Anda di halaman 1dari 7

BAB V

KESIMPULAN

Sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri (LI) di syarikat Zul Dot Com
(ZDC), pelajar telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta tugas disyarikat
ini secara tidak langsung serta pelajar juga telah mengetahui setiap tanggungjawab dan
peranan dalam syarikat.

Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada pelajar
terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kretif dan
berpengetahuan tinggi. Selain itu, pelajar juga dapat mengenal pasti dan menangani
masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi kerja yang sebenar. Ianya akan dapat
meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk berfikir, berdikari serta belajar
menyelesaikan masalah secara berkesan dan yang lebih penting dapat melahirkan
pekerja yang berkualiti.

Sepanjang tempoh latihan di syarikat Zul Dot Com (ZDC) ini juga, pelajar dapat
mengenal pasti beberapa kekuatan dan kelemahan syarikat ini. Walau bagaimanapun
kelemahan ini boleh diatasi dan diperbaiki. Prinsip organisasi dan fungsi pentadbiran

memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan sebuah organisasi yang mantap.
Perancangan, penyelarasan dan kawalan adalah penting bagi menyelaraskan semua
tugas.

Di samping itu, dengan adanya latihan ini juga, pelajar di latih untuk menjadi
seorang yang berdisplin dan menepati masa semasa bekerja. Kemahiran berkomunikasi
juga dapat dipraktikkan antara pelajar dan kakitangan. Latihan ini turut mendedahkan
pelajar mengenai semangat kerja secara berpasukan dan bertukar-tukar pendapat serta
idea dengan kakitangan yang lain. Walaupun pelbagai cabaran yang telah ditempuhi
oleh setiap pelajar sepanjang menjalani Latihan Industri yang ianya berbeza atara satu
sama lain, namun apa yang penting ialah individu tersebut mestilah bersikap lebih
positif dalam menghadapi setiap situasi, supaya pengalaman yang diperolehi dapat
dimanfaatkan pada masa akan datang.

Melalui Latihan Industri ini, jelaslah bahawa objektif Latihan telah tercapai
sepanjang latihan yang dijalankan selama 20 minggu (5 bulan). Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa semua pendedahan yang telah diberikan kepada pelajar sepanjang
latihan ini sangatlah berguna dan perlu di manfaatkan di masa akan datang. Latihan
sebegini juga telah dapat dan akan melahirkan seorang graduan yang berpengetahuan
dan berkeperibadian yang tinggi untuk merealisasikan wawasan negara menjelang tahun
2020. Sesuatu pengalaman yang amat berguna itu tidak dapat dibeli dengan wang
ringgit.

Akhirnya, setelah berjaya mengikuti `Latihan Industri' ini, pelajar dapat melihat
sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta berdepan dengan pahit manis semasa
latihan dijalankan.

BAB VI

KOMEN DAN CADANGAN

Selama lebih kurang 20 minggu saya menjalani latihan industri di syarikat Zul
Dot Com, saya telah mendapat banyak pengetahuan serta pengalaman dan dimana
pengetahuan dan pengalaman ini amat bermakna buat diri saya apabila menyambung
pengajian di politeknik nanti.

Tujuan utama komen ini bukanlah bertujuan untuk mendedahkan keburukandan


kelemahan syarikat. sepanjang saya menjalankan latihan industri di syarikat tersebut,
tetapi adalah untuk pihak syarikat memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang
ada semasa pelajar menjalani latihan industri agar latihan yang di jalankan mencapai
kepuasan bersama, antara pelajar dan pihak syarikat.

6.1
i.

Komen Untuk Syarikat


Kekurangan Tenaga Kerja.
a) Kekurangan tenaga kerja dalam sesuatu organisasi adalah lazimnya
berlaku dan kekurangan ini haruslah diatasi dengan baik. Kelewatan
dalam memberikan servis kepada komputer pelanggan boleh berlaku jika
kekurangan tenaga kerja. Hal ini akan mengakibatkan pelanggan akan
mencari kedai atau syarikat komputer lain yang lebih cepat dan pantas

dalam melakukan servis. Selain itu juga, kekurangan ini meyebabkan


jadual pekerja sedia ada menjadi padat dan memenatkan para pekerja.

ii.

Waktu Makan Tengahari Singkat.


a) Waktu Makan yang diberikan oleh syarikat amatlah singkat iaitu hanya
selama 45 minit. Masa yang begitu singkat bukan sahaja dirasakan oleh
pelatih, tetapi menjadi buah mulut juruteknik yang lain. Hal ini
menyebabkan para pekerja terburu-buru untuk keluar berehat dan masuk
ke pejabat.

.
6.2

i.
ii.

Cadangan Untuk Syarikat

Menambahkan lagi tenaga kerja dalam bahagian penyelenggaraan komputer.


Menambahkan masa makan tengahari dari 45 minit ke 1jam. Kesempatan baki
masa dapat digunakan oleh juruteknik jika terdapat urusan yang perlu

iii.

dijalankan.
Memberikan gaji yang berpatutan kepada juruteknik. Segelintir

juruteknik

mengeluh dengan gaji yang diberikan. Pemberian perlu setimpal dengan kos sara
iv.

hidup yang semakin meningkat sekaran.


Syarikat mestilah selalu mengadakan aktiviti sampingan seperti Hari Keluarga

v.

dan riadah bagi mengeratkan lagi sillaturahim antara juruteknik dan majikan.
Pihak syarikat perlulah mengeluarkan sijil tamat latihan industry kepada pelatih
sebagai bukti pelatih pernah menjalani latihan industridi syarikat tersebut.

6.3

i.

Cadangan Kepada Politeknik.

Pihak Politeknik Merlimau seharusnya berbincang dengan pihak pengurusan


syarikat untuk mendapatkan gambaran mengenai gerak kerja yang di lakukan

oleh syarikat untuk memastikan kesesuaian kursus pelajar dengan gerak kerja
ii.

syarikat.
Pihak Politeknik seharusnya lebih menekankan agar pelajar yang menjalani
latihan industri supaya memilih tempat latihan yang sesuai dengan kursus

iii.

pelajar iaitu dengan menyemak tempat latihan yang di pilih oleh pelajar.
Selain itu, pihak Politeknik hendaklah lebih memberi perhatian dengan

iv.

mengikuti perkembangan pelajar yang menjalani latihanindustri.


Seterusnya, di harapkan agar lawatan yang di buat oleh pensyarah Politeknik

v.

seharusnya mengikut jabatan pelajar yang di lawati.


Keperihatinan pihak Politeknik terhadap pelajar yang menjalani latihan industri
seperti yang telah di buat haruslah di tingkatkan dan diteruskan untuk
menjayakan objektif latihan industri ini.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Akademik. 2013. Garis Panduan Latihan Industri (pelajar),


Edisi 2013. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

Unit Perhubungan Dan Latihan Industri. 2013. Panduan Penulisan Laporan Akhir
Latihan Industri, Edisi Kedua. Politeknik Merlimau, Melaka.

Zaini Mohamad Jana. 1986. Mengenali Sistem Komputer. Petaling Jaya. Fajar Bakti.

Zoraini Wati Abas. 1994. Pengenalan Kepada Komputer. Kuala Lumpur. Federal
Publications.

Ruhaida Bte Dato Hj. Zainuddin. 2009. Profil Zul Dot Com. Sungai Mati, Muar. ZDC
SDN BHD.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai