Anda di halaman 1dari 18

ISI KANDUNGAN

BUTIRAN ISI KANDUNGAN


Isi kandungan 2
Definisi Etika Kerja 3
1. Pengenalan 3-5
2. Ciri-ciri etika kerja 6-8
3. Ciri-ciri etika kerja mekanik kapal
terbang 9-12
4. Kebaikan mematuhi etika kerja 13
5. Kesimpulan 14
6. Gambar berkaitan mekanik kapal
terbang 15-17
7. Rujukan 18

2|Page
Definisi Etika Kerja

 Etika terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah etika
berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character', ataupun
perwatakan dan keperibadian.

Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap
moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip
bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard
tingkahlaku ".

Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai isu-
isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu meningkatkan
integriti profesyen mereka.

Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia
yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang
meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan
agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang
mengamalkannya.

Dalam masyarakat moden sekarang ini norma keagamaan semakin ditinggalkan dan
masyarakat lebih menuju kepada kemajuan material untuk mencapai kesenangan hidup.
Sumber-sumber moral kini datang dari set etika yang dihasilkan oleh ketentuan akal
manusia dan pengkajian terhadap kehidupan manusia.

1. Pengenalan

 Profesion yang saya pilih adalah mekanik kapal terbang kerana saya berminat
dengan profesion ini disebabkan oleh kriteria kerja tersebut telah melahirkan
ramai mekanik yang berjaya dalam bidang kapal terbang.

 Gaji mekanik kapal terbang tidak tetap seperti pekerja awam yang lain, ia hanya
bergantung kepada keuntungan syarikat. Gaji mekanik kapal terbang tidaklah

3|Page
terlalu murah, jika sesebuah syarikat tersebut telah mempunyai banyak kapal dan
telah membuat lesen syarikat.

 Lesen kapal terbang perlu diambil untuk mengikuti profesion ini. Sebagai contoh,
kapal A330+A320+A380 dan lain-lain.

 Nama lain bagi mekanik kapal terbang dalam sebutan bahasa inggeris adalah
“aircraft engineer”

 Jika mempunyai sijil (Airframe dan Powerplant) daripada Pentadbiran


Penerbangan Persekutuan mempunyai tanggungjawab memeriksa pesawat
melakukan tindakan yang sewajarnya, menyelia dan menjalankan
penyelenggaraan pencegahan.

 Mekanik kapal terbang boleh bekerja di bawah MAS. Selain itu, Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) juga mengambil mekanik kapal terbang kerana tentera
udara memerlukan pesawat udara seperti kapal terbang.

 Mekanik kapal terbang boleh bermula dengan belajar di Aviation College atau
Aircraft School di KLIA dan institusi yang sesuai.

 Kelayakan yang diperlukan

a) Lulus SPM atau yang setaraf termasuk sekurang-kurangnya KREDIT


dalam Bahasa Melayu, Fizik, English dan Matematik, Matematik
tambahan dan 1 kredit untuk subjek lain.

b) Lulus Ujian Aptitud sewaktu Hari Temuduga.

c) Menjalani sesi Temuduga

d) Lulus pemeriksaan kesihatan

e) Tidak buta warna

f) Berkeyakinan tinggi

g) Bumiputera sahaja

 Tugas-tugas mekanik kapal terbang

 Membaiki bahagian kapal terbang mengikut tugas yang telah diberikan oleh
pengurus mengkut bidang yang diambil.

4|Page
 Menyelenggara dan memastikan kapal terbang tersebut sesuai digunakan kerana
ia adalah sebuah pesawat yang mempunyai risiko yang tinggi jika mengalami
kerosakan.

 Memastikan pesawat dalam keadaan yang bersedia sewaktu digunakan dan


mengutamakan keselesaan juruterbang sewaktu mengendalikan kapal terbang.

 Melatih orang bawahan atau pekerja yang baru supaya mereka bersedia dalam
mengendalikan pesawat.

