Anda di halaman 1dari 24

UES KEUSAHAWANAN 3012

FOLIO : KEUSAHAWANAN

1. MUHAMMAD ARIF BIN ROSLI

2. MUHAMMAD HAFIY AZRI BIN HAFIDZUL


NAMA AHLI
KUMPULAN

PROGRAM 2 DVM DMB

SEMESTER / TAHUN 3/2021

PENSYARAH PN. SYAHELLA BINTI SARUDDIN


ISI KANDUNGAN
PENGENALAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1. ISI KANDUNGAN

2. PENGENALAN ETIKA KEUSAHAWANAN 1

3. ISU 1 2-4

4. ISU 2 5-7

5. ISU 3 8-11

6. ISU 4 12-14

7. ISU 5 1518-

8. RUJUKAN
19-20

Etika keusahawnan adalah prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan yang

diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan. Ia merupakan satu set nilai danperaturan yang

merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasi perniagaan. Pada kebiasaannya pihak

kerajaan, orang ramai, pesaing dan individu menentukan apa yang boleh diterima umum. Sebagai contoh,

seorang usahawan yangberetika pada kebiasaannya adalah seorang yang jujur dan amanah.Pada 8

November 1983, Etika Amalan Perniagaan Malaysia (EAPM) telah dilancarkanoleh Menteri

Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Etika ini merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan satu

kesedaran di kalangan para peniaga supaya mempunyai tanggungjawab moral dan sosial. Etika ini

diwujudkan kerana desakan pergerakan yang menyatakan terhadap peningkatan berbagai amalan yang

tidak sihat,contohnya perkhidmatan yang tidak memuaskan dan pembaziran barangan

dalampasaran. Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan menyesuaikan perniagaan dengan nilaidan

jangkaan masyarakat. Usahawan dan perniagaan dijangka mematuhi Akta danUndang-undang tempatan.

Selain daripada peraturan dan akta perniagaan, keputusanberetika dapat menguatkan

1
perhubungan dan Kepercayaan dalam dunia perniagaan.Keputusan perniagaan yang tidak beretika

bukan sahaja menghilangkan kepercayaan pelanggan tetapi juga melemahkan perniagaan di kemudian

hari kelak. Contoh keadaan perniagaan tang tidak beretika adalah seperti sesetengah penjualyang

mengenakan harga yang berlainan terhadap pelanggan yang berlainan. Ini biasaberlaku di pasar malam

atau kedai runcit. Ini dikatakan kurang beretika dan dilarang oleh undang-undang

2
Isu : 1

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/Perak

Artikel :

Pada 11 Jun 2020, di kawasan sekitar Ipoh, Perak ,12 peniaga durian dikompaun akibat
melakukan penjualan durian secara tipu timbang. Pengarah Pejabat Kementeriaan
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Saifullizan
Kamarul Zaman mengatakan bahawa 12 peniaga tersebut dikesan melakukan kesalahan
tersebut sewaktu pemeriksaan khas terhadap peniaga di sekitar kawasan perak pada hari
pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Oleh itu KPDNHEP mengambil
tindakan dengan mengeluarkan kompaun terhadap 12 peniaga tersebut kerana menggunakan
alat penimbang sukat yang tidak diperakui dan disahkan. Oleh yang demikian, peniaga-
peniaga ini telah melanggar prinsip etika keusahawanan iaitu prinsip keadilan. Hal ini kerana
peniaga-peniaga tersebut menjual durian secara tipu timbang yang mana meningkatkan harga
jualan durian.
Ulasan :
berniaga adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya kerana
aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha
bersungguh-sungguh. Rasulullah juga seorang peniaga dan telah menawan hati ramai orang
dengan cara Baginda berniaga.

Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam perniagaan, Islam menuntut para perniaga
bersikap amanah dan tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti
mengurangkan kadar timbangan dan mengubah suai alat timbang tersebut. Perbuatan
seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam.

