivasi
f) Sikap pengurusan atasan yang buruk
g) Sikap pekerja yang cuai, malas adalah penyebab
kemalangan
h) Arahan tak mencukupi
i) Dll

2. Senarai semakan bahan

a) Adakah harga termurah untuk kualiti yang sama


b) Adakah pesanan menvukupi
c) Bahan yang tidak cukup
d) Bahan cacat terlepas diperiksa
e) Tempat simpanan yang tidak sesuai
f) Pengendalian yang tidak sesuai
g) Dll

3. Senarai semakan mesin

a) Mesin adalah cekap


b) Program penyelenggaraan yang baik
c) Susun atur yang cekap
d) Masa melahu yang sedikit
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 14 Drpd/of : 18

RUJUKAN 2

JADUAL KEMASKINI INVENTORI

Komponen : ABC

Stok Keselamatan : 5
KAPASITI PESANAN KAPASITI
BULAN MINGGU MASUK KELUAR ROSAK
AWAL EOQ TERIMA AKHIR

Jan 1 10 5 3 - 15 3 12

2 12 - 5 - - - 7

3 7 15 5 - - - 17

4 17 - 7 2 - - 8

AKTIVITI 1

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA …!


No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 15 Drpd/of : 18

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN


BERIKUTNYA.

LATIHAN AMALI

Syarikat Cepat Siap Sdn Bhd mengeluarkan satu produk logam yang perlu
disiapkan dalam masa seminggu. Kerja-kerja ini dikendalikan oleh Juruteknik Kanan,
Ahmad, Kamal dan Hassan. Melalui pengekosan didapati :

Kos Langsung :

Bahan : RM 4000
Perbelanjaan : RM 1000
Kadar upah pekerja : Ahmad - RM 15/jam
Kamal - RM 20/jam
Hassan - RM 25/jam

Kos Tak Langsung :

Bahan : RM 1000
Lain-lain : RM 500

Kos OH Bukan Perkilangan :


Jumlah : RM 1500

Untung : 35 %

Bagaimanapun, disebabkan pengurusan yang tidak baik kerja disiapkan


melebihi tempohnya sebagaimana Jadual Tenaga Kerja di bawah. Dapatkan :

1. Kos pekerja langsung – piawaian dan sebenar


2. Jumlah kos – piawai dan sebenar
3. Untung dijangkakan dan untung sebenar
4. Senaraikan masalah-masalah yang timbul dan langkah-langkah penyelesaiannya

MAKLUMBALAS 1
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 16 Drpd/of : 18

1.0 BAHAGIAN PENUBUHAN BELANJAWAN


Belanjawan ialah ‘Satu pernyataan Anggaran Hasil dan Perbelanjaan bagi masa
hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber ekonomi
Institusi untuk memenuhi keperluan pekerja dan pelajar.

2.0 Objektif
i. Memastikan pengagihan dan penggunaan peruntukan kewangan kepada semua
Jabatan/Agensi secara teratur, cekap dan berkesan dan menentukan pengagihan
sumber kewangan Kolej dibuat dengan sewajarnya selaras dengan dasar dan objektif
Kolej.
ii. Peruntukan Bajet hendaklah digunakan dalam selaras dengan prinsip pengurusan
kewangan yang baik, iaitu selaras dengan prinsip-prinsip ekonomi, kecekapan dan
keberkesanan

3.0 Kegunaan Belanjawan


a. Perancangan
b. Komunikasi
c. Koordinasi
d. Pembuat Keputusan
e. Kawalan dan Penilaian Prestasi
f. Motivasi

I. Perancangan
Pengurus dapat menentukan matlamat organisasi dimasa hadapan dan
menentukan langkah-langkah yang perlu diambil.

II. Komunikasi
Mengkomunikasikan pelan dan tindakan kepada setiap unit yang berbeza dan
antara fungsi dengan jabatan dalam organisasi.

III. Koordinasi
Membolehkan pihak pengurusan mengkoordinasi dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti
yang berbeza, fungsi dan jabatan-jabatan dalam organisasi untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.

IV. Pembuat Keputusan


Mengumpul maklumat yang berkesan dan relevan bagi tujuan membuat
keputusan.Pengurusan perlu mengetahui kos bagi apa-apa rancangan atau
tindakan yang ingin diambil bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah yang
paling menguntungkan

V. Kawalan dan Penilaian Prestasi


Belanjawan berfungsi sebagai standard untuk membandingkan dengan keputusan
yang sebenar.Dengan menggunakan penilaian ini, pengurusan boleh melaksanakan
tindakan pembetulan yang sesuai.

VI. Motivasi
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 17 Drpd/of : 18

Memotivasikan pihak pengurusan untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi.


