Anda di halaman 1dari 14

KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA,

REMBAU, NEGERI SEMBILAN

KOD KURSUS (UES 3012) KEUSAHAWANAN


KURSUS

TUGASAN FOLIO PENYELESAIAN MASALAH ETIKA DALAM PEKERJAAN

MODUL KEUSAHAWANAN

(1) NUR DIYANA BINTI SYAMSUL FAUZI


NAMA (2) RABIATUL A’DAWIYAH BINTI AZMAN
(3) NOOR SYAFIQAH SYAMIMI BINTI NOR AZMI
(4) SITI NUR AISYAH BINTI ABU BAKAR

KELAS 2 DVM PEMPROSESAN MAKANAN

NAMA
PENSYARAH CIK NURAZLINA BINTI AHMAD
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN 3

2. ETIKA PEKERJA (PECAH AMANAH) 4-5

3. ETIKA PEKERJA (GANGGUAN SEKSUAL) 6-7

4. ETIKA PEKERJA (BULI DALAM KALANGAN 8-9


PEKERJA)
5. ETIKA PEKERJA (PONTENG KERJA) 10 - 11

. ETIKA PEKERJA (TIDAK MEMATUHI SOP) 12 - 13

7. RUJUKAN 14
PENGENALAN ETIKA

Etika merupakan sebahagian daripada bidang falsafah yang berkaitan


dengan kehidupan yang baik, menjadi orang baik, melakukan perkara yang
betul, dapat bergaul dengan orang lain dan memerlukan perkara yang benar
dalam hidup. Ia juga dikatakan ilmu yang membincangkan berkenaan teori
tingkah laku manusia yang dipandang daripada sudut baik dan buruk yang
dapat ditentukan oleh akal manusia. Etika mempunyai tanggungjawab
menganalisis, menilai dan, mengembangkan norma-norma, kriteria-kriteria
moral bagi menyelesaikan masalah-masalah moral. Ia juga adalah teori
yang berkaitan dengan tindakan, hujah-hujah dan tujuan yang diarahkan
kepada makna sesuatu tindakan. Ia juga dikenali sebagai falsafah moral
yang tidak berkaitan dengan fakta ataupun fizikal manusia tetapi sebagai
falsafah nilai yang mengambil kira tindakan ataupun tingkah laku. Selain itu,
etika juga bermaksud suatu ukuran dan piawaian yang digunakan bagi
membezakan kelakuan seseorang sama ada baik ataupun buruk. Perkataan
etika juga berasal daripada perkataan Yunani ethos yang membawa maksud
perangai. Dalam perkataan Latin pula, etika dikenali sebagai mores yang
bermaksud moral ataupun perangai. Ia juga didefinisikan sebagai adat atau
kebiasaan. Moral lebih sesuai dengan idea-idea umum bagi diterima pakai
dalam tindakan manusia. Persoalan itu mencakupi perbuatan yang baik dan
wajar berhubung dengan etika. Manakala etika lebih bersifat teori bagi
menyelidik, memikir dan mempertimbangkan perkara yang baik dan buruk.
Tegasnya, etika memandang kelakuan dan perbuatan manusia secara
universal. Sedangkan moral pula dibentuk oleh etika yang lahir dengan
kelahiran manusia.
KERATAN AKHBAR ETIKA PEKERJA (PECAH AMANAH)

Sumber :https://www.google.com/search?q=kes+pecah+amanah&tbm=isch&chips=q:ke
s+pecah+amanah,g_1:keratan+akhbar:TcOP_F4BVb8%3D&hl=en&sa=X&ved=2ahUK
Ewj9wpHc44zxAhWog0sFHd1kDZ0Q4lYoAHoECAEQGQ&biw=505&bih=689#imgrc=W
JPuXgQKLT2e-M

PENERANGAN :

Pecah amanah adalah salah satu kesalahan berat sejurus mengundang impak negatif
dalam menjatuhkan reputasi syarikat dengan hanya mementingkan diri dan kemewahan
diri semata-mata dengan menjadi kambing hitam dalam sesuatu pekerjaan. Sejurus itu,
jenayah kolar putih memberi kesan lebih mengggerunkan berbanding jenayah
konvensional kerana ia berpontensi menjejaskan prestasi kewangan organisasi di
Malaysia. Kesalahan utama adalah pecah amanah, penipuan, penghasilan wang palsu
dan ceti haram. Perkataan ‘amanah’ adalah daripada perkataan Arab iaitu ‘amana’ yang
memberi definisi tenteram, aman, selamat, dan harmoni atau dengan kata lain ialah
tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang dipercayai dapat melaksanakan
sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Manakala, pecah amanah mengikut
kamus dewan adalah bermaksud sebaliknya iaitu perbuatan mensia-siakan amanah atau
kepercayaan orang lain dengan menipu dan sebagainya. Dalam Islam, golongan yang
pecah amanah dilabelkan sebagai munafik iaitu memungkiri amanah yang diberikan.

CADANGAN :

Antara cadangan-cadangan bagi mengelakkan kes isu pecah amanah haruslah memberi
pendedahan awal kepada pekerja-pekerja seperti menerangkan akibat kes isu amanah
seperti boleh menerangkan akibat kesalahan tersebut seperti boleh disabitkan dalam
kesalahan Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 (Pindaan
1977) (Akta 191), Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696) dan Akta Perlindungan
Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dengan membuat ceramah “Etika Pekerja”
Seterusnya, kos sara hidup yang semakin meningkat serta faktor utama yang sering
diperkatakan ramai pihak sebagai punca berlakunya rasuah, pihak kerajaan mungkin
perlu menimbang dengan serius mengenai kenaikan gaji pekerja di Malaysia. Penetapan
gaji minimum juga harus dilihat kembali sejajar perubahan dalam persekitaran
ekonomi.Kesimpulannya, kerajaan mahupun masyarakat perlu berganding bahu
membanteras gejala rasuah ini agar imej negara sentiasa bersih. Ini akan menjadikan
ekonomi negara kita bertambah maju dan melahirkan sebuah masyarakat yang hidup
aman sejahtera serta bebas rasuah.
KERATAN AKHBAR ETIKA PEKERJA (GANGGUAN SEKSUAL)

Sumber:https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fnslibrary.gov.my%2Findex.php
%3Foption%3Dcom_content%26view%3Darticle%26id%3D1632%3A23-november-
2018%26catid%3D17%3Abersama-pemimpin%26Itemid%3D283&psig=AOvVaw1-
H_hiFzetJA570PYEehr8&ust=1623403238330000&source=images&cd=vfe&ved=2ahUKEwjL4
oa83ozxAhW9nksFHfhiCXIQr4kDegUIARCtAQ

PENERANGAN :

Gangguan seksual di tempat kerja adalah satu perbuatan tidak bermoral yang
kebanyakkannya dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa atau pangkat yang lebih
tinggi kepada seseorang di bawah jagaannya. Ini adalah salah satu kes pembulian yang
ramai terlepas pandang antara arahan yang patut di ikut atau tidak. Di dalam Akta Pekerja
1955, Seksyen 2, Artikel 4 menyatakan gangguan seksual di tempat kerja ditakrifkan
sebagai perlakuan berunsur seksual yang tidak diingini sama ada secara lisan, bukan
lisan, visual, psikologi atau fizikal, atas sebab yang munasabah setelah mengambil kira
segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras berasa tersinggung,
terhina atau terugut. Di samping itu, gangguan seksual bukan sahaja terjadi di kalangan
pekerja wanita sahaja, tetapi sebanyak 15% daripada kes yang dilaporkan melibatkan
kaum lelaki. Sejajar dengan itu, pekerja lelaki yang tidak bermoral dan suasana tempat
kerja yang ‘tidak profesional’ menjadi faktor utama terjadinya gangguan seksual di tempat
kerja. Antara perkara yang melibatkan gangguan seksual di tempat kerja termasuklah 52%
pekerja dilemparkan dengan lawak jenaka berunsur seksual, 7% laporan gangguan
seksual adalah berkenaan kata-kata yang tidak menyenangkan berkenaan penampilan
dan tubuh badan seseorang, 8% dilemparkan dengan pandangan yang tidak
menyenangkan, 28% ada membuat cubaan untuk memegang, memeluk atau membelai,
6% menerima jemputan untuk makan berdua di luar waktu kerja, 17% mendapat
perhatian seksual yang tidak disenangi dan 5% diberi jemputan untuk melakukan aksi
seksual dan intimasi.