Contoh penipuan sukatan timbangan adalah seorang pembeli ingin membeli satu kilo durian.
Semasa ditimbang di gerai tersebut, berat menunjukkan tepat satu kilo. Tetapi apabila beliau
menimbang di tempat lain, berat durian tersebut kurang daripada satu kilo

Islam melarang melakukan penipuan dalam takaran dan timbangan.Perkara ini dapat
merosakkan akidah peniaga Islam.Oleh yang demikian, Islam sangat menentang perkara
tersebut. Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman:

Terjemahannya: “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan
sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain
mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau
menimbang untuk orang lain, mereka kurangi”. (Surah al-Mutaffifin (83): 1-3)

Dari ayat di atas dapat difahami bahawa Allah SWT sangat menentang dan melarang amalan
mengurangkan timbangan kerana ia adalah kesalahan dalam perniagaan yang dapat
merosakkan akhlak umat Islam yang menyebabkan ia merampas 98 hak orang lain. Ini
menimbulkan kesan buruk terhadap dunia perniagaan kerana
menimbulkan rasa ketidak percayaan pembeli terhadap peniaga yang tidak amanah. Oleh
kerana itu, peniaga seperti ini mendapat ancaman seksa di akhirat. Sudah semestinya peniaga
Muslim hendaklah menjauhi amalan keji ini.

Cadangan / Penambahbaikan:

Setiap peniaga perlu mempunyai etika terhadap pelanggan dengan tidak menjual barangan
lebih daripada harga yang ditetapkan terutama sekali apabila menggunakan penimbang.
Peniaga juga perlu bertanggungjawab dengan tindakan yang akan diambil oleh pihak atasan
sekiranya ditangkap. Antara cadangan yang boleh diambil kira adalah pihak atasan memantau
peniaga yang menggunakan penimbang yang tidak ditetapkan sekurang-kurangnya sebulan
sekali. Selain itu, pihak atasan juga boleh menyarankan peniaga untuk mengambil kelas
keusahawanan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan hasil
jualan dan mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Isu : 2

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/Edisi

Artikel :
KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas pelbagai barangan tiruan berjenama popular
bernilai RM97,620 dalam Ops Barang Tiruan semalam.

Dalam tiga serbuan berasingan dilakukan serentak pada jam 12.30 tengah hari di Kuala
Terengganu dan Marang bersama wakil cap dagang itu, KPDNHEP Terengganu turut
menahan dua lelaki dan empat wanita yang menjual barangan tiruan berkenaan.
Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, kesemua barangan iaitu 821 pasang kasut,
stokin (3,120), tali pinggang (46), dompet (enam), baju (enam), selipar (lima) dan sebuah beg
tangan wanita dijumpai tersimpan dalam stor simpanan.

“Hasil risikan dan maklumat awal selama sebulan, kita mendapati dua premis ini menjalankan
operasi perniagaan secara dalam talian sejak enam bulan lalu.

"Sementara satu premis lagi menjual barang tiruan ini di premis mereka,” katanya pada
sidang media di Stor Eksibit Chendering hari ini.
Ulasan :

Jenayah pemalsuan barangan dan cetak rompak semakin membimbangkan sejak


akhir-akhir ini yang mana jika aktiviti ini tidak dibanteras akan memberi kesan kepada
individu, organisasi dan juga ekonomi sesebuah negara. Pemalsuan barangan dan cetak
rompak adalah perbuatan meniru dan menggunakan bahan yang dilindungi oleh undang-
undang hakcipta tanpa kebenaran. Perbuatan seperti itu diklasifikasikan sebagai satu tindakan
yang mencabul salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli.

Dalam erti kata lain, pemalsuan dokumen/cetak rompak bermaksud meniru dan
menghasilkan kerja menggunakan hasil kerja orang lain. Biasanya aktiviti ini dilakukan
adalah untuk mengaut keuntungan dengan cara yang salah di sisi undang- undang. Kejadian
seperti ini memang selalu terjadi tidak kira di peringkat bawahan, amatur, malahan di
peringkat professional dan ia terjadi di hampir semua negara. Di setiap Negara sudah tentu
mempuyai undang-undang untuk membendung masalah ini dari berlaku. Di Malaysia, harta
intelek dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987.

Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti sebagai punca berlakunya jenayah
pemalsuan barangan dan cetak rompak pada masa kini. Antara faktor yang menyebabkan
menularnya jenayah ini adalah .kurangnya kesedaran dalam kalangan pengguna mengenai
harta intelek. Masyarakat pengguna tidak menyedari akan kesan buruk yang bakal berlaku
ekoran daripada perbuatan pemalsuan barangan dan mencetak rompak. Dalam keghairahan
mereka melakukan perbuatan tidak bermoral itu, terdapat individu lain yang mendapat kesan
negatif. Individu yang dimaksudkan ialah pereka/pengkarya asli yang ditiru hasil
barnagan/karya mereka oleh individu yang tidak bertanggungjawab
Impak/kesan yang terjadi akibat kegiatan pemalsuan barangan dan cetak rompak
adalah seperti berikut urut menerima kesan yang sama ialah ekonomi sesebuah negara akan
terjejas ekoran daripada berlakunya jenayah pemalsuan baragan dan cetak rompak ini. Hal ini
adalah kerana masyarakat akan mengalihkan perhatian mereka untuk membeli barangan
tiruan atau cetak rompak. Akibatnya barangan original tidak akan dipandang. Tuntasnya
berlaku kerugian yang amat besar kepada ekonomi sebuah negara. Barangan cetak rompak
pada amnya menyebabkan masyarakat akan membeli barangan tersebut lantaran harganya
yang murah

Cadangan / Penambahbaikan:

menjalankan dasar memboikot barangan palsu dan cetak rompak. Kita sedia maklum
bahawa para pengguna mempunyai kuasa pembelian dalam sesebuah ekonomi negara. Oleh
itu masalah barangan palsu dan kegiatan cetak rompak yang hingga mewujudnya
perlambakan barangan palsu dan cetak rompak di pasaran ini tidak mungkin akan berlaku jika
permintaan daripada para pengguna tidak wujud. Dalam hal ini, permintaan pengguna ini
perlu dititikberatkan kerana ia akan mempengaruhi gelagat pembelian pengguna terhadap
barang cetak rompak dan ia sebenarnya dikenali sebagai “the dark side of consumer
behavior” (Hirschman, 1991). Sesungguhnya pengguna memainkan peranan penting dalam
mengatasi masalah ini, penekanan terhadap kesedaran penghargaan hak cipta atau paten
penting dalam setiap lapisan masyarakat. Kesedaran yang dimaksudkan disini ialah kesedaran
mengenai hasil usaha dan titik peluh yang telah diusahakan oleh para pengeluar asli ini, usaha
yang dijalankan mereka itu akhirnya pula telah ditiru dan diambil sewenang-wenangnya tanpa
kebenaran mereka, malahan pihak yang meniru dan mencetak rompak ini pula yang mendapat
pulangan berbanding pengeluar asli ini.
Isu 3 :

Sumber : https://www.bharian.com.my/

Artikel :

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) cawangan Tanah Merah melakukan serbuan di sebuah premis menjual daging
perap di Jalan Kelewek, di sini, hari ini, kerana menggunakan logo halal tanpa kelulusan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Serbuan dilakukan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) pada jam
11 pagi itu turut menyita semua produk makanan, plastik pembungkusan dan banting yang
mempunyai logo halal JAKIM membabitkan nilai lebih RM1,000.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Daerah Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir,
berkata serbuan dilakukan hasil maklumat awam yang meragui penggunaan logo halal tanpa
kelulusan itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis ini menggunakan logo halal JAKIM pada bungkusan
daging kambing perap bagi produk keluaran mereka yang tidak diperakui halal oleh badan
berwibawa iaitu JAKIM.
Ulasan :

Produk halal kini semakin mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan mahupun
antarabangsa berikutan kepercayaan masyarakat Muslim terhadap Pensijilan Halal Malaysia
yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Sijil halal ini juga diperakui hingga ke peringkat antarabangsa kerana dikeluarkan
oleh badan-badan yang berautoriti seperti JAKIM dan JAIN yang merupakan badan tunggal
yang diiktiraf oleh kerajaan dengan adanya Akta Perihal Dagangan 2011.

Selain itu, peningkatan jumlah penduduk dunia yang majoritinya Islam menjadi
satu faktor kepada keperluan sijil Halal tersebut di samping membantu pengguna
mendapatkan produk yang halal, suci dan selamat digunakan. Pensijilan halal yang
dikeluarkan oleh JAKIM diberikan kepada pengeluar, pengilang produk, pengedar, penjual,
premis makanan, rumah sembelihan termasuklah dapur hotel yang dikategorikan sebagai
premis makanan.