Ini boleh meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi.
4.0 Berpandukan Bajet pada Tahun Sebelumnya

Merujuk kepada belanjawan yang telah dibuat pada tahun sebelumnya dapat
membantu dalam pengurusan Kewangan untuk tahun yang seterusnya. Dengan merujuk
kepada Penyata pendapatan (income statement) dan kunci kira-kira (balance sheet),

Mengemukakan penyata bank, akaun pelaburan, bil-bil utiliti pada tahun sebelum
dan apa-apa maklumat mengenai sumber pendapatan atau perbelanjaan adalah kunci
untuk proses dalam mengemaskini belanjawan pada tahun yang seterusnya suatu
pernyataan umum hasil dan perbelanjaan;
Bahagian yang berasingan dibahagikan kepada penyata pendapatan dan perbelanjaan
bagi setiap institusi.
Prinsip ekonomi memerlukan sumber yang digunakan oleh institusi itu untuk
mengejar aktiviti akan disediakan dalam masa yang sewajarnya,dalam kuantiti dan kualiti
yang sesuai

5.0 Keadaan dalam Penubuhan Belanjawan

i. Perbendaharaan pada akhir tahun fiskal yang terdahulu;


ii. Anggaran Perbendaharaan pada akhir tahun fiskal semasa dan
iii. Anggaran Perbendaharaan pada akhir tahun fiskal dimana bajet dikemukakan dan
cadangan dalam bajet kewangan diterima pakai jika ada.

6.0 Perancangan Aktiviti-aktiviti pada Tahun akan Datang

6.1 Perlaksanaan (5M)

Melaksanakan Pengawalan kewangan dengan elemen-elemen yang perlu dikawal (5M)


a) Man
b) Machine
c) Material
d) Money
e) Management

1. Man merujuk kepada Pekerja. Sikap pekerja, fizikal dan mental pekerja, latar
belakang pekerja dan sebagainya. Setiap pekerja ada perbezaanya dari pelbagai
sudut. Contohnya sikap, citarasa, hobi dan sebagainya.

2. Machine merujuk kepada Mesin/jentera. Usia mesin, peralatan mesin, kepantasan


mesin, penyelenggaraan mesin dan sebagainya.

3. Material ialah bahan-bahan yang digunakan. Ianya merujuk kepada kos bahan
mentah, kualiti bahan, kuantiti bahan dan sebagainya.

4. Money ialah merujuk kepada Kos, Keuntungan, Kerugian, Gaji pekerja, Bayaran
elaun dan sebagainya
No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 18 Drpd/of : 18

5. Management ialah pengurusan dari segi Pembayaran gaji pekerja, Penerimaan


tempahan, Pengambilan pekerja, Tindakan disiplin pekerja dan sebagainya.

6.2 Kawalan Pembaziran

a) Adalah satu pengenalan dan penghapusan pembaziran dari segi masa, tenaga,
ruang dll.
b) Merupakan satu kaedah yang paling berkesan untuk mengurangkan kos.
c) Perlu membuat analisis untuk setiap kerja /aktiviti untuk menghapuskan
pembaziran.
d) Terdapat dua (2) jenis kawalan
i. Kawalan Belanjawan
ii. Kawalan Pengeluaran

6.3 Kawalan Belanjawan

a) Menunjukkan sejumlah nilai daripada perancangan tindakan yang disediakan


untuk dimajukan dalam satu jangkamasa.
b) Bahagian yang perlu untuk melengkapkan bersama antara perancangan
kawalan.
c) Membuat perancangan untuk masa hadapan, melaksanakan perancangan itu
dan mengetuai atau mendahului aktiviti – aktiviti untuk melihat samada mereka
pasti akan melaksanakan perancangan tersebut.

7.0 Membuat Ramalan

a) Perkara yang paling penting yang perlu dibuat ialah tempoh masa sesuatu bajet
kerana ia adalah yang terbaik dalam merancang pelaksaan sesuatu bajet. Biasanya
tahun kewangan adalah dari bulan Mac hingga akhir bulan Februari tahun depan.
b) Perlu mengemukakan secara terperinci bajet yang ingin dilaksanakan kerana ianya
akan lebih memudahkan dalam perlaksanaan bajet kewangan yang telah dibuat.
c) Menentukan pencapaian yang bakal diperoleh pada tahun akan dating.
d) Membuat perancangan yang strategik dengan membuat senarai aktiviti dan mengira
kos setiap aktiviti yang akan dilakukan.

e) Contoh:
i. Kos yang melibatkan modal
Pembelian Alat Kelengkapan Pejabat
ii. Kos Pentadbiran
Bil telefon, faks, elektrik dan sebagainya
iii. Kos bayaran Kakitangan
Gaji untuk pekerja, bantuan perubatan, pekerja latihan kakitangan.
iv. Kos pengurusan
Kos pengangkutan dan perjalanan, percetakan dan sebagainya.

8.0 KAWALAN PENGELUARAN


No Kod / Code Num KP/MTA4012/3-7 Muka/Page : 19 Drpd/of : 18

Matlamat untuk memastikan tarikh penghantaran dipenuhi, penggunaan


tenagakerja dan peralatan yang berkesan, kadar kerja yang tidak siap tidak terlalu tinggi.
(work in progress). Termasuk kawalan mutu (Quality Control), kawalam kos pembuatan,
kawalan stok dan kawalan penyelenggaraan.

Anda mungkin juga menyukai