CADANGAN :

Kebanyakan majikan akan melindungi hak pekerja yang ditindas, termasuklah yang
mengalami gangguan seksual seperti buat laporan kepada HR iaitu membuat laporan
kepada pihak berkuasa termasuk kepada Bahagian Human Resource atau buat laporan
kepada polis iaitu jika rasa perbuatan itu sudah terlalu melampau, terus sahaja buat
laporan kepada pihak polis. Selain itu, merekod butiran secara terperinci dengan
merekodkan semua butir-butir yang melibatkan gangguan seksual yang dialami termasuk
di mana, bagaimana, bila dan sebagainya. Selaras itu, boleh simpan bukti seperti mesej
pesanan ringkas, e-mail atau hadiah-hadiah yang diberi yang menjuruskan anda sebagai
mangsa gangguan seksual atau dapatkan sokongan daripada kawan kerja supaya dapat
kepercayaan dari mereka. Seterusnya, jangan berdiam diri dan tegakkan kebenaran iaitu
tindakan tatatertib boleh dikenakan jika bukti yang mencukupi dapat disediakan seadanya.
Mereka yang terbukti bersalah melakukan gangguan seksual akan diberi amaran, dan
boleh didenda, diturunkan pangkat, diturunkan gaji, lucut jawatan atau diberhentikan
mengikut kesalahan-kesalahan yang dilakukannya.
KERATAN AKHBAR ETIKA PEKERJA (BULI DALAM KALANGAN
PEKERJA)

Sumber: https://kheru2006.livejournal.com/1813421.html

PENERANGAN :

Dalam kes di atas berkaitan dengan masalah kes buli di kalangan dewasa di tempat kerja.
Buli di tempat kerja sengaja menyebabkan sakit atau merosakkan pekerja lain.
Seterusnya, penderaan fizikal dengan cara yang mengancam untuk membuang objek
dan menumbuk untuk merosakkan fizikal pekerja dan penderaan emosi dari melemahkan
kerja dan kredibiliti rakan sekerja untuk mengesan dan melaporkan kesilapan, sentiasa
merosot pada harga diri dan kecekapan rakan sekerja melalui komen dan kritikan yang
merosot. Oleh itu, penyalahgunaan watak dari segi gosip dan berbohong tentang rakan
sekerja untuk sengaja merosakkan reputasi mereka sejurus bercakap dengan pekerja
lain tentang pembandingan pencapaian. Buli bertanggungjawab untuk peningkatan
ketidakhadiran, kekurangan motivasi di tempat kerja dan kepuasan pekerja, peningkatan
perolehan, dan kekurangan kepercayaan dan pembinaan pasukan di kalangan pekerja.
Di samping itu, buli boleh menyebabkan kerosakan serius terhadap harga diri pekerja
dan keupayaannya untuk menyumbang di tempat kerja. Ia juga boleh bertanggungjawab
untuk kemurungan pekerja, penyakit fizikal, dan trauma yang teruk. Pertimbangkan juga
kemungkinan bahawa pembulian haram jika ia mewujudkan persekitaran kerja yang
bermusuhan kerana diskriminasi atau serangan berdasarkan klasifikasi yang dilindungi.
Ini termasuk faktor umur, kaum, jantina, agama, negara asal, kecacatan fizikal dan
kehamilan.

CADANGAN :

Bagi menangani masalah kes buli pekerja patut tidak berdiam diri dan beritahu pembuli
untuk berhenti. Seterusnya, simpan rekod semua kejadian buli. Catat nama penyiksa
anda dan kaedah membuli. Catat waktu, tarikh, lokasi, dan nama-nama saksi mana-mana
peristiwa tertentu. Berikan dan kumpulkan seberapa banyak maklumat yang anda boleh.
Mengumpulkan dokumentasi adalah cara yang paling penting dan konkrit untuk
menghentikan penindasan apabila anda membawa masalah ini kepada pihak atasan
atau pasukan undang-undang. Selain itu, dapatkan saksi dengan berunding dengan
rakan sekerja anda setiap kali merasa dibuli supaya dapat sokongan dengan
mengesahkan bukti. Pilih seseorang yang bekerja pada masa yang sama dengan anda,
atau yang mempunyai meja berdekatan dengan anda. Selaras itu, beritahu pembuli untuk
berhenti. Anda boleh membuat beberapa isyarat yang dapat membantu ketika anda
merasa dibuli. Panjangkan tangan anda, wujudkan penghalang antara anda dan pembuli
seperti anggota polis menggunakan tanda “berhenti” dengan tangan anda. Di samping
itu, jangan sekali-kali memburukkan lagi buli seperti menjerit penghinaan atau bertindak
balas dengan lantang dapat membuat keadaan menjadi lebih buruk.
KERATAN AKHBAR ETIKA PEKERJA (PONTENG KERJA)

SUMBER : https://dokumen.tips/documents/guru-ponteng-sebulan-boleh-diberhentikan.html

PENERANGAN :

Dalam kes diatas adalah menerangkan isu ponteng kerja iaitu merujuk kepada tidak hadir
bertugas tanpa sebarang surat akuan sakit mahupun apa-apa sebab yang munasabah.
Ponteng kerja juga adalah kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan diri
ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas sebarang
alasan sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat
pada waktu bekerja maka mereka akan dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya
seseorang pekerja tersebut tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya
boleh dianggap sebagai ponteng kerja. Isu diatas menerangkan kegagalan seorang guru
jika beliau ponteng kerja sehingga berlarutan maka boleh diberhentikan kerja. Guru
adalah merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti di sekolah rendah
mahupun di sekolah menengah. Selain itu, beliau sangat memainkan peranan penting
dalam pembangunan pelajar di sekolah. Oleh demikian itu, Kementerian pendidikan
sangat memerlukan tenaga pengajar yang komited, berkualiti, berdisiplin dan
bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan untuk mendidik pelajar sekolah,
bukan sekadar tenaga pengajar yang hanya ada gelaran nama seorang “guru” tetapi
makan gaji buta dan merosotkan prestasi gelaran guru di Malaysia.

CADANGAN :

Pelbagai langkah yang boleh diambil oleh pihak pentadbir bagi mengelakkan masalah
ponteng ini dari terus berlarutan dan menjadi ikutan kepada guru-guru lain. Pihak
pentadbir perlu mengadakan perbincangan dengan guru yang bermasalah iaitu guru
yang sering ponteng kerja. Ini bertujuan untuk mengkaji dan mengetahui masalah guru
yang mengambil tindakan sedemikian sehingga mengabaikan tanggungjawab dan
peranan mereka di sekolah. Pihak pentadbir perlu bersemuka dan mendekatkan diri
kepada guru-guru ini bagi mengetahui punca masalah ini berlaku. Selain itu, beri nasihat
dan motivasi diperlukan agar perkara seperti ini tidak akan berulang dikemudian hari.
Langkah perbincangan ini bersesuaian dengan teori kepimpinan humanistik di mana guru
tersebut diberikan ruang kebebasan untuk menceritakan masalah sebenar yang berlaku
dan punca masalah tersebut. Di samping itu, pihak pentadbir juga boleh mendekatkan
diri lagi kepada guru yang bermasalah ponteng kerja ini supaya hubungan lebih akrab
dan harmonis di mana persetujuan dan pemuafakatan lebih mudah dicapai oleh kedua-
dua pihak. Jika perbincangan telah pun dijalankan dan perkara ini masih tetap berulang,
pihak pentadbir akan mengeluarkan surat amaran bagi memberi amaran kepada guru
tersebut. Surat amaran ini menunjukkan bahawa pihak pentadbir amat memandang berat
akan isu ponteng ini. Dalam sesetengah kes, guru yang ponteng akan kembali bertugas
setelah mendapat surat tersebut. Namun demikin, jika perkara ini masih berlanjutan,
pihak pentadbir iaitu Guru Besar mempunyai kuasa merujuk guru bermasalah tersebut
kepada lembaga tatatertib selaras dengan Peraturan 25(1) yang terkandung dalam
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan Dan Tatatertib ) 1993 Bahagian III.
KERATAN AKHBAR ETIKA PEKERJA (TIDAK MEMATUHI SOP)

Langgar SOP, 12 pekerja asing dikompaun


Oleh Abnor Hamizam Abd Manap - Mei 18, 2021 @ 11:05am

bhnews@bh.com.my
Lori digunakan bagi membawa pekerja ke lokasi pembinaan ditahan polis
di sekatan jalan raya di Jalan Rompin - Pasir Besar dan didapati mereka
tiada penjarakan fizikal. - Foto Ihsan PDRM

JEMPOL: Tindakan majikan sebuah syarikat pembinaan menggunakan


lori bagi membawa 13 pekerja ke lokasi pembinaan membawa padah
apabila 12 daripadanya masing-masing dikompaun RM1,500 kerana
melanggar prosedur operasi standard ( SOP) Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

"Terdapat tujuh pekerja asing dari Bangladesh Katanya majikan berkenaan boleh
dan enam dari India lingkungan usia 25 hingga dikenakan kompaun RM10, 000 kerana
Ketua Polis Daerah Jempol, 47 tahun di dalam lori berkenaan. Siasatan tidak menggunakan kenderaan sesuai
Superintendan Hoo Chang Hook, lanjut mendapati seorang daripada pekerja bagi membawa pekerja sehingga tiada
berkata kesemua pekerja asing itu berkenaan tidak memiliki dokumen perjalanan penjarakan fizikal mengikut Peraturan 17
dibawa menggunakan lori bagi sah. (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan
menjalankan kerja pemasangan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
sebuah menara di Kok Foh, Rompin. "Kompaun dikeluarkan ke atas 12 pekerja 2020.
terbabit, berikutan tiada penjarakan fizikal
Katanya, polis menahan lori yang bagaimanapun, kesemua pekerja didapati "Polis turut menjalankan siasatan
memakai pelitup muka ketika pemeriksaan," mengikut Seksyen 26J Akta
dipandu lelaki berusia 59 tahun yang
katanya, hari ini. Antipemerdagangan Orang dan
juga warga tempatan ketika ia melalui Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM)
sekatan jalan raya ( SJR) di Kilometer Chang Hook berkata majikan pekerja 2007 dan Akta Imigresen 1959/63,"
12 Jalan Rompin-Pasir Besar pada jam berkenaan akan dipanggil bagi membantu katanya.
5.30 petang, semalam . siasatan dan kompaun akan dikeluarkan.

SUMBER : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/05/817960/langgar-sop-12-
pekerja-asing-dikompaun

PENERANGAN :
Dalam kes di atas melibatkan tentang SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, erti kata lain permit bagi warga asing
yang datang ke Malaysia. SOP iaitu Standard Operating Prosedur merupakan suatu
dokumen yang berkaitan dengan prosedur yang akan dijalankan secara kronologi bagi
menyelesaikan sesuatu pekerjaaan demi mendapatkan hasil kerja yang efektif dan
efisien. Dimana SOP ini mesti dimiliki oleh sesuatu perusahaan atau organisasi sebagai
panduan untuk menjalankan tugas dan fungsi setiap bahagian yang ada. Setiap majikan
harus peka supaya mengingati pekerjanya untuk memakai pelitup muka, jaga penjarakan,
dan memakai hand sanitizer semasa melakukan kerja. Kes di atas menunjukkan bahawa
semua pekerja itu tidak mengikut SOP dengan betul kerana tiada penjarakan tetapi
memakai pelitup muka semasa membuat pemeriksaan. SOP ini mempunyai tujuannya
seperti memberikan pedoman, petunjuk, atau arahan secara umum dan khusus kepada
sebuah lembaga atau syarikat dalam menjalankan tugas dan fungsi bidang masing-
masing. Dimana ianya membantu pihak-pihak yang terlibat untuk mengetahui tugasnya
dan lebih fokus dalam menjalankan tugas yang telah ditetapkan dalam SOP. Justeru itu,
pihak bagi setiap syarikat telah mengetahui tujuan dari SOP itu maka diharapkan mampu
untuk membentuk SOP yang lebih baik sehingga fokus bagi menjalankan perniagaan.

CADANGAN :

Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk
mengetatkan lagi pematuhan SOP dalam usaha untuk menghindari penularan wabak
pandemik Covid-19. Terdapat beberapa langkah bagi menangani masalah pelanggaran
pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Di antaranya, masyarakat perlulah cakna
dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk sentiasa berada di rumah dan
keluar jika mempunyai keperluan yang penting. Hal ini kerana, pengumpulan orang awam
secara beramai-ramai mudah untuk virus ini merebak. Seterusya, pematuhan yang boleh
kita patuhi untuk langkah berjaga-jaga ialah menjaga penjarakan sosial seperti
menjarakan diri anda dengan orang sekeliling pada jarak 1 meter serta anda perlu
membuat penjagaan kendiri contohnya memakai pelitup muka serta menggunakan hand
sanitizer bagi mengelakkan kuman mudah dijangkiti apabila memegang sesuatu objek di
sekeliling tempat. Sejajar itu, mengunjungi di tempat sesak dan melakukan aktiviti secara
berkumpulan tidak digalakan. Di samping itu, majikan perlu mempunyai sikap ambil
peduli terhadap pekerja yang bekerja di musim pandemik ini. Contohnya memastikan
setiap pekerja yang bukan warganegara Malaysia mempunyai permit lesen untuk
menetap tinggal di Malaysia dan bekerja di sektor awam.
RUJUKAN

 SUMBER INTERNET :

1) https://dokumen.tips/documents/guru-ponteng-sebulan-boleh-diberhentikan.html
2) https://kheru2006.livejournal.com/1813421.html
3) https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fnslibrary.gov.my%2Findex.p
hp%3Foption%3Dcom_content%26view%3Darticle%26id%3D1632%3A23-
november-2018%26catid%3D17%3Abersama-
pemimpin%26Itemid%3D283&psig=AOvVaw1-
H_hiFzetJA570PYEehr8&ust=1623403238330000&source=images&cd=vfe&ved=2
ahUKEwjL4oa83ozxAhW9nksFHfhiCXIQr4kDegUIARCtAQ
4) https://www.google.com/search?q=kes+pecah+amanah&tbm=isch&chips=q:kes+pe
cah+amanah,g_1:keratan+akhbar:TcOP_F4BVb8%3D&hl=en&sa=X&ved=2ahUKE
wj9wpHc44zxAhWog0sFHd1kDZ0Q4lYoAHoECAEQGQ&biw=505&bih=689#imgrc=
WJPuXgQKLT2e-M
5) https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/05/817960/langgar-sop-12-
pekerja-asing-dikompaun

 MODUL KEUSAHAWANAN UES 3012

Anda mungkin juga menyukai