Penggunaan tanda atau logo halal hanya diberikankan kepada pemohon yang telah
mendapat pensijilan yang diiktiraf. Oleh yang demikian, mereka perlu mematuhi garis
panduan halal secara menyeluruh seperti yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan
Halal Malaysia. Namun bagi mereka yang mengingkari piawaian tersebut adalah menjadi
satu kesalahan di bawah seksyen 42 iaitu Penyalahgunaan tanda halal menurut Akta
Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1997. Artikel ini akan
mengupas isu penyalahgunaan tanda halal di Malaysia serta menfokuskan tentang lima isu
penting berkaitan penyalahgunaan tersebut:

Dari aspek Logo Halal seperti mana yang tertakluk pada manual prosedur, ianya
mesti menepati spesifikasi yang ditetapkan, dicetak dan dilabel dengan jelas pada setiap
produk yang telah mendapat Pengesahan Sijil Halal. Namun segelintir pengeluar produk
mengambil jalan mudah iaitu tidak melabel dengan menggunakan tanda atau logo halal
JAKIM. Mereka mengambil kesempatan mengaburi mata pengguna dengan mencipta logo
halal mereka yang tersendiri, contohnya yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian pada
febuari 16 ,2021 iaitu produk daing perap keluaran sebuah yang tidak mempunyai kelulusan
sijil halal . Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Daerah Tanah Merah, berkata
bahawa Premis berkenaan menjual barangan runcit termasuk daging perap yang dibuat
sendiri.
Tindakan diambil kerana ia bertentangan dengan Perenggan 4(1)(a) Perintah Perihal
Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi
suatu kesalahan di bawah Perenggan 8(b) Perintah sama.

Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak
lebih tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua denda RM250,000 atau penjara
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Cadangan / Penambahbaikan :

Semua jenis premis makanan yang telah mendapat sijil pengesahan halal dan yang

telah meletakkan logo halal hendaklah dibuat pemantauan dan penguatkuasaan secara

bersungguh-sungguh. Sekiranya salah satu rangkaian premis tersebut terlibat dengan

kesalahan serius, maka semua outlet yang lain turut ditarik balik sijil pengesahan halal

tersebut.

Pemeriksaan pemantauan dan penguatkusaan ini adalah berdasarkan undang-undang

serta akta berkaitan yang telah digubal dinegara ini seperti Akta Perihal Dagangan 2011 oleh

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Akta

Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan Kebersihan dan

Keselamatan Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2009.

Akan tetapi, sebagai pengguna Islam yang perihatin, menjadi tanggungjawab kita

untuk peka dan memainkan peranan sebagai kuasa pengguna untuk menyelesaikan kemelut di

atas selain daripada hanya menuding kesalahan kepada pihak lain. Syarikat-syarikat

pengusaha bukan Islam yang terlibat mungkin boleh terlepas daripada pemantauan pihak

berkuasa seterusnya terselamat daripada sebarang tindakan undang-undang tetapi akan

menjadi lebih berhati-hati dan tidak akan berani mengabaikan aspek-aspek halal sekiranya

operasi mereka dipantau dengan ketat oleh para pengguna Islam. Antara bentuk pemantauan

yang boleh dilakukan termasuk melakukan siasatan berkala ke premis-premis perniagaan

dengan bantuan
pihak berkuasa, membuat laporan polis sekiranya dikesan adanya penipuan,

membentuk suatu komiti bertindak yang membuat senarai hitam syarikat dan produk yang

terlibat serta menghebahkannya kepada pengguna Islam yang dikenalpasti menggunakannya,

memboikot syarikat dan produk tersebut sehingga terbukti prosedur halal telah dipatuhi.

Selain itu, Pendidikan Kepenggunaan adalah sangat penting supaya semua pengguna

mempunyai ilmu dan kefahaman sebagai rujukan untuk melindungi setiap individu ketika

hendak atau dalam membuat sesuatu pilihan contohnya membuat keputusan membeli produk

makanan di kedai. Dengan pengetahuan dan kesedaran mengenai produk tersebut, mereka

boleh membuat sesuatu keputusan yang lebih bijak dan memuaskan dirinya.
su4
I

Sumber : https://www.hmetro.com.my/

Artikel :

POLIS mengenal pasti 13 sindiket penipuan pelaburan dalam talian dipercayai aktif
menjalankan kegiatan itu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula
Mac lalu.

Ia dikenal pasti sebagai i-Rakyat Trade, IQ Option, Global Investement, Wei Jian Zhi, Olymp
Trade, AA Anthony, Global Trader, People Global Network dan Rakuten Trade.Turut dikesan
disyaki melakukan penipuan ialah Wine Exchange China, GWFX Global, Private Investment
Trade Dubai (PITD) serta London Stock Exchanges (LSE).

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Saiful
Azly Kamaruddin berkata, sindiket itu menggunakan platform media sosial seperti Facebook,
Wechat, Instagram, Telegram dan WhatsApp untuk melakukan promosi pelaburan mereka
bagi mengumpan mangsa. "Sindiket ini menjanjikan pakej serta keuntungan lumayan seperti
pulangan wang 13 kali ganda daripada modal dilaburkan, mampu memperoleh keuntungan
dalam masa singkat dan menunjukkan jumlah keuntungan bagi meyakinkan mangsa membuat
pelaburan.
Ulasan :

Skim cepat kaya telah dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah dan kerap
berlaku di negara ini. Ada pelbagai bentuk skim ini seperti melibatkan pemberian bunga
yang tinggi, pelaburan awal yang kecil dan sebagainya. Namun, skim ini masih terus
berupaya menipu ribuan penduduk negara ini walaupun pihak berkuasa sudah berkali- kali
mengingatkan mereka.

Punca utama yang membawa penipuan ini terus berleluasa ialah rakyat kita terlalu
ingin memperoleh kekayaan dengan cepat. Rasa tamak untuk mengaut kekayaan segera itu
telah menyebabkan mereka tidak berfikir dengan rasional tentang aspek risiko yang bakal
dihadapi pula. Jadi, mereka terus melabur kerana minda mereka sudah dikelirukan dengan
kekayaan yang bakal diperoleh itu.

Selain itu, jenayah ini terus berlaku kerana pujukan rakan-rakan yang kononnya
telah berjaya dalam skim yang serupa. Akibat pujukan rakan dan kepercayaan itulah begitu
banyak mangsa skim ini yang dilaporkan dalam media massa kita. Sebenarnya, rakan itu
memujuk kerana mereka telah menjadi mangsa awal penipuan skim ini terlebih dahulu.

Banyak kesan buruk yang menimpa para pelabur yang terlibat dalam Skim Cepat
Kaya. Kesan yang paling ketara ialah apabila pelabur itu ditimpa kerugian apabila pusat Skim
Cepat Kaya yang dilaburi diserbu polis. Akhirnya, mereka hanya mendapat rasa malu yang
menebal sebagai pulangan pelaburan. Sesetengahnya pula terpaksa lari atau bersembunyi
apabila kerap dikunjungi pemiutang. Lebih parah lagi apabila ada antara pelabur menjadi
sasau dengan asyik menghitung daun kayu yang disangkakan wang. Begitulah tekanan yang
dihadapi oleh mereka yang kecundang dalam Skim Cepat Kaya

Selain itu, Skim Cepat Kaya juga boleh mengeruhkan hubungan antara keluarga,
jiran tetangga dan masyarakat sekeliling. Akibat gagal dalam Skim Cepat Kaya, pernah
berlaku suami isteri yang bergaduh dan bercerai. Tidak kurang juga mentua dan ipar-duai
yang saling bermasam muka sesama sendiri. Semua ini berlaku kerana masing-masing
berasa tertipu apabila duit yang dilaburkan telah hangus begitu sahaja. Pertelagahan
juga boleh terjadi sesama kawan dan jiran kerana masing-masing menganggap diri
mereka telah diperdaya
untuk melabur. Fenomena-fenomena ini sudah pasti boleh membawa kekeruhan hubungan
dalam masyarakat.

Cadangan / Penambahbaikan :

Antara langkah menangani skim cepat kaya menyelidik latar belakang syarikat
Selaku bakal pelabur, anda perlu menyelidiki perkara-perkara asas berkaitan syarikat terbabit
seperti sijil SSM, maklumat dan profil perniagaan, maklumat operasi perniagaan, maklumat
ahli lembaga pengarah, dan maklumat-maklumat asas yang lain. Sebagai bakal pelabur juga
anda berhak meminta maklumat tersebut daripada pemilik syarikat, sekiranya banyak sangat
dalih daripada mereka lebih baik berhati- hati. Bersandarkan maklumat tersebut anda boleh
menilai sama ada syarikat tersebut mampu untuk menunaikan jumlah pulangan/keuntungan
seperti yang dijanji kepada anda atau tidak

Seterusnya memeriksa lesen syarikat dengan agensi yang bertanggungjawab Syarikat-


syarikat yang menjalankan operasi perniagaan pasti memerlukan lesen atau sijil daripada
pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kementerian-kementerian yang bertanggungjawab, oleh
itu, anda disaran untuk minta dengan pemilik syarikat salinan dokumen berkenaan dan
sekiranya perlu periksa ketulenan dengan badan yang berkenaan, buat pemeriksaan. Antara
suruhanjaya yang dipertanggungjawab untuk mengeluarkan lesen bagi syarikat yang mahu
mendapat pembiayaan awam adalah suruhanjaya sekuriti malaysia. Jika perlu, periksa juga
nama syarikat tersebut di suruhanjaya sekuriti malaysia dan Bank Negara Malaysia

Pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia dan polis mestilah bertindak pantas
membanteras skim cepat kaya yang muncul. Hukuman yang sedia ada seprti penjara tidak
melebihi 10 tahun dan enda bagi setiap kesalahan haru lah diperketat kan lagi.hukman yang
berat menyebabkan kan individu sedar akibat melakukan kes penipuan seperti skim cepat
kaya .pindaan akta bank dan institusi kewangan 1989 memberi kuasa kepada polis melakukan
penyiasatan mengeledah permis dan menangkap pesalah melaluiwaran. Jadi tindakan yang
tegas akan membantu kita untuk membentras maslah yang semakin bermaharajalela ini
Isu 5

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/
Artikel :
IPOH - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini pada Rabu
atas pertuduhan memberi rasuah berjumlah RM30,150 kepada seorang penjawat awam, tiga
tahun lalu.

Tertuduh, Lee Soon Teck, 52, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan selesai dibacakan
dalam bahasa Hokkien di hadapan Hakim S Indra Nehru.Mengikut pertuduhan, tertuduh
didakwa memberi suapan berbentuk wang tunai kepada Pembantu Penguatkuasa Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, Muhammad
Fithry Hassan.

Ia sebagai dorongan untuk melepaskan tertuduh daripada diambil tindakan undang- undang
kerana menyimpan baja bersubsidi tanpa lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Ulasan:

Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap
dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu.
Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi
masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu
terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang
melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai
bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial
ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya.

Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan
sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini
bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek
pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil
kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan
sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang
terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila
tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita.

Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat
kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat
yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah
dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka
menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu
kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman
masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas
dalam masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.

Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan
gejala sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-
undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini.
Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah
rasuah berbanding dengan jumlah rasuah
yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan
sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi
motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana
mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah
keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan
hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan
salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita.

Cadangan / Penambahbaikan

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini?
Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam
menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah
tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak
tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang
menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini.
Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi
satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya,
tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan
memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan
menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.

Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai
menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah
menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk
memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi
yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan
masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu
mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan
rasuah ini.

Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama


di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha
menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan
seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep
yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk
membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada
golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini
dengan begitu mudah dan berkesan.

Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti
dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap
rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya.
Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang
begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah
daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam
tempat yang sepatutnya.
RUJUKAN

BUKU

Nur Cahaya Iman. (2007). Siri Pengurusan Keusahawanan: Perniagaan Dan


Pemasaran. Petaling Jaya, Selangor: Pintar Firus Sdn. Bhd.

Noor Azilawati Mohd Sabda. (2007). Siri Pengurusan Keusahawanan: Membina


Motivasi Usahawan. Petaling Jaya, Selangor: Pintar Firus
Sdn.Bhd.

Nor Aishah Buang. (2003). Model Pembangunan Pendidikan Keusahawanan.


Petaling Jaya, Selangor: Penerbitan Fajar Bakti.

INTERNET

1. Nor hidayah tanzizi (2010). 12 peniaga durian di Perak dikompaun.


Diperolehi daripada
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/06/698958/12-peniaga-
durian-di-perak-dikompaun dilayari 25 may 2021

2. RAHAYU MUSTAFA ( 2020) .Enam peniaga ditahan, barangan tiruan


RM97,000 dirampas. Diperolehi daripada
https://www.sinarharian.com.my/author/313/1/ . dilayari 25 may 2021

3. Nor Fazlina Abdul Rahim (2021). Premis jual daging perap guna
logo halal tanpa kelulusan diserbu. Diperolehi daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/786775/premis-jual-
daging-perap-guna-logo-halal-tanpa-kelulusan-diserbu . dilayari 25 may 2021
4. Nurul Hidayah Bahaudin (2020) .Polis kesan 13 sindiket penipuan
pelaburan. Diperolehi daripada
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/600523/polis-kesan-13-
sindiket-penipuan-pelaburan . dilayari 26 may 2021

5. NOOR AINON MOHAMED (2021) . Peniaga baja mengaku tidak bersalah beri
rasuah. Di perolehi daripada https://www.sinarharian.com.my/author/365/1/NOOR-
AINON-MOHAMED
. Dilayari 26 may 2021

Anda mungkin juga menyukai