 Memeriksa semula bahagian-bahagian pesawat dengan menggunakan “special


tools” seperti scan tool.

 Mempelajari ilmu tentang kendalian pesawat atau membaiki pesawat untuk


memudahkan kerja membaiki atau memeriksa pesawat seperti “Air Force” atau
kapal terbang penumpang.

 Mengapa saya memilih mekanik kapal terbang ?

 Kerana menjadi mekanik kapal terbang adalah salah satu cita-cita saya.

 Kerana ianya memperoleh gaji dan hasil yang lumayan.

 Ianya boleh menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang kejuruteraan


kerana menjadi seorang mekanik kapal terbang mengambil risiko yang berat.

 Supaya saya lebih menjadi seorang mekanik yang berjaya dalam bidang yang
saya ceburi.

 Saya dapat mengambil pengalaman yang baru kerana menjadi mekanik kapal
terbang adalah keinginan saya yang sudah lama saya idamkan.

 Ia boleh memberikan saya satu impak yang positif dalam hidup saya kerana tidak
ramai yang memohon untuk menjadi mekanik kapal terbang kerana cara
pekerjaannya agak berisiko serta boleh mengakibatkan kematian jika tersilap cara
atau tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

5|Page
2. Ciri-ciri etika kerja

i. Mematuhi arahan penyelia

 Kita haruslah mendengar segala arahan daripada penyelia agar kita dapat
menyiapkan kerja dalam keadaan yang kemas dan penyelia akan berpuas
hati melihat hasil kerja yang kita hantar kepadanya.

ii. Menyelesaikan kerja dan menghantar pada waktu yang sepatutnya

 Seorang pekerja yang mempunyai fikiran yang matang akan menyiapkan


kerjanya dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami tekanan terhadap
kerja yang dilakukannya.

iii. Mematuhi undang-undang di tempat kerja

 Undang-undang amatlah penting di tempat kerja kerana ia menjadi asbab


musabab kita untuk menjadi seorang pekerja yang bertanggungjawab
dengna mengikut segala undang-undang yang telah ditetapkan.

iv. Tidak membuat masalah di tempat kerja

 Jika kita membuat masalah di tempat kerja, kita akan mendapat kesan
yang negatif terhadap diri kita. Sebagai contoh, kitab oleh dibuang kerja
berdasarkan kesalahan undang-undang yang kita langar.

v.

6|Page
Kita akan
memperolehi
maklumat yang tepat
dan mudah untuk
kita melakukan kerja Mengikut prosedur
kita yang telah ditetapkan
oleh penyelia

Kita juga boleh


menghantar sesuatu
kerja tersebut dalam
masa yang cepat
Prosedur yang telah ditetapkan
mempunyai segala maklumat
yang harus kita lakukan dalam
pekerjaan.

vi. Menjaga kehormatan diri Menjaga kehormatan diri supaya tidak


diganggu oleh pekerja lain,

Pekerja perempuan haruslah menunjukkan


penampilan dirinya yang baik dan mulia
sewaktu berada di tempat kerja serta cara
pemakaian yang elok dan tidak terlalu
menjolok mata.
Hal yang buruk boleh berlaku kepada
pekerja perempuan sekiranya dia tidak
mengikut cara pemakaian yang betul seperti
boleh diganggu oleh pekerja lelaki dengan
berlakunya kes mencabul, merogol dan
gangguan seksual yang lain.

vii.

7|Page
Ia boleh mengakibatkan berlakunya kes
seperti seperti bunuh diri, bergaduh, tidak
mematuhi arahan di tempat kerja dan
mengganggu pekerja lain semasa
membuat kerja mereka.

Menambahkan lagi Ia akan menambahkan


tekanan yang lagi tekanan terhadap
Tidak membawa
dialaminya kerana dirinya sendiri dan itu
tempat kerja masalah rumahtangga
akan mengakibatkan
di tempat kerja
adalah untuk berlakunya kes-kes yang
membuat kerja tidak dapat dijangka

viii.

Kerja dapat
disiapkan dengan
cepat dan tidak
akan berlakunya
Membantu pekerja sesuatu kerja
yang tidak tersebut tergendala
memahami tentang atau terabai. Dapat menaikkan
sesuatu kaedah nama syarikat
ataupun tidak dengan adanya
faham tentang pekerja yang saling
aspek kerja yang bantu-membantu
lain.

Saling bantu-
membantu
antara pekerja
lain

8|Page
ix. Menunjukkan hasil kerja yang menarik

 Hasil kerja yang baik dan menarik boleh menjadi sesuatu syarikat tersebut
menjadi semakin menaik dari segi produktiviti dan sahsiah pekerja. Ia juga
menjadikan sesuatu kerja tersebut terhasil dengan kreatif dan mempunyai
aspek-aspek yang menarik. Sebagai contoh, membentuk sesuatu kerja
dengan kreativiti, kelebihan dan kemahiran yang ada pada diri sendiri.

x. Saling mempercayai antara pekerja

 Kita haruslah meletakkan kepercayaan kepada pekerja lain supaya semua


pekerja dapat menghasilkan sesuatu produk tersebut dengan kemas dan
baik. Hal ini kini semakin berkurang kerana sesetengah pekerja tidak
memberi kepercayaan mereka kepada pekerja yang lain. Sebagai contoh,
mereka membuat masalah yang besar di tempat kerja sehingga membuat
pekerja lain tidak mempercayainya.

3. Ciri-ciri etika kerja mekanik kapal terbang

a) Kehadiran

 Menghadiri tempat kerja pada waktu yang ditetapkan dan datang pada
awal waktu kerana ia akan menerapkan nilai menepati masa dalam diri
kita.

 Membuat kerja sehingga habis waktu bekerja dan pulang dengan waktu
yang ditetapkan.

 Kita mestilah memaklumkan kepada majikan sekiranya kita tidak dapat


hadir pada hari tersebut supaya majikan mudah untuk memastikan
bilangan pekerja yang hadir pada hari tersebut. Ia boleh menjadikan
masalah kepada majikan jika kita tidak memberitahu terlebih dahulu
kerana sebarang masalah yang berlaku mestilah mengira bilangan pekerja
yang hadir. Contohnya, kilang terbakar atau sebagainya.

b) Keperibadian

9|Page
 Kita mestilah mempunyai sifat keperibadian yang mulia kerana ia
memuliakan imej diri kita sewaktu di tempat kerja.

 Kita perlulah bersifat jujur dalam berkerja kerana sebarang penipuan akan
mengakibatkan diri kitab oleh dibuang kerja di atas kesalah yang
dilakukan.

 Kita hendaklah bersifat disiplin di atas perkara yang kita buat kerana
majikan boleh mengambil tindakan terhadap kita di atas ketiadaan disiplin
semasa berkerja.

c) Kerja Berpasukan

 Menjadikan sesuatu kerja tersebut dalam berpasukan menjadikan sesuatu


kerja tersebut akan menjadi lebih mudah dan dapat diselesaikan dengan
segera.

 Sentiasa mencari peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan dengan


bekerja secara berpasukan dan sering berkomunikasi antara satu sama lain
dan tidak bergaduh atau mengalami masalah konflik kerana ia boleh
memberikan sebab antara sesuatu kerja tersebut tidak dapat disiapkan
dengan cepat.

 Saling bantu-membantu antara satu sama lain melalui ilmu pengetahuan


yang dipelajari kerana ia akan memudahkan kerja dan dapat menyebabkan
kerja berpasukan menjadi menarik dan dapat menaikkan prestasi diri
sendiri.

d) Kita haruslah mematuhi etika penampilan diri yang betul seperti :

10 | P a g e
Mekanik kapal terbang
haruslah mengamalkan sikap Mekanik kapal terbang haruslah
kebersihan. Contohya, mempunyai etika kerja yang sesuai
sewaktu bekerja kerana ia
membersihkan kawasan kerja
yang berminyak sehingga mempengaruhi penampilan luaran
kita sewaktu bekerja serta
minyak tersebut hilang atau
tempat kerja bersih daripada pandangan majikan terhadap diri
kita.
minyak.

Mestilah memakai pakaian


yang sesuai sewaktu
membuat kerja. Contohnya,
memakai pakaian
keselamatan bengkel.

e) Sikap

 Seorang mekanik haruslah memamerkan sikap yang mulia dalam


membuat kerja seperti mempunyai sikap postitif dalam diri supaya
pesawat yang hendak dikendalikan dapat dibuat dengan cara yang betul.

 Seorang mekanik juga mestilah berkeyakinan tinggi dalam bidang yang


diceburinya supaya sesuatu kerja tersebut dapat diselesaikan tanpa
sebarang permasalahan.

 Sikap rasional haruslah diterapkan dalam diri seorang mekanik agar


mereka dapat berfikir secara matang di atas sesuatu perkara atau
permasalahan yang berlaku di tempat kerja.

f) Produktiviti

 Keselamatan haruslah diutamakan dalam membuat kerja lebih-lebih lagi


seperti mekanik kapal terbang kerana ianya dapat mengekalkan hasil
keuntungan syarikat dan mengekalkan nama syarikat dalam keadaan yang
stabil tanpa sebarang gangguan.

11 | P a g e
 Seorang pekerja yang bagus akan mematuhi arahan dengan betul supaya
diri mereka dapat menghindari dari sebarang masalah dan tidak
mendatangkan risiko terhadap diri mereka.

 Kerja yang kemas yang bersih juga dapat memberikan kesan yang positif
kepada syarikat jika terdapat lawatan daripada pihak berkuasa. Oleh itu,
pihak berkuasa akan memberikan komen yang baik dan mendapat pujian
di atas hasil kerja yang bersih.

g)

Dapat menjadikan seorang mekanik kapal


terbang lebih mahir dalam mengatur
organisasi pekerjaan mereka dan dapat
menguruskan masa dengan lebih mudah.

Dapat menangani
segala permasalahan
Keutamaan
yang berlaku di
kemahiran amatlah
tempat kerja kerana
penting kerana ianya
organisasi banyak
membantu untuk
membantu seorang
membuat kerja dan
mekanik kapal
Kemahiran lebih mudah
terbang untuk lebih
Organisasi menyelesaikan
mudah dalam
sebarang masalah jika
membuat kerja yang
mempunyai ilmu
sukar atau sesuatu
yang lebih dan
kerja yang
berkemahiran tinggi
memerlukan
dalam bidang
kemahiran yang
kejuruteraan.
tinggi.

h) Komunikasi

 Mempamerkan kemahiran lisan yang baik dan mudah difahami dan tidak
bercakap secara biadap dengan majikan.

 Menasihati orang yang membuat salah dengan menggunakan bahasa


komunikasi yang bersesuaian.

12 | P a g e
 Berkomunikasi dengan semua orang supaya kita mudah untuk membuat
kerja yang memerlukan pertolongan dari pihak yang bekerja di bahagian
yang lain.

i) Kerjasama

 Membuat kerja secara bekerjasama agar semua pekerja dapat membuat


kerja mereka dan kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di tempat
kerja.

 Dengan kerjasama, majikan dapat melahirkan pekerja yang bermoral


seperti kebolehan dalam menyelesaikan masalah dan dapat mengekalkan
hubungan yang rapat dengan majikan atau penyelia.

 Kerjasama juga dapat memberikan kebolehan dalam menangani kritikan


dan aduan dengan sewajarnya di tempat kerja dan dapat mengekalkan taraf
syarikat.

j) Hormat

 Seorang mekanik kapal terbang mestilah menghormati semua pekerja


yang bekerja di syarikat tersebut kerana sifat hormat dapat menjadikan diri
kita lebih disayangi oleh orang lain dan menambahkan kepercayaan
terhadap semua orang.

 Tidak terlibat dalam perkara yang negatif seperti bergaduh di tempat kerja.
Perkara ini akan mengakibatkan diri kita akan dibuang kerja jika perkara
ini tidak diselesaikan dengan segera.

 Menghormati semua kaum yang bekerja di bawah industry yang sama


supaya kerja dapat dibuat dalam bentuk kerjasama dan tiada sebarang
kepulauan yang berlaku antara kaum di tempat kerja.

4. Kebaikan mematuhi etika kerja

I. Membantu pelajar memasuki alam pekerjaan dengan kemahiran etika kerja yang
positif serta menjadikan merka lebih bernilai dan mudah mendapat pekerjaan.

13 | P a g e
II. Membantu majikan memperolehi pekerjaan yang mempunyai tabiat kerja yang
lebih baik.

III. Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal, ketenangan jiwa dan perasaan
yang mulia. Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun
keperibadian yang baik kerana beliau memelihara dirinya dengan sifat-sifat yang
terpuji. Masyarakat mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi.

IV. Etika memainkan peranan yang penting dalam pembentukan keluarga yang
beretika. Ikatan yang erat berdasarkan etika kekeluargaan yang sedemikian dapat
mewujudkan keharmonian. Oleh yang demikian, keamanan dan keakraban rumah
tangga dapat menjamin keutuhan keluarga.

V. Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi. Ia dapat


memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan
prihatin pada kebajikan masing-masing. Ia juga dapat memantapkan kestabilan,
seterusnya mempertingkatkan produktiviti, meningkatkkan kredibiliti dan reputasi
serta menjamin perkembangan yang berterusan.

VI. Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia
dapat memelihara keamanan, keadilan dan kesejahteraan yang berterusan.
Masyarakat yang beretika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan
menghindari daripada masalah-masalah sosial seperti pembuangan bayi,
rompakan, penyeludupan barangan haram dan seumpamanya.

5. Kesimpulan

 Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional atau
ahli teknokrat supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran

14 | P a g e
dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini
tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat
penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.

Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu


melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh
mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan
yang dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-
nilai hidup, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan
lain-lain perlu diambil kira supaya mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang
sentiasa mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya
mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak.

Etika kerja professional bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang


kompleks, tetapi ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri
untuk mengawal tingkahlaku para professional. Etika kerja professional telah
menentukan asas-asas hubungan di antara para professional dengan masyarakat,
majikan, pelanggan dan rakan sekerja. Etika kerja professional telah wujud sejak
dahulu lagi sehingga ke hari ini masih dianggap penting dan berfaedah.
Sesiapapun tidak terkecuali daripada patuh kepada prinsip dan nilai etika
termasuklah para teknokrat.

6. Gambar berkaitan mekanik kapal terbang

15 | P a g e
 Gambarajah di atas merujuk kepada seorang mekanik sedang menukar tayar kapal
terbang penumpang.

 Gambarajah di atas mennjukkan seorang penyelia sedang menerangkan prosedur


pekerjaan untuk menyelenggara helikopter kepada mekaniknya yang sedang membuat
praktikal.

16 | P a g e
 Gambarajah di atas menunjukkan mekanik kapal terbang sedang membuat pendawaian
pada sayap jet tentera.

 Gambarajah di atas menunjukkan bahawa seorang mekanik sedang memberikan


penerangan kepada pelajar praktikal tentang cara menyelenggara jet tentera.

17 | P a g e
 Gambarajah di atas merujuk kepada seorang mekanik kapal terbang sedang memeriksa
keadaan sistem kapal terbang dan membuat servis pada sistem kapal terbang.

18 | P a g e
7. Rujukan

 http://takingoff.tripod.com/etika.html

 http://etikakerjamengikutislam.blogspot.com/2016/01/kesimpulan.html?m=1

 Kertas Penerangan Etika Profesionalsime (MPU 2232), Semester 1/ Tahun 1

19 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai